“Orang-orang Yahudi
dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau
menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah
itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka sesudah datangnya (wahyu) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka
tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal
dan memberi pertolongan kepada mu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)
-------
Daripada Abu Sa’id
Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah
bersabda: "Kamu akan mengikuti
jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta
demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat
bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". – (Hadis Riwayat Muslim)
-------
“Israel bukanlah
sebuah sebuah negara Judaism yang didirikan oleh orang-orang Yahudi, tidak
sebagaimana orang Arab mendirikan tanah mereka menjadi negara Islam seperti
(Arab) Saudi, melainkan ia (Israel) adalah negara Zionis, negara pembunuh,
sebuah negara sekular, kerana
sekularisme itu adalah agama keduniaan bagi orang-orang Zionis Yahudi yang
menjual nama Judiasm.
“Tidak perlu diikut
jejak sekularis seperti mereka dalam apa juga cara, berbanggalah kamu sekiranya
kamu adalah orang Islam yang tabah dan tidak sedikitpun tunduk kepada kemahuan (hawa
nafsu) sekularis Zionis yang gila.” – Rabbai
Aaron Cohen, seorang pendeta Judaism, ucapan semasa majlis Dialog
Yahudi-Arab di Jenin, Palestin (tarikh tidak dinyatakan). [Sumber: Catatan SHAHi semasa bermusafir di Palestin dan Israel].
------
Daripada Mughirah bin
Syu' bah. berkata, Rasulullah bersabda: "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah
suatu saat yang dikehendaki oleh Allah. Mereka
sentiasa berjaya.”. – (Riwayat Bukhari dan Muslim)
-------
KEHENDAK hawa nafsu Yahudi dan Nasrani berbeza-beza mengikut
jalan agama mereka. Orang Yahudi tidak berkenan berkongsi agama mereka
dengan lain-lain bangsa. Orang Nasrani pula tidak henti-henti memujuk umat
manusia memeluk agama mereka dari dahulu hingga ke hari ini, malangnya ada
orang Islam yang terlalu dungu menafikan kenyataan ini.
Namun bagi golongan sekularis Yahudi dan Nasrani, mereka
mahu seluruh umat manusia mengikut jalan mereka yang sekular. Dari segi agama, pandangan mereka berbeza. Tetapi
melalui kaca mata golongan sekularis dari kalangan mereka (Yahudi dan Nasrani),
tujuan mereka ialah sama iaitu mengheret umat manusia supaya terjerumus ke
lembah sekular.
Menurut Aaron Cohen, sekularisme adalah (disifatkan
sebagai) agama baharu bagi golongan Yahudi dan Nasrani yang menganut Zionism.
Bagi golongan itu, sekularisme diangkat menjadi lebih tinggi daripada mana-mana
agama.
Dalam ucapannya,
Cohen meminta orang Islam (di Palestin dan seluruh dunia) supaya tabah
menghadapi taktik jahat Zionis. Sekiranya anda mengenali dan pernah menemui
Cohen secara bersemuka dan penuh jujur tanpa sebarang prejudis terhadap
identiti bangsanya dan identiti agamanya, beliau tidak akan berahsia walau
sedikitpun mengenai segala perancangan Zionis dan tidak segan silu menamakan
proksi-proksi Zionis dari serata dunia. Zionis pula tidak tergamak untuk
membunuhnya.
Demokrasi, salah
satu senjata untuk membawa umat manusia ke arah kebebasan. Masing-masing
menuntut hak (walaupun bertentangan dengan perintah agama) sehingga membawa
kepada liberalisme dan akhirnya terjerumus kepada sekularisme yang membelakangi
agama. Walhal, kebahagian yang dijanjikan demokrasi melalui laungan liberalisme
hanya mitos semata-mata sehingga membawa manusia menjadi dungu.
Mitos bukanlah
cerita bohong, tetapi ia adalah cerita yang tidak diketahui sama ada ia benar
atau bohong. Benar pun tidak, palsu pun tidak. Status kebenaran cerita itu
berada di tengah-tengah, di persimpangan antara yang benar dan palsu.
Kebahagian yang dijanjikan demokrasi adalah mitos. Status mitos itu bergantung
kepada penerimaan seseorang sama ada untuk menganggap ia sebagai satu kisah
benar atau satu cerita palsu.
Mengikut
tanggapan para pendokong demokrasi, ia adalah sistem membuat keputusan yang
memberi kuasa membuat pilihan kepada majoriti untuk menentukan sesuatu
keputusan bagi mewujudkan suasana pentadbiran yang diimpikan. Itu adalah
mitos dalam demokrasi. Demokrasi yang keterlaluan pula mewujudkan keadaan
melampau sehingga menjerumuskan manusia kepada sikap Machiavelism.
Dalam ruang lingkup demokrasi, akan selalu ada pihak yang
kalah dan pihak yang menang selepas
majoriti membuat keputusan. Namun, (sedarlah bahawa) kita tidak perlu mencari
pihak yang mempunyai risiko untuk kalah atau pihak yang mempunyai peluang untuk
menang. Ia kerana kedua-dua pihak itu boleh sahaja jadi menang atau boleh juga jadi
kalah. Kedua-dua pihak itu berada di
tengah-tengah iaitu antara ketidakpastian sama ada akan menang atau kalah.
Konspirasi
politik juga termasuk dalam ruang lingkup memilih
diri sendiri untuk diangkat menjadi pilihan majoriti. Setiap orang yang
diangkat (melalui jalan demokrasi) itu akan dipastikan dapat memberi kelebihan
kepada diri sendiri. Maka, orang-orang yang boleh memberi manfaat kepada diri
sendiri itu juga perlu diangkat (seperti pemilihan jawatan dalam sesebuah parti
politik secara demokrasi juga). Kesannya, semua orang yang diangkat itu akan
berpusat kepada diri konspirator politik itu sendiri.
L mahu dirinya
diangkat dan mahu kedudukannya terjamin. Maka L memastikan orang-orangnya (orang-orang
pilihannya) seperti K, A, N, W, T, Z, C, X dan sebagainya juga diangkat
bersama-samanya supaya orang-orang itu semuanya berpusat kepada
arahan-arahannya. Apabila semua orang itu berpusat kepada arahan dan
perintahnya, maka ia juga bermakna L mengangkat (memilih) dirinya sendiri kerana
semua orang-orangnya (boneka-boneka) yang dipilih itu tunduk patuh kepada
setiap arahannya untuk melaksanakan agenda kuasanya dan kawalan sosial.
Terma teori konspirasi dalam ruang lingkup
politik bagaimanapun diperlihatkan sebagai mitos oleh para pendokong demokrasi
yang tegar, teori konspirasi dikatakan sebagai entah benar dan entah tidak
benar, walhal para pendokong demokrasi itu sendiri tidak menyedari bahawa
mereka sendiri mendokong mitos demokrasi yang mereka sendiri tidak faham
mengenai apa yang mereka perjuangkan. Sekejap suka dan sekejap tidak suka,
lihatlah keadaan itu dalam pelbagai isu, macam-macam boleh jadi apabila
pendirian bercelaru akibat dikelirukan mitos demokrasi liberalism yang sengaja
dicipta untuk memusatkan kuasa konspirator yang sedang menguasai minda mereka
yang lemah.
Teori konspirasi
tidak dibina sebagaimana orang-orang politik membina sesuatu isu bagi memenangi
sokongan pengikut. Teori konspirasi (sekadar menjelaskan menggunakan bahasa
perlambangan) dibina dengan meneliti benang-benang halus yang tersirat,
menyusun benang-benang itu dalam satu garisan, benang-benang diuji dengan
fakta-fakta sokongan bagi mendapatkan pengesahan berketerangan, memadankan
benang-benang itu dengan benang-benang lain bagi melihat adakah wujud keselarian
atau kejanggalan, benang-benang yang tidak jelas ditolak ke tepi (sementara
waktu) untuk dinilai melalui penelitian semula buat beberapa kali sebelum ia
disahkan dengan penjelasan yang lebih masuk akal, benang-benang yang telah
disusun itu pula dikumpul dalam satu garisan supaya tidak bercerai-berai,
digulung kemudian ditenun untuk menjadi perca-perca kain, perca-perca itu pula
dipadankan dengan perca-perca kain yang dijali daripada benang-benang yang
lain, perca-perca itu kemudian dijalin mengikut susunan yang sepatutnya untuk
melihat lembaran kain apakah yang akan dihasilkan, melihat corak sebenar kain itu selepas menyusun benang-benang yang
sudah disahkan ‘sama jenis’ dengannya.
Bahasa mudahnya,
menyusun kepingan puzzle yang berselerak. Tetapi benang itu lebih halus
daripada kepingan puzzle, ia perlu dicari, diperhalusi dan ditentukan
jenis-jenisnya. Teori konspirasi dibina melalui penelitian dan ia tidak dibuat
semberono, teori konpirasi dibina berbekalkan tekad untuk mencari jawapan yang sebenar tanpa memihak kepada
mana-mana pihak, teori konspirasi dibina bukan untuk kepentingan pengkaji
konpirasi itu sendiri, ia bukan lagi menjadi sekadar sebuah teori apabila
segala penjelasan mempunyai keterangan yang berketerangan selepas mengikut
segala bukti yang memandu kepada jawapan.
Apabila ia
mempunyai keterangan yang berketerangan masuk akal, ia bukan lagi teori tetapi
fakta yang mempunyai sekian banyak penjelasan. Atas sebab itu, Umat Terakhir
pernah berpesan kepada pembaca semua melalui artikel Double Check sebelum ini, ia supaya penelitian terhadap sesuatu
keterangan itu dalam membuktikan bahawa sesuatu yang dikatakan sebagai fakta
itu terbukti jelas dapat berdiri dan layak
disahkan sebagai fakta.
Apabila sesuatu
itu dikatakan sebagai fakta, maka ia perlu disahkan dengan pelbagai keterangan
dari semua arah. Malangnya dalam konteks pendokong demokrasi yang cuba menjadi
pengkaji teori konspirasi, masih ada yang menganggap sesuatu yang ‘auta’ itu
sebagai fakta iaitu gagal mencari kesahihan sesuatu ‘auta’ yang dikatakan
sebagai fakta. Please, do double
check, dua kali, tiga kali, atau berpuluh-puluh kali dari pelbagai arah.
Jangan pernah bosan bagi mencari pengesahan terhadap sesuatu fakta sekiranya
anda adalah orang yang benar-benar mahukan jawapan yang sebenar.
Orang politik
pula (sebilangan) membina sesuatu isu itu berbekalkan teori konspirasi juga. Malangnya,
teori konspirasi yang mereka bina itu mengikut selera politik mereka sendiri,
bukan sebagai orang yang tekad mencari jawapan meskipun tidak diberikan jawapan
atau petunjuk.
Teori-teori yang
dibina orang politik (lihatlah di luar sana) tidak disertakan dengan keterangan
yang mempunyai keterangan bagi menentukan atau membuktikan bahawa keterangan
itu mempunyai kesahihan yang berpenjelasan dari semua arah. Fakta-fakta yang
diperhebahkan pula tidak cukup kuat untuk dibuktikan sebagai fakta apabila
terdapat ruang-ruang kosong (rujuk artikel Doube
Check) yang tidak diisi dengan keterangan-keterangan yang masuk akal dan
berkredibiliti. Apabila ditanya lebih-lebih (kepada orang politik), maka kantoi
pula semasa memberikan jawapan dan mula menghalau keluar orang-orang yang
mengajukan soalan.
Para pengikut
pula setia mengangguk-angguk sedangkan mereka tidak diberikan pembuktian dari
setiap arah yang bersangkutan terhadap sesuatu yang dikatakan sebagai fakta. Kesannya, jadilah para pengikut sebagai pak
angguk dan pak geleng yang kerjanya angguk-angguk dan geleng-geleng setiap kali
diberikan ‘ilmu’ teori konspirasi oleh orang politik yang hanya menyebarkan
propaganda melebihi penghujahan teori yang berkredibiliti. Para pengikut
politik, cubalah sekali atau banyak kali, bertanyalah kepada orang politik
melalui isi hati anda yang sangat mahukan jawapan setiap kali timbulnya
kekeliruan, jadilah orang-orang yang gigih mencari kebenaran dan jadilah
orang-orang yang gigih mencari jawapan, jangan hanya tahu angguk dan geleng
sahaja.
Jujurnya, Umat
Terakhir tidak suka kepada terma teori
konspirasi kerana perkataan ‘teori’ itu sendiri bertindak melemahkan segala
fakta yang sudah dibuktikan kesahihannya, ia juga menjadikan setiap orang boleh
bermain dengan teori-teori mereka sendiri walaupun ia tidak dibuktikan dengan
segala keterangan yang berketerangan dari semua arah bersangkutan, lalu simbol
bulan sabit dan bintang di masjid-masjid pun mereka kaitkan dengan simbol kultus Yahudi.
Konspiratus Yahudi pun tersenyum riang kerana orang Islam mula was-was dan
curiga dengan tempat ibadat mereka sendiri.
Dalam pengkajian
konspirasi, Umat Terakhir pula hanya meninggalkan ‘peta’ kepada para pembaca
supaya dapat mencari sendiri benang-benang itu semua dan hanya membantu pada
pembaca menyusun benang-benang itu semua. Kit atidak meninggalkan jawapan, kita
hanya menunjukkan jalan.
-------
Forensik Konspirasi
Terma ini sudah
beberapa kali disebut dalam blog Umat Terakhir sejak dari edisi pertama dan
edisi kedua. Dalam disiplin forensik jenayah, seseorang penyiasat tidak akan
sesekali bersandar pada andaian atau teori. Penyiasat forensik juga tidak
melulu meletakkan seseorang dalam senarai suspek bagi sesuatu kes jenayah.
Dalam bentuk penyiasatan konvensional, semua orang yang mengenali mangsa adalah
berpotensi menjadi suspek. Keadaan seperti itu tidak berlaku dalam penyiasatan
forensik.
Sebaliknya,
penyiasat forensik sentiasa mencari bahan-bahan bukti atau barang-barang kes
yang boleh memandu beliau ke arah jawapan (rujuk artikel follow the evidence). Mereka hanya bersandar kepada satu
perkara, iaitu setiap perlakuan jenayah itu tidak pernah dilakukan dengan
sempurna dan pasti berlaku kecuaian di pihak penjenayah semasa melakukan
sesuatu jenayah sehingga boleh menyebabkan penjenayah itu berjaya dikesan dan akhirnya
tertangkap. Bahan-bahan kes itu akan selalu membantu penyiasat sehingga menemui
pelakunya.
Menyelidik punca, penyebab, faktor dan keselarian adalah
antara sekian banyak aspek penting dalam sesuatu penyiasatan forensik. Tidak
hanya terpakai dalam penyiasatan jenayah, kaedah forensik juga digunapakai
dalam pengkajian sejarah yang diperkuat dengan kaedah rujukan silang. Dalam
pengkajian konspirasi, kaedah forensik juga antara prosedur yang kuat dalam
membuktikan sesuatu fakta itu sebagai fakta yang sah. Ia diperkuatkan lagi
dengan perbandingan silang.
Untuk mengkaji atau mengesan sesuatu konspirasi, seseorang
tidak wajar meletakkan persepsi atau andaian peribadi sebelum memulakan
pencarian jawapan. Perlu juga difahami
bahawa bukan semua yang berlaku di luar sana itu adalah hasil kerja tangan
konspirator. Proses mencari jawapan bagi mengurai konspirasi wajar dilakukan
secara forensik juga, bukan seperti forensik jenayah, tetapi melalui
kewajaran-kewajaran yang masuk akal bersandarkan keterangan yang berketerangan
dan fakta yang dibuktikan sebagai fakta serta penjelasan yang mempunyai
penjelasan-penjelasan, pembuktian dalam pembuktian, bukti yang dibuktikan.
Maka, selidik betul-betul, forensik adalah antara kaedahnya daripada sekian
banyak kaedah yang lain.
“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka
selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (golongan
atau kumpulan lain) dengan perkara (seperti tuduhan atau fitnah) yang tidak
diingini - dengan sebab kejahilan kamu – sehingga menjadikan kamu menyesali apa
yang kamu telah lakukan.” – (Quran, al-Hujurat: 6)
Konspirasi berlangsung dalam banyak jenis jalan. Antara
sekian banyak jalan itu yang paling ampuh ialah politik. Politik pula mempunyai banyak jalan, paling ampuh
ialah demokrasi. Demokrasi pula ada banyak jalan, paling ampuh ialah demokrasi
liberal. Liberalisme bersandar nafsu-nafsi pula ada banyak jalan, semua jalan
itu menuju sekularisme, jalan sesat, jalan mati (dead-end).
Dalam apa sahaja
jenis sistem politik (terutama demokrasi liberal) yang mengejar kekuasaan
mutlak dalam sesebuah struktur pemerintahan, aspek kerahsiaan dan keupayaan
menguasai maklumat adalah perkara utama dalam menentukan mana satu yang betul
dan mana satu yang salah terhadap pihak lain. Contohnya A menuduh B melakukan
kesalahan atau pembohongan, tetapi A mengetahui perkara sebenar bahawa B tidak
salah dan tidak berbohong, tetapi A merahsiakan kebenaran (kerahsiaan),
sebaliknya A mempergunakan para pengikutnya untuk menyebarkan (melalui pelbagai
cara) tuduhan tersebut (keupayaan menguasai maklumat) bagi mendapat kelebihan
dalam persaingan politik demokrasi. A tahu B tidak salah, tetapi A mempunyai
keupayaan menguasai maklumat (disebabkan beliau dipercayai oleh pengikutnya)
untuk menentukan jenis maklumat yang mahu disampaikan kepada para pengikutnya.
Jadi, maklumat yang dihebahkan A itu adalah salah satu
keterangan. Iaitu keterangan yang
wajar dikaji secara forensik dan bersilangan. Keterangan itu biasanya pasti ada
keselarian dengan sumber-sumber bukti yang lain dan perlu dipadankan. Sumber-sumber
bukti itu pula wajar dibuktikan kredibilitinya. Setiap keterangan wajar dilihat
dari pelbagai arah untuk dikaji kesahihannya. Jangan hanya tahu angguk apabila
diberitakan mengenai sesuatu perkara, selidikilah ia terlebih dahulu.
Jika gagal menyelidik dan terus percaya semberono tanpa usul
periksa, maka tidakkah kita melanggar perintah dalam surah al-Hujurat ayat 6
yang memerintahkan kita supaya menyelidik setiap berita yang disampaikan orang
lain kepada kita?
Ingat, samikna
wa’atoqhna (kami dengar dan kami percaya) itu hanya terhadap para nabi yang
terbukti sebagai nabi yang diperintahkan membawa agama Allah dan kepada kitab
suci yang diwahyukan.
Bukan samikna
wa’atoqhna terhadap sesama manusia biasa, selidiklah terlebih dahulu
apabila diberitakan mengenai sesuatu perkara daripada seorang manusia biasa
yang lain.
--------
Konspirator dalam
arena politik sentiasa bermain dengan emosi pengikutnya. Emosi pengikut
disimbah dengan bahan bakar yang penuh kebencian terhadap musuh-musuh politik
mereka. Ia juga dilakukan melalui keupayaannya menguasai maklumat-maklumat yang
disampaikan kepada para pengikut tegarnya.
Ia disebut sebagai “creating
a working-class environment” bagi menyemarakkan emosi para pengikut supaya
mengikut telunjuknya dalam menuntut perkara-perkara yang dikatakan sebagai hak-hak
mereka melalui slogan-slogan rakyat (terma slogan rakyat juga kerap disebut
dalam blog ini).
Apabila working-class
environment berjaya dihidupkan, maka minda para pengikut lebih mudah
dikuasai (rujuk artikel Mind Control Dalam Politik di blog ini) sebelum
melakukan 50 langkah untuk meledakkan revolusi (mengikut garis prosedur
anarkis, sosialis dan liberalis sekularis) bagi mengangkat orang yang
mempermainkan emosi mereka menjadi pemerintah yang mereka impikan.
Revolusi yang digerakkan melalui huru-hara pula adalah
langkah terakhir selepas gagal memperoleh kuasa secara jalan demokrasi yang
diperjuangkan sebelum itu. Trend ini sama sahaja walau di mana-mana sudut dunia
yang berperang saudara sekalipun.
Penyebab asas
dalam menjayakan working-class environment
(persekitaran golongan pekerja) ialah dengan mempergunakan kelemahan para
pengikut. Kelemahan itu biasanya berkisar mengenai kemarau poket seluar
pengikut mereka yang tidak mempunyai wang.
Maka, pengikut dijanjikan dengan janji-janji yang berkisar
mengenai wang, sehingga beberapa perkara dijanjikan tidak akan perlukan wang
lagi. Inti kepada kelemahan pengikut adalah sikap tamak yang diasuh dengan
rentak tekanan kapitalisme apabila dijanjikan kesenangan.
Akibat terlalu mengejar kesenangan sebagaimana dijanjikan
sekiranya berjaya mengangkat pemimpin mereka menjadi pemerintah, maka segala
jalan akan digunapakai termasuk melalui cara yang tidak wajar. Mereka tahu setiap kelemahan para pengikut mereka
dan mempergunakan kelemahan itu untuk mencapai cita-cita mereka.
Dalam
memperlihatkan sistem kapitalisme yang ada sebagai tidak adil dalam pengagihan
kekayaan kepada rakyat, maka rakyat perlahan-lahan menerima pakai sosialisme
dan perlahan-lahan menelan liberalisme (ia tidak bermaksud Umat Terakhir
mendokong absolute capitalisme).
Idea-idea
sosialis diserap masuk ke dalam minda masyarakat yang diperkemas dengan
idea-idea liberalisme dalam menuntut apa yang dikatakan sebagai hak rakyat dan
hak kebebasan. Demi liberalisme, segala yang berkuasa mutlak (institusi
raja-raja sebagai contohnya) dalam sesuatu pemerintahan akan dibuang kesemuanya
sehingga terdiri republik yang diimpikan golongan sosialis. Maka, tiada lagi
(entiti atau pihak) yang berkuasa penuh dalam pemerintahan walaupun untuk
mentadbir urus hal ehwal agama kerana semua yang berkuasa mutlak akan dibuang
demi mengangkat sosialisme dan liberalisme.
Para ahli panel
Umat Terakhir ada kenal dengan golongan sosialis, malah ada panel kita yang
pernah bekerja dengan golongan sosialis. Ada di kalangan golongan sosialis yang
bekerja di penerbitan ‘akhbar’ tabloid-tabloid politik. Nama mereka
ialah nama orang Islam, tetapi hidup mereka bukan seperti yang dianjurkan
Islam. Makan di restoran bukan Islam yang terletak berhampiran dengan pejabat
mereka di bulan Ramadan sambil menogok beer,
manakala lidah mereka pula ligat bercakap mengenai hukum-hukum Islam seperti
seorang tokoh agama terkemuka sambil merendah-rendahkan musuh politik mereka
yang mereka kata tidak mengamalkan hukum Islam. Kita tahu siapa mereka, kita tahu apa yang mereka tulis.
Persekitaran
golongan pekerja (working class) merupakan
satu isu yang berkesan untuk dimainkan bagi mendapatkan sokongan pengikut yang
kebanyakannya (bukan semua) gemar bertindak mengikut emosi. Justeru,
persekitaran itu difahami untuk dimanipulasi oleh konspirator politik dengan
mengaitkan segala-galanya dengan wang (termasuk memainkan emosi rakyat yang
kesusahan, menjanjikan pemberian wang jika diangkat sebagai pemimpin,
menjanjikan beberapa perkara diberikan percuma tanpa perlu mengeluarkan wang
sehingga menyebabkan rakyat tidak sabar untuk menikmati kesenangan itu semua).
Apabila wujud
emosi tidak sabar, maka ia menjadi pencetus kepada tindakan selanjutnya yang
membawa kepada huru-hara demi mengangkat konspirator politik menjadi pemimpin
hanya semata-mata untuk menikmati kesenangan yang telah dijanjikan. Ia adalah
permainan psikologi yang menjerat golongan yang lemah minda dan terlalu malas
berfikir untuk menyelidik.
Dos-dos ‘khayal’
terhadap minda lemah yang dibuang segala kewajaran dan dimasukkan pemikiran
sintetik diberikan dalam kuantiti yang banyak sehingga para pengikut menganggap
khayalan itu sebagai realiti. Ia adalah permainan psikologi yang mengasuh nafsu
untuk khayal terhadap kesenangan dunia tanpa perlu bersusah payah. Trend
yang sama di semua sudut dunia yang berperang saudara. Persekitaran minda yang
dihidupkan dengan slogan fight for your
right menjadi pembakar semangat kepada para pengikut dungu untuk
mencetuskan revolusi.
“Making an injury to
one, will result an injury to all and the revolution will start.” – Socialist Towards Anarchism.
Dalam jurnal digital Socialist
Authors of Anarchism yang diharamkan di Amerika dan Eropah, gerakan Socialist Towards Anarchism menggariskan
50 langkah untuk memulakan revolusi di seluruh dunia bagi mencetuskan huru-hara
untuk menegakkan ‘people’s power’.
Huru-hara itu pula akan membuka jalan kepada golongan sosialis untuk menguasai
pemerintahan ke arah liberalisme, segala-galanya menuju liberalisme sebelum
semua ‘jiwa’ mereka maut dalam lubang hitam sekularisme.
Maka dengan itu, setiap gerakan (NGO atau parti politik) di
seluruh dunia yang diresapi golongan sosialis akan menggunapakai 50 langkah
tersebut demi mencapai cita-cita politik mereka dengan memperkudakan dan mempergunakan
kesusahan hidup serta kedunguan orang ramai. Sebahagian langkah tersebut yang
digerakkan gerakan aktivis sosialis ialah:
- Meningkatkan
kesedaran orang ramai untuk menubuhkan pertubuhan (NGO) yang
berorientasikan orang awam dan golongan sosialis harus membantu. (rujuk
artikel The Pillars dalam blog
ini).
- Siasat
semua peluang untuk mencipta persepsi orang awam (golongan kelas pekerja),
selidik bagaimana persekitaran mereka terbentuk dan pergunakan ia.
- Dedahkan
mereka (orang awam) kepada kisah-kisah revolusi yang berlaku di serata
dunia supaya dapat menaikkan semangan mereka untuk memulakan revolusi.
(rujuk kenyataan golongan politik yang galak mengaitkan Revolusi Iran).
- Belajar daripada golongan pencetus
revolusi di dunia hari ini, belajar bagaimana mereka mencetuskan revolusi.
(rujuk golongan politik yang menyemai semangat Arab Spring untuk
membangkitkan sikap memberontak di kalangan rakyat).
- Mengkaji
bahan-bahan yang berkaitan dengan gerakan-gerakan subversif bagi
menggulingkan pemerintah.
- Berterusan
membangunkan, mengembangkan prinsip-prinsip serta teori-teori dan strategi
mendapatkan pengaruh untuk meledakkan revolusi.
- Meningkatkan
keupayaan bersuara di khalayak, beri ruang kepada semua pihak untuk
bersuara bagi mempercepatkan revousi dengan cara menyemai semangat mereka
untuk memberontak.
- Mendengar
dan bercakap bagi pihak mereka supaya rasa tidak puas hati mereka terhadap
pemerintah akan lebih bersemarak.
- Melibatkan
diri dalam perbincangan dengan orang awam sambil menunjukkan ketokohan
diri dan pada masa sama cuba
mempengaruhi mereka untuk bertindak agresif.
- Pergunakan
kedudukan sekiranya mempunyai pengaruh untuk menjadikan mereka percaya
bahawa sistem yang wujud sekarang adalah tidak adil.
- Eksploitasi
kesetiaan orang awam supaya mengikut arahan.
- Berusaha mendominasi kawasan tumpuan
awam dengan cara mengeksploitasi pengikut dan dengan cara itu akan
tercetus provokasi bagi memulakan revolusi. (rujuk artikel Mission Occupy).
- Pamerkan
semangat revolusi supaya para pengikut akan turut bersemangat. (rujuk artikel
Infectious Slogans).
- Sentiasa
bersikap menyalahkan pihak lain sekiranya melakukan kesilapan dan beritahu
para pengikut bahawa itu adalah kesalahan pihak musuh yang sengaja
menjatuhkan pihak pemberontak. (rujuk perkembangan semasa).
- Merendah-rendahkan
dan memburukkan pihak musuh supaya mereka kelihatan tidak baik di mata
pengikut.
- Mencipta budaya revolusi dengan cara
membuat simbol-simbol atau bahan-bahan yang menyemai semangat revolusi.
(rujuk demonstrasi jalanan yang menggunakan warna atau simbol atau slogan
tertentu).
- Berhubungan
dengan gerakan yang menyokong revolusi bagi menggulingkan pemerintah. (rujuk
gerakan NED, NDI dan sebagainya yang bekerjasama dengan proksi-proksi
mereka di seluruh dunia).
- Menggalakkan
orang ramai supaya melibatkan diri dalam proses revolusi.
- Aturkan
program-program yang menjadikan pengikut bersedia untuk melakukan revolusi
subversif.
- Mulakan
program itu dengan orang-orang yang setia (pengikut).
- Jika
ada yang berpaling tadah, beri tekanan kepada mereka supaya wujud ketegangan
baharu.
- Berhubungan
dengan pengikut secara berterusan menggunakan medium teknologi. (rujuk konflik Tunisia tidak berapa
lama dahulu yang digerakkan dengan teknologi telefon bimbit).
- Menggerakkan
gerakan solidariti di kalangan muda-mudi yang berjiwa muda untuk
memberontak.
- Apabila
peluang mula wujud, berterusan melemahkan musuh dengan segala cara. (rujuk
terma Machivellism).
- Jika
melakukan perkara yang menyalahi undang-undang, gunakan undang-undang
kembali untuk menyalahkan pihak penguatkuasa undang-undang.
- Gunakan
segala peluang untuk berkata-kata bagi menyemarakkan semangat pengikut
apabila mereka digempur pihak penguatkuasa undang-undang.
- (Langkah ke-50) Berusaha dengan keras
dan bijak serta berani, seluruh gerakan sosialis antarabangsa (bergerak
dalam NGO) akan sedia membantu.
Jika diperhatikan, langkah-langkah tersebut dilaksanakan di
seluruh sudut dunia yang bergolak. Semua itu dipengaruhi oleh usaha pihak-pihak
tertentu dalam mendapatkan kuasa politik. Erti kata lain, ia digerakkan oleh
konspirator politik.
------
Jadi, siapakah yang dimaksudkan dengan konspirator politik
dan bagaimana mereka bekerja untuk menggerakkan agenda mereka?
Konspirator politik bergerak dalam lapangan politik. Ia adalah satu tanggapan biasa bagi
sesetengah orang apabila disebut mengenai konspirator politik.
Secara teknikal,
konspirator politik ialah orang yang terlibat di dalam lapangan politik yang
bertindak mengatur sesuatu plot (plotter)
bagi mencapai cita-cita politiknya dengan menggunakan segala cara atau langkah
yang telah dirancang.
Dalam catatan
sejarah dunia, Revolusi Perancis dicatatkan sebagai satu hasil kerja tangan
konspirator politik dalam menggulingkan institusi diraja melalui cara
menyemarakkan emosi rakyat kelas bawahan yang hidup tertekan serta mempergunakan
tekanan hidup yang dialami rakyat supaya menolak institusi raja melalui cara
kekerasan yang melampaui kemanusiaan. Begitu juga dengan tragedi pembunuhan
keluarga diraja (Tsar) di Rusia. Asas kepada tindakan itu ialah untuk membina
satu sistem pentadbiran baharu yang memusatkan hak rakyat selepas sistem
pemerintahan terdahulu digulingkan.
Daripada
kedua-dua peristiwa di Perancis dan Rusia, segala sistem yang digambarkan
sebagai membelenggu masyarakat (termasuk sistem kepercayaan dan agama) telah
disisihkan. Semua sistem itu dibuang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih
liberal, bebas dan tidak terkongkong oleh mana-mana sistem yang membelenggu
kehendak manusia.
Selepas tamat
revolusi, segala sistem itu tidak lagi mempengaruhi kehidupan masyarakat. Ia sebagai
cara untuk menjadikan masyarakat berasa seronok untuk melakukan apa sahaja yang
mereka suka kerana telah mencapai nikmat kebebasan yang diinginkan.
Lama-kelamaan, masyarakat mula berasa tertekan dengan sistem baharu yang
menggantikan sistem lama apabila mula menyedari bahawa mereka sebenarnya kekal
terkongkong dan lebih lalai daripada sebelumnya. Kemudian terciptalah zaman Reformation (pembaharuan agama) dan Renaissance (pembaharuan pemikiran) bagi
memberi sinar baharu kepada dunia Eropah, namun keadaan tidak pernah bertambah
baik kerana sudah tidak ada mekanisme sistem yang ampuh untuk mengemudi
masyarakat.
Revolusi-Reformation-Renaissance itu adalah plot-plot yang sudah berlaku
di barat, kesannya ialah masyarakat barat kini menjadi sekular dan ada juga
menjadi ultra-sekular yang mana nilai-nilai baharu yang tidak mempunyai nilai
itu sangat bertentangan dengan norma-norma golongan konservatif dan ortodoks.
Dalam keadaan
hari ini juga, semua pihak dijanjikan kebebasan sekiranya mereka berjaya
meruntuhkan sistem sedia ada. Sebuah pelan yang sama walau dalam apa zaman
sekalipun. Dan, itulah salah satu daripada sekian banyak permainan yang
dimainkan oleh konspirator yang bergerak dalam lapangan politik di setiap sudut
dunia.
Politik itu
menjanjikan kuasa. Itulah yang dipegang dan didokong oleh para pendokong
demokrasi yang perlahan-lahan menyerap liberalisme yang kononnya menjanjikan
hak kebebasan untuk semua, menyerap liberalisme seperti span yang menyerap
segala kotoran dan kemudian membiakkan sekian banyak kuman.
Dalam memahami
permainan konspirator politik, kita wajar melihat dari semua arah sebelum
membuat sebarang kesimpulan yang tidak adil. Konspirator politik juga wajar
difahami sebagai pemimpin atau orang yang berpengaruh dan mempunyai pengikut.
Pemimpin adalah orang yang mempunyai pengikut. Jika tidak
mempunyai pengikut, maka dia bukanlah pemimpin kerana tidak mempunyai kemampuan
untuk memimpin disebabkan ketiadaan pengikut. Maka, seseorang tidak dikatakan
sebagai pemimpin sekiranya tidak ada pengikut dan tidak mempunyai keberanian
untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin yang mampu mendapatkan pengikut.
Disebabkan konspirator politik kebiasaannya bergerak atas
kelebihannya mempunyai pengikut, maka peluang tersebut digunakan sepenuhnya
untuk mencipta minda sintetik kepada para pengikutnya. Propaganda adalah salah
satu antara sekian banyak taktik yang digunakan bagi menarik lebih ramai
pengikut.
Konspirator adalah orang yang bijak memanfaatkan setiap
peluang yang ada di persekitarannya. Peluang-peluang itu digunakan bagi
mencipta propaganda yang mampu menyemai persepsi negatif di kalangan
pengikutnya. Manakala propaganda pula selalunya berdiri di sebalik isu-isu yang
sedang ditimbulkan untuk diselarikan dengan isu-isu sebelumnya supaya memasuki
plot yang sudah dicipta sebelum itu.
Setiap yang berlaku di persekitaran akan selalu cuba
diselarikan dengan setiap perkara atau isu yang telah berlaku. Maka secara
tidak langsung, konspirator itu sendiri sedang bermain teori konspirasi dengan
para pengikutnya bagi mencipta keraguan terhadap pihak yang tidak disukainya.
“Seperti seorang
pencuri yang menuduh orang lain sebagai pencuri.” – Peribahasa Parsi.
Konspirator adalah orang yang menggerakkan konspirasi. Bagi
mengelak orang ramai daripada menghidu konspirasi yang digerakkannya, maka
konspirator itu ada masanya yang tertentu akan menuduh orang lain pula sebagai
mengadakan plot konspirasi terhadapnya (melalui kaedah red-herring dalam persekitaran politik). Dalam keadaan ini, dia
bertindak seperti seorang pencuri yang menuduh orang lain sebagai pencuri. Ia adalah satu permainan yang sangat mudah
dikesan sekiranya kita memahami permainan sesebuah konspirasi politik.
Lihat keadaan
bagaimana negara haram Israel menuduh dunia Arab sebagai pihak yang sedang menganiaya
Israel, walhal Israel yang sebenarnya menganiaya dunia Arab melalui
taktik-taktik yang licik dan kotor. Lihat juga bagaimana Amerika memperlihatkan
seolah-olah umat Islam menjadi pengganas yang menjejaskan keselamatan rakyat
Amerika, walhal Amerika yang mengantar tentera-tenteranya untuk membunuh orang
Islam di negara orang Islam sendiri. Taktik yang menuduh orang lain menganiaya
mereka, walhal mereka itu sendiri yang melakukan penganiayaan terhadap orang
lain. Kaedah yang sama ini digunapakai oleh konspirator politik yang diasuh
Israel dan Amerika dalam persekitaran politik di mana-mana negara sekalipun. The plan is always identical, pelan itu
sentiasa mirip.
Red-herring, kaedah
yang kerap digunapakai dalam mengalihkan tumpuan orang ramai terhadap sesuatu
perkara pokok. Ia adalah kaedah yang disusuli blame game untuk meletakkan setiap kesalahan sendiri di atas bahu
orang lain. Namun, pengertian terhadap red-herring
dan blame game tidak wajar dilihat
dalam perspektif politik semata-mata. Ia wajar dilihat dari semua arah supaya
kita tidak terlepas setiap sisi yang wajar dipandang.
Untuk melihat siapa konspirator sebenar dalam persekitaran
politik, kita harus bermula dengan angka kosong pada bacaan meter penilaian.
Seseorang pengkaji atau pemerhati tidak wajar menjadi orang yang menyokong
sebelah pihak dan membenci sebelah pihak yang lain. Jika anda adalah orang yang mencari kebenaran,
maka mulakan pencarian itu dengan berada di titik tengah. Jika anda memulakan
pencarian kebenaran dengan meletakkan sebelah kaki di sesebuah pihak, maka anda
tidak perlu menjadi pengkaji atau pemerhati kerana anda memang tidak mempunyai
kredibiliti sebagai pengkaji, anda hanya tidak lebih daripada seorang zombie
yang cuba berlagak menjadi manusia yang berakal dan adil. Malah, anda sudah
menyerah diri dan kepercayaan kepada sesebuah pihak yang berpotensi menjadi
konspirator tanpa anda sedari.
Konspirasi
digerakkan secara global bagi membolehkan kuasa membuat keputusan terpusat
kepada satu pihak yang berkuasa di peringkat global. Individu yang mempunyai
kuasa di peringkat global itu pula memainkan rentak yang sama sebagaimana
diterangkan dalam perenggan-perenggan di atas, iaitu melantik dirinya sendiri
melalui lantikan terhadap orang-orang (boneka-boneka politik) yang boleh memberi
manfaat terhadap kekuasaannya. Seperti yang diberitahu, the plan is always identical, pelan itu
sentiasa mirip.
Maka, setiap rentak tari konspirator itu sentiasa
melambangkan aspirasi kehendak hawa nafsu ‘ketuanya’ mengikut paluan gendang
dan rentak tari global. Jika ketuanya itu mahu dunia mengiktiraf sesuatu
perkara yang mereka perjuangkan, maka konspirator-konspirator penjilat kaki
sekularis kelas lokal (di negara-negara yang mempunyai proksi) juga akan
berusaha mempamerkan sokongan terhadap aspirasi pengiktirafan itu secara nyata
atau secara tersirat.
Dengan itu, pengikut-pengikut akan diperbodohkan dan
dipergunakan dengan pelbagai cara bagi mencapai aspirasi itu termasuk mengheret
para pengikut terhadap pelbagai risiko yang tidak terhitung yang dilabelkan
sebagai perjuangan menuntut apa yang dikatakan sebagai hak-hak mereka melalui
slogan-slogan puaka yang dihiasi dengan mitos-mitos kesenangan bagi
membangkitkan emosi. Pihak yang menghadapi risiko ialah pengikut, manakala
konspirator pula sentiasa bermain dengan bijak untuk memastikan dirinya bebas
daripada sebarang risiko dengan menukarkan risiko yang berkemungkinan menimpa
dirinya sebagai peluang yang seterusnya untuk dia menggerakkan plot berikutnya.
Konspirator politik sentiasa menjadikan para pengikutnya
sebagai alat untuk mencapai cita-citanya dan sebagai alat untuk menjayakan
plot-plotnya. Setiap plot diatur dengan memainkan emosi para pengikut supaya
segera bertindak secara agresif dalam sesetengah keadaan dan mengekalkan
sokongan pengikutnya walaupun setiap plot yang disusunnya itu tidak kemas.
Bermain dengan teori konspirasi yang tidak dibuktikan dengan pembuktian yang
mengesahkan segala fakta sebagai fakta yang sah juga adalah antara kaedah yang
digunakan konspirator politik.
Konspirator politik bukanlah konspirator yang
sebenar-benarnya, ia kerana konspirator politik tidak terlalu bijak dalam
menggerakkan konspirasi. Permainan konspirasi yang dimainkan konspirator
politik hanya dalam ruang lingkup politik semata-mata dan setiap teori konspirasi
yang dicipta bagi menyerang musuh politiknya merupakan teori-teori yang tidak
cukup kuat untuk mengatakan sesuatu fakta itu sebagai fakta yang sah.
Ia bukan teori konspirasi, ia tidak lebih daripada usaha
menimbulkan kekeliruan di kalangan para pengikutnya supaya mempercayai bahawa
semua yang dikatakannya itu benar-benar sebagai bukti wujudnya konspirasi.
Perlu difahami bahawa konspirasi itu dikaji dengan menyusun benang-benang halus
dan memadankan setiap benang halus itu dengan penelitian yang tajam sehingga
dapat disahkan bahawa setiap jenis benang itu terkelompok dalam jenis benang
yang mana satu. Apabila dikatakan sesuatu itu sebagai bukti, maka bukti itu
harus dibuktikan dalam pembuktian yang membunyai pembuktian dan
keterangan-keterangan yang mempunyai keterangan-keterangan dan
penjelasan-penjelasan yang berjaya disahkan sebagai bukti yang sudah
dibuktikan.
Perlu diketahui, konspirator tidak akan berjaya dan akan
menemui titik kekalahannya kerana mereka bukanlah golongan yang sentiasa berjaya.
Setiap perancangan mereka pasti ada
kelemahan dan dapat dihidu pada setiap kali perancangan mereka itu terdapat
kesilapan yang akan mengancurkan segala cita-cita mereka.
-------
Golongan yang
sentiasa menang.
Daripada Mughirah bin
Syu' bah. berkata, Rasulullah bersabda: "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat
yang dikehendaki oleh Allah. Mereka
sentiasa berjaya.” – (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Mengangkat seseorang pemimpin melalui cara politik demokrasi
bukanlah cara untuk mencari golongan yang sentiasa menang. Ia kerana dalam
demokrasi, pasti ada peluang untuk kalah. Sentiasa menang itu maksudnya tidak
ada risiko untuk kalah. Kerana apa
tiada risiko untuk kalah? Kerana Allah sentiasa bersama golongan itu dan Dia
sentiasa menjamin kemenangan bagi golongan itu.
Golongan yang
gagal pula ialah golongan yang tidak berjaya untuk mempertahankan perjuangan
mereka. Kegagalan itu selalunya disebabkan mereka itu tersudut longlai mengikut
kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani yang menggunakan proksi-proksi kaum
kufur.
Golongan yang
gagal juga adalah golongan yang tidak tetap pendirian mereka. Pendirian yang
boleh berubah-ubah mengikut hawa nafsu mereka yang sedang dicorakkan oleh proksi-proksi
sekularis Yahudi dan Nasrani.
Golongan yang
gagal juga ialah golongan yang buruk sikap, buruk lidah dan buruk tingkah laku.
Pada masa yang sama berusaha mempamerkan kepada orang ramai seolah-olah mereka
adalah golongan terbaik, bersih dan suci daripada segala dosa. Tetapi apabila
diamati dari semua arah (follow the
evidence), lakonan mereka tidak pernah sempurna dan tidak pernah konsisten.
Kita tidak
perlukan golongan yang gagal.
Carilah golongan
yang sentiasa menang.
Kerana mereka yang
sentiasa menang itu sentiasa ada.
Di celah-celah
kamu semua.
-FATIMI MARYAM-
Yerusalem.
.