Language of con
“If it sounds too good to be true, then it is
not true.”
FAKTOR terpenting dalam menjayakan
sesebuah con-job ialah kemampuan
untuk meyakinkan para mangsa (marks).
Keadaan di mana wujudnya kesangsian (skeptic)
terhadap seseorang conman akan
menyebabkan sesebuah con-job itu
sulit untuk dijayakan.
Maka
dengan itu, seseorang conman perlu
melakukan kerja meyakinkan (convincing) mangsa dengan sangat berhati-hati. Ia
biasanya dilakukan dengan penuh berseni terutama dalam seni berkomunikasi dan
seni menyusun kata-kata (wordsmith)
atau bermulut manis.
Jika
anda gagal mengesan tipu daya di sebalik kata-kata yang manis, maka anda dengan
mudah akan dijadikan mangsa yang sukar untuk dipulihkan kerana telah termakan
kata-kata yang penuh desepsi (pembohongan).
--
Dalam
seni kemahiran penjenayahan, terutama jika anda terlibat dalam usaha menangani
jenayah terancang (organized crime),
anda akan dapati sesuatu jenayah itu dilakukan dengan cukup hampir teliti atau
sekadar hampir sempurna. Tiada jenayah yang dilakukan dengan sempurna kerana
manusia juga tidak ada yang sempurna.
Seseorang
penjenayah akan berkomunikasi dengan rakan jenayahnya yang lain menggunakan
bahasa-bahasa yang penuh perlambangan, orang yang tidak memahaminya akan
memanggil ia sebagai bahasa kod. Namun, ia bukanlah kod.
Katakan,
jika anda seorang con-artist dan mahu
menjalankan quail drop job bersama
rakan-rakan jenayah yang lain, maka anda perlu berkomunikasi dengan rakan
jenayah anda menggunakan elemen-elemen yang terdapat dalam perlambangan quail drop.
Sila
ingat semula pengertian quail drop,
ia seperti memburu burung puyuh yang bersembunyi di dalam semak atau di
celah-celah pokok. Tempat persembunyian puyuh-puyuh itu perlu diganggu seperti
menggoyangkan pokok dengan apa cara yang sesuai (membaling kayu atau menghantar
anjing untuk mengusik semak).
Apabila
tempat persembunyian itu terusik atau pokok-pokok sudah digoyangkan, maka
puyuh-puyuh akan berterbangan menyelamatkan diri. Sebaik sahaja burung-burung itu terbang,
pemburu akan menghala laras senapang dan menembak puyuh-puyuh itu dari jarak
dekat.
Jadi,
apakah elemen-elemen yang terdapat dalam quail
drop? Ia boleh jadi; semak, pokok,
anjing, usik, menggoncang, menggoyang dahan atau apa-apa sahaja
yang terlibat dalam usaha menjayakan quail
drop.
Untuk
berkomunikasi dengan rakan-rakan jenayah jika mereka mahu menjayakan quail drop, seseorang conman tidak perlu menghubungi rakan
jenayah dan berkata: “hello, kita jayakan quail drop.”
Tidak
perlu bagi seseorang conman untuk
berkata begitu kepada rakan-rakan con
yang lain. Cukup kalau conman itu
berkata sesuatu yang melambangkan elemen-elemen itu biarpun sedang berada di
tempat awam sekali pun.
Katakan,
contoh, seorang conman mahu melakukan
quail drop, tetapi dia tidak boleh
berkata secara terang-terangan kerana berada di tempat awam, dia sebaliknya
perlu berhati-hati dengan menggunakan bahasa perlambangan, dia hanya perlu
berkata; “tebas semak itu” atau “goncang dahan itu” atau bernyanyi “tanya sama pokok.. apa sebab goyang”
tanpa anda fahami biarpun anda sedang berada di hadapan conman itu.
Apabila
rakan-rakan jenayahnya mendengar ucapan seperti itu melalui perbualan telefon
atau dalam ucapan awam, maka mereka sendiri akan memahami bahawa quail drop job akan dilakukan dan akan
melakukan persiapan bagi menjayakan job
itu. Belum faham?
Contoh
lain: katakan, kami mahu melakukan fire
sale job pula. Pertama, perlu
difahami ialah fire sale adalah
mewujudkan situasi panik bagi mencipta satu peluang baharu (peluang merompak,
mengalih perhatian, melakukan fake swap
atau sebagainya).
Fire sale secara
konsepnya, ia mengenai pemahaman terhadap situasi di mana sesebuah premis
mengalami kebakaran, ia akan menyebabkan keadaan di tempat yang berhampiran
dengan premis itu turut mengalami panik. Maka, orang ramai, polis, bomba,
penguasa tempatan dan orang-orang lain yang berada di sekitarnya akan pergi
menyaksikan kebakaran itu.
Apabila
semua pihak berkuasa terutama polis memberi tumpuan terhadap premis yang
terbakar itu, ia secara tidak langsung menyebabkan kawalan keselamatan oleh
pihak polis di premis-premis lain tidak dapat diberi tumpuan 100 peratus.
Manakala, jalan menuju dan jalan keluar dari kawasan berhampiran premis
terbakar itu juga mengalami kesesakan.
Bilamana
jalan raya sesak disebabkan orang ramai berkerumun menyaksikan kebakaran, maka
pergerakan polis menjadi perlahan. Maka, kami dengan kumpulan penyamun akan
melakukan rompakan di peti besi bank dan melarikan wang berbilion dollar atau
mencuri lukisan bernilai $10 juta di muzium seni pada masa yang sama kebakaran
itu berlaku.
Siren
keselamatan di bank atau di muzium sudah tidak lagi kedengaran kerana
ditenggelami oleh bunyi suara orang ramai yang menyaksikan kebakaran atau
ditenggelami oleh bunyi api yang membakar premis. Pergerakan polis untuk ke
bank dan muzium juga menjadi sukar kerana laluannya sudah dihalang oleh orang
ramai yang berkerumun menyaksikan kebakaran.
Secara
tidak langsung, kami dan kumpulan penyamun akan mudah melakukan rompakan di
bank atau muzium. Perkara yang perlu dilakukan hanya membakar sebuah premis
yang berada di laluan untuk ke bank atau muzium.
Jika kami pada masa itu sedang berada di hadapan penguasa polis sekali pun dan mahu
memberi signal kepada rakan-rakan
penyamun untuk memulakan fire sale job, kami hanya perlu berkomunikasi (contoh, menelefon atau menghantar mesej
daripada perlakuan) dengan rakan-rakan jenayah.
Katakan
anda adalah rakan jenayah kami, dan anda memerhati kami dari jauh untuk
menunggu mesej dari kami sebelum melakukan fire
sale. Kami mungkin hanya perlu mengeluarkan rokok atau cerut dan menyalakan
ia dengan api semasa sedang bersembang dengan polis itu. Ia kerana elemen
komunikasi dalam memaklumkan fire sale
ialah apa-apa sahaja yang berkaitan dengan api.
Atau, kami hanya perlu menunjukkan aksi seperti sedang mengangkat beg di kedua-dua
belah tangan meskipun tiada beg di tangan kami (seperti orang membawa beg
plastik di kedua-dua belah tangan semasa membeli-belah di pasar raya).
Ia
boleh dilakukan dengan berkata: “I
don’t know” sambil mengangkat kedua-dua tangan semasa bersembang dengan
polis itu tanpa difahami oleh polis itu. Kami hanya perlu menghantar mesej
kepada anda mengikut kesesuaian pada masa itu supaya tidak menimbulkan sebarang
syak di mata orang lain. Jika pada masa itu sesuai untuk berkata “I don’t know” sambil mengangkat
kedua-dua tangan, maka kami akan buat begitu.
Kalau
pada masa itu sesuai untuk kami menyalakan rokok, maka kami akan buat begitu.
Mesej itu akan segera dihantar selepas mengambilkira pelbagai perkara
seperti keadaan lalu lintas, bilangan orang awam yang akan dilibatkan, rentak
lampu isyarat jalan raya dan sebagainya.
Sesudah
anda menerima mesej itu dengan memerhati kami dari jauh, maka anda akan faham
bahawa ia adalah masa sesuai untuk memulakan fire sale.
Begitu
juga dengan conman yang lain jika
mereka mahu melakukan sesebuah job.
Mereka hanya perlu memastikan mesej itu sampai kepada rakan-rakan mereka.
Walaupun anda sedang berada di hadapan mereka, anda tetap tidak akan berupaya
untuk memahami segala maksud mereka yang sebenar.
Atau, kami boleh mengarahkan rakan-rakan jenayah untuk mencuri (steal) sebuah trak panjang dan memastikan trak itu terbalik
merentangi jalan raya. Secara tidak langsung, laluan untuk ke muzium atau bank
akan terhalang kerana perhatian orang ramai dan polis akan tertumpu kepada trak
yang terbalik itu.
Fire sale bukan
semata-mata bermaksud mencipta kebakaran, ia lebih kepada mencipta damage bagi tujuan mengalih perhatian.
Katakan
mesej quail drop sudah dihantar dan
rakan-rakan jenayah sang conman itu sudah bersedia untuk melakukan salah satu
daripada requirements sebelum
melakukan big-job yang sebenar, ia bagaimanapun
masih memberi kesulitan kepada orang-orang yang mahu menghalangnya walaupun
mempunyai sedikit pengetahuan (maklumat) mengenainya.
Katakan
lagi, anda tahu apa maksud mesej yang dihantar itu. Tetapi anda tidak mempunyai
pengetahuan mengenai di mana quail drop
itu akan dijalankan. Adakah ia akan dijalankan di Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban,
sempadan Thailand, sempadan Kalimantan Indonesia atau lain-lain tempat. Bagi
situasi ini, perisikan (intelligence/spying)
amat diperlukan bagi mengetahui rancangan sebenar seseorang conman.
--
Manakala
bagi seseorang conman yang bergiat
dalam kelompok masyarakat (pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik atau
sebagainya) mereka ini juga mempunyai bahasa-bahasa mereka sendiri untuk
berkomunikasi sesama mereka dalam link
atau network yang terahsia.
Katakan,
seorang conman mahu meraih simpati
orang awam, dia boleh sahaja melakukan banyak con-job seperti wrong bird
job. Ia membawa pengertian seseorang pemburu tersalah menembak burung lain
iaitu bukan burung yang diinginkannya, dia mahu menembak puyuh tetapi tertembak
burung punai. Ia pula tidak bermakna conman
itu akan menyuruh orang lain membunuh dirinya sendiri, tetapi dia meletakkan
risiko kematian itu sangat hampir dengan dirinya sendiri.
Contohnya
begini, katakan dengan cara meraih simpati melalui ugutan membunuh sahaja yang
dapat membuatkan conman itu mendapat
kepercayaan daripada majoriti masyarakat, maka dia akan merancang pembunuhan.
Seperti dikatakan, dia tidak akan membunuh dirinya sendiri.
Dia
mungkin akan mengupah seseorang untuk menembak orang lain yang hampir dengannya
di sesebuah lokasi pada satu-satu masa. Katakan, dia mengatur ceramah di tempat
awam dan seorang pembunuh upahan ditugaskan untuk menembak mati sesiapa sahaja
yang berada di sebelah kanannya semasa dia sedang berucap dalam ceramah.
Apabila
orang awam menyaksikan kejadian itu, secara automatik mereka akan beranggapan
bahawa lelaki itu (conman) adalah
orang yang teraniaya dan berada di pihak benar. Maka, secara tidak langsung conman itu berjaya mencuri (steal) kepercayaan orang awam terhadap
dirinya dan pada masa sama meletakkan kesalahan itu di atas muka musuhnya (frame-job).
Bagi
melakukan job itu, seseorang conman mungkin akan berkomunikasi dengan
rakan komplotnya di hadapan orang awam melalui kata-kata seperti “mereka mahu saya mati” atau “mereka kalau boleh akan hapuskan saya
dengan apa cara sekalipun” atau “inilah
jahatnya mereka” atau apa-apa sahaja yang menggambarkan seolah-olah
musuhnya itu terlalu jahat terhadap dirinya (terlalu jahat mengalahkan rejim
Zionis barangkali).
--
Kita
sudah menerangkan dalam siri Art of Con
sebelum ini mengenai keperluan seseorang conman
untuk melakukan sesebuah con-job
iaitu mereka perlu melakukan kecurian (steal)
terlebih dahulu.
Tanpa
peralatan yang cukup, maka sesebuah job
tidak dapat dilakukan dengan sempurna dan bagi mendapatkan peralatan itu,
mereka terlebih dahulu perlu mencuri kerana mereka tidak akan mengeluarkan wang
mereka walau satu sen pun.
Jadi
untuk mendapatkan peralatan, mereka perlu mencuri sama ada mencuri peralatan
itu (seperti treler yang dicuri tadi) atau mencuri wang bagi membeli peralatan
itu. Ingat, conman tidak akan mencuri
dengan cara mengambil barang itu kemudian memasukkannya ke dalam poket dan
meninggalkan tempat itu, bukan begitu, dia tidak akan mencuri seperti itu.
Kalau
kita mahu mencuri bulan, kita tidak akan mengambil bulan itu senyap-senyap dan
memasukkannya ke dalam poket dan meninggalkan peta galaksi ini. Bukan begitu
caranya. Anda perlu memahami the highest
art of scam and robbery bagi mendalami taktik mencuri di tahap tertinggi.
Ini semua ilmu-ilmu penjenayahan di tahap tertinggi.
Namun,
seseorang scammer yang bodoh akan
melakukan scam-job dengan cara paling
bodoh dan paling tidak cekap (badly
organized). Mujurlah di Malaysia tidak ramai penjenayah yang mengetahui
ilmu seni penjenayahan ini kecuali dalam beberapa buah kes seperti pada
penghujung 1990-an yang lalu.
Jika
di negara ini ada sangat ramai penjenayah berhati jahat yang bijak pandai, maka
kita semua akan menghadapi masalah besar dan orang-orang seperti kami pula
tidak akan ada masa untuk berehat barang sekejap untuk berfikir bagi
menggagalkan plot penjenayahan terancang.
Jadi,
apa yang perlu anda tahu dalam art of
scam? Baiklah, boleh dikatakan bahawa ada dua jenis scam yang sangat bodoh di Malaysia ini iaitu gores dan menang serta kutipan
derma (hanya sekadar contoh). Meskipun ia hanya kerja scam yang berada di tahap paling bodoh, namun ramai juga yang
berjaya diperbodohkan oleh scammers
itu semua.
Dalam
kes gores dan menang, para mangsa selalunya gagal membaca body language yang terdapat pada diri scammers. Apabila seseorang itu sedang menipu, maka dia akan
mengeluarkan petanda-petanda bahawa dia sedang menipu. Ia adalah perkara yang
wajar anda ketahui.
Dalam
sains penjenayahan, body language
adalah salah satu daripada sudut pengkajian. Apabila seseorang menipu, tubuhnya
akan mengeluarkan hormon-hormon sebagai tindakan memprotes perbuatan menipu
yang dilakukan seseorang. Hormon itu akan mempengaruhi otak supaya berhenti
daripada menipu.
Apabila
ia terjadi, beberapa bahagian di tubuh biasanya akan berasa gatal sehingga
menyebabkan seseorang yang menipu itu menggaru di bahagian yang gatal itu.
Dalam sesetengah orang pula, hormon itu akan mengganggu pertuturan sehingga
menyebabkan pertuturannya terhenti atau tersekat-sekat (tidak lancar).
Kes-kes
lain, hormon tersebut juga akan mengganggu ritma jantung, tekanan darah, rentak
pernafasan, kerlipan mata, otot-otot (berlaku getaran kecil di bahagian
tertentu) dan sebagainya. Ia dipanggil poligraphic
signals (pernah dengar ujian poligraf bagi mengesan pembohongan?).
Akibat
daripada gangguan hormon, tubuh akan mengalami protes dan ia biasanya gagal
dikawal oleh empunya tubuh sehingga menampakkan tanda-tanda dia sedang menipu.
Jadi, ia akan menghasilkan body language
dan dapat dikesan oleh orang-orang yang memahaminya.
Dalam
edisi kedua, blog ini pernah menjelaskan bahawa kita tahu siapa ahli politik
yang kuat menipu. Malangnya, ramai masih mempercayai sang penipu tersebut.
Sekarang, anda boleh memerhati isyarat-isyarat yang dikeluarkan oleh tubuhnya
pada setiap kali dia melakukan pembohongan atau penafian selepas kita
memberikan anda secebis daripada sekian banyak kaedah mengesan penipuan.
Anda
juga mungkin salah seorang yang pernah menghulurkan derma semasa
ceramah-ceramah umum dan anda mungkin sudah terpedaya. Contohnya bagi menjadikan
scam tabung derma itu blown out, anda harus bijak dan berani
bertanya kepada pihak yang mengutip derma itu mengenai akaun bank yang
digunakan untuk menyimpan hasil derma. Minta ditunjukkan bukti ke mana wang
derma anda disimpan sebelum disalurkan kepada pihak yang dikatakan mahu
dibantu. Apabila pihak itu menjawab, maka lihatlah isyarat-isyarat tubuh yang
terbit dari dalam diri mereka. Berdiam diri tanpa memberikan jawapan pula ialah
cara terbaik untuk ‘memenjarakan’ hormon tersebut daripada memberi tindak
balas.
Sebenarnya,
manusia dilahirkan dengan hati dan jiwa yang suci bersih. Maka, sifat hati dan
jiwa yang suci bersih itu tidak akan pernah terpadam seluruhnya. Biarpun
seseorang itu sejahat mana sekali pun, masih ada tertinggal sisa-sisa kesucian
di dalam hati dan jiwanya. Apabila orang yang jahat itu menipu, maka
hormon-hormon di dalam tubuhnya akan bertindak balas bagi tujuan memprotes
perbuatannya yang tidak sejajar dengan sisa-sisa kesucian yang masih berbekas
dalam dirinya.
Mungkin
sekali, secara metafiziknya, hormon itu adalah ‘sesuatu’ yang sentiasa
mengingatkan manusia mengenai perkara buruk dan baik, ia sentiasa memberontak
apabila anda melakukan perkara-perkara tidak baik. Maka dengan itu, tiada
jenayah yang dilakukan dengan sempurna, sudah faham perkaitan antara hormon itu
dengan terma tiada jenayah dilakukan sempurna?
Seseorang
conman yang hebat adalah berjaya atau
mampu mengawal diri pada setiap kali hormon itu bertindak. Dia seboleh-bolehnya
akan mengawal diri daripada menunjukkan isyarat-isyarat yang boleh menyebabkan
pembohongannya terdedah. Namun, dia tidak akan pernah mengawal diri
selama-lamanya kerana hormon itu akan sentiasa berubah menjadi lebih kuat (evolusi). Apabila dia terus menerus
menafikan hormon itu, maka jiwanya akan bertambah keras (jiwa mati) dalam usaha
menghalang hormon yang sentiasa memprotes kejahatannya.
Benar,
secara metafiziknya, jika kita terus melakukan kejahatan, maka hati dan jiwa
akan ‘mati’. Ia kerana hati dan jiwa kita sudah terlalu keras untuk menerima ‘teguran’
daripada hormon yang suci itu. Kerana apa? Kerana tubuh kita sentiasa belajar
menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang berlaku di dalaman tubuh kita.
“if it sounds too good to be true, then
it is not true.”
– Modern English proverbs.
“jika ia kedengaran terlalu benar, maka
ia tidak benar sama sekali,” – Pepatah
Inggeris moden.
Pepatah
itu adalah pepatah yang sangat popular dalam dunia con-artist. Pengertian bagi pepatah itu secara keseluruhan sudut
pandangnya pula sangat difahami oleh kebanyakan con-artist yang mementingkan kesempurnaan dalam melakukan con-jobs.
Maka,
seseorang conman yang bijak, tidak
sekali-kali akan memperdengarkan perkhabaran yang terlalu baik kepada para
mangsa mereka. Mungkin sekali dia akan memperdengarkan kononnya kehidupan semua
orang akan bertambah baik sekiranya dia yang jadi pemimpin menganggantikan
pemimpin sedia ada, serba-serbi menjadi jauh lebih murah dan ada pula yang
percuma, kedengaran terlalu mempesona, terlalu baik.
Walhal
jika diambilkira daripada sudut pandang yang lebih berkredibiliti atau
memandang janji-janji itu dari sudut rantaian ekonomi (economy chain effects), sosial, kewangan atau sebagainya yang
relevan, maka akan didapati ia tidaklah sebagaimana yang dijanjikan. Jika anda
seorang conman, maka anda akan
berupaya melihat semua ini dengan hanya mengamati maksud pepatah Inggeris yang
seperti di perenggan atas. “If it is too
good to be true, then it is not true.”
Sseorang
conman adalah orang yang pandai
mengeluarkan kata-kata yang bertujuan mempengaruhi (wordsmith) tahap kepercayaan orang lain ke atas dirinya. Dia akan
mengkhabarkan seolah-olah dia adalah orang yang benar dan boleh dipercayai.
Namun,
apabila disoal dengan pertanyaan yang mereka sukar untuk memberikan jawapan,
maka mereka akan sedaya upaya untuk mengelak daripada menjawab. Contohnya,
apabila wartawan bertanya soalan kepada mereka yang mana jawapan kepada soalan
itu pula akan menyebabkan penipuan mereka terbongkar, maka mereka akan cuba
mengelak daripada menjawab.
Keengganan
untuk menjawab itu juga sebenarnya adalah isyarat yang sudah pun dikeluarkan
daripada homon mereka. Maka dengan itu, tidak hairanlah jika wartawan diherdik
dan dihina apabila setiap kali bertanya sesuatu soalan yang amat sulit untuk
dijawab. Ia juga kerana wartawan adalah kumpulan manusia yang mampu menjadikan
sesebuah con-job itu blown out.
“Sesebuah pernyataan yang benar mestilah
bersambung-sambung dengan keterangan-keterangan yang mempunyai keterangan dan
ia tidak seharusnya terputus-putus.”
Anda
hanya diperlihatkan di permukaan, menyelamlah ke dasar dengan sendiri.
--
Sekadar
selingan, sila fahami keadaan ini:
Dengar
khabar, dalam pilihan raya akan datang, calon-calon DAP akan bertanding menggunakan
lambang PAS sekiranya DAP dibatalkan pertubuhannya oleh ROS gara-gara isu
pemilihan CEC baru-baru ini. Maka dengan itu, calon-calon DAP yang (sekiranya)
menang pilihan raya itu, akan menjadi YB di bawah PAS selepas DAP dibatalkan.
Tidak nampak steal job di situ?
Sila
cuba lihat dari perspektif art of con.
-MASTER’s CHAMBER-
Nota ADMIN: Master’s
Chamber adalah Lembaga Mesyuarat (?) (tidak perlu disebutkan nama organisasi
rahsia ini) dan badan pemikir yang
berada di belakang blog Umat Terakhir. Artikel ini adalah antara sebahagian intipati
yang dibincangkan oleh ahli-ahli lembaga dengan responden-responden mereka dari
kalangan profesional, pengkaji jenayah terancang, penganalisa politik dan
sebagainya.
Para
panel penulis pula adalah dari kalangan penulis-penulis profesional yang
berpengalaman dalam bidang persuratan dan perbahasaan. ADMIN pula hanya sebagai penterjemah yang menterjemah artikel asal
yang dihantar secara e-mail dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Oleh
yang demikian, beberapa perkataan tidak di-Melayu-kan bagi mengelak perkataan
itu terkeluar daripada konteks pemahaman.
Respon
panel penulis dalam ruang komen sebagai menjawab komen pembaca juga dihantar
melalui e-mail kepada ADMIN dan ia kemudian disalin oleh ADMIN ke dalam ruang
komen. Para panel penulis tidak membalas komen secara terus menerus di dalam
talian internet atas sebab-sebab tertentu. - HARAP MAKLUM.
.