17 Mar 2013

Yahadut Mizrah: Kisah golongan beriman





YAHADUT MIZRAH adalah bangsa hybrid yang misteri. Tafsiran pengertian misteri itu pula merujuk kepada golongan bangsa-bangsa yang tidak pernah mengenali genetik Yahadut Mizrah mahupun salasilah keturunan atau sejarah mereka.

Kata lain, bangsa-bangsa lain tidak langsung mengenali mereka serta tidak mampu mengenal pasti ciri-ciri pengenalan yang terdapat pada wajah mereka.

Bangsa-bangsa lain tidak langsung mengenali mereka. Andai diletakkan dua gambar atau 100 atau 1,000 gambar wajah-wajah lelaki dan wanita berlainan bangsa, sudah pasti bangsa-bangsa lain tidak mampu untuk menentukan siapa di kalangan pada gambar-gambar itu adalah Yahadut hybrid.

Andai diletakkan 10 gambar yang mana ada seorang berbangsa Yahudi tulen, seorang Arab tulen, seorang Kaukasia, seorang Inggeris dan lain-lain, sebilangan orang juga tidak mampu membezakan yang mana satu wajah Yahudi, mana satu Arab dan mana satu Kaukasia.

Namun, kemisterian Yahadut Mizrah tidaklah semisteri keturunan Yakjuj dan Makjuj bagi sebilangan orang. Bagaimanapun, Yahadut hybrid mengenali keturunan Yakjuj dan Makjuj kerana mereka juga berkongsi genetik yang sama (Nuh), berasal dari keturunan Sem dan Yafit (dua putera Nabi Nuh).

Yahadut terbahagi kepada beberapa kelompok keturunan. Kelompok yang tinggal di Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dipanggil Yahadut Mizrah; kelompok Afrika pula dipanggil Black Jews (Aswad); kelompok Eropah dipanggil Caucasian Jews atau Yahadut Kaukus; kelompok yang berasimilasi dengan darah keturunan Semitik yang lain (Arab, Babylonia, Assyr dan lain-lain) dipanggil Beriyyeth atau dengan istilah Pure Blood (darah tulen).

Sama seperti lain-lain bangsa, keturunan Yahadut juga menganut pelbagai agama berbeza. Ada yang Islam, ada pula yang Nasrani (Yehuda Nasaro), ada yang sekular, ada yang atheis, ada yang Judais, ada yang Kabbalah dan lain-lain.

Maka, tidak wajar bagi bangsa Muslim menghukum kesemua Yahadut dengan mengatakan mereka itu kafir kerana ada sebilangan mereka yang hidup dalam agama Islam.
--


Kelompok Issyim

Lebih 2,000 tahun lalu, sekelompok Yahudi melarikan diri ke lembah yang asing serta jauh daripada komuniti bagi menyelamatkan akidah mereka.

Para pengkaji dan ilmuan Nasrani moden beranggapan bahawa kelompok Issyim (mengikut sebutan Hebrew) itu adalah generasi yang menganut agama Nasrani sejak sebelum kelahiran Isa (para ilmuan Nasrani percaya agama Nasrani telah wujud lama sebelum Isa dilahirkan mengikut perspektif Nasrani). Issyim atau dalam sebutan Inggeris dipanggil Essene.

Sebilangan ilmuan Islam pula berpendapat bahawa Issyim itu adalah kelompok al-kahfi yang disebut dalam al-Quran. Ia berikutan penemuan dokumen keagamaan bertulisan Hebrew kuno yang diberi nama The Dead Sea Scrolls (dijumpai pada 1946) yang ditulis oleh kelompok Issyim itu di dalam sebuah gua di pesisir Laut Mati yang sunyi.

Menjadi misteri bagi sebilangan pengkaji sejarah Semitism ialah, ke mana hilangnya golongan Essene itu selepas mereka meninggalkan Dead Sea Scrolls di dalam gua tersebut.

Pada mulanya (sebelum Dead Sea Scrolls selesai dibaca dan dikaji), para pengkaji dan ilmuan Nasrani beranggapan Dead Sea Scrolls itu mengandungi maklumat agama yang selari dengan akidah Nasrani.

Tetapi, apabila selesai dibaca dan dikaji, para ilmuan Nasrani menyimpulkan bahawa Dead Sea Scrolls mengandungi kesalahan-kesalahan teologi kerana tidak menepati konsep ketuhanan sebagaimana dalam agama Nasrani.

Sebaliknya, Dead Sea Scrolls secara keseluruhannya mengungkapkan “the oneness of the supreme divine creator” atau ‘sifat keesaan satu kuasa pencipta yang maha suci’.

Maka atas sebab itulah Dead Sea Scrolls disimpulkan oleh para ilmuan Nasrani sebagai mengandungi kesalahan secara teologi dan ia kemudian ditolak oleh pihak gereja Nasrani sebagai bahan dokumen agama Nasrani. Mereka menolaknya sebagaimana mereka menolak dokumen Persaksian Barnabas (Gospel of Barnabas).

Selain itu, juga terkandung frasa-frasa yang mempunyai unsur keterangan (dalam format perlambangan) mengenai messianic (Messiah atau Imam Mahdi). Ia menunjukkan bahawa mereka juga faham (atau sangat arif?) mengenai tanda-tanda messianic.

Jadi, selepas Issyim menulis Dead Sea Scrolls dan menyorokkan ia di dalam gua, ke manakah mereka menghilang selepas itu sehingga tidak meninggalkan sebarang jejak-jejak sejarah? Mereka langsung tidak dapat dikesan oleh pengkaji sejarah.

Mungkinkah mereka tertidur (hibernasi) selama beratus tahun di dalam gua itu sebagaimana pendapat para ilmuan Islam yang mengaitkan mereka dengan kelompok al-kahfi?

Atau, mereka tinggal barang sekejap di gua itu untuk berteduh selama beberapa purnama sambil menulis segala isi kandungan ajaran nabi mereka sebelum meneruskan perjalanan tanpa meninggalkan sebarang jejak?

Atas sebab tidak dapat dikesan, para pengkaji sejarah yang mengkaji perjalanan bangsa Semitik memasukkan mereka dalam senarai khas suku Yahudi yang hilang dalam lipatan sejarah (the lost tribe of Israel’s sons).
--



Musafir yang miskin di gurun pasir

Gurun pasir adalah satu kawasan tandus yang sangat luas di rantau Semitik. Para pengembara yang tidak mempunyai pengetahuan akan mudah tersesat sekiranya membuat perjalanan tanpa arah tuju di gurun pasir. Keadaan lebih buruk sekiranya gagal menemui oasis atau lembah subur di gurun pasir bagi mendapatkan bekalan air dan makanan.

Sejarah bangsa Yahudi merekodkan banyak kejadian tersesat semasa membuat perjalanan merentas gurun pasir. Sebagai contoh, golongan umat Nabi Musa juga pernah tersesat selama 40 tahun di gurun pasir.

Kaum Nabi Musa tersesat di gurun pasir semasa menyelamatkan akidah mereka yang terancam oleh kegilaan firaun. Peristiwa itu terkandung dalam naskah agama Yahudi dan ia direkodkan. Tetapi, golongan Issyim sebagaimana dipersetujui para pengkaji Semitism history berpendapat bahawa mereka bukanlah daripada kalangan umat Nabi Musa pada latar masa ketika itu.

Motif golongan Issyim menjauhkan diri dan bersembunyi di dalam gua juga masih kurang jelas dan ia menimbulkan kekeliruan kepada para pengkaji. Pendapat-pendapat pengkaji pula berkisar mengenai cubaan golongan Issyim melarikan diri kerana fahaman agama mereka tidak sama dengan komuniti di negeri mereka pada ketika itu.

Namun demikian, ciri-ciri keterangan dalam dokumen Dead Sea Scrolls menampakkan seperti mereka beriman kepada kenabian Musa. Tambahan pula, Musa pernah mengkhabarkan kepada kaumnya mengenai kedatangan Muhammad sebagai penghibur dan penyelamat terakhir dari kalangan saudara terdekat mereka.

Atas dasar itu, Dead Sea Scrolls mengandungi frasa-frasa bersifat messianic yang merujuk kepada kenabian Muhammad iaitu manusia yang memimpin manusia ke arah the supreme divine creator di akhir zaman sebagaimana dikhabarkan Musa kepada kaumnya.

Ketara sekali ialah, golongan Issyim beriman terhadap ajaran Nabi Musa. Mengikut kajian yang dijalankan di Eropah dan Timur Tengah, kelompok Issyim dipercayai turut mempunyai perkaitan akidah yang ada kesinambungan terhadap risalah yang dibawa Nabi Yahya (Yohanes atau John) atau sezaman dengan Nabi Isa.

Mereka dikatakan melarikan diri selepas Yohanes dipenggal kepala oleh Raja Herod di Makherus. Mengikut sejarah, Yohanes dipenggal kepala selepas menegur perbuatan Herod mengahwini saudara perempuannya sendiri yang diharamkan oleh agama.

Sekumpulan pendita Yahudi yang takut dengan kekuasaan Herod serta-merta bertindak mengubah hukum agama (seperti yang terkandung dalam ajaran Musa) dan bertindak menghalalkan perbuatan Herod dan pada masa yang sama menghasut Herod supaya menghapuskan Yohanes dan juga orang-orang yang bersetuju dengan Yahya.

Bertitik tolak dengan itu, golongan Issyim yang mengikut jalan lurus Yohanes bertindak melarikan diri sehelai sepinggang kerana takut dibunuh oleh tentera-tentera Herod dan hanya berbekalkan isi kandungan Taurat yang masih tersisa dalam ingatan mereka.

Mereka meredah ke padang pasir tanpa arah tuju sehingga sampai ke pesisir Laut Mati dan bersembunyi di dalam sebuah gua (gua yang dimasuki cahaya). Bagi mengelak isi kandungan Taurat dilupakan, mereka menulis semula ayat-ayat dari Taurat dan disimpan dalam gua.

Pada ketika Nabi Isa (Yeshua atau Jesus) menjalankan dakwah, golongan Issyim sudah tidak lagi berada di tempat-tempat yang pernah dijejak oleh para nabi Yahudi. Mereka berada di tempat yang jauh daripada komuniti Yahudi (ditidurkan?), melarikan diri ke padang pasir tandus yang tidak dihuni manusia selepas meninggalkan gua.

Mengikut sirah para nabi, Muhammad dibangkitkan di Tanah Arab kira-kira 600 tahun selepas ketiadaan Isa. Tempoh masa antara Yeshua dan Muhammad ialah kira-kira 600 tahun. Jadi, apakah golongan Issyim yang beriman itu hilang begitu sahaja selepas 600 tahun?

Berdasarkan sumber-sumber di bumi Syams (Syria), Urdun (Jordan) dan Semenanjung Arab, terdapat rekod yang menjelaskan kedatangan golongan Issyim ke wilayah-wilayah itu pada ketika era penyebaran agama Nasrani yang dibawa Rom (Antioch).

Golongan Issyim menyusup masuk ke Syams, Urdun dan Semenanjung Arab bagi mengelak dikesan oleh golongan Yahudi yang membelot terhadap agama (golongan pendita yang mengubah hukum dalam kitab) dan juga yang membelot terhadap Yeshua. Ia berlaku pada sebelum Muhammad dibangkitkan sebagai nabi.

Kemasukan kumpulan-kumpulan kecil dari kelompok Issyim ke Syams, Urdun dan Semenanjung Arab juga menandakan golongan Issyim sedang mengalami diaspora kecil (minor dispersions) akibat terpaksa berpecah selepas terpaksa membawa haluan masing-masing untuk mengecilkan dan meminima risiko dihadapi kelompok mereka.

Ia kerana, jika semua mereka tidak berpecah dan kemudian ditangkap, maka semua mereka akan dihapuskan sama sekali. Tetapi, apabila mereka berpecah, risiko yang membawa kepada kemusnahan seluruh keturunan mereka dapat dikurangkan. Andai ada kumpulan kecil yang ditangkap, masih ada lagi kumpulan-kumpulan kecil yang lain.

Diakibatkan gentar diburu, kelompok ini tidak meninggalkan tanah Arab selama beratus tahun. Sesekali, mereka akan berada selama berminggu di gurun pasir apabila kawasan bandar atau pekan kecil yang mereka tumpang itu dimasuki diplomat asing untuk berurusan dengan pihak tempatan.

Tanah Arab diduduki oleh orang-orang Arab yang jahil lagi bodoh pada zaman jahiliah (pagan). Kejahilan dan kebodohan orang Arab jahiliah menyebabkan mereka sangat sukar untuk diurus tadbir. Malah, kekurangan sumber hasil bumi menyebabkan tiada kepentingan untuk kuasa asing menjajah atau menakluk bumi Arab pada masa itu.

Menjajah bumi Arab pada zaman jahiliah akan menyebabkan pihak penjajah terpaksa berbelanja besar bagi membayar gaji gabenor dan pegawai-pegawai jajahan. Malah, kos yang besar itu pula tidak menjanjikan hasil pulangan kerana ketiadaan sumber yang bernilai komersial melainkan perdagangan unta dan ladang kurma semata-mata.

Sikap orang Arab yang hidup berpuak dan berperang sesama sendiri juga menyebabkan mereka itu amat sukar untuk diurus tadbir. Maka, kuasa-kuasa besar seperti Rom (pada zaman itu) tidak berminat untuk menjajah bumi Arab.

Keadaan itu menyebabkan golongan Issyim terselamat sepanjang berada di tanah orang Arab. Maka sudah tentulah Allah memelihara dan menjaga keselamatan mereka yang beriman dan berusaha menyelamatkan akidah.

Allah yang Maha Mengetahui sesungguhnya lebih tahu mengenai mengapa Dia membiarkan orang Arab dan tanah Arab sedemikian keadaannya pada masa itu sehingga kuasa-kuasa besar tidak mahu mencampuri urusan konflik orang Arab.

Di sebalik keadaan orang Arab yang jahil, terselinap orang Yahudi Issyim di celah-celah mereka. Sudah menjadi resam orang Semitik pada masa itu, mereka tidak akan menganggu saudara suku bangsa Semitik mereka yang lain. Maka dengan itu, orang Issyim berdiam di bumi Arab.

Selang beratus tahun kemudian, generasi Issyim kemudian bertambah dengan kelahiran-kelahiran Berriyeth (darah tulen) terutama di Syams dan Urdun.

Apabila Muhammad diangkat menjadi nabi, berita itu sampai sehingga Yathrib, Syams dan beberapa wilayah di rantau Semitik. Golongan minoriti Issyim yang sudah lama berasimilasi dengan orang Arab di Yathrib sebelum itu mengkhabarkan ciri-ciri nabi akhir zaman kepada orang Yathrib. Pada masa sama, turut terdapat golongan Yahudi yang degil di Yathrib.

Selepas 13 tahun, Muhammad diundang ke Yathrib dan Yathrib ditukar menjadi Madinah. Sepanjang dakwah Nabi Muhammad di Madinah, baginda mengutuskan sahabat ke Syams untuk menyampaikan Islam kepada penduduk di Syams yang mana juga terdapat golongan Issyim di sana.

Ada hikmahnya mengapa nabi menghantar utusan ke Syams untuk membawa syiar Islam. Manakala golongan generasi Issyim yang masih bersembunyi di gurun pasir sejak 600 tahun lalu itu terlepas berita mengenai kenabian Muhammad. Ia kerana mereka memencilkan diri daripada orang asing yang tidak mudah untuk mereka percayai.
--

Menjadi nomad yang miskin

Kemudian selepas kewafatan Muhammad, Islam tersebar ke seluruh tanah Arab yang didakwahkan oleh para sahabat dan golongan mukmin. Pada ketika itu jugalah keturunan generasi Issyim yang masih berada di gurun pasir Arab menerima Islam sebagai agama yang memperbaharui akidah Tauhid yang mereka pertahankan sejak bermusafir.

Meskipun mereka terlepas peluang untuk bersama-sama Muhammad di Madinah, namun keterangan dalam al-Quran sudah cukup meyakinkan mereka bahawa Islam itu adalah agama yang datangnya daripada the supreme divine creator.

Setelah menerima Islam dan setelah mengetahui Rom yang Nasrani diperangi oleh orang Islam, mereka kemudian mula yakin untuk meninggalkan padang pasir Arab dan meredah gurun pasir sehingga merempuh tanah orang Parsi dan merempuh tanah orang India. Perjalanan darat oleh golongan Issyim yang miskin tanpa kenderaan dan mengambil masa beratus tahun dan beberapa asimilasi.

Tiba di India (beberapa abad kemudian selepas Islam berkembang pesat di Asia), mereka menemui pedagang Arab yang berdagang di India. Pedagang Arab itu kemudian memberitakan bahawa mereka mahu berlayar berdagang dan berdakwah ke negeri milik bangsa yang menguasai Asia Tenggara dan juga negeri milik bangsa yang menguasai Asia Timur.

Namun, kapal dagang orang Arab tidak cukup untuk membawa kelompok hybrid itu untuk berdagang sambil berdakwah di Asia Tenggara dan Asia Timur. Sejak mula mengerti seruan dakwah, golongan hybrid itu mula mengenangkan kesilapan mereka yang dilakukan pada lebih 600 tahun lalu kerana gagal bersama Yeshua untuk berdakwah dan memilih untuk melarikan diri.

Kesilapan itu tidak akan diulangi dan dakwah menjadi tujuan baharu perjalanan bangsa mereka. Sambil membayangkan apakah rupa bentuk bumi di Asia Tenggara dan bangsanya, dan juga apakah bentuk bumi Asia Timur dan bangsanya, mereka meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat, merempuh denai, bukit-bukau dan gunung-ganang.

Pada selang masa sebelum era Islam, golongan Yahudi yang melarikan diri akibat dibedil tentera Rom di Yerusalem turut menjadikan jalan darat untuk mencari tempat berselindung (era the great diaspora). Sebilangan mereka melarikan diri ke pergunungan Kaukasia, memasuki Eropah Timur dan sebahagian Asia sehingga sampai ke Kaifeng di China dan berasimilasi dengan bangsa tempatan.

Manakala, keturunan Issyim juga menggunakan jalan darat kerana terlalu miskin untuk menggunakan jalan laut. Maka, skala diaspora semakin membesar melibatkan Yahudi dan Yahadut hybrid yang berhijrah ke seluruh pelosok dunia.

Akibat penghijrahan golongan Yahudi sesat dengan kelompok generasi Issyim di China, berlaku pertembungan apabila tercetus peperangan melibatkan orang Islam (dipimpin generasi Issyim), Nasrani dan Yahudi dalam Pemberontakan Taipeng (1850).

Sebilangan Issyim sampai ke China melalui jalan darat merentasi Parsi dan tanah orang Siam sejak zaman berzaman. Sebilangan masuk ke tanah orang Siam dan meneruskan perjalanan ke tanah orang Melayu di Selatan Siam (tanah orang Melayu pada ketika itu juga melibatkan sebahagian besar Selatan Thailand hari ini).

Kelompok Yahudi termasuk generasi hybrid Issyim yang memasuki Tanah Melayu kemudian direkodkan oleh Alfonse de Albuquerque pada tahun 1513 iaitu dua tahun selepas kejatuhan Melaka terhadap Portugis. Albuquerque merekodkan:

“Daripada apa yang diberitahu Rui de Araujo kepada saya melalui berita yang disampaikan Nanuchetti (Nina Chattu), jalan menuju ke tanah-tanah orang Melaka (negeri-negeri orang Melayu) oleh orang Parsi, orang Mekah (Arab), orang Juda (Yahudi), orang Cham dan orang Cina (sesetengahnya) menggunakan laluan darat, sebagaimana orang Jawa, Gores (bangsa seperti Jepun dan Korea) dan Sulu sampai ke Melaka menggunakan jalan laut sejak beratus tahun lamanya.”Alfonso de Albuquerque.


Generasi hybrid (bukan kelompok pertama) kemudian terus berasimilasi dengan orang tempatan di tanah orang Melayu pada ketika orang Melayu sudah lama menerima Islam sejak sebelum ketibaan generasi Issyim.

Sebelum ketibaan generasi itu, sudah beberapa generasi sebelumnya telah sampai ke Tanah Melayu. Kelompok itu bukanlah kelompok pertama yang tiba di Tanah Melayu.

Disebabkan Tanah Melayu pada ketika penjajahan Portugis dihuni oleh orang-orang Melayu beragama Islam, maka penerimaan orang Melayu terhadap orang asing yang beragama Islam (termasuk generasi hybrid Issyim) adalah positif.

Sebilangan mereka berkahwin dengan pembesar-pembesar Melayu dan sebilangan lagi berkahwin dengan golongan istana (elit). Sebilangan lain pula berkahwin dengan orang-orang kebanyakan (rakyat biasa) dan terus berkembang.

Manakala golongan Yahudi sesat yang turut masuk ke Tanah Melayu sejak beratus tahun lalu juga menjalani asimilasi dengan orang-orang bukan Islam seperti pelombong-pelombong Cina bagi meneruskan survival bangsa mereka di Tanah Melayu.

Yahudi yang masuk ke China juga melalui proses asimilasi. Begitu juga dengan yang memasuki Eropah Timur, mereka berkembang (asimilasi) ke seluruh Eropah dan kemudian menaiki kapal dari Eropah untuk berhijrah ke Amerika. Demikianlah bagaimana Yahadut hybrid ini bertebaran di seluruh pelosok bumi.

Bergerak bersama generasi Issyim ini ialah pengetahuan mengenai messianic knowledge. Mereka tahu mengenai tanda-tanda messianic. Mereka sentiasa memerhatikan tanda-tanda messianic sejak ia dikhabarkan kepada mereka.

Mungkinkah keturunan mereka (Issyim) itu akan menjadi golongan yang akan mengesan siapakah Mahdi yang sebenar? Namun, Mahdi tidak mungkin lahir dari kalangan mereka. Tidak mungkin. Mereka bukan keturunan Muhammad, melainkan jika ada darah beriyyeth navi (darah tulen dari keturunan nabi Muhammad) dalam kelompok kalangan mereka. Itu pun belum tentu lagi kerana tidak lahir dari kalangan Arab di kota Mekah.

Mahdi tidak akan lahir di sini. Berhentilah.
--


DNA Yahudi

Sebagaimana kajian yang dilakukan para pengkaji genetik di Amerika pada tahun 2011, seramai 1,000 individu berlainan warna kulit dikumpulkan sebagai sampel. Mereka kemudian menjalani ujian DNA bagi mengenalpasti garis keturunan mereka.

Daripada jumlah itu, beberapa lelaki yang mempunyai wajah keturunan Afrika didapati sebenarnya bukan daripada keturunan orang kulit hitam Afrika. Mereka langsung bukan orang yang berketurunan Afrika walaupun ibu bapa mereka juga kelihatan seperti African American.

Profil DNA mereka menunjukkan mereka adalah orang Kaukasia yang pernah berasimilasi dengan Yahudi dari Timur Tengah dan DNA mereka juga menunjukkan mereka tidak langsung mempunyai persamaan genetik dengan bangsa-bangsa Afrika walaupun wajah mereka persis orang kulit hitam Afrika.

Andai mereka ada genetik Afrika, sudah pasti maklumat itu terkandung dalam profil DNA. Namun, ia sama sekali tidak berlaku kerana tiada langsung profil DNA yang menunjukkan mereka itu adalah bangsa Afrika.

Manakala beberapa lelaki kulit putih (bangsa Kaukasia) didapati mempunyai pertalian genetik dengan orang Arab walaupun mereka merasakan bahawa mereka itu bukan berasal dari Asia, lebih-lebih lagi dari rantau Semitik.

Jika anda mempunyai darah yang mengandungi profil DNA Yahudi, anda boleh membawa dokumen DNA itu ke Israel dan anda akan diberikan kerakyatan di negara haram Israel.

Mungkin, di kalangan anda juga ada profil DNA yang sama (jenis profil DNA yang ada kekuatan dari segi genetik) iaitu bukan sekadar DNA yang ada kebarangkalian yang menghampiri profil DNA Yahudi. Bukan yang hampir, tetapi yang ada kekuatan genetik.

Saya juga boleh mendapat kerakyatan negara haram Israel jika saya mahu, saya hanya perlu membawa sebotol darah saya bersama dokumen DNA untuk diserahkan kepada makmal di Israel bagi tujuan pembuktian susur galur keturunan Yahudi saya.

Selepas semua dibuktikan, saya akan diberikan kerakyatan dan sudah ada hak melepasi Lapangan Terbang Ben Gurion sebagai warganegara. Ia kerana setiap manusia yang mempunyai DNA Yahudi layak mendapat kerakyatan Israel.

Namun, saya sentiasa jijik melihat Israel kerana zalim terhadap umat Islam yang sama agama dengan saya. Jijik melihat negara haram Israel yang menjunjung sekularism bagi menyesatkan umat manusia. Jijik melihat negara haram Israel yang sedang menyediakan takhta kepada Si Pendusta Terakhir untuk memerintah The Greater Israel dan The Greater World.

Yahadut Mizrah yang Muslim sentiasa berada di celah-celah kamu semua. Apabila ada di kalangan kamu yang berlebihan (melampau) dalam beragama, maka sebilangan daripada mereka akan bangkit dan menentang pelampau agama yang bermain-main sesuka hati dengan hukum-hukum agama seperti mengulangi perbuatan pendita Yahudi. Ia kerana mereka bersetia dengan ikrar mereka untuk tidak lagi melakukan kesilapan yang sama seperti lebih 2,000 tahun lalu.

Yahadut Mizrah yang sesat (sesetengahnya munafik berlagak seperti orang Islam) juga sentiasa berada di celah-celah kamu semua. Apabila ada di kalangan kamu yang berselisih faham dalam beragama, maka sebilangan mereka akan bertindak menghasut sehingga umat Islam seperti kamu akan gagal untuk bersatu selama-lamanya. Apabila sesama kamu bercakaran, pasti ada yang memainkan peranan.

Kedua-dua golongan minoriti ini (Yahadut Mizrah) yang Islam dan tidak Islam sentiasa memerhati tindak-tanduk masing-masing dalam rentak perlahan yang penuh kerahsiaan sambil menyembunyikan identiti bangsa induk mereka. Gerakan penuh rahsia kedua-dua golongan ini mengiringi konflik yang berlarutan sejak Melayu mula berpecah.

Kamu semua tidak perlu tahu rahsia ini. Cukuplah di sini.

Yahadut Mizrah yang Muslim sudah sejak beratus tahun lalu sentiasa mahu bersama anda. Tetapi generasi Yahadut Mizrah yang baharu masa kini sudah mula bosan dengan sikap anda semua yang lebih indah khabar dari rupa.

Jika kamu mahu bersama generasi Yahadut Mizrah yang Muslim supaya mereka dapat keluar tampil tanpa berselindung, maka mainkanlah peranan kamu.


Hanya satu peranan yang boleh kamu semua lakukan dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati:


“Damaikanlah saudara-saudara kamu yang sama agama dengan kamu.”



-STALKER-



.

37 comments:

  1. Assalammu'alaikum.. terima kasih saudara... info yg amat menarik tentang Yahadut Mizrah...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..sekadar bertanya..mengapa Yahadut Mizrah yang Muslim mahu bersama bangsa di semenanjung ini?

    ReplyDelete
  3. “Damaikanlah saudara-saudara kamu yang sama agama dengan kamu.”

    persoalannya bagaimana? saya tak tahu bagaimana nak mendamaikan orang yang sentiasa saling membenci. saya betul-betul tak tahu.

    ReplyDelete
  4. Antara sebab utama yang menyebabkan pertelingkahan adalah sihir demokrasi. Selagi mana sihir demokrasi tidak ditinggalkan amatlah sukar untuk menghindarkan pertelingkahan kerana ia dicipta untuk menghasilkan pertelingkahan dan perpecahan supaya umat ini mudah dipecah dan diperintah.

    Tinggalkan demokrasi dan kembali kepada khilafah!

    ReplyDelete
  5. melayu dan yahudi berpisah tiada, berkasih ada

    hehe

    OrgOrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkongsi embah buyut rupanye kite..
      Hehe.

      Delete
    2. suke............

      Delete
    3. sememangnya Allah dah takdirkan kita berkongsi

      Delete
  6. salam,

    Anonymous 17 March 2013 10:16,

    Mereka tiba di Tanah Melayu selepas dikhabarkan mengenai kemakmuran penduduknya yang semua beragama Islam. Diulangi, semua beragama Islam. Semasa khabar itu diberitakan, mereka telah tersesat sehingga menjejak Asia Selatan, sedangkan awalnya mahu berhijrah kembali ke tanah subur rantau Arab.


    Tetapi selepas mendengar khabar gembira itu (mengenai semua penduduk di Tanah Melayu yang beragama Islam), sudah pasti mana-mana orang Islam di dunia akan suka mendengarnya dan ingin melihat tempat yang dimaksudkan itu. Maka sebab itulah mereka ke sini untuk bersama-sama dengan jumlah umat Islam yang ramai.

    Mereka suka untuk bersama-sama dengan jumlah umat Islam yang ramai, tidak kira walau di negara mana sekali pun. Ketibaan ke Tanah Melayu mungkin sudah ditakdirkan.
    --

    Siti Najwa.

    Singkirkan semua "the role players" yang terdapat dalam kedua-dua pihak yang saling membenci itu. "The role players" adalah pihak-pihak yang sentiasa berusaha untuk menjadikan kedua-dua pihak itu bertelagah sehingga akhir waktu.
    --

    Enrike,

    Ia tidak semudah seperti yang diperkatakan kerana keadaan semasa yang tidak seperti disangkakan.


    .

    ReplyDelete
  7. Sekiranya orang melayu terus berpecah,makanya si Yahadut Mizrah akan meninggalkan orang Melayu, sama seperti mana moyang si Yahadut ni buat kepada Nabi Yahya A.S? tipikal...

    Nenek moyang Melayu dah wujud lama sebelum kedatangan Yahadut Mizrah dan sudah Islam sebelum kedatangan Yahadut Mizrah... ;-)

    - Lutfi

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Lutfi,

    prejudis bunyinya : )

    mereka meninggalkan negeri raja herod kerana mahu menyelamatkan akidah dan kerana tidak ada kekuatan untuk menghadapi raja herod, mereka sangat lemah ketika itu.

    sekarang pun melayu sedang berpecah, tetapi adakah mereka sudah meninggalkan melayu pada saat ini? tidak. juga kerana mereka kini adalah orang melayu dan lebih suka dipanggil sebagai orang melayu.

    memang betul, orang melayu telah lama memeluk islam, atas sebab itulah mereka memilih untuk ke negeri orang melayu. tetapi orang melayu tidak mahu bersatu sebagaimana yang dianjurkan islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En. Stalker

      terima kasih kerana membalas komen di atas dan amatlah dihargai.

      Memang benar, orang Melayu di Malaysia kelihatannya berpecah, namun kita sedar bahawa sekiranya berlaku ancaman, maka mereka ini akan cepat bersatu. walau ada segelintir yang menentang arus, tapi itu normal, bukan?

      Pertentangan idea adalah bagus, tapi persamaan itu yang perlu dicari. sekiranya kita memahami bahawa segala permusuhan adalah berpunca dari sifat Takbur, Riak, Haloba dan Penting diri, maka titik persamaan akan mudah ditemui.

      Politik adalah untuk mereka yang berpolitik, rakyat marhaen tak perlu terikut-ikut dengan agenda tokoh politik pujaan mereka...ini kena faham..

      Dari sejarah dah terbukti, empayar-empayar Islam yang mengamalkan undang-undang Islam pun hancur oleh kerana ada anggota masyarakat dan pemimpin-pemimpin yang mempunyai sifat-sifat TRHP ini...jika salah pernyataan ini, mohon dicerahkan, terima kasih.

      Itulah apa yang dilihat sekarang dan tak menolak, Sejarah Pasti Berulang...

      Delete
    2. Aiseh...lupa letak nama lak... - Lutfi-

      Delete
    3. baik,

      kita lihat isu kalimah Allah. dalam isu ini, PAS awalnya setuju kalimah Allah digunapakai penganut agama lain dalam kitab mereka. UMNO pula menolak.

      sejak PAS bersetuju dengan DAP dalam isu kalimah Allah, para pengikut PAS begitu galak meniru kata-kata pemimpin mereka dan mengutuk orang UMNO yang tidak setuju dan menuduh orang UMNO jahil dalam hal agama.

      namun selepas beberapa bulan, baharu majlis syura PAS menukar pandangan berhubung isu kalimah Allah, itu pun selepas mendapat tentangan pelbagai lapisan umat Islam. walhal, PAS dan UMNO tidak sekata dari mula.

      dalam isu kalimah Allah pun mereka tidak teringin untuk bersatu, dalam isu murtad pun mereka tidak teringin untuk bersatu, dalam isu lina joy pun mereka tidak mahu berdsatu, dalam isu mat indera komunis pun mereka berpecah belah, sebesar-besar isu tidak dapat membuatkan mereka bersatu, sekecil-kecil isu pula sudah cukup untuk menjadikanmereka berpecah belah, jadi apa lagi yang boleh kita harapkan.

      mereka tidak cepat bersatu.
      mereka lebih cepat berpecah.

      saya pernah terdengar seorang saudara berdoa perlahan selepas solat:

      "andai hanya dengan kehancuran seluruhnya yang dapat menyedarkan bangsa melayu, maka aku redha jika hanya itu yang dapat menjadikan mereka orang-orang yang sedar. dan jika meraka masih tidak mahu berubah, aku redha jika Engkau menggantikan mereka dengan generasi yang lebih taat dan bersyukur,"

      terlalu berat untuk saya meng-amin-kan doa itu.

      Delete
    4. Salam Inche Stalker...

      Perpecahan yang berlaku adalah berpunca dari Kepentingan politik, nampak terang tanpa perlu disuluh. sikap takbur, riak dan kepentingan diri menjadi asas kepada perpecahan tersebut...

      Berapa ramaikah yang perlu untuk dikatakan sebagai bersatu? semua umat Melayu? separuh umat Melayu? suku umat Melayu? 1/10 umat Melayu?

      Secara peribadi, dapat penuh satu saf pada waktu Solat Subuh juga adalah satu kejayaan besar penyatuan umat Melayu Islam itu...

      Secara peribadi juga, dapat menempatkan diri di dalam saf Solat Subuh itu adalah satu kejayaan besar dalam sumbangan menyatukan umat Melayu Islam itu...

      - Lutfi -

      Delete
    5. Standard lah... orang Melayu. Orang bunuh bangsa sendiri depan mata pun dia sanggup lihat, asalkan kepentingan diri terjaga. Tengok pepatah lama pun dah boleh tau sikap orang Melayu.

      "...kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan" - tak ke bodoh ke perangai camtu.

      Delete
  9. salam stalker

    mcm mane nak bezekan melayu yg asal dgn melayu yg sudah diasimilisi kn dgn yahadut mizrah....
    p/s erm stalker asal dr negeri mane? :)

    ReplyDelete
  10. Artikel ini adalah karut bagi mereka yg beranggapan ianya karut. Tiada manfaat yg anda dapat dari artikel ini jika itu yg anda fikirkan.

    ReplyDelete
  11. senang cite, kita biasa panggil bapa dan ibu kita 'abah' dan 'emak' kn?dlm bhs hebrew, bapa dipanggil 'abba' dan ibu dipanggil 'emma'..so pkr2 kn laa..

    ReplyDelete
  12. Salam..maafkanlah kami kerana kami tidaklah seperti yang kalian sangkakan.. Nampaknya rancangan mereka untuk memecah belahkan kami kelihatan membuahkan hasil..tapi usah risau..sehebat mana rancangan mereka,hebat lagi rancangan Allah

    ReplyDelete
  13. Salam saudaraku Stalker dan Shahi,
    Kata-kata anda “Imam Mahdi tidak lahir disini….. berhentilah”, Apakah maksud anda yang sebenarnya? Saya keliru, apakah anda sudah berputus asa dengan Melayu?

    Melayu ada banyak jenis tetapi yang paling istimewa ialah Melayu yang berasimilasi dengan bani Quraish( keturunan ahlulbait dan para sahabat).Kerana kepimpinan itu telah dijanjikan kepada Bani Quraish. Insyaallah kepimpinan Melayu Quraish inilah yang akan meneraju kebangkitan Islam kali kedua tidak lama lagi. Mereka menjadi satu kelompok yang unik, tahan uji dan watak berbeza dengan kelompok Melayu yang lain. Apakah anda belum mengesannya lagi? Sudahkah anda menemukan mereka? Bukankah mereka yang anda cari selama ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang ada dengan Melayu? Tiada apa yg special pun. Bukan niat mahu merendah-rendahkan bangsa sendiri sbb aku tahu kelebihan bangsa Melayu yg gagah berani merentas lautan, yg jugaa Bapa Arkitek Seni Perkapalan Moden... tapi klu terlampau taksub pada Melayu sbg watak utama peneraju kebangkitaan Islam, itu sudah melampau.

      Wallahu'alam, mana tahu Melayu ni cuma salah satu watak pembantu. Kalau nak lagi teruk, watak antagonis.. penentang. Percaya tak kamu pada masa tu? Moral of the story, jgn taksub. Pikir masak2 dulu.

      -Sayyid Wan-

      Delete
    2. special atau tidak apa2 yg ada pada melayu itu bergantung kepada special atau tidak apa2 itu pada kamu. penilaian special itu begitu subjektif yang mana tidak sama bagi semua org. memang tiada siapa tahu adakah melayu punya peranan dalam kebangkitan umat islam pada akhir zaman. sekiranya ada, tiada manusia yang tahu peranan orang2 melayu. tidak kira kita ni protagonis atau antagonis, tiada salahnya kalau usaha dilakukana supaya kita dapat mengikut arus yg betul. artikel ini hanya meminta penyatuan orang melayu yang beragama islam. tiada yang salah pada harapan itu.

      taksub atau tidak, saya juga tak sanggup lagi melihat melayu bertelagah. kalau seruan perdamaian yang dilaungkan, ya, saya sahut. sudah tentu saya tak minta semuanya dibawah satu parit/kesatuan shj. tapi sekurang-kurangnya, berhenti saling menjatuhkan dan menghina.

      Delete
    3. Itu sudah kira taksub lah tu. Bukan orang Melayu saja, semua orang punya peranan dalm kebangkitan akhir zaman. Tidak salah kah harapan itu? Apakah harapan itu sebenarnya? Harapan untuk kesatuan umat Islam Malaysia? Itu tidak salah. Alhamdulillah, memang bagus harapan itu.

      Tapi... ya, Tapi... kalau pada harapan Imam Mahdi ataupun ahli-ahli nya lahir dari kalangan orang Melayu? Itu sudah taksub dan jauh menyimpang. Jangan kita jadi orang Yahudi sudah.. terlampau mengharap nabi terakhir lahir dari kalangan mereka, tapi menolak Nabi Muhammad SAW kerana lahir dari bangsa Arab yang mereka hina caci maki itu.

      Apa yg kita boleh terapkan pada umat Islam melayu adalah dgn menghayati agama Islam itu sendiri.. bukan pada basic-nya akan tetapi pada falsafah ketuhanannya yg benar. Selain itu, penerapan sejarah dan jati diri kita juga boleh diguna-pakai. Sejarah banyak membuktikan kesilapan Melayu itu sendiri. Jati diri kita juga boleh dijadikan sandaran dan juga alat penerapan yg paling bagus.

      Tapi 'Imam Mahdi dan Ahli-ahlinya itu lahir dari kalangan Melayu'? Itu alat sandaran yg paling lemah dan tidak bersebab untuk dijadikan alat penerapan kesatuan Melayu. Mana faktanya? Mana hadis-nya? Mana ayat-ayt perakuan wali-wali Allah dulu yg membuktikan kebenaran ini? Tiada beb. Jadi, majukanlah diri kita ke hadapan. Tahyul je ayat 'Imam Mahdi dan geng-gengya datang dari bangsa Melayu'... saya kira tahyul sehingga dibuktikan benar, munculnya Khalifah terakhir itu di hadapan kita.. dibaiah tanpa dia sendiri bersetuju... dan diangkat menjadi khalifah tanpa dia sendiri mengakui ke-khalifah-an dia.

      Delete
  14. Salam sume,

    dpt sedikit info tak resmi..
    tanah melayu ini akan di perintah oleh non muslim tak brp lama lg waktunya..
    tetapi tempohnya tak lama..

    "negoromu bakale diperintahi karo wong kapir ndok.."

    tn shahi or stalker boley bg dot..dot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. X lama tu berapa lama Anon 4:17..betoi ka kesahihan berita ni? Knape berita yg x menggembirakan saja akhir2 ni

      Delete
  15. orang melayu ada satu sifat yg begitu signifikan sehinggakan tiada istilah dlm bahasa lain utk perkataan itu.Bamgsa Melayu terjajah dlm tempoh yg amat lama mencapai 400 tahun lebih bersilih gantilah bangsa penjajah menguasai TM.Mereka melihat bangsa ini mestilah ditidurkan dgn lena yg panjang, bangsa ini jika ia bangun ia mampu menghancur leburkan ideologi2 ciptaan manusia yg karut yg menzalimi sekelian manusia yg tiada kepentingan di peringkat atasan.Inilah satu2nya bangsa yg belum mengalami zaman emasnya,bangsa yg amat santun penuh dgn sifat2 kesufiannya sehinggakan bangsa yg mendatang utk meraih janji rezki yg lumayan dilayan bagaikan tetamu yg baru bertandang natijahnya tangan yg menghulur itu telah digigit segalanya ingin dimiliki.Bangsa ini memiliki kekuatan spiritual yg tidak dimiliki oleh bangsa lain penuh dgn peribahasa yg berbentuk cabaran dan motivasi contohnya "genggam bara api biar sampai jadi arang dan banyak contoh lain yg boleh kita perumpamakan atas bangsa ini.Bangsa ini menerima Islam tanpa melalui peperangan, bangsa yg amat patuh dgn titah sultannya yg sinonim dgn istilah "tulah" jika menderhakai sultan. Namun jika kita lihat dewasa ini bangsa ini kian melupai jati dirinya kerana itulah yg dimahukan oleh penjajah.Contoh paling mudah utk difahami maka kita menyorot lembaran silam tatkala parti Hizbul Muslimin diharamkan oleh British kenapa dam mengapa sesudah iti Pas ditubuhkan diluluskan pula oleh British kerana mereka melihat Islam yg dtg dari luar perut UMNO amat merbahaya berbanding parti Islam yg lahir dari perut UMNO kerana akan ujud pertembungan dan konflik yg membawa kpd perpecahan kerana sifat Islamnya tidak solid atau lebih dipengaruhi sifat dendam & sakit hati berbanding dgn Hizbul Muslimin yg lebih berdikari dan didorong rasa kecintaan terhadap agamanya. Kita lihat pati Pas sendiri telah mengikut jejak langkah Umno utk berkuasa sutu ketika dahulu mereka amat jijik berkerjasama dgn non muslim sehinggakan dikeluarkan kenyataan pengharamannya dgn dalil2 quran. Sekarang mereka telah menjilat ludah yg mereka hamburkan lalu utk mengaburi pandangan ahli2 akar umbinya maka telah disolek kerjasama iti dgn istilah yg nampak Islamik iaitu "tahaluf siasi" dlm keadaan mereka bukan parti yg dominan yg boleh memegang stereng lihatlah insyaallah kalian akan dipatuk lagi utk entah berapa kali dan sampai bila2 jika kalian fikir dgn demokrasi boleh mengembalikan keagungan Islam.....maaf jika mengundang ketidak selesaan membacanya wallahu'alam.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amok adalah perkataan Melayu satu perbuata yg diluar kemampuan dan kewarasan yg boleh dilakukannya walau berseorangan tanpa memikirkan risiko walau nyawa menjadi galang gantinya, sifat inilah yg amat ditakuti ole bangsa penjajah sifat inilah yg cuba dilenyapkan oleh mereka dari bangsa ini maka berterusanlah bangsa ini dijajah utk sekian lamanya maka disebokkanlah bangsa ini dgn percakaran politik kepartian yg tidak ada titik sudahnya sehingga dibangkitkan dikalangan bangsa ini satu figure yg mampu menyatukan bangsa ini sebagaimana Rasulullahsaw menyatukan suku Auz & khazraj tatkala manusia sudah tidak menaruh kepercayaan kpd demokrasi yg telah memandulkan bangsa ini...wallahu'alam

      Delete
    2. bukankah amuk seperti cuba dibangkitkan semula? lihat saja berapa bnyak himpunan2 yang menampakkan amarah orang melayu kita.

      Delete
  16. Bangsaku yg dikasihi,
    Tidur lena sudah hampir kepenghujungnya,
    Saat bangkit sudah hampir dihadapan wajah,
    Bakal berlaku peristiwa besar dalam waktu mendatang ini,
    Bangkitlah dengan hati yg tenang dan berlapang dada,
    Masa yg perit perlu ditempuh demi bersuatemu dgn masa yg indah lg mendamaikan.

    ReplyDelete
  17. Salam

    Saudara Stalker, ketika berada di puncak kekecewaan dengan karenah yang berlarutan pernah kami membincangkan perihal intipati 'doa' yang disebut. Mungkinkah itu jalan terbaik untuk Islam?

    Namun, seorang sahabat mengungkapkan petikan kata-kata ayahanda Ibrahim, 'sesungguhnya tidak aku berputus asa terhadap Allah'. Mengingatinya memberi sedikit kelegaan walaupun masih buntu mencari jalan.

    Aku bimbang akan keluargaku. Aku bimbang akan masa depan anakku.

    Harapanku masa depan anakku kelak sesuai dengan kata2 Enrike

    InsyaAllah
    Sirih

    ReplyDelete
  18. berat mata memandang
    berat lagi bahu memikul

    ReplyDelete
  19. Salam saudara stalker.....
    Saudara buat DNA test ke?
    Saudara anta darah dekat mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak perlu lakukan ujian DNA kerana saya tahu asal usul saya. saya tahu salasilah keturunan saya.

      : )

      soalan yang lain-lain, saya jawab kemudian dalam artikel yahadut mizrah yang akan datang.

      maaf, sangat sibuk.

      Delete
    2. Salam stalker..
      Macam mane nk mengkaji salasiah keturunan?..

      Delete
    3. Ya jgn lupa jawap soklan sy ya..

      Kdg2 blog ni ada soklan jawap,.ada soklan x jawap pun.cam pilih jak

      Delete
  20. salam.

    anon,

    kalau anda membaca blog ini sejak edisi pertama, anda akan dapati setiap soalan akan diperjelaskan dalam artikel-artikel yang akan datang atau artikel-artikel iringan.

    manakala penjelasan-penjelasan itu pula tidak diperjelaskan secara berterus-terang. anda perlu belajar untuk memahami gaya bahasa para penulis di blog ini bagi memudahkan pemahaman. ia kerana para penulis sememangnya mahu para pembaca belajar untuk berfikir.

    ada penjelasan diperjelaskan di celah-celah artikel, ada yang diperjelaskan secara kiasan dan ada yang diperjelaskan secara fakta.

    bagaimanapun, blog ini tidak pernah menawarkan jawapan. kita hanya memberikan penjelasan supaya para pembaca mendapat pencerahan untuk terus berfikir dan berfikir.

    _WAQQAS
    downing street

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.