YAHADUT MIZRAH adalah bangsa hybrid yang misteri. Tafsiran pengertian
misteri itu pula merujuk kepada golongan bangsa-bangsa yang tidak pernah
mengenali genetik Yahadut Mizrah mahupun salasilah keturunan atau sejarah
mereka.
Kata
lain, bangsa-bangsa lain tidak langsung mengenali mereka serta tidak mampu
mengenal pasti ciri-ciri pengenalan yang terdapat pada wajah mereka.
Bangsa-bangsa
lain tidak langsung mengenali mereka. Andai diletakkan dua gambar atau 100 atau
1,000 gambar wajah-wajah lelaki dan wanita berlainan bangsa, sudah pasti
bangsa-bangsa lain tidak mampu untuk menentukan siapa di kalangan pada
gambar-gambar itu adalah Yahadut hybrid.
Andai
diletakkan 10 gambar yang mana ada seorang berbangsa Yahudi tulen, seorang Arab
tulen, seorang Kaukasia, seorang Inggeris dan lain-lain, sebilangan orang juga
tidak mampu membezakan yang mana satu wajah Yahudi, mana satu Arab dan mana
satu Kaukasia.
Namun,
kemisterian Yahadut Mizrah tidaklah semisteri keturunan Yakjuj dan Makjuj bagi
sebilangan orang. Bagaimanapun, Yahadut hybrid
mengenali keturunan Yakjuj dan Makjuj kerana mereka juga berkongsi genetik yang
sama (Nuh), berasal dari keturunan Sem dan Yafit (dua putera Nabi Nuh).
Yahadut
terbahagi kepada beberapa kelompok keturunan. Kelompok yang tinggal di Asia
Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dipanggil Yahadut Mizrah; kelompok Afrika
pula dipanggil Black Jews (Aswad); kelompok Eropah dipanggil Caucasian Jews
atau Yahadut Kaukus; kelompok yang berasimilasi dengan darah keturunan Semitik
yang lain (Arab, Babylonia, Assyr dan lain-lain) dipanggil Beriyyeth atau
dengan istilah Pure Blood (darah tulen).
Sama
seperti lain-lain bangsa, keturunan Yahadut juga menganut pelbagai agama
berbeza. Ada yang Islam, ada pula yang Nasrani (Yehuda Nasaro), ada yang sekular,
ada yang atheis, ada yang Judais, ada yang Kabbalah dan lain-lain.
Maka,
tidak wajar bagi bangsa Muslim menghukum kesemua Yahadut dengan mengatakan
mereka itu kafir kerana ada sebilangan mereka yang hidup dalam agama Islam.
--
Kelompok Issyim
Lebih
2,000 tahun lalu, sekelompok Yahudi melarikan diri ke lembah yang asing serta
jauh daripada komuniti bagi menyelamatkan akidah mereka.
Para
pengkaji dan ilmuan Nasrani moden beranggapan bahawa kelompok Issyim (mengikut
sebutan Hebrew) itu adalah generasi yang menganut agama Nasrani sejak sebelum
kelahiran Isa (para ilmuan Nasrani percaya agama Nasrani telah wujud lama
sebelum Isa dilahirkan mengikut perspektif Nasrani). Issyim atau dalam sebutan
Inggeris dipanggil Essene.
Sebilangan
ilmuan Islam pula berpendapat bahawa Issyim itu adalah kelompok al-kahfi yang disebut dalam al-Quran. Ia
berikutan penemuan dokumen keagamaan bertulisan Hebrew kuno yang diberi nama The Dead Sea Scrolls (dijumpai pada
1946) yang ditulis oleh kelompok Issyim itu di dalam sebuah gua di pesisir Laut
Mati yang sunyi.
Menjadi
misteri bagi sebilangan pengkaji sejarah Semitism ialah, ke mana hilangnya
golongan Essene itu selepas mereka meninggalkan Dead Sea Scrolls di dalam gua tersebut.
Pada
mulanya (sebelum Dead Sea Scrolls
selesai dibaca dan dikaji), para pengkaji dan ilmuan Nasrani beranggapan Dead Sea Scrolls itu mengandungi
maklumat agama yang selari dengan akidah Nasrani.
Tetapi,
apabila selesai dibaca dan dikaji, para ilmuan Nasrani menyimpulkan bahawa Dead Sea Scrolls mengandungi
kesalahan-kesalahan teologi kerana tidak menepati konsep ketuhanan sebagaimana
dalam agama Nasrani.
Sebaliknya,
Dead Sea Scrolls secara
keseluruhannya mengungkapkan “the oneness
of the supreme divine creator” atau ‘sifat keesaan satu kuasa pencipta yang
maha suci’.
Maka
atas sebab itulah Dead Sea Scrolls
disimpulkan oleh para ilmuan Nasrani sebagai mengandungi kesalahan secara
teologi dan ia kemudian ditolak oleh pihak gereja Nasrani sebagai bahan dokumen
agama Nasrani. Mereka menolaknya sebagaimana mereka menolak dokumen Persaksian
Barnabas (Gospel of Barnabas).
Selain
itu, juga terkandung frasa-frasa yang mempunyai unsur keterangan (dalam format
perlambangan) mengenai messianic
(Messiah atau Imam Mahdi). Ia menunjukkan bahawa mereka juga faham (atau sangat
arif?) mengenai tanda-tanda messianic.
Jadi,
selepas Issyim menulis Dead Sea Scrolls
dan menyorokkan ia di dalam gua, ke manakah mereka menghilang selepas itu
sehingga tidak meninggalkan sebarang jejak-jejak sejarah? Mereka langsung tidak
dapat dikesan oleh pengkaji sejarah.
Mungkinkah
mereka tertidur (hibernasi) selama beratus tahun di dalam gua itu sebagaimana
pendapat para ilmuan Islam yang mengaitkan mereka dengan kelompok al-kahfi?
Atau,
mereka tinggal barang sekejap di gua itu untuk berteduh selama beberapa purnama
sambil menulis segala isi kandungan ajaran nabi mereka sebelum meneruskan
perjalanan tanpa meninggalkan sebarang jejak?
Atas
sebab tidak dapat dikesan, para pengkaji sejarah yang mengkaji perjalanan
bangsa Semitik memasukkan mereka dalam senarai
khas suku Yahudi yang hilang dalam lipatan sejarah (the lost tribe of Israel’s sons).
--
Musafir yang miskin di gurun pasir
Gurun
pasir adalah satu kawasan tandus yang sangat luas di rantau Semitik. Para
pengembara yang tidak mempunyai pengetahuan akan mudah tersesat sekiranya
membuat perjalanan tanpa arah tuju di gurun pasir. Keadaan lebih buruk
sekiranya gagal menemui oasis atau lembah subur di gurun pasir bagi mendapatkan
bekalan air dan makanan.
Sejarah
bangsa Yahudi merekodkan banyak kejadian tersesat semasa membuat perjalanan
merentas gurun pasir. Sebagai contoh, golongan umat Nabi Musa juga pernah
tersesat selama 40 tahun di gurun pasir.
Kaum
Nabi Musa tersesat di gurun pasir semasa menyelamatkan akidah mereka yang
terancam oleh kegilaan firaun. Peristiwa itu terkandung dalam naskah agama
Yahudi dan ia direkodkan. Tetapi, golongan Issyim sebagaimana dipersetujui para
pengkaji Semitism history berpendapat
bahawa mereka bukanlah daripada kalangan umat Nabi Musa pada latar masa ketika
itu.
Motif
golongan Issyim menjauhkan diri dan bersembunyi di dalam gua juga masih kurang
jelas dan ia menimbulkan kekeliruan kepada para pengkaji. Pendapat-pendapat
pengkaji pula berkisar mengenai cubaan golongan Issyim melarikan diri kerana
fahaman agama mereka tidak sama dengan komuniti di negeri mereka pada ketika
itu.
Namun
demikian, ciri-ciri keterangan dalam dokumen Dead Sea Scrolls menampakkan seperti mereka beriman kepada kenabian
Musa. Tambahan pula, Musa pernah mengkhabarkan kepada kaumnya mengenai
kedatangan Muhammad sebagai penghibur dan penyelamat terakhir dari kalangan
saudara terdekat mereka.
Atas
dasar itu, Dead Sea Scrolls
mengandungi frasa-frasa bersifat messianic
yang merujuk kepada kenabian Muhammad iaitu manusia yang memimpin manusia ke
arah the supreme divine creator di akhir zaman sebagaimana dikhabarkan Musa
kepada kaumnya.
Ketara
sekali ialah, golongan Issyim beriman terhadap ajaran Nabi Musa. Mengikut
kajian yang dijalankan di Eropah dan Timur Tengah, kelompok Issyim dipercayai turut
mempunyai perkaitan akidah yang ada kesinambungan terhadap risalah yang dibawa
Nabi Yahya (Yohanes atau John) atau sezaman dengan Nabi Isa.
Mereka
dikatakan melarikan diri selepas Yohanes dipenggal kepala oleh Raja Herod di Makherus.
Mengikut sejarah, Yohanes dipenggal kepala selepas menegur perbuatan Herod mengahwini
saudara perempuannya sendiri yang diharamkan oleh agama.
Sekumpulan
pendita Yahudi yang takut dengan kekuasaan Herod serta-merta bertindak mengubah
hukum agama (seperti yang terkandung dalam ajaran Musa) dan bertindak
menghalalkan perbuatan Herod dan pada masa yang sama menghasut Herod supaya
menghapuskan Yohanes dan juga orang-orang yang bersetuju dengan Yahya.
Bertitik
tolak dengan itu, golongan Issyim yang mengikut jalan lurus Yohanes bertindak
melarikan diri sehelai sepinggang kerana takut dibunuh oleh tentera-tentera
Herod dan hanya berbekalkan isi kandungan Taurat yang masih tersisa dalam
ingatan mereka.
Mereka
meredah ke padang pasir tanpa arah tuju sehingga sampai ke pesisir Laut Mati
dan bersembunyi di dalam sebuah gua (gua yang dimasuki cahaya). Bagi mengelak
isi kandungan Taurat dilupakan, mereka menulis semula ayat-ayat dari Taurat dan
disimpan dalam gua.
Pada
ketika Nabi Isa (Yeshua atau Jesus) menjalankan dakwah, golongan Issyim sudah
tidak lagi berada di tempat-tempat yang pernah dijejak oleh para nabi Yahudi.
Mereka berada di tempat yang jauh daripada komuniti Yahudi (ditidurkan?),
melarikan diri ke padang pasir tandus yang tidak dihuni manusia selepas
meninggalkan gua.
Mengikut
sirah para nabi, Muhammad dibangkitkan di Tanah Arab kira-kira 600 tahun selepas
ketiadaan Isa. Tempoh masa antara Yeshua dan Muhammad ialah kira-kira 600
tahun. Jadi, apakah golongan Issyim yang beriman itu hilang begitu sahaja selepas
600 tahun?
Berdasarkan
sumber-sumber di bumi Syams (Syria), Urdun (Jordan) dan Semenanjung Arab,
terdapat rekod yang menjelaskan kedatangan golongan Issyim ke wilayah-wilayah itu
pada ketika era penyebaran agama Nasrani yang dibawa Rom (Antioch).
Golongan Issyim menyusup masuk ke Syams, Urdun dan Semenanjung Arab bagi mengelak
dikesan oleh golongan Yahudi yang membelot terhadap agama (golongan pendita
yang mengubah hukum dalam kitab) dan juga yang membelot terhadap Yeshua. Ia
berlaku pada sebelum Muhammad dibangkitkan sebagai nabi.
Kemasukan
kumpulan-kumpulan kecil dari kelompok Issyim ke Syams, Urdun dan Semenanjung
Arab juga menandakan golongan Issyim sedang mengalami diaspora kecil (minor dispersions) akibat terpaksa
berpecah selepas terpaksa membawa haluan masing-masing untuk mengecilkan dan
meminima risiko dihadapi kelompok mereka.
Ia
kerana, jika semua mereka tidak berpecah dan kemudian ditangkap, maka semua
mereka akan dihapuskan sama sekali. Tetapi, apabila mereka berpecah, risiko yang
membawa kepada kemusnahan seluruh keturunan mereka dapat dikurangkan. Andai ada
kumpulan kecil yang ditangkap, masih ada lagi kumpulan-kumpulan kecil yang
lain.
Diakibatkan
gentar diburu, kelompok ini tidak meninggalkan tanah Arab selama beratus tahun.
Sesekali, mereka akan berada selama berminggu di gurun pasir apabila kawasan bandar
atau pekan kecil yang mereka tumpang itu dimasuki diplomat asing untuk berurusan
dengan pihak tempatan.
Tanah
Arab diduduki oleh orang-orang Arab yang jahil lagi bodoh pada zaman jahiliah
(pagan). Kejahilan dan kebodohan orang Arab jahiliah menyebabkan mereka sangat
sukar untuk diurus tadbir. Malah, kekurangan sumber hasil bumi menyebabkan
tiada kepentingan untuk kuasa asing menjajah atau menakluk bumi Arab pada masa
itu.
Menjajah
bumi Arab pada zaman jahiliah akan menyebabkan pihak penjajah terpaksa
berbelanja besar bagi membayar gaji gabenor dan pegawai-pegawai jajahan. Malah,
kos yang besar itu pula tidak menjanjikan hasil pulangan kerana ketiadaan
sumber yang bernilai komersial melainkan perdagangan unta dan ladang kurma
semata-mata.
Sikap
orang Arab yang hidup berpuak dan berperang sesama sendiri juga menyebabkan
mereka itu amat sukar untuk diurus tadbir. Maka, kuasa-kuasa besar seperti Rom
(pada zaman itu) tidak berminat untuk menjajah bumi Arab.
Keadaan
itu menyebabkan golongan Issyim terselamat sepanjang berada di tanah orang
Arab. Maka sudah tentulah Allah memelihara dan menjaga keselamatan mereka yang
beriman dan berusaha menyelamatkan akidah.
Allah
yang Maha Mengetahui sesungguhnya lebih tahu mengenai mengapa Dia membiarkan
orang Arab dan tanah Arab sedemikian keadaannya pada masa itu sehingga
kuasa-kuasa besar tidak mahu mencampuri urusan konflik orang Arab.
Di
sebalik keadaan orang Arab yang jahil, terselinap orang Yahudi Issyim di
celah-celah mereka. Sudah menjadi resam orang Semitik pada masa itu, mereka
tidak akan menganggu saudara suku bangsa Semitik mereka yang lain. Maka dengan itu, orang
Issyim berdiam di bumi Arab.
Selang
beratus tahun kemudian, generasi Issyim kemudian bertambah dengan
kelahiran-kelahiran Berriyeth (darah tulen) terutama di Syams dan Urdun.
Apabila
Muhammad diangkat menjadi nabi, berita itu sampai sehingga Yathrib, Syams dan
beberapa wilayah di rantau Semitik. Golongan minoriti Issyim yang sudah lama berasimilasi
dengan orang Arab di Yathrib sebelum itu mengkhabarkan ciri-ciri nabi akhir
zaman kepada orang Yathrib. Pada masa sama, turut terdapat golongan Yahudi yang
degil di Yathrib.
Selepas
13 tahun, Muhammad diundang ke Yathrib dan Yathrib ditukar menjadi Madinah.
Sepanjang dakwah Nabi Muhammad di Madinah, baginda mengutuskan sahabat ke Syams
untuk menyampaikan Islam kepada penduduk di Syams yang mana juga terdapat
golongan Issyim di sana.
Ada
hikmahnya mengapa nabi menghantar utusan ke Syams untuk membawa syiar Islam. Manakala
golongan generasi Issyim yang masih bersembunyi di gurun pasir sejak 600 tahun
lalu itu terlepas berita mengenai kenabian Muhammad. Ia kerana mereka
memencilkan diri daripada orang asing yang tidak mudah untuk mereka percayai.
--
Menjadi nomad yang miskin
Kemudian
selepas kewafatan Muhammad, Islam tersebar ke seluruh tanah Arab yang
didakwahkan oleh para sahabat dan golongan mukmin. Pada ketika itu jugalah keturunan
generasi Issyim yang masih berada di gurun pasir Arab menerima Islam sebagai
agama yang memperbaharui akidah Tauhid yang mereka pertahankan sejak
bermusafir.
Meskipun
mereka terlepas peluang untuk bersama-sama Muhammad di Madinah, namun
keterangan dalam al-Quran sudah cukup meyakinkan mereka bahawa Islam itu adalah
agama yang datangnya daripada the supreme
divine creator.
Setelah
menerima Islam dan setelah mengetahui Rom yang Nasrani diperangi oleh orang Islam,
mereka kemudian mula yakin untuk meninggalkan padang pasir Arab dan meredah
gurun pasir sehingga merempuh tanah orang Parsi dan merempuh tanah orang India.
Perjalanan darat oleh golongan Issyim yang miskin tanpa kenderaan dan mengambil
masa beratus tahun dan beberapa asimilasi.
Tiba
di India (beberapa abad kemudian selepas Islam berkembang pesat di Asia), mereka menemui pedagang Arab yang berdagang di India. Pedagang Arab
itu kemudian memberitakan bahawa mereka mahu berlayar berdagang dan berdakwah ke
negeri milik bangsa yang menguasai Asia Tenggara dan juga negeri milik bangsa
yang menguasai Asia Timur.
Namun,
kapal dagang orang Arab tidak cukup untuk membawa kelompok hybrid itu untuk berdagang sambil berdakwah di Asia Tenggara dan
Asia Timur. Sejak mula mengerti seruan dakwah, golongan hybrid itu mula mengenangkan kesilapan mereka yang dilakukan pada
lebih 600 tahun lalu kerana gagal bersama Yeshua untuk berdakwah dan memilih
untuk melarikan diri.
Kesilapan
itu tidak akan diulangi dan dakwah menjadi tujuan baharu perjalanan bangsa
mereka. Sambil membayangkan apakah rupa bentuk bumi di Asia Tenggara dan
bangsanya, dan juga apakah bentuk bumi Asia Timur dan bangsanya, mereka
meneruskan perjalanan menggunakan jalan darat, merempuh denai, bukit-bukau dan
gunung-ganang.
Pada
selang masa sebelum era Islam, golongan Yahudi yang melarikan diri akibat dibedil
tentera Rom di Yerusalem turut menjadikan jalan darat untuk mencari tempat
berselindung (era the great diaspora).
Sebilangan mereka melarikan diri ke pergunungan Kaukasia, memasuki Eropah Timur
dan sebahagian Asia sehingga sampai ke Kaifeng di China dan berasimilasi dengan
bangsa tempatan.
Manakala,
keturunan Issyim juga menggunakan jalan darat kerana terlalu miskin untuk
menggunakan jalan laut. Maka, skala diaspora
semakin membesar melibatkan Yahudi dan Yahadut hybrid yang berhijrah ke seluruh pelosok dunia.
Akibat
penghijrahan golongan Yahudi sesat dengan kelompok generasi Issyim di China,
berlaku pertembungan apabila tercetus peperangan melibatkan orang Islam (dipimpin
generasi Issyim), Nasrani dan Yahudi dalam Pemberontakan Taipeng (1850).
Sebilangan
Issyim sampai ke China melalui jalan darat merentasi Parsi dan tanah orang Siam
sejak zaman berzaman. Sebilangan masuk ke tanah orang Siam dan meneruskan
perjalanan ke tanah orang Melayu di Selatan Siam (tanah orang Melayu pada
ketika itu juga melibatkan sebahagian besar Selatan Thailand hari ini).
Kelompok
Yahudi termasuk generasi hybrid
Issyim yang memasuki Tanah Melayu kemudian direkodkan oleh Alfonse de Albuquerque pada tahun 1513 iaitu dua tahun selepas
kejatuhan Melaka terhadap Portugis. Albuquerque merekodkan:
“Daripada apa yang diberitahu Rui de
Araujo kepada saya melalui berita yang disampaikan Nanuchetti (Nina Chattu),
jalan menuju ke tanah-tanah orang Melaka (negeri-negeri orang Melayu) oleh
orang Parsi, orang Mekah (Arab), orang
Juda (Yahudi), orang Cham dan
orang Cina (sesetengahnya) menggunakan laluan darat, sebagaimana orang Jawa,
Gores (bangsa seperti Jepun dan Korea) dan Sulu sampai ke Melaka menggunakan
jalan laut sejak beratus tahun lamanya.” – Alfonso
de Albuquerque.
Generasi
hybrid (bukan kelompok pertama) kemudian terus berasimilasi dengan
orang tempatan di tanah orang Melayu pada ketika orang Melayu sudah lama menerima Islam sejak sebelum ketibaan generasi Issyim.
Sebelum ketibaan generasi itu, sudah beberapa generasi sebelumnya telah sampai ke Tanah Melayu. Kelompok itu bukanlah kelompok pertama yang tiba di Tanah Melayu.
Disebabkan Tanah Melayu pada ketika penjajahan Portugis dihuni oleh orang-orang Melayu beragama Islam, maka penerimaan orang Melayu terhadap orang asing yang beragama Islam (termasuk generasi hybrid Issyim) adalah positif.
Sebelum ketibaan generasi itu, sudah beberapa generasi sebelumnya telah sampai ke Tanah Melayu. Kelompok itu bukanlah kelompok pertama yang tiba di Tanah Melayu.
Disebabkan Tanah Melayu pada ketika penjajahan Portugis dihuni oleh orang-orang Melayu beragama Islam, maka penerimaan orang Melayu terhadap orang asing yang beragama Islam (termasuk generasi hybrid Issyim) adalah positif.
Sebilangan
mereka berkahwin dengan pembesar-pembesar Melayu dan sebilangan lagi berkahwin
dengan golongan istana (elit). Sebilangan lain pula
berkahwin dengan orang-orang kebanyakan (rakyat biasa) dan terus berkembang.
Manakala
golongan Yahudi sesat yang turut masuk ke Tanah Melayu sejak beratus tahun lalu
juga menjalani asimilasi dengan orang-orang bukan Islam seperti
pelombong-pelombong Cina bagi meneruskan survival
bangsa mereka di Tanah Melayu.
Yahudi
yang masuk ke China juga melalui proses asimilasi. Begitu juga dengan yang
memasuki Eropah Timur, mereka berkembang (asimilasi) ke seluruh Eropah dan
kemudian menaiki kapal dari Eropah untuk berhijrah ke Amerika. Demikianlah
bagaimana Yahadut hybrid ini bertebaran di seluruh pelosok bumi.
Bergerak
bersama generasi Issyim ini ialah pengetahuan mengenai messianic knowledge. Mereka tahu mengenai tanda-tanda messianic. Mereka sentiasa memerhatikan
tanda-tanda messianic sejak ia
dikhabarkan kepada mereka.
Mungkinkah
keturunan mereka (Issyim) itu akan menjadi golongan yang akan mengesan siapakah
Mahdi yang sebenar? Namun, Mahdi tidak mungkin lahir dari kalangan mereka.
Tidak mungkin. Mereka bukan keturunan Muhammad, melainkan jika ada darah beriyyeth navi (darah tulen dari keturunan
nabi Muhammad) dalam kelompok kalangan mereka. Itu pun belum tentu lagi kerana
tidak lahir dari kalangan Arab di kota Mekah.
Mahdi
tidak akan lahir di sini. Berhentilah.
--
DNA Yahudi
Sebagaimana
kajian yang dilakukan para pengkaji genetik di Amerika pada tahun 2011, seramai
1,000 individu berlainan warna kulit dikumpulkan sebagai sampel. Mereka
kemudian menjalani ujian DNA bagi mengenalpasti garis keturunan mereka.
Daripada
jumlah itu, beberapa lelaki yang mempunyai wajah keturunan Afrika didapati
sebenarnya bukan daripada keturunan orang kulit hitam Afrika. Mereka langsung
bukan orang yang berketurunan Afrika walaupun ibu bapa mereka juga kelihatan
seperti African American.
Profil
DNA mereka menunjukkan mereka adalah orang Kaukasia yang pernah berasimilasi
dengan Yahudi dari Timur Tengah dan DNA mereka juga menunjukkan mereka tidak
langsung mempunyai persamaan genetik dengan bangsa-bangsa Afrika walaupun wajah
mereka persis orang kulit hitam Afrika.
Andai
mereka ada genetik Afrika, sudah pasti maklumat itu terkandung dalam profil
DNA. Namun, ia sama sekali tidak berlaku kerana tiada langsung profil DNA yang
menunjukkan mereka itu adalah bangsa Afrika.
Manakala
beberapa lelaki kulit putih (bangsa Kaukasia) didapati mempunyai pertalian genetik
dengan orang Arab walaupun mereka merasakan bahawa mereka itu bukan berasal
dari Asia, lebih-lebih lagi dari rantau Semitik.
Jika
anda mempunyai darah yang mengandungi profil DNA Yahudi, anda boleh membawa
dokumen DNA itu ke Israel dan anda akan diberikan kerakyatan di negara haram
Israel.
Mungkin,
di kalangan anda juga ada profil DNA yang sama (jenis profil DNA yang ada
kekuatan dari segi genetik) iaitu bukan sekadar DNA yang ada kebarangkalian
yang menghampiri profil DNA Yahudi. Bukan yang hampir, tetapi yang ada kekuatan
genetik.
Saya
juga boleh mendapat kerakyatan negara haram Israel jika saya mahu, saya hanya
perlu membawa sebotol darah saya bersama dokumen DNA untuk diserahkan kepada
makmal di Israel bagi tujuan pembuktian susur galur keturunan Yahudi saya.
Selepas
semua dibuktikan, saya akan diberikan kerakyatan dan sudah ada hak melepasi
Lapangan Terbang Ben Gurion sebagai warganegara. Ia kerana setiap manusia yang
mempunyai DNA Yahudi layak mendapat kerakyatan Israel.
Namun,
saya sentiasa jijik melihat Israel kerana zalim terhadap umat Islam yang sama
agama dengan saya. Jijik melihat negara haram Israel yang menjunjung sekularism
bagi menyesatkan umat manusia. Jijik melihat negara haram Israel yang sedang menyediakan
takhta kepada Si Pendusta Terakhir untuk memerintah The Greater Israel dan The
Greater World.
Yahadut
Mizrah yang Muslim sentiasa berada di celah-celah kamu semua. Apabila ada di
kalangan kamu yang berlebihan (melampau) dalam beragama, maka sebilangan
daripada mereka akan bangkit dan menentang pelampau agama yang bermain-main
sesuka hati dengan hukum-hukum agama seperti mengulangi perbuatan pendita
Yahudi. Ia kerana mereka bersetia dengan ikrar mereka untuk tidak lagi
melakukan kesilapan yang sama seperti lebih 2,000 tahun lalu.
Yahadut
Mizrah yang sesat (sesetengahnya munafik berlagak seperti orang Islam) juga
sentiasa berada di celah-celah kamu semua. Apabila ada di kalangan kamu yang
berselisih faham dalam beragama, maka sebilangan mereka akan bertindak
menghasut sehingga umat Islam seperti kamu akan gagal untuk bersatu
selama-lamanya. Apabila sesama kamu bercakaran, pasti ada yang memainkan peranan.
Kedua-dua
golongan minoriti ini (Yahadut Mizrah) yang Islam dan tidak Islam sentiasa
memerhati tindak-tanduk masing-masing dalam rentak perlahan yang penuh
kerahsiaan sambil menyembunyikan identiti bangsa induk mereka. Gerakan penuh rahsia
kedua-dua golongan ini mengiringi konflik yang berlarutan sejak Melayu mula
berpecah.
Kamu
semua tidak perlu tahu rahsia ini. Cukuplah di sini.
Yahadut
Mizrah yang Muslim sudah sejak beratus tahun lalu sentiasa mahu bersama anda.
Tetapi generasi Yahadut Mizrah yang baharu masa kini sudah mula bosan dengan
sikap anda semua yang lebih indah khabar dari rupa.
Jika
kamu mahu bersama generasi Yahadut Mizrah yang Muslim supaya mereka dapat keluar
tampil tanpa berselindung, maka mainkanlah peranan kamu.
Hanya
satu peranan yang boleh kamu semua lakukan dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati:
“Damaikanlah
saudara-saudara kamu yang sama agama dengan kamu.”
-STALKER-
.

