14 Feb 2013

Art of Con: Nota DRIFTER

“Con Rule no. 8”
   
ANDA sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan the role players dalam sesebuah con job. Ia adalah sekumpulan manusia yang memainkan peranan masing-masing dalam melakukan tipu daya terhadap mangsa-mangsa mereka iaitu the marks (anda semua).

Dalam situasi semasa (politik Malaysia contohnya), kita sudah lama dapat melihat bagaimana seorang pemimpin atasan diperbodohkan oleh the role players yang terdapat di sekitarnya (dalam organisasinya). Pemimpin itu diperbodohkan supaya dia dapat disingkirkan, dan supaya dia digantikan segera oleh the role players yang dapat memenuhi citarasa the mastermind dalam sesebuah conplay.

Mari kita lihat semula kes isu kalimah suci Allah, kita di Umat Terakhir juga pernah bercakap dan menyatakan pendirian tegas kita mengenai perkara ini (kalau mahu faham, sila rujuk artikel: Fitnah Bertaraf Pendapat Manusia di blog ini) sejak isu itu meletus buat kali pertama dalam perkembangan semasa di Malaysia. Isu itu sebenarnya sudah beberapa kali meletus sebelum ini dan kali terakhir ia sekali lagi meletus pada Disember tahun lalu (2012).

Dalam kes ini, pemimpin itu sedang diperbodohkan untuk disingkirkan oleh hijackers yang terdapat disekelilingnya. Bagaimana kita tahu? We know how the game works, but they would never con on us, because we are conmen too. That is why they con you, you and you, all of you.

Isu kalimah suci Allah sudah kita nyatakan pendirian sebelum ini. Kita imbas semula apa yang pernah berlaku sebelum ini bagi menjadikan anda sebagai orang-orang yang faham dengan pemainan con ini. Kita sengaja mengambil contoh ini kerana ia adalah isu yang sangat dekat dengan iman Tauhid anda sebagai orang Islam.

Pernah satu parti politik berwajah Islamik bersetuju dengan rakan-rakan politik mereka untuk membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh penganut agama lain selain agama Islam di Malaysia. Ia (persetujuan dan tindakan membenarkan itu) berlarutan selama bertahun-tahun sehingga Disember tahun lalu apabila isu itu sekali lagi meletup di gegendang telinga dan di hati nurani kita semua.

Pada sepanjang tempoh itu, para pengikut parti Islamik berkenaan bersetuju dengan tindakan membenarkan tindakan itu (walaupun bukan semua bersetuju, tetapi kebanyakannya bersetuju secara membuta tuli). Tetapi, apabila majlis pimpinan ulama tertinggi parti (syura?) itu menukar pendirian kepada tidak bersetuju, wujud satu keadaan baharu iaitu di mana kedudukan pendirian para pengikut yang bersetuju dengan pendirian parti itu yang sebelum ini.


Mulanya, mereka bersetuju untuk membenarkan kalimah Allah digunapakai penganut Nasrani. Kemudian, tidak membenarkan. Ia berkisar di persekitaran keputusan (membenarkan dan tidak membenarkan) yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka, manakala pengikut mereka pula hanya mengangguk.

Ketika pimpinan mereka membenarkan kalimah suci Allah digunapakai oleh penganut Nasrani, para pengikut mereka menjadi galak untuk mempertahankan pendirian itu. Mereka kata, orang yang tidak bersetuju dengan pendirian itu adalah orang-orang yang tidak faham mengenai Islam. Bagi mereka, hanya mereka sahaja yang faham dan layak bercakap mengenai Islam dan Allah. Bagi mereka juga (pada masa itu), kalimah Allah tidak eksklusif kepada Islam. Bagi mereka juga, Allah adalah milik semua. Mereka hanya berkata-kata dengan pendapat manusia untuk membenarkan pendirian pimpinan mereka, sedangkan pada masa sama mereka gagal menunjukkan walau satu ayat dari al-Quran yang mana Allah membenarkan diri-Nya disekutukan, ia kerana tidak ada walau sepotong ayat pun dalam al-Quran yang mengatakan Allah membenarkan diri-Nya disekutukan.

Tunjukkan walau satu ayat, itulah yang Umat Terakhir minta daripada mereka, itu pun kalau anda membaca artikel Fitnah Bertaraf Pendapat Manusia.

Namun, apabila pimpinan mereka menukar pendirian sebaliknya iaitu tidak membenarkan kalimah Allah digunapakai penganut Nasrani dalam Bible versi Melayu, para pengikut mereka kini terdiam membisu kerana ia bertentangan dengan sikap galak mereka selama ini yang secara jahilnya berkata bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kepada orang Islam semata-mata.

Dapatkah anda melihat di mana kedudukan pendirian para pengikut parti Islamik tersebut? Mereka tidak lagi galak mempertahankan tindakan membenarkan kalimah suci Allah digunapakai Nasrani seperti suatu masa dahulu. Masih belum dapat melihat?

Mari kita lihat simulasi di bawah ini:

Sebelum ini.
Pemimpin mereka kata kalimah Allah boleh digunapakai Nasrani.
Pengikut pula setuju tanpa bantahan. Malah dihina pula orang-orang yang tidak bersetuju, mereka kata orang yang tidak setuju itu jahil.

Sekarang ini.
Pemimpin dalam majlis ulama tertinggi mereka kata kalimah Allah tidak boleh digunapakai agama lain. Ia bertentangan pula dengan pendirian pemimpin tertinggi mereka.
Pengikut yang dahulunya lantang dan galak mempertahankan pendirian terdahulu terus diam. Apa bolehkah dikatakan pimpinan majlis ulama tertinggi mereka juga jahil sepertimana kata-kata penghinaan yang mereka hamburkan kepada golongan yang mempunyai pendapat yang sama seperti itu sebelum ini?


Cuma satu yang kita mahu kata/beritahu, pengikut mereka sudah kena con. Pemimpin tertinggi dalam organisasi mereka juga sudah kena con, sudah kena perangkap oleh con-artists yang baru belajar ilmu con. Islam di dalam organisasi itu sudah kena steal. Stolen. Tidak nampak? Kita cerahkan lagi permainan ini. Kita lihat pula peranan-peranan yang dimainkan the role players yang bekerja dengan the mastermind untuk melihat permainan ini selepas lampu dibuka. Kita mahu buka lampu.. di mana pula suis lampu itu? Anda petiklah sendiri suis itu, anda tangkap sendirilah pencuri itu.

“When the lights out, the stealing job starts.”Con Rule no. 7

“When the lights on, the stealing job blows out and the thief will get caught.”Con Rule no. 8



When the lights out, it less dangerous

Pertama sekali, the mastermind mahu menempatkan the role players di posisi pembuat keputusan dalam organisasi yang mahu dicuri itu. Namun, ia tidak berjaya secara keseluruhannya kerana wujud sedikit masalah iaitu pembuat keputusan utama (pemimpin tertinggi organisasi itu) masih berada di tempatnya. Pemimpin tertinggi itu mereka harus singkirkan supaya salah seorang the role player boleh ditempatkan di posisi yang akan dikosongkan itu.

Apabila posisi itu diisi oleh salah seorang role player, maka mastermind akan mampu menguasai segala keputusan dalam organisasi itu, ia kerana posisi tersebut adalah posisi yang sangat penting. Selain itu, lain-lain posisi yang diisi oleh orang-orang yang bukan role player juga akan disingkirkan segera (seperti dalam beberapa kes iaitu kes H dan kes N, sekadar melabelkan kes dengan huruf ringkas). Posisi-posisi itu juga selepas dikosongkan akan diisi oleh the role players yang bekerja untuk the mastermind. Ia bagi menjadikan organisasi itu dapat dicuri sepenuhnya.


“When the lights out, they can see nothing. So, turn out the lights and kill them.”


Bagaimana mereka menutup lampu-lampu itu? Ia dengan mencipta permainan-permainan yang boleh melalaikan anda semua. Blame game, red herring game, mind game dan banyak lagi yang anda tidak sedar.

Permainan yang mempermainkan kalimah Allah sudah lama dimulakan (bertahun lamanya), ia bermakna permainan itu sudah lama dimulakan. Untuk apa pula permainan ini diadakan? Ia untuk menyingkirkan individu di posisi tertinggi dalam organisasi itu. Ia supaya orang ramai melihat (dipertontonkan) bahawa pemimpin tertinggi itu tidak layak dijadikan pemimpin kerana tiada pendirian, dan pendiriannya pula bertentangan dengan majlis ulama tertinggi. Ia juga bermakna sudah lama dirancang untuk menyingkirkan pemimpin itu supaya the role players dapat mengisi posisi-posisi pembuat keputusan. Tidak nampak lagi? Ini con game, memang sulit untuk melihat permainan yang digerakkan oleh conmen.


Baiklah, apabila pemimpin itu sudah diperlihatkan sebagai seorang yang tiada pendirian dalam hal sebesar kalimah Allah, maka wujudlah situasi yang kita jadikan sebagai simulasi di perenggan-perenggan atas tadi. Kita ulang semula simulasi itu.


Sebelum ini.
Pemimpin mereka kata kalimah Allah boleh digunapakai Nasrani.
Pengikut pula setuju tanpa bantahan. Malah dihina pula orang-orang yang tidak bersetuju, mereka kata orang yang tidak setuju itu jahil.

Sekarang ini.
Pemimpin dalam majlis ulama tertinggi mereka kata kalimah Allah tidak boleh digunapakai agama lain. Ia bertentangan pula dengan pendirian pemimpin tertinggi mereka.
Pengikut yang dahulunya lantang dan galak mempertahankan pendirian terdahulu terus diam. Apa bolehkah dikatakan pimpinan majlis ulama tertinggi mereka juga jahil sepertimana kata-kata penghinaan yang mereka hamburkan kepada golongan yang mempunyai pendapat yang sama seperti itu sebelum ini?

Hasil daripada situasi itu (bukan simulasi, tapi berdasarkan keadaan yang sedang berlaku kini), sekarang semakin banyak kumpulan (in house groups) dalam organisasi itu mula bangkit bertanyakan pendirian pemimpin tertinggi mereka dalam organisasi mereka yang bertentangan dengan pendirian baharu yang dikeluarkan oleh majlis pimpinan ulama tertinggi mereka.

Pemimpin tertinggi itu pula masih belum bersedia menjawab segala pertanyaan itu, ia sememangnya tidak menyelesaikan kekeliruan, sebaliknya menimbulkan lebih banyak persepsi negatif di kalangan pengikut dan akan lebih mengeruhkan keadaan, ia juga akan membuatkan kredibiliti dan reliabiliti (kebolehpercayaan) yang ada pada pemimpin tertinggi itu jatuh merudum sekelip mata.

Dalam keadaan ini, pemimpin tertinggi organisasi itu sudah terperangkap, tersepit dan terjerumus ke dalam permainan yang dimainkan the role players yang sentiasa berusaha mengosongkan posisi itu. Kalau anda tidak faham dengan taktikal permainan tipu daya ini, kita tiada kata-kata yang sesuai untuk diberikan kepada anda.



When the lights on, the thieves are caught.

Jadi, bagaimana untuk menyelamatkan pemimpin tertinggi dalam organisasi itu? Mudah, keluarkan semua the role players (thieves/pencuri/penyamun) serta merta daripada organisasi, anda juga tahu siapa mereka itu semua. Buka lampu itu, buka sekarang.

Kenapa Umat Terakhir berkata demikian (untuk menyelamatkan pemimpin tertinggi organisasi itu)? Ia kerana kita juga sayangkan organisasi itu walaupun kita tidak duduk di dalamnya. Walaupun Umat Terakhir banyak menegur tindak tanduk organisasi itu, ia tidak bermakna kita membenci atau memusuhi mereka, ia kerana kita juga sayangkan mereka kerana mereka juga saudara-saudara kita. Kita mahu Islam di dalamnya berdiri teguh, bukan luluh lesu seperti kini. Itulah pendirian kita.

Tapi sayangnya, (kebanyakan) mereka dalam organisasi itu tidak faham permainan ini dan atas sebab itulah organisasi itu sentiasa dijadikan mangsa untuk kepentingan the mastermind apabila satu persatu pemimpin tulen di dalamnya disingkirkan melalui permainan-permainan yang penuh tipu daya. Ia terjadi sebegitu kerana terdapat ramai role players di dalamnya.

Perkara yang dapat dilakukan sekarang hanya satu iaitu menyelamatkan pemimpin tertinggi itu kerana maruahnya sudah tercalar teruk akibat dipermainkan oleh the role players. Dia sudah ‘dibelasah’ teruk hanya kerana mastermind mahu menempatkan orang-orangnya di dalam posisi pembuat-pembuat keputusan organisasi itu.

Lain-lain perkara, sudah tidak dapat dibuat apa-apa lagi. Ia kerana maruah organisasi itu dan para pengikutnya sudah tercalar teruk. Bagaimana maruah pengikut pun boleh tercalar teruk? Fahamkan semula simulasi yang diberikan itu. Di mana para pengikut itu mahu meletakkan muka mereka selepas begitu galak membenarkan kalimah Allah digunapakai Nasrani iaitu mengikut segala kata-kata pemimpin mereka seperti sebelum ini?

Saya ada beberapa kenalan seperti itu, mereka begitu galak mempertahan kata-kata pemimpin mereka sebelum ini yang membenarkan kalimah Allah diguna Nasrani. Mereka tidak tahu saya DRIFTER yang sudah kembali ke Malaysia. Sekarang, selepas majlis ulama tertinggi mereka menukar pendirian, saya tanya mereka semula mengenai perkara itu. Malangnya, mereka terdiam membisu seperti orang yang sudah tertelan lidah sendiri, mereka berasa malu untuk mengulangi semula kata-kata mereka seperti sebelum ini.

Ia bukan lagi masa untuk orang-orang yang berada dalam organisasi itu menjayakan cita-cita politik mereka. Anda juga tahu kenapa kita berkata seperti itu. Pada masa ini, mereka harus mendapatkan semula maruah mereka yang telah dicuri oleh mastermind dan role players.

Ingat, con game adalah satu kemahiran keji dan ia tidak seperti yang anda sangka kalau anda tidak tahu langsung mengenai con-art.
---


Lagi satu, saya tinggal selama beberapa tahun di Palestin dan orang Palestin semua menunggu kehadiran  orang Melayu yang mengucapkan “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” untuk pergi ke Palestin. Mereka tidak sabar mahu berjumpa dengan pemimpin itu, kalau berani, pergilah ke sana. Biar rakyat Malaysia juga lihat betapa orang Palestin mengalu-alukan kehadiran pemimpin itu di sana. Ada berani?



 ---


“Panggillah dia ke mari memijak bumi milik orang Arab di sini (Palestin), kami mahu melihat wajahnya dan beramai-ramai meludah ke atasnya sehingga dia mati lemas dengan air ludah kami.” – itu yang saya dengar dari mulut mereka. Kalau benar berani sebagai pemimpin Islam yang ‘tersohor’ di Malaysia, pergilah ke sana dan ‘bermesra’ dengan orang-orang Palestin yang merindui ketokohan kamu.



Ada berani?





-DRIFTER-
I am not a grifter






.

12 comments:

  1. saya ada baca satu buku tapi saya dah lupa nama buku tu. buku tu berkisar tentang masalah politik tanah air (ditulis oleh pro PR). Disitu ada disentuh tentang “I support all efforts to protect the security of the state of Israel”. penulis menyebut yang anwar mengatakan wartawan2 utusan bukan semua pandai bahasa inggeris@dengan kata lain putak belit balik maksud ayat tu supaya orang2 kampung termakan fitnah utusan. bagi saya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padan mukaa!!

    ReplyDelete
  2. Salam Drifter,

    Selamat kembali ke Malaysia. Bagaimana perasaannya apabila kembali ke tanah penuh makhluk cetek akal ni? Saya secara jujurnya sudah muak dengan permainan con yg dijalankan, dan sebilangan rakyat neutral yg sama pendirian dgn saya juga dari awal dapat menghidu permainan con yg mereka jalankan... walaupun saya pada awalnya tersalah teka yg mastermind itu adalah si pemimpin tertinggi parti mata satu. Rupanya dia pun pawn of the chess game jugak. Up sikit lah, dia kira rook lah. Tapi hakikatnya dia tetap menerima perintah walaupun pangkatnya tinggi sikit dari ahli parti bulan hijau putih yg menjadi pawn bodoh, hahaha.

    Nama Allah pun mereka sanggup jual. Saya tak dapat bayangkan muka mereka masa berhadapan dengan Allah di akhirat nanti. Nak gelak, diorg saudara kita. Nak kesian, rasa marah ada lah sbb diorg buta dan bodoh sangat... sanggup jual agama demi politik.

    Saya nak sangat baling selipar kat muka pemimpin tinggi parti mata satu tu. Dasar tali barut tegar Yahudi Zionis. Tengoklah camner dia nak berhadapan dgn Allah di akhirat nanti. I just want to laugh on his face at that time. Mesti ada org marah dgn saya kan? Come at me, wahai penyokong tegar pembangkang. Saya tak takut dengan kamu... rumah saya di Perak saja. Carilah sampai jumpa.... jangan sampai keris saya yg jumpa perut kamu sudah, hehehe.

    p/s : Kalau Drifter ke Palestin lagi, sampaikan salam saya pada orang sana. Katakan pada mereka, walaupun saya tak dapat bersama mereka.. tapi doa saya senantiasa mengiringi perjuangan mereka. Awek sana cantik-cantik. Nak cari satu buat bini. Amiin. :D

    ReplyDelete
  3. uhhh dalam diam2 ada hajat nak berbinikan arab.. haha. ingat.. mereka miskin dan hanya harapkan bantuan. hidup dalam penjara besar. malangnya ada diantara saudara (libralis?)kita yang sepenuh hati jadi petualang, jadi talibarut musuh. errr mudahnya orang islam (baca bulan penuh) dipermain2kan. kesian ada, geram pun ada. bukan org lain, sedara kita juga. terperangkap dalam tong tahi. aduss!

    ReplyDelete
  4. salam..

    saya jawab sikit2 saja

    satkajam,

    semua organisasi media di dunia ini mengutamakan orang-orang yang mampu menguasai pelbagai bahasa untuk diambil bekerja sebagai wartawan.

    kata lainnya, di malaysia, seseorang wartawan mesti sekurang-kurangnya boleh menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa (Melayu dan Inggeris). syarat itu dikenakan kepada semua bakal wartawan sebelum diambil bekerja.

    mereka mesti mahir bahasa inggeris kerana mereka juga akan ditugaskan membuat liputan sehingga ke luar negara. di luar negara, kita biasanya akan berkomunikasi dnegan bahasa inggeris.

    malah, juga di malaysia, ada wartawan (termasuk di utusan, ramai juga kawan-kawan saya di utusan) dapat menguasai bahasa cina, tamil, inggeris, sepanyol, arab dan lain-lain bahasa.

    ia kerana antara syarat menjadi wartawan ialah mampu menguasai pelbagai bahasa bagi memudahkan komunikasi dengan sumber-sumber berita mereka.

    jadi, kalau anwar kata wartawan utusan tidak pandai atau tidak mahir bahasa inggeris, ia adalah satu lagi alasan kurang cerdik daripada anwar. alasan kurang cerdik itu hanya diterima untuk ditelan oleh orang-orang yang kurang cerdik juga.

    memang bodohkan alasan macam itu?

    --

    anon 15 feb. 8.51,

    insya-Allah. tapi, saya akan terus berada di malaysia. kalau terjadi rusuhan di malaysia yang dibuat puak-puak tertentu (sudah boleh agak kan bila ia akan berlaku), saya akan sentiasa ada memerhati segala niat jahat mereka.

    ---

    mahat,

    ajarlah mereka erti ksih sayang & ajarlah mereka untuk membuang sikap benci membenci. mereka sudah lama diajar untuk membenci. ajarlah mereka untuk berkasih sayang.


    - Kuala Lumpur -

    ReplyDelete
  5. Aku percaya penulis tidak berpihak kepada mana-mana, selain hanya sebagai penyuluh kegelapan....
    Aku percaya kita semua sayangkan agama kita...
    Aku percaya kita semua sayangkan bangsa kita...
    Aku percaya kita semua sayangkan negara kita...
    untuk itu bersatulah...
    jernihkan pendirian...
    kalau nasi sudah menjadi bubur...
    apa yg dapat kita perjuangkan...

    ReplyDelete
  6. pening rasanya nak memahami art of con

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,

    gembira rasanya hati ini setiap kali DRIFTER mengutus surat kepada ADMIN, bukan e-mel. lebih gembira apabila dia berada di KL.

    Najwa, lama-kelamaan nanti saudari akan faham art of con itu. ia satu seni jenayah profesional yang dilakukan penjenayah-penjenayah yang bijak dan tahu menggunakan segala peluang yang ada.

    insya-Allah, kita akan cuba menjadikan anda semua faham. masa semakin suntuk. anda semua perlu segera faham, dan perlu segera difahamkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Stalker,

      Saya rasa adalah lebih baik jgn banykkan sagt maksud2 tersirat
      citer ja direct to the point,lg senang org paham.
      Lagipun tujuan anda dan rakan2 memng utk menyampaikan kefahaman bukan. jadi permudahkanlah.

      Delete
    2. anon,

      bagi tahun 2013 ini, kita mulakan umat terakhir dengan art of con, inilah sebenarnya third edition. edisi yang mana kita di sini akan belajar untuk berterus terang, tetapi ia akan dilakukan secara perlahan-lahan kerana kita tidak pernah buat seperti itu sebelum ini.

      para panel penulis di sini sangat banyak berahsia, saya juga tidak banyak tahu mengenai setiap apa yang ada dalam pemikiran mereka & setiap apa yang mereka rahsiakan.

      yang saya faham cuma semua itu sangat sulit & payah untuk diungkapkan dengan perkataan. para penulis kita sangat berhati-hati dalam menyusun perkataan mereka.

      andai ada yang sulit untuk memahami maksud mereka, begitulah juga sulitnya mereka unuk menyusun setiap kata.

      harap faham. kita di sini sentiasa mencuba.

      _WAQQAS

      Delete
  8. Salam Drifter,

    Tulisan yg sangt menarik.Contoh yg boleh difahami. Selalu sukar paham sebelum2 ni..Bagusla dah balik M'sia..boleh sama2 susah senang kat sini kalo jadi apa2 yg buruk,tp minta dijauhkan ALLAH hendaknya.

    ReplyDelete
  9. Berkenaan Pemimpin yg nk protect keselamatan neagra ISRAEL tu patut aa aritu dia nk bagi cek kat HAMAS,x berani p sana..dok sini pangge org sana datg . Agaknya dia pun tau dia nk kena ludah.hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..

      kalau diperhati lebih cermat, anda akan dapati majlis penyerahan cek itu pun sudah kena 'steal'.

      selamat memerhati.

      : )

      Delete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.