26 Jan 2013

Art of Con: Steal



“Steal”


Dalam bahasa kita, ia disebut mencuri. Mencuri adalah satu keperluan bagi seseorang conman semasa menjayakan sesuatu con-job. Seseorang conman tidak akan menggunakan sebarang sesuatu daripada miliknya semasa cuba menjayakan con-job. Kalau dia mencuri wang orang lain, wang itu akan digunakan untuk menjayakan job utamanya.

Ia kerana apabila ia menggunakan segala sesuatu daripada miliknya, ia akan menyebabkan con-job itu terbongkar atau blown-out. Malah ia juga akan menyebabkan sesuatu miliknya itu menjadi rosak sekiranya blown-out.

Maka daripada merosakkan barang atau sesuatu milik sendiri, adalah lebih baik dia mencuri milik orang lain, kemudian menggunakannya atau mempergunakannya untuk menjayakan con-job, dan jika blown-out sekali pun, dia tidak akan rugi apa-apa kerana barang miliknya masih tidak terusik atau terjejas.

Masih tidak faham? Baiklah, kita akan cuba menjadikan anda semua sebagai orang-orang yang faham. Mari kita bercerita bagaimana sesebuah con-job itu dilaksanakan oleh begitu banyak conmen di dalamnya. Di perenggan-perenggan bawah ini nanti, hanya diberi contoh-contoh sahaja. Jadi tidak perlu melatah jika ada di kalangan anda yang berasa diri telah dijadikan mark. Daripada melatah tidak tentu pasal, adalah lebih baik mula sedar diri.


“Let’s steal a planet.”


Dalam dunia conmen, semua benda boleh dicuri untuk menjayakan con-job, termasuklah mencuri sebuah planet sekali pun. Tidak percaya lagi? Mencuri sebuah planet itu tidak seperti yang anda sangka atau tidak seperti yang anda bayangkan dalam kotak minda anda.

Planet di angkasa lepas itu tidak dicuri dengan cara memasukkan sesebuah planet yang hendak dicuri itu ke dalam poket dan kemudian walk away sebagaimana mencuri gula-gula di pasar raya. Bukan begitu. Untuk mencuri sesebuah planet, terdapat seni-seni mencuri di peringkat tertinggi (con-art) yang perlu anda ketahui.

Tetapi, kita tidak akan memberitahu secara mendalam mengenai fundamentals yang terdapat dalam seni itu, kita tidak mahu mengajar seni jenayah kepada anda, kita juga tidak mahu anda bertukar daripada seorang yang baik kepada menjadi penjenayah, cukuplah sekadar anda mengetahui bagaimana untuk (how toblow out a con-job.

Anda tidak akan percaya bahawa anda boleh mencuri sebuah planet dalam dunia con-artist. Bukan sahaja sebuah planet, tetapi seluruh isi alam semesta pun boleh dicuri, malah sesebuah agama pun boleh anda curi jika anda benar-benar faham dengan semua kemahiran dalam bidang con-art. Inilah kehebatan yang keji dalam dunia con-artist. Anda boleh mencuri apa sahaja yang anda mahu dan menjadi sesiapa sahaja yang anda inginkan. Inilah con-art.

Tetapi, ia bukan seperti mencuri sesuatu dan memasukkan ia ke dalam kocek, kemudian walk away. Bukan juga seperti merompak sebuah bank atau sebagainya. Bukan begitu tuan-tuan, bukan begitu puan-puan, bukan begitu dato-dato, bukan begitu YB-YB. Bukan seperti yang anda fikirkan. Bukan.
--

Bagi sesebuah con job yang berskala besar, seseorang con-artist memerlukan ramai pembantu bagi menjayakannya. Sesebuah job tidak akan berjaya dilaksanakan secara bersendirian dan ia perlu dilakukan dengan koloborasi peranan yang dimainkan pihak-pihak. Pihak-pihak itu diberikan peranan dalam setiap job kecil, jika semua job kecil itu dilaksanakan dengan baik, ia akan menjayakan sebuah con yang besar. Ia dinamakan con role-playing game.


“It’s a role-playing game. Be it, enjoy it.” – The fundamentals of con


Katakan seorang conman mahu menguasai media. Secara teknikal dalam dunia con-artist, ia tidak disebut menguasai media, ia disebut ‘mencuri’ media. Bagaimana ia dilakukan? Untuk mencuri sesebuah atau semua organisasi media, seorang con-artist akan menempatkan orang-orangnya (role players) di dalam organisasi-organisasi media terlibat.

Perkara seperti ini pernah berlaku dalam persekitaran media massa di Malaysia pada sekitar 1990-an yang mana seorang yang bijak dalam con-art (menggunakan kuasa-kuasa yang ada padanya) melantik orang-orang media yang pro kepadanya untuk dijadikan role players dalam persekitaran media.

Bermula dengan itu, pihak-pihak yang tidak disukainya dalam bidang yang diceburinya (politik contohnya) akan diberi tekanan oleh pihak-pihak media supaya berundur daripada bidang itu. Pengunduran itu akan memberi peluang kepada orang yang bijak con-art itu untuk menduduki kedudukan yang ditinggalkan oleh orang yang berundur. (Walaupun tidak disebutkan secara jelas, kita tahu ada di kalangan anda yang ingat kisah ini).

Dalam permainan itu, mereka mencipta persepsi bahawa orang itu akan berundur walaupun mereka sendiri tidak tahu sama ada orang itu benar-benar mahu berundur atau tidak. Tetapi mereka tetap memainkan persepsi itu supaya orang ramai yakin bahawa orang itu akan berundur. Mereka kekal dengan permainan itu sehingga tercipta ruang tekanan untuk orangitu benar-benar berundur. Orang itu akhirnya berundur dengan rela, bukan ditendang keluar. Tetapi pengunduran itu adalah seperti ditendang dari depan sehingga terundur ke belakang.

Melalui permainan yang dimainkan oleh role players yang dilantik untuk menerajui organisasi-organisasi media, mereka memainkan permainan dengan sangat ‘kasar’. Kita (saya) masih ingat bagaimana permainan itu dilakukan. Fundamental untuk permainan itu pula ialah:


“Create a play, create a perception, does not matter whether it is true or false, make a story, stick with it, keep playing the story and it will slowly turn into fact like we want it to be.”


Selain itu, sesebuah organisasi juga boleh dicuri. Persatuan ibu tunggal, persatuan nelayan, malah parti politik juga boleh dicuri. Caranya juga sama, iaitu dengan memasukkan role players ke dalam organisasi-organisasi itu (istilah popular disebut parasit atau hijackers) supaya dapat menjalankan peranan-peranan yang diberikan kepada mereka.

Terdapat satu lagi fundamental yang perlu anda ketahui, iaitu keperluan peranan bagi seseorang role player ialah sesuatu peranan yang diberikan itu perlu berupaya membolehkan role player itu terlibat dengan kuasa-kuasa membuat keputusan dalam organisasi yang telah dicuri itu.

Contohnya kalau con-artist mencuri sebuah pusat kawalan udara di lapangan terbang, seseorang role player yang ditempatkan di pusat kawalan itu akan memainkan peranannya di ruang komunikasi antara pusat kawalan dengan setiap juruterbang yang melintasi pusat kawalan itu. Dia seboleh-bolehnya akan berusaha berada di posisi penting itu.

Role player tidak akan memainkan peranannya sebagai tukang sapu sampah di situ kerana adalah lebih baik untuk dia tidak langsung berada di situ jika hanya sekadar mampu berada di posisi tukang sapu sampah, dia akan memainkan peranannya sebaik mungkin dalam hal-hal berkaitan membuat keputusan. Itulah role player.

Apabila sesebuah organisasi itu telah dicuri, ia akan mempengaruhi keputusan dalam organisasi itu supaya dapat memberi keuntungan kepada conman yang menjadi mastermind dalam con-job itu. Segala keputusan dalam organisasi yang telah dicuri itu akan memastikan perjalanan con-job yang seterusnya berjalan lancar.

Untuk menjayakan sesuatu con-job, seseorang conman perlu mencuri sesuatu dan menggunakan hasil curi itu untuk melicinkan kerja-kerja seterusnya. Ia adalah sama sahaja dengan psikologi penjenayah yang lain. Tidak percaya? Sila faham, seseorang penyamun yang merompak bank itu tidak sesekali akan menggunakan keretanya sendiri untuk pergi ke bank tersebut untuk menyamun. Dia semestinya akan menggunakan kenderaan curi untuk mengelak identitinya dikenal pasti. Jika tidak percaya, sila semak rekod-rekod siasatan jenayah yang pernah dilakukan oleh pihak-pihak berkuasa.

Jadi, samalah juga dengan conman yang melakukan con-job  mereka. Mereka tidak akan menggunakan organisasi mereka sendiri untuk melakukan sesuatu con. Mereka sebijaknya akan mencuri organisasi lain dengan bantuan role players dan memperkuda organisasi itu untuk menjayakan con-job.

Bagi contoh yang lain, sesuatu perarakan atau pertunjukan yang dijalankan oleh orang lain juga boleh dicuri oleh seseorang conman. Kita beri contoh lagi supaya anda faham bagaimana conmen melakukan kerja-kerja mereka.

Katakan, ada sebuah perarakan atau pertunjukan di tempat awam. Pertunjukan itu pula sebenarnya atau pada asalnya dianjurkan oleh sebuah syarikat perunding acara. Kemudian datanglah conman untuk mencuri perarakan itu bagi memberi keuntungan (tidak semestinya berkaitan wang) kepada dirinya.

Apa yang perlu conman itu lakukan ialah dia hanya perlu tampil di khalayak dan melakukan sesuatu supaya dia dilihat sebagai hero atau mangsa oleh orang-orang yang ada dalam perarakan itu. Kalau dia mahu ambil keuntungan dengan mencipta kekecohan, maka dia yang sudah dilihat sebagai hero atau sebagai mangsa hanya perlu keluarkan arahan sahaja kepada orang ramai yang ada di perarakan itu untuk memulakan kekecohan.

Manakala pihak penganjur yang menjalankan perarakan itu sudah tidak berdaya untuk mengawal sikap agresif orang ramai. Seterusnya, yang berubah menjadi dominan dalam mengawal perjalanan perarakan tersebut ialah conman itu tadi, penganjur perarakan itu pula sudah tidak dominan lagi. Dengan itu, conman itu telah pun mencuri perarakan itu daripada penganjurnya yang asal. Itulah serba sedikit mengenai fundamental of con walaupun kita tidak mahu anda tahu kesemuanya.

Semasa kekecohan berlaku, conman boleh berbuat apa sahaja yang dia mahu dengan cara mengambil kesempatan daripada kekecohan yang telah berlaku. Mungkin sekali akan  terus berlakon sebagai mangsa dalam role playing game yang penuh dengan deceptions. Atau boleh sahaja melakukan lebih banyak kecurian dengan mengambil kesempatan daripada kekecohan.
--

Semua yang diterangkan di atas adalah hanya sebagai contoh untuk memudahkan anda faham mengenai apa yang dimaksudkan dengan “steal”. Seseorang conman boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka selepas kepercayaan anda telah dicuri. Mereka boleh mencuri apa sahaja yang mereka mahu sekiranya mereka ada ramai role players.

Tetapi perkara yang paling berharga untuk dicuri ialah kepercayaan anda kepada mereka. Con-artist adalah orang-orang yang sangat faham dengan gelagat (traits) pemikiran manusia dan juga kelemahan-kelemahan manusia. Mereka tahu apa yang manusia mahu dan mereka juga tahu apa yang manusia fikir.

Dengan pengetahuan itu, mereka mencipta peluang supaya dapat memperdaya ramai manusia seperti anda di luar sana. Mereka tahu anda perlu wang, lalu mereka janjikan pemberian wang atau menjanjikan serba-serbi menjadi percuma yang tidak lagi perlukan wang. Anda adalah orang-orang yang mudah dimangsakan, easy to markeasy to coneasy to scam



Kebanyakan anda sangat senang ditipu dan sedang ditipu,
kerana anda sedang mendedahkan diri anda di level easy.





Con
Conscripted
Conspiracy




-STALKER-
I’m stalking you



.

11 comments:

  1. LGE, Patric, dan beberapa paderi mengelaurkan kenyataan menghina Islam dan Allah tidak dikenakan apa2 tindakan atau disiasat sedangkan ia salah disisi undang2 dan perlembagaan TETAPI bila Ibrahim Ali menentang dan melawan balik kenyataan yang dikeluarkan... dengan kadar segera ia disiasat...

    disini amat jelas terdapat ramai role players, parasit atau hijackers didalam agensi kerajaan.. ia juga merupakan salah satu sebab banyak program dan polisi kerajaan tidak dapat dilaksanankan dengan jayanya...

    ReplyDelete
  2. Permainan Master of Perception. Membina persepsi masyarakat menggunakan isu2 tertentu. Saya setuju dengan pendapat ConSultant di atas, tidak dapat dinafikan wujud parasit2 bukan saja dalam kerajaan tapi juga pembangkang.

    Sekitar pertengahan 2008 ada satu usaha ke arah penyatuan Melayu-Islam dalam negara ini, tapi mungkin kewujudan role player dalam kedua2 pihak telah menggagalkan usaha tersebut. Kehadiran beberapa tokoh di kedua2 pihak dilihat seolah-olah bermusuhan, hakikatnya mereka berkhidmat untuk orang yang sama.

    -staff

    ReplyDelete
  3. satu situasi seseorang terkena batu
    pembaling batu: eh bukan saya yang baling batu tu..tp jiran sebelah saya yang baling, tgk batu itu serupa dengan yang ada dirumah jiran, jadi bukan saya yang baling.

    jiran itu terpingar pingar mendengarkan pertuduhan si pembaling batu. maka orang kg yang percaya kata2 pembaling batu..terus mendakwa jiran itu

    *******

    samalah kes edar bible, si pengedar guna beg "RELA"
    pelajar ingat, oh orang kerajaan ni, xpe kita ambil je

    sampai tgn bloger/politik
    tgk disana, kerajaan yang edar bible.. bukan kerja kita, maka org ramai percayalah kata kata mereka...

    hihi

    zaman fitnah


    -OrgOrg




    ReplyDelete
  4. assalamualaikum

    doakan segala yang baik-baik untuk semua.

    para pembaca, teruskan memerhati di luar sana. ini cuma clue awal yang ringkas-ringkas sahaja. sampai waktu nanti, kita akan bercerita dengan sejujurnya.

    - restricted area -

    ReplyDelete
  5. no wonder la puak2 anti islam makin berani..

    ReplyDelete
  6. Saya teringat masa thun 90an sms isu kemarahan terhadap Raja2 Melayu dimainkan di akhbar.

    Dalm akhbar hari2 menceritakan dan menyebarkan kebencian dan kemarahan rakyat pada Raja seolah2 kdg2 nampak mahu rakyat bangkit memberontak.

    Ada isu yg benar dan ada juga unsur fitnah yg jahat.

    Akhirnya,dalm isu ini, kuasa Raja2 berjaya diturunkan (cara ugutan media ) dan akhirnya puak2 yg x suka raja2 boleh menggubal undang2 jika 2/3 majoriti di parlimen setuju tanpa perlunya tandatangan YDPA.

    Sayanng..satu kerugian sebenarnya pada bangsa Melayu itu sendiri.
    Sekrang yg bermaharajalela ada org politik itu sendiri.

    ReplyDelete
  7. pernah ke art of con digunakan untuk tujuan yang baik?

    ReplyDelete
  8. dalam situasi media sekarang, yang mana kedua-dua aliran, perdana dan alternatif dilihat seperit dikuasai pihak2 tertentu, bagaimana kita dapat menilai yang mana con dan yang mana bukan? sudah pasti jika cross reference dibuat antara kedua-dua media, bukti bercanggahan sama sekali.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti Najwa..sy rasa paling baik ialah berserah pada ALLAH yg MAHA Mengetahui.
      Dan terbaik buat saja istikharah..kebenaran pasti kan timbul juga akhirnya..walaupun kdg lambat sket..

      p/s: dolo sy penah tanya soklan camni..tp stalker ckp lari sket dari tajuk

      Delete
    2. klu soalan tu pasal gambar org dalam majlis, saya tak rasa jadi satu isu pun. sebabnya, klu media ada menyebut waktu gambar itu diambil, dan itu adalah kejadian yang berlaku, maka statement pasal gambar tu walaupun bercanggah dengan gambar kedua yang diambil pada waktu berbeza tetap betul. kerana ia berkenaan gambar yang dilampirkan. pembaca yang nak cari penjelasan boleh cari gambar lain yang boleh menyokong apa yang mereka cari.

      yang saya peningkan adalah apabila kes yang berlaku bukan macam ni.

      Delete
  9. Salam Tuan Stalker,

    boleh huraikan sedikit dengan ayat "..kerana anda sedang mendedahkan diri anda di level easy".


    n9442

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.