12 Jan 2012

Di celah-celah kamu semua

MENGENAI Yahadut Mizrah di bumi Melayu moden hari ini, kita tinggalkan dahulu persoalan itu walaupun kenyataan-kenyataan mengenainya agak menarik untuk digolekkan kepada kamu semua.

Seperti telahan salah seorang pembaca (Muzaffar Mahawangsa) yang mengatakan bahawa terdapat sekumpulan pengembara Arab yang mengekori perjalanan darat Yahadut Mizrah sehingga ke Tanah Melayu, juga terdapat keterangan mengenai perkara itu.

Namun, kita perlu mencari lebih banyak rujukan silang (cross reference) daripada pelbagai sumber dari semua arah untuk mendapatkan kesahihan mengenai perkara itu. Malah, dalam kelompok pengembara Arab itu juga terdapat individu-individu yang mempunyai darah Arab-Yahudi, maka sebahagian daripada ahli pengembara Arab itu juga (walaupun tiada bukti kukuh) boleh dikatakan sebagai Yahadut Mizrah Semitik.

Mengatakan sebahagian daripada pengembara Arab itu sebagai Yahadut Mizrah adalah kurang tepat kerana bangsa Arab dan Yahudi adalah daripada jurai yang sama iaitu Semitik (daripada keturunan Shem bin Nuh). Jika darah benih mereka bercampur melalui ikatan perkahwinan yang melahirkan zuriat sekalipun, mereka tetap bangsa Semit.

Peristiwa Banjir Besar dan Bahtera Nabi Nuh menyaksikan banyak kelahiran peristiwa baru dalam sejarah manusia apabila selepas banjir besar surut dan bahtera terdampar di Urartu (Pergunungan Ararat di Turki). Walaupun al-Quran menyebut bahtera Nabi Nuh terdampar di Bukit Judi (Cudi), pengertian terhadap Bukit Judi juga harus diperhalusi sama ada ia benar-benar merujuk kepada Urartu.

Pun begitu, terdapat struktur menyerupai bahtera besar di Pergunungan Ararat. Ia seolah-olah bahtera Nabi Nuh telah membatu seperti fosil (sebagai satu tanda) untuk disaksikan manusia sehingga Hari Kiamat.

"Maka dengan itu Kami selamatkan dia (Nabi Nuh) dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera, dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda kepada sekalian makhluk." - (Quran, al-Ankabut: 15)

Selepas bahtera terdampar, penumpang-penumpang bahtera mula membina penempatan dan tamadun. Malah, keturunan manusia pada hari ini juga adalah daripada keturunan Nabi Nuh yang taat kepada perintah Allah. Anak-anak Nabi Nuh terdiri daripada tiga orang iaitu Shem (Semite), Ham (Hamitte) dan Yafet (Japhite) yang melahirkan bangsa-bangsa manusia.

Mengikut rekod dalam skriptur Yahudi dan Arab, Shem bin Nuh melahirkan bangsa Arab, Yahudi dan beberapa bangsa yang menetap di Timur Tengah dan Asia Barat. Ham bin Nuh pula melahirkan bangsa Afrika dan bangsa-bangsa yang menetap sekitar benua itu. Yafet bin Nuh pula melahirkan bangsa-bangsa yang menetap di Padang Ragut Eurasia yang terbentang dari Eropah Timur hingga sebahagian Asia Timur.

Namun, terdapat keterangan dalam sumber Yahudi yang menjelaskan bahawa Yafet turut melahirkan anak bernama Magog. Keterangan tersebut kemudian bersambung kepada keterangan lain bahawa ia kemudian (keturunannya) menjadi raja di kerajaan Mesekh dan Tubal. Ia bersambung lagi dalam sumber Yahudi yang lain, keturunan itu kemudian hidup di sekitar Padang Ragut Eurasia dan dipanggil Scythia oleh orang Greek (Yunani).

Dari segi jurai, bangsa Scythia turut mempunyai pertalian dengan suku-suku Yahudi yang hilang (The Lost Tribes of Israel). Juga ada keterangan yang bersambung mengenai perkara itu. Mereka kemudian terus berkembang di Asia Timur sehingga Mongolia. Itulah bangsa-bangsa yang lahir dan berkembang di Padang Ragut Eurasia yang gemar berperang, ganas, pagan dan tidak menyembah Allah.

Kemasukan suku Scythia ke Asia Timur juga melibatkan asimilasi yang bertindak memperkembangkan susur darah suku bangsa itu. Ia lalu melahirkan suku Scythia yang bermata sepet dan sedikit rendah (orang Mongolia) berbanding suku Scythia yang hidup nomad di sekitar Eurasia dan Eropah Timur.

Sumber Yahudi daripada Flavius Yosephus mengatakan, suku Scythia itulah Gog Magog yang dimaksudkan dalam Kitab Perjanjian Lama (Bible Old Testament). Orang Yahudi mempunyai pengetahuan mengenai suku Gog Magog yang pernah memporak perandakan dunia melalui siri-siri peperangan dan kemusnahan seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama.

Orang Yahudi pergi bertemu baginda Rasulullah (Muhammad bin Abdullah) untuk bertanya mengenai Zulkarnain dan mereka terkejut besar apabila mengetahui sejarah Zulkarnain sebenarnya mempunyai kaitan dengan Gog Magog. Tidak seperti yang mereka ketahui sebelum itu dalam kitab-kitab lama mereka. Kitab-kitab lama mereka tidak pernah menjelaskan mengenai pertemuan Zulkarnain dengan Gog Magog.

Pada kali pertama pertemuan, Nabi tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak menerima wahyu Allah untuk menjawab pertanyaan itu. Setelah beberapa lama kumpulan Yahudi itu berulang alik setiap hari untuk menuntut jawapan daripada Nabi, wahyu akhirnya diturunkan dan Allah menceritakan ‘sedikit’ mengenai pemerintah agung Zulkarnain serta pertemuannya dengan Yakjuj dan Makjuj (Gog and Magog).

Dalam konteks artikel ini, kita tidak fokus kepada keterangan al-Quran mengenai Yakjuj dan Makjuj. Tetapi fokus kita ialah orang Yahudi sudah lama tahu mengenai Yakjuj dan Makjuj, pertanyaan mengenai Zulkarnain kepada Nabi juga hanya sebagai mahu menguji kenabian Rasulullah kerana hanya dengan wahyu sahaja akan membuka jawapan-jawapan baru mengenai Zulkarnain dan Gog Magog kepada mereka. Jawapan baru yang tidak pernah terdapat dalam kitab-kitab mereka selama ini.

Orang Yahudi sudah lama tahu mengenai Yakjuj dan Makjuj kerana juga sudah lama mengesyaki bahawa suku Gog Magog mempunyai kaitan dengan suku-suku mereka yang telah lama hilang.

Perjalanan sejarah Gog Magog dalam pelbagai catatan Yahudi dan Greek menunjukkan suku barbar dan nomad itu mendiami sekitar Eurasia. Suku yang pada masa tertentu menjadi askar upahan itu juga suka menyerang dan memusnahkan bangsa-bangsa lain serta merosakkan alam sekeliling di sepanjang laluan mereka untuk mencari tempat menetap.

Beberapa ratus tahun sebelum bermulanya kalendar Masehi, suku-suku itu akhirnya tiba di Asia Timur, sebahagian mereka memilih untuk berkubu senyap di Mongolia, bebas daripada penglihatan orang-orang yang mencatat pergerakan mereka. Zuriat-zuriat yang lahir di Asia pula berkembang di sekitar tanah besar paling Timur di Asia.

Sebahagian yang lain pula terus bergerak di padang ragut Eurasia untuk berperang dan melakukan kezaliman sehingga tiba detik kekalahan dan kemudian bergerak ke Eropah Timur sebelum keturunan mereka berkembang ke seluruh Eropah pula. Semua itu terjadi selepas laluan masuk ke Asia Barat di lereng-lereng bukit dan kaki-kaki gunung sudah ditutup.

Selepas laluan ke Asia Barat ditutup, suku yang menetap di Mongolia terus berkembang di Timur Asia.

Malah, suku Asia yang terlahir daripada Scythia juga digolongkan oleh orang Yahudi sebagai Yahadut Mizrah. Selain itu ditambah pula dengan catatan-catatan moden di Timur Asia juga merekodkan kemasukan bangsa Yahudi di Timur Asia seawal tahun 960 Masehi. Bahkan, suku di Timur Asia itu juga menyimpan rekod tersebut yang merekodkan permulaan kisah suku mereka di sana pada sekitar kurun yang sama.

Gelombang terus berputar dan akhirnya suku Scythia dari jurai orang Mongolia bangkit sekali lagi melakukan keganasan dan kemusnahan yang seterusnya pada permulaan 1100 Masehi. Wilayah-wilayah Islam dihancurkan oleh tangan-tangan suku Mongolia. Sejarah mencatatkan itu semua.

Perkara penting di sini ialah, suku Yakjuj dan Makjuj sudah lama berkembang di Asia, terutama di sebelah tanah besar yang paling timur. Serangan orang Mongolia di kerajaan-kerajaan Islam di Tanah Arab juga menyaksikan golongan pemerintah dan para ilmuan Islam melarikan diri ke sebelah Timur juga. Ada yang melarikan diri melalui jalan laut dan ada juga melalui jalan darat, semua itu ada keterangan dan catatan-catatannya.

Golongan pemerintah dan ilmuan Islam itu pula diburu oleh orang Mongolia untuk dihapuskan. Namun, golongan pemerintah dan ilmuan Islam itu berhijrah untuk meneguhkan agama Allah di sebelah Timur di sudut satah kompas yang agak jauh daripada arah Timur di tanah besar yang paling timur.

Datangnya Islam ke Timur ini bukan sahaja diterangi oleh niat untuk berdakwah di kalangan mereka yang melarikan diri sebagai pedagang. Tetapi ia disulami air mata dan tangisan, keinsafan untuk menegakkan agama Allah di sudut bumi sebelah timur. Mereka sampai ke timur dengan cara mengekori dan diekori. Semua itu bersulam air mata dan percikan darah sebelum sampai ke ‘destinasi yang tersorok’. Juga ada catatan mengenainya yang disimpan kemas.

Sekali lagi ingat, Yahadut Mizrah itu juga dari suku Scythia dan Mongol. Ia dikuatkan lagi dengan rekod kemasukan orang Yahudi ke Timur Asia sejak 960 Masehi. Juga ingat amaran ini, Yakjuj dan Makjuj akan sekali lagi memusnahkan dunia dengan menjadikan penganut agama monotheism (Tauhid) sebagai mangsa terpilih. Ingat, mangsa terpilih.

Sumber sejarah lama Yahudi juga merekodkan penempatan golongan beriman sering diserang oleh golongan barbar dan nomad. Barbar dan nomad itu pula adalah cara hidup suku Gog Magog (Yakjuj dan Makjuj) pada satu masa dahulu. Semua keterangan akan membawa kepada jawapan (follow the evidence).

Soalan baru yang muncul, adakah kamu sungguh-sungguh mengenali musuh-musuh yang telah dijanjikan kepada kamu? Apa yang kamu sedang buat bersama musuh-musuh kamu?

Mahu tahu lebih? Catatan yang disimpan sejak beberapa generasi keturunan sedia dibuka satu persatu, kita tidak berjanji untuk membuka sehelai demi sehelai kepada semua, tetapi insya-Allah andai ditakdirkan untuk membuka helaian-helaian itu.

Kita jadikan catatan sejarah sebagai kompas untuk kita melihat ke hadapan, supaya kita tidak tersesat memilih jalan dan akhirnya terjunam ke dalam gaung kemusnahan paling dalam.

Kita akan bercerita mengenai masa depan dengan sesekali melihat ke belakang supaya kita sentiasa tahu dan sedar bahawa kita sedang mengikut jalan yang betul berdasarkan petunjuk-petunjuk jalan yang kita temui di belakang.

Sentiasa sedar bahawa mereka ada bersama kita, hidup bersama kita di benua ini, rantau ini, mahupun di tanah ini. Apabila tiba masa yang dijanjikan, kita akan dimusnahkan tanpa belas kasihan sepertimana yang sejarah-sejarah lampau mereka telah menceritakan. Peringatan terhadap janji yang mendatang pada masa hadapan itu yang lebih penting.




Ingat

MEREKA ADA BERSAMA KITA.




Nota pendek dari saya,

-STALKER-

17 comments:

  1. Senang wat kerje,tak susah sangat nak gi jauh-jauh..
    Tgu masa yg sesuai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa maksud senang buat keje tu?

      Delete
  2. cha ya nun alif ke?...

    ReplyDelete
  3. Salam, Kupasan yang baik dari stalker, terima kasih. Semakin hari semakin jelas watak ini, kacau bilau dan tujahan Barat pula menjadikannya berserabut. Kita lihat dunia kini menjadi kian berdebu kerana maklumat yang diterima tercemar dengan naklumat palsu. Amat malang bagi kita untuk mengenali dan menyanggah mereka. Tidak semudah yang disangka. Keadaan yang sama berlaku kepada bangsa arab - zaman Abbasiah. Tiada siapa sangka kerajaan Islam yang agung yang gagah pada era itu lumat dikerjakan mereka.

    Tanda kebangkitan GohMagog itu amat terserlah, jika siapa yang sentiasa fokus kepada perkembangan mutakhir. Akan melihat mereka ini dengan jelas, tiada keraguan. Mereka kini mula menerima pakai halacara Barat yang juga berasal dari sukusakat mereka. Mereka bercampur gaul dan berasilimasi sesama mereka juga bermaksud pengetahuan dan teknologi. Dulu giliran barat kini giliran timur pula. Mereka diantara yang paling ghairah menjadikan dunia ini milik mereka. Dimana sahaja ada peluang mereka akan berduyun-duyun ke sana mengaut apa sahaja yang dapat.

    Mereka berada disegenap pelusuk dunia, sebut sahaja dimana. USA? Australia? Eropah? Singapura? Malaysia? Mereka tidak peduli dengan masyarakat sekeliling, yang penting mereka dapat apa yang mereka mahu. Komuniti mereka akan dipastikan tidak terserap dan hilang dalam kelompok manusia sekeliling. Mereka begitu ghairah merosakkan apa yang ada demi "wang".

    Mangsa terpilih?... sesuatu yang cukup menarik. Kenapa ada mangsa terpilih? GogMagog tidak pentingkan agama, bagi mereka agama yang dapat memenuhi matlamat duniawi mereka sahaja yang mereka ikuti. Apa perlu bagi mereka memilih mangsa? Atas sebab apa ahli tauhid dibenci dan cuba dihapuskan? Ya menarik, sila sambung segera sdr stalker.

    peringatan ini boleh dijadikan pedoman yang baik, well done.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali saudaraku,

      Tunggu file "Secrets of the Drifters and Sailors" yang sedang berlayar kembali ke pangkuan.

      Insya-Allah, kita akan sambung.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kenapa kebanyakan orang termasuk yg bergelar ustat skalipon tak nak terima atau sedar yg benteng yakjuj majkjuj sudah lama roboh?di mana silapnya?klau tak runtuh pon d mana temboknya jika ayat dlm surah al-kahfi tu ayat yg maksudnya jelas..gunung adalah gunung dan tembok adalah tembok..kebanyakan tafsir pon mentafsirkan begitu..maksudnya ayat tu bknlah ayat yg samar

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Abu dan myQalb,

    Pihak Umat Terakhir tidak pernah menyediakan jawapan sejak blog edisi pertama, ia adalah untuk mengelak perbuatan fitnah dan juga mengelak daripada dituduh menfitnah.

    Kita hanya menyediakan panduan-panduan supaya anda semua dapat menemui jawapan dengan sendiri. Fahami segala panduan dan keterangan yang diberi, anda akan mampu melihat jawapan dengan terang lagi jelas.

    Umat Terakhir tidak pernah sediakan jawapan. Pun begitu, saya tidak marah kalau anda mahu membuat tekaan setiap kali pemikiran anda ligat memikirkan jawapan. Saya mahu mengajak semua orang berfikir, itulah yang sedang saya lakukan.

    Maaf, saya tidak sediakan skema jawapan. Saya sedekah senyuman untuk anda berdua yang ligat memutikkan pertanyaan demi pertanyaan kepada tingkat pemikiran masing-masing kerana ketagihan kepada jawapan. ^_^

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Anon 02:09 AM,

    Saya setuju dengan kamu. Tembok adalah tembok dan tembok Zulkarnain itu memang pernah wujud untuk menutup laluan Yakjuj dan Makjuj di antara dua buah gunung. Ia adalah persoalan yang besar untuk diperhalusi berdasarkan pengetahuan sejarah, teks-teks Hebrew, pengetahuan geografi dan ilmu-ilmu lain yang dapat membantu pencarian terhadap tembok Zulkarnain.

    Dalam konteks artikel ini, kita melihat kepada perjalanan suku bangsa pembuat kemusnahan itu yang sekarang hidup bersama-sama di celah-celah bangsa-bangsa lain di dunia sementara menunggu janji perang besar.

    Mereka akan bangkit di celah-celah kelemahan dan kelalaian kita untuk memusnahkan kita semua. Ingat dengan maksud satu hadis, dalam 1000 orang pada akhir zaman, 999 orang adalah Yakjuj Makjuj dan hanya seorang sahaja orang Islam. Mengapa jumlah mereka sangat ramai berbanding orang Islam? Disebabkan asimilasi sejak ribuan tahun lalu, mungkin?

    Di sebalik pengetian hadis itu juga, ia memutikkan persoalan iaitu; Yakjuj dan Makjuj hidup bersama orang Islam di akhir zaman apabila 999 daripada 1000 orang yang hidup dalam satu kawasan adalah terdiri daripada suku-suku mereka.

    Apabila 999 orang Yakjuj Makjuj itu mula bangkit, maka seorang Muslim yang hidup di celah-celah itu akan dibinasakan. Kita berada di celah-celah mereka atau mereka yang hidup di celah-celah kita.

    Berbalik kepada tembok Zulkarnain, dalam satu riwayat hadis juga ada menceritakan mengenai Nabi tiba-tiba terkejut daripada tidur dan berkata bahawa tembok itu telah runtuh dan orang-orang Arab akan ditimpa bencana. Adakah kata-kata Rasulullah itu merujuk kepada serangan orang Mongol ke atas kerajaan-kerajaan Islam pada beberapa ketika selepas kewafatan Baginda? Contoh terbaik ialah kejatuhan Abbasiah akibat serangan suku barbar Mongol.

    Tembok telah lama runtuh. Adakah kita juga akan runtuh sepenuhnya? ^_^

    ReplyDelete
  8. Waqqas,

    Display template blog & ruang komen sudah lain ya? ^_^

    Kalau macam tu, boleh jadi Admin blog sampai bila-bila la ya?

    ^_^

    ReplyDelete
  9. BUKAKAN MINDA LUAS2,GUNAKAN MATA HATI.ANDA PASTI MENEMUI JAWAPANNYA...

    ReplyDelete
  10. saya x faham. ada kajian mengatakan Zionis/yahudi eropah itulah yakjuj makjuj. jika ada lg spt yg tuan blog ney kata d sblh timur pula, dorg ney dari mana pula? sama ker dengan yahudi zionis tu? Makin byk sy membaca makin serabut pula sy...

    ReplyDelete
  11. salam Anon 6:14 PM,

    sumber Yahudi & Yunani menyebut suku Scythia itulah Gog Magog/Yakjuj Makjuj. Suku Scythia mendiami padang ragut Eurasia dan sbahagian Asia, kemudian berasimilasi dengan penduduk tempatan di Asia Timur.

    Sebahagian Scythia lagi berhijrah ke Eropah. Jadi, suku Scythia telah tersebar ke Eropah dan juga sebahagian Asia. Lagi, suku Gog Magog itu sebenarnya sudah lama tersebar ke seluruh pelosok muka bumi.

    Sumber-sumber kajian orang Islam pada era keilmuan pula menjelaskan suku Yakjuj Makjuj itu adalah orang suku Tartar, Turk dan barbar. Kalau dikaji dari segi geneologi, suku-suku itu juga ada pertalian dengan Scythia.

    saya tidak kata suku Gog Magog itu hanya terdapat di Asia sahaja. Sila faham betul-betul. Jika dikatakan Zionis itu Yakjuj Makjuj, saya tidak akan membantah. ^_^

    Harap jelas.

    ReplyDelete
  12. salam... saya tela membuat sedikit carian berkenaan yahadut mizrah, penemuannya amat lah mengejutkan... kalau nak dikatakan yang kita orang islam di mAlaysia mungkin hidup dcelah2 mereka, boleh jadi tidak mustahil. apa pun wallahu a'alam bissowab.
    terima kasih atas perkongsian ilmu.
    -ct-

    ReplyDelete
  13. walau apa pun,dlm kita duk pikir dan nk kenal yakjuj makjuj, jngn plak kita terlupa utk pikir dan kenal akan tuhan kita sndiri....itu prkara pling merugikan.....kenallah tuhan kita iaitu Allah bkan setakat tahu dengn ilmu, tp rasakan akan kewujudannya, barulah smpai kpda martabat ainul yakin dan seterusnya, brulah kalimah tauhid brsinar dlm hati kita, tmbahlah kyakinan kita dari satu tahap ke satu tahap....mudah-mudahan yang Hak akan brsama-sama kita, marilah rimau gajah sekalipun, apa kita nk heran, sbab Allahlah penolong kita tiada yg lain....

    ReplyDelete
  14. Pada pandangan saya. yajuj adalah satu bangsa dan makjuj satu bangsa lain. Jadi kedua pendapat mengenai bangsa euro/caucassian dan cina/mongol boleh diterima pakai.

    Tapi kalau 999/1000 adalah yajuj makjuj, mungkin boleh diklasifikasikan dengan perangai/tabiat yajuj majuj (cinta dunia). Jadi pilihannya terletak pada bahu kita jugak samada nak tergolong dlm golongan cinta dunia atau cinta akhirat.

    (tulis senang... nak buatnye susah. Moga Allah kurniakan taufiq dan hidayah-Nya pada sekalian hamba2 Mu)

    ReplyDelete
  15. Salam saudara bromo,

    Saya juga berfikir dalam sudut yang sama. Gog adalah satu suku, dan Magog pula adalah satu suku yang lain. Tetapi kedua-duanya dari keturunan yang sama iaitu Japhite.

    Menurut sumber Yahudi, Magog ialah anak Japhite dan Gog pula ialah cucu Japhite. Sumber-sumber Islam (pengkaji Islam pada zaman keilmuan) pula mengutarakan pendapat yang sama berdasarkan catatan-catatan bangsa Semitik (bangsa Arab dan Yahudi dari keturunan Shem bin Nuh).

    Nama suku mereka diambil berdasarkan nama bapa mereka iaitu Gog dan Magog. Sebahagian suku Scythian (dari pergunungan Caucassia dan padang ragut Eurasia) kemudian berhijrah ke Eropah dan sebahagian lain pula berhijrah ke Asia (Mongol dan tanah besar paling timur).

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.