18 Apr 2012

NOTA: Islam mengangkat Melayu & Melayu pula mengangkat Islam

Bahagian Dua

ISLAM itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi sesuatu bangsa yang menganut Islam itulah yang bertindak mempertahankan agama kepercayaan mereka sebagaimana yang Allah perintahkan. Perkataan mempertahankan itu dari segi pengertiannya melibatkan usaha memartabatkan, meletakkan ia di tempat tinggi, di tempat selamat, di tempat yang dihormati dan melakukan segala usaha untuk memastikan ia terpelihara.

Sejarah bangsa Arab menyaksikan suasana yang sangat sepi selepas wafatnya nabi dari kalangan mereka iaitu Nabi Ismail sebelum datangnya Nabi Muhammad (ucaplah selawat dan salam). Manakala sejarah bangsa Yahudi menyaksikan suasana yang berbeza dengan kedatangan nabi-nabi dari kalangan mereka seperti Isaac (Ishaq), Yakob (Yaakub), Yosep (Yusuf), Mosas (Musa), Aaron (Harun), Dawid (Daud), Soloman (Sulaiman), Ezra (Uzair), Yohanes (Yahya) dan Yeshua (Isa). Sekadar menyebut beberapa nama nabi-nabi suci orang Yahudi mengikut sebutan lidah Yahudi sendiri.

Bangsa buta huruf (Arab) yang tinggal di gurun pasir sememangnya sepi selepas kewafatan Ismail. Bangsa-bangsa yang mempunyai empayar besar seperti Rom tidak berminat untuk menjajah orang Arab, orang Greek juga sama tidak ada minat untuk menguasai orang Arab, bangsa Parsi juga tidak berminat terhadap mereka, begitu juga bangsa Mesir yang tidak mempedulikan mereka. Bangsa Arab hidup dengan kabilah-kabilah mereka tanpa gangguan dari tamadun-tamadun luar.

Berlainan pula dengan bangsa Yahudi iaitu saudara seketurunan Semitik kepada bangsa Arab. Bangsa Yahudi sangat dibenci orang Mesir, orang Rom pula amat waspada dengan orang Yahudi di Jerusalem, orang Greek pun waspada dengan mereka, setiap tamadun yang berurusan atau bertembung dengan mereka pasti akan menyimpan sikap waspada. Sehingga sampai satu peringkat, bangsa Yahudi dibedil oleh tamadun-tamadun besar seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Musa di Mesir dan dalam peristiwa The Great Diaspora di Jerusalem selepas ketiadaan Isa. Sejarah orang Yahudi tidak pernah sepi, dan mereka yang tidak buta huruf itu mencatatkan sendiri ‘kemeriahan’ sejarah mereka.

Orang Arab tidak diganggu oleh tamadun-tamadun luar kerana mereka tidak mempunyai ilmu, mereka jahil, buta huruf dan bodoh. Mereka hidup jahil dan mundur selama beratus tahun. Disebabkan mereka itu jahil dan tidak ada ilmu, maka mereka itu bukanlah satu ancaman kepada tamadun-tamadun lain di sekitar mereka.

Ia kerana orang bodoh tidak akan mampu mengalahkan orang-orang bijak (tamadun-tamadun maju). Malah tiada langsung kepentingan material yang dimiliki orang Arab ketika itu untuk mendorong tamadun-tamadun besar menjajah mereka.

Langkah menjajah mereka hanya akan menambah bebanan kos yang ditanggung tamadun-tamadun besar untuk menjalankan urus tadbir ke atas orang Arab. Menjajah orang Arab adalah satu kerja kolonial yang merugikan. Tambahan pula amat susah untuk mentadbir orang Arab kerana mereka itu degil suka berperang sesama sendiri meskipun disebabkan isu-isu kecil. Tiada satu tamadun pun yang sanggup untuk mentadbir mereka.

Dari sisi lain, bangsa Arab yang tidak diganggu tamadun-tamadun besar itu sebenarnya dilindungi Allah kerana akan muncul seorang manusia agung di kalangan mereka, manusia mulia yang akan mengangkat martabat mereka melalui satu ajaran paling sempurna.

Manusia agung yang memulakan langkah berseorangan untuk mendisiplinkan bangsa degil itu, sedangkan tamadun-tamadun besar tidak mampu berbuat demikian dan tidak pula ambil peduli disebabkan kedegilan orang Arab dengan fahaman kabilah mereka yang melampau.

Orang Yahudi pula, mereka sentiasa menerima ilmu melalui nabi-nabi mereka walaupun pada akhirnya mereka mengkhianati nabi-nabi mereka. Mereka selama beratus tahun mendapat pelbagai ilmu pada ketika orang Arab hidup jahil selama tempoh abad-abad itu. Mereka menjadi bijak kerana mereka berterusan menerima ilmu melalui nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka.

Malah, dalam teks-teks Yahudi turut menyebut kehadiran raja agung, Iskandar (disebut sebagai Alexander dari Macedonia dalam teks Yahudi) pernah menemui pendeta (ulama) mereka yang bernama Shimon Hatzaddik (Shim’an al-Siddiq) untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat, dan untuk mengucapkan taat setia kepada Allah sebelum meneruskan perjalanannya ke timur dunia. Begitulah betapa berminatnya tamadun luar terhadap ketinggian ilmu orang Yahudi.

Kebijaksanaan mereka terhadap ilmu bagaimanapun mengundang rasa curiga di kalangan tamadun-tamadun besar.

Disebabkan pengkhianatan mereka terhadap perjanjian mereka dengan Allah, dan pengkhianatan mereka terhadap nabi-nabi mereka, maka Allah menurunkan pelbagai bala sebagai balasan. Bala itu adalah bayaran kepada kegagalan mereka memartabatkan ajaran nabi-nabi mereka di dalam hati dan tingkat keimanan mereka. Bangsa Yahudi dibedil oleh tamadun-tamadun besar sebagai balasan terhadap keingkaran mereka terhadap perintah mentaati Allah dan perintah nabi-nabi mereka. Bangsa Yahudi dihukum kerana gagal memartabatkan agama Tauhid di dalam jiwa mereka. Malah, mereka sengaja memilih untuk tidak taat kepada perintah Allah.

Akhirnya, bangsa yang tinggal sepi di gurun pasir dihadiahkan oleh Allah melalui kelahiran seorang manusia agung. Kelahiran yang agung itu juga sudah dikhabarkan kepada orang Yahudi melalui nabi-nabi mereka yang terdahulu.

Sebelum kelahiran manusia agung di kalangan orang Arab, Nabi Yeshua (Jesus atau Isa) semasa berada di dunia ketika zamannya itu mengkhabarkan kepada orang Yahudi mengenai kehadiran seorang Penghibur yang tidak mengenal huruf dan akan membawa berita gembira melalui kata-kata Allah yang diletakkan di dalam mulutnya.

Lama sebelum Isa, Nabi Musa yang sangat dihormati orang Yahudi juga mengkhabarkan kepada kaumnya mengenai seorang manusia agung yang sama sepertinya iaitu seorang manusia yang dilahirkan dari kalangan saudara mereka (saudara keturunan Semitik) melalui zuriat seorang ibu dan seorang ayah, dan manusia agung itu akan menjadi penamat kepada para nabi. Musa mengkhabarkan dengan menyebut dari kalangan saudara orang Yahudi, Musa tidak menyebutnya sebagai dari kalangan Yahudi, tetapi menyebutnya dari kalangan saudara kepada orang Yahudi. (rujuk: Bible Old Testament, Kitab Deuteronomy).

Nabi Ibrahim yang sangat dihormati oleh orang Yahudi adalah bapa kepada Ismail dan Isaac. Disebabkan berkongsi bapa, hubungan Ismail dan Isaac sudah tentulah bersaudara. Ismail melahirkan bangsa Arab, dan Isaac melahirkan bangsa Yahudi. Maka, mereka itu bersaudara apabila kembali kepada permulaan Ibrahim. Maka itulah yang dimaksudkan Musa terhadap kelahiran seorang penyelamat yang penghabisan dari kalangan saudara kepada orang Yahudi.

Maksud yang disampaikan Musa sering disalah erti oleh kaum Nasrani apabila terburu-buru merujuk manusia agung itu kepada Jesus. Jesus tidak seperti Musa, ia kerana Jesus dilahirkan tanpa ayah dari kalangan manusia, malah Jesus adalah dari kalangan orang Yahudi, tetapi Musa memaksudkan bahawa manusia agung itu dari kalangan saudara orang Yahudi dan bukan dari kalangan Yahudi. Manusia agung yang dimaksudkan Musa itu adalah seperti dirinya iaitu lahir dari zuriat seorang ibu dan ayah di kalangan manusia, tetapi Musa memaksudkan manusia agung itu sebagai saudara kepada orang Yahudi, bukan dari kalangan orang Yahudi.

Semasa manusia agung itu lahir, bangsa Arab berterusan mundur tanpa ilmu dan diperlekehkan pula oleh bangsa Yahudi yang sama keturunan dengan mereka. Masuk ke tahun ke-40 selepas manusia agung itu lahir, bermulalah perubahan di kalangan bangsa Arab. Selang 13 tahun kemudian dan dekad seterusnya, di Madinah, bangsa Arab yang sunyi sepi selama itu berubah menjadi satu bangsa yang hebat. Muhammad (ucaplah selawat dan salam ke atas baginda dengan penuh kasih sayang dari hati yang jujur), mengajarkan bangsa Arab melalui wahyu Allah yang diletakkan di dalam mulutnya.

Ajaran Muhammad yang Allah iktiraf di dalam al-Quran sebagai agama Islam yang satu-satunya diredhai-Nya digenggam teguh oleh bangsa Arab sehingga mereka berubah daripada bangsa yang dipandang hina oleh tamadun-tamadun di sekitar mereka kepada satu bangsa yang gagah, sehingga mampu merobohkan kemegahan Rom yang kufur.

Pada zaman awal Islam, bangsa Arab memartabatkan Islam dengan penuh rasa bermaruah. Bangsa Arab mempertahankan maruah mereka yang menganut Islam, demi Allah, demi Islam. Allah mengangkat martabat mereka daripada bangsa yang sebelum itu dihina kepada menjadi bangsa yang mula-mula sekali mengangkat Islam agama Tauhid di muka bumi-Nya. Islam itu diangkat di muka bumi oleh bangsa yang menganutnya.
-------

KONTEKS ORANG MELAYU

Sejarah bangsa Melayu tidak seperti orang Arab. Dalam tamadun sebelum bermulanya episod Melaka (sekitar 1410 Masehi) dan sebelum datangnya Islam, orang Melayu hidup gemilang cerdik dengan ilmu dan disebut-sebut pula mengenai kegemilangan mereka di serata dunia sehingga ke Eropah.

Banyak tamadun lain yang berminat untuk berurusan dengan orang Melayu di rantau mereka di sebelah sini. Catatan Mesir purba juga memberi petunjuk mengenai hubungan dagang mereka dengan negarakota-negarakota orang Melayu, teks-teks dari China juga membuktikan bahawa mereka berminat untuk menjalankan urusan dengan orang Melayu, begitu juga India (Kalinga), itu belum lagi disebut lain-lain tamadun yang sezaman dengan Sriwijaya dan era Melaka. Orang Melayu memiliki sejarah yang gemilang dan dihormati pula oleh sahabat-sahabatnya.

Berita mengenai kemakmuran perdagangan di dunia Melayu tersebar ke serata dunia, berita itu sampai melalui pintu-pintu laut (pelabuhan) di seluruh dunia, berita itu akhirnya sampai ke telinga orang Eropah. Sampaikan di Belanda dan beberapa lagi negara orang putih, mereka selitkan sejarah orang Melayu dalam silibus sekolah mereka. Begitulah gemilangnya sejarah orang Melayu sehingga orang Eropah sendiri sekali-sekala mengeji-keji sikap Portugis yang rakus menawan kemakmuran Melaka.

Melayu gemilang sejak sebelum datangnya Islam. Melayu bertambah gemilang dan bertambah tinggi pekerti mereka apabila memeluk dan mencium harumnya agama Islam. Nilai-nilai Islam dipeluk erat dan dikunci kemas di dalam hati. Begitu sayangnya orang Melayu terhadap Islam, begitu megahnya orang Melayu mempertahankan Islam, begitu bermaruahnya Melayu meninggikan Islam.

Tumpah darah setitik tidak mengapa, tumpah darah sebelanga pun tidak mengapa, tumpah nyawa sekalipun tidak mengapa, asalkan Islam tidak calar atau luka, mereka bersedia mati untuk bertemu Tuhan mereka.

Melayu megah mempertahankan agama, mempertahankan saudara-saudara mereka yang sama agama dengan mereka, mempertahankan bangsa mereka demi kelangsungan agama mereka di tanah mereka sendiri, mahu Islam kekal seadanya.

Itu kisah klasik yang tercatat dalam lembaran sejarah lama.

Sejarah orang Melayu tidak bermula dengan Melaka. Tetapi kegemilangan orang Melayu mengangkat Islam sebagai agama amat bersinar di Melaka. Di sini, kita tidak pula mahu bercerita panjang mengenai Islam di Melaka. Ia sekadar memberi kefahaman mengenai tanggungjawab bangsa yang menganut Islam dalam mempertahankan agama mereka, selepas mereka menjadi lebih gemilang kerana patuh kepada ajaran agama mereka.

Orang Melayu memeluk, mengangkat, menjulang tinggi dan memartabatkan Islam di rantau ini. Sebaik sahaja Islam diangkat sebagai agama yang dianuti oleh semua orang Melayu (pada awal era Islam di tanah orang Melayu), cara hidup orang Melayu berubah perlahan-lahan mengikut ajaran Islam.
Andai orang Melayu tidak memeluk Islam selepas raja-raja mereka memeluk Islam, maka tidak mungkin Islam akan menjadi agama di kalangan orang Melayu.

Jika orang Melayu tidak memilih Islam, maka Islam juga tidak bertapak di negeri orang Melayu, dan maka tiadalah Islam di tempat orang Melayu.

Tetapi Allah Yang Maha Penyayang memilih orang Melayu kerana Dia Maha Mengetahui setiap apa yang tidak diketahui oleh orang Melayu.

Allah Maha Mengetahui memilih orang Arab yang serba tidak mengetahui untuk dibangkitkan seorang nabi paling agung di kalangan mereka kerana Allah mengetahui setiap apa yang orang Arab tidak ketahui.

Daripada menganut agama Hindu sejak beratus tahun, orang Melayu beralih meninggalkan agama itu dan kemudian memeluk Islam tanpa berpaling tadah lagi. Tidak hanya itu, orang Melayu sangat setia meletakkan Islam di tempat paling tinggi.

Melayu, Islam itu agama mereka. Maruah orang Melayu, mereka letakkan sebaris dengan maruah kesucian agama Islam. Andai tercemar maruah Islam di negeri orang Melayu, maka tercemarlah juga maruah orang Melayu. Begitu sebati hati nurani orang Melayu terhadap Islam.

Orang Melayu berjuang demi agama mereka dan tidak berpaling tadah, mereka berjuang gagah bersama maruah mereka yang sebati dengan Islam. Islam itu maruah mereka. Andai Islam dicerca di negeri (tanah air) mereka, maka menyiraplah darah orang Melayu bermandikan amarah. Islam itu maruah mereka, agama yang disayangi oleh orang Melayu. Kalau agama mereka diusik, hati mereka juga akan turut sama terusik.

Kalau orang Melayu tidak memartabatkan maruah mereka, maka umat mana lagi yang mahu menolong mereka untuk berbuat demikian?

Mengapa Islam begitu dipertahankan oleh orang Melayu? Ia kerana Islam telah mengangkat martabat orang Melayu sehingga menjadi satu bangsa yang lebih berbudi pekerti. Namun, budi pekerti orang Melayu jadi semakin nipis senipis kulit bawang sejak mula lalai dalam menjalankan tanggungjawab terhadap agama.

Mengapa Islam begitu dipertahankan oleh orang Arab? Ia kerana Islam telah mengangkat martabat orang Arab daripada bersikap garang berbudaya jahil tidak tahu apa-apa kepada menjadi satu bangsa yang berilmu, berbudi pekerti mulia sebagaimana ditunjukkan oleh para sahabat Nabi Muhammad. Namun, orang Arab juga dilanda masalah dan masih ada sisa fahaman kabilah yang muncul kembali sejak mereka mula lalai.

Martabat apa yang diangkat oleh Islam untuk orang Melayu? Ia martabat yang membezakan. Apakah yang membezakan? Nikmat yang membezakan. Nikmat apakah itu? Nikmat iman yang membezakan antara manusia yang mendapat petunjuk Allah dengan manusia yang tidak mendapat petunjuk Allah. Nikmat iman.

Apabila orang Melayu teguh iman, mereka akan duduk rapat memahami isi kandungan al-Quran dan mentaati setiap perintah Allah supaya nikmat itu tidak ditarik semula. Mereka pula akan mempelajari sekian banyak ilmu yang diturunkan Allah di dalam al-Quran. Orang Yahudi jadi bijak kerana mereka mengkaji ilmu yang terdapat dalam wahyu-wahyu terdahulu, malah mereka juga mengkaji al-Quran yang sememangnya mereka tahu al-Quran itu adalah wahyu terakhir yang sangat banyak ilmu dari Allah.

Martabat orang Melayu akan terus diangkat oleh Allah sekiranya mereka taat kepada perintah Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran.

Malangnya, orang Melayu tidak mempertahankan maruah mereka, mereka generasi Melayu moden hari ini sudah tidak mempertahankan Islam. Malah, mereka memisahkan Islam daripada maruah orang Melayu. Dan mereka kata, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, lalu menyisihkan perjuangan bangsa yang sejak dahulu mempertahankan Islam.

Memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa yang menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan agama-Nya.

Galak pula yang berkata: “ada apa pada Melayu? Allah tidak memandang bangsa, tetapi Allah memandang sikap taqwa.”

Memang benar Allah hanya memandang sikap taqwa kerana Allah terang-terang menyebutnya dalam al-Quran, tapi bukankah Allah juga menyebut bahawa Dia menciptakan manusia berbilang bangsa. Maka, sesuatu bangsa yang menganut agama Allah wajib mempertahankan agama-Nya. Ingatlah juga kepada ayat Allah yang mana Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri. Untuk mengubah nasib, maruah bangsa itu juga harus dipertingkat dan dipertahankan.

Orang Melayu begitu banyak berhutang terhadap Islam. Islam telah mengangkat maruah dan martabat orang Melayu ke tahap yang lebih tinggi, itulah hutangnya, dan hutang itu semakin tidak mampu dibayar oleh orang Melayu moden hari ini kerana tidak lagi menempatkan maruah mereka bersama Islam.

Islam mengajar kita menjaga maruah dengan melarang (mengharamkan) perbuatan zina, mendedahkan aurat, minum arak sehingga terpelanting akal dan banyak lagi perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri. Kalau larangan-larangan itu tidak dipatuhi, hilanglah maruah diri. Keturunan akan tercemar apabila lahir anak akibat zina, maruah diri akan tercemar apabila susuk tubuh menjadi tontonan umum akibat tidak menutup aurat dengan sempurna, berjalan terhuyung-hayang seperti anjing gila sehingga jatuh martabat sebagai manusia berakal akibat minum arak. Bermaruahkan seperti itu?

Selepas itu, muncul suara-suara yang memerli sikap orang Melayu yang tidak menjaga maruah mereka, suara-suara itu berbunyi: “Itulah orang Melayu, mudah lupa diri. Itulah orang Melayu, memalukan. Itulah orang Melayu, segala-galanya lemah.” Akibatnya, muncullah orang-orang Melayu yang malu kepada bangsanya sendiri, mereka hanya tahu merungut. Muncullah suara-suara itu yang malu kepada bangsa sendiri kerana orang Melayu terlalu lemah sehingga perlu dilindungi melalui Perlembagaan Negara. Adakah hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara itu merupakan satu perkara yang memalukan?

Perlu ingat satu perkara, Allah tidak memandang bangsa tetapi Allah memandang sikap taqwa. Jika ada orang yang membuat perkara terkutuk dan melampaui batas, tidak perlulah diherdik bangsa mereka dan mengisytiharkan diri itu malu dengan bangsa sendiri. Tegurlah sikap mereka, tetapi bukan merendah-rendahkan bangsa mereka kerana setiap bangsa memang selalu ada orang baik dan orang yang tidak (belum) baik.

Bukankah Perlembagaan Negara itu menjamin kedudukan Islam yang dianuti oleh orang Melayu di negara ini? Adakah perlu malu disebabkan Islam, agama yang dipeluk orang Melayu diletakkan begitu tinggi dalam perlembagaan? Adakah perlu malu apabila majoriti orang Islam (Melayu) di negara ini dijamin hak mereka di dalam negara ini?

Dipusing lagi, kata mereka (orang-orang Melayu sendiri), perlembagaan itu dikarang oleh penjajah. Oleh itu, mereka malu. Jika malu dengan perlembagaan yang dikarang penjajah, cuba cabar untuk pinda hak Islam dan Melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan, cabar dan ubah keseluruhannya dengan tangan sendiri, ubah semua sekali dengan memisahkan hak Melayu daripada Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan kerana teguh tanpa berfikir panjang merasakan Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, dan bangsa Melayu tidak perlu lagi diletakkan sebaris dengan Islam.

Maka bertepuk tangan gemuruhlah orang kafir di negara ini kerana orang Melayu beragama Islam sendiri mempertikaikan jaminan terhadap orang Melayu seperti yang dikarang dalam perlembagaan hanya kerana perlembagaan itu dikarang oleh penjajah. Maka letaklah hak orang Melayu beragama Islam itu sebaris dengan bangsa lain yang bukan Islam hanya kerana mendukung liberalism dan hak sama rata.

Mereka kata Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula orang Islam (Melayu) di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Cukup tinggikah Islam kalau orang Islam yang majoritinya Melayu diletakkan sama baris dengan orang bukan Islam? Seseorang Amirul Mukminin akan selalu meletakkan umat Islam di tempat paling tinggi dan bermaruah berbanding umat-umat yang bukan Islam, pada masa yang sama tidak berbuat aniaya kepada orang bukan Islam. Diulang sekali lagi, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula orang Islam (Melayu) di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Islam itu agama, bangsa manusia itu adalah penganutnya. Bangsa yang menganut itu pula dipanggil Muslim atau umat Islam. Ulang lagi, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula umat Islam di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam? Bagaimana mahu meletakkan Islam di tempat tinggi kalau umatnya hanya diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam?

Memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa yang menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan agama-Nya. Bangsa yang menganut Islam itulah yang akan meletakkan sesama umat di kedudukan lebih tinggi supaya terbela agama mereka.

Kita tidak menyokong penjajah dalam isu perlembagaan kerana penjajah membuat air mata kita mengalir. Tetapi, hak orang Islam dan hak orang Melayu (termasuk institusi raja-raja) dijamin tinggi dalam perlembagaan.

Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang diajarkan Islam. Lemah sehingga terlalu bergantung harap kepada bantuan. Pendudukan British di Tanah Melayu juga menyumbang kepada lahirnya sikap yang suka bergantung harap terhadap British di kalangan orang Melayu.
Semasa zaman British di Malaya, orang Melayu yang hidup miskin terlalu bergantung harap kepada British.

Malah ada orang Melayu sendiri ketika itu berfikir bahawa mereka tidak boleh hidup tanpa British. Tidak perlu berbicara panjang mengenai perkara ini, ia satu episod sejarah sangat memilukan yang pernah melanda orang Melayu. Air mata senang-senang boleh menitis apabila mengenangkan kisah sedih itu.

Mereka berkata lagi, orang Islam di negara ini tidak semestinya orang Melayu sahaja, ada juga bangsa lain yang beragama Islam. Memang benar, kita tidak bantah kenyataan itu. Tetapi ingatlah bahawa Allah tidak memandang bangsa, Allah memandang sikap taqwa, kita setuju lagi dengan kenyataan bahawa Allah memandang ketaqwaan manusia. Cuba pandang satu sudut, Islam diletakkan tinggi dalam negara ini walaupun tidak semua mengamalkan Islam dalam ketekunan yang tinggi. Walau apa pun bangsa mereka asalkan mereka orang Islam, hak mereka itu lebih tinggi daripada orang bukan Islam.

Jadi, mengapa mahu meletakkan hak orang Islam itu sama tingginya dengan hak orang bukan Islam atas nama tuntutan hak sama rata dan liberalism?

Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang diajarkan Islam. Maruah mereka (sebilangan besar, bukan semua) sudah tidak lagi bersama Islam. Mereka kata mereka membela Islam, tetapi mereka mahu meletakkan umat Islam duduk sebaris sama tinggi dengan orang bukan Islam. Mereka mahu meletakkan maruah Islam sama baris dengan maruah hak sama rata.
Bukanlah ia bermaksud umat Islam harus menafikan hak orang bukan Islam. Umat Islam juga harus sedar bahawa Allah memerintahkan kita berlaku adil dalam menjalankan keadilan dengan tidak menganiaya kaum lain. Berlaku adil dalam konteks Islam adalah tidak sama pengertiannya dengan liberalism hak sama rata.
Bangsa Melayu perlu bersemangat memperjuangkan bangsa mereka yang menganut Islam. Tidak boleh membenci bangsa lain.

Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan sikap yang terpuji kepada kita semua. Abdullah bin Salam, seorang Yahudi yang dahulunya pendeta terkemuka di kalangan orang Yahudi di Mekah, dia ada ilmu mengenai kitab Taurat dan selalu peka dengan maksud kata-kata Nabi Musa mengenai kehadiran manusia agung dari kalangan saudara orang Yahudi, dia berhidup di tanah orang Arab kerana dia tahu orang Arab itu adalah saudara terdekat orang Yahudi, selepas dia mengetahui peristiwa wahyu pertama yang mana kata-kata Allah dimasukkan ke dalam mulut Muhammad, dia terus memerhatikan tanda-tanda kenabian Muhammad seperti yang diberitakan oleh Musa, dia kemudian menemui baginda rasulullah dan memeluk Islam, dia juga salah seorang sahabat Nabi Muhammad, sahabat setia, nabi pula memberi layanan yang baik kepada Abdullah bin Salam walaupun dia seorang Yahudi.

Islam mengajar kita supaya memandang sikap taqwa, bukan memandang bangsa. Itu betul, sangat betul kerana nabi menunjukkan teladan melalui layanan baik baginda terhadap Abdullah bin Salam.

Allah menegur orang Yahudi di dalam al-Quran, tetapi di dalam al-Quran juga Allah menyebut bahawa Dia tidak memandang bangsa dan Dia memandang sikap taqwa. Jadi, teguran itu adalah terhadap sikap orang Yahudi yang degil tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa Muhammad, Allah menegur sikap mereka yang tidak mahu bertaqwa, Allah melaknat orang Yahudi yang tidak mahu bertaqwa, tetapi adakah Allah melaknat Yahudi yang memeluk Islam seperti Abdullah bin Salam?

Seruan dan risalah Nabi Muhammad adalah untuk semua bangsa manusia termasuklah Yahudi. Kalau orang Yahudi berbondong-bondong memeluk agama Allah dan mengakui kerasulan Muhammad, adakah mereka tetap akan dilaknat? Jadi fahamlah bahawa, Allah melaknat orang Yahudi yang degil dan tidak mahu mengakui kerasulan Muhammad, manakala orang Yahudi yang memeluk Islam akan terselamat daripada kemurkaan Allah. Wallahualam. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Daripada keterangan itu, sudah jelas bahawa Allah memandang ketaqwaan. Umat Islam wajib percaya dengan kenyataan itu kerana Allah menyebutnya dalam al-Quran. Allah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa, itu juga kenyataan yang kita wajib akur. Setiap manusia itu ada identiti bangsanya, ini juga kenyataan yang kita wajib akur kerana Allah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa. Manakala manusia yang mempunyai identiti bangsanya itulah yang menganut agama Allah.

Jika bangsa itu berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah, seperti yang dibuat oleh orang Melayu yang berbondong-bondong memeluk Islam, maka bangsa Melayu menggalas tanggungjawab untuk meletakkan umat Islam di negara ini (iaitu diri mereka sendiri) di tempat yang sewajarnya dengan cara memartabatkan ketinggian agama Allah.

Untuk memartabatkan ketinggian agama Allah, umat Islam wajar memartabatkan maruah diri mereka terlebih dahulu supaya berada di baris yang sepatutnya, apabila maruah diri diletakkan di tempat sewajarnya, baharulah mereka akan lebih bermaruah untuk membela maruah agama mereka.

Seseorang yang mahu mempertahankan maruah orang lain harus mempertahankan maruah dirinya terlebih dahulu. Ia kerana apabila orang yang tidak ada maruah mahu mempertahankan orang yang tinggi maruah.., dikhuatiri orang yang tinggi maruah itu akan dituduh sebagai turut sama tidak bermaruah kerana dilindungi oleh orang yang sedia diketahui sebagai orang yang tidak bermaruah.

Hak sama rata bagi semua kaum dituntut melalui jalan politik. Sebilangan politikus di kalangan orang Melayu juga beria-ia mahu menuntut hak sama rata bagi semua kaum.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Islam itu pula dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Itu realiti, bukan satu kenyataan yang sengaja dibelit-belit kerana setiap manusia yang lahir itu ada identiti bangsanya melainkan seseorang manusia itu lahir di satu kawasan yang tiada manusia lain yang membantu membentuk identitinya sehingga dia tidak mengetahui asal usul keturunanya.

Jika tiada langsung manusia lain pun di sekitar tempat manusia itu lahir, bayi yang dilahirkan itu masih ada ibunya dan ibu itulah yang memberitakan mengenai bangsanya dan asal usulnya. Namun jika ibunya itu mati sebaik sahaja melahirkan bayi itu, maka bayi itu jika panjang umur tanpa susu ibunya dan dapat pula terus hidup dan membesar menjadi dewasa, baharulah dia menjadi manusia yang tidak mengenal asal usul dan juga keturunannya. Hakikatnya, bayi itu mempunyai titisan darah bangsa yang mengalir dalam tubuhnya meskipun dia tidak mengetahui asal usulnya kerana sememangnya manusia itu dilahirkan berbangsa-bangsa.

Seseorang manusia yang dilahirkan dalam sesebuah bangsa yang menganut Islam itu pula disebut sebagai umat Islam. Kita tidak membuat kenyataan yang berbelit-belit, sebaliknya kita menjelaskan perkara ini kerana ia cukup jelas sebagaimana Allah menerangkan bahawa Dia menciptakan manusia itu berbilang bangsa.

Islam itu dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Bangsa yang menganutnya pula kita sudah jelaskan bahawa bangsa itu disebut sebagai umat Islam. Maka apabila dikatakan Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, maka umat Islam dari kalangan bangsa yang menganutnya akan turut tinggi sama.

Masalah dalam fahaman politik yang memperjuangkan hak sama rata tanpa memahami pengertian hakikat bahawa manusia dilahirkan berbangsa-bangsa adalah sesuatu yang mengelirukan. Keliru itu timbul apabila gagal memahami pengertian bahawa sesuatu bangsa yang menganut Islam itu juga dipanggil sebagai umat Islam. Apabila Islam diletakkan tinggi, maka umatnya pun diletakkan tinggi juga. Jadi apakah bangsa majoriti yang menjadi umat Islam di Malaysia?

Dan, wajarkah umat Islam diletakkan sama baris dengan orang bukan Islam,sedangkan Allah memerintahkan supaya umat Islam membela sesama umat? Ini bukan kenyataan racist, sila ambil faham lagi, sebagai umat Islam yang taat, kita juga dituntut supaya memberi keadilan kepada kaum lain, sudah jelas perintah Allah, kan? Jadi, sebagai pemimpin yang beragama Islam, wajibkah pemimpin itu meninggikan umat yang sama agama dengannya? Apabila wajib dan perlu, maka kenapa pula umat Islam perlu diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam?

Bukankah Islam itu lebih tinggi daripada bangsa? Tingginya Islam itu kerana adanya suatu bangsa manusia itu atau bangsa-bangsa manusia yang menganutnya. Tingginya martabat bangsa itu kerana mereka menganut agama Allah, martabat mereka ditinggikan oleh Allah. Mengapa pula ada manusia yang mahu merendahkan martabat bangsanya apabila Allah meninggikan martabat mereka kerana menganut agama-Nya? Maka jika kamu dari kalangan anak bangsa itu, tinggikanlah atau martabatkanlah bangsa kamu yang menganut agama Allah.

Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, umat Islam pula dari kalangan bangsa manusia, meninggikan Islam itu tidak akan membawa apa-apa makna andai umatnya dari kalangan bangsa itu tidak turut tinggi sama.

Janganlah perjuangan bangsa yang menganut Islam diketepikan hanya kerana mengejar tuntutan slogan hak sama rata dan liberalism yang tidak betul-betul dimengertikan matlamatnya dengan sebaik-baiknya.

Kalau masih berkeras mahu meletakkan orang bukan Islam di negara ini duduk sebaris dengan umat Islam, maka berusahalah dengan keras supaya orang bukan Islam itu berbondong-bondong masuk Islam, apabila mereka beramai-ramai memeluk Islam maka dengan sendirinya akan sama tinggilah semua bangsa di bawah naungan Islam. Itulah cara yang betul.

Hak sama rata tidak betul, liberalism juga tidak betul.

Berdakwahlah.
------

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran, al-Maedah: 8)


[artikel dari arkib Umat Terakhir yang belum pernah disiarkan]

La-ila-ha-illa-anta, sub-ha-na-ka-inni-kuntu-minaz-zholimin
-SHAHi-

22 comments:

  1. i smell MO style...hehe..

    ReplyDelete
  2. i giv u vote bro..
    100 thousnd respect 4 u..
    salawat n salam 2 our beloved rasullullah.

    ReplyDelete
  3. menarik!! trima kasih SHAHi..

    ReplyDelete
  4. mintak kebenaran nak share kat facebook

    ReplyDelete
  5. cara penulisan yang hebat.

    ReplyDelete
  6. bahasa yg cukup tinggi, penuh jujur ikhlas

    hentikan petualang yg mahu melemahkan maruah bangsa

    Allahuakbar

    ReplyDelete
  7. entah apa yang sudah merasuki bangsa ini sehingga ramai yang lupa perjuangan sendiri.
    -ct-

    ReplyDelete
  8. Salam SHAHi, warga UT & semua pembaca..


    To enrike, we have the same sense of smell. Hehehe...

    Satu penulisan yang amat santun & menyentuh qalbu.

    Juga mampu membangkitkan 'rasa' di dalam Malayu itu sendiri.

    Mudah-mudahan setiap masa yang berlalu, setiap nafas yang naik-turun itu, warga Malayu dapat bersatu kembali seperti sebelumnya.


    Ketahuilah wahai saudara-saudaraku,

    Asal-Muasal kita 1,
    Bangsa kita 1,
    Huruf kita 1,
    Baris kita 1,
    Bunyi kita 1,
    Bahasa kita 1,
    Rasa kita 1,
    Kalimah kita 1,
    Qiblat kita 1,
    Tuhan kita 1,
    Aliff kita 1,
    Titik kita 1...

    Janganlah kalian berpecah-belah, mengangkat tinggi martabat fahaman yang bernama POLITIK, yang lahir dari bangsa luar.

    Kita telah ada cara pentadbiran Malayu sendiri, iaitu Malayu BeRaja.

    Wajib kita warga Malayu pertahankan cara pentadbiran ini kerana ianya "amanah" dari Yang Maha Esa.


    ASAL Malayu itu "diturunkan" ke bumi, dan bukan dilahirkan.


    Oleh yang demikian, jagalah "amanah" tersebut baik-baik.

    "Amanah" yang tiada putus dicincang.

    Jika kita gagal dalam menjaga "amanah" tersebut, bukanlah Malayu lagi kita jadinya.

    Asalnya Dia, Usulnya Kita,
    Dari Tiyada Manjadi Ada,
    Salagi Hayat Dikandung Buniya,
    Tiyada Malayu Hilang Di Duniya.

    AllaHuAkhbaR

    Yang Amat Merindui...

    ReplyDelete
  9. thanks shahi...

    harap artikel ini membuka minda orang melayu..

    ReplyDelete
  10. salam semua

    enrike & AbdElHmyd,

    Pihak Umat Terakhir tiada kaitan dengan pengendali blog-blog lain, kita hanya ada Abatasa2 sebagai rakan sekutu rasmi. Harap maklum.

    Para pembaca lain, terima kasih kerana sudi memahami maksud asal artikel ini.

    Kalau tidak kita yang mempertahankan diri dan maruah kita sendiri, siapa lagi yang kita mahu harapkan.. kan?

    : )

    _WAQQAS

    ReplyDelete
  11. pernah diberitakan oleh seorang rakan yg pernah join BTN bila diajukan soalan antara agama, bangsa dan negara, mana dulu yg anda pilih? ramai yg memilih agama, bangsa dan negara. kemudian diberitakan fasilitator BTN tersebut menyatakan bahawa datangnya negara dulu, barulah bangsa, kemudian agama... kalau tak silap aku. aku tak sempat meminta penjelasan lanjut daripada rakanku kerana dia suruh ku fikir sendiri... aku pun agak konfius dgn penerangannya... mohon pencerahan sekiranya sesiapa yg tahu?

    btw done follow - noob

    ReplyDelete
  12. Pernah dgr jugak perkara yg sama dgn Prince of Noob. Penjelasannya lebih kurang mcm ni, kalau tiada negara mcmmana nak ada bangsa, kalau dah ada bangsa baru boleh martabatkan agama. Pakcik2 askar yg bgtau masa join wataniah.

    .cik bunga.

    ReplyDelete
  13. sebelum negara haram israel moden ditubuhkan (1948), bangsa yahudi dah lama wujud. orang yahudi takde negara pun. mcm mana pulak tu.

    ReplyDelete
  14. salam.. sy berharap semua umat islam bersatu khususnya melayu.. bersedia dgn pilhanraya akan datang dan selepas pilihanraya nnt...harap2 tidak bermusuh sesama sendiri..
    di harap semua dalam keadaan siap sedia... wallahualam..

    ReplyDelete
  15. Bermulalah dengan solat berjemaah

    ReplyDelete
  16. Semoga Allah s.w.t membri hidayahnya kepada rakyat malaysia..semoga Islam bangkit di tanah melayu..semoga aku sempat melihat dan berjuang untuk kebangkitan Islam..insyaAllah..

    ReplyDelete
  17. Jom kita orang Melayu bersepakat supaya Islam di Malaysia ini dapat ditinggikan dan didaulatkan. Bila Islam menjadi kuat, maka musuh2 Islam tidak akan berani lagi mempermainkan dan menjatuhkan Islam di Malaysia ni. Cadangan supaya semasa pilihanraya nanti, supaya memilih calon beragama Islam yang mempunyai akhlak terbaik terutama dari parti Melayu atau mereka yg bebas tidak termasuk PKR...Supaya suara Islam akan terus mejoriti di DUN dan PARLIMEN.

    ReplyDelete
  18. As Salam.
    Artikel yg menarik , mampu membuatkn s'seorg berfikir sejenk tentg kebesaran Allah dan insaf, hamba memohon share n copy ya? :D

    ReplyDelete
  19. Masalahnya Pengkhianat Bangsa menyangjung Yahudi lebih daripada Bangsa Sendiri. Kerana mereka taksub dgn pendapat Idolnya yg Sonsang & mengangap Bangsa Melayu tidak ada apa yg hendak dibanggakan. Pengikut Pengkhianat Bangsa turut menafikan Bangsa Arab org yg Berjaya bg saya mereka cetek Ilmu ttg kejayaan Rantau Bangsa Arab yg Monopoli kekayaan minyak kerana bg mereka Bangsa Yahudi lebih berjaya. KEBODOHAN PENGKHIANAT BANGSA telah berjaya diekplotasi oleh IDOL SONGSANGNYE YG TERDIRI DARIPADA PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA MALAH NEGARA.

    ReplyDelete
  20. apa susah? Cantas je kepala pengkhianat bangsa kerana mereka juga boleh dianggap terang-terangan mengkhianati agama. Islam atau tidak, tiada maaf bagi pengkhianat agama dan bangsa.

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.