23 Nov 2012

Artikel terakhir


BARU-BARU ini, sebilangan daripada anda dikejutkan dengan kenyataan curang daripada seorang pemimpin wanita daripada sebuah parti politik di negara kita, kenyataan mengenai kebebasan memilih agama yang dikatakan wajar terbuka kepada orang Melayu juga.

Dalam sebuah forum yang dianjurkan golongan Nasrani, pemimpin wanita itu ditanya:

“Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali?”

Pemimpin wanita itu kemudian dengan yakin dan penuh bersemangat menawarkan jawapan:

“..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

"Ia mesti diaplikasi secara sama rata (termasuk Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama?). Inilah asas.”

Selepas kenyataan itu sampai ke pengetahuan umum, maka ayat suci al-Quran dari surah al-Baqarah dari ayat 256 pula terus dijadikan sebagai senjata untuk mempertahankan diri daripada kecaman yang datang dari semua sudut.

“Tidak ada paksaan dalam agama (ad-deen, Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dan kesesatan. Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh, yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” - (Quran, al-Baqarah: 256)

Bagi saya, ia satu kenyataan yang tiada pertimbangan daripada seorang yang bergelar pemimpin (merujuk kepada jawapan yang diberikan sebagai menjawab soalan peserta forum berkenaan). Ingin tahu kenapa? Ia kenyataan yang sangat menggembirakan bagi golongan penganjur forum tersebut (Nasrani). Kerana apa? Kerana agama Nasrani juga tidak membenarkan umatnya menukar agama, Islam juga tidak membenarkan umatnya menukar agama. Tidak percaya? Lihat ayat yang dipetik dari Bible-Kitab Deuteronomy.

13:6 Apabila saudaramu atau anak-anakmu yang lelaki atau perempuan, atau isterimu yang kamu kasihi atau kawan karibmu dengan diam-diam mengajakmu untuk menyembah tuhan lain (menukar agama)….

13:8 Usah mengikut pujukan dia dan jangan biarkan dirimu dipujuk olehnya. Jangan juga kamu mengasihani atau melindungi orang itu.

13:9 Dia harus dilempar dengan batu sampai mati. Engkau yang harus mula melempar batu terhadap dia, diikuti oleh seluruh rakyat. Orang yang bersalah (keluar agama) itu harus dibunuh, sebab dia mahu menjauhkan kamu dari Tuhan...

13:11 Maka seluruh bangsa Israel akan mendengar tentang pembunuhan itu dan menjadi takut, sehingga tidak seorang pun berbuat sejahat itu (keluar agama) lagi. - (Bible, Deuteronomy 13: 6-11)

Jadi, kenyataan itu memang sangat menggembirakan umat Nasrani kerana mereka seperti sudah dapat ‘keizinan besar’ untuk membawa orang Melayu masuk ke dalam agama mereka, keizinan itu pula seperti sedang dalam keadaan embargo yang hanya menunggu masa untuk dijalankan secara lebih berkesan, itu pun kalau pemimpin wanita itu bersama parti politiknya dapat mandat memerintah negara daripada rakyat nanti. Nasrani tahu Islam tidak membenarkan umatnya menukar akidah atau berdepan dengan hukuman mati.

Mereka juga tahu, hukuman mati juga memang ada dalam agama mereka sebagai menghukum penganut-penganut agama mereka yang menukar ke agama lain. Agama mereka juga tidak membenarkan menukar agama, tetapi mereka gembira dan sebab itulah mereka beri tepukan gemuruh apabila ada pemimpin politik yang agak lembap dalam membuat pertimbangan itu memberikan jawapan sedemikian, dan pemimpin itu pula ialah orang Islam sendiri. Satu bonus besar kepada Nasrani. Pemimpin wanita itu pula mesti berbangga pada masa itu atas sebab jawapannya itu mendapat tepukan gemuruh dari seluruh isi tempat forum, tetapi tidak tahu di luar sana akan ada bunyi guruh di langit.

Di baris tempat duduk pemimpin wanita itu pula ada seorang pemimpin lelaki dari parti berimej Islam yang tidak memakai ‘hiasan kepala’ pada waktu itu. Hanya duduk diam tanpa ada ketegasan untuk memperbetulkan apa yang tidak betul dalam kenyataan itu. Mungkin ketakutan dan menahan diri daripada hampir terkencing di dalam seluar selepas mendengar tepukan gemuruh dari kebanyakan peserta forum yang kebanyakannya Nasrani. Dia pun mungkin tidak tahu yang ada bunyi guruh di langit yang mana bunyinya jauh lebih menggerunkan daripada tepukan gemuruh itu.

Sebuah parti politik lain (berimej Islam) yang sebelum ini pula dan masih kerap menafikan bahawa ada gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini. Itu pun lembap juga, sebab tidak pernah cuba melihat dunia ‘missionaries’ dengan cerdik.

Lihatlah keadaan ini. Mubaligh Nasrani sanggup berlayar ke Papua New Guinea pada tahun 2001 walaupun mereka tahu di Papua sana (wilayah Bimi) ada manusia cannibal yang makan daging manusia. Tetapi mereka berani dan sanggup bergadai nyawa untuk mengembangkan agama mereka sampai ke sana. Kesannya, hari ini terdapat lebih 1,000 penganut Nasrani di Papua dan lain-lain lagi masih mengamalkan agama nenek moyang mereka.

Kalau sampai ke Papua pun mereka sanggup pergi untuk menyebarkan agama mereka, ini kan pula di Malaysia yang penduduknya  kebanyakan Melayu yang makan nasi dan tidak makan daging manusia. Common sense.. kalau itulah semangat menyebarkan agama di kalangan mubaligh Nasrani yang kita lihat sampai sanggup tanggung risiko dimakan orang cannibal di Papua, apatah lagi semangat mereka untuk menyebarkan agama mereka di Malaysia ini. Pasti semangat mereka lebih berkobar-kobar mahu mengajak orang Melayu masuk ke agama mereka.

Berhubung kenyataan pemimpin wanita yang mengeluarkan kenyataan curang itu, saya memang tidak berasa terkejut. Sama juga dengan kenyataan dari seorang lagi pemimpin politik (lelaki) yang mengeluarkan kenyataan menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan negara haram Israel, pun saya tidak terkejut.

Tidak terkejut kerana cara mereka sudah lama saya perhatikan, ke lubang mana mereka cenderung walau ke lubang biawak sekali pun dan apa yang akan mereka lakukan selepas ini, semua sedang dalam jangkaan saya. Kerana apa? Kerana saya STALKER. I’m stalking you. I’m stalking every each of you. You do know me a little, but I do know you a lot.

Kalau pemimpin wanita itu berkata demikian: “..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara sama rata (termasuk Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama). Inilah asas.”

Maka saya minta dia fahami semula ayat ini:

13:6 Apabila saudaramu atau anak-anakmu yang lelaki atau perempuan, atau isterimu yang kamu kasihi atau kawan karibmu dengan diam-diam mengajakmu untuk menyembah tuhan lain (menukar agama)….

13:8 Usah mengikut pujukan dia dan jangan biarkan dirimu dipujuk olehnya. Jangan juga kamu mengasihani atau melindungi orang itu.

13:9 Dia harus dilempar dengan batu sampai mati. Engkau yang harus mula melempar batu terhadap dia, diikuti oleh seluruh rakyat. Orang yang bersalah (keluar agama) itu harus dibunuh, sebab dia mahu menjauhkan kamu dari Tuhan...

13:11 Maka seluruh bangsa Israel akan mendengar tentang pembunuhan itu dan menjadi takut, sehingga tidak seorang pun berbuat sejahat itu (keluar agama) lagi. - (Bible, Deuteronomy 13: 6-11)

Pemimpin wanita itu dan juga orang-orang yang mengatakan kenyataan curangnya itu sebagai tidak salah juga wajar faham ayat ini:

“Katakanlah: “Hai orang-orang kafir! . “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.  “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.  “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.  “Bagi kamu agama mu, dan bagiku agama ku”.(Quran, al-Kafirun)

Dan jangan pula lupa dengan ayat ini:

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)

Saya tidak mahu tulis lebih panjang sebagaimana kritisnya dan bernasnya kata-kata keras lagi tajam daripada DRIFTER dalam menempelak kenyataan seorang pemimpin politik yang menyokong keselamatan Israel seperti dalam artikel sebelum ini.

Cuma, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, sila congak guna akal dengan cara yang lebih pantas daripada komputer dengan membuat pertimbangan terhadap segala perkara terlebih dahulu. Akal kita boleh berfikir lebih pantas dan lebih cekap daripada komputer (nanti kita cerita perkara ini dalam artikel lain pula). Akal perlu dibiasakan cerdas, jangan lembap-lembap.

Saya tidak mahu kata apa-apa kepada pemimpin wanita itu. Cukuplah kalau saya kata dia agak lembap dalam membuat pertimbangan dengan menggunakan kecerdasan akal secara sewajarnya sebelum mula berkata-kata.

Pengikut-pengikut politik di luar sana, anda sedang diperlembukan. Anda sedang diperbodohkan dengan kata-kata. Anda sedang disibukkan dengan perjuangan yang anda sendiri tidak faham dengan baik. Anda adalah Goyyim.


Artikel terakhir untuk tahun ini. : )





-STALKER-
I’m stalking you


.

20 comments:

  1. Ohh...
    What a poor lady...Shame on you.
    Sounds like a pretty green shit!
    What da #%*@!!!!!

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum..
    admin, kenapa artikel terakhir?
    lepas ne xda lg ka?


    -peminat setia UMAT TERAKHIR-

    ReplyDelete
  3. As salam admin , apa yang anda tahu tentang konsep Islam yang sebenarnya ? Adakah maklumat2 yang diperolehi ini sahih ?

    ReplyDelete
  4. artikel terakhir utk tahun hijrah yang lalu.
    nasib baik baca sampai habis. klu x cuak juga. Ingatkan UT nk tutup da :)

    Satu soalan utk stalker, sekadar ingin tahu, adakah stalker berada di sana sewaktu ucapan disampaikan?

    saya tidak berniat membela wanita tu, cuma berita2 mengenai hal ni rata-rata dari political followers. walaupun sebenarnya media sokongan dia pun quote benda yang sama cuma dalam bahasa yang berbeza. saya sendiri secara peribadi baca kenyataan beliau berulang kali. ayatnya agak mengelirukan juga.

    ReplyDelete
  5. apa la awak ni. kata pengikut setia tp x baca smpai habis. hehehe

    ReplyDelete
  6. salam..

    aku rasa org ramai salah paham..kalau kita berfikiran terbuka dan positif, NI tak sbut langsung bangsa melayu boleh murtad(boleh murtad dalam erti kata melayu yg islam)

    cuma dia kata ayat tu juga boleh digunapakai utk bangsa melayu dan tadak pula dia sebut ayat tu untuk org Islam..

    yg jadi kacau dan harubirunya NI tak terang habis kenyataan tu yakni kriteria bangsa melayu tu..sya fikir bangsa melayu yg dimaksudkan ialah melayu yg memang lahir bkn islam(ada x dmalaysia ni?)..

    kalau kita fikir positif..positif la jadinya..kalau negatif haru biru la jadinya..melayu bukanlah islam..cuma org melayu majoritinya beragama islam..

    jadi rasanya tak patutla kita disemakkan dengan hal2 politik sempit puak2 yg bertelagah ni..bagi aku kebanyakan parti politik dan NGO yg ada sekarang ini sedang menjahanamkan islam tanpa mereka sedar..buat org ramai keliru,jadi hari biru,pastu pangkah bendera biru,jadilah islam yg celaru

    ReplyDelete
  7. salam

    anon 17:04, siapa NI itu? saya langsung tidak menyebut nama sesiapa pun dalam artikel ini. : )

    saya petik kata-kata kamu: "yg jadi kacau dan harubirunya NI tak terang habis kenyataan tu yakni kriteria bangsa melayu tu..sya fikir bangsa melayu yg dimaksudkan ialah melayu yg memang lahir bkn islam(ada x dmalaysia ni?).."

    kamu kata melayu yang bukan lahir sebagai islam. jadi, kalau berdasarkan kata-kata kamu itu, maknanya ada melayu yang dilahirkan oleh melayu yang sudah murtad, oleh sebab itu adanya melayu yang memang lahir bukan islam kerana dilahirkan oleh ibu atau bapanya yang sudah murtad dan bukan lagi islam.

    kamu juga kata: "cuma org melayu majoritinya beragama islam.."

    jadi, majoritinya memang melayu itu beragama islam. maka, kalau orang melayu bebas memilih agama, itu maksudnya orang melayu yang majoritinya islam itu juga bebas memilih agama. jadi, melayu itu islam secara majoritinya.

    kamu nampaknya kabur dan sudah terbelit dengan kenyataan sendiri : )

    bendera biru? ada 2 bendera biru dalam politik malaysia. : )

    kamu baca dulu ini http://umat-akhir.blogspot.com/2012/04/mind-game-snake-ladders.html --- semoga kamu tidak terbelit dengan kenyataan-kenyataan ahli politik.


    --

    anon 4:22, cuba teliti betul-betul, soalan kamu tidak jelas dan tidak lengkap. : )

    ---

    najwa, stalker berada di mana-mana.

    ReplyDelete
  8. anon 17:04... jawapan untuk kamu.

    “..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".

    "Ia mesti diaplikasi secara sama rata (termasuk Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama?). Inilah asas.”

    mari kita kaji kenyataan ini.

    ---

    “..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama.."

    'tiada paksaan dalam agama'.. ia adalah secebis ayat yang dipetik daripada al-Quran. Jadi, sinonimnya al-Quran itu kitab suci bagi orang Islam. Apabila dikaitkan dengan al-Quran, maka Islam juga akan terkait dengan automatik.

    ayat kedua: "Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut " - kenyataan ini mengesahkan bahawa kata-kata sebelumnya memang memaksudkan untuk mendalami maksud ayat dari kitab orang Islam yang dipetik itu.

    ayat keempat: "Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". - dalam bahagian kedua ayat ini, orang bukan Melayu dikaitkan dengan maksud ayat al-Quran itu dituju. ia seperti menegaskan bahawa 'tiada paksaan dalam agama' itu sebagai 'tidak sepatutnya' dirujuk kepada orang bukan Islam semata-mata. ayat ini juga seperti tidak bersetuju dengan pandangan-pandangan lain yang mengatakan 'tiada paksaan dalam agama' itu tidak terpakai bagi orang yang sudah Islam.

    ayat kelima: "Ia mesti diaplikasi secara sama rata. Inilah asas.” - ayat ini pula ialah seperti 'resolusi' yang cuba ditawarkan selepas tidak bersetuju dengan penekanan berbentuk persoalan "Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan,.."

    "Ia mesti diaplikasi secara sama rata. Inilah asas. - ayat ini juga sebagai penegasan bahawa orang Melayu yang majoriti beragama islam juga bebas memilih agama sebagaimana orang yang bukan Islam dan bukan Melayu.

    ---


    anak-anak sekolah pun boleh faham maksud ayat ini. : )

    saya tahu kamu condong ke arah mana..

    -I'm stalking you-

    ReplyDelete
  9. itu dari sudut pandang admin..mungkin pandangan kita berbeza..namun tak salah kalau kita berbeza pendapat..saya faham dr sudut fikiran positif saya dan begitu juga admin

    tapi dari segi fakta memang ada org melayu yg lahir dari melayu yg murtad..dan perkara ini bukannya baru.persoalannya..adakah anak melayu yg murtad ini perlu dibunuh seperti hukuman yg sepatutnya dikenakan pada ibu/bapa mereka atau dirampas dr ibubapa mereka untuk diislamkan atau paksa budak itu masuk islam bila da baligh?

    "saya tahu kamu condong ke arah mana.." - - hehe..ye ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya jawapan saya hudud ade apa bende2 ni. masaelahnya diorang ni nak mengaku ke dah murtad kes lina joy adalah contoh yg mengaku.

      Delete
    2. "persoalannya..
      -adakah anak melayu yg murtad ini perlu dibunuh seperti hukuman yg sepatutnya dikenakan pada ibu/bapa mereka
      -atau dirampas dr ibubapa mereka untuk diislamkan atau paksa budak itu masuk islam bila da baligh?"

      anak melayu yg murtad ini perlu didoakan, didekati, dikasihi, ditanyai apa masalah mereka sebenarnya, dibantu, ditarik semula kepada jalan yang benar...

      anak2 melayu ramai yg sudah jahil agama, jauh dari agama, adakah usaha dakwah sudah maksimum dilakukan keatas mereka??

      sepatutnya dlm masyarakat mejoriti melayu islam - bukan persoalan adanya melayu yg sudah murtad (diatas pelbagai sebab), tetapi usaha harus dilakukan untuk meramaikan lagi ummat islam - islamkan lim guan eng, islamkan karpal singh, islamkan kee kuan yu, islamkan hannah yeo, islamkan semua yg masih belum islam...

      bukan terus-terusan membenci sesama saudara yg sudah islam

      tapi keadaan sudah terbalik - mahu meliberalkan pula agama islam dan jadi sama-rata dengan agama yg lain

      usaha dakwah pun tidak dilakukan - kenapa terus mahu hukum bunuh mereka2 ini..??

      kata2 pemimpim politik itu sgt signifikan - harus terang dan jelas dan tidak putar-belit disana-sini

      sayangi saudara seislam mu - kerana hidayah itu sgt berharga
      doakan dan usahakan mereka2 yg sudah jauh terpesong kembali kepangkal jalan
      doakan dan usahakan agar yg belum islam dapat revert kepada agama yg benar (dan inilah yg tidak disukai dan amat ditakuti oleh thh)- sebab itu mereka gunalan platform politik demokrasi utk meliberalkan islam sebanyak mungkin

      Delete
    3. Agaknya patutlah adalah 1 parti rasa terlebih Islamik tu bergabung dengn 1 parti yg kuat perkaumannya,agak2 depa nk mengislamkan Lim Guan Eng laaa kot no..hahhahaha..tengok la ni sapa yg dipengaruhi sapa,nk jdikan negara Islam pun kena langkah mayat Karpal Sink dolo...hahahaha

      Delete
    4. sampaikan salam kesejahteraan serta salam kebenaran kepada karpal singh dan semua parti2 berkiblatkan demokrasi

      'langkah mayat saya dulu sebelum boleh menegakkan negara islam' - karpal

      karpal telah mengungkapkan sumpahnya itu pada zaman yg salah dan pada tempat yang salah

      ini ialah zaman kebangkitan islam yg sudah tidak boleh ditahan2 lagi
      ini ialah tanah yang dijanjikan untuk terbangunnya kebangkitan itu melalui sistem khalifah - bukan melalui sistem demokrasi yg amat memenatkan & melesukan emosi dan minda manusia

      karpal serta parti2 politik demokrasi hanya ada satu pilihan sahaja - iaitu menerima & mengikut arus kebangkitan itu
      atau pengikut demokrasi akan ketinggalan zaman atau terpaksa mencari tanah lain, negara lain atau bumi lain utk menidakkan arus kebangkitan islam

      Delete
  10. Assalam Stalker,

    Bagusss artikel ni Stalker!..sgt jelas dan boleh difahami.
    X ada yg x positifnya penerangan di sini. Di Malaysia yg sy faham Melayu mestilah beragama Islam. Itu baru diistilahkan Melayu.Itu
    dalm perlembagaan di Malaysia la.


    Kalo dh nasrani pun tegah umat dia tukar agama yg mana terang2 kita tau itu adalah agama yg salah..buat apa plak kita harus biarkan anak2 generasi kita bebas memilih agama yg sesat.x ka mencari nahas ja. Pilih la agama yg benar dan membawa ke syurga bukan agama yg membawa ke neraka.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...

    ermm... wanita tersebut sedang dipermainkan tanpa di sedari dan yg peliknya parti sekutunya tidak pula mahu memberikan penerangan yg sejelasnya kepada umum sedangkan faktanya boleh mempengaruhi orang awam, macamana tu?

    nampak sangat dah dalam hal mcm ni, masih lagi mahu menegakkan benang yg basah sedangkan kita orang melayu di ambang perpecahan yg amat serius...

    mereka hanya menantikan utk meRASMIkan semua agama di Malaysia ini sehinggakan nnt orang Melayu akan terus bebas memilih agama. Mahukah kita melihat keadaan lebih parah?

    Kelebihan agama rasmi di malaysia adalah agama lain tidak boleh menyampaikan ajaran agama lain kepada umat Islam dan Umat Islam tidak menjadi kesalahan utk menyampaikan ajaran agama kepada agama lain, ini sudah termaktub sebagai agama rasmi di dalam undang-undang. Melainkan apabila semua agama di Malaysia sudah menjadi agama rasmi maka bebaslah agama lain untuk berdakwah menyampaikan agama lain kepada umat Islam, mahukah kita sebegitu?

    Maseh ramai yg tidak memahami akan peranan Bangssa di dalam Agama. Ingatlah Bangsa merupakan pakaian kepada Agama dan inilah merupakan asal usul kepada agama....

    wallahualam.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum

    Masa itu semakin dekat. Kepada yang belum, mohon

    1. Moga ALLAH TUNJUKkan kebenaran & kebatilan
    2. Moga ALLAH beri kemampuan memBEZAkan kebenaran & kebatilan
    3. Moga ALLAH kurniakan KEKUATAN untuk MEMILIH kebenaran & MENOLAK kebatilan

    Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan pertolongan dariNYA

    Masa itu semakin dekat

    ReplyDelete
  13. Assalam..

    membina mengambil masa yang lama,meruntuh sekelip mata sahaja.

    telajak perahu boleh di undur,terlajak kata buruk padahnya.

    biar putih tulang jangan putih mata.

    ayam menang, kampung tergadai.

    Kajang Pak Malau Kajang berlipat,
    Kajang hamba mengkuang layu,
    Dagang tuan dagang bertempat,
    Dagang hamba mengkuang layu.

    Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu merubahnya sendiri. [Quran]

    salam.

    >Will of D<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kajang Pak Malau Kajang berlipat,
      Kajang hamba mengkuang layu,
      Dagang tuan dagang bertempat,
      Dagang hamba musafir lalu.

      >Will of D<

      Delete
  14. Assalam...

    “Tidak ada paksaan dalam agama (ad-deen, Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dan kesesatan. Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh, yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” - (Quran, al-Baqarah: 256)


    Kalau salah tafsir memang la akan bercelaru... ayat ni lebih difahami oleh org2 yang telah mencapai makrifat dengan lebih mudah..dan sebenarnya ayat ini adalah untuk merujuk dan bercerita tentang orang Islam yang telah mencapai status mukmin dan bermakrifat dgn Allah Taala sentiasa..

    Orang2 yang telah terang hatinya oleh Nur Ilahi dan mencapai tahap mukmin hatinya dapat melihat kebenaran Islam yang sempurna.. insan2 ini tiada masalah untuk beriman dan menyembah Allah Taala kerana telah nyata kebenaran di hadapan mereka.. jadi mereka ini TIDAK PERLU DIPAKSA untuk beriman kepada Allah Taala...dan mereka tidak akan sekali kali menyembah selain dari Allah..dan akan terus berpegang teguh kepada Allah..maka ini la dia golongan2 ISLAM MUKMIN yang beruntung..maka TIADA PAKSAAN yang diperlukan untuk mereka beriman kepada Allah kerana telah nyata kebenaran kepada mereka dan dengan rela hati mereka beriman..

    orang2 yang tidak mencapai tahap makrifat dan mukmin tidak akan mampu menafsir ayat ini.. kerana mereka itu tidak pernah melihat hakikat kebenaran kerana hatinya gelap.. jika tidak dapat melihat akan kebenaran mampukah dia membezakan dengan kebathilan? maka dia akan mendengar kata nafsu nya yang mengatakan kebathilan itu la kebeneran walhal itu bukan yang asli. dia ditipu oleh nafsunya kerana dia gelap hati dan tidak dapat melihat kebenaran..jadi la dia org yg sgt degil keras hati dan tetap berpegang kepada kebathilan yg disangkanya kebenaran...

    ReplyDelete
  15. My brother and his wife personally attended this function. They verified that she did uttered those words. You can call them personally to verify this.

    May Allah protect us...

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.