19 Sept 2011

Fitnah bertaraf pendapat manusia

"Lantaklah."

RAMAI daripada kita terutama yang taksub dalam pegangan politik melebihi agama mengaku diri mereka beriman kepada al-Quran. Mereka mengaku percaya kepada al-Quran tetapi gagal mentaati segala perintah-Nya seperti termaktub dalam kitab terakhir. Sejauh manakah orang-orang seperti itu benar-benar taat kepada perintah Allah dalam al-Quran?

Banyak isu (kita ambil yang membabitkan isu orang Islam) yang ternyata gagal dijawab dengan cerdik. Balik-balik, jawapan diberikan hanya berputar mengikut sentimen politik kepartian dengan budaya busuk menyalahkan orang lain bagi setiap kesalahan demi kesalahan, dan kelemahan demi kelemahan yang jelas terpampang. Budaya busuk yang tidak habis-habis mahu menyalahkan orang lain.

Masyarakat pula semakin leka dibuai fitnah yang makin membusuk. Minda masyarakat sentiasa diubah-ubah mengikut citarasa politik, fakta-fakta pula sentiasa diterbalikkan dan minda manusia-manusia yang malas berfikir terus leka dibuai kisah-kisah bohong yang tidak bersandarkan kecerdikan.

Apabila datang sesuatu berita kepada kamu, maka selidiki berita itu terlebih dahulu sebelum kamu mempercayainya kerana barangkali berita itu tidak lebih daripada fitnah semata yang tidak bersandarkan kepada apa-apa pembuktian. Malangnya, minda pengikut politik sudah diasuh supaya tidak berfikir.

Sebaliknya minda pengikut diasuh supaya menerima setiap input maklumat yang diberi oleh pemimpin-pemimpin parti politik tanpa usul periksa oleh sang pengikut yang semakin hari semakin dungu.

Fitnah bukan hanya berlegar dengan maksud ‘cerita tidak betul yang keluar daripada mulut seseorang dan direka-reka untuk tujuan jahat bagi memburukkan orang lain..’. Pengertian fitnah tidak terhenti dengan maksud itu sahaja wahai ustaz-ustaz 'skema' sekalian. Pengertian fitnah adalah jauh lebih besar daripada ‘cerita rekaan’, lebih besar daripada maksud itu wahai saudara-saudara semua.

Fitnah bukan hanya mengenai ‘perkataan atau cerita rekaan yang berniat jahat keluar daripada lidah dan mulut seseorang’ tetapi fitnah juga mencakupi perbuatan dan setiap perkara yang “meletakkan haq kepada bathil, meletakkan bathil kepada haq, memesongkan kebenaran supaya dilihat sebagai tidak benar, melakukan perbuatan salah dan dikatakan sebagai tidak salah.”

Fitnah itu kini sangat jelas di depan mata kamu, ia hadir tanpa bukti dan mengatakan yang salah itu sebagai benar dan yang tidak wajar sebagai wajar. Fitnah itu sedang ganas mengorek keluar segala kewarasan daripada tingkat akal yang dibutakan oleh nafsu. Jawapan demi jawapan telah Allah turunkan, adakah kamu masih gagal menggunakan akal? Ada jawapan yang telah diturunkan sejak lebih 1,400 tahun lalu melalui al-Quran, dan ada juga yang diturunkan selepas kamu meminta ditunjukkan kebenaran namun gagal untuk melihat berfikir mengenainya.

Para pengikut politik dungu pula tidak langsung mahu berfikir mengenai itu semua, sebaliknya hanya menerima setiap input yang disuapkan ke dalam minda mereka tanpa usul periksa. Ia berlaku sehingga para pengikut menjadi gagal untuk memahami setiap perintah Allah meskipun perintah-perintah itu Allah telah nyatakan secara jelas dalam al-Quran.

Walaupun isu kalimah Allah yang mahu digunapakai di gereja-gereja di negara ini sudah lama berlalu, namun isu itu sangat mencabar akidah umat Islam. Ada puak yang mengaku Islam berasa tidak kisah apabila nama Allah mahu diguna pakai dalam akidah triniti di gereja-gereja. Bagi puak ini, lantaklah kalau umat Nasrani mahu menggunapakai nama Allah dalam akidah triniti mereka. Bagi puak ini, walaupun nama Allah digunapakai dalam akidah triniti, mereka merasakan ia tidak akan mengganggu gugat akidah umat Islam yang percaya Allah itu Esa, Satu dan tidak boleh disekutukan.

Ia bukan berkenaan itu semua wahai saudara-saudara sekalian, bukan berkenaan “lantaklah” itu. Tetapi berkenaan kejujuran prinsip dan akidah kita dalam menjunjung perintah Allah supaya tidak mempersekutukan Allah dalam apa jua keadaan sekalipun.

Allah menegur kaum Nasrani dan Yahudi dalam sekian banyak ayat dalam al-Quran kerana mempersekutukan-Nya seperti dalam kes Nabi Isa dan Uzair (Ezra). Allah tidak membenarkan Nasrani dan Yahudi mempersekutukan Dia, dan perintah itu disampaikan melalui al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dengan perantara Malaikat Jibrail.

Allah sendiri tidak membenarkan Nasrani dan Yahudi mempersekutukan Dia, tetapi bagaimana pula sebilangan umat Islam di negara ini boleh membenarkan nama-Nya diguna pakai di gereja-gereja Nasrani? Selak, buka dan baca al-Quran. Fahami segala maksud perintah Allah yang tidak membenarkan nama-Nya disekutukan.

Semasa isu itu berlegar suatu masa dahulu, tiada seorang pun ahli politik yang mengaku diri itu Islam tampil dengan ayat-ayat al-Quran yang membenarkan nama Allah disekutukan oleh Nasrani. You failed to use your head, you failed to look at The Holy Quran. Kenapa jadi bodoh sombong dan riak takbur mendabik dada seperti kamu sahaja yang bijak dalam hal agama dan hanya kamu sahaja yang layak berbicara soal agama dengan pendapat bertaraf otak manusia biasa walhal sangat jelas kebodohan kamu itu? Apa agama itu milik kamu seorang dan boleh ubah sesuka hati?

Tiada seorang pun yang tampil dengan dalil-dalil jelas dari al-Quran yang membuktikan bahawa Allah bertolak ansur membenarkan nama-Nya disekutukan. Tiada pula mana-mana ayat yang memerintahkan supaya umat Islam redha apabila Nasrani dan Yahudi mempersekutukan Allah. Sila tunjukkan satu ayat daripada al-Quran yang mana ayat itu membenarkan Nasrani dan Yahudi mempersekutukan Allah, sila tunjukkan satu ayat.

Malangnya, isu itu hanya dijawab oleh ahli-ahli politik berdarjat tertentu dengan pendapat-pendapat yang hanya bertaraf ‘pendapat manusia’ dan bukan bertaraf ‘perintah dari Allah’. Isu itu gagal dijawab dengan mana-mana ayat al-Quran yang bertaraf ‘perintah Allah’. Sila tunjukkan satu ayat sebelum merelakan nama Allah digunapakai di gereja-gereja Nasrani. Hanya satu ayat, itu pun kalau ada.

Lagi malangnya, ahli-ahli politik itu tampil dengan pendapat yang bertaraf ‘pendapat manusia’ yang mengatakan Islam mementingkan bertolak ansur dalam agama, hanya itu sahaja pendapat bertaraf pendapat manusia yang ‘menjual’ atas nama ‘tolak ansur’ dalam Islam. Jika benar seperti yang diperkatakan dalam pendapat itu, sila tunjukkan satu ayat yang menunjukkan Allah bertolak ansur mengenai isu manusia mempersekutukan-Nya? Namun, yang didengar hanya masih pendapat bertaraf ‘pendapat manusia’ dan gagal tampil dengan ayat bertaraf ‘perintah’.

Allah tidak bertolak ansur dalam hal ehwal kaum kafir yang mempersekutukan-Nya. Allah dengan terang membentak tolak ansur itu sebagai menjawab pelawaan Bani Quraisy yang kafir kepada Nabi Muhammad yang mahu menyembah Allah selama setahun dan menyembah berhala selama setahun secara berselang seli, Allah tidak bertolak ansur dan secara terang berfirman “Bagi agama mu adalah agama mu, (dan) agama Ku adalah agama Ku.” Jelas, tiada tolak ansur dalam soal akidah.

Isu kalimah Allah di gereja suatu masa dulu itu adalah ujian kepada akidah umat Islam di negara ini. Ia persoalan akidah. Bukan mengenai “lantaklah”. Triniti adalah akidah Nasrani, manakala Tauhid dalam meng-Esa-kan Allah adalah akidah Islam. Allah tidak pernah berkompromi dalam soal akidah seperti Dia menjawab permintaan Bani Quraisy yang kafir. Tidak pernah dalam satu ayat pun.

Begitu juga dalam sekian banyak ayat dalam al-Quran yang mana Allah menegur supaya Nasrani dan Yahudi berhenti daripada mempersekutukan Dia. Sekali lagi ahli politik yang mengaku Islam perlu menjawab pertanyaan saya, tunjukkan satu ayat yang mana Allah membenarkan nama-Nya disekutukan dan satu lagi ayat yang membenarkan umat Islam redha nama-Nya disekutukan atas dasar tolak ansur dalam soal agama.


Al-Quran adalah pegangan kita, kitab yang kita peluk bersama iman kita. Tetapi dalam menjawab isu itu, kita juga harus berbalik kepada al-Quran. Tiada satu ayat pun dalam al-Quran yang membenarkan kafir mempersekutukan Allah dan tiada satu ayat pun yang membenarkan umat Islam redha nama Allah disekutukan. Kalau ayat itu memang ada, sila tunjukkan kepada saya.

Perintah Allah yang paling jelas dalam banyak ayat ialah mengenai perintah-Nya ke atas kita supaya meng-Esa-kan Dia. Perintah itu juga ditujukan kepada umat Nasrani dan Yahudi. Perintah itu untuk semua umat manusia. Jika perintah itu untuk seluruh isi alam mencakupi isi langit dan bumi, di mana letaknya tolak ansur dalam soal akidah? Tiada kompromi dalam perintah meng-Esa-kan Allah. Semua manusia termasuk dalam perintah itu, tidak yang berkecuali kerana Islam adalah akidah untuk umat akhir zaman.

Apabila terasa dungu seketika dalam memikirkan kejadian langit dan bumi, sila buka al-Quran. Apabila terasa dungu seketika dalam memikirkan soal masalah manusia, sila buka al-Quran. Apabila terasa dungu seketika dalam memikirkan kedudukan kita dalam meniti soal akidah, sila buka al-Quran.

Kenapa perlu meletakkan pendapat yang bertaraf ‘pendapat manusia’ melebihi dalil yang bertaraf ‘perintah Allah’? Di situ terletak kedunguan apabila meletakkan ‘pendapat bertaraf pendapat manusia’ melebihi ‘perintah Allah’. Kedunguan itu akan terus membiak apabila enggan kembali memperhalusi isi kandungan al-Quran, kedunguan akan terus menjadi degil seperti sarang kerang di bawah perut kapal yang sukar ditanggalkan apabila malas berfikir mengenai segala perintah-Nya.

Redha nama Allah disekutukan adalah sama seperti ingkar perintah Allah. Kenapa saya berkata seperti itu, cubalah berfikir sendiri dengan menggunakan akal yang telah Dia berikan secara percuma kepada kita semua.
--

Isu Lina Joy juga berkaitan prinsip dan kedudukan iman kita terhadap isu itu. Bukan mengenai “lantaklah” kalau Lina Joy mahu murtad. Isu ini juga gagal dijawab secara berprinsip dan gagal dijawab secara beriman.
Sebaliknya, wujud pihak-pihak berkepentingan politik tertentu yang tampil dengan pendapat yang hanya ‘bertaraf pendapat manusia biasa’ yang menuding jari terhadap Perlembagaan Negara yang dikatakan lemah dalam membela umat Islam.

Isu Lina Joy adalah ujian daripada Allah dalam salah satunya ialah menguji kedudukan iman dan prinsip kita terhadap isu itu sendiri. Ia bukan mengenai Perlembagaan Negara yang dikatakan lemah dalam menangani masalah murtad. Ia bukan mengenai Lina Joy dibenarkan murtad kerana Perlembagaan dikatakan lemah.

Ia adalah mengenai prinsip kita dan iman kita. Isu itu harus dipandang dengan iman dan prinsip kita. Mengapa mesti ada yang tampil dengan pendapat ‘bertaraf pendapat manusia’ lalu mengatakan ia adalah hak Lina Joy untuk murtad. Mengapa prinsip dan iman harus diletakkan sebaris dengan hak manusia untuk murtad?

Lalu, pemain-pemain dan pengikut-pengikut politik tertentu pun mengangguk dengan pendapat yang sama. Di mana iman dan prinsip kita terhadap isu itu? Sila tunjukkan satu ayat yang membenarkan umat Islam dihalalkan berdiri dengan prinsip hak manusia dalam menjawab perihal murtad. Adakah kita diberi hak oleh Allah untuk mengangguk dalam isu itu? Apabila gagal menjawab, Perlembagaan segera dipersalahkan kerana ia dilihat lemah dalam menangani isu murtad.

Seperti dikatakan sebelum ini, ia bukan mengenai “lantaklah”. Ia mengenai iman, akidah dan prinsip kita dalam berhadapan isu ini. Mungkin beberapa orang politik dan pengikut mereka boleh berdiri dan bergaya dengan menyalahkan Perlembagaan yang dilihat lemah dalam isu itu. Namun, adakah mampu berdiri bergaya di hadapan Allah apabila ditanya mengenai kedudukan kita dalam berhadapan isu itu?


Apa jawapan yang mahu diberikan apabila ditanya di hadapan Allah: “Mengapa meletakkan hak manusia melebihi perintah Allah?” “Mengapa meletakkan kelemahan atas orang lain atau perkara lain sedangkan prinsip dan iman kamu sedang berdiri di atas lantai yang lain pula?”


Andai umat Islam tidak sesat (gagal menunjukkan akhlak yang baik) seperti sekarang ini, isu murtad tidak akan timbul. Andai umat Islam tidak sesat (gagal mentaati perintah meng-Esa-kan Allah dalam apa keadaan sekalipun) seperti sekarang ini, isu kalimah Allah di gereja tidak akan timbul.


Andai umat Islam tidak sesat (gagal mengawal nafsu kemewahan) seperti sekarang ini, bencana rasuah dalam kalangan penjawat agensi kerajaan tidak akan berlaku. Andai umat Islam tidak sesat (gagal mencari ilmu) seperti sekarang ini, umat Islam pasti tidak akan mudah mengangguk apabila hak Allah dipijak-pijak.


Lihat di mana kita berdiri. Adakah tempat kita berdiri itu sama ‘tempat’-nya dengan akidah kita, prinsip kita dan iman kita? Adakah prinsip hak manusia mengikut perlembagaan itu lebih mulia daripada kedudukan prinsip kita meletakkan perintah Allah itu yang lebih tinggi? Adakah tolak ansur mengikut pendapat yang ‘bertaraf pendapat manusia’ itu lebih tinggi daripada perintah Allah? Adakah kepala yang mengangguk laju sehingga terpelanting akal itu lebih suci daripada kewarasan yang mengikut perintah Allah?


Jangan melatah tanpa sebab, saya hanya minta tunjukkan satu ayat al-Quran bagi menjawab setiap satu isu tersebut. Jangan melatah tanpa menunjukkan ayat-ayat tersebut. Jangan melatah seperti orang yang hilang adab sopan dalam berbahasa sehingga memaki hamun tanpa menunjukkan ayat-ayat yang saya minta ditunjukkan kepada saya.
--


Entah di mana silapnya, orang kita sangat suka memaki hamun apabila berbicara mengenai politik. Saya tidak bercakap mengenai politik kepartian dalam artikel ini. Saya hanya bercakap mengenai perintah Allah yang menegah nama-Nya disekutukan, saya bercakap mengenai prinsip dan iman kita dalam menjunjung perintah Allah, lalu saya selitkan isu-isu seperti isu kalimah Allah, isu Lina Joy supaya ditunjukkan satu ayat kepada saya.


Saya tidak suka dengan politik yang bertuhankan demokrasi machiaveli, saya tidak suka dengan sikap sesetengah orang PAS sekarang ini yang semakin longlai menjawab banyak isu, saya juga tidak suka dengan keangkuhan sesetengah orang UMNO, saya juga tidak suka dengan sikap dayus sesetengah orang PEKIDA yang lebih berani ‘mencekik’ leher sesama Melayu tetapi hanya mampu tertunduk apabila berhadapan orang bukan Melayu yang membuat tuntutan yang tidak masuk akal sehingga mengguris hati orang Islam di negara kita, saya tidak suka dengan sikap sesetengah orang PKR yang lebih suka mengelak daripada menjawab banyak isu secara realistik membabitkan isu Islam.


Saya tidak cakap yang saya tidak suka PAS, UMNO dan PKR secara total. Saya hanya berkata bahawa saya tidak suka dengan sesetengah daripada mereka. Juga jangan cepat melatah dalam memahami maksud ini.


Saya hanya mahu Islam diletakkan di tempat yang sepatutnya oleh umat-umatnya di negara ini, dalam isu ini pula saya tidak menyebut ‘sesetengah umat Islam’ tetapi saya maksudkan semua umat Islam di negara ini.


Allah, Tuhan sekalian alam. Kita diperintahkan untuk menyembah-Nya secara total dan perintah itu bukan eksklusif kepada orang Islam sahaja, tetapi perintah itu tertakluk kepada seluruh isi langit dan bumi serta makhluk-makluk yang digelar jin dan manusia.


Meng-Esa-kan Allah adalah perintah yang haq. Mempersekutukan Allah pula adalah perbuatan yang bathil. Mengatakan Allah itu disembah dalam bentuk triniti pula adalah satu fitnah yang sangat besar terhadap Allah dan rasul-Nya iaitu Isa anak Maryam, anak manusia dilahirkan tanpa bapa dengan izin Allah, Isa itu bukan anak Allah. Bukan.


Apabila wujud keadaan di mana umat Islam berkata “lantaklah” kalau nama Allah mahu disekutukan di gereja Nasrani, maka ia juga bermaksud sudah tiada jiwa jihad untuk menentang fitnah yang sangat besar itu. 


Tiada lagi roh jihad. Tiada lagi roh dalam diri yang mahu mentaati perintah Allah supaya tidak sesekali mempersekutukan Dia dalam apa keadaan sekalipun termasuk meredhakan nama dia disekutukan di gereja.


Di mana roh iman dan roh jihad itu wahai saudara-saudara semua? Di dalam gereja bersama Roh Kudus yang menjadi salah satu daripada akidah triniti kah?


Ingat, ingat dan terus ingat. Ingat bahawa Nasrani dan Yahudi juga Allah telah tegur dalam al-Quran kerana mempersekutukan Dia. Allah sendiri tidak membenarkan nama-Nya disekutukan dalam apa keadaan sekalipun. Kalau Allah sendiri tidak membenarkan Nasrani dan Yahudi mempersekutukan Dia, jadi apakah hak kita untuk membenarkan Nasrani dan Yahudi mempersekutukan Dia dengan hanya bersandarkan pendapat-pendapat manusia yang hanya ‘bertaraf pendapat manusia’ semata-mata? Apa hak kita untuk meredhakan atau membenarkan nama Allah disekutukan? Apa hak kita? Ingat, ingat dan terus ingat.

Jangan pernah lupa dengan isu ini walaupun ia sudah dianggap basi di kalangan pengikut politik yang bergantung hidup kepada isu-isu sensasi terkini.
--
Isu kalimah Allah dan isu Lina Joy telah berlangsung dalam periuk kecil bernama ‘politik demokrasi’ di Malaysia. Periuk kecil itu pula menjadi gelanggang para pemain politik dan pengikut mereka untuk memuntah keluarkan semua perintah Allah dalam roh diri mereka supaya menjadi kuah dalam periuk itu. Tanpa sedar, ada api di bawah periuk itu yang akan terus menyala sehingga semua yang berada dalam periuk itu musnah dan mendidih kerana berdiri di tempat yang tidak sepatutnya iaitu meletakkan perintah Allah menjadi lebih rendah daripada hak manusia dan hak tolak ansur dalam beragama.


Saya tidak ambil pusing kalau sesiapa bermain politik demokrasi kerana mahu menjadi ketua dalam kerajaan negara ini asalkan dia itu Islam dan menjunjung tinggi perintah-perintah Allah.


Andai ada puak-puak pengikut politik kanak-kanak atau zombi-zombi politik yang mahu memaki hamun blog ini disebabkan isi kandungan artikel ini yang menempelak sesetengah daripada kamu, saya juga tidak ambil pusing kerana matlamat saya bukan politik yang menjadi santapan harian sesetengah daripada kamu. 


Matlamat saya ialah umat Islam perlu menjunjung tinggi perintah Allah melebihi pendapat-pendapat yang ‘bertaraf pendapat manusia’.


Andai ada yang mahu memaki hamun seperti yang saya lihat dalam beberapa blog politik, saya hanya minta ditunjukkan ayat-ayat yang saya minta itu terlebih dahulu. Andai ada ayat-ayat itu dalam al-Quran, barulah kamu boleh memaki hamun saya.


Saya tidak benci PAS walaupun saya kecewa dengan sebilangan pemimpinnya yang bodoh lagi dungu, saya juga tidak benci UMNO walaupun kecewa melihat keangkuhan dan kesombongan sebilangan daripada ahli-ahlinya, tetapi saya kecewa dengan kedua-dua UMNO dan PAS kerana mereka gagal menyelesaikan masalah perpecahan umat Islam di negara ini yang rata-ratanya ialah orang Melayu seperti saya. Bukan maksud saya UMNO perlu bergabung dengan PAS jika mahu jadi lebih kuat, tetapi kecewa kerana kedua-dua parti politik Melayu yang masing-masing dengan perangai buruk masing-masing itu gagal berbicara seperti orang cerdik dan matang dalam menyelesaikan masalah berkaitan Islam dan perpaduan umat Islam.


Ingat, ingat dan terus ingat. Allah juga memberi amaran supaya berwaspada dengan Yahudi dan Nasrani yang tidak akan pernah redha dengan umat Islam sehingga hari kiamat. Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali redha dengan kita umat Islam. Oleh itu, kenapa redha nama Allah disekutukan mereka sedangkan mereka itu tidak akan pernah meredhai kita?


Bagaimana kita mahu meningkatkan tahap kewaspadaan kita itu? Selesaikanlah masalah yang memecah belahkan umat Islam di negara ini gara-gara politik bodoh semua itu. Politik bodoh itu bukan hanya memijak-pijak perintah-Nya supaya bersatu sebagai saudara se-Islam, tetapi turut memusnahkan kewarasan umat Islam yang menjunjung politik menjadi lebih tinggi daripada segala perintah-Nya.

Fahami betul-betul isi kandungan artikel ini, ia bukan mengenai politik kanak-kanak. Ia mengenai perintah Allah yang sudah dipijak-pijak oleh umat Islam sendiri atas nama politik yang bodoh lagi dungu sehingga tidak lagi mengenali mana satu perintah Allah dan mana satu keghairahan nafsu politik undian.


Lihat semula di mana kita berdiri. Adakah kita berdiri di atas tempat yang diperintahkan-Nya atau di atas tempat yang salah. Lihatlah kepada setiap petunjuk yang telah Dia turunkan, kemudian berfikirlah dengan tenang. Jika pernah membenarkan kaum kafir mempersekutukan nama-Nya dengan berkata “lantaklah”, maka bertaubatlah kerana Allah sendiri tidak membenarkan nama-Nya disekutukan oleh mana-mana manusia.

Berhentilah daripada terus menjadi bodoh. Junjunglah tinggi-tinggi segala perintah-Nya.
Jangan sampai Allah membalas semua perbuatan sebilangan daripada kita yang berselaput fitnah dengan perkataan yang sama “Lantaklah kamu di neraka kerana merestui fitnah”.



- DRIFTER -
Nota dan makluman: DRIFTER adalah penulis undangan di blog ini dan artikel ini tidak berkepentingan politik yang melebihi agama Islam.

24 comments:

  1. Kecerdikan terhapus disebabkan ego dan nafsu. Sesuatu yang tidak pernah lekang dalam kehidupan. Politik walau dengan moto perjuangan Islam, tetapi bila diri dikuasai nafsu penuh kesumat, apa ertinya lagi? Fenomena masyarakat Melayu yang semakin gersang dalam menghayati agamanya. Politik dungu dan bodoh menjadi pegangan diluar kewarasan akal.

    Bila dikatakan "jahil" semuanya melenting.... hehehe Melayu jadi bodoh kerana fanatik.

    ReplyDelete
  2. hehehe...

    Memang lumrah manusia yang akan mentup telinga dan mata sungguhpun mereka tahu sesuatu itu benar. Malah sanggup memusingkan kepala dan badan serta menunjukan punggung yang busuk secara beramai2 demi kerana desakan nafsu memburu kuasa dan kemewahan. Mereka ini golongan yang buta matahati dek fitnah dajjal.

    Sebagai contoh.. seorang bapa dan emak akan terus membela anak darah dagingnya walaupun secara terang terangan bahawa anak itu bersalah hanya kerana perasaan sayang kepada si anak itu. Mereka tahu anak mereka bersalah tapi lantak lah..yang penting pada masa itu kena pertahankan anaknya walaupun pahit..

    Begitu juga golongan pengikut parti politik.Mereka melihat, mendengar dan tahu akan kebenaran..namun nafsu menutup hati mereka untuk meletak Allah Taala dan Rasul jauh dari hati mereka dengan mempertahankan ketua dan ideologi mereka yg cacat atas dasar nafsu kena menang kerana kuasa dan kemewahan...

    Nauzubillihiminzalik...

    Dalam masa yang sama...alhamdulilah semua ini terjadi mengikut master plan Allah Taala..kena jadi begini..kena lalui jalan ini..perlu ada proses ini..untuk kembali ke era khalifahtul minhaj..

    Allahuakbar..!

    ReplyDelete
  3. Saya hanya mahu membawa pemikiran dan kewarasan saudara-saudara semua kepada isu yang pernah hangat ini setelah menjadi semakin dilupakan.

    Islam itu agama untuk semua manusia dan seluruh isi alam, sifat dan fitrah Islam itu adalah global dan universal.

    Malangnya, parti politik berkarekter Islam di Malaysia tidak melihat Islam dalam konteks global, tidak berani menegur kafirun di peringkat global dan juga tidak berani menegur kafirun di Malaysia sendiri, melainkan hanya berani dalam periuk politik Malaysia sahaja untuk matlamat kuasa politik sekangkang kera.

    Kumpulan itu sentiasa tampil dengan ayat-ayat al-Quran di atas pentas periuk politik. Maka di sini, saya minta ditunjukkan ayat-ayat al-Quran yang menghalalkan tindak-tanduk SEBILANGAN mereka itu.

    Pengikut-pengikut politik yang gemar memaki hamun, marilah 'sekolahkan' saya dengan ayat-ayat al-Quran sepertimana kamu mahu 'menyekolahkan' musuh politik kamu dengan ayat-ayat al-Quran.

    "Ash hadu alLa ila ha ilAllah, wan ash hadu anna muhammadan abduhu wa rasuluh - aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi Muhammad itu adalah hamba dan rasul Allah."

    Lafaz dua kalimah syahadah itu juga jelas menolak sebarang niat kita untuk membenarkan nama Allah disekutukan oleh manusia-manusia yang sesat akidah mereka.

    Lafaz syahadah itu juga menandakan kita sedia mengikut segala perintah-Nya supaya meng-Esa-kan Dia dalam apa keadaan sekalipun.

    Andai perintah itu dipijak-pijak oleh nafsu politik demi dasar tolak ansur agama yang tidak sepatutnya dan demi "lantaklah", maka di mana letaknya status syahadah itu pada masa ini.

    Marilah sekolahkan saya.

    -----------

    Sricandy's Hubby,
    Mungkin juga kita 'kena' melalui isu ini untuk melihat 'lantai' sebenar politik Malaysia di kalangan umat Islam. Andai lantai itu 'berdebu' maka kita harus bersihkan ia.

    Banyak isu telah di-twist termasuk isu kalimah Allah. Jangan sampai Allah twist kepala kita dengan sekeras-kerasnya di dalam api yang hitam pula nanti.

    ardinge,
    Jangan pula kita menjadi semakin jahil terhadap segala perintah-Nya yang memerintahkan kita meng-Esa-kan Dia dalam apa keadaan sekalipun termasuklah dalam keadaan politik berperiuk seperti sekarang ini.

    Teguhkan iman dan prinsip serta akidah supaya sama dengan tempat kita sedang berdiri. Jangan pula iman kita bersama Islam, tetapi kaki pula berdiri atas lantai politik yang buta terhadap perintah Allah.

    -------------

    Pengikut-pengikut politik, jangan pernah lupa isu ini dan jangan lagi di-twist isu ini, saya hanya minta TUNJUKKAN SAYA AYAT-AYAT ITU.

    ReplyDelete
  4. puak2 tu sampai bila2 pun takkan nampak sbb dah asyik pentingkn politik melebihi segala2nya

    ReplyDelete
  5. alangkah baiknye jika ramai seperti saudara ini yg terang hatinya melihat mendalami memahami apa yang berlaku, tapi malangnya mereka ini Allah telah lupakan kejap demi politik mereka

    saya tidak pro pemerintah dan jauh sekali pembangkang, tapi ramai yg berkhidmat dgn kerajaan adalah penyokong pembangkang, apa saja kerajaan buat semua salah, apa yg pemimpin mereka cakap semua betul.. jika kata gaji naik masing2 setuju bahkan ade yg mengatakan tak kerana LGE gaji tak naik.. adoiiiii mcm lah rezeki tu pemimpin mereka yg tentukan

    tapi puak2 ni pandai spin twist kang dia ambik contoh kisah nabi sulaiman dgn semut (xsilap saya) samakan dgn apa yg berlaku skrg. maka besoraklah mereka ini

    tapi takpelah masa makin hampir utk.....

    ReplyDelete
  6. mau kena berak kapur klu org pas baca ni

    setahu aku, cuma melayu islam pas je yg benarkan nama Allah diguna dlm gereja. ahli2 pas pulak angguk bodoh je

    bila mengenangkan sikap pas, aku rasa nak menangis

    astagafirullahhal azim....
    la ila ha illa anta, subha naka inni kuntu minazzholimin...

    ReplyDelete
  7. Sampai bila-bilapun, jalan politik atau segala macam ideologi,ism-ism ciptaan manusia (yg sudah diambang maut), tidak akan mampu memartabatkan Tuhan seagung-agungnya. Malahan isu Tuhan pun turut dipolitikkan atau diperalatkan untuk kepentingan hawa nafsu.Rasulullah SAW pun sudah lama dilupakan.Sudah jauh dari menjadi rujukan peribadi dan akhlak mulia.Sistem hidup Rasulullah dan para sahabat semakin berkubur dlm lipatan sejarah.
    Diwaktu ini umat Islam seperti sudah hilang panduan, teraba-raba mencari arah tujuan, keliru yg mana satu jalan kebenaran,Islam sudah diresapi dgn bermacam aliran dan fahaman , prejudis sesama Islam terutama kpd pemimpin dan kelompok yg melaksanakan Islam secara tajdid.
    Umat Islam sebenarnya sudah tidak ada pemimpin dikalangan mereka yg ketokohannya disegani kawan dan lawan. Pemimpin yang berani dan berstrategi menghadapi musuh-musuh Islam dalam dan luar negara.Pemimpin yang ada 'power'.Dibantu Tuhan dan didampingi Roh Rasulullah SAW,Nabi umat akhir zaman.Pemimpin yg boleh menjadi rujukan dlm segala sudut yakni pada diri,keluarga dan jemaahnya.Ada jawapan dan penyelesaian untuk semua masalah umat dan dunia Islam.
    Sesiapa saja boleh bersuara atau bercakap di forum-forum untuk menegakkan kebenaran, tetapi org2 yg telah sedar dan insaf perlukan pemimpin dr Tuhan, yg boleh menunjukkan jln untuk sampai kpd Tuhan.Kelompok umat Islam yg sudah 'bebas'ini perlu bersatu dibawah satu pimpinan.
    Tidak mungkin Tuhan membiarkan saja hamba2 yg merintih berterusan mengharapkan pembelaan drNya. Adakah kita belum cukup terdesak dengan kemelut yg berlaku pd hari ini? kita masih rasa selesa? sedang bermimipi? sedikitpun tidak merasa terancam? boleh ketawa dan mengejek org lain? Masih tidak mahu mengaku bahawa kita memang ego,bodoh dan sombong? Kesalahan paling besar ialah tidak merasa diri bersalah(setidak-tidaknya kita mengaku salah dihadapan Tuhan).tidak sedar bahawa kita telah banyak membuat sumbangan terhadap kerosakkan kpd diri,keluarga, masyarakat dan negara tercinta.
    Sedangkan musuh semakin mengasak,mempermainkan aqidah kita.Entah apa lagi yg sedang dirancang dan kita hanya melatah sekejap tapi musuh sudah mengagak bahawa kita sudah tidak mampu utk berbuat apa-apa lagi.......

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah kami ada bersamamu.

    :)

    ReplyDelete
  9. pas tu nak tegur DAP pun tak berani. asyik kena tegur dgn DAP mmg kerap la. Islam pas cuma bwh tempurung yg brnama malaysia, bwh tempurung tu pun asyik kena buli dgn kafir. wpun aku bkn penyokong mana2 parti, tp aku nak tgk pas berubah jd lebih ikhlas trhdp agama

    ReplyDelete
  10. Pohon sebarang keterangan dari dalil al-quran mahupun hadis yang tidak membenarkan nama Allah digunakan selain kepada umat Islam semata-mata..Wallahualam..

    ReplyDelete
  11. Pemerhati Sepi, Dalil jangan mensyirikkan Allah sudah cukup untuk kita tidak mebenarkan nama Allah digunakan oleh kaum lain.
    Kalau di Arab, nama itu telah digunakan oleh penganut2 Kristian dan Hebrew tapi asalnya adalah untuk nama Tuhan yang Esa.
    Pada konteks Malaysia, Allah itu tidak dapat digunakan kepada ugama lain kerana kedudukan ugama mereka sekarang boleh dipastikan menduakan Allah. Kalau Kristian mahu gunakan nama asal, gunakan Yahweh bahasa Hebrew asal dan kita sendiri boleh bezakan antara dua. Dan kita perlu ingat bahawa perkataan Allah hanya dapat dipertahanka kesucian di Semenanjung sahaja tida di Sabah dan Sarawak kerana penggunaan itu telah lama dan sebelum merdeka.

    ReplyDelete
  12. Pemerhati Sepi,

    Itulah yang DRIFTER katakan, sila buka al-Quran dan lihat serta tunjukkan satu ayat yang mana Allah benarkan nama-Nya disekutukan oleh kaum-kaum yang bukan Islam. soalan itu ditujukan kepada semua pak angguk dalam politik.

    Jangan twist... andalah yang perlu jawab sendiri soalan itu.

    Adakah kamu juga akan redha kalau kamu diduakan oleh orang yang kamu sayang tanpa sebab dalam apa keadaan sekalipun?

    ^_^

    Apa yang Allah kata kepada umat Yahudi dan Nasrani dalam al-Quran? Allah berkata "Berhentilah daripada ucapan itu (perkataan yang mensyirikkan Allah)."

    Think wise..
    -----

    SiamangBukit,

    Terima kasih atas penerangan itu. Dalil jangan mensyirikkan Allah itu pun sudah jelas untuk kita faham bahawa Allah tidak pernah membenarkan diri-Nya disyirikkan oleh kaum-kaum yang sesat.

    ------

    wahai semua hamba-hamba politik,

    sila fahami permintaan artikel itu, DRIFTER hanya minta kamu semua tunjukkan satu ayat yang mana Allah membenarkan diri-Nya disekutukan oleh kaum yang sesat. sila fahami dengan akal yang sihat.

    -Segala pujian yang indah-indah hanya kepada Allah-

    ReplyDelete
  13. terima kasih kpd penulis atas penulisan yg bernas, mencakupi kelompongan politik hari ini serta menegur dg hujah yg bernas atas kealpaan hli2 politik hari ini.

    ReplyDelete
  14. salam,

    tahniah buat artikel yang cukup mendalam pemikirannya...

    dulu,pernah satu ketika saya terbaca satu buku...dan saya juga tak berapa ingat tajuknya...cuma yang penting buku tu menceritakan kisah seorang pemimpin yang dimain2kan oleh sebilangan manusia yang tamakkan dunia dan pentingkan ego semata...

    dahulunya pemimpin ini seorang yang baik,lama kelamaan makin hanyut dek kerana kurangnya pegangan agama dan biarkan diri hanyut dengan godaan demi godaan...

    tapi saya memandang semua ini dari sudut yang lebih mendalam...maksud saya,saya cuba berhenti menyalahkan para pemimpin kerana kita tidak tahu betapa Allah itu menguji gelora hati mereka dan jika dugaan itu diletakkan atas bahu kita,bagaimanalah agaknya keadaannya...

    saya cuba berhenti menjadi penonton yang mengarahkan pemain di padang begitu dan begini,tanpa pernah berfikir bagi pihak mereka...

    betapa dunia politik penuh dengan cengkaman pengikut2 dajjal...sekali termasuk,tiada jalan keluar melainkan dengan pertolongan dan rahmat Allah...

    dan secara peribadi,saya ada sedikit hormat pada pemimpin kita walaupun begitu keadaannya...kerana Islam masih agama rasmi...dan sungguh walaupun banyak kepincangan dalaman,ia merupakan nikmat yang cukup2 besar buat generasi sekarang mahupun terkemudian...paling kurang generasi kemudian tahu apa itu Islam...biar bukan cahaya yang terang mereka dapat,cukuplah dengan adanya at-Taariq sebagai panduan buat para pencari kebenaran didalam kegelapan fitnah dajjal...

    bukan maksud saya untuk kondem semua pendapat dia atas...mahupun tuan punya artikel...tetapi sekadar mengajak memandang dari sudut yang berlainan dan latiff tentang semua ini...berhenti menjadi sang algojo dalam memandang dunia...cara pandangan dari satu arah tidak sempurna dan tidak adil...hanya dengan ilmu yakin dapat membuatkan kita lebih memahami dengan cara dan pendekatan Ya Latiff...

    Sungguh,jika Tuhan itu bukanlah Ya Latiff,kita semua takkan dapat bernafas bila sudah melakukan dosa pertama dalam hidup ini...

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  15. jikalah manusia itu menjadi hakim untuk menetapkan setiap insan ke neraka atau syurga,

    saya pasti,teramat pasti tiada satu insan pun akan ke syurga...semuanya akan ke neraka....

    jikalah manusia itu yang mentadbir alam ini menggantikan Tuhan,

    saya pasti,teramat pasti takkan wujud sekelumit pun kejahatan di dunia kerana menyangkakan ia satu perbuatan yang benar malah bijaksana...

    dan sungguh,segala puji bagi Allah yang telah menjadikan dunia ini sebegini sebagai satu cubaan bagi manusia...

    seperti kisahnya Nabi Musa as membantah setiap perbuatan Khidir...sungguh besar hikmah kisah itu jika kita hayati...

    wallahualam...

    ReplyDelete
  16. jika saya seorang yang jahat,anda kata saya jahat,semua orang kata saya jahat,anda tahu apa yang akan terjadi nanti?

    saya akan jadi lebih jahat dari yang sebelumnya...

    tetapi bayangkan...

    saya seorang yang jahat,ada segelintir manusia yang memberi pengharapan buat saya...tingkah laku mereka membuatkan saya kenal bahawa Tuhan saya itu Maha Pengampun,Maha menerima taubat,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...tingkah saya yang seterusnya hanya ada dua kemungkinan besar...

    iaitu saya teruskan dengan kejahatan yang ada tanpa menjadi lebih teruk dari yang sedia ada,kerana belum dapat hidayah,

    dan kemungkinan besar yang kedua ialah...
    saya bertukar sedikit menjadi yang lebih baik dari yang sebelum...dengan pertolongan Tuhan saya dapat memperbetulkan segala kesilapan saya yang lalu...

    kemungkinan kecil adalah saya bertukar menjadi lebih jahat dari yang sebelumnya...

    inilah psikloginya...

    jangan padamkan api dengan api,tetapi gunakanlah air...yang sejuk lagi menenangkan...

    wallahualam...
    wallahualam...

    ReplyDelete
  17. Sekadar pandangan peribadi daripada nobody:

    Sekiranya ada 3 parti yang bertanding contohnya Parti A, B dan C. Ada 30 juta pengundi.
    Parti A 20 juta undi, B 5 juta undi, C 3 juta undi, dimana ada 2 juta undi rosak.
    Parti A akan bermaharajalela melaksanakan kemahuan nafsunya kerana mereka menyedari kekuatan mereka yang diberi kuasa oleh 20 juta pengundi. Rakyat akan ditindas bagi kesemua 30 juta pengundi.

    Bagaimana pula,
    Parti A 5 juta undi, B 4 juta undi, C 1 juta undi, dimana ada 20 juta undi rosak. Mereka akan kehilangan kuasa untuk melakukan kezaliman kerana adanya 20 juta rakyat yang tidak diketahui undi sebenar mereka di masa akan datang kelak.

    Gunakanlah Hak kita Sebagai Pengundi di Malaysia untuk TIDAK MENGUNDI! Jangan berikan mereka kuasa untuk menindas dan menyalahguna kehidupan kita!

    ReplyDelete
  18. boleh sahaja klu umat islam di malaysia ini tak mngundi atas alasan tiada keyakinan pd mana2 parti yg mewakili umat islam. tapi, adakah dgn bgitu, yg bukan islam tidak akan mngundi? sy berpendapat, hakikat yg cuba ditunjukkan oleh penulis adalah kehambaan ahli2 politik yg turut diikuti oleh pengikut2 mereka. yg sebenarnya, kelemahan kita adalah tidak menegur atau menegur dgn cr yg salah hinggakan teguran itu tidak sampai.

    ReplyDelete
  19. boleh sahaja klu umat islam di malaysia ini tak mngundi atas alasan tiada keyakinan pd mana2 parti yg mewakili umat islam. tapi, adakah dgn bgitu, yg bukan islam tidak akan mngundi? sy berpendapat, hakikat yg cuba ditunjukkan oleh penulis adalah kehambaan ahli2 politik yg turut diikuti oleh pengikut2 mereka. yg sebenarnya, kelemahan kita adalah tidak menegur atau menegur dgn cr yg salah hinggakan teguran itu tidak sampai.

    ReplyDelete
  20. Yang benar di penghujung usia dunia ini yang Rasullullah s.a.w tinggalkan kepada kita adalah Al-Qur'an dan As-Sunnah. Yang lain-lain semuanya bercampur dengan kebatilan seperti nasi yang bercampur dengan racun. Adakah kita berani memakan nasi yang bercampur dengan racun yang akan memusnahkan kita...???

    ReplyDelete
  21. Pemerhati Sepi mungkin bukan seorang Islam. tak caya? cuba tgk profile dia. hanya ada seorang follower dlm blog dia & dia juga follow blog milik org yg follow dia. so, dia cuba nak provoke blog umat terakhir. tapi umat terakhir mmg terbaekk

    dah lama aku tak komen kat sini

    -phantom

    ReplyDelete
  22. ini semua salah UMNO. sial punya UMNO.

    -Mahadir

    ReplyDelete
  23. untuk mengelakkan dari Allah disyirikkan, elok kita bunuh sahaja semua orang-orang kafir di Malaysia malah di dunia ni. Confirm takde kes mensyirikkan Allah lagi..bunuuhhhh!!

    ReplyDelete
  24. jangan. dengar sini jagalah diri kamu isteri kamu dan anak kamu dari api.....

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.