8 Oct 2012

Mind Game: Anda dipaksa untuk menjadi sibuk


Anda sedang dilalaikan


SAMA ADA anda sedar atau tidak, anda sebenarnya sedang dipaksa untuk menjadi orang-orang yang sibuk. Erti kata lainnya, anda sedang sibuk atas perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda menyibukkan diri.

Anda adalah penyibuk, busybody. Anda jadi begitu setelah anda dipaksa untuk menjadi sibuk. Terlalu sibuk terhadap perkara-perkara yang tidak sepatutnya pula akan menyebabkan anda menjadi orang-orang yang lalai sehingga mudah di-kambing-kan, mudah di-dungu-kan, mudah diperbodohkan dan mudah pula dipergunakan. Ia sebab anda lalai, terlalu lalai sehingga terlupa. Lalai terhadap apa?

Dalam artikel sebelum ini, diberitahu bahawa rancangan sulit Zionis membina negara haram Israel berjaya di-plot-kan pada ketika umat Islam di negara-negara mereka disibukkan dengan penjajahan oleh kuasa-kuasa Eropah.

Ketika era penjajahan, umat Islam (kita ambil negara Islam sahaja dalam konteks ini) disibukkan dengan usaha membebaskan diri mereka dari penjajahan di negara tumpah darah mereka. Sejak dijajah, umat Islam berjuang untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman kuasa asing. Cuba periksa, lihat berapa banyak negara Islam yang berada bawah kuasa penjajah semasa era kolonial dan imperial.

Disebabkan terlalu sibuk, mereka pula (sebilangan besar, bukan semua) hanya memikirkan mengenai cara memerdekakan negara mereka sendiri sahaja tanpa serius memikirkan cara untuk sama-sama membantu membebaskan negara-negara Islam yang berjiran dengan negara mereka. Bukan tidak ada yang mahu membantu negara jiran sesama Islam yang sama-sama dijajah, tetapi bantuan sesama itu kurang serius. Mereka mahu membebaskan diri mereka sahaja, tetapi kurang serius memikirkan nasib saudara mereka di negara jiran.

Ada pula yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadikan negara jiran sebagai sebahagian daripada negara mereka walaupun jiran mereka itu tidak sudi kerana mahu mengembalikan kedaulatannya sendiri tanpa rela lagi kehilangan kedaulatan setelah dipaksa untuk bernaung dibawah sistem baharu (contoh: kes cubaan memasukkan Malaya ke dalam Indonesia yang mana boleh menyebabkan Malaya hilang kedaulatan raja-raja Melayu Islam di bawah sistem republik) . Bagaimanapun, mereka tetap sibuk akibat disibukkan atau dipaksa untuk sibuk oleh penjajah. Mereka terlalu sibuk berjuang. Mereka sibuk, kita juga sama-sama sibuk.

Pada ketika Perang Dunia Kedua (WW2) pula, umat Islam disibukkan dengan usaha menyelamatkan diri serta ahli keluarga masing-masing daripada bahaya peluru sesat dan bahaya bom-bom buta yang digugurkan dari pesawat. Sungguh sibuk kerana dipersibukkan untuk menjaga diri serta keluarga. Mahu duduk di kampung, tak selamat sebab ada tentera Jepun, Siam dan Jerman. Mahu lari ke hutan pun tak selamat sebab ada komunis. Sungguh sibuk jadinya, hanya ligat memikirkan keselamatan diri dan keluarga.

Selepas tamat WW2, disibukkan lagi dengan usaha membina negara yang merdeka. Di negara-negara lain pula, mereka disibukkan dengan perebutan kuasa sesama mereka kerana pihak kolonial belum kembali tiba untuk mentadbir semula negara mereka. Mereka jadi sibuk untuk mentadbir walaupun bercakaran sesama sendiri.

Di Malaya, umat Islam yang majoriti Melayu disibukkan pula dengan idea jahat British untuk mendirikan Malayan Union. Orang Melayu beragama Islam kemudian menjadi terlalu sibuk berjuang untuk melenyapkan sebarang usaha British untuk Malayan Union.

Orang Melayu disibukkan dengan perjuangan memerdekakan negara. Kemudian muncul pula kumpulan Melayu yang lain sehingga tercipta perpecahan di ambang kemerdekaan. Semakin sibuk jadinya. Sejak 1511 sehingga dekat nak merdeka pun, orang Melayu tidak habis-habis disibukkan dengan macam-macam dugaan. Itu yang berlaku di Malaya.

Di lain-lain negara yang turut dijajah, mereka juga dipaksa untuk sibuk. Selepas satu isu jadi reda, timbul pula isu baharu dan tidak habis-habis mereka disibukkan dengan macam-macam perkara.

Dalam keadaan sibuk di seluruh dunia yang tidak henti-henti selama beratus tahun itu, tiba-tiba Zionis sudah pun mendarat di Palestin dan membina negara haram pada pertengahan 1948. Umat Islam yang tidak sedar atau lalai dengan plot Zionis itu kemudian terlopong, ternganga dan terkejut apabila mendapat tahu Yahudi Zionis sudah membina negara haram di atas bumi Palestin. Sedang umat Islam masing-masing sibuk memerdekakan negara sendiri, tiba-tiba sahaja dapat satu berita tergempar iaitu tanah saudara kaum Muslimin di Palestin sudah diduduki Zionis.

Zionis berjaya mendarat, merodok dan merampas bumi Palestin pada ketika kita semua terlalu sibuk akibat disibukkan oleh penjajahan, perang dunia, persengketaan sesama sendiri dan sebagainya. Apabila kita sibuk, kita dengan sendirinya akan jadi lalai serta lupa.
-----


Anda masih dipaksa menjadi sibuk

Sungguh dan ia sungguh, biar pun zaman penjajahan dan perang dunia telah berdekad-dekad lama berlalu, umat Islam masih lagi dipaksa menjadi orang-orang yang sibuk dan sedang dipaksa hidup dalam kesibukan yang dipaksa untuk digalas.

Semua kesibukan itu dijalankan dalam satu susunan rancangan yang rapi lagi halus. Persengketaan dicipta untuk menimbulkan ketegangan dan ia menjadikan manusia sibuk bertegang urat sesama mereka.

Kemudian demokrasi pula mengambil alih tradisi pemerintahan dan mencipta lebih banyak ketegangan dalam kebanyakan negara. Makin sibuk jadinya, siang berpolitik, malam pun berpolitik, dalam bangunan berpolitik, di kedai kopi berpolitik, tepi jalan pun berpolitik, dalam semak berpolitik, dalam surau berpolitik, dalam masjid pun berpolitik, sampai dalam jamban dan bilik hotel pun sibuk berpolitik lagi. Dua puluh empat jam tak habis-habis sibuk dengan politik. Sibuk-sibuk.


Disebabkan slogan demokrasi, sesebuah negara boleh diheret masuk ke dalam kancah perang sebab sibuk bersengketa akibat tak dapat capai persefahaman. Bila sahaja perang, tersangatlah lebih sibuk jadinya. Sibuk tak habis-habis. Disebabkan slogan demokrasi itu juga, dua saudara boleh berbunuhan sesama sendiri.

Bagi orang-orang yang tidak ambil kisah dengan perkembangan dunia pula, mereka tak habis-habis sibuk dengan dunia hiburan. Tak habis-habis sibuk dengan cerita artis, sibuk gosip sana-sini. Ada lagi yang lebih hebat, sibuk berhibur di sana-sini dan tak ambil peduli langsung dengan perkembangan dunia, sibuk berpesta di sana-sini, bertukar pasangan, sibuk-sibuk saja kerjanya.

Sibuk sangat berseronok, sampai tak sedar dengan arus dunia yang semakin tegang, jangan sampai apabila tersedar nanti sedar-sedar sahaja musuh sudah acu senapang dan meriam ke muka. Nah, itulah sebab asyik tak habis-habis nak sibuk berseronok sangat, sedar-sedar sahaja diri sudah jadi mangsa perang. Sibuk sangat menonton TV dan rancangan hiburan, sedar-sedar sahaja rumah sudah kena bom dengan musuh.

Akibat terlalu sibuk sehingga lalai, manusia jadi lupa untuk mempersiapkan diri. Jadi lalai sehingga tidak tahu dengan apa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Jangan sampai apabila sudah dikejutkan dengan kejutan-kejutan di luar jangkaan, kamu hanya akan jadi orang yang hanya tahu menangis sahaja. Kenapa hanya  tahu menangis? Itu sebabnya tak pernah ada usaha mempersiapkan diri dengan kemahiran survival di kala menghadapi worst case scenario, akibatnya hanya pandai menangis sahaja. Apa nangis-nangis? Musuh sedikit pun tak akan ada sifat kasihan kepada kamu.

Memang, kita tidak habis disibukkan dengan macam-macam perkara sampai terlupa untuk waspada. Sibuk berpolitik, sibuk bercakaran, sibuk maki hamun, sibuk buat kacau, sibuk tabur fitnah, sibuk itu sibuk ini, dua puluh empat jam tak habis-habis sibuk.


Ada lagi yang jenis sibuk kumpul harta sampai terlupa untuk membahagikan sebahagian harta kepada orang miskin dan fakir, sampai terlupa mengeluarkan zakat, sampai terlupa berbuat amal jariah. Hanya tahu sibuk memenuhkan kantung sendiri dan sibuk bergaya menunjuk-nunjuk kekayaan diri sampai tidak mempedulikan nasib orang lain. Apabila rugi dalam perniagaan, mula menyalahkan orang lain. Walhal, dia terlupa bahawa kerugian yang dialami itu disebabkan harta-harta itu ditarik balik oleh Yang Memberi Rezeki atas sebab tidak membahagikan harta melalui zakat, sedekah dan amal jariah.

Jadi sibuk kumpul harta sebab sibuk-sibuk nak jadi kaya dan sibuk-sibuk mengejar dunia. Maklumlah, dunia ini kebanyakan orang pandang harta. Jadi, dia pun sibuk-sibuk kumpul harta sampai terlupa yang sebahagian hartanya itu diwajibkan untuk dibahagikan kepada golongan miskin dan fakir. Dua puluh empat jam sibuk mengira harta, ingatlah bahawa kalau terjadi perkara di luar jangkaan, duit itu tidak boleh membeli semua perkara.

Kita bukannya dilarang daripada mengumpul harta, tapi ada syarat-syaratnya yang perlu kita taat sekiranya kita ada miliki harta. Ingat, bukan semua bahagian harta itu milik kita semuanya, ada bahagian untuk kita, ada bahagian untuk zakat. Daripada sibuk-sibuk kumpul harta, lebih baik luang masa pergi ke pejabat zakat, bukan banyak sangat pun bahagian harta yang diwajibkan zakat. Berzakat tak akan jadikan kita orang miskin pun.

Sejak zaman penjajahan, kita disibukkan dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Semasa perang dunia, kita disibukkan dengan usaha menyelamatkan diri dan keluarga. Selepas perang, kita disibukkan dengan perjuangan membina semula semua yang musnah akibat perang. Apabila merdeka, kita disibukkan dengan membina negara. Selepas merdeka, kita disibukkan dengan politik, sibuk kumpul harta dan macam-macam lagi.

Perlu disedari bahawa kita sepatutnya sibuk dengan perkara yang berfaedah. Daripada sibuk bercakaran sesama sendiri, lebih baik kita luang masa untuk berdamai sesama kita. Daripada sibuk berhibur menyumbat muzik ke dalam telinga sampai tak ingat dunia, lebih baik kita luang masa untuk cari ‘kesunyian’. Daripada sibuk kejar harta dunia sampai tak fikir kesusahan hidup orang lain, lebih baik kita luang masa buat amal jariah.

Cukuplah sibuk-sibuk yang tak bawa manfaat itu. Kerana apabila anda tersedar nanti, anda sudah kehilangan segala-galanya dalam keadaan anda tidak bersedia.

Kalau semasa zaman penjajahan dan selepas perang dunia, umat Islam sudah dikejutkan dengan kejayaan Zionis membina negara haram di bumi Palestin. Itu adalah shocking sensation yang dihempap ke atas kepala umat Islam akibat terlalu sibuk sampai tidak sedar akan segala perancangan mereka. Itu yang berlaku pada lebih setengah abad lalu.


Dulu mereka telah berikan shocking sensation akibat kelalaian umat Islam. Kalau dulu mereka boleh buat semacam itu, mereka pasti boleh buat sekali lagi yang jauh lebih mengejutkan kalau kita terus sibuk dengan hal dunia sampai terlalai.

Mungkin kali ini mereka akan beri kejutan penuh sensasi pada ketika kita sedang sibuk berpolitik, ketika kita sedang sibuk bercakaran sesama kita, pada ketika kita sedang sibuk mencaci maki sesama kita, pada semasa kita sedang sibuk kejar harta, pada semasa kita sedang sibuk berhibur sampai terlalai tak ingat dunia.

Mereka telah ambil peluang keemasan semasa perang dunia yang mereka cipta untuk kita. Mereka telah ambil peluang semasa kita sedang sibuk dengan penjajahan yang mereka cipta untuk kita. Kali ini, mereka juga akan pasti ambil kesempatan semasa kita sedang sibuk dengan mentaliti keduniaan yang juga mereka cipta untuk kita sehingga kita saling bercakaran.

Jangan sibuk-sibuk.
Luang sedikit masa.

Sedarlah,
Anda sedang terlupa melakukan perkara rukun dalam hidup anda,
Lakukan segera ‘sujud sahwi’ dalam hidup anda apabila
anda telah tersedar daripada kelalaian dan kelupaan.


Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.


Apakah perkara rukun yang anda terlupa itu?
Kami tidak sediakan jawapan..



-STALKER-
I’m stalking you.



.

9 comments:

  1. Salam saudara,

    artikel yg benar dan menarik, sy bertambah dalam lagi berfikir hal seibuk x sudah menyudah ni.
    Terima kasih atas kesadaran tu.

    Sy juga nak bertanya, kenapa semua bab pasal TENAGA dah xde, dulu2 sy sempat baca gak, sekarang nak baca balik buat reference dah xde. ade kesilapan ke? sy bernar2 berharap dapat baca balik terutama "belajar dari org jepun" & "tenaga murni". harap encik dapat memberi jawapan balas.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. salam kembali Pak Anas.

    terima kasih kerana sudi berfikir.

    siri artikel tenaga digantung buat sementara waktu atas sebab tertentu. kita khuatir kalau ada orang yang tersalah tafsir semasa mendalami ilmu itu.

    harap maklum.

    _WAQQAS

    ReplyDelete
  3. setiap kita mainkan peranan ikut kemampuan.

    Berat sama2 pikul, Ringan sama2 jinjing.

    Nak tarik 'rambut dari tepung' perlu kosentrasi dan ketenangan.

    tarik nafas dalam2 dan FOKUS.

    banyakkan Iqra', zikir, fikir, dan senyum... =)

    Ujian ini memang BERAT, dan kita dipilih untuk melaluinya.

    ReplyDelete
  4. Salam dari yg empunya salam.

    "Kenalilah dirimu rata-rata..." wahai sekalian penanggung rahsia..

    Disitu ada pemula cerita.
    Disitu ada jalan cerita..
    Disitu ada penamat cerita...

    Moga dalam 'permainan' ini kitalah juaranya.
    Pulangnya nanti dengan rasa dan senyum puas...
    Tenang...nan damai..
    Redho lagi diredhoi.

    ReplyDelete
  5. Salam Setitik Rahasia,

    Semua yang ada di langit & di bumi selalu meminta kepadaNya.
    Setiap waktu Dia dalam kesibukan.

    Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

    Surah Alr-Rahman, ayat 30 & 31.


    . asalku

    ReplyDelete
  6. Salam bro. Baik kita sibuk dalam melakukan perkara-perkara arif dan bantu-membantu sesama saudara SeIslam kita yang kurang bernasib baik.

    ReplyDelete
  7. Slm.
    Betul. Sibuk sangat. Jadi robot dah kt dunia.
    Lupa hak kepada Yang menciptakan. Padahal sangat tak cukup masa, nak beribadah, apatah lagi untuk menegakkan syahadah yang disebut setiap hari dalam solat.
    Memang amatlah sedikit yang bersyukur.
    Sabar & taqwa sbg perisai, niat yang betul dlm setiap perkara, bukan kerana manusia, bukan kerana mengejar dunia. Yang lebih penting sebab mencari keredhaan Allah.. :)
    Terima kasih untuk artikel yang membuatkan berfikir..

    ReplyDelete
  8. Salam.
    'Anda dipaksa untuk menjadi sibuk'

    Amat benar apa yang dikata,tiada cacat atau celanya..
    Bukan pada artinya yang tersurat,tetapi pada makna artinya yang tersirat...

    Sibuk-sibukkanlah dengan 'diri' yg didalam.
    Cari dan kenalah dgnnya.

    ReplyDelete
  9. Umat Islam sudah lupa kepada Sunnah Rasulullah SAW yg paling besar iaitu BERJEMAAH."Jemaah itu Rahmat, pecah-belah itu Azab". Jemaah asas kepada Ummah. Jemaah itu bersatu atas nama Allah dan Rasul.Memperjuangkan Islam dalam segenap sudut kehidupan.

    Jemaah mestilah diketuai oleh seorang pemimpin atas dasar taqwanya. JEMAAH KEBENARAN, pemimpinnya dilantik oleh Allah.Sudah disebut ciri-cirinya didalam hadis Rasulullah SAW. Kita sudah kesuntukan masa. Pilihan ditangan anda...

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.