4 Mar 2013

Perspektif Art of Con: Lahad Datu Quail Drop


TRAGEDI di Lahad Datu, Sabah memang menggemparkan bagi sesetengah pihak yang tidak mengikuti perkembangannya sejak dari awal (sejak Borneo Utara diserah kepada British di zaman kolonial).

Sebelum ini, dilaporkan antara 100 hingga 180 orang yang didakwa sebagai askar diraja Sulu telah mendarat di Lahad Datu baru-baru ini, manakala antara 300 hingga 400 orang lagi sudah lama berada di sana.

Keadaan getir telah menyebabkan kerajaan Malaysia mengambil langkah untuk berunding dengan kumpulan bersenjata berkenaan. Kita juga tidak tergamak melabel mereka dengan gelaran yang tidak enak, kerana mereka juga adalah mangsa dalam hal ini.

Rundingan tersebut yang berlangsung selama lebih seminggu itu adalah untuk mengelak pertumpahan darah melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak berkuasa Malaysia (attachment B polis) serta pihak bersenjata yang mendakwa diri sebagai tentera diraja Sulu.

Malangnya, pertempuran tetap tercetus apabila pihak bersenjata Sulu dilaporkan menyerang angkatan Attachment B Polis Diraja Malaysia iaitu Skuad Komando Polis VAT69 pada Jumaat lalu (1 Mac).

Bermula dengan serangan itu, pelbagai pihak (terutama makhluk-makhluk politik dungu) di Malaysia mula membuat spekulasi untuk keuntungan puak masing-masing, malah ada yang sampai ke tahap menyebarkan propaganda persuasif berbaur politik memandangkan proses pilihanraya demokrasi yang makin hampir.

Malah, ada juga makhluk politik yang mengatakan ia adalah konspirasi yang dijalankan oleh pihak yang tidak sehaluan dengan mereka. Walhal, kita melihat kenyataan itu dari sudut yang sebaliknya.

Pihak agensi risikan (intelligence/perisikan/spy authority) Filipina melaporkan, hasil risikan mereka mendapati pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu didalangi oleh seseorang yang mempunyai pengaruh politik bukan dominan dari Malaysia.

Laporan itu didedahkan kepada media oleh Presiden Filipina, Benigno Aquino di hadapan para pemberita tempatan Filipina dan media antarabangsa dalam sidang akhbar pada hari pertempuran tercetus (1 Mac).

Ia (laporan risikan Filipina) tersebut juga mendapat liputan daripada agensi-agensi berita antarabangsa seperti Reuters dan seumpamanya yang turut hadir dalam sidang akhbar yang sama dan turut memetik pertalian seorang individu dari Malaysia walaupun tidak diberikan nama individu politik Malaysia itu.

Bermula dari situ, identiti seorang individu politik kurang dominan dari Malaysia mula disebut-sebut di seluruh dunia terutama apabila tragedi Lahad Datu itu turut mendapat perhatian media-media Barat. Namun, dia bukan pihak unknown yang akan kita sebutkan di perenggan-perenggan bawah nanti.

Selepas media Filipina dan media Barat melaporkan penglibatan individu politik dari Malaysia, maka akhbar-akhbar dari Malaysia pun memetik laporan-laporan tersebut untuk diterjemah dan disiar dalam penerbitan masing-masing.

Tiada istilah fitnah dalam petikan nama individu itu kerana media Malaysia hanya memetik berita yang sudah pun dilaporkan oleh media Filipina dan media Barat kepada dunia.

Malang sekali lagi, ia berubah menjadi senjata politik apabila pendedahan oleh pihak risikan Filipina itu pula dijadikan bahan spin untuk keuntungan politik individu terkait.

Itulah masalahnya jika semua benda mahu dijadikan modal untuk politik. Itulah masalahnya jika bijak memutar belit keadaan sehingga isu utama diremehkan dan diperlihatkan seolah-olah hanya sebagai wayang politik.

Kita tidak melihat tragedi ini melalui kanta politik. Individu politik yang tidak dominan dari Malaysia itu juga bukan orang yang kita mahu lihat biarpun namanya dikaitkan melalui hasil risikan tentera Filipina. Kalau boleh didakwa di The Hague, maka dakwalah dia di sana untuk dibuktikan dan disabitkan.

Isu ini sewajarnya harus dilihat dari kaca mata yang lebih luas, tidak hanya dari sudut sejarah kolonial di Kepulauan Borneo dan juga dalam skala hubungan negara ASEAN semata-mata. Kita tidak melihat itu semua di Umat Terakhir kali ini.

Kita tidak mahu melihat dari sudut teknikal sejarah mengenai pemilikan Sabah sejak era kolonial, ia sewajarnya dibahas di atas meja ahli sejarah kedua-dua pihak. Kita juga tidak melihat dari kaca mata ASEAN kerana ia sewajarnya dibincang atas meja diplomasi. Itu pun kalau berkaitan.

Sebaliknya, kita melihat isu ini dari kaca mata yang lain. Kanta lihat yang tidak ramai terfikirkan mengenai siapa pemangsa yang sebenar.

Dari kaca mata con-artist.

Banyak pihak yang memainkan peranan sebagai role-players dalam masalah ini. Tragedi di Lahad Datu juga menghampiri situasi yang dinamakan sebagai 'The Quail Drop' dalam Art of Con. Kita melihat perkara ini dari kaca mata seorang con-artist.

Walaupun begitu, kita tidak memaksa anda untuk melihat perkara ini dari kaca mata seorang con-artist.


"Let's steal a planet. Let's steal the universe."


Dalam dunia con-artist, anda boleh mencuri apa sahaja yang anda suka.

Orang yang anda sangka pencuri itu pula tidak semestinya seorang pencuri, ia hanya prasangkaan anda yang mengatakan dia sebagai pencuri walhal dia bukan pencuri.

Manakala orang yang anda tidak pernah sangka-sangka pula adalah pencuri yang sebenarnya walaupun kelibatnya tidak pernah melintasi ruang penglihatan anda semasa ia mencuri.

Ya, ia adalah permainan conman yang menjadikan dua atau lebih banyak pihak lain sebagai mangsa. Manakala conman hanya menunggu masa sesuai untuk mengambil kesempatan bagi memungut keuntungan.

Mangsa dalam tragedi itu ialah Kerajaan Malaysia, Pemerintah Filipina, pihak bersenjata Sulu dan anggota keselamatan Malaysia. Empat entiti inilah yang dijadikan quails (burung puyuh) dalam permainan ini, The Quail Drop atau juga Quail Hunting. Ia tidak sama seperti con-job yang digerakkan di bawah taktik Quail Game. Tetapi secara istilahnya, quail merujuk kepada orang yang diheret secara mereka tidak sedar untuk menjayakan con-job.



Mengapa permainan seperti itu dinamakan sebagai Quail Drop? Sila fahami baik-baik pengistilahan ini. Di Eropah dan Amerika, pemburu di sana gemar 'bermain-main' dengan puyuh buruan mereka sebelum burung itu ditembak dengan senapang.

Apa yang pemburu di sana lakukan ialah pertama sekali, mengesan di mana puyuh-puyuh itu bersarang di kawasan semak.

Kemudian, mereka membuat gangguan supaya puyuh-puyuh itu bertempiaran keluar daripada sarang dalam semak.

Gangguan itu seperti membaling batu atau kayu supaya terkena sarang puyuh. Akibat terkejut (diberikan 'shocking sensation' oleh pemburu), burung-burung itu pun sudah pasti melompat menyelamatkan diri kerana keadaan demikian sudah awal-awal diramalkan akan berlaku.

Semasa burung itu melompat, di sinilah masanya para pemburu berseronok dengan senapang di tangan mereka. Mereka akan menembak semua puyuh-puyuh yang sedang terkejut melompat terbang rendah akibat sarang diganggu itu.

Fahami situasi ini. Apabila semua puyuh itu terkejut, mereka akan tembak mati kesemuanya ketika puyuh-puyuh itu sudah mendedahkan segala kekuatan dan kelemahannya. Burung-burung itu pula hanya mampu terbang rendah, ia menjadikan keseronokan menembak itu bagai pesta.

Ia adalah salah satu daripada sekian banyak permainan klasik (classic con-game) yang menyeronokkan. Permainan ini tidak semestinya melibatkan kehilangan nyawa.

Dalam Quail Hunting, ada sesekali nyawa dikorbankan dan ada sesekali nyawa tidak dikorbankan.
---

Dalam tragedi Lahad Datu, situasinya menghampiri Quail Hunting atau Quail Drop.

Untuk memahami keadaan ini, kita memerlukan satu kemahiran untuk memahaminya. Ia adalah kemahiran 'forensik konspirasi' yang berbeza dengan teori konspirasi.

Bagi membolehkan kita menggunakan kemahiran ini, kita terlebih dahulu wajar mengutip semua petunjuk atau 'clue' untuk membolehkan kita menyusun segala kronologi petunjuk yang boleh membantu kita menghampiri penjelasan. Untuk ini, anda wajar melakukannya sendiri kerana di sini kita akan melihat dari kaca mata con-artist. Jangan sesekali malas untuk mendapatkan jawapan.
---

Mengapa dikatakan empat entiti itu sebagai burung-burung puyuh yang dijadikan mangsa atau marks?

Keempat-empat marks itu terlebih dahulu dicatur supaya bertelagah dan berbunuhan. Ia menghampiri pengertian Quail Drop, tetapi bukan seperti Quail Drop. Ia hanya sebagai meniru beberapa classic con-game yang pernah menggunakan taktik yang dinamakan sebagai Quail Drop. Sebab itulah ia menghampiri Quail Drop pada ketika ia tidak seperti Quail Drop yang menepati pengertiannya. Faham?

Pencerobohan pihak bersenjata Sulu ke Lahad Datu melibatkan bilangan anggota bersenjata yang kurang daripada 200 orang. Bilangan yang sangat kecil kalau diukur dengan kemampuan pihak keselamatan Malaysia. Namun, mereka mempunyai keberanian untuk mencabar kekuatan pihak keselamatan Malaysia walaupun jika dibandingkan dengan kekuatan pihak keselamatan Malaysia, mereka tidak akan mampu. Ada sesuatu yang kurang jelas di situ iaitu ‘apa’ yang membuatkan mereka berani?

Pasti ada pihak yang memberikan jaminan kemenangan kepada mereka, atas sebab itu mereka berani berbuat serangan demikian. Jaminan itu mungkin berupa bantuan sokongan ketenteraan sekiranya mereka tidak lagi mampu menghadapi pihak keselamatan Malaysia. Baiklah, kita masuk ke teori jenayah serba sedikit.

Ia seperti: pasukan bersenjata Sulu tidak gentar untuk menghadapi pasukan keselamatan Malaysia kerana mereka telah dijanjikan bantuan ketenteraan oleh pihak tertentu sekiranya mereka tidak mampu lagi untuk berperang, atas sebab itu mereka terus mara sambil mengharapkan ada bantuan ketenteraan untuk mereka bagi mendapatkan Sabah.

Jika mengikut alur taktikal The Quail Drop Job, pihak bersenjata Sulu sedang dipergunakan untuk kepentingan pihak yang lain. Pihak keselamatan Malaysia pula diheret masuk secara langsung. Begitu juga dengan Kerajaan Malaysia dan juga Pemerintah Filipina, sama-sama diheret masuk ke kancah ini oleh pihak yang mahu melihat satu situasi yang pihak itu inginkan.

Buat masa ini, kita label pihak yang tidak diketahui itu sebagai the shadow con (istilah bagi melabel seseorang penjenayah con yang belum dikenal pasti identiti mereka). Perenggan selanjutnya kita sebut ia sebagai shadow sahaja.

Apabila situasi menjadi tegang sebagaimana di Lahad Datu, ia menyerupai sarang burung puyuh yang sudah dilempar dengan batu dan kayu. Manakala pihak bersenjata Sulu dan pihak keselamatan Malaysia pula seperti burung-burung puyuh yang berterbangan menunggu untuk ditembak oleh pemburu (the shadow?). Fundamental bagi The Quail Drop Job terpakai dalam situasi ini.

Tuntutan pihak bersenjata Sulu ke atas Sabah hanya sebagai trigger atau picu atau kicking point atau kick start kepada the shadow untuk meneruskan permainan asalnya. Jika dilihat dari kaca mata con-artist, tragedi di Lahad Datu hanya sebahagian daripada keseluruhan con-play yang sedang dimainkan. Dalam kata lain, ia mungkin salah satu daripada babak-babak kecil yang terdapat dalam con-play. Jadi, apakah sebenarnya yang terkandung dalam keseluruhan con-play itu? Anda wajar belajar cara untuk membaca pemikiran sang penjenayah.


Permainan ini sedikit rumit untuk anda fahami. Terlalu banyak sudut untuk anda lihat. Terlalu banyak sisi untuk anda pandang. Terlalu banyak kanta yang perlu anda pakai. Terlalu banyak kabus (fog of war) yang perlu anda hilangkan sebelum anda boleh melihat pertaliannya satu per satu dengan lebih jelas. Ini mungkin cubaan untuk menjadikan plot ini sebagai salah satu daripada sekian banyak masterpiece of con-jobs.

Mungkin sekali ada pihak (conmen) yang memberi dana kepada pihak bersenjata Sulu untuk membuat persediaan memasuki Lahad Datu. Mereka dijadikan alat oleh the shadow. Apabila ia berlaku, the shadow sudah tentu dapat meramal bahawa tindakan memasuki Lahad Datu dengan senjata pasti sahaja akan menyebabkan Malaysia berjaga-jaga untuk mengangkat senjata. Situasi yang dijangka itu kita panggil sebagai expected scene yang berfungsi untuk to move to the next scene.

Ia seperti menghulur buah pawn hitam untuk dijamah pihak lawan. Buah pawn dihulur sebagai jerat untuk menumpaskan buah catur putih pihak lawan. Jika buah castle putih yang menumpaskan buah pawn hitam, maka buah castle putih itu mungkin akan terjerat untuk dihapuskan oleh buah catur hitam lain yang sedang menunggu di sudut-sudut yang terselindung. Ia kerana buah pawn hitam itu hanya sebagai umpan untuk dikorbankan oleh the shadow.

Pihak yang memberi dana kepada pihak bersenjata Sulu itu mungkin sudah lama mempunyai hubungan dengan mereka. Ia mungkin conman yang menyamar sebagai pihak yang menyokong cita-cita pihak bersenjata Sulu. Tanpa pihak bersenjata Sulu ketahui, mereka sebenarnya sedang dijadikan quail oleh conman untuk menjayakan salah satu babak penting yang diperlukan. Ketiadaan babak itu akan menyebabkan plot menjadi tidak sempurna atau terganggu.
--

Kanta-kanta lain yang perlu diberi perhatian


Anda wajar melihat perkara ini dari pelbagai sudut menggunakan pelbagai jenis alat bantu lihat seperti kanta atau mikroskop sekali pun.

Pertama sekali, kita wajar melihat blueprint fasa kedua bagi New World Order (NWO). Dalam fasa kedua ini, negara-negara Islam dijadikan sasaran untuk diheret masuk ke kancah kacau-bilau dan huru-hara bagi membuka laluan kepada ‘the world’ untuk masuk di setiap negara terbabit. NWO juga digerakkan oleh beratus ribu conmen di seluruh dunia.

Di rantau Arab dan sebahagian Afrika yang dihuni bangsa Arab, kita sudah sedia tahu mengenai Arab Spring. Kunci bagi Arab Spring ialah huru-hara, chaos dan panic. Ia juga menghampiri The Quail Drop Job tetapi masih berkisar dalam konteks Arab Spring itu sendiri.

Persamaan bagi setiap Arab Spring ialah kebangkitan rakyat di sesebuah negara untuk menumbangkan kerajaan sedia ada apabila propaganda persuasif berjaya mempengaruhi sikap rebellious rakyat terhadap pemerintah. Apabila berlaku huru-hara, ia juga bermaksud sarang burung puyuh sudah pun terusik. Maka, apa yang dilakukan sang pemburu apabila burung puyuh sudah meninggalkan sarang? Apa pula yang sedang terjadi kepada ‘puyuh-puyuh’ di sana, sudah memasuki sarang atau masih belum memasuki sarang? Keadaan di sana masih belum cukup tenteram kan?

(kita tidak memaksudkan orang Arab di sana sebagai puyuh. ia hanya sekadar label dalam konteks the quail drop job dan tidak lebih daripada itu.)

Dari kanta yang lain pula, Barat sentiasa berusaha untuk menyekat kemaraan China dalam persaingan ekonomi dunia. Kita simpan dahulu pernyataan ini sebagai kanta yang akan anda pakai dalam perenggan lain nanti.

Melalui kanta yang satu lagi, the shadow mempunyai proksi-proksi (memainkan peranan sebagai conmen) di negara-negara Islam untuk menjayakan con-job terbesar mereka. Proksi-proksi yang dipercayai oleh the shadow ini pula dijanjikan kuasa untuk memerintah sekiranya sesebuah negara itu telah berjaya dicuri (stolen). Ia sebagaimana Iraq, Mesir, Afghanistan dan lain-lain negara yang telah berjaya dicuri.

Jadi, sekiranya modul Arab Spring (berdasarkan the quail drop job) tidak berjaya dilaksanakan di lain-lain negara Islam yang bukan Arab, maka the quail drop job mereka perlu laksanakan dengan con-play jenis lain. Ia juga masih dalam ruang lingkup new world order war bucks atau skim wang perang yang berfungsi meminimakan kos perang. Kata lain, mereka membiarkan marks berperang sesama mereka sambil the shadow menunggu masa sesuai untuk mengutip segala hasilnya.

Manakala, proksi-proksi juga sedang menunggu untuk babak seterusnya. Jika keadaan di kepulauan Borneo semakin menular, ia menyebabkan skala sarang puyuh juga berubah menjadi lebih besar. Lebih buruk, jika di semenanjung Malaysia juga menghadapi situasi yang sama iaitu sarang puyuh diusik bagi membuatkan puyuh-puyuh berterbangan menunggu ditembak.

Bagaimana pula kemungkinan sarang burung puyuh di semenanjung akan diusik? Ia mungkin akan dicetuskan melalui huru-hara yang tidak mustahil berlaku selepas pilihan raya. Siapa tahu? Segala kemungkinan boleh berlaku. Huru-hara di semenanjung boleh sahaja digerakkan apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya untuk memulakan pemberontakan.

Apabila keadaan itu berlaku, ia menandakan seluruh Malaysia termasuk di Malaysia Borneo (Sabah dan Sarawak) berada dalam keadaan tidak stabil. Ia juga menandakan seluruh sarang burung puyuh sudah diusik sepenuhnya.

Mungkin sekali, itu adalah peluang yang ditunggu-tunggu oleh the shadow selepas menggerakkan dua babak penting iaitu babak pertama, pencerobohan pihak bersenjata Sulu di Borneo untuk menganggu sarang puyuh di Sabah dan Sarawak serta babak kedua iaitu keadaan huru-hara selepas pilihan raya di semenanjung untuk mengusik sarang burung puyuh di semenanjung.

Selepas sarang burung puyuh itu diganggu, apa yang akan terjadi kepada puyuh-puyuh itu semua?

Malaysia baharu sahaja memperbesar hubungan ekonominya dengan China baru-baru ini melalui Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) di Pahang (menghadap Laut China Selatan)  pada 15 Januari lalu. Tambahan pula, langkah itu dilihat berpotensi untuk menjadikan China sebagai naga ekonomi terbesar di dunia apabila Malaysia yang berada di laluan perdagangan terpenting dunia membuat usahasama dengan China. Langkah itu pastinya menjejaskan musuh-musuh ekonomi China.

Isu kesultanan Sulu sudah lama berlarutan, tetapi mengapa kemuncaknya tercetus pada ketika MCKIP terlaksana? Adakah kemungkinan hubung kait di antaranya? Bagaimanapun, sudut ini mungkin tidak cukup kuat untuk memperjelas mengapa semua ini berlaku. Namun, kita pada saat ini tidak boleh menolak sebarang kemungkinan ini kerana Malaysia terletak di laluan perdagangan laut terpenting dunia. The shadow juga mungkin mempunyai kepentingannya dalam hal kedudukan Malaysia dalam laluan perdagangan dunia. Manakala proksi-proksi pula semestinya bekerja untuk the shadow selepas dijanjikan kuasa, wang atau sebagainya sebagai ganjaran selepas melaksanakan con-job.
--

Di atas tadi adalah sebahagian kanta yang boleh digunakan untuk melihat keseluruhan permainan con-play ini. Kita tidak boleh melihat sesuatu perkara hanya melalui satu arah dengan satu kanta semata-mata. Sesuatu perkara itu wajar dilihat melalui pelbagai arah dengan menggunakan pelbagai jenis kanta. Jadi, apa sebenarnya yang sedang berlaku di Lahad Datu?

Kita juga tidak boleh mengatakan apa yang disampaikan Umat Terakhir ini sebagai fakta. Bukan. Tidak sama sekali. Jika ada yang mengatakan apa yang disampaikan Umat Terakhir ini sebagai fakta, maka anda silap.

Kita hanya menyediakan kaedah untuk anda berfikir mengenainya menggunakan sudut pandang dan membantu anda menggunakan kanta yang sewajarnya sekiranya anda mahu melihat perkara ini melalui kaca mata seorang con-artist yang mengetahui ia dilakukan oleh con-artist yang lain. Namun, kita tidak tahu siapakah the shadow atau unknown con-artist yang merekacipta con-play itu.

Jika ada yang mengatakan Kerajaan Malaysia mendalangi tragedi itu, maka anda silap. Jika anda kata tiada pihak lain yang berada di belakang pihak bersenjata Sulu, maka anda sekali lagi silap. Kalau anda berkata ia didalangi Pemerintah Filipina, anda sekali lagi silap. Semua entiti itu diheret untuk masuk ke dalam situasi tersebut tanpa mereka sedari.

Semua pihak itu sedang dijadikan alat dalam permainan ini. Sudah tentulah ada sesuatu yang ‘unknown’ di sebalik perkara ini. Jika anda melihat dari kaca mata yang sewajarnya, maka anda akan mampu melihat semuanya dengan tenang lagi jelas.

Dalam perkara ini, ada juga makhluk politik di Malaysia yang mengatakan ia adalah konspirasi yang dijalankan oleh musuh politik yang tidak sehaluan dengan mereka. Kita melihat kenyataan makhluk politik itu dari sudut yang sebaliknya.

Sebelum ini (dalam siri artikel Art of Con) kita ada memberitahu bahawa conmen (dalam sesetengah con-jobs) gemar menggunakan alasan konspirasi bagi menjadikan marks (mangsa-mangsa) percaya dengan kata-kata mereka kononnya mereka adalah mangsa konspirasi atau cuba mematahkan konpirasi. Seseorang conman kebiasaannya gemar menggunakan istilah konspirasi yang dituding ke pihak lain bagi menutup ‘sisi’ mereka sendiri. Namun, dalam perenggan ini, kita hanya memaksudkan dari konteks art of con. Kita tidak memaksudkan makhluk politik itu terlibat dalam perkara ini. Bagaimanapun, mengaitkan sesuatu dengan konspirasi bagi menutup sisi sendiri adalah sebahagian daripada sikap-sikap seseorang conman.

Berhubung tragedi pencerobohan pihak bersenjata Sulu ke Lahad Datu, kita melihat pihak bersenjata Sulu sebagai mangsa yang dipergunakan oleh pihak yang tidak diketahui. Bahkan, pihak Kesultanan Sulu juga menafikan pasukan bersenjata yang menceroboh Sabah itu sebagai mewakili mereka, Kesultanan Sulu menafikan kumpulan itu mewakili mereka.

Maka, sudah mungkin pihak bersenjata Sulu itu memasuki Lahad Datu atas dorongan pihak lain yang mahu mempergunakan mereka. Dalam hal ini, mereka adalah mangsa yang mahu memangsakan kedaulatan Malaysia. Kedua-dua pihak ini dijadikan mangsa oleh pihak yang tidak diketahui. Kita tidak berkata bahawa ini adalah fakta, ini kemungkinan tetapi bukan spekulasi, dan hanya sekadar mengajak anda berfikir.

Bagi Malaysia, sudah tentulah Malaysia sedaya upaya mempertahankan kedaulatannya dengan menyerang balas terhadap pasukan bersenjata Sulu di Lahad Datu. Manakala bagi pihak bersenjata Sulu, mereka bermati-matian berjuang selepas dijanjikan jaminan untuk memiliki Sabah. Namun, adalah mustahil pihak bersenjata Sulu itu akan mampu memiliki Sabah secara sah dengan cara bersenjata seperti itu tanpa mengikut prosedur/prosiding sepatutnya di ICJ.



Kitalah watak-watak perkasa.
Kita juga adalah mangsa-mangsa.


Damaikanlah saudara-saudara kamu yang sama agama dengan kamu.



-STALKER-



.

19 comments:

  1. saya berharap supaya semua kemelut ni terlerai dan orang yang bertanggungjawab menerima balasan setimpalnya. perit rasanya memikirkan berlakunya pebalahan sesama agama yang melibatkan negara kita. terlalu lama kita berusaha menjadi pendamai antara saudara-saudara kita di serantau dunia. kalau konflik kali ni sememangnya salah satu the play dari conmen, sedikit kesilapan akan menjadikan negara tohmahan dunia khususnya barat. saya tak mahu kuasa luar campurtangan dalam hal ni.

    ReplyDelete
  2. pencerobohan lahat datu hanya salah satu 'divert strategy' supaya semua cybertrooper kerajaan membincangkan topik ini dari menyerang pembangkang sedangkan cybertrooper pembangkang sentiasa menyerang kerajaan... pilihanraya dah dekat beb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm hal ini, cybertroop pr cuma mengambil kesempatan diatas kesulitan dan kelalaian sahaja..

      mereka akan sokong siapa saja asalkan berpihak utk tumbangkan kerajaan..

      Delete
  3. Salam,

    Dalm keadaan begini,apakah jalan yg terbaik yg boleh di amik rakyat M'sia? Kita terseret dalm kancah yg kita x mau mulakan.
    Puak2 sana walau apapun citer sedih sejarah mereka dolo2 adalah sgt x patut menyerang negara Islam dan membunuh bangsa seagama.
    Kalu kita aja yg mau berdamai sedangkan pihak 1 lagi suka berbantah2 dan bekeras kepala..manakan boleh jd damai?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,tuan Admin,apa yg saya perhatikan,satu masa dulu media mmg banyak memihak kpd kerajaan,tp sekarang ia dah di 'Trademark'kan dlm minda rakyat dan seolah2 fungsinya dah menjadi 'Anger generator'sbb melebih2 pro kerajaan,kemarahan rakyat semakin meningkat seolah2 fitrah hati dah takde..kalau saya berfikir bahawa media prima ade hubungan dgn prime media networks yg ownernya adalah wolfowiz yg merupakan proaksi the shadow salah satu roll player adakah munahsabah?

    ReplyDelete
  5. come to darkside...

    tq UT kerana mengajar pembaca tentang ape yang terjadi, pada mulanya sy menjangkakan selatan thai,namun meleset, tp selatan thai inprogres.sabah menjadi pilihan kerana ia lebih mudah melibatkan ramai pihak dan negara. armada pacific sentiasa memantau keadaan semasa indonesia selaku menangguk di air keroh

    zionis tahu jika malaysia berperang dgn filipina sudah tentu, mereka tidak mampu maka, zionis akan bagi tawaran kpd filipina

    zinois nampak china menjadi ancaman kepada ekonominya, dan sebolehnya diciptakan game utk perangkap kita semua

    ReplyDelete
  6. mengikut level pemahaman saya yg tidak seberapa...konflik sulu nmpk mcm permulaan atau TRIGGER kpd ssuatu yg lebih besar...nmpak mcm sgja dicipta di bawah pembiayaan ssuatu pihak untuk mencetuskan PANIC STATE(konspirasi???)...
    perjalanan isu ini akan mgkin sama dengan PERISTIWA ARAB SPRING tetapi melalui modus operandi berbeza,A yg mulakan huru hara...B pula cuba counter tp xberjaya lalu PANIC STATE pn terjadi...C,D,E,F,G-Z PLAK DENGAN PENUH MINAT MEMERHATI UNTUK CAMPUR TANGAN...DAN ENTITI-ENTITI POLITIK NEGARA AKAN SALING MENUDING JARI...
    Kemudian,'chaos' pun berlaku bila ada TRIGGER(isu) yang sensitif diganggu,lalu negara itu pn bergolak dan kuasa besar cmpur tangn..jadilah seperti ARAB SPRING,DAN akhirnya agama kita ISLAM diperkudakan...nauzubillah
    isu yang diketengahkan oleh umat terakhir ni agak menarik dan boleh dijadikan sebagai perantaraan antara realiti,fantasi,konspirasi...etc
    satu pendedahan yg terbaik jika kita kaji balik peristiwa2 peringkat global yang terdahulu

    ReplyDelete
  7. salam semua.

    sekadar tips untuk pembaca yang dihormati.

    kalau kita melihat dari kaca mata con-artist, kita hanya akan mampu melihat the quail drop game semata-mata sedangkan di sebaliknya terselindung lain-lain perkara yang cuba digerakkan secara con-play.

    tetapi apabila seseorang belajar untuk melihat dari kaca mata pengkaji teori konspirasi atau forensik konspirasi, yang kelihatan itu akan nampak lebih besar dan lebih teliti.

    teruskan memerhati

    dan

    terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk berfikir.


    -"nowhere" can anytime be now here or no where-

    ReplyDelete
  8. Damaikanlah saudara-saudara kamu yang seagama dengan kamu.


    ReplyDelete
  9. Siapa pengkhianat negara yg terang lagi jelas sekarang RCI IC palsu Sabah ditangguhkan lagi. Siapa yg dah mengaku berikan ic kpd rakyat filipina utk menangkan umno lawan PBS dulu. Pengkhianat itu madey kutty sendiri sanggup gadai keselamatan negara kerana kuasa. filipina sendiri mengaku 800K rakyatnya di sabah tetapi turut memiliki ic biru dan menjadi rakyat dua negara. Kemenangan pembangkang di malaysia akan sebabkan semua plot jahat umno/bn akan terbongkar. Pasti ramai yg akan menginap di Sungai Buloh nanti.

    Demi kuasa mereka ini sanggup korbankan rakyat sendiri utk terus menyokong mereka walau pun terbukti mereka pemimpin yg korup dan lemah. Penasihat pun dari puak yahudi APCO sendiri mau ingatlah mana ada yahudi yg baik dlm dunia ni ( Allah dah kata kaum yg kena laknat).

    Puak sultan sulu palsu ini pula minta bantuan filipina dan amerika yg kafir. Apakah mereka itu perjuang Islam sebenar? Minta tolong org kafir serang negara org Islam?

    Sokong penuh anggota keselamatan kita yg berjuang demi kerana Allah dan kedaulatan negara. Pemimpin lemah dan asyik bermain politik utk memburukkan pembangkang perlu disinkirkan dlm PRU13 ini.

    ReplyDelete
  10. salam,

    Anon Anonymous5 March 2013 00:28, berhentilah barang sekejap daripada bercakap soal politik di sini. juga berhentilah memaki hamun orang lain. ini soal keselamatan dan kedaulatan kita.

    ReplyDelete
  11. Thanks Stalker...ada ilmu dalam posting anda.
    Yg masukkan agenda politik tu dan bg gelaranyg bukan-bukan tu..cukuplah. Anda simpan saja pendapat anda. Saya pun tak suka beberapa dasar Tun Mahathir...tapi ia tak memberi lesen untuk memaki atau memberi panggilan hina kepada beliau. Kalau tak suka tunjukkan pada kertas empat segi masa PRU. Itu dah memadai dan berkesan.

    ReplyDelete
  12. Anonymous5 March 2013 00:28 masih terperangkap dlm ilusi permainan THH. Dinasihatkn supaya bykkn membaca surah akKahfi dan juga bykkn solat istikharah dan mohonlah sesungguh hati pd Allah swt tunjukkan jln yg benar...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..Sebagai umat islam,kite hidup di dunia ni adalah sementara...
    bagi pendapat saya,...ia bukannya kesalahan pada kita jika ditipu media pembangkang mahupun kerajaan..dan kita menjadi orng yg teranaya...dan Allah S.W.T telah menyatakan akan mengabulkan doa orng yg teranaya...bermakna sekarang lebih baik kita sebagai umat islam berdoa supaya diturunkan bala kepada pihak yg jahat..dan dipanjangkan umur kepada pihak yang baik..dan diingatkan supaya lebih baik tidak menyebut nama mana2 insan di dalam doa supaya lebih tepat...

    ReplyDelete
  14. untuk mengelakkan diri kita semua dari terus dijadikan mangsa, mungkin ini kucinya, seperti yang ditaipkan STALKER.

    "Damaikanlah saudara-saudara kamu yang sama agama dengan kamu"

    ReplyDelete
  15. 1. Mengapa K'jaan Malaysia bermesyuarat dengan kafir Filipina bagi menyelesaikan masalah ini sedangkan sepatutnya mereka bermesyuarat dengan keluarga Kiram yang Islam itu sendiri? Keluarga Kiram tidak pernah menyokong kafir Fili dan menggelar mereka anti-muslim.
    2. Mengapa K'jaan Malaysia BERSETUJU dengan Kafir Filipina untuk menggelar askar Kesultanan Sulu sebagai Pengganas? Ia satu label diketahui seluruh dunia diberi kafir kepada umat Islam yang mereka tindas.
    3. Mengapa tidak ada apa-apa komen dari pihak mana-mana Istana tentang hal ini? Sebaliknya pendapat Prof Khoo Kay Kim (kafir China, jika ada yg tidak sedar) pula diterima sedangkan Prof ini pernah menyangkal wujudnya Hang Tuah!

    ReplyDelete
  16. Anonymous 5 March 2013 23:11,

    1. Isu tu libatkan dua negara iaitu malaysia-filipina. so, ia wajar la dibincang antara kedua-dua negara. puak sulu tu tak mau bincang2 dah, depa tetap dgn pendirian depa. kalau sebelah pihak dah tak mau bincang, mcm mana nak bincang? tu pun konfius ke?
    2. apa hal pulak nak libatkan istana? pendapat khoo kay kim tu mana ada org terima bulat-bulat. dia pun pernah cakap, kalau tak setuju dgn dia pasal hang tuah tu, boleh kemukakan bukti sejarah kat dia utk buktikan kewujudan hang tuah tu. kalau hang tak setuju dgn pendapat dia, hang boleh la kemukakan bukti sejarah kat dia.

    yang aku nampak, hang ni tau jadi hero keyboard komputer je. pengetahuan habuk pun takdak.

    ReplyDelete
  17. Salam dan terima kasih Stalker,
    The Shadow sudah lama mengidamkan tanah si jantung pisang (hati?). Pusinglah lagu mana ...sudahnya, tetap bumi berkat dan bertuah ini yakni tanah semenanjung yang menjadi target utamanya. Drama rebut-merebut dipersempadanan adalah idea lama yang masih relevan untuk mengekang berlakunya penyatuan kembali tanah-tanah di nusantara atas nama persepakatan iman. Pakatan Iman lebih digeruni dari pakatan ekonomi Malaysia -China. Malah China adalah pemangkin kepada kesatuan ini. Mesej yang lebih besar “damaikanlah Negara-negara saudara-saudara yang sama agama dengan kamu” Keselamatan untuk semua. Dia tidak akan boleh mengambilnya maka dia menghalang ‘orang lain’ yang berhak dari mendapatkannya.

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.