29 Oct 2011

Berikan mereka jawapan


PARA PENCARI TUHAN:
Berikan mereka jawapan


TERLEBIH dahulu dimaklumkan, artikel ini bukan ditulis untuk tujuan provokasi terhadap mana-mana pihak. Ia hanya sekadar mahu membuka ruang berfikir kepada mereka yang mahu menyampaikan kebenaran yang sebenar-benarnya. Jika seseorang itu ikhlas mencari Tuhan, maka dia akan bertemu dengan jawapan sebenar iaitu hanya Allah adalah Tuhan yang wajib disembah oleh seluruh umat manusia dan seluruh isi alam, juga kebenaran bahawa Allah itu satu dan tidak boleh disekutukan dengan sesuatu yang lain.

Dalam usaha mencari Tuhan, kebenaran itu sesungguhnya hanya satu. Ramai di luar sana yang mahu mencari Tuhan, ramai yang ikhlas mahu mencari Tuhan. Kebenaran sentiasa dicari dengan hati yang suci dan dengan niat untuk hidup bersama landasan yang benar. Semua orang mahu merasai nikmat syurga dan atas sebab itulah kebenaran dicari.

Manusia dianugerahkan hati. Hati dalam konteks ini pula bukan dirujuk kepada organ dalaman yang terbentuk daripada segumpal darah, tetapi dirujuk kepada sesuatu yang sukar diungkapkan dengan perkataan. Hati yang memalitkan rasa ingin tahu, ingin mencari, ingin mengasihi, ingin dikasihi, yang merasa ada sesuatu dalam diri, yang cuba mencari jawapan kepada kebenaran, yang memutikkan sesuatu niat, yang membisikkan kepada diri untuk melakukan sesuatu yang sepatutnya, namun semua perkataan itu tidak mampu mengungkapkan maksud hati dalam konteks ini. Hati dalam konteks ini bukan bersifat fizikal sebagaimana organ dalaman tubuh manusia.

Dalam meniti pengertian hati, ada sesuatu yang wajar diketahui iaitu hati manusia diciptakan suci daripada kejahatan. Hati yang suci itu sentiasa mahu mencari kebenaran dan mencari Tuhan yang menciptakannya. Apabila kebenaran itu sudah mampu dilihat dengan mata hati, maka hati akan berasa senang dengan kebenaran itu, tiada lagi gusar takut tercicir daripada landasan yang difitrahkan. Berfikir adalah kuncinya kerana kebenaran itu hanya untuk mereka yang berfikir.

Di sini, akal yang waras sangat diperlukan dalam usaha mencari Tuhan. Berfikir menggunakan mata hati yang masih ada sisa kesucian adalah jalan terbaik. Lihatlah segala petunjuk yang telah diberikan Tuhan dan berfikir mengenainya menggunakan apa juga cara. Walaupun seseorang itu menggunakan sains untuk mencari Tuhan, dia akhirnya pasti bertemu dengan kebenaran jika meneliti segala ayat-Nya yang tidak pernah ada salah atau silap. Namun, hak untuk mengurniakan hidayah kepada mana-mana manusia yang berusaha mencari Tuhan adalah tertakluk di bawah kehendak-Nya yang Maha Berkehendak.

---

Dalam meniti isu murtad, ada beberapa perkara yang harus dilihat oleh umat Islam. Pertama, masih ada orang Islam sendiri yang ‘bergolak akidah’ mahu mencari Tuhan sedangkan kebenaran mengenai - Allah itu satu - telah terang lagi nyata. Kedua, seseorang Muslim tidak membantu saudaranya yang ‘bergolak akidah’ itu dalam usaha mencari Allah. Ketiga, seseorang Muslim itu malas berdakwah kepada saudaranya yang sudah sedia Muslim untuk memantapkan akidahnya. Itu adalah beberapa perkara yang biasa didengar.

Perkara utama ialah usaha kita harus fokus kepada mereka yang sedang mencari Tuhan, tidak kira sama ada orang Islam sendiri yang mahu mencari Tuhan atau orang bukan Islam yang mahu mencari Tuhan bagi menemui kebenaran mutlak. Pokoknya ialah ada orang yang mencari Tuhan dan bantulah orang-orang itu mencari Tuhan. Jika tidak dibantu, maka akan ada orang lain yang akan membantu memperkenalkan tuhan versi mereka kepada orang-orang itu. Orang-orang itu mahu mencari Tuhan yang sebenar kerana hati mereka berbisik kepada diri mereka untuk hidup dalam kebenaran. Berilah kelegaan spiritual kepada mereka.

Jangan disia-siakan niat hati mereka untuk mencari kebenaran, sebaik-baiknya ialah membantu mereka berjalan ke arah kebenaran yang sebenar-benarnya. Bantulah mereka melihat kebenaran dengan membantu mereka berfikir mengenai keterangan-keterangan dalam al-Quran.

Namun, ada sisi kelemahan di kalangan umat Islam sendiri iaitu kurang ilmu untuk membuktikan kebenaran. Umat Islam masih dangkal terhadap ilmu, masih teraba-raba mencari fakta yang selari dengan keterangan al-Quran untuk dihamparkan kepada para pencari Tuhan termasuk di kalangan umat Islam sendiri yang mahu mencari Tuhan kerana sedang kabur terhadap kebenaran.

Andai ditakdirkan salah seorang daripada kamu bersoal jawab dengan seorang paderi atau seorang umat Nasrani dalam perihal akidah, adakah kamu akan terkedu tidak mampu memberikan jawapan bagi membuktikan kebenaran agama Islam? Kamu fikir kamu terkedu dan hanya sekadar terkedu, tetapi sebenarnya kamu gagal menyampaikan kebenaran agama Allah kepada mereka sedangkan kamu mengakui Islam itu agama yang benar. Atas sebab itu, umat Islam gagal berdakwah kerana tiada ilmu untuk membuktikan kebenaran.

Ilmu itu penting dan carilah ilmu dengan niat kerana Allah, bukan untuk kepentingan kedudukan di dunia.

Bagaimana pula kalau kamu didatangi seorang rakan yang beragama Nasrani dan meminta kamu menceritakan mengenai Islam kepadanya. Kamu pasti berasa seronok apabila dia menunjukkan kesungguhan untuk mengenali Islam. Namun apabila kamu ditanya rakan itu mengenai pembuktian terhadap kebenaran Tauhid dan al-Quran, adakah kamu akan mula berasa tidak seronok dan terkedu tanpa jawapan yang boleh membuat dia berfikir mengenai kebenaran Islam?

Orang itu (rakan yang beragama Nasrani) bersungguh-sungguh mencari kebenaran, lalu dia bertanya begitu banyak soalan kepada kamu supaya kamu boleh meyakinkan dia mengenai kebenaran Islam. Tetapi malangnya, kamu gagal memberi bukti kerana tidak cukup ilmu. Dia sudah bersungguh-sungguh, tetapi kamu pula gagal.

Kegagalan itu menyelubungi umat Islam hari ini. Gagal menguasai ilmu yang bermanfaat untuk menegakkan agama Allah iaitu Islam. Jangan cepat berasa seronok apabila ada orang yang mahu memahami Islam, sebaiknya ialah cuba kuasai pelbagai ilmu supaya kita dapat meyakinkan orang-orang itu terhadap Islam dan tidak pula terkedu apabila dilontarkan pelbagai soalan bagi merungkai segala kebingungan dan kebuntuannya dalam mencari Tuhan.

Jika orang itu bertanya banyak soalan, ia satu proses biasa bagi orang yang mahu belajar. Jangan pula berpeluh kalau diserbu banyak soalan daripadanya. Maka carilah ilmu untuk menyediakan jawapan kepada orang-orang itu. Mereka mahu mencari Tuhan, berilah jawapan kepada mereka supaya mereka dapat berfikir mengenai kebenaran Islam. Apabila kita hanya mampu terkedu tanpa memberikan jawapan, ia seolah-olah kita telah membenarkan kekeliruannya itu dalam mencari Tuhan. Berilmu dan bijak adalah dua perkara yang sangat diperlukan dalam usaha dakwah terhadap golongan pencari Tuhan.

Sesungguhnya, Islam telah menyediakan semua jawapan terhadap segala persoalan yang menyelubungi manusia. Islam menyediakan jawapan terhadap segala persoalan penciptaan langit dan bumi, begitu juga dengan jawapan terhadap penciptaan manusia daripada ‘benih’ ibu dan bapa yang tidak diketahui oleh manusia-manusia dahulu kala, jawapan-jawapan itu (melalui al-Quran) telah diberikan kepada manusia melalui Nabi Muhammad sejak manusia selepas zaman Nabi Nuh sudah tidak mengenali sains dan teknologi akibat musnahnya tamadun canggih akibat Banjir Besar.

Carilah ilmu dan kembalilah kepada al-Quran supaya kamu dapat memberikan jawapan-jawapan itu kepada para pencari Tuhan dalam membantu mereka berfikir mengenai kekuasaan Allah yang Satu (Wahdaniyah), tiada dua atau tiga. Dan semoga jawapan-jawapan yang diberikan itu akan membawa mereka kepada pelukan erat terhadap Islam sekiranya Allah berkehendakkan demikian.

Jangan pula nanti kita juga akan terkedu apabila ditanya di hadapan Allah mengenai kegagalan kita menyampaikan kebenaran terhadap mereka-mereka yang mahu mencari kebenaran.

Umat Islam harus gigih mencari ilmu bermanfaat dan berdakwah tanpa mementingkan wang ringgit atau upah keuntungan dunia dalam menjalankan misi dakwah. Sampaikan keterangan mengenai kebenaran agama Allah terhadap para pencari Tuhan walaupun hanya dalam satu ayat. Apabila ada yang mahu mencari Tuhan, maka carilah orang-orang itu supaya mereka tidak mencari orang yang salah kerana mereka mahu mendengar ucapan-ucapan yang benar daripada golongan yang benar. Memang selalu ada yang mahu mencari Tuhan, carilah mereka dan bawalah mereka kepada kebenaran yang sebenar.

---

Belajarlah daripada kecerdikan Ahmed Deedat (lahir tahun 1918 dan meninggal dunia pada tahun 2005) yang mencari ilmu untuk menyampaikan kebenaran kepada umat Nasrani di seluruh dunia yang sesat mengatakan Tuhan itu tiga. Ahmed Deedat bukanlah daripada golongan yang belajar Islam secara formal. Namun, dia adalah seorang tokoh Islam di zaman moden yang berilmu dan pernah datang ke negara kita suatu masa dahulu.

Dia bukan sahaja faham dan ingat seluruh isi kandungan al-Quran dalam bab akidah dan tauhid, malah dia juga ingat seluruh isi kandungan Bible dalam semua versi hanya untuk memudahkannya berdebat dengan para paderi Nasrani dalam menegaskan keikhlasannya menyatakan kebenaran al-Quran. Pemahamannya terhadap isi Bible tidak pernah menjadikan dia sebagai Nasrani, tetapi pemahamannya itu dimanfaatkan untuk memperlihatkan kontradiksi Bible dalam menyelami pengertian Tuhan yang sebenarnya. Pemahamannya terhadap Bible juga dimanfaatkan untuk menyerlahkan kebenaran al-Quran terhadap umat Nasrani dan Yahudi.

Dia juga belajar bahasa Hebrew untuk berdakwah kepada para Yahudi dan juga Nasrani, dia juga berhasil membuktikan kepada para Nasrani bahawa kalimah Allah tidak akan ditemui dalam Bible yang ditulis semula dalam bahasa Greek (Septuagint) iaitu yang digunapakai dalam akidah Nasrani pada hari ini, sebaliknya nama Allah sangat jelas jika seseorang itu membaca Bible dalam versi bahasa Hebrew atau Yiddish.

Masih ingat lagi dengan kata-kata tegas Ahmed Deedat dalam satu debat yang dihadirinya: “You will never find Allah in Septuagint Bible because it is a translation version from Jewish scriptures into Grecian and the word Allah had turned into various meanings after translations. But in Hebrew text Bible, you will find that Jesus said: ‘Ellahi ehad’ like Muhammad said: ‘Allahu ahad.”

Ilmu itu penting, sangat penting dalam membantu usaha dakwah umat Islam. Perlu menguasai pelbagai ilmu termasuk menguasai bahasa pelbagai bangsa, sains, teknologi dan bermacam lagi yang boleh dimanfaatkan untuk agama.

Dalam menghadapi cabaran ini, saya teringin untuk melihat lebih ramai Ahmed Deedat akan lahir dalam dunia Islam hari ini. Diharap golongan yang bijak menyampaikan kebenaran Islam ini akan mampu menggerakkan usaha dakwah ke peringkat yang lebih cemerlang dan mampu mematahkan hujah songsang para penyesat.

Saya tidak mahu cakap lebih dalam menceritakan mengenai perjuangan Ahmed Deedat ini, sebaliknya kamu semua carilah bahan-bahan bacaan dan hasil tulisannya ataupun rakaman-rakaman sesi debatnya dan belajarlah daripada kebijaksanaannya dalam menyampaikan kebenaran kepada umat Nasrani.

Masalah murtad memang merungsingkan umat Islam, tetapi jika semua umat Islam bersungguh-sungguh seperti Ahmed Deedat dalam menyampaikan dakwah berpandukan al-Quran, insya-Allah lebih ramai akan mampu melihat kebenaran sehingga dengan ikhlas mengucapkan dua kalimah syahadah.

Umat Islam perlu berani menyampaikan kebenaran, jangan hanya tertunduk apabila dihadapkan dengan pelbagai persoalan akidah yang dilontarkan oleh para pencari Tuhan kepada anda. Jangan terkedu, sampaikanlah kebenaran itu dengan hati yang tenang. Ia kerana para pencari Tuhan itu mahu jawapan daripada kita untuk memahami pengertian ketuhanan yang sebenar, maka berilah jawapan-jawapan itu kepada mereka.

---

Para pencari Tuhan adalah segolongan manusia yang tercari-cari pengertian Tuhan yang sebenar-benarnya. Golongan ini diselubungi sekian banyak persoalan mengenai siapakah Tuhan yang sebenar, Yang Paling Berkuasa di alam raya ini, Yang Menciptakan seluruh isi langit dan bumi, Yang Mengampuni segala kesesatan mereka selama ini, mereka mahukan semua jawapan terhadap persoalan-persoalan itu dengan jawapan yang benar-benar meyakinkan, berilah jawapan itu kepada mereka.

Jika ada di kalangan orang Islam sendiri (sekadar dilahirkan sebagai Islam) juga sedang teraba-raba mencari Tuhan, maka jangan dimarahi atau dicaci maki orang-orang seperti itu dengan kata-kata nista seperti menuduh mereka sesat atau jahil. Sebaliknya, bantulah mereka dengan menyediakan segala jawapan yang mampu menguraikan segala kekusutan yang bersarang di benak fikiran mereka. Buktikan kepada mereka bahawa Islam adalah agama yang diredhai Allah, buktikan kepada golongan itu bahawa Islam itu benar.

Kewujudan golongan seperti inilah yang membuka ruang kepada para penganut agama lain untuk menyampaikan kepercayaan mereka kepada golongan pencari Tuhan itu. Lihatlah dalam kes-kes murtad, orang Islam sendiri (yang telah murtad) mengaku tidak faham isi kandungan al-Quran walaupun tahu membacanya. Kenapa semua itu berlaku? Kerana tiada orang (saudara sama agama dengannya) yang mahu membawa orang itu supaya menjadi lebih dekat kepada al-Quran. Tiada orang Islam yang mahu membuktikan kepadanya bahawa al-Quran itu benar.

Sedarilah kesilapan ini dan mulakan semula usaha dakwah dengan penuh berpengetahuan. Menuntut ilmu bukan untuk lulus universiti dan seterusnya menikmati gaji lumayan untuk kesenangan dunia, tetapi tuntutlah ilmu kerana Allah. Gunakanlah segala pengetahuan dan ilmu untuk kesejahteraan agama Allah. Junjunglah cita-cita nabi kita untuk melihat umatnya yang ramai beriman.

Apabila kamu berilmu, maka darjat kamu juga akan diangkat. Darjat kamu pula akan lebih mulia sekiranya menggunakan ilmu bermanfaat itu demi agama-Nya. Jangan menuntut ilmu hanya semata-mata untuk kesenangan dunia kerana rezeki itu adalah segala-gala urusan-Nya.


Carilah para pencari Tuhan, berilah mereka jawapan yang meyakinkan.


Berdakwahlah.


Hanya sekadar pesanan ringkas kepada saudara-saudara yang saya kasihi.


-ADMIN-

22 comments:

  1. Bukan tak nak berdakwah. Nanti orang akan nak tauliah pula. Kerana apabila berbicara tentang Allah, hendaklah melalui saluran dan kaedah tertentu. Seseorang yang mahu mendapatkan pengetahuan itu, perlu ada pengetahuan tentang ilmu fiqah,usuluddin dan tasawuf dan mengikut jalan-jalan yang digariskan iaitu syariat, tarikat,hakikat dan makrifat. Seperti sabda nabi...Awalludin ma'rifatullah...awal agama mengenal Allah. Amin

    ReplyDelete
  2. salam,

    saudaraku Anon,

    Jangan ambil peduli dengan tauliah itu semua asalkan apa yang kita sampaikan itu 100% menyampaikan risalah agama yang tidak bercampur aduk dengan politik kebencian, teruskan berdakwah walaupun ada yang menentang.

    Tugas semua umat Islam ialah berdakwah untuk membawa umat manusia ke jalan Allah. Berdakwahlah melalui kata-kata yang sopan, penuh hikmah yang memutikkan orang bukan Islam untuk berfikir mengenai kebenaran hakiki di sisi Allah, tunjukkan sikap mulia lagi terpuji kerana dakwah itu ada banyak cara.

    Andai terniat untuk berdakwah, maka berdakwahlah dengan niat kerana Allah. Jangan dipedulikan dengan apa jua halangan. Halangan itu semua bukan sebagai alasan untuk kita berhenti berdakwah. Anggaplah halangan itu sebagai ujian daripada Allah yang mahu melihat sejauh mana kita bersungguh-sungguh.

    ^_^

    -STALKER-

    ReplyDelete
  3. berdakwah itu umpama membaiki diri. setiap suatu yang disampaikan adalah tazkirah ingat mengingatkan walaupun perkara kecil. setiap ilmu akan ditokok tambah oleh Allah macam beri sedekah juga. tak semestinya yang hebat2 macan tarikat dan makrifat. nanti jatuh riak pulak.

    ReplyDelete
  4. Anon 18:57,

    cuba faham betul2 apa yg admin kata, sampaikanlah kebenaran walaupun dalam hanya satu ayat.

    tak perlu nak hujah makrifat, hakikat, tarekat semua tu. dakwah tu tanggungjawab semua. tak menguasai hakikat & makrifat tu bukan alasan utk sesorg umat Islam tu tak berdakwah.

    ReplyDelete
  5. berdakwah dan menegur dah pun wajib bagi orang yang baru memeluk islam..kalau x silap..kalau nak tggu smpai sempurna baru nk dakwah n tegur..bila tu..haha..

    ReplyDelete
  6. anon tu mmg la nak tunjuk yg dia tu tau bab hakikat makrifat tarekat smua tu.nak tunjuk pandai wpun cara ckp tu kurangggg cerdik.biasa la tu,org klu nak tunjuk pandai mmg akan nmpk kbodohan sndiri

    ReplyDelete
  7. salam,

    artikel yang bernas...

    artikel ni membuatkan saya teringat kepada satu mimpi satu masa dulu...
    dalam mimpi itu,saya sedang mendengar hujah panjang lebar daripada seorang perempuan melayu berkenaan kristian...dari percakapannya itu,fahamlah saya yang dia sudah terlalu jauh dalam agama itu...tapi jauh di satu sudut matanya...saya dapat lihat,dapat baca,dia seolah sedang menyedapkan hati kerana dia sedang menipu dirinya sendiri bila dia menerangkan tentang agama itu...
    lalu saya terus bertanya satu soalan padanya...

    "beritahu saya apa itu kunci syurga..."

    dia pandang saya lama...tak lama lepas tu,dia pun menangis...dan terus menangis...

    saya pun peluk dia dan saya katakan..."mengucaplah...
    biar sekaya dan sehebat manapun mereka,yakinlah bahawa Islam itu benar...mengucaplah..."

    dalam mimpi yang sama,saya berjumpa dengan seorang paderi...

    dia pun bercerita panjang tentang pegangannya...setelah letih saya mendengar dan saya pun lihat dia sudah berhenti berbicara,saya bertanyakan satu soalan yang sama,yang saya tanyakan pada perempuan tadi..

    "setelah apa yang anda ternagkan tadi,sila jawab soalan saya...apakah kunci syurga itu..?"

    paderi itu terdiam dan memandang saya...dia terdiam sehingga saya pun terjaga dari tidur...

    sehingga sekarang bila saya teringatkan perempuan melayu tu,saya jadi sebak dan sedih...
    adakah itu realiti sekarang?

    ReplyDelete
  8. Benar kata admin. Allah telah buat 2 keputusan apabila nabi saw dilahirkan.
    1. Tidak ada nabi d hantar selepas nabi saw.
    2. Tanggungjawab kerja dakwah adalah diatas bahu umat akhir zaman.

    Bila kita buat dakwah, kerisauan n kasih sayang terhadap seluruh manusia akan datang dlm hati kita. jawapan kpd soalan "siapakah saudara kamu" kubur adalah perantaraan kita mnziarahi saudara kita ataupun org bukan islam dgn maksud dakwah. Dgn dakwah Allah jalinkan hubungan kasih sayangNya ke dlm hati kita.

    Tidak masuk syurga bagi mereka yg tidak beriman. Tidak beriman srseorg selagi dia tidak mengasihi saudara seagamanya sperti mana dia mengasihi dirinya. Mahukah aku tunjukkan kamu bagaimana kamu boleh bkasih syg? Sebarkan salam..mafhum hadis

    ReplyDelete
  9. Pada pandangan saya yang kurang ilmu ni, kita (saya la tu) nak kerja senang. Kita sandarkan tanggungjawab dakwah ni pada organisasi dakwah yang sedia ada. Pastu kita lepas tangan. Bila organisasi dakwah tu silap langkah kita kondem. Dah sampai masa untuk kita (saya la tu) mengambil kembali tanggungjawab yang diamanahkan pada kita. Bak kata team UT local global?

    Teringat kat sahabat saya dunia akhirat sorang. Die keje ngan banyak non-muslim kat satu international company. Non muslim ni selalu attack die dengan soalan cepu mas pasal aqidah. Die pun jawab apa yang dia tau. Kadang2 die tanye saye gak kalau ade bab2 yang dia kurang konfiden. (saye bukannye arif sangat). So last2 die skang ni belajar tafsir ngan imam masjid (kitorang bukan ahli masjid pun). Kagum saya dengan semangat dia nak berdakwah. Semoga kita mendapat taufiq Allah ( rasanya hidayah dah dpt ) untuk berjuang di jalan-Nya. Amin.

    Kalau sesape nak belajar tafsir best search Nouman Ali Khan kat youtube.

    ReplyDelete
  10. kebanyakan blog konspirasi tengah kna serang skang...beware of the upcoming enemies!!!together we defense and attack

    ReplyDelete
  11. http://satuumat.blogspot.com/2011/11/twitter-dan-facebbok-dimanfaatkan-oleh.html

    ReplyDelete
  12. TK anon, komputer saya telah mengalami pelbagai gangguan. Akaun dan email seorang dari admin kami telah dibatalkan .. untuk recover kena send tel no. .. urghh!

    Mereka akan cuba halang .... kami tahu.

    Masa semakin hampir. perhatikan Isfahan, mereka sedang megatur sesuatu.... Israel mula provoke umtuk perangi Iran. Apa makna ini semua? Ahmadinejad (proksi?) dalam bahaya dan bakal disingkirkan. Apabila berlaku sesuatu berkaitan Iran, ingatlah hadis tentang Isfahan.

    Perjalanan Dajjal untuk memerintah di Baitul Makdis? Soalnya siapa Dajjal?

    ReplyDelete
  13. Salam semua.

    Tertarik dengan serangan blog. Link Shahi yang tidak didedahkan alamat URL juga sedang hadapi masalah untuk sign-in. Kesannya, Shahi tidak dapat menyiarkan post untuk para pembaca (kumpulan kecil) yang dijemputnya. Para pembaca yang sudah dijemput ke link Shahi, diminta bersabar.
    -------
    Bromo,

    Mengenai pendapat bromo yang sudah lama tidak meninggalkanm komen di sini, begitulah pendapat yang saya harapkan ^_^.

    Kita tidak patut meletakkan tanggungjawab dakwah ke atas pundak bahu satu pihak sahaja, semua umat Islam harus memainkan peranan menyebarkan agama Allah dengan penuh bijaksana.
    -------

    Abatasa,

    Saya rasa seperti tahu punca masalah yang dihadapi itu. Juga rasanya tahu siapa individu-individudi sebalik masalah itu.

    Kita menghadapi masalah untuk meningkatkan tahap keselamatan 'firewall' blog-blog sekutu buat masa ini kerana ahli pintar IT yang pernah membantu Umat Terakhir sebelum ini tidak dapat menjalankan tugasnya atas sebab-sebab kesihatan.

    Harap bersabar.

    -------

    Selamat Aidiladha

    46MJCSL

    ReplyDelete
  14. Berdakwah memerlukan kita memahami ilmu agama bagi menunjukkan Islam itu benar dan juga yang penting perlu berdakwah melalui akhlak.tunjukkan akhlak sebagai seorang Islam dalam kehidupan kita supaya dengan itu bagi mereka yang masih mencari kebenaran akan nampak kebenaran Islam yang kita anuti dan juga dapat menukar pandangan buruk mereka selama ini.Sungguh menyedihkan dalam masyarakat melayu kita hari ini mengaku beragama Islam tetapi masih berakhlak sama seperti mereka yang beragama lain.Jadi mulakan dakwah dengan akhlak yang telah diajar didalam Islam.Bila kita berubah sekeliling kita juga berubah.

    ReplyDelete
  15. Saudara saudari semua,
    Fahami baik-baik pesanan Hassan al-Basree..

    "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah ia bererti aku yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga aku paling soleh di kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas kepada diri sendiri.

    "Dan seandainya seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila dia sempurna ilmu agama, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan kureanglah orang yang memberi peringatan."
    (Imam Hassan al-Basree)

    ReplyDelete
  16. Tuhan itu SATU.
    Adakah kasih sayang kita kepada ibu bapa kita semata-mata untuk mengharapkan pujian? ganjaran? kewangan? perhatian?
    Kita menyayangi ibu bapa kita kerana ini adalah tanggungjawab seorang anak yang dididik dengan kasih sayang tanpa mengharapkan balasan. Kegembiraan ibu bapa adalah keberkatan kehidupan seorang anak.
    Adakah kita menyembah Tuhan yang satu kerana kita menyayangiNYA, mengagumiNYA, mencintaiNYA ataupun ada di antara kita yang menyembah Tuhan yang satu kerana takutkan seksaan, azab api neraka? kerana kita ingin memuaskan segala kekangan nafsu dunia ketika di syurga kelak? Kita hipokrit ketika beribadah kepada Allah s.w.t kerana kita tidak menjaga perhubungan kasih sayang sesama saudara-saudara kita di dunia yang sekelip mata ini saja.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum buat sekalian.

    Berhati2 dengan komen2 kalian semua.
    Takut jadi ulama2 dunia bak kata ustaz azhar idrus.
    Ulama dunia pandai bercakap tentang agama tapi tidak mengamalkannya dan tidak beriman pada Allah swt.
    Saya ambil petikan ayat dari Syeikh Qadir al-Jailani.

    - sebelum menegur orang, tegur diri sendiri dahulu
    - jika nak mengajar orang, dia hendaklah mengenal Allah swt
    terlebih dahulu baru mampu untuk mengajar orang

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  18. salam..

    anon Feb 9, 2012 01:14 AM... apa kata kalau awak berbaik sangka kat org lain...

    suka aku nak quote apa yg stalker petik: "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah ia bererti aku yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga aku paling soleh di kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas kepada diri sendiri.

    "Dan seandainya seseorang itu hanya dapat berdakwah apabila dia sempurna ilmu agama, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan kuranglah orang yang memberi peringatan."
    (Imam Hassan al-Basree)

    berbaik sangka wahai anon...

    ReplyDelete
  19. Terima kasih AnonymousFeb 9, 2012 05:31 PM menegur saya.
    Syukur alhamdulillah.

    Saya cuma memberi peringatan/nasihat sahaja.
    Maaf mungkin ayat saya buat anda salah faham. Saya minta maaf.

    Nak berdakwah kena ada ilmu. Lebih2 lagi ilmu mengenal Allah swt.
    Insyaallah senang nak berdakwah pada orang.
    Saya setuju dengan kalian semua tentang berdakwah itu, cuma nak tambah sedikit. Itu sahaja. Harap tidak ada yang salah faham lagi dengan ayat ini. Saya berhenti di sini.

    Terima kasih menegur kesalahan saya.

    ReplyDelete
  20. Salam admin,

    Sy penah melihat teman berlainan agama menunaikan sembhyg mereka.sy rasa kesian melihat teman sy bangun awal2 pagi sembhyg pada subuh2 dn kemudian gerakkan sy utk solat subuh.Beliau sy peratikan sgt taat pada agama mereka sebagaimana seorang muslim yg baik.

    Rasa hati nk bgtau mengenai agama Islam kita yg benar .Tp perbincangan sy x kemana.

    Sy x tau nk mula macamana atau apa yg boleh membuat dia terkesan.Mereka pun org yg baik2 tp sy x dapat tolong.

    Rs x seronok seolah2 sy membiarkan teman sy jatuh ke dalam gaung tanpa pertolongan dn sy cuma dpat melihat saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      terlebih dahulu, kamu perlu berubah jadi lebih baik. dulu, kamu bangun subuh sebab dikejutkan teman kamu itu. apa kata kalau kamu pula yang bangun awal dan kejutkan mereka.

      for things to change....we must change first

      jadilah muslim yang mampu jadi contoh kepada bukan muslim. bagaimana cara kamu mahu membawa teman kamu itu ke jalan kamu? itu urusan Allah yang akan menggerakkan segala tindakan kamu, usaha kamu ialah menjadi rakan yang baik.

      _WAQQAS

      Delete
  21. Dalam derai air mata, saya menulis untuk mengucapkan terima kasih

    Terima kasih untuk nasihat dan peringatan ini.

    Saya seorang muslim sejak lahir, tapi saya ini masih juga tergolong dalam golongan pencari Tuhan.

    Saya tahu Allah itu satu, saya melihat akan kebesaran-Nya, tapi saya tetap terkedu untuk mengeluarkan hujah-hujah walaupun terhadap pertanyaan diri sendiri. Menjawab pertanyaan2 seperti mengapa aku diciptakan di dunia, untuk apa manusia diciptakan, mengapa nasib setiap orang berbeza, mengapa hidayah tidak datang pada setiap manusia, kenapa Allah membiar manusia dalam kesesatan tanpa cahaya...

    Setelah banyak membaca di blog UT, saya menyedari, kekosongan dalam jiwa saya masih boleh disembuhkan, dengan mencari dan mengenal DIA yang sebenar. Tidak cukup hanya tahu dan menerima ke-ESAanNYa, tetapi tidak mengenal makna sebenar.

    Seperti membaca Alquran, tetapi tidak memahami makna, terlalu banyak yang saya kerugian.



    Terima Kasih dan teruslah menulis

    dari-Perempuan yang mahu mengenal tuhannya-

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.