24 Nov 2011

Skim Wang Perang: Money Laundering


MELALUI laporan tertutup daripada kumpulan ‘hidden good hands’ melibatkan para penganalis dana perbankan dunia sejak tahun 1990 hingga 2010, dikesan terdapat beberapa nama individu dari negara-negara sekitar Asia, Asia Barat dan Asia Timur menerima dana daripada organisasi yang tidak diketahui. Maklumat ‘classified’ yang berupa data aktiviti akaun bank itu dilonggokkan di atas Meja Konspirasi pihak Umat Terakhir secara berkala sejak tahun 2006.

Kali ini, maklumat itu akan dikongsi bersama semua pembaca blog ini. Walaupun begitu, maklumat-maklumat itu hanya diberikan secara keseluruhan dan bersifat umum yang tidak terperinci. Kita juga tidak akan menyebut nama-nama mereka, anda sendiri harus menyelidik sendiri siapa mereka itu. Anda harus tahu jawapan itu dengan usaha sendiri.

Ia hanya sebagai maklumat asas kepada anda semua bahawa terdapat beberapa individu di Asia Tenggara juga terlibat dalam Skim Dana Rahsia ini dan bagaimana cara mereka bekerja untuk ‘tuan-tuan besar’ mereka dalam konteks yang telah ditugaskan kepada mereka. Anda juga mungkin secara tidak sengaja pernah, akan atau sedang bekerja untuk mereka.

Kita buka file ini dan bahagian yang dibuka ini pula adalah sebahagian daripada mukadimah laporan tertutup shareholders bank-bank utama dunia yang diterima Umat Terakhir.
-----
WAR BUCKS SCHEMES: PROXIES ACCOUNTS

Perkara ini ada kaitan dengan perjalanan ekonomi dunia. Namun begitu, kita tidak akan melihat dari sudut ekonomi secara skala mikro atau makro, kita hanya melihat kepada perbelanjaan akaun-akaun perang yang disalur oleh kelompok rahsia kepada proksi-proksi mereka bagi menjalankan kempen Orde Dunia Baru terhadap rakyat-rakyat yang naif dalam sesebuah negara sang proksi.

Terdapat beberapa cara bagi sang proksi mendapat dana daripada ‘tuan-tuan’ mereka. Pertama, dana disalurkan secara terus ke dalam akaun bank sang proksi. Kedua, proksi memasukkan wang sendiri ke dalam bank-bank milik ‘tuan-tuan’ mereka dan dana perang dimasukkan sebagai ‘dividen’ kepada pelaburan dalam bank itu. Sebelum diterangkan secara sedikit terang, kita fahami dahulu beberapa perkara asas.

Untuk memahami keadaan ini dengan memasuki lorong-lorong penjelasan, anda harus belajar terma-terma ‘wang’ dalam dunia mafia profesional yang pintar (bukan mafia bodoh yang tidak belajar undang-undang dan perbankan).

Terma pertama yang harus difahami ialah MONEY LAUNDERING iaitu cara untuk menjadikan wang haram sebagai wang tidak haram secara teknikal (bukan secara hukum agama). Sebagai contoh, Ali memproses serta menjual dadah sintetik dan mahu menyimpan jutaan nilai wang tersebut dengan selamat tanpa dikesan polis. Jika Ali menyimpan wang itu dalam bank, Ali akan mudah tertangkap kerana kebodohan dan kegopohannya dalam menguruskan wang haram kerana pihak pengutip cukai akan segera mengesan keanehan Ali yang tiba-tiba mempunyai banyak wang tanpa alasan kukuh.

Apa yang Ali perlu lakukan ialah Money Laundering sebagai contohnya dengan membuka sebuah bengkel kenderaan yang kononnya membaiki kereta vintage klasik dan kereta mewah. Bengkel itu hanya bertindak sebagai ‘wayang gambar’ dan tidaklah begitu menguntungkan. Tetapi Ali bijak mengupah akauntan dan peguam yang pandai memutar belit akaun perniagaan dengan memasukkan rekod seolah-olah bisnes bengkel itu memberi untung yang banyak menggunakan resit-resit palsu. Pada masa yang sama juga, Ali membuka bisnes-bisnes lain yang juga berfungsi sebagai wayang gambar.

Kemudian, wang hasil jual dadah itu dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bank dengan selamat. Apabila pihak pengutip cukai mahu menyiasat punca kekayaan Ali, maka Ali boleh tunjukkan kepada mereka bahawa dia mempunyai banyak bisnes dan rekod akauntannya sebagai bukti manakala peguamnya pula sebagai jurucakap. Walhal, bisnes Ali tidaklah menguntungkan melainkan dia hanya kaya kerana menjual dadah. Wang haram hasil jual dadah itu menjadi tidak haram secara teknikal. Itulah sebahagian kecil contoh Money Laundering. Faham?

Jadi, bagaimana taktik dan teknik Money Laundering digunapakai dalam akaun-akaun proksi? Sila fahami baik-baik.

Akaun yang dimasukkan dana perang secara terus ke akaun-akaun proksi biasanya didaftarkan atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ia diisytiharkan sebagai menerima sumbangan daripada pihak-pihak ketiga di peringkat antarabangsa. Apabila diisytihar sebagai menerima sumbangan, maka ia menjadi kurang relevan untuk dipersoalkan dan terlepas daripada pertikaian perundangan.

Menggunakan dana yang disalurkan itu, NGO-NGO terlibat sebagai ‘organisasi proksi’ akan menjalankan agenda-agenda orde yang ditugaskan kepada mereka. Mengenai agenda-agenda orde itu pula, sudah diterangkan dalam artikel sebelum ini iaitu untuk mencipta huru-hara. Sebahagian daripada agenda itu juga pernah dan sedang dijalankan di negara kita. Ada agenda yang lebih besar menanti kamu semua, berhati-hati.

Namun, ada yang lebih halus iaitu wang milik proksi yang dimasukkan ke dalam bank-bank milik ‘tuan-tuan’ mereka sebagai pelaburan yang memberi ‘banyak untung’. Persoalan bagaimana proksi itu mendapat banyak wang sebelum dimasukkan ke dalam bank ‘tuan’ mereka adalah satu sisi yang lain tetapi saling bersangkutan dalam meniti kefahaman mengenai perkara ini.

Pada sekitar tahun 1996 hingga 1998, sebanyak lebih USD$1 bilion dimasukkan ke dalam akaun proksi-proksi di sekitar Asia Tenggara. Sepanjang tahun 2001 hingga 2008 pula, lebih USD$200 bilion di masukkan ke dalam akaun proksi-proksi di Asia Tenggara dan Asia Barat. Ia adalah dana perang ‘war sale’ bagi meminimumkan kos Amerika dan Eropah sepanjang penglibatan mereka dalam menanggung perbelanjaan kos peperangan dunia baru untuk mencipta ‘fire sale’.

Jadi, apakah itu ‘war sale’ dan ‘fire sale’?

War sale menghampiri (bukan secara tepat) maksud situasi mewujudkan lebih banyak peperangan dengan menterbalikkan kos menjadi untung. Ia seperti mengeluarkan sejumlah kos untuk mencipta peperangan atau huru-hara yang memungkinkan campur tangan Amerika dan sekutu dengan bantuan proksi, pada masa yang sama menjual senjata bagi mencipta keuntungan berbentuk wang dan keuntungan berbentuk politik dominasi tanpa sempadan. Lihat seperti di Libya baru-baru ini di mana puak-puak dungu bertuhankan demokrasi yang minoriti berjaya menyapu bersih puak majoriti yang taat kepada pemerintah dalam skim Majority Wipe Out.
 
Fire sale pula ialah konspirasi yang dikendalikan proksi bagi mencipta huru-hara dalam sesebuah peta (negara, bandar atau kampung) melalui medium-medium fitnah ke arah perpecahan masyarakat (rakyat) dalam sesebuah peta tadi. Dalam erti kata lain, fire sale juga berperanan dalam mencipta situasi panik. Apabila berlaku panik, keadaan huru-hara akan tercipta. Panik adalah picu senapang (gun trigger) berwarna perak kepada fire sale.

Jadi apa pula picu fire sale yang berwarna emas itu? Picu itu ialah demokrasi. Rakyat yang dikuasai pemikirannya oleh sang proksi akan mudah diperalatkan untuk memperjuangkan demokrasi mazhab dunia baru dan politik baru sehingga berani bertindak secara agresif, malah radikal terhadap pemerintahan sedia ada.

Semua itu digerakkan dan dijayakan menggunakan dana-dana yang disalurkan kepada sang proksi-proksi di seluruh dunia. Dana yang digunakan sebagai wang kempen politik, wang tanggungan kos pilihanraya dan sebagainya itu bermotif menghasut pemikiran pengikut-pengikut taksub untuk bertindak radikal sekiranya Plan A ke arah new politics of the new world secara pilihanraya demokrasi gagal, proksi akan segera beralih kepada Plan B yang radikal menggunakan dana yang disalurkan. Bagaimana gerakan radikal bertopengkan liberalisme itu dijalankan, ia termasuk dalam skim yang lain pula.

Kembali kepada akaun proksi di bank-bank milik ‘tuan-tuan’ mereka. Melalui kepilan file yang diprolehi juga, kebanyakan bank yang menjadi pilihan kepada proksi ialah bank-bank di negara haram Israel dan Switzerland. Akaun-akaun milik proksi kebanyakannya pula dibuka sejak sekitar tahun 1990 hingga 1999 di Israel manakala di Switzerland pula sekitar 1996 hingga 2000.

Mengapa bank-bank di Israel dan Switzerland menjadi pilihan pada ketika itu, ia mempunyai kaitan dengan hubungan diplomasi antara negara-negara dunia dengan Israel pada dekad tersebut dan juga status eksklusiviti dan kerahsiaan data pemilik akaun di bank-bank Swiss. Pemilik akaun bank di Switzerland dijamin kerahsiaan mereka daripada mendapat pendedahan umum, dalam erti kata lain pula, jumlah wang dan butiran akaun yang disimpan di bank-bank Swiss tidak akan diketahui oleh sesiapa kecuali sang pemilik akaun itu dan pihak bank sahaja.

Mengenai pemilihan bank di Israel pula, kebanyakan negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel pada sekitar dekad 1990-an. Melalui situasi itu, wujud kerahsiaan eksklusif antara hubungan Israel dengan proksi-proksinya dari negara-negara yang tidak mengiktiraf penubuhannya.

Sebagai contoh, bapa Ali iaitu Abu tidak mempunyai hubungan persahabatan dengan Husin, malah Abu memusuhi Husin sehingga tidak pernah masuk ke kawasan rumah Husin walaupun untuk mengintip. Namun, Ali dan Husin mempunyai ‘urusan’ yang tidak diketahui oleh Abu. Disebabkan kawasan rumah Husin selamat daripada kehadiran Abu, maka Ali menjadikan rumah Husin sebagai makmal memproses dadah.

Abu tidak pernah tahu bahawa Ali dan Husin mempunyai hubungan jenayah. Begitulah eksklusiviti yang dimiliki oleh kawasan sekitar rumah Husin terhadap Ali dan Husin yang bebas daripada pengetahuan Abu. 

Begitu juga eksklusifnya situasi ‘proposal kontrak bisnes perang’ yang dimiliki Israel dengan para proksi daripada terlepas ke pengetahuan penduduk sebahagian dunia. Maka dengan itu bank-bank di Israel dipilih dan bagi ‘menikmati dividen’ sebagai pulangan besar daripada ‘pelaburan’ menguntungkan itu. Wang? Masalah? Inilah masalahnya apabila fokus kepada keduniaan.

Apa kepentingan untuk mengetahui kewujudan akaun proksi-proksi yang mendapat dana dari ‘tuan-tuan’ mereka itu? Kepentingannya ialah untuk mengetahui kewujudan hubungan antara seseorang proksi dengan tuan-tuan mereka. Kewujudan akaun-akaun itu menunjukkan wujudnya hubungan proksi. Paling penting ialah mengetahui apa agenda yang dibelanjakan oleh proksi itu menggunakan dana yang diberikan sebagai ‘keuntungan terhadap pelaburan’ itu.
----------

WAR STOCK EXCHANGE

Peperangan, huru-hara dan kerajaan dunia baru yang mahu dicipta itu memerlukan banyak modal. Modal yang cukup besar tetapi sangat berbaloi sekiranya jerat mengena sasaran. Dalam konteks ini, rakyat minoriti adalah sasaran. Tidak perlu rakyat majoriti untuk merampas sesebuah negara sekiranya jumlah minoriti yang sedikit juga sudah mampu menggerakkan radikalisme demokrasi baru.

Rakyat minoriti yang pro-demokrasi dunia baru adalah salah satu pegangan ‘saham’ paling berharga dalam skim Pertukaran Saham Perang, ia adalah istilah yang digunapakai secara rasmi dalam kajian konspirasi perang. Dalam situasi semasa yang melanda Asia Barat, skim yang menjadikan rakyat minoriti sebagai saham perang digunapakai secara ekstrem melalui slogan kebebasan hak asasi manusia untuk liberalisme dan demokrasi.

Pengetahuan mengenai ilmu ‘saham-saham radikal’ dan juga ‘teknik membersihkan wang kotor’ seperti dalam istilah-istilah operasi mafia-mafia dan kartel-kartel profesional sangat berguna untuk memahami permainan proksi dengan tuan-tuan mereka walaupun ‘tuan-tuan’ mereka itu lebih besar daripada ketua-ketua mafia dan kartel kerana mempunyai pengaruh dominasi politik. Malah, sebilangan ketua mafia dan ketua kartel juga termasuk dalam golongan ‘tuan-tuan’ kepada sang proksi-proksi bajingan. Maka tidak hairanlah cara operasi proksi dengan tuan-tuan mereka itu ada persamaan dengan cara mafia dan kartel beroperasi dalam dunia jenayah.

Asia Barat mengalami impak yang berat dalam menghadapi ‘kebangkitan’ puak minoriti dalam menentang pemerintahan sedia ada, sama juga dengan beberapa buah negara di Afrika. Perang saudara cuba dicipta bagi mewujudkan huru-hara, yang menderita pula bukan orang politik atau orang-orang kaya yang elit, tetapi rakyat miskin dan sederhana yang telah rosak pemikiran disebabkan racun politik sehinga bertikam senjata sesama sendiri.

Bagaimana impak kebangkitan itu dicetus dan dicipta, sudah tentu melalui akaun-akaun sang proksi yang giat berkempen menggunakan dana perang bagi menyemai kebencian terhadap pemerintah mereka yang sah.
Kalau mahu tahu lebih mengenai akaun-akaun wang proksi, cubalah tanya proksi-proksi itu. Itu pun kalau mereka memilih untuk tidak berdiam diri dan mahu memberi jawapan cerdik sebagai penjelasan yang masuk akal kepada kamu semua. Mereka lebih tahu daripada saya kerana itu adalah akaun mereka. Mereka merancang secara tersusun untuk mencipta dunia baru, kamu semua adalah buah-buah catur dan saya juga dari papan catur yang sama.

Persoalannya, anda sedang dalam kelompok buah catur putih atau buah catur hitam atau menjadi sang pemain catur?

---------
Sekadar santai: Rasa seperti mahu ketawa memikirkan sikap seorang blogger yang pernah menjadikan blog Umat Terakhir sebagai asas penulisan di blognya sendiri apabila pada beberapa bulan lalu mengumumkan kepada pembacanya bahawa blognya itu dibina hasil inspirasi daripada blog Umat Terakhir. Namun, apabila blog Umat Terakhir ini kembali ke ruang maya dan menempelak parti-parti politik termasuk parti politik kesayangan blogger itu, ‘tagline’ yang mengatakan blognya diinspirasikan daripada blog Umat Terakhir pun tiba-tiba hilang. Apa-apa pun, kami di Umat Terakhir tidak pernah ambil pusing akan semua itu. Kami adalah kawan anda semua yang rela dimusuhi demi melihat kawannya kembali menjadi waras. Pesanan kami terang lagi jelas, jangan jadi hamba demokrasi.

Fahami maksud kata-kata ini baik-baik:
"Kebatilan yang tersusun (kerana musuh bersatu senyap sesama mereka) akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun (kerana umat gagal bersatu)."Saidina Ali been Abi Talib.


ADMIN
-THE STALKER-

19 comments:

  1. "Peperangan, huru-hara dan kerajaan dunia baru yang mahu dicipta itu memerlukan banyak modal. Modal yang cukup besar tetapi sangat berbaloi sekiranya jerat mengena sasaran."

    Modal mereka tidak besar, hanya kertas bernilai tisu tandas yg mereka telah jaya jadikan sebagai matawang iaitu usd, bagi yang telah faham fractional banking.

    Selain berubah semula kepada matawang emas/perak, elok juga kalau ada hacker yang boleh siphon dana ini ke badan yang ikhlas membantu orang susah, seperti robin hood di zaman siber sebagai ekonomi warfare.

    ReplyDelete
  2. Salam Anon 04:31,

    Modal yang dimaksudkan itu lebih besar daripada nilai wang kertas atau wang digital. Modal yang melibatkan nyawa manusia.

    Economy is nothing, even gold is nothing.

    ReplyDelete
  3. Makin jelas.. dulu saya pun tertanya2 mesti ada sebab pihak Barat sanggup rancang hancurkan bangunan sendiri untuk serang negara lain..

    Sanggup guna berpuluh tomahawk yg berharga hampir sejuta dolar setiap satu untuk keamanan negara lain. Semuanya ada timbal balas..

    Proksi menyalakan api, senjata lama dan ketinggalan zaman dijual kepada lanun2 dan pemberontak. Situasi perang negara menjadi medan ujian teknologi ketenteraan yang baru.

    Harap pendedahan yang lebih lagi,tq.

    -staff

    ReplyDelete
  4. sesuatu bermain di fikiran sy. bg negara2 yg cuba dihancurkan, 'tuan-tuan besar' melantik barangkali hanya 1/2 ejen shj. wang dialirkan kpd ejen2 ini untuk menggerakkan propaganda yang menjentik emosi manusia. selebihnya, orang2 yg hati mereka terkait dgn propaganda ini akan mmebuat gegak gempita besar-besaran seumpama suaranya seorang adalah suara majoriti. begitukah yg dimaksudkan dgn golongan minoriti yg menjatuhkan sesebuah negara?

    maka, adalah penting bg kita menilai asal-usul wang yg menaja gerakan2 yang berjalan dlm negara. betulkah? bagaimana caranya?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Warahmatullah

    Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

    Nampaknya mereka sudah semakin menghampir fasa kemuncak agenda mereka. Ini bermakna fasa kejatuhan mereka semakin hampir untuk bermula.

    “Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”. Ali Imran - Ayat 54


    “Perang adalah tipu daya”
    (Shahih Bukhari No. 3030, Shahih Muslim No. 1740).

    ReplyDelete
  6. itu adalah satu sebab mengapa TDM singkirkan DSA
    jika tidak sudah tentu lebih parah

    dia adalah super proksi..
    dia boleh berucap dgn gagah diplatfom negara indonesia tanpa sekatan

    mujur AMLA(Bnk negara wujudkan dibwh TDM) sedikit sebanyak gov berjaya membendung cashflow yg beredar dan BAN note RM500 RM1000 serta kawalan terhad note RM100

    tq

    ReplyDelete
  7. salam
    aku rasa penulis lebih pro kerajaan,
    x dinafikan pkr nampak mcam dah rosak tp dlm kerajaan jgk bnyak kepincangan

    ReplyDelete
  8. kalau dah kena candu demokrasi amatlah payah untuk melihat kebenaran.... pembangkang mengatakan kerajaan tak betul.... pihak kerajaan pula mengatakan pihak pembangkang tak betul... kedua2 pihak asyik menyalahkan satu sama lain... masing2 mencipta fitnah untuk menjatuhkan satu sama lain.... 24 jam... hanya pilitik...politik ...dan politik.... dan itulah sistem najis demokrasi yang amat dibanggakan oleh majoriti penduduk dunia.....

    ReplyDelete
  9. Anon 21:56,

    Itu yang awak rasa, bukan yang awak faham mengenai saya. Saya pro kepada agama saya kerana saya akan mati dengan membawa agama saya sebagai bekalan, bukan dengan kertas undi ke atas mana-mana parti politik.

    Untuk pengetahuan kamu, saya tidak pernah mengundi.

    ReplyDelete
  10. penulis dah jelaskan beliau x pro kepada sesiapa
    tp kebanyakan tulisan dalam third edition ni bias ke sebelah pihak.
    saya juga pernah baca mistis files
    dlm topic mason melayu, kedua dua pihak dijelaskan keburukan dan kebaikan masing2 disitu baru nampak keburukan sistem yang ada sekarang
    klau x silap dlm satu artikel mason melayu di mistisfiles ada dinyatakan amat salah jika dikatakan DSA itu mason sementara DrM bukan mason
    (sapa yang baca mason melayu sila betulkan ayat ini kerana saya dah lupa ayat yang sebenar) manakala jika Nik Aziz Juga Mason, ini dapat diterangkan melalui teory anti tesis.
    umat terakhir menyatakan jika ingin tahu seseorang itu benar atau salah kena follow the evidence dan harus ada kenyataan besambung, bagaimana jika media yang ada sekarang dikawal sebelah pihak sahaja. pihak yang mengawal media senang memainkan blame game. dan orang awam akan mudah terpengaruh. apapun saya tertarik dengan isu yang dibangkitkan iaitu darimana datangnya dana untuk membiayai sesebuah parti politik.harap dapat didedahkan lagi maklumat dalam topic ini.

    saya anon21:56 (jigger27)

    ReplyDelete
  11. Salam kembali Anon 21:56 @ jigger27,

    Kita tidak menuduh sesiapa sebagai Mason di dalam blog ini. Tetapi kita hanya cuba membawa pemikiran pembaca supaya mengikut ke mana bukti itu membawa kita kepada keterangan-keterangan yang berketerangan.

    Kita tidak membuat kesimpulan mengenai sesiapa, tetapi pembaca sendiri wajar membuat kesimpulan sendiri berpandukan keterangan-keterangan yang diperoleh dan dibandingkan dengan perkembangan semasa.

    Dalam memahami keadaan ini, pihak Umat Terakhir cuba membawa pembaca meneliti situasi dengan perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa kerana kita mengajak pembaca berfikir, bukan memaksa pembaca berfikir.

    Paling utama, kita ikut perintah DIA. Bukan mengikut perintah orang-orang yang mahu mempergunakan kita.

    ReplyDelete
  12. Salam semua,

    Saya amat bersetuju dengan Stalker. Kita harus segera jadi dewasa supaya dapat mentafsirkan dengan tepat semua keadaan yang berlaku dihadapan mata.

    Yang wajib diperjuangkan bukanlah politik sebaliknya agama. Keadaan sekarang tidak lagi membantu mengangkat martabat agama. Sebaliknya yang berlaku. Usaha musuh semakin ganas meruntuhkan agama suci ini melalui permainan disebalik tabir.

    Ketaksuban melampau bakal membutakan kita. Jadilah manusia bebas dan tidak memihak, kita akan dapat melihat kebenaran.

    Walaupun pada pandangan kasar kelihatan "seolah" penulis ini memihak kepada pemerintah, ianya hanya kebetulan. Saya ulangi "hanya kebetulan". Masalah yang berbangkit ialah Islam telah diterjah dan cuba dilumatkan melalui tangan orang Islam sendiri. Sementara bukan Islam mengambil kesempatan membuat provokasi berterusan. Itulah mesej yang cuba disampaikan oleh penulis.

    Artikel ini hanya untuk mereka yang sudah "dewasa" dan bukannya mereka yang masih mentah dalam permainan politik sekularisma ini. Untuk itu segeralah dewasa wahai anak kesayangan. Tinggalkan dunia child politic demi agama dan bangsa.

    Ya secara kebetulan artikel disini cuba mengetengahkan fakta terhadap sesaorang yang disanjung oleh sebilangan orang Islam. Inilah sebab ia tidak dapat diterima. Namun perkara benar tetap juga benar walau cuba dinafikan.

    Maklumat yang ada menunjukkan ke arah itu. Islam tergoyah melalui tindakan individu tersebut. Kita pula bersubahat menyokongnya disebabkan rasa benci yang amat sangat terhadap musuh. Penulis ingin menyelamatkan kita dari terbabit merosakkan perpaduan ummah secara tidak lansung. Sesuatu yang amat dibenci Allah dan RasulNya.

    Kita terpaksa memilih antara yang rosak dan yang lebih rosak serta merosakkan. Itu kenyataannya. Bukan memilih menggunakan akal disalut nafsu.

    Ingatlah, perjuangan wajib bagi kita kini hanya menyelamatkan Islam melebihi dari segalanya. Andaikata pemerintah melakukan tindakan merosakkan agama, akan kita tentang. Kita hanya berpaksikan Islam bukannya BN atau PR. Lihatlah dengan hati terbuka dibantu minda yang jujur.

    Kembalilah ke jalan yang diredhai, tolaklah kepalsuan.

    ReplyDelete
  13. Salam

    Terimakasih kepada Stalker Dan Aliffmy atas respond yang diberikan.

    Saya bukanlah seorang yang arif dalam bidang politik. Namun saya banyak belajar dari blog2 konspirasi terutama MistisFiles (menunggu untuk dibuka semula)

    Saya percaya pihak Umat Terakhir juga mempunyai banyak maklumat2 yang bersyatus rahsia yang mungkin akan dikongsikan, mungkin juga maklumat rahsia ini akan kekal rahsia dan x akan didedah kan atas sebab2 tertentu.

    Saya berpandangan UT cenderung menjadi pencatur
    disebabkan mempunyai maklumat2 tersebut. Sebab itu artikel "secara kebetulan" dilihat bias.

    Apa yang saya faham daari MF, jika BN yang memerintah proses kehancuran agak lambat, sementara jika PR yang memerintah proses kehancuran lebih cepat.

    Adakah pihak UT berharap BN akan terus berkuasa selepas PRU13 dengan harapan kita masih mempunyai masa?

    Saudara Stalker menjelaskan beliau x mengundi. adakah dengan cara tersebut boleh melawan sistem politik demokrasi yang ada sekarang? minta penjelasan.
    Jika umat islam di Malaysia faham bahawa sistem politik demokrasi ini telah rosak dan x keluar mengundi maka pratus yang x keluar mengundi menjadi majoriti, adakah dengan cara ini dapat membuktikan bahawa sistem demokrasi sudah tidak releven dan parti yang menang x boleh memerintah sebab x mendapat sokongan majoriti.

    Maaf Jika komer saya Menyinggung mana2 pihak.

    Hanya ingin berdiskusi bukan berkonfrontasi

    -jigger27-

    ReplyDelete
  14. sdr jigger27

    Dia kata dia tak penah pi undi sebelum ni bukan makna dia tak mau pi undi lepas ni. Betoi ka? Dulu lain sikit, agama masih selamat. La ni depa buat haru biru. Peleceh Islam. Kalau tak buat apa2, saya pikiaq berdosa tu. Dulu saya pon sama, malas nak pi undi.

    La ni puak tu nak jahanamkan Islam. Lim Tongtaik tu nak buang Islam angkat kristian. Tok lebai di kg2 tak tau apa hanggok buta tuli. Kita ni tau cerita, kira kita dapat dosa pecuma kalau tak halang. Nak dok diam ka? Tu bodo namanya.

    Maap tekasaq sikit.

    ReplyDelete
  15. cadangan yg baik...bila peratus tidak mengundi lebih besar.... kemenangan mana2 pihak tidak sah...dan tidak boleh memerintah

    mungkin cara ini boleh digunakan utk melawan demokrasi dgn cara sistem demokrasi..

    tapi mampukah majoriti umat?

    ReplyDelete
  16. MANORITI BESAR UMMAT HARI INI MENGHADAPI KRISI AQIDAH PALING PARAH/KOMA. ULAMA PULA DILALIKAN OLEH PENYAKIT WAHAN [TERPESONA KEGEMILAGAN DUNIA GENTAR KEMBALI KEAKHIRAT], LALU ORANG TIDUR MUSTAHIL UNTUK MEMBANGUNKAN ORANG KOMA.

    KALAU SUDAH MENOLAK DEMOKRASI DAN KOMUNIS FAHAMLAH BAHAWA ISLAM KITA MENOLAK MATERILISM YANG BERLAWAN SAMASEKALI DENGAN SPRITUALISM.

    MAKA UMMAT ROHANI/SPRITUALISM MUKMININ TETAP MEMILIH NABI YANG BERKATA: AKU TIDAK MENGIKUT HAWANAFSU/ISMA2 TETAPI INI SESUNGGUHNYA WAHYU/PERATURAN ALLAH YANG DIWAHYUKAN PADAKU.
    DAN: AKU TIDAK DIUTUSKAN KECUALI UNTUK MEMBINA KESEMPURNAAN AKHLAK YANG MULIA.

    NAJIS MUSTAHIL DISUCI DGN NAJIS ATAU DENGAN HIPERNAJIS. OTAK/FALSAFAH TETAPLAH TAHAP MANUSIA SAMASEKALI TIDAK MAMPU MENCAPAI TARAF WAHYU DARI ALLAH TUHAN PENCIPTA OTAK/FALSAFAH MANUSIA. INILAH AQIDAH YANG BENAR !!!!

    TERTARIK DENGAN PETIKAN SDR DIATAS:
    <<<< Fenomena Zaman said...
    Assalamualaikum Warahmatullah

    Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

    Nampaknya mereka sudah semakin menghampir fasa kemuncak agenda mereka. Ini bermakna fasa kejatuhan mereka semakin hampir untuk bermula.

    “Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”. Ali Imran - Ayat 54

    “Perang adalah tipu daya”
    (Shahih Bukhari No. 3030, Shahih Muslim No. 1740). >>>>>>>

    APAKAH AZAM KITA UNTUK BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH APABILA TSUNAMI YANG BERNAMA FITNAHAKHIRZAMAN SUDAH MENUNJUKKAN TANDA2 IA SEDANG MELANDA ? SUDAHKAN KITA BERHADAP DENGAN ISTIQAMAH KEPADA ADDEEN:ISLAM-IMAN-IHSAN -QIAMAT -TANDA2 QIOAMAT ? ATAU MASIH BELEGAR2 MAHU MENJADI JUARA PENYELAMAT MAJORITI UMMAT TERLUPA PADA DIRI DAN KELUARGA YANG DEKAT ?

    https://www.facebook.com/pages/Ulama-SUU-WAL-Fitnah/226533224076205

    ReplyDelete
  17. Salam, baca ni....

    Tun Mahathir : “NGO Tajaan AS Bantu Usaha Guling Kerajaan”

    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai rejim Yahudi untuk mengguling dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Sambil menyifatkan AS dikuasai sepenuhnya golongan Yahudi menerusi media, Hollywood dan sumber kewangan, beliau berkata, menjadi hasrat kuasa besar itu untuk mengadakan perubahan rejim bagi semua kerajaan yang tidak memihak kepada mereka.

    “Apabila lihat ada negara yang tidak bersetuju dan menentang, termasuk Malaysia, mereka hendak membuat perubahan rejim di negara ini. Mereka tubuh satu badan dan dibekalkan dengan wang untuk disogokkan kepada pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

    “Saya nak bagi nama, saya tidak tahu tetapi ada anggota pembangkang dan dalam Majlis Peguam yang terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Negarawan di Ampang semalam.

    Beliau diminta mengulas laporan AFP semalam bahawa ada bukti NGO tajaan AS cuba mengkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Dr Mahathir yakin dengan bukti yang kukuh, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gerakan itu.

    “Tanpa bukti kukuh, kita tidak boleh bertindak sebarangan dan tidak boleh guna kuasa untuk menangkap orang, kena ada bukti yang jelas dan saya yakin kerajaan akan mengambil tindakan,” katanya.

    Terdahulu, menjawab soalan pada sesi dialog mengenai kebimbangan berlaku penjajahan zaman moden oleh gerakan Yahudi dan peranan Institut Kajian Dasar (IKD) yang digerakkan pembangkang, beliau berkata, gerakan Yahudi bertujuan menguasai dunia melalui proksinya, AS.

    “Sebab itu ada usaha untuk tukar rejim yang tidak secocok, mereka menggunakan badan dan orang tertentu untuk menjayakan hasrat itu.

    “Kalau IKD bergerak untuk meneliti dasar tidak mengapa, tetapi kalau nak kaji segala dasar macam Dasar Ekonomi Baru, nampak jelas tujuan mereka. Sebab itu kita harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan pihak seperti ini,” katanya dipetik akhbar Berita Harian.

    Mengenai pemimpin politik yang menjadi ejen kuasa asing, Dr Mahathir mengakui gerakan Yahudi mempengaruhi seorang daripada pemimpin negara dan mendakwa Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz, seorang daripada pemikir barat prozionisme neokonservatif di AS yang mahu menguasai dunia.

    Katanya, menerusi kertas kerja ‘The Century of America’, gerakan itu cuba mempengaruhi golongan tertentu untuk membantu membentuk kerajaan yang tunduk kepada kuasa besar itu.

    “Perubahan rejim bermakna mereka sanggup berperang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak bersetuju dengan mereka menerusi penubuhan kerajaan yang menyokong. Anwar selalu jumpa mereka dan beritahu kalau jadi Perdana Menteri, dia akan mansuhkan itu, mansuhkan ini… nak bagi kebebasan pada rakyat.

    “Dia dapat sokongan tidak tahulah sama ada duit ke apa. Dia dan beberapa orang termasuk peguam mendapat bantuan dari satu badan yang ditubuh khusus oleh kerajaan AS untuk membantu mereka menjatuhkan kerajaan yang mereka tidak suka,” katanya – agendadaily

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum...memang parah sekarang ni..bab-bab politik ni aku tak reti sangat..tapi melalui pemerhatian,bacaan dan fikiran aku ni...kita memang di bawah pengaruh fitnah Dajjal..Inilah fitnah yang sangat dibimbangi di sebut oleh Rasulullah SAW...cuma Dajjal belum dizahirkan saja...Sekarang Dajjal menguasai dunia pada akhir fasa kedua..1 hari bersamaan sebulan..krisis hutang Amerika dan Eropah...ya memang benar, perang adalah tipu daya...fasa ketiga 1 hari besamaan 1 minggu..perang dunia ketiga...itulah sistem kapitalis...aku juga berpendapat seperti komen di atas...kalau BN perintah..Malaysia runtuh dengan lambat..tetapi kalau PR merintah, lagi cepatlah Malaysia runtuh...semoga Allah melindungi Malaysia, Tanah Melayu keturunan Ahlul Bait..lambat jatuh bagi mengumpul kekuatan menentang Dajjal..1 hari seperti hari biasa...Wallahualam

    ReplyDelete
  19. boleh saya tahu di mana quote terakhir tu boleh dirujuk.

    dalam kitab/hadis mana ya? hanya ingin tahu bukan berfikiran negatif. harap tidak keberatan untuk mememberi tahu. :)

    "Kebatilan yang tersusun (kerana musuh bersatu senyap sesama mereka) akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun (kerana umat gagal bersatu)." – Saidina Ali been Abi Talib."

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.