
KESELURUHAN rakyat Palestin tidak bersetuju dengan idea Two-State-Solution yang mana negara haram Zionis
Andai rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis tidak bersetuju dengan idea penuh muslihat itu, mengapa pihak lain yang tidak merasai penderitaan mereka mesti bersetuju dengan idea Two-State-Solution? Rakyat Palestin mempunyai hak untuk tidak bersetuju kerana mereka adalah mangsa Zionis sejak lebih 60 tahun lalu.
Agensi berita New York Times pada 5 Mei 2011 melaporkan pemimpin Hamas Palestin, Khaled Meshal sebagai berkata: “Where there is occupation and settlement (by the Zionist), there is a right (for Palestinians) to do resistance..”
Terjemahan: “Apabila ada pendudukan dan penempatan (secara haram oleh Zionis), terdapat hak (bagi rakyat Palestin) untuk menentang..”
Khaled Meshal menambah: “If occupation (of the Zionists) ends, resistance (by the Palestinians) also ends. If
Terjemahan: “Jika pendudukan (Zionis) ditamatkan, penentangan (oleh rakyat Palestin) juga akan ditamatkan. Jika Israel berhenti menyerang, kami (Palestin) juga akan berhenti menyerang.”
Apabila ditanya mengenai Two-State-Solution yang dikatakan akan menamatkan konflik Israel-Palestin, Meshal menjawab: “I don’t want to talk about that.” Atau diterjemahkan kepada bahasa Melayu ia berbunyi: “Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara itu.”
Meshal menunjukkan ketegasannya untuk tidak mahu bercakap mengenai Two-State-Solution kerana rakyat Palestin sememangnya tidak bersetuju dengan idea penuh muslihat itu.
Nada-nada yang dikeluarkan Khaled Meshal juga jelas menunjukkan bahawa dia benar-benar bermaksud mahu Zionis
Nada itu juga merujuk kepada setiap inci tanah milik orang Palestin yang dirampas sejak 1948. Secara tersirat, Meshal mahu Zionis Israel segera keluar daripada setiap inci tanah yang menjadi hak orang Palestin. Maka dengan itu, adakah ia menunjukkan bahawa rakyat Palestin bersetuju dengan Two-State-Solution? Jawapannya, tidak. Secara tegasnya juga tidak. Secara lembutnya juga tidak. Khaled Meshal menegaskan ia seperti kenyataan di bawah:
“When
Terjemahan: “Apabila
Oleh yang demikian, Meshal menegaskan bahawa Zionis Israel harus ditentang selagi Zionis melakukan pendudukan di tanah-tanah milik mereka kerana menentang tanpa menggunakan kekerasan sebagaimana dilakukan Zionis terhadap rakyat Palestin tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada Israel:
“Unfortunately, nonviolence (actions) doesn’t work against the Israelis.” – Khaled Meshal.
Namun, nada-nada Barat tidak selari dengan Hamas dalam memperkatakan Two-State-Solution sebagai penyelesaian terbaik. Perdana Menteri
Terjemahan: “Mana-mana kerajaan baru yang memimpin Palestin harus menolak keganasan, mengiktiraf kewujudan
Nada David Cameron semasa menerima kunjungan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di London itu bukan hanya berbunyi seperti memujuk Palestin supaya bersetuju dengan idea Two-State-Solution tetapi memaksa Palestin menerima idea itu secara halus dan tersirat supaya mengiktiraf kewujudan Israel.
Rakyat Palestin tidak pernah bersetuju dengan Two-State-Solution, idea itu hanya disokong penuh oleh pihak-pihak yang menyokong Zionis
--
Idea Two-State-Solution bukanlah satu perkara yang sudah dipersetujui, ia belum dipersetujui secara hitam putih. Walaupun beberapa negara Arab dikatakan bersetuju dengan Two-State-Solution, ia sebenarnya belum mencapai kata sepakat kerana rakyat Palestin sendiri tidak bersetuju dengan idea itu.
Hak rakyat Palestin untuk tidak bersetuju adalah satu perkara yang harus dihormati oleh
Apabila dikatakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersetuju dengan Two-State-Solution, jangan pula menafikan atau buat-buat lupa kepada hak rakyat Palestin untuk menolak Two-State-Solution.
Idea Two-State-Solution dicetuskan selepas Barat buntu dalam mencari penyelesaian terhadap isu Palestin-Israel. Ia secara tidak langsung berperanan mengiktiraf negara Palestin dan membolehkan Palestin mengiktiraf negara haram Israel serta sempadan-sempadan antara kedua-dua negara sah dan negara haram itu.
Idea tersebut secara tersirat akan menutup segala usaha rakyat Palestin untuk membebaskan tanah-tanah mereka daripada penjajahan Zionis Israel. Apabila Two-State-Solution diterima oleh rakyat Palestin, maka secara automatik Palestin akan kehilangan tanah-tanah yang telah dirampas oleh Zionis sejak 60 tahun lalu.
Keluasan tanah yang telah dirampas Israel daripada rakyat Palestin pula bukan sekangkang kera. Sebaliknya, tanah yang masih tinggal kepada orang Palestin pula hanya sekangkang kera dan sangat sempit jika dibandingkan dengan keluasan kawasan yang telah dirampas Zionis. Apabila Two-State-Solution diterima, rakyat Palestin akan kehilangan banyak tanah.
Zionis sentiasa menunjukkan kerakusan dalam merampas tanah-tanah di rantau sebelah
Kewujudan negara haram Israel pada masa yang sama juga memperlihatkan kehilangan skala besar tanah milik rakyat Palestin. Sejak 1948, rakyat Palestin gigih berjuang membebaskan tanah mereka daripada Zionis dan semua orang tahu perkara itu.
Zionis Israel adalah penjajah yang menjajah serta merampas tanah-tanah milik Palestin, semua orang tahu perkara itu. Menjadi hak rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali tanah mereka dan mengusir Zionis keluar daripada tanah-tanah mereka untuk hidup merdeka. Pengertian usaha mencapai kemerdekaan pula ialah mendapatkan kembali hak dan maruah daripada pihak penjajah.
Ketika rakyat Palestin gigih berjuang mengusir Zionis Israel keluar daripada tanah mereka, adakah wajar mereka ditawarkan Two-State-Solution yang akan menyebabkan sebahagian besar tanah mereka diserahkan secara sah kepada penjajah dan seterusnya mengiktiraf negara haram yang dibangunkan penjajah?
Mahukah anda berkompromi dengan orang yang menceroboh masuk ke rumah anda dan merampas bilik-bilik serta dapur yang berada di dalam rumah anda. Untuk menyelesaikan masalah itu, maka ditawarkan penyelesaian bahawa penceroboh itu mendapat sebahagian daripada rumah anda itu sedangkan hanya tinggal tandas dan jamban sahaja untuk anda. Anda mahu bersetuju dengan cara penyelesaian seperti itu? Mengapa tidak diusir sahaja penceroboh itu dan mendapatkan rumah anda semula?
Orang-orang Muslim yang menyokong Two-State-Solution, di manakah pendirian anda sedang berdiri sekarang?
-CLOVER-
-faisal-
ReplyDeletesaya bersetuju dengan saudara penulis, palestin berhak mendapatkan semula keseluruhan tanah mereka yg dijajah zionist. tetapi kita orang2 islam tak ada kuasa utk halau israel yg dijaga amerika dan nato.
Salam saudara faisal
ReplyDeleteTiada kuasa untuk halau Zionis Israel bukan bermakna umat Islam harus menyokong segala idea mereka untuk menerima two state solution.
Kita tidak suka dengan kejahatan Israel dan wajar menunjukkan rasa tidak suka itu dengan maksud yang terang yang tidak berbelit-belit. Kalau tidak suka kepada Israel, tunjukkan rasa tidak suka itu yang terbit dari hati, disusuli perkataan dan perbuatan yang menentang.
Ingat pesan Rasulullah melalui hadis:
“Sesiapa melihat sesuatu kemungkaran, maka HENDAKLAH (wajib) mencegahnnya dengan TANGAN, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” - (Hadis Riwayat Muslim)
Andai dengan hati dan perkataan pun sudah menampakkan kerelaan terhadap kejahatan Israel sehingga mengikut kehendak mereka, di mana pula letaknya iman kita?
tanah kena ceroboh pastu bagi lebih kat penceroboh
ReplyDelete"tak ade rotan, akar pun jadilah"
indah peribahasa melayu penuh makna tersirat
spt disana, tak ada m4a1 cabine.. guna batu pun jadilah baling kat tentera zions
kita kena sedar pekara ini boleh terjadi dimalaysia yakni selatan tanah air..
orgorg
Salam Brothers and sisters,
ReplyDeleteAlhamdulillah apa yang diperjuangkan disini dapat byk membantu memberi idea dan gambaran-gambaran jelas untuk kita memahami tentang umat akhir zaman dan permainan duniawi ini. Untuk membuatkan anda membuka minda untuk menerima dan memahami apa yang sedang berlaku dan kemungkinan akan berlaku kepada kita umat akhir zaman,boleh lah dgr-dgrkan lecture dari Sheikh Imran Hosein.
saya dapati dlm lecture yg diberi oleh beliau byk membantu untuk memahami tentang agenda-agenda Zionist,dan perkara-perkara yang sedang dilakukan oleh zionist dan perkara yg berkemungkinan akan berlaku terhadap kita (Umat islam) pada masa kini dan masa hadapan.
Pada pandangan saya sebelum kita membuat sesuatu spekulasi adalah lebih baik jika kita juga mengetahui sejarah awal kejatuhan Tamadun islam,dan kebangkitan kaum Zionist ini supaya kita lebih jelas memahami tentang apa yang sedang diperlakukan ketas kita Umat Akhir Zaman
sekian
WakeUpUmmah