MASA sangat cepat berlalu. Antara sedar dan tidak sedar, sudah satu setengah tahun
Edisi Ketiga ini diterbitkan di ruang maya. Sepanjang tempoh itu, anda yang
kerap membaca di blog ini telah diberikan banyak input untuk memahami setiap
inci yang berlaku di luar sana. Andai tidak berdaya memahami sampai ke dasar,
sebilangan besar sudah pasti mampu memahami setiap ‘kocakan’ yang berlaku di
permukaan air.
Input-input pemahaman seperti dalam siri Mind Game, memberi beberapa petunjuk
asas mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh sebilangan manusia untuk
melemahkan dan seterusnya menguasai minda anda. Minda anda sangat senang untuk
diperlemahkan. Semudah memetik jari. Kecelaruan demi kecelaruan dipaksa masuk
ke dalam minda anda dan akhirnya anda menjadi orang-orang yang mudah terpedaya.
Apabila anda diberikan beberapa atau sesuatu
pernyataan, anda seterusnya akan diperdayakan dengan cara diberikan penerangan
yang jauh menyimpang daripada konteks pernyataan asal yang dibuat. Kelekaan
dalam menganalisa maksud asal pernyataan dan niat asal pernyataan itu dibuat
menjadikan anda sebagai orang-orang yang sangat mudah diperdayakan.
Maklumat boleh diperoleh daripada pelbagai sumber.
Orang yang bijak pula ialah orang yang kaya dengan maklumat. Kebijaksanaan itu
bukan mengenai apa yang anda rasa, tetapi mengenai apa yang anda simpulkan
dengan penuh kewajaran dan kewarasan selepas menganalisa setiap maklumat yang
diperolehi daripada setiap sumber berbeza.
Ada yang selalu berkata: “Kami rasa, orang itu bukan proksi Zionis.” Walhal, itu adalah
berdasarkan apa yang mereka rasa, bukan berdasarkan apa yang mereka tahu dan
jauh sekali bukan berdasarkan apa yang mereka analisa dengan penuh waras dan
wajar walaupun terdapat banyak sumber maklumat yang tidak mereka cuba untuk
ketahui yang sebenarnya membantu dan boleh membawa mereka kepada sesuatu
jawapan secara konkrit yang sukar untuk disangkal.
Sama juga kalau mereka berkata: “Kami rasa…itu..” atau “Kami
rasa…ini…” ia masih berdasarkan apa yang mereka rasa, bukan berdasarkan apa
yang mereka tahu dan bukan bersandarkan kewarasan dan kewajaran dalam menilai
sesuatu berlandaskan setiap maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber
secara 360 darjah.
Masalah orang-orang seperti itu ialah mereka tidak
suka mencari maklumat daripada pelbagai sumber, mereka hanya bergantung kepada
satu atau beberapa sumber maklumat tertentu sahaja. Mereka tidak kaya dengan
maklumat, mereka hanya kaya dengan ‘rasa
itu’ dan ‘rasa ini’. Boleh sahaja
dikatakan mereka itu adalah mangsa ‘monopoli
propaganda’ yang dikongkong oleh beberapa sumber yang dikhaskan untuk
mereka percaya. Mereka tidak terdorong dan ada juga yang dihalang untuk mencari
lebih banyak maklumat daripada pelbagai sumber lain.
Mereka dihalang untuk mendapatkan lebih banyak
sumber maklumat berlainan. Namun, mereka tidak dihalang secara nyata. Mereka
dihalang secara halus iaitu setelah (minda) mereka diarahkan supaya tidak
merujuk kepada lain-lain sumber dan hanya bergantung kepada input-input
maklumat yang dikhaskan kepada mereka sahaja. Kata lain, minda mereka dikawal
supaya hanya merujuk kepada sumber-sumber terpilih. Apabila minda telah berjaya
dikawal, maka tubuh juga akan lebih mudah diperkudakan.
Orang-orang yang dibelenggu akal memang mudah
dipergunakan untuk menjayakan agenda sulit The
Hidden Hand. Salah satu gerak kerja yang terkandung dalam workprint untuk menjayakan gelombang
kedua New World Order (NWO) ialah
dengan melancarkan huru-hara atau riot.
Huru-hara ini tidak akan terlaksana sekiranya tiada penglibatan orang-orang
yang sudah dibelenggu minda mereka. Maka, mereka itulah yang menjadi salah satu
punca kepada tertegaknya NWO gelombang kedua.
Mission
Occupy dilaksanakan di banyak tempat di seluruh dunia
berdasarkan sebab-sebab yang berbeza. Lokasi-lokasi tumpuan awam dijadikan
tempat berkumpul sebelum tercetusnya huru-hara apabila peledak atau trigger diaktifkan. Ada mission occupy yang tercetus disebabkan
motif politik, ada pula bermotifkan ekonomi yang turut diperisakan dengan
sedikit sentimen politik yang simbah dengan api kemarahan.
Namun, walau apa pun sebab mission occupy itu diadakan, tujuannya adalah sama, iaitu untuk
mencipta ketegangan yang terhasil apabila manusia-manusia minoriti yang sedang
marah dikumpulkan di satu tempat yang sama, pada masa yang sama ia bagi
mencipta majority wipe-out, iaitu
mewujudkan keadaan di mana golongan minoriti akan menjatuhkan golongan majoriti
melalui sikap agresif yang akan merebak menjadi huru-hara.
Mission
Occupy adalah salah satu print orde baru yang sedang menjadi trend. Dalam perkara ini, manusia-manusia minoriti yang tidak
berpuas hati terhadap sesuatu isu dikumpulkan di satu tempat tumpuan awam,
kumpulan minoriti itu pula cuba meyakinkan orang ramai bahawa kononnya mereka
mewakili majoriti. Apabila majoriti tidak berpihak kepada mereka, maka majoriti
itu akan disingkirkan melalui perlakuan yang tidak masuk akal mengikut modul majority wipe-out, kadang-kala pula
melalui perlakuan agresif, subversif malah militan.
Kekeliruan adalah salah satu sebab mengapa
orang-orang yang malas berfikir dengan waras boleh dijadikan mangsa dengan
mudah. Kekeliruan pula wujud apabila orang-orang malas itu tidak berusaha
mendapatkan maklumat yang pelbagai daripada sumber-sumber yang berbeza.
Akibatnya, kekurangan maklumat menjadikan mereka lebih mudah diperdayakan.
Kekeliruan boleh tercipta apabila wujud dua atau
lebih kenyataan yang tidak selari. Ia juga ditambah dengan pernyataan putar
belit atau spin atau twist yang menyebabkan sesuatu kenyataan
itu menjadi bersalahan antara satu sama lain. Jadi, komponen-komponen inilah
yang menyebabkan minda seseorang itu mudah dikawal oleh orang yang bertindak
licik dan bijak yang mahu mengawalnya.
Edisi Ketiga blog ini menyediakan beberapa perkara
asas dalam Mind Game untuk difahami
oleh anda semua, ia supaya anda tidak menjadi orang yang mudah
diperdayakan. Anda perlu menjadi orang
yang cermat dalam membuat pemerhatian dan penilaian. Cermat itu juga harus
disulami dengan kebijaksanaan dalam mengesan setiap perbuatan yang bersalahan
dengan pernyataan.
Akhir ini, gerakan politik dalam negara ini
mempunyai begitu banyak kekeliruan. Kekeliruan itu pula semakin meracuni pemikiran
orang-orang yang sangat malas untuk berfikir. Sesetengah gerakan politik
berkata mereka tidak seperti itu atau tidak seperti ini, tetapi balik-balik
mereka membuat perkara yang sama.
Dalam negara ini, sebenarnya, sudah ada golongan
Yahadut Mizrah yang menyelinap masuk dalam gerakan politik. Susur galur bloodline Yahudi sekular dan sesat yang
memasuki Asia Timur sejak hampir satu abad lalu, sedang galak mengembangkan
generasi mereka ke merata Asia. Mereka bukan lagi menjadi penduduk Asia yang
hidup dalam kitaran sesama masyarakat mereka sahaja, mereka telah keluar ke
tengah-tengah masyarakat.
Berbeza dengan sekitar 500 tahun lalu, golongan
Yahadut Asia ini hanya memberi tumpuan kepada kegiatan menjalankan perdagangan
dan perniagaan untuk mengumpul kekayaan peribadi. Mereka langsung tidak
mendedahkan identiti keyahudian mereka kepada umum disebabkan sudah banyak kali
diusir keluar oleh bangsa-bangsa lain sebelum itu, banyak rekod sejarah
mencatatkan pengusiran keturunan Yahudi di seluruh dunia.
Mereka hanya menjalankan perniagaan dengan menutup
segala identiti, sambil mengumpul kekayaan. Apabila kekayaan itu sudah dicapai,
mereka menyalurkan dana kepada gerakan Zionis untuk menjajah tanah orang
Palestin.
Pada masa yang sama, mereka terus mengumpul kekayaan
dan mencapai status yang tinggi dalam kalangan masyarakat di negara-negara
Asia. Ketinggian status itu pula dicapai melalui pemilikan harta. Apabila
status kemuliaan dalam masyarakat sudah diraih, maka mereka mula menyusun
strategi seterusnya untuk mengemudi hala tuju Asia mengikut hawa nafsu mereka.
Ketinggian status dalam masyarakat itu juga
menjadikan mereka lebih yakin untuk tampil di tengah-tengah masyarakat. Namun,
identiti sebenar keyahudian mereka masih kekal dirahsiakan bagi mengelak
daripada ditolak oleh orang Asia. Maka berbekalkan status kemuliaan darjat yang
diukur daripada kekayaan material, golongan Yahadut Asia mula terlibat dalam
politik di negara-negara Asia dalam keadaan identiti mereka tersimpan kemas
daripada diketahui orang ramai.
Kekayaan material berjaya meletakkan mereka di tahap
tinggi dalam susun lapis masyarakat materialistik. Kini, mereka sudah yakin
untuk keluar ke khalayak. Mereka keluar beramai-ramai, bagai meluru turun dari
tempat-tempat yang tinggi. Beramai-ramai bermain demokrasi, mereka terus kekal
bermain dengan konsisten walaupun sebilangan daripada mereka sedar bahawa
mereka tidak akan berjaya mendapat sebarang kuasa penuh melalui politik
demokrasi di beberapa buah negara di Asia.
Namun, mereka sedar bahawa demokrasi adalah alat
terbaik untuk mencipta perpecahan walaupun mereka tahu mereka tidak akan menang
dalam demokrasi, tetapi mereka tahu mereka akan menang dalam permainan yang
lain. Demokrasi, alat terbaik untuk menjadikan dua saudara bercakaran sesama
sendiri, sehingga tercetusnya huru-hara apabila dua saudara bersengketa. Mereka
menggunakan senjata itu sebaik mungkin dalam persekitaran yang sangat kompleks
untuk difahami oleh orang-orang yang lemah minda dan cetek akal.
The
Hidden Hand melalui alat mereka iaitu
pertubuhan-pertubuhan jahat yang efektif bergerak dalam modus operandi yang
bijak. Tahun 2013 pula padat dengan jadual-jadual perang dan kekecohan di
hampir semua negara yang mempunyai kepentingan strategik.
Keganasan rejim Yahudi di Asia Barat dan Timur
Tengah akan berlarutan dalam tempoh yang lama sehingga sampai ke kemuncak yang
sulit dan gerun untuk difahami. Di negara-negara Islam pula, umat menghadapi
ancaman golongan munafik dan khawarij yang digembleng oleh proksi-proksi Zionis
secara besar-besaran.
Golongan murtad pula semakin galak dengan slogan ‘proud to be kafir’ dan buat masa ini, slogan itu semakin kerap berkumandang di kalangan mereka sendiri dan hanya menunggu masa untuk mereka keluar menghadapi umat Islam yang masih setia dengan akidah. Mereka mahu menghadapi umat Islam dengan pengertian ‘menghadapi’ yang sebenar.
Umat Islam tidak hanya akan menghadapi Yahudi
sekular Zionis semata-mata, umat Islam juga akan menghadapi kumpulan-kumpulan
lain termasuk golongan murtad, munafik, lain-lain golongan sesat dan
ajaran-ajaran sesat. Islam memanggil mereka itu sebagai kafir, dan mereka pula
semakin hari semakin bangga dengan panggilan kafir. Iaitu satu terma yang
membezakan mereka dengan umat Islam. Dalam keadaan itu, akan terpampang nisbah
999 Yakjuj Makjuj bagi setiap 1 orang Islam sebagaimana yang pernah disebut
oleh baginda Nabi.
Disebabkan mereka bangga dengan panggilan kafir
kerana hanya terma itu yang secara tegas dan jelas membezakan mereka dengan
umat Islam, maka mereka secara terbuka akan mengisytiharkan kekafiran mereka
dalam menghadapi umat Islam di penghujung zaman. Tidak mustahil jika susunan
huruf kaf-fa-rho akan ditulis sendiri
oleh mereka sendiri di dahi-dahi mereka sendiri kerana huruf-huruf itu sudah
tentu dikenali oleh orang Islam yang tahu membaca huruf-huruf Arab (huruf-huruf
yang terdapat dalam kitab suci al-Quran), ia juga sebagai memberi cabaran
kepada umat Islam supaya menentang mereka secara terbuka.
Mungkin mereka yang munafik atau murtad atau sudah
sesat akan berkata: “Nah, lihat. Kami
orang kafir dan kami tulis perkataan kafir di dahi supaya kamu orang Islam
dapat mengenal kami dengan mudah, kami tidak lagi berselindung. Sekarang,
berlawanlah dengan kami atau kami akan membunuh kamu.”
Pada penghujung zaman, nisbah 999:1 akan jadi nyata.
Tidak mustahil umat Islam akan dicabar sehingga sedemikian secara
terang-terangan dan orang-orang kafir dengan penuh berani meminta umat Islam
berlawan dengan mereka. Mereka juga tidak mustahil menulis perkataan kafir di
dahi mereka sendiri supaya mereka dapat dikenali oleh orang Islam. Itu adalah
sesuatu yang tidak mustahil memandangkan slogan ‘proud to be kafir’ sudah menjadi ucapan yang sering dilaungkan oleh
golongan murtad ketika bercakap sesama mereka.
Golongan murtad yang keluar dari Islam memang wujud
di negara ini. Kewujudan mereka adalah secara senyap. Malah, golongan itu
membina jaringan komuniti mereka sendiri melalui pertubuhan-pertubuhan yang
mereka tubuhkan untuk kepentingan akidah baru mereka.
Kita tidak bercakap mengenai hukuman yang wajib
dikenakan ke atas orang yang telah murtad. Namun, (dalam surah al-Baqarah) Islam
menggariskan bahawa orang-orang murtad yang keluar Islam secara senyap-senyap
tanpa mengisytiharkan kemurtadannya itu serta tidak pula mengajak orang Islam
yang lain turut murtad sama sepertinya, adalah tidak dikenakan hukuman di dunia.
Walaupun demikian, Allah menjanjikan balasan neraka kepada golongan itu
sekiranya mereka mati dalam kekafiran tanpa sempat kembali kepada Islam.
Orang murtad yang dikenakan hukuman mati di dunia ialah
orang yang telah keluar Islam dan mengisytiharkan pula kemurtadannya secara
terang-terangan, dan juga orang murtad yang mengajak orang Islam yang lain
turut sama murtad sepertinya. Kita tidak mahu bercakap soal hukum, tetapi perlu
diketahui dan disedari (walaupun ada pihak dalam kalangan orang Islam sendiri yang
menafikan) bahawa golongan murtad dan kegiatan memurtadkan orang Islam di
negara ini memang wujud.
Saya sendiri pernah bertemu dengan sebuah keluarga
yang menyatakan hasrat untuk menukar agama. Melalui pertemuan itu, saya
dimaklumkan bahawa mereka didekati golongan penyampai agama lain dan diberikan
penerangan mengenai agama mereka. Pada masa yang sama, keluarga itu dihimpit
masalah bebanan hidup yang semakin menekan. Malah, keluarga itu turut kecewa
apabila tiada saudara sesama Islam yang sudi membantu mereka yang sedang
kesusahan, sedangkan penyampai agama lain begitu bersungguh-sungguh membantu
mereka sehingga menawarkan akidah lain kepada mereka.
Golongan penyampai agama itu kemudian mengajak
keluarga itu masuk ke dalam agama mereka pada ketika para penyampai agama itu semakin
kerap bertandang ke rumah keluarga itu bersama beberapa orang Melayu yang telah
murtad. Selepas mendapat maklumat, saya kemudian bertemu dengan keluarga itu
untuk mendapatkan kisah sebenar dan meminta jabatan agama Islam mendekati keluarga
itu untuk memurnikan akidah mereka semula dan memindahkan mereka ke tempat lain
yang tidak diketahui oleh kumpulan yang mahu memurtadkan mereka.
Melalui kes yang pernah saya hadapi dengan mata
kepala saya sendiri pada tahun lalu itu, terang lagi jelas komuniti Melayu
murtad dan gerakan memurtadkan orang Melayu itu memang ada. Saya juga pernah
bersua muka dengan komuniti Melayu yang telah murtad ketika mereka bertandang
ke rumah keluarga miskin itu. Namun, setelah kes itu menerima campur tangan
jabatan agama Islam, golongan Melayu murtad yang cuba memurtadkan keluarga
miskin itu terus menghilang tanpa dikesan lagi.
Berdasarkan maklumat yang saya terima, golongan
Melayu murtad itu hidup bersama dalam komuniti Melayu Islam. Mereka pada waktu
tertentu berlagak seperti orang Islam, memasuki masjid, kadang-kala bersolat
jemaah bersama, menghadiri kenduri kendara, nama mereka juga seperti orang
Islam, tercatat perkataan ISLAM pada kad pengenalan, dan tiada sesiapa akan
mengetahui agama sebenar mereka yang bukan lagi Islam itu. Cara hidup mereka
adalah munafik yang memusuhi Islam secara senyap-senyap.
Kes yang saya hadapi dengan mata kepala sendiri itu
adalah sebahagian daripada sekian banyak kes. Itu belum lagi dipetik beberapa
kes lain yang pernah dilaporkan dalam akhbar pada setahun lalu.
Menjadi aneh ialah apabila terdapat (segolongan) di
kalangan orang Islam sendiri yang menafikan kewujudan gerakan memurtadkan orang
Islam di negara ini. Segolongan yang begitu lantang menafikan itu itu mungkin
tidak pernah bertemu dengan gerakan-gerakan memurtadkan orang Islam di negara
ini dan juga tidak pernah bersua dengan mangsa-mangsa gerakan-gerakan ini.
Mungkin segolongan itu terlalu sibuk dengan ‘matlamat kuasa keduniaan’ sehingga
lalai daripada mengambil tahu perkara ini. Tidak guna jika hanya tahu menafikan
kewujudan gerakan memurtadkan orang Islam sekiranya tidak pernah cuba untuk
mendekati gerakan-gerakan memurtadkan orang Islam yang majoriti Melayu di
negara ini.
Jadi, ancaman terhadap umat Islam di negara ini
bukan sedikit. Jika kita memahami maksud nisbah 999:1 (999 berbanding 1), maka
kita akan sentiasa sedar bahawa di pelosok dunia mana sekalipun, setiap seorang
daripada kita akan berhadapan dengan 999 orang musuh.
Golongan 999 itu juga termasuk golongan kafir,
murtad, munafik, Yakjuj Makjuj, golongan Yahuda dan Nasara serta
golongan-golongan yang sentiasa mendendami Islam. Angka 999 itu kalau
diterbalikkan, ia menjadi 666 (huruf kaf-fa-rho
juga dalam jenis font tertentu akan membentuk
formasi angka 666). Tetapi angka 1 itu kalau diterbalikkan, ia tetap angka yang
sama nilai walaupun kepala dan ekor sahaja yang terbalik. Jadi, 1 tetap 1 walau
dalam apa jenis keadaan sekali pun.
Ancaman itu baru sahaja memasuki fasa baharu, dan akan diperhebatkan lagi menjelang tahun 2013. Bagi menyambut ‘keghairahan dan kegilaan’ pada tahun 2013, negara haram Israel sekular Zionis memulakan bedilan dengan kegilaan mereka mengebom penempatan orang Arab Palestin sebagaimana yang kita ketahui baru-baru ini (November).
Itu adalah ‘buah’ awal sebelum kita memasuki tahun
2013. Apa yang perlu diketahui ialah, tahun hadapan ialah tahun yang sibuk.
Segala perancangan the hidden hand untuk
menghuru-harakan beberapa negara lokasi strategik akan memasuki fasa kemuncak pada
tahun hadapan. Ia adalah kemuncak kepada perancangan sulit mereka sejak tahun
2001 dan bagi mengetahui sama ada segala rancangan itu berjaya atau tidak
berjaya dalam tempoh 300 hari sepanjang 2013.
Berpesan-pesanlah kepada yang masih leka tidur
supaya segera bangkit dan mengikuti perkembangan dunia melalui pelbagai sumber
maklumat supaya sentiasa berwaspada. Edisi Ketiga ini sedikit sebanyak telah memberi
beberapa maklumat kepada anda supaya sedar dengan keadaan yang sedang dihadapi,
anda juga sewajarnya sudah maklum mengenai siapa sebenarnya kawan walaupun
tidak begitu sempurna dan siapa sebenarnya musuh. (Terpulang kepada anda untuk
menganggap Edisi Ketiga ini sebagai pemberi khabar atau sebagai sampah).
Untuk tahun 2013 (tidak pasti akan bermula semula
pada bulan berapa), Edisi Ketiga Umat Terakhir sedang menyusun bahan-bahan yang
sesuai untuk anda. Perkara yang wajar dikhabarkan akan tetap dikhabarkan, dan
perkara yang wajar dirahsiakan akan kekal dirahsiakan.
Paling utama ialah minda anda wajar bebas daripada
kongkongan orang-orang yang mahu mengongkong pemikiran anda. Anda hanya akan
benar-benar faham segala maksud Umat Terakhir sekiranya minda anda bebas
mengikut landasan pemikiran yang waras dan wajar.
Saya juga pernah berjumpa di beberapa laman maya, ada
yang berkata: “Selepas membaca beberapa
blog (termasuk) Umat Terakhir, barulah saya faham dengan keadaan sebenar yang
sulit untuk kita semua fahami.”
Kami tidak meminta wang daripada anda, tidak pula
meminta anda membayar kepada kami. Kami tidak pula meminta anda menghulurkan
derma kepada kami pada ketika kami menyampaikan khabar kepada anda. Kami hanya
mahu anda faham dan menjadi orang-orang yang faham dan tidak menjadi
orang-orang yang dikongkong mindanya.
Blog ini bukan blog ilmu agama, bukan juga blog
politik.
Izinkan Umat Terakhir berehat sebelum kembali bila-bila masa pada 2013.
-STALKER-
I’m
stalking you
.
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih buat tuan rumah.
Berpesan walau sepotong ayat.
Jiwa-jiwa yang bebas merdeka.
Analisa akhir tahun yang amat menarik dan perlu difikirkan secara mendalam. Terimaksih
ReplyDeleteterima kasih untuk semua ilmu yang dibagikan sepanjang tahun ini dan tahun-tahun lepas.
ReplyDeleteberehat...
ReplyDeleterajin tgk leverage yea..
cite2 omputih ni byk pengajaranya
get ready after GE (april)
tapi sebelum GE banyak isu akan muncul
amat berharap Allah celikkan matahati org islam
mereka memerhati...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTertarik dengan cara penulisan saudara.Sangat membuka minda yang masih tercari-cari akan kebenaran di dalam kehidupan ini.
Boleh beri keizinan untuk saya link blog saudara?
Terima kasih.
Salam. Kita hanya memerlukan mereka-mereka yang 'jiwanya' tidak boleh di beli. Bagi mereka yang 'terjual jiwanya @ murtad' itu ketentuan Allah SWT. Perjalanan dan arah kita sama , terima kasih. Layari :
ReplyDeleteCahaya Al Majid Perjalanan Ke Dua
Congratulation on job well done in 2012 (From all of us in the Watchers Group)
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteMaaf, agak lambat beri respon kepada komen-komen anda semua.
Terima kasih semua.
---
Terima kasih juga kepada Afterdark : )
---
Saudara/saudari MMA, silakan.
---
Saudara OrgOrg, get ready to get even. Leverage itu siri con-men yang 'pandai guna akal'. Tidak semacam con-men di Malaysia yang kurang bijak & banyak berangan-angan. : )
-
a`kum tuan admin..
ReplyDeletesebelum berehat ana nk tuan komen tentang pengisytiharan palestin sebagai sebuah negara di PBB..adakah ia 1 perangkap muslihat atau kemenangan bg umat islam?
salam,wah,,stalker tgk leverage yea,,feveret saya 2,,huhu,xsangka :),
ReplyDeletethe art of deception
>will of D<
Get Ready 2 Get Even...
ReplyDeletePeka pada Tarikh 21/12/12...
Masanya sudah tiba jgn leka lagi... Mereka menggunakan landasan Politik untuk memecahbelahkan kita, awas!
Pemimpin Freemason sudsah berjaya diletakkan di persada kepimpinana negara Malaysia sejak bermulanya pemerintahan Tunku Abdurahman. Ketika itu inggeris tidak pernah membina kilang arak, membuka pusat judi terbesar di negara Tanah suci Melayu ini. Belum ada kuil kuil hindu dibina di Tanah suci Melayu ini. Hukum hudud diketepikan oleh Parti Umno yang memerintah sedangkan inggeris sendiri tidak berani menghapuskan hukum Alloh itu. Jadi siapakah golongan yahudi itu yang sebenarnya? Buka lah hati kalian. Jangan ragu ragu lagi untuk berjuang bersama sama golongan yang bersungguh mahu menegakkan kembali Hak Hak umat islam di Tanah Suci Melayu ini. Masih tidak faham lagi?
ReplyDelete...juga telah muncul dan tertegak patung2 gergasi di negeri Serambi Mekah sejak beberapa dekad ini....
DeleteJuga sanggup bersekongkol parti yg rasa terlebih Islamik dgn bersama mngguna kalimah Allah dgn kristian.. parti Islamik yg x mahu bersatu padu dgn sedaranya UMNO yg dirasakan yahudi..
ReplyDeleteIslamik apa kebendanyaaa tu?