11 Jan 2013

Kunst der Täuschung

Art of Con



BAGI mereka yang sudah biasa dengan blog ini, mereka akan membaca setiap perkataan yang ditulis dalam setiap artikel sehingga habis, iaitu sehingga ayat terakhir yang ditinggalkan oleh mana-mana penulis sebelum nama samaran penulis itu dihitamkan (bold). Ayat terakhir yang ditinggalkan itu pula biasanya mengandungi maksud berlapis-lapis dan tersembunyi.

Mereka yang biasa membaca blog ini juga sudah sedia tahu mengenai kaitan sesuatu artikel itu dengan artikel-artikel akan datang atau yang terdahulu. Walaupun sesuatu artikel itu tidak mendedahkan sebarang kaitan konspirator, namun pembaca yang biasa membaca blog ini sudah sedia tahu bahawa artikel itu adalah subjek awal sebelum perkara sebenar diberitakan dalam artikel-artikel yang akan datang.

Artikel iringan yang dikeluarkan kemudian itu pula masih disampaikan dalam lenggok bahasa yang samar-samar, tetapi ia sebenarnya tidak samar-samar dan amat jelas maksudnya bagi pembaca-pembaca yang sudah terbiasa dengan lenggok bahasa di blog ini. [pembaca seperti OrgOrg dan Abatasa adalah antara yang sangat faham dengan gaya blog ini dalam menyampaikan sesuatu maksud].

Maka, sama juga dengan artikel kali ini. Ia adalah subjek awal sebelum menyampaikan perkara sebenar yang ingin difahamkan kepada pembaca. Umat Terakhir mahu anda menjadi orang yang faham dan tidak mudah terpedaya dengan segala tipu daya yang ada di luar sana. - ADMIN.

--

Art of Deception: Con-artist.

Con-artist (conmen & conwomen). Dalam bahasa kita, mereka dipanggil pendusta. Membezakan con-artist dengan penipu-penipu biasa ialah mereka sangat bijak dalam pendustaan. Namun, mereka itu sebenarnya  tidak terlalu bijak sekiranya anda menjadi orang-orang yang faham dengan taktik permainan mereka. Biasanya, wartawan (seperti kami di sini) adalah musuh utama con-artist. Ia kerana setiap con yang mereka lakukan boleh blown-out (terbongkar) apabila dijerat oleh wartawan.


Begitu juga dengan scammers (dari jenis penipu juga), wartawan juga adalah musuh utama mereka. Sama juga dengan grifters atau swindlers (jenis penipu juga), mereka juga sangat benci apabila wartawan mahu menjerat kegiatan mereka. Namun, tidak semua wartawan adalah musuh mereka. Dalam ruang (bidang) con yang lain, ada con-artist yang mempergunakan wartawan dari jenis naïve untuk kepentingan mereka. Bagaimanapun, sebilangan besar musuh mereka adalah wartawan.

Jadi, kami ingin menambah bilangan musuh mereka (para penipu itu). Kami mahu jadikan anda semua sebagai musuh-musuh baru mereka. Ia bagaimanapun bersyarat, iaitu anda (terutama yang selama ini diperdaya con-artist) terlebih dahulu harus sedar bahawa anda sedang ditipu. Anda akan sama-sama menjadi musuh baru kepada con-artist apabila anda mula menentang mereka sebagaimana the answer seekers (para wartawan) melakukannya selama ini.

Con-artist menyelinap di mana-mana sahaja dalam semua bidang yang ada dalam setiap bucu professionalism. Mereka wujud secara con dan secara profesional dalam semua bidang yang menjanjikan wang dan kuasa. Untuk mencapai matlamat, mereka meletakkan batu-batu tempat mereka berpijak itu sebagai ‘marks’.., malah kepercayaan anda, atau kepala anda, mayat anda sekali pun boleh juga menjadi mark-mark itu asalkan matlamat con-men itu tercapai.

 Con atau deception adalah seni. Ia bukanlah satu jenis penipuan yang dikategorikan sebagai ‘tipu bodoh-bodoh’. Ia adalah ‘tipu daya yang dilakukan oleh bijak pandai’. Ia adalah perbuatan yang sudah berkurun wujud sejak manusia mula belajar menipu. Ia kemudian menjadi seni jenayah yang di-profesional-kan oleh para penjenayah bijak pandai sejak kurun ke-18 di kota London. Dalam kurun ke-21 ini, seni itu sudah menjadi sangat advance dengan pelbagai upgrade sehingga anda tidak terdetik sedar bahawa anda sedang ditipu dan diperbodohkan hidup-hidup.

Apabila blog ini mengeluarkan berbelas artikel dalam siri Mind Game, ia juga adalah subjek awal sebelum anda difahamkan mengenai Kunst der Täuschung atau Art of Con.

Siri artikel dalam Mind Game adalah tidak lain untuk mendidik minda anda supaya bersedia dari segi kekuatan psikologi untuk menghadapi segala permainan yang dimainkan oleh conmen yang sedang memperdaya kedunguan manusia-manusia. Kami mempersiapkan anda untuk menjadi musuh-musuh baru kepada setiap conmen yang ada di Malaysia.

Kami mempersiapkan anda untuk menjadi musuh-musuh baru kepada setiap conmen yang berkonspirasi di Malaysia. Anda hanya perlu menjadi ‘orang jujur’ yang mahukan jawapan. Anda juga hanya perlu menjadi ‘orang jujur’ yang tidak berat sebelah kepada mana-mana orang yang anda suka. Dengan kejujuran, anda mampu melawan sang conmen.


“You can’t con a conman.”Con rule no. 1   
    

Permainan con terwujud apabila  manusia mahu kepada penyelesaian yang mudah. Ia adalah permainan yang mengambil peluang kelemahan psikologi manusia. Ia adalah Mind Game. Ia adalah permainan yang hanya menjadikan manusia-manusia dungu lurus bendul yang malas berfikir sebagai mangsa. Namun, manusia jujur tidak sesekali akan menjadi mangsa.

Apabila seseorang manusia jujur itu merasakan ada orang mahu menipunya, dia tidak akan hanya duduk diam dan membiarkan dirinya ditipu hidup-hidup. Dia akan jujur kepada dirinya sendiri, dan mula melakukan sesuatu untuk menjadikan dirinya  tidak ditipu. Dia tidak akan mengkhianati dirinya sendiri yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena, dia tidak akan mengkhianati dirinya sendiri dengan hanya duduk diam.

Jika seseorang wartawan (yang bukan lurus bendul) merasakan ada orang mahu menipunya, maka dia akan mengajukan soalan tambahan untuk menguji kejujuran dalam jawapan yang diterimanya sebelum itu. Jika wartawan itu bertanya: “mana jam tangan?”. Kemudian dia diberikan jawapan: “jam itu ada pada isteri saya.” Tetapi wartawan itu tidak mahu dirinya ditipu dan dia tanya soalan tambahan: “boleh tunjukkan jam tangan itu sekarang?” sambil wartawan itu mengharapkan ada kejujuran dalam jawapan yang diterimanya sebelum itu. Dalam contoh jam tangan itu, anda boleh melihat bahawa betapa wartawan adalah kumpulan orang yang sentiasa mahu jawapan yang jujur daripada mana-mana orang yang memberikan jawapan. Atas sikap itu, maka wartawan jujur adalah musuh utama semua conmen yang ada di pelosok dunia. Tidak percaya?

Bagaimana seseorang conman melakukan penipuannya? Sebagaimana disebutkan di atas tadi, ia dimulakan apabila manusia mahukan penyelesaian mudah dalam setiap masalah yang mereka hadapi. Jadi, di situlah muncul peluang kepada conman untuk menawarkan ubat atau penyelesaian.

Katakan, golongan surirumah selalu ada masalah untuk membuat simpanan wang kerana  mereka tidak bekerja  dan mengharapkan wang diberikan suami sahaja, itu pun kalau bajet suami terganggu, maka tiadalah wang simpanan dihulurkan si suami kepada surirumah. Maka, di situ timbul peluang kepada con-artist untuk memanfaatkan peluang itu.

Mungkin ada con-artist yang tampil dengan penipuan berbentuk scam, mereka mungkin sekali menawarkan pinjaman yang serupa simpanan. Mungkin kalau con-artist itu terlibat dalam kegiatan yang menjanjikan kuasa, dia mungkin menawarkan janji untuk beri wang kepada surirumah yang kononnya berupa insentif tertentu sekiranya mengangkat dirinya menjadi orang paling berkuasa.

Katakan lagi, segolongan dungu manja yang malas belajar sudah tahu sikap malas dan dungu mereka itu tidak membantu mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik selepas tamat belajar nanti. Mereka tahu yang bahawa mereka tidak mendapat keputusan terbaik kerana mereka malas dan kemalasan serta kedunguan itu juga akan menyebabkan mereka tidak pandai atau tidak tahu buat kerja apabila tamat belajar nanti.  Maka, mereka sedar bahawa mereka akan hadapi masalah untuk membayar semula pinjaman pelajaran kerana tidak cemerlang. Jadi, ia membuka peluang kepada conmen untuk menawarkan penyelesaian paling mudah kepada masalah yang dihadapi golongan dungu manja yang malas belajar itu. Apakah menyelesaian mudah yang ditawarkan kepada golongan dungu manja yang malas belajar dan hampir keciciran itu?

Namun, semua disebutkan di atas itu hanya contoh-contoh yang tidak pernah berlaku di luar sana (really?). Ia adalah contoh-contoh untuk menjelaskan mengenai bagaimana sesuatu peluang itu  tercipta bagi conmen untuk memulakan setiap ‘con-jobs’.  Peluang itu terwujud dengan menawarkan penyelesaian mudah kepada marks. Boleh jadi penyelesaian itu ialah tidak perlu bayar balik atau masuk universiti percuma walaupun akhirnya (sebagaimana majoritinya) tidak belajar bersungguh-sungguh selepas diberi peluang masuk universiti.

Peluang-peluang itu wujud kerana mangsa atau ‘marks’ tidak menggunakan masa mereka untuk mendapatkan maklumat-maklumat atau fakta-fakta berkaitan sebelum memutuskan untuk menyebelahi hasrat seseorang conman. Ia kerana mangsa sentiasa mahu penyelesaian mudah, mangsa-mangsa conmen juga selalunya merupakan orang yang sangat malas dan tidak jujur kepada diri sendiri walaupun ada juga orang bijak dan rajin turut menjadi mangsa con-artist. Ia kerana orang bijak itu kekurangan satu nilai penting.

Pernah juga Umat Terakhir nyatakan kepada pembaca di sini bahawa ‘orang bijak ialah orang yang kaya dengan maklumat dan fakta’. Jadi, anda hanya perlu tambah satu nilai lagi dalam diri anda supaya tidak menjadi mangsa, nilai itu ialah kejujuran. Jujur kepada orang lain dan jujur kepada diri sendiri, itu adalah antara nilai penting untuk menghadapi conmen. Seseorang conman boleh tipu apa sahaja kepada anda, namun jika anda jujur untuk tidak mahu ditipu, anda berupaya membuat conman itu melarikan diri daripada anda, anda boleh menjadikan sesuatu job yang dijalankan conman itu ‘blown-out’.

Risiko yang sedang dihadapi oleh semua orang, termasuk yang bijak pandai ialah mudah terpedaya dengan penyelesaian mudah yang cuba ditawarkan oleh seseorang con-artist atau conman. Untuk menangkis cubaan memperdaya itu, anda perlu upgrade nilai pada diri anda dengan menambah kejujuran yang 100 peratus tulus. Kejujuran juga adalah nilai yang dibenci iblis. Jadilah musuh kepada conman, dan jadilah musuh kepada iblis dengan menjadikan diri anda jujur.


“You can’t con honest people.”Con rule no. 2


Dalam cara lain, seseorang conman melakukan penipuannya dengan teori-teori konspirasi yang mana teori itu seboleh-bolehnya cuba menampakkan dirinya itu dimangsakan oleh konspirator. Namun, conman itu tahu bahawa dia boleh menipu semua orang, tetapi dia tidak boleh menipu mana-mana orang yang betul-betul faham dengan perjalanan sesuatu benang dalam teori konspirasi. Oleh itu, sejak kurun ke-18 lalu sudah digariskan peraturan ketiga ini, iaitu:


“You can’t con a true theorist.”Con rule no. 3

                                                   
Apa yang dimaksudkan dengan teori dan konspirasi? Apa pula yang dimaksudkan dengan true theorist? Tidak perlu kita panjang lebar, sebab ini hanya episod pengenalan, konspirasi mengikut konteks con-artist dalam bahasa mudahnya ialah ‘the things they (the cons) want you to know about the things that they created for you not to know about’. Kali ini kita tidak mahu mengalih ayat Inggeris itu ke bahasa Melayu kerana ia mungkin membawa pengertian yang kurang tepat. Manakala true theorist dalam konteks con-artist ialah orang-orang yang sangat arif dalam mengetahui dengan betul setiap penipuan-penipuan (jobs) yang mereka cuba jalankan.

Oleh itu, true theorist ialah orang-orang yang sentiasa membuat jangkaan tepat mengenai setiap cubaan con. Malah, true theorist juga pada masa tertentu membuat teori-teori tertentu dalam mengenal pasti permainan conmen dan teori-teori itu menggunakan kaedah penyelidikan (research tools) yang sama sebagaimana dibuat ahli-ahli teori konspirasi.

Tahukah anda yang mana Revolusi Perancis, Revolusi Rusia, Revolusi Iran, Revolusi Arab, Perang Dingin, Perang Dunia, tragedi WTC 11 September, kejatuhan Palestin, penubuhan negara haram Israel dan bermacam lagi itu adalah kerja yang dibuat oleh beratus-ratus ribu con-artists yang memperdaya seluruh isi dunia? Jadi, dalam kes-kes konspirasi besar yang melibatkan con-artists seperti itu, pembongkaran kegiatan mereka sudah tentu dibongkarkan oleh ahli-ahli teori konspirasi (ada juga kalangan wartawan dan bekas wartawan ternama di Barat dan Eropah). Menggunakan kaedah-kaedah yang sama, mereka tidak berupaya menipu  true theorist yang jujur. True itu adalah memaksudkan ikhlas dan jujur. Wartawan pula ialah kumpulan manusia yang berurusan dengan terlalu banyak fakta dan maklumat pada setiap hari.

Wartawan dari agensi berita Boston Globe, Drake Bennet menjelaskan bahawa seseorang con-artist mampu mendapatkan kepercayaan ‘marks’ iaitu mangsa-mangsa mereka dengan cara bahasa badan terutama ekspresi wajah. Menurut Bennet, kehebatan seseorang conman ialah bergantung kepada keupayaan menipu diri sendiri.

Berdasarkan pendekatan dalam pengajian gelagat semulajadi manusia (natural human behaviours), setiap perbuatan yang melanggar nilai moral akan menyebabkan tubuh melakukan protes. Jika seseorang itu menipu, tubuh akan mengeluarkan sejenis hormon sebagai tanda protes, akibatnya manusia yang menipu itu akan berasa gatal di muka atau terkelu lidah untuk beberapa saat atau sebagainya ketika dia berkata-kata dengan penipuan.

Namun, seseorang conman mampu mengatasi itu semua, dia tidak akan menggaru di mukanya meskipun terasa sedikit gatal yang lain daripada biasa dan sentiasa memastikan tutur katanya mempunyai selangan masa yang konsisten sehinggakan ‘mark’ yang sensitif terhadap body language juga tidak akan menyedari conman itu sebenarnya sedang terkelu lidahnya buat beberapa saat.

Kajian yang dilakukan Jabatan Psikologi Princeton mendapati, punca ‘marks’ menjadi mangsa ialah sikap mangsa-mangsa itu sendiri yang gemar melakukan ‘penyelesaian mudah’ dalam memilih orang-orang yang boleh dipercayai.

Penyelesaian mudah itu ialah mangsa-mangsa hanya memandang dari segi luaran iaitu penampilan seseorang conman yang ditampilkan kepada masyarakat. Berlaku ‘bargain’ di situ iaitu mangsa ‘membeli’ kepercayaan terhadap conman dengan hanya melakukan ‘tawar menawar’ selepas melihat luaran sahaja. Walhal untuk mengenali seseorang, kita boleh melakukan banyak siasatan peribadi dan kaedah-kaedah lain, namun lebih ramai suka melihat luaran sahaja. Itulah kelemahan iaitu mahu penyelesaian mudah.

Jadi, boleh dilihat dengan jelas bahawa kelemahan itu (mahu penyelesaian mudah) adalah peluang terbaik kepada seseorang conman untuk memperdaya semua marks mereka. Bahkan, anda sendiri tidak jujur kepada diri sendiri iaitu mudah mempercayai orang yang anda tidak kenal secara peribadi, tidak faham?

Katakan anda kenal seorang pelakon terkenal yang sudah lama tidak berlakon. Kemudian anda terserempak dengannya. Pelakon itu beritahu anda bahawa dia sedang menjalankan perniagaan pelaburan. Anda pun percaya sebab wajah pelakon itu memang nampak baik. Selepas itu, anda pun melabur sama. Sebulan kemudian, baru anda sedar yang anda ditipu. Lebih buruk, anda tidak dapat mengambil tindakan undang-undang kepada pelakon itu kerana kegiatannya sangat licik tanpa meninggalkan apa-apa barang kes yang boleh dibawa ke mahkamah. Mengapa ia berlaku? Ia kerana anda sudah memulakan permainan dengan tidak jujur kepada diri sendiri. Sebaik sahaja ada keraguan yang timbul apabila sesuatu perkara itu dikhabarkan, maka keraguan itu perlukan jawapan. Jadi, mulakan bertanya. Malangnya anda tidak jujur kepada diri sendiri dan tidak mahu bertanya.

Tidak susah untuk bertanya “betulkah, boleh anda buat saya jadi yakin dengan jawapan itu?” kemudian ia pasti akan dijawab atau tidak dijawab dengan jawapan yang akan membuka lebih banyak soalan-soalan baru yang turut memerlukan jawapan. Akan timbul soalan-soalan baru yang terbit daripada kekaburan dalam jawapan-jawapan sebelum itu. Untuk menilai kejujuran jawapan itu, maka lihatlah keterangan-keterangan yang bersambung-sambung dan tidak terputus-putus. Anda tidak perlu menjadi prejudis untuk memerangkap seseorang conman, anda hanya perlu jadi jujur.
---

Bagaimana seseorang conman memulakan permainan.

Dalam psikologi jenayah, seseorang penjenayah (termasuk conman) akan melihat segenap peluang yang ada bagi melakukan sesuatu jenayah. Seorang penyeluk saku akan melihat peluang beg tangan wanita terbuka luas yang tanpa ditutup dengan zip untuk menyeluk mengambil telefon bimbit, beg duit atau sebagainya yang terdapat dalam beg tangan.

Seorang peragut akan mengambil peluang meragut beg, laptop atau sebagainya apabila mangsa mereka leka ketika berada di tempat yang terdedah kepada risiko dan peluang. Begitu juga dengan seseorang conman yang turut mengaintai peluang untuk memangsakan orang lain.

Mahu penyelesaian termudah, malas untuk mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber, mudah percaya kepada orang yang tidak dikenali secara peribadi dan jahil dalam persekitaran maklumat adalah peluang yang dimanfaatkan seseorang conman dalam mencari mangsa.

Permainan con bermula apabila ada peluang-peluang ini, sama juga seperti jenayah-jenayah yang lain. Dalam permainan con, mangsa akan diistilahkan sebagai mark.


“You can’t con a statement perfectionist.” - Con rule no. 4


Modal untuk seseorang conman dalam memperdaya mangsa-mangsa adalah kebolehan untuk meyakinkan mangsa-mangsa dengan tutur kata yang meyakinkan. Tutur kata itu pula biasanya tidak diperlengkapkan dengan tindakan yang sewajarnya.

Bahasa mudah, cakap tidak serupa bikin, atau juga tutur kata itu hanya diperlengkapkan dengan tindakan yang sekadar seperti melepas batuk di tangga.

Kebijaksanaan conman ialah meyakinkan mangsa dengan kaedah con persuasion untuk menjayakan matlamat pertama iaitu to steal trust (untuk mencuri kepercayaan dan keyakinan orang lain). Orang yang mudah percaya dan mudah berasa yakin tanpa melakukan usul periksa dengan bantuan pelbagai maklumat dalam persekitaran maklumat, orang seperti itu adalah mark yang sangat mudah diperdaya. Sekali conman mengeluarkan kata-kata, mark akan terus percaya tanpa dibuat sebarang usul periksa daripada pelbagai maklumat.

Mangsa biasanya akan diberikan maklumat terpilih yang disediakan sendiri oleh conman itu. Sekiranya mangsa mahu merujuk kepada sumber lain, conman itu akan sedaya upaya menjauhkan mangsa mereka daripada berbuat demikian. Dalam strategi penguasaan maklumat, ia dipanggil monopoli maklumat sebagaimana dalam istilah konspirasi yang disebut monopoli propaganda.

Akibat merujuk kepada sumber maklumat terpilih yang disediakan oleh conman, mangsa akan menjadi mudah percaya dengan hanya merujuk kepada maklumat yang diberikan itu sedangkan mangsa boleh merujuk kepada lain-lain sumber, tetapi tidak berbuat demikian kerana malas.

Jika mangsa tidak merujuk kepada pelbagai maklumat yang selain daripada maklumat yang disediakan oleh conman itu, maka mangsa itu bukanlah seorang statement perfectionist, tetapi hanya sebagai seorang yang terdedah kepada risiko menjadi mark.

Untuk menjadi seorang statement perfectionist, seseorang perlu merujuk kepada pelbagai maklumat bagi melihat jika ada percanggahan dengan set maklumat yang diberikan oleh seseorang conman kepada anda. Semua maklumat dari semua sumber terlibat harus diteliti untuk dipadankan dengan maklumat-maklumat yang disediakan oleh conman itu.

Bagi seorang statement perfectionist, dia melihat keselarian dalam setiap kenyataan apabila setiap kenyataan itu dipadankan satu persatu untuk dibandingkan bagi melihat persamaan atau perbezaan bagi setiap keterangan. Setiap maklumat pula mempunyai satu sumber utama dan sumber utama itu juga perlu dirujuk serta diperhalusi dengan berhati-hati. Itulah yang dilakukan oleh seorang statement perfectionist.

Kalau ada percanggahan maklumat, anda perlu menjadi bijak dan bertanya semula kepada conman itu, tabiat suka mengangguk tanpa ada usaha untuk mencari maklumat daripada sumber berbeza adalah sikap yang patut dibuang ketika menghadapi orang-orang yang tidak dikenali secara peribadi kerana orang itu mungkin sekali adalah conman.

Namun, sudah menjadi resam bagi setiap conman untuk menjawab setiap soalan yang ditanya dan sebilangan conman pula memilih untuk tidak mahu menjawab kerana khuatir con-job yang dilakukannya itu akan blown-out.

Jadi, untuk anda menjadikan sesuatu con-job  itu blown-out, seseorang perlu menutup segala peluang yang ada (rujuk perenggan berwarna merah) ketika menghadapi orang-orang yang berpotensi menjadi conman. Rujuk contoh pertanyaan mengenai jam tangan sebagaimana dalam perenggan di atas dan lihat bagaimana soalan-soalan tambahan itu berjaya menimbulkan jawapan yang tidak lagi bersambung-sambung.


“You can’t con a skeptic.”Con rule no. 5


Orang yang menyimpan rasa curiga (skeptic) adalah tidak sama dengan orang yang prejudis. Orang yang skeptic tidak menyimpan persepsi negatif terhadap orang yang dia curigai, melainkan hanya menyimpan rasa berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk mempercayai.

Berlainan dengan orang yang prejudis. Orang prejudis menyimpan persepsi negatif terhadap orang yang belum dipercayainya dan ia adalah sangat tidak baik dalam hubungan dua hala kerana tidak semua orang yang baru dikenali itu ialah conman.

Namun, kedua-dua jenis orang ini (skeptic dan prejudice) adalah sangat tidak disukai oleh mana-mana conman. Bagaimanapun, ada dari jenis conman yang dapat menterbalikkan risiko itu (menghadapi mark yang skeptic dan prejudice) kepada peluang dengan cara reversal con. Ia adalah kaedah (kemahiran) con yang bertaraf tinggi dalam dunia con-artist.

Sekiranya kemahiran itu mampu dikuasai seseorang conman berdasarkan pengalaman-pengalaman yang dilaluinya sepanjang melakukan con-jobs, maka dia akan mampu melanggar kesemua peraturan (con rules) dan menjadi conman lagenda sepanjang zaman. Kemahiran itu hanya dipelajari melalui pengalaman-pengalaman seseorang conman kerana tiada universiti atau buku rujukan yang boleh dipelajarinya untuk menguasai kemahiran itu.

Kita tidak akan memberitahu atau mengajar anda mengenai kemahiran itu. Pengetahuan itu biarlah disimpan supaya tidak pula dipelajari oleh mana-mana conman dari jenis bodoh-bodoh alang yang ada di Malaysia ini. Kita tahu semua conmen itu (dalam pelbagai bidang) dan apa perkembangan jobs yang sedang mereka jalankan. Yang perlu anda tahu ialah mereka itu akan mendapat musuh-musuh baru iaitu anda semua dan kita di sini mahu mempersiapkan anda semua supaya menjadi musuh-musuh yang digeruni.

Jadi, untuk menjadikan con-jobs itu blown-out, maka anda wajar menjadi seorang yang skeptical dalam menghadapi orang-orang penipu itu. Antara sikap orang yang skeptic ialah suka mencari jawapan terhadap apa-apa kesamaran yang timbul atas tujuan yang tidak jelas. Orang skeptic selalu bertanya untuk mendapatkan jawapan, maka apabila berhadapan dengan orang yang anda sangsi, banyakkan pertanyaan sehingga hilang semua curiga atau sehingga anda tahu orang itu cuba menipu anda.

Conmen adalah lebih bijak daripada sekelian penipu-penipu yang ada di dunia. Lebih bijak daripada scammers, swindlers, grifters, gypes, clatters, garrulities dan sebagainya yang dari jenis penipu-penipu profesional. Conman tidak berdaya untuk menipu conman yang lain, tetapi mereka mampu menipu semua scammers, swindlers, grifters, gypes, clatters, garrulities, madolinos dan sebagainya.

Bagaimanapun, mereka tidak berdaya menipu orang-orang yang ada dalam peraturan-peraturan itu, bukan disebabkan ia dijadikan peraturan, tetapi orang-orang itu termasuk dalam peraturan kerana boleh menyebabkan sesuatu con-job itu blown-out. Maka untuk tidak mudah ditipu, seseorang perlu menyimpan curiga dan menjadi skeptic.

Namun dalam sains penjenayahan dan pemikiran penjenayah, tidak semua jenayah itu dilakukan dengan sempurna oleh penjenayah. Akan ada kecacatan-kecacatan dalam setiap con-job yang dijalankan dan dengan itu anda harus menjadi seorang yang cermat dalam membaca pemikiran mereka. Paling perlu difahami ialah kesungguhan mereka mencari peluang dan mencipta peluang. Jika tiada peluang, maka seseorang conman akan mencipta peluang. Di sini anda perlu lebih waspada, ia kerana walau anda sudah melakukan langkah berhati-hati, anda masih terdedah kepada peluang untuk dijadikan mark.
--

Dalam persekitaran semasa, terdapat terlalu ramai conmen yang bergerak bebas dalam persekitaran ekonomi, politik dan sosial masyarakat. Mereka ini (conmen) tampil dengan karisma yang tersendiri seolah-olah tidak pernah melakukan kesalahan meskipun kerap kali telah blown-out disebabkan tersalah menyusun kata akibat kelalaian mereka sendiri.

Namun, masih terdapat marks yang terus dibuai dengan taktik-taktik para conmen  meskipun telah terdapat terlalu banyak clash of statements yang dibuat oleh conmen. Ia kerana tidak ramai yang mampu menjadi statement perfectionist dalam mengenal pasti tipu daya conmen.

Sebenarnya agak sulit untuk menceritakan bagaimana sang conmen melakukan con-jobs mereka, ia sukar untuk diceritakan kerana segala jobs itu dilakukan dengan cara yang sangat tersusun walaupun kadang kala terpampang jelas kecacatan dalam jobs itu sehingga terburai segala kerja kotor mereka itu.

Membongkar cara bagaimana conmen melakukan jobs mereka adalah hampir lebih kurang sama dengan membongkar kerja-kerja konspirator. Dalam membongkar jobs yang dilakukan mereka, kita tidak wajar bermain teori konspirasi, sebaliknya ia wajar dilakukan secara forensik jenayah.

Forensik jenayah bukan hanya mengenai siasatan di lokasi jenayah. Tetapi forensik jenayah dalam konteks menyiasat conmen wajar dilakukan secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu di kawasan berlakunya kejadian jenayah.

Apabila anda dikhabarkan oleh sesuatu kenyataan, maka siasatlah kenyataan yang diucapkan itu dengan memadankan kenyataan itu dengan sumber-sumber lain. Kemudian ikuti perjalanan kenyataan-kenyataan itu dan lihat ke mana sambungan-sambungan kenyataan itu membawa anda, kita pernah mengajar anda untuk follow the evidence.

Kenyataan yang konsisten akan selalu bersambung-sambung dengan kenyataan lain, jika kenyataan itu terputus tanpa ada sambungan-sambungannya, maka pasti ada yang tidak kena dan perlu disiasat lebih rapi, itulah sikap orang skeptic yang jujur mencari jawapan.

Kalau anda dikhabarkan air di dalam gelas itu berwarna ungu, maka pastikan ia benar-benar ungu, iaitu bukan biru gelap, atau bukan merah gelap, siasat juga adakah ia sedia kala berwarna ungu sebagaimana ia dituang masuk ke dalam gelas atau disebabkan campuran warna berbeza iaitu merah bercampur biru yang  menjadikan ia ungu.

Jika air itu menjadi ungu disebabkan campuran warna biru dan merah, maka pastikan warna mana yang dituang masuk ke dalam gelas terlebih dahulu, adakah merah dituang dahulu atau biru yang dituang dahulu. Mestilah teliti dan rapi dalam mencari jawapan.

Jika masih tidak tahu warna mana yang dituang dahulu meskipun sudah puas memerhati sifat warna air itu di dalam gelas, maka cubalah merujuk kepada sumber-sumber lain yang mengetahui siapa orang yang menuang air di dalam gelas itu. Adakah orang yang menuang air merah dan air biru itu adalah orang yang sama atau pun dua orang yang berbeza. Teliti dengan cermat.

Orang yang cermat dalam membuat penelitian dan jujur pula semasa melakukan pemerhatian, adalah orang yang dapat menjadikan kerja-kerja jahat si conmen itu blown-out walau orang yang baru mula hendak jujur itu sudah lama ditipu conmen.

Kejujuran kepada diri sendiri dalam mencari jawapan adalah kunci kepada menggagalkan kerja jahat penipu-penipu aktif di luar sana. Jika anda merasakan ada yang tidak kena dengan sesuatu perkara yang dilakukan orang berpengaruh yang cuba mempengaruhi kepercayaan anda, maka jujurlah kepada diri anda dan bertindaklah mengikut perbuatan yang sesuai dengan kehendak hati anda yang mahukan kepastian, mulakan hari baru anda dengan menjadi jujur.

Ada ramai conmen di luar sana. Mereka berpakaian segak bergaya, bertutur dengan penuh yakin untuk mempengaruhi anda, bijak pula bermain dengan perasaan anda kerana mereka tahu itulah kelemahan anda yang mahukan penyelesaian mudah bagi setiap masalah yang anda hadapi.

Mereka menawarkan ubat untuk anda. Mereka menawarkkan penyelesaian untuk anda. Mereka sebenarnya sedang menipu anda. Mereka adalah conmen.



“Remember con rule no.1?”
 "You can't con a conman."
"But, you can make their jobs blown out."



-STALKER-
I’m stalking you

.

8 comments:

  1. Nak kena belajar ilmu firasat ni...

    ReplyDelete
  2. xperlu, yg penting hati perlu jujur dan ikhlas tenang dalam membuat keputusan

    hmm malu lak saya, dispotlightkan oleh umat terakhir

    oklah sebagai tambahan moga ia memberi ilmu, ambil yg patut, tinggal yang janggal

    http://www.youtube.com/watch?v=lEV5AFFcZ-s

    ReplyDelete
  3. http://muhdhazrie.wordpress.com/category/dajjal-raja-konspirasi-dunia/page/7/

    dalam blog ni ada banyak artikel umat terakhir yg lalu


    OrgOrg

    ReplyDelete
  4. Salam ,

    Dalm zaman sekarang stalker,sukar betoi menilai yg mana baik dan buruk dan yg menipu dan yg benar.Contoh kita ikut menilai sesuatu peristiwa hanya berdasarkan laporan akhbar,berita.

    Kita x berada di tempat kejadian. Berita A melaporkan isteri di pukul suami siap dengan gambar.

    Berita B citer suami ditipu isteri dan dia kena pukul jugak..siap dengan gambar..

    Kita x kenal kedua2 mereka..dan x berada di situasi mereka..salah sorang berbohong. Macamana kita nk tau mana satu betoi mana satu salah?

    ReplyDelete
  5. salam,

    tertarik untuk jawab pertanyaan Anon 15 Januari.

    walaupun soalan agak 'lari' dari konteks artikel, tapi saya tertarik untuk menjawab.

    akhbar hanya melaporkan sebagaimana yang diberitahu oleh sumber-sumber berita mereka. dalam kes yang anda petik itu, sumber berita yang dimaksudkan ialah si isteri dan juga si suami.

    angle (sudut pandang) berita menjadi berbeza-beza apabila sumbernya menceritakan perkara berbeza. itu biasa.

    akhbar yang baik ialah akhbar yang tidak mempengaruhi pembaca dalam membuat keputusan. ia kerana akhbar tidak mengatakan sesiapa yang salah dalam sesuatu isu.

    jadi, akhbar yang baik ialah akhbar yang mahu mengajak pembacanya berfikir iaitu supaya pembaca cuba membezakan keterangan daripada sumber-sumber berdasarkan dua laporan berbeza (akhbar berbeza).

    apa yang perlu dilakukan pembaca ialah menyusun semula kedua-dua berita itu menjadi satu berita dan membuat pertimbangan. itu sebab kita katakan, orang ramai tidak boleh malas dalam mencari jawapan dan tidak boleh mengharapkan penyelesaian mudah.

    diharap saudara/saudari faham dengan penjelasan itu. saya tidak mahu ulas lebih-lebih atas sebab ia 'lari' dari konteks asal artikel.

    jika anda seorang wartawan, maka saya yakin, anda juga akan melaporkan sebagaimana yang diceritakan oleh sumber berita itu. maka, begitulah juga dengan sebilangan besar wartawan 'mainstream' di luar sana. kemudian, anda akan tulis berita sebagaimana yang diberitahu kepada anda. jika anda wartawan yang jujur, anda akan menyerahkan bulat-bulat kepada pembaca untuk berfikir mengenai laporan anda itu.


    -sector 17-

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ats jwapan di atas walaupun lari dari artikel anda :)

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Saya minta maaf kerana sekali lagi,kerana masih nk bercakap pasal isu yg "lari".

    Patutnya contoh berita A yg saya patut tulis berbunyi begini "Himpunan manusia di stadium menunjukkan gambar lompong2 ada 10ribu manusia2 berhimpun"dgn gambar2 sekali

    Berita B melaporkan himpunan manusia yg sama terdiri dari "1juta manusia " beserta gambar2nya.

    Tak apalah tuan stalker tidak mau mengulasnya.Sy paham.

    Kedua2 berita mungkin mengambil gambr yg benar. Kemungkinan satu gambr waktu 10am dan kemudian gambar lein pada jam 2pm..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum saudara..terima kasih atas perkongsian ilmu saudara.minta dihalalkan dunia akhirat.moga ilmu yg saudara kongsi akan Allah SWT balas dgn sebaik balasan.moga ilmu saudara akan terus bertambah sbgai satu Rahmat dari Allah SWT.amin..izinkan sy terus lepak di ruangan saudara..:)

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.