BARU-BARU
ini, sebilangan daripada anda dikejutkan dengan kenyataan curang daripada
seorang pemimpin wanita daripada sebuah parti politik di negara kita, kenyataan
mengenai kebebasan memilih agama yang dikatakan wajar terbuka kepada orang
Melayu juga.
Dalam sebuah forum yang dianjurkan golongan Nasrani,
pemimpin wanita itu ditanya:
“Apabila
anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu
sekali?”
Pemimpin wanita itu kemudian dengan yakin dan penuh bersemangat
menawarkan jawapan:
“..apabila
anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil
memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada
saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah
sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".
"Ia mesti diaplikasi secara sama rata (termasuk
Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama?). Inilah asas.”
Selepas kenyataan itu sampai ke pengetahuan umum,
maka ayat suci al-Quran dari surah al-Baqarah dari ayat 256 pula terus
dijadikan sebagai senjata untuk mempertahankan diri daripada kecaman yang datang
dari semua sudut.
“Tidak
ada paksaan dalam agama (ad-deen, Islam), kerana sesungguhnya telah nyata
kebenaran dan kesesatan. Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia
pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan
yang teguh, yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
- (Quran, al-Baqarah: 256)
Bagi saya, ia satu kenyataan yang tiada pertimbangan
daripada seorang yang bergelar pemimpin (merujuk kepada jawapan yang diberikan
sebagai menjawab soalan peserta forum berkenaan). Ingin tahu kenapa? Ia
kenyataan yang sangat menggembirakan bagi golongan penganjur forum tersebut
(Nasrani). Kerana apa? Kerana agama Nasrani juga tidak membenarkan umatnya
menukar agama, Islam juga tidak membenarkan umatnya menukar agama. Tidak
percaya? Lihat ayat yang dipetik dari Bible-Kitab Deuteronomy.
13:6 Apabila saudaramu atau anak-anakmu
yang lelaki atau perempuan, atau isterimu yang kamu kasihi atau kawan karibmu
dengan diam-diam mengajakmu untuk menyembah tuhan lain (menukar agama)….
13:8 Usah mengikut pujukan dia dan
jangan biarkan dirimu dipujuk olehnya. Jangan juga kamu mengasihani atau
melindungi orang itu.
13:9 Dia harus dilempar dengan batu sampai mati. Engkau yang harus mula
melempar batu terhadap dia, diikuti oleh seluruh rakyat. Orang yang bersalah (keluar
agama) itu harus dibunuh, sebab dia
mahu menjauhkan kamu dari Tuhan...
13:11 Maka seluruh bangsa Israel akan
mendengar tentang pembunuhan itu dan menjadi takut, sehingga tidak seorang pun
berbuat sejahat itu (keluar agama) lagi. - (Bible, Deuteronomy 13: 6-11)
Jadi, kenyataan itu memang sangat menggembirakan
umat Nasrani kerana mereka seperti sudah dapat ‘keizinan besar’ untuk membawa
orang Melayu masuk ke dalam agama mereka, keizinan itu pula seperti sedang
dalam keadaan embargo yang hanya
menunggu masa untuk dijalankan secara lebih berkesan, itu pun kalau pemimpin
wanita itu bersama parti politiknya dapat mandat memerintah negara daripada
rakyat nanti. Nasrani tahu Islam tidak membenarkan umatnya menukar akidah atau
berdepan dengan hukuman mati.
Mereka juga tahu, hukuman mati juga memang ada dalam
agama mereka sebagai menghukum penganut-penganut agama mereka yang menukar ke
agama lain. Agama mereka juga tidak membenarkan menukar agama, tetapi mereka
gembira dan sebab itulah mereka beri tepukan gemuruh apabila ada pemimpin politik
yang agak lembap dalam membuat pertimbangan itu memberikan jawapan sedemikian,
dan pemimpin itu pula ialah orang Islam sendiri. Satu bonus besar kepada Nasrani.
Pemimpin wanita itu pula mesti berbangga pada masa itu atas sebab jawapannya
itu mendapat tepukan gemuruh dari seluruh isi tempat forum, tetapi tidak tahu di
luar sana akan ada bunyi guruh di langit.
Di baris tempat duduk pemimpin wanita itu pula ada
seorang pemimpin lelaki dari parti berimej Islam yang tidak memakai ‘hiasan kepala’
pada waktu itu. Hanya duduk diam tanpa ada ketegasan untuk memperbetulkan apa
yang tidak betul dalam kenyataan itu. Mungkin ketakutan dan menahan diri
daripada hampir terkencing di dalam seluar selepas mendengar tepukan gemuruh
dari kebanyakan peserta forum yang kebanyakannya Nasrani. Dia pun mungkin tidak
tahu yang ada bunyi guruh di langit yang mana bunyinya jauh lebih menggerunkan
daripada tepukan gemuruh itu.
Sebuah parti politik lain (berimej Islam) yang sebelum
ini pula dan masih kerap menafikan bahawa ada gerakan memurtadkan orang Islam
di negara ini. Itu pun lembap juga, sebab tidak pernah cuba melihat dunia ‘missionaries’ dengan cerdik.
Lihatlah keadaan ini. Mubaligh Nasrani sanggup
berlayar ke Papua New Guinea pada tahun 2001 walaupun mereka tahu di Papua sana
(wilayah Bimi) ada manusia cannibal
yang makan daging manusia. Tetapi mereka berani dan sanggup bergadai nyawa
untuk mengembangkan agama mereka sampai ke sana. Kesannya, hari ini terdapat
lebih 1,000 penganut Nasrani di Papua dan lain-lain lagi masih mengamalkan agama
nenek moyang mereka.
Kalau sampai ke Papua pun mereka sanggup pergi untuk
menyebarkan agama mereka, ini kan pula di Malaysia yang penduduknya kebanyakan Melayu yang makan nasi dan tidak
makan daging manusia. Common sense..
kalau itulah semangat menyebarkan agama di kalangan mubaligh Nasrani yang kita
lihat sampai sanggup tanggung risiko dimakan orang cannibal di Papua, apatah lagi semangat mereka untuk menyebarkan
agama mereka di Malaysia ini. Pasti semangat mereka lebih berkobar-kobar mahu
mengajak orang Melayu masuk ke agama mereka.
Berhubung kenyataan pemimpin wanita yang
mengeluarkan kenyataan curang itu, saya memang tidak berasa terkejut. Sama juga
dengan kenyataan dari seorang lagi pemimpin politik (lelaki) yang mengeluarkan
kenyataan menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan negara haram
Israel, pun saya tidak terkejut.
Tidak terkejut kerana cara mereka sudah lama saya
perhatikan, ke lubang mana mereka cenderung walau ke lubang biawak sekali pun
dan apa yang akan mereka lakukan selepas ini, semua sedang dalam jangkaan saya.
Kerana apa? Kerana saya STALKER. I’m stalking you. I’m stalking every each of you. You do know me a little, but I do know you a lot.
Kalau pemimpin wanita itu berkata demikian: “..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada
paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah
al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik
ayat Quran tersebut (sebelumnya).
Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun…
Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan
Melayu". Ia mesti diaplikasi
secara sama rata (termasuk
Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama). Inilah asas.”
Maka saya minta dia
fahami semula ayat ini:
13:6 Apabila saudaramu atau anak-anakmu
yang lelaki atau perempuan, atau isterimu yang kamu kasihi atau kawan karibmu
dengan diam-diam mengajakmu untuk menyembah tuhan lain (menukar agama)….
13:8 Usah mengikut pujukan dia dan
jangan biarkan dirimu dipujuk olehnya. Jangan juga kamu mengasihani atau
melindungi orang itu.
13:9 Dia harus dilempar dengan batu sampai mati. Engkau yang harus mula
melempar batu terhadap dia, diikuti oleh seluruh rakyat. Orang yang bersalah (keluar
agama) itu harus dibunuh, sebab dia
mahu menjauhkan kamu dari Tuhan...
13:11 Maka seluruh bangsa Israel akan
mendengar tentang pembunuhan itu dan menjadi takut, sehingga tidak seorang pun
berbuat sejahat itu (keluar agama) lagi. - (Bible, Deuteronomy 13: 6-11)
Pemimpin wanita itu dan
juga orang-orang yang mengatakan kenyataan curangnya itu sebagai tidak salah
juga wajar faham ayat ini:
“Katakanlah:
“Hai orang-orang kafir! . “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang
aku sembah. “Dan aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku
beribadat. “Bagi kamu agama mu, dan bagiku agama ku”.
– (Quran, al-Kafirun)
Dan jangan pula lupa
dengan ayat ini:
“
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya
petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya
jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang
memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan
peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan
kepada mu.” – (Quran,
al-Baqarah: 120)
Saya tidak mahu tulis
lebih panjang sebagaimana kritisnya dan bernasnya kata-kata keras lagi tajam
daripada DRIFTER dalam menempelak
kenyataan seorang pemimpin politik yang menyokong keselamatan Israel seperti dalam
artikel sebelum ini.
Cuma, sebelum
mengeluarkan apa-apa kenyataan, sila congak guna akal dengan cara yang lebih
pantas daripada komputer dengan membuat pertimbangan terhadap segala perkara
terlebih dahulu. Akal kita boleh berfikir lebih pantas dan lebih cekap daripada
komputer (nanti kita cerita perkara ini dalam artikel lain pula). Akal perlu dibiasakan
cerdas, jangan lembap-lembap.
Saya tidak mahu kata
apa-apa kepada pemimpin wanita itu. Cukuplah kalau saya kata dia agak lembap
dalam membuat pertimbangan dengan menggunakan kecerdasan akal secara sewajarnya
sebelum mula berkata-kata.
Pengikut-pengikut
politik di luar sana, anda sedang diperlembukan. Anda sedang diperbodohkan
dengan kata-kata. Anda sedang disibukkan dengan perjuangan yang anda sendiri
tidak faham dengan baik. Anda adalah Goyyim.
Artikel terakhir untuk
tahun ini. : )
-STALKER-
I’m
stalking you
.
Ohh...
ReplyDeleteWhat a poor lady...Shame on you.
Sounds like a pretty green shit!
What da #%*@!!!!!
assalammualaikum..
ReplyDeleteadmin, kenapa artikel terakhir?
lepas ne xda lg ka?
-peminat setia UMAT TERAKHIR-
As salam admin , apa yang anda tahu tentang konsep Islam yang sebenarnya ? Adakah maklumat2 yang diperolehi ini sahih ?
ReplyDeleteartikel terakhir utk tahun hijrah yang lalu.
ReplyDeletenasib baik baca sampai habis. klu x cuak juga. Ingatkan UT nk tutup da :)
Satu soalan utk stalker, sekadar ingin tahu, adakah stalker berada di sana sewaktu ucapan disampaikan?
saya tidak berniat membela wanita tu, cuma berita2 mengenai hal ni rata-rata dari political followers. walaupun sebenarnya media sokongan dia pun quote benda yang sama cuma dalam bahasa yang berbeza. saya sendiri secara peribadi baca kenyataan beliau berulang kali. ayatnya agak mengelirukan juga.
apa la awak ni. kata pengikut setia tp x baca smpai habis. hehehe
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteaku rasa org ramai salah paham..kalau kita berfikiran terbuka dan positif, NI tak sbut langsung bangsa melayu boleh murtad(boleh murtad dalam erti kata melayu yg islam)
cuma dia kata ayat tu juga boleh digunapakai utk bangsa melayu dan tadak pula dia sebut ayat tu untuk org Islam..
yg jadi kacau dan harubirunya NI tak terang habis kenyataan tu yakni kriteria bangsa melayu tu..sya fikir bangsa melayu yg dimaksudkan ialah melayu yg memang lahir bkn islam(ada x dmalaysia ni?)..
kalau kita fikir positif..positif la jadinya..kalau negatif haru biru la jadinya..melayu bukanlah islam..cuma org melayu majoritinya beragama islam..
jadi rasanya tak patutla kita disemakkan dengan hal2 politik sempit puak2 yg bertelagah ni..bagi aku kebanyakan parti politik dan NGO yg ada sekarang ini sedang menjahanamkan islam tanpa mereka sedar..buat org ramai keliru,jadi hari biru,pastu pangkah bendera biru,jadilah islam yg celaru
salam
ReplyDeleteanon 17:04, siapa NI itu? saya langsung tidak menyebut nama sesiapa pun dalam artikel ini. : )
saya petik kata-kata kamu: "yg jadi kacau dan harubirunya NI tak terang habis kenyataan tu yakni kriteria bangsa melayu tu..sya fikir bangsa melayu yg dimaksudkan ialah melayu yg memang lahir bkn islam(ada x dmalaysia ni?).."
kamu kata melayu yang bukan lahir sebagai islam. jadi, kalau berdasarkan kata-kata kamu itu, maknanya ada melayu yang dilahirkan oleh melayu yang sudah murtad, oleh sebab itu adanya melayu yang memang lahir bukan islam kerana dilahirkan oleh ibu atau bapanya yang sudah murtad dan bukan lagi islam.
kamu juga kata: "cuma org melayu majoritinya beragama islam.."
jadi, majoritinya memang melayu itu beragama islam. maka, kalau orang melayu bebas memilih agama, itu maksudnya orang melayu yang majoritinya islam itu juga bebas memilih agama. jadi, melayu itu islam secara majoritinya.
kamu nampaknya kabur dan sudah terbelit dengan kenyataan sendiri : )
bendera biru? ada 2 bendera biru dalam politik malaysia. : )
kamu baca dulu ini http://umat-akhir.blogspot.com/2012/04/mind-game-snake-ladders.html --- semoga kamu tidak terbelit dengan kenyataan-kenyataan ahli politik.
--
anon 4:22, cuba teliti betul-betul, soalan kamu tidak jelas dan tidak lengkap. : )
---
najwa, stalker berada di mana-mana.
anon 17:04... jawapan untuk kamu.
ReplyDelete“..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama (sambil memetik sebahagian maksud ayat 256 dari surah al-Baqarah). Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut (sebelumnya). Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".
"Ia mesti diaplikasi secara sama rata (termasuk Melayu yang sedang beragama Islam juga bebas memilih agama?). Inilah asas.”
mari kita kaji kenyataan ini.
---
“..apabila anda bertanya kepada saya.. tiada paksaan dalam agama.."
'tiada paksaan dalam agama'.. ia adalah secebis ayat yang dipetik daripada al-Quran. Jadi, sinonimnya al-Quran itu kitab suci bagi orang Islam. Apabila dikaitkan dengan al-Quran, maka Islam juga akan terkait dengan automatik.
ayat kedua: "Dr. Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut " - kenyataan ini mengesahkan bahawa kata-kata sebelumnya memang memaksudkan untuk mendalami maksud ayat dari kitab orang Islam yang dipetik itu.
ayat keempat: "Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". - dalam bahagian kedua ayat ini, orang bukan Melayu dikaitkan dengan maksud ayat al-Quran itu dituju. ia seperti menegaskan bahawa 'tiada paksaan dalam agama' itu sebagai 'tidak sepatutnya' dirujuk kepada orang bukan Islam semata-mata. ayat ini juga seperti tidak bersetuju dengan pandangan-pandangan lain yang mengatakan 'tiada paksaan dalam agama' itu tidak terpakai bagi orang yang sudah Islam.
ayat kelima: "Ia mesti diaplikasi secara sama rata. Inilah asas.” - ayat ini pula ialah seperti 'resolusi' yang cuba ditawarkan selepas tidak bersetuju dengan penekanan berbentuk persoalan "Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan,.."
"Ia mesti diaplikasi secara sama rata. Inilah asas. - ayat ini juga sebagai penegasan bahawa orang Melayu yang majoriti beragama islam juga bebas memilih agama sebagaimana orang yang bukan Islam dan bukan Melayu.
---
anak-anak sekolah pun boleh faham maksud ayat ini. : )
saya tahu kamu condong ke arah mana..
-I'm stalking you-
itu dari sudut pandang admin..mungkin pandangan kita berbeza..namun tak salah kalau kita berbeza pendapat..saya faham dr sudut fikiran positif saya dan begitu juga admin
ReplyDeletetapi dari segi fakta memang ada org melayu yg lahir dari melayu yg murtad..dan perkara ini bukannya baru.persoalannya..adakah anak melayu yg murtad ini perlu dibunuh seperti hukuman yg sepatutnya dikenakan pada ibu/bapa mereka atau dirampas dr ibubapa mereka untuk diislamkan atau paksa budak itu masuk islam bila da baligh?
"saya tahu kamu condong ke arah mana.." - - hehe..ye ke?
ya jawapan saya hudud ade apa bende2 ni. masaelahnya diorang ni nak mengaku ke dah murtad kes lina joy adalah contoh yg mengaku.
Delete"persoalannya..
Delete-adakah anak melayu yg murtad ini perlu dibunuh seperti hukuman yg sepatutnya dikenakan pada ibu/bapa mereka
-atau dirampas dr ibubapa mereka untuk diislamkan atau paksa budak itu masuk islam bila da baligh?"
anak melayu yg murtad ini perlu didoakan, didekati, dikasihi, ditanyai apa masalah mereka sebenarnya, dibantu, ditarik semula kepada jalan yang benar...
anak2 melayu ramai yg sudah jahil agama, jauh dari agama, adakah usaha dakwah sudah maksimum dilakukan keatas mereka??
sepatutnya dlm masyarakat mejoriti melayu islam - bukan persoalan adanya melayu yg sudah murtad (diatas pelbagai sebab), tetapi usaha harus dilakukan untuk meramaikan lagi ummat islam - islamkan lim guan eng, islamkan karpal singh, islamkan kee kuan yu, islamkan hannah yeo, islamkan semua yg masih belum islam...
bukan terus-terusan membenci sesama saudara yg sudah islam
tapi keadaan sudah terbalik - mahu meliberalkan pula agama islam dan jadi sama-rata dengan agama yg lain
usaha dakwah pun tidak dilakukan - kenapa terus mahu hukum bunuh mereka2 ini..??
kata2 pemimpim politik itu sgt signifikan - harus terang dan jelas dan tidak putar-belit disana-sini
sayangi saudara seislam mu - kerana hidayah itu sgt berharga
doakan dan usahakan mereka2 yg sudah jauh terpesong kembali kepangkal jalan
doakan dan usahakan agar yg belum islam dapat revert kepada agama yg benar (dan inilah yg tidak disukai dan amat ditakuti oleh thh)- sebab itu mereka gunalan platform politik demokrasi utk meliberalkan islam sebanyak mungkin
Agaknya patutlah adalah 1 parti rasa terlebih Islamik tu bergabung dengn 1 parti yg kuat perkaumannya,agak2 depa nk mengislamkan Lim Guan Eng laaa kot no..hahhahaha..tengok la ni sapa yg dipengaruhi sapa,nk jdikan negara Islam pun kena langkah mayat Karpal Sink dolo...hahahaha
Deletesampaikan salam kesejahteraan serta salam kebenaran kepada karpal singh dan semua parti2 berkiblatkan demokrasi
Delete'langkah mayat saya dulu sebelum boleh menegakkan negara islam' - karpal
karpal telah mengungkapkan sumpahnya itu pada zaman yg salah dan pada tempat yang salah
ini ialah zaman kebangkitan islam yg sudah tidak boleh ditahan2 lagi
ini ialah tanah yang dijanjikan untuk terbangunnya kebangkitan itu melalui sistem khalifah - bukan melalui sistem demokrasi yg amat memenatkan & melesukan emosi dan minda manusia
karpal serta parti2 politik demokrasi hanya ada satu pilihan sahaja - iaitu menerima & mengikut arus kebangkitan itu
atau pengikut demokrasi akan ketinggalan zaman atau terpaksa mencari tanah lain, negara lain atau bumi lain utk menidakkan arus kebangkitan islam
Assalam Stalker,
ReplyDeleteBagusss artikel ni Stalker!..sgt jelas dan boleh difahami.
X ada yg x positifnya penerangan di sini. Di Malaysia yg sy faham Melayu mestilah beragama Islam. Itu baru diistilahkan Melayu.Itu
dalm perlembagaan di Malaysia la.
Kalo dh nasrani pun tegah umat dia tukar agama yg mana terang2 kita tau itu adalah agama yg salah..buat apa plak kita harus biarkan anak2 generasi kita bebas memilih agama yg sesat.x ka mencari nahas ja. Pilih la agama yg benar dan membawa ke syurga bukan agama yg membawa ke neraka.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteermm... wanita tersebut sedang dipermainkan tanpa di sedari dan yg peliknya parti sekutunya tidak pula mahu memberikan penerangan yg sejelasnya kepada umum sedangkan faktanya boleh mempengaruhi orang awam, macamana tu?
nampak sangat dah dalam hal mcm ni, masih lagi mahu menegakkan benang yg basah sedangkan kita orang melayu di ambang perpecahan yg amat serius...
mereka hanya menantikan utk meRASMIkan semua agama di Malaysia ini sehinggakan nnt orang Melayu akan terus bebas memilih agama. Mahukah kita melihat keadaan lebih parah?
Kelebihan agama rasmi di malaysia adalah agama lain tidak boleh menyampaikan ajaran agama lain kepada umat Islam dan Umat Islam tidak menjadi kesalahan utk menyampaikan ajaran agama kepada agama lain, ini sudah termaktub sebagai agama rasmi di dalam undang-undang. Melainkan apabila semua agama di Malaysia sudah menjadi agama rasmi maka bebaslah agama lain untuk berdakwah menyampaikan agama lain kepada umat Islam, mahukah kita sebegitu?
Maseh ramai yg tidak memahami akan peranan Bangssa di dalam Agama. Ingatlah Bangsa merupakan pakaian kepada Agama dan inilah merupakan asal usul kepada agama....
wallahualam.
Assalamualaikum
ReplyDeleteMasa itu semakin dekat. Kepada yang belum, mohon
1. Moga ALLAH TUNJUKkan kebenaran & kebatilan
2. Moga ALLAH beri kemampuan memBEZAkan kebenaran & kebatilan
3. Moga ALLAH kurniakan KEKUATAN untuk MEMILIH kebenaran & MENOLAK kebatilan
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan pertolongan dariNYA
Masa itu semakin dekat
Assalam..
ReplyDeletemembina mengambil masa yang lama,meruntuh sekelip mata sahaja.
telajak perahu boleh di undur,terlajak kata buruk padahnya.
biar putih tulang jangan putih mata.
ayam menang, kampung tergadai.
Kajang Pak Malau Kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Dagang tuan dagang bertempat,
Dagang hamba mengkuang layu.
Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu merubahnya sendiri. [Quran]
salam.
>Will of D<
Kajang Pak Malau Kajang berlipat,
DeleteKajang hamba mengkuang layu,
Dagang tuan dagang bertempat,
Dagang hamba musafir lalu.
>Will of D<
Assalam...
ReplyDelete“Tidak ada paksaan dalam agama (ad-deen, Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dan kesesatan. Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh, yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” - (Quran, al-Baqarah: 256)
Kalau salah tafsir memang la akan bercelaru... ayat ni lebih difahami oleh org2 yang telah mencapai makrifat dengan lebih mudah..dan sebenarnya ayat ini adalah untuk merujuk dan bercerita tentang orang Islam yang telah mencapai status mukmin dan bermakrifat dgn Allah Taala sentiasa..
Orang2 yang telah terang hatinya oleh Nur Ilahi dan mencapai tahap mukmin hatinya dapat melihat kebenaran Islam yang sempurna.. insan2 ini tiada masalah untuk beriman dan menyembah Allah Taala kerana telah nyata kebenaran di hadapan mereka.. jadi mereka ini TIDAK PERLU DIPAKSA untuk beriman kepada Allah Taala...dan mereka tidak akan sekali kali menyembah selain dari Allah..dan akan terus berpegang teguh kepada Allah..maka ini la dia golongan2 ISLAM MUKMIN yang beruntung..maka TIADA PAKSAAN yang diperlukan untuk mereka beriman kepada Allah kerana telah nyata kebenaran kepada mereka dan dengan rela hati mereka beriman..
orang2 yang tidak mencapai tahap makrifat dan mukmin tidak akan mampu menafsir ayat ini.. kerana mereka itu tidak pernah melihat hakikat kebenaran kerana hatinya gelap.. jika tidak dapat melihat akan kebenaran mampukah dia membezakan dengan kebathilan? maka dia akan mendengar kata nafsu nya yang mengatakan kebathilan itu la kebeneran walhal itu bukan yang asli. dia ditipu oleh nafsunya kerana dia gelap hati dan tidak dapat melihat kebenaran..jadi la dia org yg sgt degil keras hati dan tetap berpegang kepada kebathilan yg disangkanya kebenaran...
My brother and his wife personally attended this function. They verified that she did uttered those words. You can call them personally to verify this.
ReplyDeleteMay Allah protect us...