PENDAKYAH agama sesat selalu, malah amat suka menghampiri orang Islam dan bertanya mengenai isi kandungan al-Quran, mereka bertanya adakah orang Islam (di negara bukan Arab) memahami isi kandungan kitab itu dalam bahasa Arab.
Apabila orang Islam mengakui tidak faham dengan isi kandungan al-Quran dalam bahasa Arab, maka mereka akan menawarkan orang Islam membaca kandungan kitab sesat mereka yang sudah dialihkan ke bahasa tempatan. Mereka akan buka helai demi helai kitab mereka untuk dibaca orang Islam.
Pendakyah agama sesat amat berbangga kerana mereka fikir mereka itu sudah cukup faham dengan isi kandungan kitab mereka, walhal mereka sendiri sebenarnya buta huruf terhadap naskah asal kitab mereka dan tidak tahu untuk membaca naskah bahasa asal kitab mereka yang berbahasa Hebrew lama.
Mereka gelakkan orang Islam, mereka kata orang Islam tidak
faham isi kandungan al-Quran kerana ia dimushafkan dalam bahasa Arab sehingga
tidak difahami oleh orang Islam sendiri, lalu mereka menawarkan kitab agama
mereka yang telah dialih bahasa ke dalam bahasa tempatan.
Saudara-saudara Islam-ku, jangan berkerut dahi, kita juga boleh
gelakkan mereka kerana mereka lebih teruk daripada sebilangan kita, sebilangan
besar daripada mereka langsung tidak tahu membaca naskah asal kitab mereka
dalam bahasa asalnya, bahasa Hebrew lama. Mereka hanya tahu membaca terjemahannya sahaja, tetapi bukan dalam bahasa
asalnya.
Kitab mereka
telah dialih bahasa ke lebih 10,000 bahasa dunia. Naskah asal dalam bahasa
Ibrani (Hebrew lama) pertama kali dialih bahasa ke dalam bahasa Babylon (rujuk
sejarah penghambaan orang Yahudi di Babylon) dan ia merosakkan makna asal. Semasa
penghambaan Yahudi di Babylon, kitab-kitab agama mereka habis dibakar dan
dimusnahkan.
Selang hampir
separuh abad mereka dihambakan di Babylon, baharulah mereka menulis semula
kitab mereka, itu pun ke dalam bahasa Babylonia kerana mereka ditegah
mengekalkan identiti Yahudi mereka semasa berada di Babylon.
Selepas hampir
100 tahun dan penghambaan di Babylon berakhir, baharulah naskah daripada bahasa
Babylon dialih semula ke bahasa asal iaitu Hebrew lama. Dari episod pertama diaspora itu, keaslian kitab agama
mereka telah tercemar disebabkan perubahan perkataan demi perkataan ke dalam
bahasa asing sehingga merosakkan makna perkataan-perkataan asal.
Kemudian dalam
abad yang lain, naskah Hebrew lama itu dialih bahasa ke dalam bahasa Greek pula
dan naskah itu dinamakan Septuagint (juga rujuk sejarah). Bermula dengan
Septuagint, kitab agama mereka kemudian dialih ke dalam bahasa-bahasa Eropah
yang lain ketika ia tersebar di Eropah sehingga merosakkan makna dan pengertian
isi kandungannya.
Akibat alih
bahasa asal ke dalam bahasa lain, nama Muhammad yang pada asalnya terukir kemas
dalam naskah Hebrew lama sejak Taurat diturunkan kepada Musa telah dialih
menjadi maksud yang lain. Erti kata lain, nama Muhammad hilang dari dalam kitab
yang sudah dialih bahasa kerana diterjemahkan menjadi maksud yang lain.
Disebabkan nama
Muhammad digantikan dengan makna yang lain selepas dialih bahasa ke dalam lebih
10,000 bahasa-bahasa dunia, maka mereka sudah tidak mengenali nama manusia
agung yang dijanjikan kepada umat manusia akhir zaman. Nama ‘yang dikasihi’ yang dijanjikan dan
dirindui kehadirannya oleh umat manusia.
Nama manusia yang
belum lahir yang pernah disebut Musa kepada kaumnya, nama manusia agung dari
kalangan keturunan Semitik. Nama manusia agung yang dijanjikan oleh Tuhan
kepada umat manusia, nama Si Penghibur
Yang Dikasihi yang akan membawa berita gembira kepada umat manusia,
mengkhabarkan jalan-jalan selamat untuk kembali ke Syurga.
Mahamad, sebutan yang
terhasil dari susunan abjad Hebrew, susunan huruf mem-heth-mem-dhalet.
“hik-khosv memthaqq-im , vilkhulov mahamad-im
, zehe dudi , vezeh , re-e benevet
yerusalim.” - (Song of Solomon 5:16) [sebutan
mengikut naskah asal Hebrew lama]
Akibat terjemahan
ke dalam bahasa asing yang selain bahasa Hebrew lama, nama Muhammad tiba-tiba
hilang menjadi makna yang lain. Perubahan makna itu berlaku selepas kerja
penterjemahan dibuat mengikut makna perkataan demi perkataan secara lalai tanpa
mengetahui perbezaan antara nama
seseorang dengan kata nama sifat,
keliru hanya kerana tiada huruf kecil dan huruf besar dalam abjad Hebrew bagi membezakan antara kata nama khas dengan kata nama am.
“His throat most
sweet, and he is all lovely, such is my beloved, he is my friend, o daughters of Jerusalem .” (Terjemahan
Song of Solomon 5:16 mengikut versi Duoay Rheims Bible, versi yang
dianggap paling tinggi martabat dalam agama Katolik).
Nama Muhammad diterjemahkan menjadi my beloved dan nama itu hilang daripada baris ayat. Tetapi jika
dibaca dalam naskah Hebrew, nama Muhammad kekal berada di situ hingga ke hari
ini. Masalah besar mereka ialah, mereka buta huruf Hebrew dan tidak tahu
membaca tulisan Hebrew, apatah lagi untuk memahami Hebrew.
Mereka gelakkan orang Islam yang tidak faham bahasa Arab,
tetapi mereka sendiri pula tidak tahu membaca naskah asal kitab mereka yang
berbahasa Hebrew dan mereka terlalu bergantung kepada kitab terjemahan yang
sudah tidak lagi mengikut maksud asal dalam kebanyakan ayat dan surah-surah,
tidak sebagaimana maksud yang terukir di dalam naskah Hebrew.
16farugx autou glukasmoi kai olos epiqumia outos adelfidos mou kai outos
plhsion mou qugateres ierousalhm (Septuagint,
Song of Solomon 5:16)
Sekarang, bolehkah mereka membaca naskah asal dalam bahasa Hebrew atau sekurang-kurangnya dalam bahasa Greek lama seperti dalam Septuagint sekiranya tidak diberi sebutan fonetik mudah? Adakah mereka keliru mahu membaca bermula kiri atau kanan sekiranya diberi ayat yang sama dalam bahasa Hebrew?
Turunnya al-Quran itu adalah untuk membenarkan kitab terdahulu. Membenarkan itu pula bukan membawa maksud meng-iya-kan, tetapi memperbetulkan. Apakah layak dikatakan al-Quran meng-iya-kan segala yang ditulis semula oleh tangan-tangan Yahudi terhadap kitab-kitab terdahulu mengikut selera hawa nafsu mereka?
Apakah layak dikatakan al-Quran meng-iya-kan kitab-kitab yang sudah diselewengkan sedangkan Allah mengutuk perbuatan Yahudi mengubah ayat Allah dalam kitab-kitab terdahulu? Tidak layak, al-Quran tidak meng-iya-kan segala penyelewengan yang dilakukan tangan manusia dalam kitab-kitab terdahulu.
Jika kita mengatakan al-Quran itu meng-iya-kan segala yang tertulis (selepas diubah suai) dalam kitab-kitab terdahulu, maka kita dengan sendiri seperti mengangguk setiap kali pendakyah agama sesat memaksa kita mengakui bahawa kitab sesat mereka itu sebagai benar hanya berdasarkan maksud terjemahan al-Quran ke bahasa Melayu.
Mereka (sang pendakyah sesat) memperlekeh umat Islam kerana tidak memahami maksud al-Quran dalam bahasa Arab dan atas alasan aitu mereka menawarkan kitab mereka yang sudah dialih bahasa supaya diterima percaya oleh orang Islam. Padahal, mereka sendiri juga terlalu bergantung kepada penterjemahan sedangkan mereka sendiri tidak tahu membaca naskah asal kitab mereka dalam bahasa Hebrew lama.
Benar itu sinonim
dengan betul. Membenarkan itu juga membawa maksud membetulkan atau
memperbetulkan. Membetulkan apa sahaja yang tidak betul selepas diubah suai
oleh tangan-tangan manusia terhadap kitab-kitab terdahulu. Bukan meng-iya-kan,
bukan berereti kita harus mengangguk apabila pendakyah agama sesat memaksa kita
mengangguk apabila mereka memetik ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa
turunnya al-Quran itu adalah untuk membenarkan kitab-kitab terdahulu.
Mereka mahu kita mengangguk selepas mereka buat kita keliru.
Itulah antara taktik mereka kalau anda mahu tahu. Sedangkan, mereka sendiri
buta bahasa Hebrew, bahasa asal kitab mereka yang terang-terang menyebut nama
Muhammad sebagai penghibur akhir zaman yang membawa berita gembira daripada
Allah kepada umat manusia.
Akibat terjemahan dan alih bahasa daripada Hebrew ke bahasa
Greek (Septuagint) sebelum dialih pula ke bahasa-bahasa yang lain, nama
Muhammad dialih sehingga memberi maksud yang lain. Akibatnya, mereka tidak
mengenal Muhammad iaitu manusia berperibadi agung yang dijanjikan sebagai rasul
terakhir dari kalangan saudara Semitik sendiri.
Kenapa saya seperti sangat suka mengusik orang Nasrani yang
sesat? Sila buka al-Quran dan baca semua ayat-Nya, kamu semua pasti terjumpa
ayat yang memerintahkan umat Islam menyatakan kebenaran kepada Nasrani dan
Yahudi. Mintalah Yahudi dan Nasrani membuktikan kebenaran agama mereka, kerana mereka
sesungguhnya tidak mempunyai apa-apa bukti. Tidak ada bukti apa-apa pun.
Yahadut Mizrah
ada yang beragama Nasrani dan ada pula yang beragama Yahudi. Mengapa kita di
Umat Terakhir sangat kenal dengan mereka itu semua? Kerana saya (STALKER), dan
juga SHAHi serta CLOVER juga dari kalangan mereka. Ada darah Yahudi dalam tubuh
kami. Bercampur juga darah Arab, Melayu, India dan Parsi dalam badan kami sejak
zaman berzaman dan kami catatkan salasilah kami supaya sentiasa mengenal
keturunan Semitik yang kami warisi. Pastilah kami kenal mereka, kami tahu
identiti mereka kerana tubuh kami juga ada darah seperti mereka, tetapi kami orang
Islam.
Hanya Islam yang
kami sayangi dan kami cintai. Kami membaca kitab-kitab Yahudi dalam bahasa
asalnya, kerana ia juga bahasa warisan kami, kami tahu dan selalu tahu bahawa nama
Muhammad masih ada di situ. Nama itu masih ada di situ. Nama seseorang yang
ditunggu-tunggu ketibaannya sejak Musa menyampaikan berita, tetapi kehadirannya
tidak diketahui langsung oleh sebilangan kaum selepas kitab bahasa asal Yahudi
telah dialih ke bahasa-bahasa lain.
Kaum Yahadut
Mizrah yang kafir tidak akan berhenti menyesatkan orang Islam. Mereka menyesatkan
segolongan kaum lain yang tidak tahu membaca Hebrew, menyuruh mereka hanya
membaca kitab yang sudah dialih bahasa, yang sudah terpadam nama Muhammad di
dalamnya. Kemudian menyuruh mereka menyesatkan golongan yang lain pula.
Di Vatican sana, ada
kitab yang diterjemah dengan betul. Ia tidak diterjemah dengan kesilapan yang
sama seperti dalam Septuagint. Dalam kitab itu, susunan abjad mem-heth-mem-dhalet
(mahamad) dikategorikan sebagai nama seseorang dan ia direkodkan dalam glosari (daftar kata), perkataan itu tidak
dikategori sebagai kata nama sifat atau kata nama lain seperti kesilapan yang
telah berlaku dalam Septuagint dan terjemahan-terjemahan yang lain, melainkan ia
disahkan sebagai sebuah nama milik seseorang. Nama milik Si Penghibur yang
dijanjikan kepada umat manusia sebagaimana dikhabarkan oleh Musa kepada kaumnya.
Wahai
saudara-saudara ku, saya tahu kamu semua sangat kasih dan sayang kepada
Muhammad yang mengajarkan kamu mengenai agama mu dan mengajar kamu supaya
mengenal Tuhan mu.
Saya juga
bukanlah orang yang layak untuk menyampaikan perihal agama kepada kamu semua
kerana saya juga pernah melakukan perkara-perkara yang melampaui batas.
Tetapi ingatlah,
andai semua dari kalangan kita beranggapan hanya orang yang cukup ilmu sahaja
layak berdakwah, nescaya tidak akan ada seorang pun yang boleh dikatakan sudah
layak berdakwah kerana setiap daripada kita tidak akan pernah cukup menguasai
ilmu-ilmu Allah sampai bila-bila pun.
Jangan hanya
menunggu sudah cukup ilmu baharu mahu berdakwah. Jika ilmu sedikit, cukuplah
sekadar berdakwah mengajak kawan-kawan kamu mengunjungi majlis-majlis ilmu
agama yang tidak bercampur aduk dengan resam keduniaan. Ajaklah saudara-saudara
kita ke arah kebaikan, pergilah bersama-sama mereka, ajaklah mereka, jangan
tinggalkan mereka di belakang. Jangan pula berguru dengan internet hingga terkeluar mind-set yang bukan-bukan sehingga menyesatkan.
Kalau mahu
menunggu cukup ilmu baharu mahu berdakwah, kita sampai bila-bila pun tidak akan
pernah cukup ilmu kerana ilmu Allah sangat luas sehingga tidak cukup ditulis
andai seluruh lautan dijadikan dakwat sekalipun. Carilah guru di luar sana, hadirlah ke majlis-majlis ilmu.
Golongan
pendakyah agama sesat tidak pernah jemu mengheret saudara-saudara kamu masuk ke
dalam agama mereka. Adakah kamu hanya mahu membiarkan ia terus berlaku tanpa
kamu melakukan sebarang usaha untuk menyelamatkan saudara-saudara kamu?
Ramadan ini, waktu terbaik untuk melembutkan hati.
Tidak perlu saya tulis lebih panjang untuk menjelaskan
kenapa Ramadan ini waktu terbaik untuk melembutkan hati.
Pesan daripada
saya kepada saudara-saudara semua, ingatlah satu perkara.
“Memang benar Kiamat
sudah dekat, tetapi jangan lupa bahawa kiblat serta pintu taubat itu adalah
lebih dekat dan keampunan daripada Maha Penyayang itu sangat lebih dekat.”
SALAM RAMADAN,
saya sayang kamu semua.Hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu pada sepanjang bulan berkat ini.
Kalau ada orang
Nasrani yang benar-benar ikhlas mencari kebenaran dan mahu berbicara dengan saya di ruang maya ini, silakan.
-STALKER-
[nota ADMIN: siri
cahaya digantung buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu]
Itu olang kata tuhan ata tiga..
ReplyDeletetiga-tiga mau kina ikut..hayyaa..manyak pining loo.
ata tuhan apak loo,tuhan anak..tuhan maa juga ata..nabucibai itu olang.tuhan pun boley bikin anak kaa..maanyak cibai sama lia punya agama..
itu macam loo,tuhan mau makan..mau minum..mau kasi masak itu laut,mau pakai itu baju,mau ata lumah..kilita...itu tuhan mau kasi kilija loo mau bikin itu wang mau angkat balang...
waaa tuhan pun suda silupa sama olang woo.ini apa macam punya cilita.
terima kasih...
ReplyDeletectmy
salam ramadhan kpd warga umat terakhir
ReplyDeleteterima kasih
Salam ramadhan juga buat Stalker dan seluruh warga Umat Terakhir. satu pencerahan yang menarik. Terima kasih saya ucapkan. Saya pun tak pernah terfikir bahawa wujudnya cara menyesatkan umat islam yang sedemikian. Lagilah tak pernah terfikir yg orang2 kristian tak pernah baca kitab asal mereka yang ditulis dengan bahasa yang asal.
ReplyDeleteSemoga penulis dapat terus menyampaikan kebaikan melalui penulisan2 saudara/i. Semoga saya juga dapat terus belajar. Insya-Allah.
Salam warga UT,
ReplyDeletePenulisan yang amat bagus!
"Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab YANG KAMU SEMBUNYIKAN, dan banyak pula YANG DIBIARKANNYA. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan." - Al-Maa'idah, Ayat 15.
Sekadar berkongsi,
.
Salam Mala...Jangan Muzium kan Pusaka kita.
ReplyDeleteKezaliman Yahudi yang paling keji ialah memisahkan atau memutuskan hubungan Umat Terakhir dengan Allah dan Rasul. Sebagai Umat terdahulu, kaum Yahudi menyimpan begitu banyak rahsia dan ilmu pengetahuan tentang alam ini. Mereka telah sembunyikan atau selewengkan berbagai realiti dan kebenaran terutama mengenai Nur Muhammad, ketua pemerintah kerajaan Cahaya, yakni KINGDOM OF HEAVEN, Kingdom of God, Kingdom of Jehovah( YHWH) atau di dalam bahasa Hebrew: מלכות השמים, Malkuth haShamayim. (Stalker, tentu kamu lebih arif mengenainya). Hakikatnya Baginda disertai para Rasul dan Anbiya’, para malaikat, jin dan roh manusia terpilih dan lain-lain makhluk, mentadbir seluruh alam ini mengikut kehendak Allah Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa.
ReplyDeleteKaum Yahudi pernah sangat rapat dengan kerajaan ghaib ini selama ribuan tahun kerana ramai Rasul dan Nabi lahir dikalangan mereka. Mereka pernah mendapat bermacam-macam keistimewaan hasil hubungan ‘diplomatik’ dengan kerajaan langit. Umat-umat terdahulu mendapat sumber ilmu pengetahuan,sumber kekayaan, kemajuan dan teknologi. Ujian nikmat yang akhirnya hancur musnah oleh kekufuran dan penderhakaan yang melampaui batasan. Kaum Yahudi juga menjadi terlalu angkuh dan sombong, merasa superior, sanggup membunuh nabi-nabi yang tidak mahu menurut kehendak hawa nafsu mereka dan akhirnya mereka dilaknat oleh Allah.
Kaum Yahudi amat berharap Muhammad yang ditunggu-tunggu itu lahir dikalangan mereka. Kitab mereka menceritakan secara terperinci sifat-sifat baginda. Bila Allah tidak mengizinkannya maka mereka merajuk dan menderhaka kepada Tuhan. Justeru segala ‘keistimewaan sudah ditarik balik’, berpindah kepada Umat Muhammad, maka hasad dengki dan dendam kesumat mendorong mereka berusaha untuk memisahkan Umat Terakhir dengan Allah dan Rasul. Yahudi juga sanggup bersekongkol dengan iblis dan syaitan untuk menentang dan menghapuskan kerajaan Islam dibumi. Umat Islam diakhir zaman tidak mencintai dan mengenali sebenar-benarnya Nabi mereka lalu terputus hubungan dengan Nur Muhammad. Umat Islam dikeronyok, disembelih dan dihina ratusan tahun…… Kita menunggu Kebangkitan Islam kali kedua di tangan Imam Mahdi wakil kerajaan langit. Kita menunggu Kerajaan Cahaya kembali bersinar menaungi bumi.
Nulis nggak berdasar...
ReplyDeleteNggak bermakna ....
penuh tepu-tepu
yang benar quran itu kalau diterjemahkan ke bahasa lain benar-benar amburadul dilihat dari tata bahasa, kronologis dll ...
makanya perlu tanda kurung-tanda kurung supaya dapat diartikan sesuai dengan kehendak hati
faktanya muahmmad sebagai nabi palsu adalah pribadi cabul, ngesek dengan babu, menantu, bahkan yang nggak habis pikir adalah kakek-kakek umur 53 th kok nikah sama anak umur 9 th.
gila semua yang menjadikan orang kayak gitu dijadikan junjungan.
tapi waktunya sudah berakhir keburukan akan terungkap...
pengikutnya akan malu dan berbondong-bondong meninggalkan nabi palsu tersebut...
ppembantaian akan berakhir ....
bom bunuh diri akan lenyap
orang akan saling mengasihi dan meninggalkan setan muhammad
nasrani palsu tak percaya dgn kitabnya sendiri guna logic mudah pun masih terus2an ditipu ini yg payah
ReplyDeleteAnonymous, 3 August 2012 07:51,
ReplyDeleteSaya tahu masalah orang Nasrani seperti kamu. Orang Nasrani seperti kamu sangat suka mendengar cerita-cerita yang tidak dibuktikan kebenarannya.
Kamu kata Muhammad berkahwin dengan seorang anak berumur 9 tahun, itu juga hanya cerita yang kamu dengar daripada sumber yang direka-reka oleh penganut-penganut agama kamu sendiri.
Kita ambil dari logik dahulu.
Kalau kamu sendiri tidak mahu menjadi pengikut Muhammad yang kamu kata bernikah sama anak berumur 9 tahun, maka sama juga dengan orang-orang Arab semasa zaman Muhammad, mereka juga tidak mahu jadi pengikut Muhammad kalau benar Muhammad itu nikah sama anak umur 9 tahun. Tetapi, Muhammad ada lebih 10,000 pengikut semasa dia masih hidup. Orang-orang Arab sedia jadi pengikut Muhammad, kerana apa? Salah satu sebab yang logik ialah Muhammad tidak buat perkara yang tidak masuk akal seperti nikah sama anak umur 9 tahun. Kalau benar Muhammad nikah sama anak umur 9 tahun, sudah tentu tiada siapa pun mahu jadi pengikut Muhammad. Hakikatnya, pengikut Muhammad semasa dia masih hidup ialah lebih 10,000 orang. Jumlah pengikut Muhammad ialah jauh lebih ramai daripada pengikut Jesus yang hanya 14 orang. Kalau benar Muhammad itu buat perkara yang tidak masuk akal, sudah tentu dia tidak ada pengikut. Itu dari segi logik akal. Gunakan akal kamu itu baik-baik.
Dari segi fakta sejarah, Muhammad pernah melarang Uthman daripada pergi berperang kerana umur Uthman ketika itu baharu 14 tahun (belum akhil baligh dan belum capai umur layak pergi berperang). Tetapi, Muhammad tidak melarang Aishah (Aicha) daripada mengikutnya pergi berperang. Itu bermaksud, umur Aicha adalah lebih tua daripada Uthman dan umur Aicha layak pergi berperang. Tugas perempuan di medan perang ialah merawat lasykar-lasykar yang cedera dan mengangkut air, adakah tugas-tugas berat seperti itu sesuai dilakukan oleh seorang anak umur 9 tahun? Mahu tahu perang apa dan [ada tahun bila? Gunakan akal kamu sekali lagi dan belajarlah sejarah dan banyakkan ilmu sebelum berbicara.
Sekali lagi saya mahu kamu faham, umat Islam tidak bergantung kepada penterjemahan seperti kamu. Jangan samakan masalah kamu dengan kami. Tanda kurung adalah untuk memperjelaskan maksud bagi sesuatu perkataan iaitu terhadap pengertian apa perkataan itu dirujuk.
Satu lagi, Islam makin berkembang di Eropah, itu fakta. Fakta itulah yang menyebabkan terjadinya Norway Massacre kerana gelisah melihat Islam berkembang pesat di Eropah.
Semakin berbondong-bondong manusia masuk ke agama yang dibawa Muhammad. Itulah fakta hari ini.
Anonymous, 3 August 2012 07:51,
ReplyDeleteDaripada kamu buat 'red herring' melalui komen kamu itu, adalah lebih baik kamu terangkan ayat ini:
“hik-khov memthaqq-im , vilkhulov mahamad-im , zehe dudi , vezeh , re-e benevet yerusalim.” - (Song of Solomon 5:16)
Kerana ayat itu terdapat dalam kitab agama kamu dalam naskah bahasa asalnya. Bahasa Hebrew lama, juga bahasa aku sendiri, tapi aku pasti ia bukan bahasa kamu.
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini..saya suka baca blog anda.. (^_^)
ReplyDeleteP/S: Mr Indo: Ya kalo loe udah sesat, komennya gak usah nyasar deh.. admin di sini nulis bukan hanya guna akal, ada bukti & dalil yang kukuh lagi nyata..kamu??
Ada OTAK & AKAL TaPi hati kamu buta.
kepada tuan blog, saya telah ambil maklumat dan link tuan untuk di share di blog saya , harap tuan bersenang hati, JazakaLLAHukhaira'
ReplyDeletefrom : http://semangkukcawan.blogspot.com/
salam sejahtera buat semua terutama kepada tuan rumah,
ReplyDeletepengumuman,blog 9111tanyasamaituhudhud telah diubah ke teratak yang baru,jemput singgah ya...peace..:)
Fakta sejarah bangsa Arab jahiliah kebanyakan membunuh anak2 perempuan sebelum kelahiran Muhammad.Muhammad berjaya mengubah budaya tersebut dan meninggikan taraf perempuan ke tahap yang sepatutnya. Setiap perbuatan Muhammad, Allah jadikan contoh untuk diikuti oleh umat manusia...disebabkan itu rasul dari manusia,bukannya malaikat.agar manusia mampu mengikutinya.jika tak tahu,belajarlah tentang Islam..jangan menghukum sesuatu perkara yang kita jahil tentangnya.Semoga kamu dibimbing ke jalan yang benar,cara hidup yang sesuai dengan fitrah manusia :)
ReplyDelete~MFR~
Yg terbaik dari yg terbaek ialah usah kita persoal,perbandingkn agama kita dgn agama lain.
ReplyDelete6803man sarawak,
ReplyDeletemcm mana pulak kalau penganut agama lain bandingkan agama Islam dgn agama mereka & hina Islam ikut suka hati mereka. apa peranan kita dalam nak buktikan kebenaran agama Islam?
yang terbaik ialah usaha berdakwah. kalau kamu tidak mahu berdakwah, jangan halang orang lain untuk berdakwah.
baca ni
"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri, maka mereka tidak beriman." - (Quran, surah al-an'am, ayat 20)
mcm mana org yahudi & nasrani kenal nabi muhammad mcm mereka kenal anak2 mereka sendiri, sebabnya ialah perihal muhammad sudah dikhabarkan kepada mereka oleh nabi2 mereka sebelum muhammad dilahirkan.
"Orang-orang yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Muhammad) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui". (al-Baqarah, ayat 146)
6803man sarawak, tunjukkanlah kebenaran itu kepada mereka. jangan hanya duduk saja.
mereka perlu disoal supaya mereka dapat menjawab kalau mereka benar ada jawapannya.