6 Mar 2015

BAGAIMANA rasanya kalau kami sudah tidak mahu memberikan sebarang khabar kepada kamu semua?

Lebih setahun Umat Terakhir tidak mengirim apa-apa berita sedangkan kami tidak ke mana-mana. Tidak pernah lagi meninggalkan Malaysia sejak setahun lalu. Kami terus ada di sini walaupun sekadar terus menampakkan kasut dan tapak kaki.

Kami masih terus meninggalkan jejak bayang di mana-mana yang kami suka.  Mungkin ada di kalangan kamu yang pernah bertempuh bahu dengan kami ketika merayau-rayau di kota raya di lorong-lorong mana yang kamu suka. Namun, bukan jejak semudah itu yang kamu suka teka.

Ketahuilah kamu suka berkata kamu selamat, yang semudah kamu suka, tapi ia tidak semudah yang kamu suka dengan meyakini kamu sedang selamat ikut menyedapkan sukarasa kamu.

Dari dalam tempurung lagi kamu sudah tidak selamat, apatah lagi ketika meninjau seperti rajawali berterbang tinggi tetapi mudah dilastik 'sang gedembai si jin lelaki'.

Fikiran kamu terbang maju seperti rajawali tetapi hati terkurung di bawah tempurung. Tidak dapatlah sang gedembai melastik sumpah lisan ke pemikiran kamu yang bebas terbang bak rajawali kerna ia gagah.

Namun hati kamu tidak terbang bersama sang rajawali kerna ia terkurung di bawah tempurung. Tidak berlengahlah sang gedembai melastik sumpah lisan tepat ke hati kamu yang terkurung.

Membatulah hatimu, maka gugurlah juga sang rajawali kerna sudah tiada hati yang terkurung dalam keadaan suci yang selama ini menjadi tingkat pemikiran tinggi yang menjadi punca ia bisa terbang tinggi bak membandingkan namanya sendiri.

Apa kamu faham? Itu bukan lagi masalah kami kalau kamu masih belum faham. Sudah banyak isyarat diberikan namun kamu masih belum mampu memahami.

Sang rajawali kan terbang tinggi. Terbanglah bersamanya andai kamu sedang memahaminya. Awasi jualah sang gedembai yang suka melastik dengan sumpah yang membatukan kebijaksanaan.

Faham?
---


No comments:

Post a Comment

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.