7 Nov 2016

Art of Con: Mencuri seluruh galaksi



TIDAK ada sesuatu pun seperti yang dikatakan sebagai planet atau planet-planet. Yang ada hanyalah sosok jasad bumi (dunia), bulan, matahari dan bintang-bintang gergasi yang tidak terhitung banyaknya.

Matahari dan bulan, tidak pernah jauh dari bumi. Bukan ratus-ratus-ribu atau juta-juta kilometer dari bumi. Lihat bulan di situ, maka di situlah bulan. Nampak matahari di sana, maka di sana jugalah matahari.

Muka bumi ini dijadikan hamparan. Ya, hamparan. Ia mendatar, tidak bulat atau sfera berbentuk glob. Hanya mendatar, satu hamparan. Ada tompok-tompok tanah di atasnya yang dipanggil benua. Ada tompok-tompok air yang dipanggil sungai dan lautan. Ada tompok-tompok api yang dipanggil lingkaran volkanik.

Hamparan itu pula ditutupi bumbung tidak bertiang yang dinamakan langit. Di atas bumbung itu, berputar matahari dan bulan di atas bumi yang tidak bergerak (stand still) menjalankan tugas mengingatkan kepada manusia perihal masa yang sedang suntuk.

Venus, Saturn, Mercury, Mars, semua itu adalah nama tuhan-tuhan pagan. Hakikatnya tidak ada planet. Yang ada hanyalah sosok jasad bumi (dunia), bulan, matahari dan bintang-bintang gergasi yang tidak terhitung banyaknya.

Bulan itu bulat sebab memang kita nampak ia bulat. Matahari juga bulat sebab memang kita nampak ia bulan. Mata kita adalah saksi kepada sifatnya yang bulat.

Tapi kita tidak pernah menyaksikan sifat bumi yang dikatakan sfera berbentuk glob. Mana buktinya bahawa bumi ini bulat?

Hamparan bumi yang mendatar, dilindungi bumbung berbentuk seperti bahagian atas sebiji telur burung unta. Perut bumi di bawah pula dilindungi pelindung berbentuk seperti bahagian bawah sebiji telur burung unta.

Bumi tidak berputar mengelilingi matahari. Bumi tidak berkhidmat kepada matahari. Ia kerna matahari bukan tuhannya. Sebaliknya, matahari diperintahkan tuhannya supaya berkhidmat kepada manusia dan segala makhluk yang ditakdirkan mati di bumi. Begitu juga bulan, berkhidmat kepada manusia dan segala makhluk yang ditakdirkan di bumi. Tugas mereka, mengingatkan kepada manusia perihal masa yang akan terhenti. Bumi tidak memutarkan dirinya, juga tidak berputar mengelilingi matahari. Hanya bulan dan matahari yang berputar memberikan khidmat peringatan 'jam' (time dial) kepada manusia.

Makanan seperti buah, nasi dan gulai, sup dan lauk-lauk dan jus-jus segar di bawah tudung saji. Di atas tudung saji, dihurungi seekor lalat dan seekor lebah. Dia atas siling pula ada banyak lagi lalat-lalat besar yang bertenggek. Tetapi, lalat dan lebah itu tidak sesuai untuk menggambarkan tugas matahari dan bulan mengingatkan perihal masa kepada manusia - yang diberikan nikmat rezeki dan nikmat membiak di atas muka bumi. Mungkin apabila lebah dan segala lalat itu jatuh di atas tudung saja, ia mengingatkan lauk-lauk dan nasi yang berada di atas meja mendatar itu perihal kebinasaan, mereka juga akan binasa, menjadi basi kemudian busuk dan reput.

Mata kamu adalah saksi. Menjadi saksi kepada sifat mendatarnya bumi. Garis horizon yang mendatar. Horizon bumi. Mata kamu adalah saksinya. Jika kamu menaiki penerbangan dari Malaysia ke Brazil atau ke mana-mana negara, kamu tidak akan sekali pun melihat garisan itu melengkung walau sedikit pun.

Jika benar bumi ini sfera seperti dikatakan mereka, sudah tentu akan kelihatan lekukan melengkung kerna setiap darjah bagi bentuk jasad 360 darjah, setiap ukuran darjahnya akan jelas kelihatan. Namun, yang kamu nampak hanyalah garis lurus mendatar kerana bumi ini satu hamparan.

Rusia dan Amerika tidak pernah terbang keluar daripada bumbung dunia kerana mereka tidak memiliki kekuatan untuk berbuat demikian. Manusia tidak pernah ada cukup kekuatan untuk keluar dari bumi. Manusia telahpun dicabar oleh Pencipta untuk berbuat demikian, namun manusia tidak pernah berjaya. Amerika hanya memainkan wayang yang sama seperti Rusia. Wayang filem dongeng mengenai kejayaan manusia memijak bulan, menjelajah Marikh, meneroka galaksi. Selepas mengaku berjaya terbang meninggalkan bumi, kononnya mereka melihat bumi ini bulat berbentuk glob sfera.

Tapi kamu sendiri juga telah melihat imej-imej satelit yang 'membuktikan' bumi ini sfera. Kamu juga telah melihat gambar planet-planet sfera yang lain, yang dirakam satelit dan teleskop hubble. Itulah teknologi angkasa lepas yang merakam 'bukti-bukti' bahawa bumi ini bulat, matahari dan bulan terletak jauh dari bumi dan memang ada planet-planet lain, itu yang kamu fikir. Hakikatnya, bumi adalah satu hamparan. Hamparan mendatar yang ada bumbung tidak bertiang, diimbangi gunung-ganang dan tompok-tompok air di langit, sungai dan lautan. Hakikatnya, mata kamu tidak pernah menjadi saksi terhadap sebarang lengkungan di garis horizon. Bumi tetap mendatar seperti hamparan padang.

Jadi, bagaimanakah bentuk bumi yang sebenarnya? Bagaimanakah sains dunia barat mahu dijadikan lagi sebagai alat (methods) yang kredibel untuk membuktikan semua ini kerana 'ilmu' dan 'bukti bergambar' yang diajar Amerika mengenai astronomi moden hanya menggunakan teknologi angkasa tercanggih yang dinamakan CGI.

Teknologi angkasa? Pembohongan. Mereka tidak pernah sampai ke luar bumbung bumi. Mereka tidak tahu apa-apa mengenai alam raya, tetapi pura-pura tahu sambil mengucapkan dan mempamerkan 'bukti' yang penuh tipu daya.

Ingat lagi dengan con-art? You can steal the whole galaxy & keep it inside your pocket & then walk away. Baca semula siri art of con. Itulah yang dimaksudkan oleh pepatah paling angkuh dan riak di dalam kamus art of con. Itulah yang dimaksudkan oleh mencuri galaksi sehingga kamu percaya dengan 'penemuan astronomi' seperti diperkatakan mereka, yang menggunakan teknologi dan kehebatan mereka. Kononnya mereka sudah menemui teknologi hebat sehingga mampu meneroka alam semesta supaya kita tunduk kepada mereka, supaya kita takut kepada senjata-senjata hebat yang mereka bina menggunakan teknologi angkasa lepas. Scam, those are nothing more than scam.

Sungguh, bumi ini satu hamparan pegun yang mana ia tidak bergerak, yang ada bumbung pelindung bujur telur tidak bertiang, yang dekat cahaya besar pada siang dan cahaya kecil pada malam. Di luar pula, hanya bintang-bintang garang di wilayah setebal tujuh lapis langit yang menunggu masa diperintahkan menerkam membinasakan diri bersama bumi.

Bumi ini mendatar.

Lukiskan.




-ELDER-

--

MAY 2013

BEBERAPA hari sebelum tiba tarikh pilihanraya umum ke-13 (PRU13), ketua kawasan paling berkuasa kembali ke kawasannya. Lalu, para pemberita menjalankan tugas mereka, melaporkan segala yang berlaku ketika ketua kawasan itu ke kawasannya. Mereka melaporkan ucapan-ucapan ketua itu ketika berucap di majlis-majlis awam dan ketika pertemuan sidang media. Kerna itulah tugas mereka, hanya melaporkan. Mereka tidak menulis setiap apa yang mereka rasa dalam hati mereka, tetapi mereka menulis mengenai apa yang diucapkan oleh orang-orang lain yang mempunyai nilai pemberitaan.

Paling mesti hadir menemui ketua itu ialah ketua-ketua biro mewakili agensi-agensi berita tempat mereka bekerja. Mereka itulah yang mesti hadir untuk melaporkan. Dan itulah sebab mereka menjadi ketua biro kerana merekalah yang ditugaskan berjumpa dengan ketua-ketua kawasan pilihanraya.

Beberapa hari sebelum pilihanraya, beberapa orang ketua biro agensi berita ini dipanggil untuk pertemuan tertutup dengan ketua kawasan paling berkuasa itu.

Ketua-ketua biro itu diberitahu, hampir semua duit dalam simpanan telah habis, dihabiskan supaya kalau apabila mereka kalah pilihanraya, puak pembangkang yang mengambil alih suara besar parlimen akan mengalami masalah mentadbir negara kerana sudah habis wang simpanan. Jadi, wang itu dibelanjakan supaya tidak banyak lagi baki yang tinggal jika mereka kalah pilihanraya. Kalau tidak percaya, kamu semua bertanyalah kepada ketua-ketua biro agensi berita yang bertugas di negeri itu pada tahun 2013.

Tapi, pembangkang tidak menang. Malangnya, pihak ketua kawasan itu pula meneruskan pemerintahan dalam keadaan ketiadaan wang kerana pihak dia jugalah yang lebih dulu menghabiskan. Maka, terciptalah promosi GST bersama slogan bawaan menteri-menteri badut diiringi lagu temanya sekali.

Alat untuk mengutip semula wang-wang yang ditabur kepada rakyat. Kerna jika wang yang ditabur itu lambat dikutip, nilai ringgit akan jatuh teruk kerana terlalu banyak wang tunai di pasaran yang boleh menyebabkan inflasi. Maka jadinya wang itu harus dikutip cepat-cepat menggunakan alat yang dinamakan GST. Pantas mengutip semula tanpa mengira daripada poket sesiapa, dari poket penerima wang tabur pun ia kutip, dari poket bukan penerima wang tabur pun ia kutip sekali, tapi ia belum cukup pantas mengutip semula kerana jumlahnya banyak sehingga menyebabkan inflasi dan kejatuhan nilai ringgit. Mata kamu telah menjadi saksi.

Kerana apa nilai ringgit tergelincir? Kerana terlalu banyak wang tunai di pasaran. Kerana apa wang banyak di pasaran? Kerana wang itu terlalu banyak ditabur. Bagaimana mahu menaikkan semula nilai ringgit? Jumlah tunai di pasaran perlu dikurangkan. Bagaimana mahu mengurangkan? Kutip semula. Bagaimana kutip semula? Itu semua terkandung dalam hukum pasaran tunai dan komoditi yang disamakan dengan kangkung.

Tetapi kekalahan pembangkang juga terpaksa diatur, kerana mahu menyelamatkan sebuah jemaah daripada terus diperbodohkan yowtai. Melalui kekalahan itu, seseorang sudah pasti mereka humban ke penjara. Tapi, hanya dengan cara itulah jemaah itu akan terpisah daripada yowtai. Hanya itu pilihan yang ada, hanya buah catur itu sahaja yang selamat digerakkan. Lalu ia pun digerakkan, maka menanglah lagi pihak yang satu, dan kalah lagi pihak-pihak lain yang acah-acah bersatu. Melalui kekalahan itu, jemaah itu terselamat malah ditendang semua ulat-ulat dan kutu-kutu ternakan yowtai keluar daripada jemaah. Mereka sudah selamat, malah sudah sedar menginsafi kesilapan.

Pembebasan jemaah itu perlu dibayar dengan harga tinggi. Ya, harga tinggi sebagaimana kami memaksudkan ia sebagai 'harga'. Dinilai dengan wang, harga yang dibayar dengan wang. Kos hidup kamu meningkat dengan terlalu cepat, bagi membayar harga pembebasan sebuah jemaah. GST, rasionalisasi, pemansuhan subsidi menggunakan alasan-alasan badut, semua itu untuk mengutip semula wang tunai supaya nilai ringgit cepat-cepat kembali kepada kadar terbaiknya di atas carta candle - the bull and the bear. Sebelum apa-apa, bacalah dulu kaitan punca inflasi dengan terlalu banyak tunai di pasaran. Sebelum pilihanraya, wang tunai telah banyak ditabur, maka ia perlu cepat-cepat dikutip semula supaya nilai ringgit tidak jatuh, tapi mereka terlambat kerana nilai ringgit dibaham the bear dengan lebih cepat. Itulah, ramai sangat badut, ada yang pandai berjenaka, ada yang bijak mengira, tapi semua tidak lebih daripada pengertian badut semata.

Tahun depan banyak lagi wang akan ditabur, kerana macam biasa, pilihanraya sudah dekat, wang mesti dihabiskan supaya perampas dewan akan sengkek dan sukar mentadbir, kalau pembangkang itu tidak juga menang, nanti wang tabur itu boleh dikutip semula.

Can you see that micro side of the system? Kumpulan itu sedang melemah, mereka sudah lemah untuk terus kekal mentadbir, hinggakan rakyat dijadikan tempat menabur dan mengutip semula peluang kalah menang survival mereka dalam ekonomi dunia dan politik lokal. Hey kamu semua, permainan ini sungguh kejam.

Kami sungguh mahu kamu semua berada di tempat kami. Supaya kamu memahami betapa beratnya tugas ini. Tugas yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak juga menyebelahi kamu semua. Yang zalim akan pasti menerima pengadilan.

Begitulah sistem berputar, memutarkan manusia mengikut putaran masa bulan dan matahari. Bezanya, kamu diberitahu mengenai bumi mengelilingi matahari dari jarak yang sangat jauh. Hakikatnya, bumi ini satu hamparan pegun, hanya bulan dan matahari yang bergerak di atasnya untuk memutarkan masa.

Masih tidak percaya? Buktikan di mana garis lengkungnya dunia, menggunakan apa jua cara tanpa fish-eye camera.

Kalau mahu percaya bumi ini bulat sfera yang memutarkan dirinya mengelilingi matahari dari jarak betapa jauhnya, kami juga tidak teringin menghalang kamu daripada kekal dengan doktrin itu. Cuma bertanyalah kepada ketua-ketua biro agensi itu mengenai benarkah ada seorang ketua memberitahu mereka mengenai sudah tidak ada planet-planet dalam poket simpanan.

The planets are stolen back & sent back to their imaginary galaxy.

Buah pawn telah berjaya menceroboh ke bilik rahsia, lalu dibebaskan sebutir buah bangsawan lama untuk kembali beraksi ke papan catur. Mulai pening mahu memilih pemimpin kerana buah catur bangsawan lama juga teleh kembali? Tak mengapa, abaikan mereka semua. Abaikan semua.


Jemaah itu telah diselamatkan dengan kos yang amat tinggi, ikutlah mereka.



-HEADMASTER-
Lisbon, Portugal.