6 Mar 2015

Save the cheerleader, save the world

BAGAIMANA rasanya kalau kami sudah tidak mahu memberikan sebarang khabar kepada kamu semua?

Lebih setahun Umat Terakhir tidak mengirim apa-apa berita sedangkan kami tidak ke mana-mana. Tidak pernah lagi meninggalkan Malaysia sejak setahun lalu. Kami terus ada di sini walaupun sekadar terus menampakkan kasut dan tapak kaki.

Kami masih terus meninggalkan jejak bayang di mana-mana yang kami suka.  Mungkin ada di kalangan kamu yang pernah bertempuh bahu dengan kami ketika merayau-rayau di kota raya di lorong-lorong mana yang kamu suka. Namun, bukan jejak semudah itu yang kamu suka teka.

Ketahuilah kamu suka berkata kamu selamat, yang semudah kamu suka, tapi ia tidak semudah yang kamu suka dengan meyakini kamu sedang selamat ikut menyedapkan sukarasa kamu.

Dari dalam tempurung lagi kamu sudah tidak selamat, apatah lagi ketika meninjau seperti rajawali berterbang tinggi tetapi mudah dilastik 'sang gedembai si jin lelaki'.

Fikiran kamu terbang maju seperti rajawali tetapi hati terkurung di bawah tempurung. Tidak dapatlah sang gedembai melastik sumpah lisan ke pemikiran kamu yang bebas terbang bak rajawali kerna ia gagah.

Namun hati kamu tidak terbang bersama sang rajawali kerna ia terkurung di bawah tempurung. Tidak berlengahlah sang gedembai melastik sumpah lisan tepat ke hati kamu yang terkurung.

Membatulah hatimu, maka gugurlah juga sang rajawali kerna sudah tiada hati yang terkurung dalam keadaan suci yang selama ini menjadi tingkat pemikiran tinggi yang menjadi punca ia bisa terbang tinggi bak membandingkan namanya sendiri.

Apa kamu faham? Itu bukan lagi masalah kami kalau kamu masih belum faham. Sudah banyak isyarat diberikan namun kamu masih belum mampu memahami.

Sang rajawali kan terbang tinggi. Terbanglah bersamanya andai kamu sedang memahaminya. Awasi jualah sang gedembai yang suka melastik dengan sumpah yang membatukan kebijaksanaan.

Faham?
---

Padankan segala perenggan dari atas sampai ke bawah dalam segala hal yang melanda pemikiran kamu ketika ini.

Kalau kamu memahaminya, kamu akan menemui kenyataan bahawa kadang kala orang yang baik terpaksa membawa watak sang gedembai si jahat walaupun sukar menafikan dia jelas tampak jahat ketika merebahkan rajawali si  bedebah yang tampak suci.

Dalam banyak perkara, sang gedembai adalah dirinya sendiri dan tidak pernah ditelenggami persona rajawali yang dibayangkan bijak menabur halusinasi.

Makin tidak faham?

Think.

Out of your thought.


-STALKER-
--

YAHUDI yang berasimilasi dengan bangsa di Timur Jauh telah berkurun melahirkan sebuah sub-bangsa yang disebut Yowtai.

Yahuda Muslim yang menikahi gadis-gadis serta teruna-teruna Melayu di bahagian dunia sebelah sini pula melahirkan sub-bangsa Yahudi-Melayu yang disebut Melayu Mizrahi.

Kisah mereka pula berlangsung sepi sejak berkurun lama. Seakan tidak pernah wujud dalam almari hiasan dunia.

Mereka adalah antara bangsa-bangsa yang hilang. Menyepikan diri tanpa sesiapa pun menyedari. Ketahuilah bahawa mereka adalah antara tonggak yang menghidupkan sebuah konspirasi di bahagian dunia sebelah sini.

Melayu Mizrahi, hasil seni tipu daya mereka tidak pernah dungu seperti taktikal Annava memperbodohkan mangsa-mangsanya. Hasil kedunguan Annava juga telah memerangkap dirinya sendiri hingga dia terpaksa meneruskan pembohongannya untuk terus mencuri kepercayaan mangsa-mangsanya yang dungu belaka. Mereka masih percaya pada ketika Annava meratapi kesilapannya di sebalik wajah angkuhnya.

Yoseph dan Christopher, hasil seni mereka tidak sebodoh Annava. Mereka memperguna persona Annava hanya untuk kepentingan Yowtai semata-mata. Tanpa Annava, Yowtai tidak akan pernah berjaya. Biarlah Annava meratapi, namun Yoseph dan Christopher sudah memiliki apa yang mereka cari.

Jika Annava tidak menyendiri meratapi, Yoseph dan Christopher tetap akan menolak Annava ke tepi tanpa tangan mereka perlu disembunyi. Kepala atau ekor ( coin's head or tail), Annava tetap tewas kepada Yowtai anak Yahudi.

Namun, Annava masih ada strategi untuk memaksa Yoseph dan Christopher tidak menolaknya ke tepi. Annava hanya perlu menanti sehingga detik itu mendekati.

Melayu Mizrahi hanya duduk memerhati. Tidak berkelibat, tidak bersuara, tidak berjejak dan tidak bertahi. Hanya terus memerhatikan Annava memusnahkan dirinya sendiri di kala Yoseph dan Christopher sedang berkomplot sembunyi-sembunyi.

Pada waktu sang syiah sedang menempah takhta duniawi, Melayu Mizrahi kekal diam memerhati. Tidak mahu terlibat langsung samada secara terang ataupun secara sembunyi.

Biarkan mereka terjun dengan labu-labu mereka sendiri.

Hidup kami bahagia selama setahun ini. Langsung tidak perlu memikirkan masalah kamu semua yang serba-serbi.

Ingin saja terus hidup bahagia seperti ini, memanjakan isteri dan mengajar anak-anak menghargai sebuah harga diri. Supaya tidak terikut-ikut sikap Melayu yang mudah lupa asal-usul serta sangat mudah melupakan sebuah sejarah yang telah menumpahkan harga diri.

Kami hanya menikmati hidup sejak setahun ini.

Menikmati hidup sambil memerhati gelagat kamu semua sambil menghirup secawan kopi pada hampir setiap hari.

Buah catur masih tegak berdiri tanpa apa-apa langkah untuk sembunyi.

Ia masih berdiri di petak yang sama seperti setahun sebelum ini..

..dan mereka pula menggerakkan buah catur mereka sehingga kini pada ketika buah catur kami tidak bergerak walaupun sesuku inci.

Oh, main tipu!!

-SONG BIRD-
--

UNTUK menjadikan sesebuah art-of-con itu berjaya sepenuhnya, ia harus biarkan dirinya dibelit sang ular sistem manusiawi.

Ia supaya orang berfikiran bahawa semua yang berlaku itu terjadi tanpa ada sentuhan karya agung daripada sang jurutera konspirasi.

Con artist melakukan sebahagian kerja art of con dan kemudian menyerahkan sebahagian lagi kepada sistem. Let the system do the rest of the job.

Siapakah yang menganggotai sistem itu kalau bukan kamu semua? Adakah kamu semua telah melakukan bahagian job kamu sendiri sepanjang setahun ini?

Masih tidur?

Kami tidak menyepi sesuka hati. Sebelum menyepi, telah kami khabarkan peranan kamu semua menjelang kami membisukan diri. Kami telah memberi panduan, namun kamu masih gagal.

Proksi-proksi mereka, the role players, masih rancak membuat rencana, kamu pula hanya setakat heboh sekampung, namun sang pencuri pula sedang gigih mencuri kampung kamu pada ketika kamu hanya sekadar berani bising-bising dan tidak lebih dari itu.

Annava sudah game over, kamu juga sudah mula nampak permainannya sejak setahun lalu, atas sebab itulah kami memilih untuk berehat supaya sistem boleh mula menjalankan tugasnya, tapi kamu pula masih di takuk lama seolah-olah masih dicengkam pesona Annava, sang pembawa persona plastik.

Proksi Annava? Dia sedang mencuri kampung kamu. Dia mahu 'langsi' ketua kampung kamu. Dia tidak takut berbuat begitu kerana dia tahu kamu semua memang penakut. Dasar pengecut. Dengan musuh di kampung sebelah, kamu tunjuk hebat berani gah menyanggah umpama wira mabuk tuak nipah, tetapi dengan musuh satu selimut kamu biarkan diri dilanyak. Memang dasar pengecut yang akan merempat di kampung sendiri.

Bergerak dalam sebuah sistem adalah sub-sub sistem. Kamu pula adalah sebahagian sub-sistem yang berupaya mempengaruhi kelancaran sesebuah sistem. Tanpa fungsi sesebuah sub-sistem, keseluruhan sistem tidak mampu bergerak lancar. Itu adalah fungsi sub-sistem.

Apabila sesebuah sistem berlangsung dengan tidak lancar, ia akan menyebabkan kegagalan. Maka, ketahuilah juga ada punca mengapa sub-sistem itu tidak berfungsi. Pasti sub-sistem juga telah dirasuki sang pemain wayang (role player).

Itulah harga yang perlu kamu bayar untuk sebuah trofi keangkuhan mempercayai Annava. Ya, kamu menang trofi sorak, tapi kampung sendiri sedang tergadai.

Kamulah tukang sorak yang memegang pom-pom. Save the cheerleader, save the world. Sigh....

Itu bukan lagi masalah kami.

-THE ANONYMOUS-
---

Makin ditegur, makin sombong & makin lebih dungu.

Cukup, tidak ada lagi nota.

Aku sudah tidak mahu ambil peduli.

-SHAHi-
--

SELAIN tidak mahu mencampuri urusan sistem, Umat Terakhir juga menghadapi krisis dana. Dana untuk mendapatkan maklumat menerusi perbelanjaan yang ditanggung ke atas roleplayers.

Tanpa dana ini, proses untuk mendapatkan maklumat tidak berjalan dengan berkesan. Bukan mudah untuk memecahkan tembok kebal yang mereka bina. Untuk roleplayers terus kekal di kerusinya, dia perlu juga mengekalkan pengaruhnya.

Wang adalah sebahagian sistem, jadi untuk mengembalikan tugas selebihnya kepada sistem, maka ia memerlukan salah satu unsur paling kuat dalam sistem itu sendiri, wang.

Kamu semua juga sebahagian daripada sistem, maka sebenarnya wang bukan masalah utama. Menjadi masalah utama adalah diri kamu sendiri. Kamu gagal berfungsi sebagai nadi utama dalam sistem.

Ada pula cheerleader yang pasti gah menyanggah dan berkata, itu adalah sistem ciptaan manusia yang tidak semulia sistem kehidupan yang diajar para nabi dan mengapa pula mereka harus terlibat dalam sistem ciptaan manusiawi itu.

Kamu tidak mahu terlibat sedangkan orang yang sedang mencuri organisasi kamu itu juga memanipulasi sistem yang kamu kucup selama ini.

Kamu sedar sistem apa yang kami maksudkan?

Berfikirlah, jangan hanya pandai bising menuduh orang lain tersalah kata.

-SECTOR SEVEN-

3 comments:

  1. Salam..

    Harap jangan berputus asa lagi geng Umat Terakhir. Sekurang-kurangnya boleh lagi kongsi maklumat berkenaan topik lain.

    Apa cerita saudara Drifter. Sudah ketemu 'orang' yang dicari tu..?

    Harap tiada lagi status hiatus. Lama sangat menyepi.

    TQ.

    ReplyDelete
  2. saya di luar fikir tak mendalam
    dalam hingar saya faham
    dalam sya'er ada titik
    dalam air matinya Itek

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.