7 Nov 2016

Art of Con: Mencuri seluruh galaksi



TIDAK ada sesuatu pun seperti yang dikatakan sebagai planet atau planet-planet. Yang ada hanyalah sosok jasad bumi (dunia), bulan, matahari dan bintang-bintang gergasi yang tidak terhitung banyaknya.

Matahari dan bulan, tidak pernah jauh dari bumi. Bukan ratus-ratus-ribu atau juta-juta kilometer dari bumi. Lihat bulan di situ, maka di situlah bulan. Nampak matahari di sana, maka di sana jugalah matahari.

Muka bumi ini dijadikan hamparan. Ya, hamparan. Ia mendatar, tidak bulat atau sfera berbentuk glob. Hanya mendatar, satu hamparan. Ada tompok-tompok tanah di atasnya yang dipanggil benua. Ada tompok-tompok air yang dipanggil sungai dan lautan. Ada tompok-tompok api yang dipanggil lingkaran volkanik.

Hamparan itu pula ditutupi bumbung tidak bertiang yang dinamakan langit. Di atas bumbung itu, berputar matahari dan bulan di atas bumi yang tidak bergerak (stand still) menjalankan tugas mengingatkan kepada manusia perihal masa yang sedang suntuk.

Venus, Saturn, Mercury, Mars, semua itu adalah nama tuhan-tuhan pagan. Hakikatnya tidak ada planet. Yang ada hanyalah sosok jasad bumi (dunia), bulan, matahari dan bintang-bintang gergasi yang tidak terhitung banyaknya.

Bulan itu bulat sebab memang kita nampak ia bulat. Matahari juga bulat sebab memang kita nampak ia bulan. Mata kita adalah saksi kepada sifatnya yang bulat.

Tapi kita tidak pernah menyaksikan sifat bumi yang dikatakan sfera berbentuk glob. Mana buktinya bahawa bumi ini bulat?

Hamparan bumi yang mendatar, dilindungi bumbung berbentuk seperti bahagian atas sebiji telur burung unta. Perut bumi di bawah pula dilindungi pelindung berbentuk seperti bahagian bawah sebiji telur burung unta.

Bumi tidak berputar mengelilingi matahari. Bumi tidak berkhidmat kepada matahari. Ia kerna matahari bukan tuhannya. Sebaliknya, matahari diperintahkan tuhannya supaya berkhidmat kepada manusia dan segala makhluk yang ditakdirkan mati di bumi. Begitu juga bulan, berkhidmat kepada manusia dan segala makhluk yang ditakdirkan di bumi. Tugas mereka, mengingatkan kepada manusia perihal masa yang akan terhenti. Bumi tidak memutarkan dirinya, juga tidak berputar mengelilingi matahari. Hanya bulan dan matahari yang berputar memberikan khidmat peringatan 'jam' (time dial) kepada manusia.

Makanan seperti buah, nasi dan gulai, sup dan lauk-lauk dan jus-jus segar di bawah tudung saji. Di atas tudung saji, dihurungi seekor lalat dan seekor lebah. Dia atas siling pula ada banyak lagi lalat-lalat besar yang bertenggek. Tetapi, lalat dan lebah itu tidak sesuai untuk menggambarkan tugas matahari dan bulan mengingatkan perihal masa kepada manusia - yang diberikan nikmat rezeki dan nikmat membiak di atas muka bumi. Mungkin apabila lebah dan segala lalat itu jatuh di atas tudung saja, ia mengingatkan lauk-lauk dan nasi yang berada di atas meja mendatar itu perihal kebinasaan, mereka juga akan binasa, menjadi basi kemudian busuk dan reput.

Mata kamu adalah saksi. Menjadi saksi kepada sifat mendatarnya bumi. Garis horizon yang mendatar. Horizon bumi. Mata kamu adalah saksinya. Jika kamu menaiki penerbangan dari Malaysia ke Brazil atau ke mana-mana negara, kamu tidak akan sekali pun melihat garisan itu melengkung walau sedikit pun.

Jika benar bumi ini sfera seperti dikatakan mereka, sudah tentu akan kelihatan lekukan melengkung kerna setiap darjah bagi bentuk jasad 360 darjah, setiap ukuran darjahnya akan jelas kelihatan. Namun, yang kamu nampak hanyalah garis lurus mendatar kerana bumi ini satu hamparan.

Rusia dan Amerika tidak pernah terbang keluar daripada bumbung dunia kerana mereka tidak memiliki kekuatan untuk berbuat demikian. Manusia tidak pernah ada cukup kekuatan untuk keluar dari bumi. Manusia telahpun dicabar oleh Pencipta untuk berbuat demikian, namun manusia tidak pernah berjaya. Amerika hanya memainkan wayang yang sama seperti Rusia. Wayang filem dongeng mengenai kejayaan manusia memijak bulan, menjelajah Marikh, meneroka galaksi. Selepas mengaku berjaya terbang meninggalkan bumi, kononnya mereka melihat bumi ini bulat berbentuk glob sfera.

Tapi kamu sendiri juga telah melihat imej-imej satelit yang 'membuktikan' bumi ini sfera. Kamu juga telah melihat gambar planet-planet sfera yang lain, yang dirakam satelit dan teleskop hubble. Itulah teknologi angkasa lepas yang merakam 'bukti-bukti' bahawa bumi ini bulat, matahari dan bulan terletak jauh dari bumi dan memang ada planet-planet lain, itu yang kamu fikir. Hakikatnya, bumi adalah satu hamparan. Hamparan mendatar yang ada bumbung tidak bertiang, diimbangi gunung-ganang dan tompok-tompok air di langit, sungai dan lautan. Hakikatnya, mata kamu tidak pernah menjadi saksi terhadap sebarang lengkungan di garis horizon. Bumi tetap mendatar seperti hamparan padang.

Jadi, bagaimanakah bentuk bumi yang sebenarnya? Bagaimanakah sains dunia barat mahu dijadikan lagi sebagai alat (methods) yang kredibel untuk membuktikan semua ini kerana 'ilmu' dan 'bukti bergambar' yang diajar Amerika mengenai astronomi moden hanya menggunakan teknologi angkasa tercanggih yang dinamakan CGI.

Teknologi angkasa? Pembohongan. Mereka tidak pernah sampai ke luar bumbung bumi. Mereka tidak tahu apa-apa mengenai alam raya, tetapi pura-pura tahu sambil mengucapkan dan mempamerkan 'bukti' yang penuh tipu daya.

Ingat lagi dengan con-art? You can steal the whole galaxy & keep it inside your pocket & then walk away. Baca semula siri art of con. Itulah yang dimaksudkan oleh pepatah paling angkuh dan riak di dalam kamus art of con. Itulah yang dimaksudkan oleh mencuri galaksi sehingga kamu percaya dengan 'penemuan astronomi' seperti diperkatakan mereka, yang menggunakan teknologi dan kehebatan mereka. Kononnya mereka sudah menemui teknologi hebat sehingga mampu meneroka alam semesta supaya kita tunduk kepada mereka, supaya kita takut kepada senjata-senjata hebat yang mereka bina menggunakan teknologi angkasa lepas. Scam, those are nothing more than scam.

Sungguh, bumi ini satu hamparan pegun yang mana ia tidak bergerak, yang ada bumbung pelindung bujur telur tidak bertiang, yang dekat cahaya besar pada siang dan cahaya kecil pada malam. Di luar pula, hanya bintang-bintang garang di wilayah setebal tujuh lapis langit yang menunggu masa diperintahkan menerkam membinasakan diri bersama bumi.

Bumi ini mendatar.

Lukiskan.




-ELDER-

--

MAY 2013

BEBERAPA hari sebelum tiba tarikh pilihanraya umum ke-13 (PRU13), ketua kawasan paling berkuasa kembali ke kawasannya. Lalu, para pemberita menjalankan tugas mereka, melaporkan segala yang berlaku ketika ketua kawasan itu ke kawasannya. Mereka melaporkan ucapan-ucapan ketua itu ketika berucap di majlis-majlis awam dan ketika pertemuan sidang media. Kerna itulah tugas mereka, hanya melaporkan. Mereka tidak menulis setiap apa yang mereka rasa dalam hati mereka, tetapi mereka menulis mengenai apa yang diucapkan oleh orang-orang lain yang mempunyai nilai pemberitaan.

Paling mesti hadir menemui ketua itu ialah ketua-ketua biro mewakili agensi-agensi berita tempat mereka bekerja. Mereka itulah yang mesti hadir untuk melaporkan. Dan itulah sebab mereka menjadi ketua biro kerana merekalah yang ditugaskan berjumpa dengan ketua-ketua kawasan pilihanraya.

Beberapa hari sebelum pilihanraya, beberapa orang ketua biro agensi berita ini dipanggil untuk pertemuan tertutup dengan ketua kawasan paling berkuasa itu.

Ketua-ketua biro itu diberitahu, hampir semua duit dalam simpanan telah habis, dihabiskan supaya kalau apabila mereka kalah pilihanraya, puak pembangkang yang mengambil alih suara besar parlimen akan mengalami masalah mentadbir negara kerana sudah habis wang simpanan. Jadi, wang itu dibelanjakan supaya tidak banyak lagi baki yang tinggal jika mereka kalah pilihanraya. Kalau tidak percaya, kamu semua bertanyalah kepada ketua-ketua biro agensi berita yang bertugas di negeri itu pada tahun 2013.

Tapi, pembangkang tidak menang. Malangnya, pihak ketua kawasan itu pula meneruskan pemerintahan dalam keadaan ketiadaan wang kerana pihak dia jugalah yang lebih dulu menghabiskan. Maka, terciptalah promosi GST bersama slogan bawaan menteri-menteri badut diiringi lagu temanya sekali.

Alat untuk mengutip semula wang-wang yang ditabur kepada rakyat. Kerna jika wang yang ditabur itu lambat dikutip, nilai ringgit akan jatuh teruk kerana terlalu banyak wang tunai di pasaran yang boleh menyebabkan inflasi. Maka jadinya wang itu harus dikutip cepat-cepat menggunakan alat yang dinamakan GST. Pantas mengutip semula tanpa mengira daripada poket sesiapa, dari poket penerima wang tabur pun ia kutip, dari poket bukan penerima wang tabur pun ia kutip sekali, tapi ia belum cukup pantas mengutip semula kerana jumlahnya banyak sehingga menyebabkan inflasi dan kejatuhan nilai ringgit. Mata kamu telah menjadi saksi.

Kerana apa nilai ringgit tergelincir? Kerana terlalu banyak wang tunai di pasaran. Kerana apa wang banyak di pasaran? Kerana wang itu terlalu banyak ditabur. Bagaimana mahu menaikkan semula nilai ringgit? Jumlah tunai di pasaran perlu dikurangkan. Bagaimana mahu mengurangkan? Kutip semula. Bagaimana kutip semula? Itu semua terkandung dalam hukum pasaran tunai dan komoditi yang disamakan dengan kangkung.

Tetapi kekalahan pembangkang juga terpaksa diatur, kerana mahu menyelamatkan sebuah jemaah daripada terus diperbodohkan yowtai. Melalui kekalahan itu, seseorang sudah pasti mereka humban ke penjara. Tapi, hanya dengan cara itulah jemaah itu akan terpisah daripada yowtai. Hanya itu pilihan yang ada, hanya buah catur itu sahaja yang selamat digerakkan. Lalu ia pun digerakkan, maka menanglah lagi pihak yang satu, dan kalah lagi pihak-pihak lain yang acah-acah bersatu. Melalui kekalahan itu, jemaah itu terselamat malah ditendang semua ulat-ulat dan kutu-kutu ternakan yowtai keluar daripada jemaah. Mereka sudah selamat, malah sudah sedar menginsafi kesilapan.

Pembebasan jemaah itu perlu dibayar dengan harga tinggi. Ya, harga tinggi sebagaimana kami memaksudkan ia sebagai 'harga'. Dinilai dengan wang, harga yang dibayar dengan wang. Kos hidup kamu meningkat dengan terlalu cepat, bagi membayar harga pembebasan sebuah jemaah. GST, rasionalisasi, pemansuhan subsidi menggunakan alasan-alasan badut, semua itu untuk mengutip semula wang tunai supaya nilai ringgit cepat-cepat kembali kepada kadar terbaiknya di atas carta candle - the bull and the bear. Sebelum apa-apa, bacalah dulu kaitan punca inflasi dengan terlalu banyak tunai di pasaran. Sebelum pilihanraya, wang tunai telah banyak ditabur, maka ia perlu cepat-cepat dikutip semula supaya nilai ringgit tidak jatuh, tapi mereka terlambat kerana nilai ringgit dibaham the bear dengan lebih cepat. Itulah, ramai sangat badut, ada yang pandai berjenaka, ada yang bijak mengira, tapi semua tidak lebih daripada pengertian badut semata.

Tahun depan banyak lagi wang akan ditabur, kerana macam biasa, pilihanraya sudah dekat, wang mesti dihabiskan supaya perampas dewan akan sengkek dan sukar mentadbir, kalau pembangkang itu tidak juga menang, nanti wang tabur itu boleh dikutip semula.

Can you see that micro side of the system? Kumpulan itu sedang melemah, mereka sudah lemah untuk terus kekal mentadbir, hinggakan rakyat dijadikan tempat menabur dan mengutip semula peluang kalah menang survival mereka dalam ekonomi dunia dan politik lokal. Hey kamu semua, permainan ini sungguh kejam.

Kami sungguh mahu kamu semua berada di tempat kami. Supaya kamu memahami betapa beratnya tugas ini. Tugas yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak juga menyebelahi kamu semua. Yang zalim akan pasti menerima pengadilan.

Begitulah sistem berputar, memutarkan manusia mengikut putaran masa bulan dan matahari. Bezanya, kamu diberitahu mengenai bumi mengelilingi matahari dari jarak yang sangat jauh. Hakikatnya, bumi ini satu hamparan pegun, hanya bulan dan matahari yang bergerak di atasnya untuk memutarkan masa.

Masih tidak percaya? Buktikan di mana garis lengkungnya dunia, menggunakan apa jua cara tanpa fish-eye camera.

Kalau mahu percaya bumi ini bulat sfera yang memutarkan dirinya mengelilingi matahari dari jarak betapa jauhnya, kami juga tidak teringin menghalang kamu daripada kekal dengan doktrin itu. Cuma bertanyalah kepada ketua-ketua biro agensi itu mengenai benarkah ada seorang ketua memberitahu mereka mengenai sudah tidak ada planet-planet dalam poket simpanan.

The planets are stolen back & sent back to their imaginary galaxy.

Buah pawn telah berjaya menceroboh ke bilik rahsia, lalu dibebaskan sebutir buah bangsawan lama untuk kembali beraksi ke papan catur. Mulai pening mahu memilih pemimpin kerana buah catur bangsawan lama juga teleh kembali? Tak mengapa, abaikan mereka semua. Abaikan semua.


Jemaah itu telah diselamatkan dengan kos yang amat tinggi, ikutlah mereka.



-HEADMASTER-
Lisbon, Portugal.

45 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. asalamualaikum

    saya tertarik dgn artikel ni sbb saya suka tgk bintang guna teleskop bila langit takde awan pd waktu mlm.
    spjg byk tahun saya cerap langit, saya tak prnh jumpa satelit wpun NASA kata ada lebih 140 ribu satelit di orbit bumi.
    saya pun trrpikir..klu betul manusia prnh tembus kluar bumi atau buat peta dunia moden dgn teknologi satelit, tapi mana smua satelit2 tu sbb takkan satu pun tak boleh nmpk dgn teleskop.
    harap ada penjelasan lebih lanjut dari pihak blog ni, klu tak keberatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangkitnya kesedaran manusia sejagat , sya tidak memaksa anda utk percaya bahawa bumi ini datar silakan tengok dokumentari dari negara jiran kita banyak manfaat
      https://m.youtube.com/playlist?list=PLQt5a4m_Y05VI4WwgOLKxWXIw655PlHH2

      Delete
  3. "Sungguh, bumi ini satu hamparan pegun yang mana ia tidak bergerak, yang ada bumbung pelindung bujur telur tidak bertiang"

    Assalamualaikum tuan,

    Tak dapat bayangkan....bantu saya untuk fikir wahai tuan yang bijak laksana...

    1. bila bumi satu hamparan (ada ayat Quran berkaitan ini) apakah bentuk hamparan itu, bulatkah atau tiada bentuk?

    2. bila bumi satu hamparan, di manakah hujung hamparan (bumi)?

    3. bila bumi satu hamparan, benua manakah yang paling timur dan benua manakah yang paling barat? ok andainya negara jepun di timur dan AS terbarat, ini bermakna pada bila2 masa pun penerbangan dari San Francisco ke Tokyo mesti ikut laluan rentas dari arah kanan ke kiri sebab bumi mendatar...tidak sekali2 penerbangan tu boleh ikut laluan kiri ke kanan (pusing globe) yang mungkin lebih dekat?? (ha ha saya tak pasti tuan dapat ke apa yg saya cuba maksudkan)..

    4. kenapa bumbung pelindung bentuk bujur telur? kenapa bujur??

    5. "bumi ini satu hamparan pegun yang mana ia tidak bergerak"....ini boleh terima sebab Baitul Makmor di langit adalah setentang dengan Baitullah di bumi...kalau bumi berputar beerti seluruh ruang langit adalah Baitul Makmor (Ya Allah ampunkan hambamu yang mungkin salah ini)...

    6. Allah ada berfirman di Surah Yasseen mengenai peredaran matahari dan bulan...tetapi saya tak jumpa lagi ayat mengenai peredaran bumi..

    Untuk makluman tuan, tuan adalah orang kedua yang saya jumpa mempunyai pandangan yang sama berkaitan hamparan bumi...

    Berharap sangat tuan dapat berkongsi ilmu yang boleh dianggap top secret ini...

    Salam Hormat..
    Follower UT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://m.youtube.com/playlist?list=PLQt5a4m_Y05VI4WwgOLKxWXIw655PlHH2

      Delete
    2. Terima kasih tuan

      Delete
  4. Assalamualaikum

    Pertama sekali, saya sendiri tidak dimaklumkan blog ini telah diaktifkan semula.

    Kedua, tidak semua pihak dalam lingkaran blog Umat Terakhir ini mempunyai pandangan yang sama mengenai bentuk hamparan bumi. Ada banyak pendapat berbeza di kalangan kami sendiri, termasuklah saya juga.

    Ketiga, untuk pengetahuan anon-anon yang bertanya, ingin saya maklumkan, ELDER & HEADMASTER tidak berkomunikasi dengan mana-mana pihak yang bertanya. Bagi mereka, anda hanya patut tahu setakat yang anda patut tahu sahaja & mereka takkan beritahu lebih daripada itu.

    Keempat, ELDER & HEADMASTER juga tidak pernah beritahu apa-apa kepada kami (subordinates) mengenai setiap apa yang mereka tahu & setiap semua yang mereka faham. Mereka lebih suka kami mencari jawapan sendiri & bertanya semula kepada mereka sama ada jawapan yang kami jumpa itu adakah betul atau salah.

    Ini dari sudut yang saya fahami, katakanlah kalau kita berada di Atlanta USA dan mahu ke Tokyo di Jepun. Jika bumi ini bergerak seperti dikatakan bumi memutarkan dirinya dengan kelajuan tinggi, maka kita tidak perlu menaiki kapal terbang untuk ke Tokyo.

    Cukuplah kalau kita naik belon panas (hot balloon) dan berhenti di tengah-tengah ruang udara, setakat itu saja. Disebabkan bumi bergerak pantas memutarkan dirinya (mengikut teori popular), maka Tokyo akan datang sendiri kepada kita. Boleh bayangkan?

    bukan bentuk hamparan bumi yang kita perlu dapatkan jawapan. paling penting ialah tujuan kita berhidup di atas muka bumi ini.

    saya yakin, HEADMASTER & ELDER tak pernah baca pun isi blog ini sejak dulu lagi, sebab yang ada dalam blog ini cuma perkara basic-basic belaka.

    cuma saya terkejut kerana sekurang-kurangnya ELDER & HEADMASTER mahu juga mengajak anda/kita berfikir di tahap seperti itu.

    Allah lebih mengetahui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam....terima kasih di atas pencerahan....
      Sungguh...Allah yang Maha Mengetahui....
      Sangat2 menarik artikel ni, mengajak kita berfikir...

      Delete
  5. terima kaasih stalker kerana sudi mencerahkan keadaan. saya menanti articls seterusnya.

    ReplyDelete
  6. fikirlah kenapa bila kita menaiki kenderaan yg bergerak kita tidak tercampak ke belakang kenderaan melainkan bila kemalangan.

    ReplyDelete
  7. Goma bertanya:..
    naik kapal,terbang dari senai ke jeddah berapa lama beb?..
    Beb: 8-9 jam..
    Goma:pulang balik dari jeddah ke senai pulak?..
    Beb: sama..lebey kurang 8-9 jam..
    Apesal lu tanya gom?..beb pula membalas..
    Goma:pergi dan pulang..masanya sama jer..tak berapa beza..
    Hmm..
    jadik..boley tak lu huraikan..kat manenyer kisah bumi kita berputar nih..
    Dalam hati beb:lu punyer soalan nih..siot betollah gom...

    *AMC...

    ReplyDelete
  8. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

    “Apabila matahari digulung, dan apabila bintang-bintang berjatuhan, dan apabila gunung-gunung dihancurkan, dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan, dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, dan apabila lautan dipanaskan, dan apabila ruh-ruh dipertemukan, apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, karena dosa apakah dia dibunuh, dan apabila catatan-catatan dibuka, dan apabila langit dilenyapkan, dan apabila neraka Jahim dinyalakan, dan apabila surga didekatkan, maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya. Sungguh!! Aku bersumpah dengan bintang-bintang, yang beredar dan terbenam, demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya, dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing, sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar firman utusan yang mulia (Jibril), yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi ALLAH yang mempunyai Arasy, yang ditaati di sana lagi dipercaya. Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila. Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang. Dan Dia bukanlah seorang yang bakhil untuk menerangkan yang gaib. Dan Al Qur'an itu bukanlah perkataan setan yang terkutuk, maka ke manakah kamu akan pergi? Al Qur'an itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam, bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki kecuali apabila dikehendaki ALLAH, Tuhan semesta alam.” (QS.At-Takwir 81:1-29)

    “Milik-NYA Maghrib dan Masyriq”


    Mukadimah

    “Maghrib dan Masyriq” dalam Bahasa Melayu ialah “Barat dan Timur”. Pengkajian kami mengenai Al-Quran telah mendapati bahawa perkataan Maghrib (Barat) dan Masyriq (Timur) amat banyak kali difirman ALLAH SWT sedangkan perkataan Utara atau Selatan tidak pernah difirman-NYA. ALLAH SWT juga mengaitkan Timur sebagai arah Terbit Matahari dan Barat sebagai arah Terbenam Matahari. Terdapat suatu hikmah ilmu Astronomi yang ALLAH SWT sampaikan kepada umat manusia berkenaan Kunci Rahsia Alam Semesta, tetapi manusia lalai untuk memahami Ayat-ayat-NYA sehinggakan manusia telah ditipu Ahli Kitab Yahudi dengan sehebat-hebatnya. Sekarang kami ambil beberapa Ayat mengenai Barat dan Timur yang berkaitan Astronomi dan kami cuba tafsirkan dalam bentuk fakta ringkas (point) dengan izin-NYA. Firman ALLAH SWT (yang bermaksud),

    “Dan kepunyaan ALLAH-lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” (QS.Al-Baqarah 2:115)

    “Orang-orang yang kurang akalnya di antara manusia akan berkata: "Apakah yang memalingkan mereka dari kiblatnya yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?" Katakanlah: "Kepunyaan ALLAH-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.” (QS.Al-Baqarah 2:142)

    Tafsir 2 Ayat

    1. Timur dan Barat milik ALLAH SWT dan keduanya berada di bawah kekuasaan-NYA.
    2. Walau ke mana pun manusia memandang, bukti kebesaran-NYA boleh dilihat di mana-mana.
    3. Manusia yang jahil ilmu tidak dapat menjangkaui pengetahuan-NYA mengenai hikmah sebab musabab arah kiblat asal (Baitulmaqdis, Jerusalem) ditukarkan-NYA ke arah baru (Kaabah, Mekah).
    4. ALLAH SWT memberi petunjuk hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA dengan pembukaan hijab ilmu dan iman supaya manusia tersebut dibimbing-NYA ke jalan lurus yang diredzai-NYA.

    ReplyDelete
  9. Sambungan..

    “Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya karena ALLAH telah memberikan kepada orang itu pemerintahan. Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan," orang itu berkata: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya ALLAH menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu heran terdiamlah orang kafir itu; dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (QS.Al-Baqarah 2:258)

    Tafsir 1 Ayat:

    1. Nabi Ibrahim (A.S.) mencabar seorang pemerintah kafir yang mendakwa dirinya boleh menghidup dan mematikan nyawa, secara hujah mantik Nabi Ibrahim (A.S.) mencabarnya supaya menerbitkan Matahari dari arah Barat (jika dia benar berkuasa).
    2. Ternyata manusia tidak langsung berkuasa mengubah arah terbit atau terbenamnya Matahari, kerana kekuasaan itu hanya milik ALLAH SWT.
    3. ALLAH SWT tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim terhadap dirinya (mendurhakai ALLAH) dan zalim terhadap orang lain.

    “ALLAH cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya ALLAH, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca, kaca itu seakan-akan bintang seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya, ALLAH membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan ALLAH memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS.An-Nur 24:35)

    Tafsir 1 Ayat:

    1. Kekuasaan ALLAH mencahayai seluruh galaksi.
    2. Perumpamaan galaksi seperti lubang gelap yang luasnya infiniti, tiada penghujung. Perumpamaan pelita dalam kaca boleh ditafsirkan sebagai seluruh bintang-bintang termasuk Matahari (Matahari juga sejenis bintang) yang pembakaran bahanapinya menghasilkan tenaga cahaya menerangi galaksi dengan kekuasaan ALLAH SWT.
    3. Perumpamaan minyak dari pohon zaitun yang diberkahi yang tumbuh tidak ditimur atau barat boleh ditafsirkan sebagai bahanapi bertenaga tinggi iaitu campuran gas Hidrogen dan Helium yang kurang kedapatan di bumi tetapi memenuhi dengan mewah di permukaan Matahari dan bintang sebagai bahan bakar.
    4. Cahaya di atas cahaya ialah spektrum pelangi 7 lapis cahaya yang dipancarkan Matahari dan bintang.
    5. Kesemua ciptaan di atas berlaku dengan kekuasaan ALLAH supaya manusia mahu bersyukur, berfikir dan mengakui kebesaran-NYA lalu mendapat petunjuk.

    ReplyDelete
  10. Sambungan..

    ”Musa berkata: "Tuhan yang menguasai timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya, jika kamu mempergunakan akal". (QS.Asy-Syuara 26:28)

    “Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya.” (QS.Ar-Rahman 55:17)

    “Maka Aku bersumpah dengan Tuhan Yang Mengatur tempat terbit dan terbenamnya matahari, bulan dan bintang; sesungguhnya Kami benar-benar Maha Kuasa.”(QS. Al-Ma’arij 70:40)

    “Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam.” (QS.Qaaf 50:39)

    Tafsir 4 Ayat:

    1. Kekuasaan ALLAH SWT menguasai seluruh isi semesta alam (timur dan barat dan apa yang terkandung di antara timur dan barat). Harus kita fahami bahawa sebenarnya Timur dan Barat hanya boleh dirujuk sebagai arah relatif kepada kedudukan manusia. Bagaimana kita hendak menentukan lokasi yang tetap bagi asalnya Timur dan Barat sedangkan keduanya bersifat infiniti, yakni tiada berpenghujung? Cuba kita gunakan akal untuk mengukur keluasan dari Timur (yang tidak diketahui dari titik mana puncanya) ke Barat (tidak diketahui di titik mana noktahnya) , sudah tentu jawapannya infiniti.
    2. ALLAH SWT memelihara “kedua tempat terbit matahari” dan “kedua tempat terbenamnya matahari”. Adakah 2 tempat terbit dan 2 tempat terbenam? Jawapannya ialah Timur-Barat dan Barat-Timur. Penjelasannya ialah titik pertemuan antara Timur dan Barat hanyalah Satu. Inilah Kunci Rahsia Maghrib dan Masyriq iaitu Satu yang merujuk kepada: ALLAH Tuhan Yang Maha Esa.
    3. ALLAH SWT mengatur dengan terperinci perjalanan Matahari (Malam dan Siang) dan ALLAH SWT bersumpah dengan Asma-NYA, Tuhan Yang Maha Mengatur bahawa DIA-lah sebenar-benarnya Tuhan (Al-Haqqq) Yang Maha Kuasa mengatur segalanya!
    4. Manusia disuruh bersabar sambil bertasbih (zikir menyebut SUBHANALLAH!) dan memuji-NYA (zikir menyebut ALHAMDULILLAH!) sebelum terbit dan sebelum terbenamnya Matahari supaya kita mensyukuri pengaturan malam dan siang kerana pada masa-masa sedemikian manusia yang berakal boleh melihat tanda kekuasaan-NYA dengan amat jelas.

    Hujah Nyata Dari Al-Quran dan Hadith Bahawa Matahari, Bulan, Planet-planet dan Bintang (Seluruh Cakerawala) Beredar Mengelilingi Bumi.

    ReplyDelete
  11. Sambungan..

    “ALLAH-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. ALLAH mengatur urusan, menjelaskan tanda-tanda, supaya kamu meyakini pertemuan dengan Tuhanmu.” (QS.Ar-Ra’du 13:2)

    “Dan Dia telah menundukkan bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar; dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.” (QS.Ibrahim 14:33)

    “Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (QS.An-Anbiya 21:33)

    “Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.” (QS.Yasin 36:40)

    “Matahari dan bulan menurut perhitungan.” (QS.Ar-Rahman 55:5)

    “Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang.” (QS.Al-Waqiah 56:75)

    Tafsir 6 Ayat:

    1. Selepas penciptaan bumi dan seluruh isi alam semesta (isi galaksi), ALLAH SWT meninggikan kedudukan langit sehingga 7 lapisan langit yang kita lihat tanpa suatu pun tiang pemegangnya lalu DIA menuju ke Langit ke-7 dan bersemayam di atas Arasy-NYA (singgahsana-NYA). Hujah ini mematikan hujah golongan penyesat agama yang mengatakan “ALLAH berada di mana-mana” dan mematikan hujah segolongan lagi penjahil agama yang mengatakan “ALLAH tidak bertempat” sedangkan ALLAH SWT telah menjelaskan bahawa tempat-NYA di langit ke-7 dan DIA bersemayam di atas Arasy-NYA.
    2. ALLAH menundukkan Matahari, Bulan, Planet-planet dan Bintang-bintang supaya beredar (mengelilingi) terus-menerus di dalam garis edar masing-masing (orbit) mengikut perhitungan yang jitu yakni tidak berlanggar satu sama lain seperti perumpamaan kedudukan Matahari tidak mungkin mendapatkan Bulan (keduanya tidak saling langgar berlanggar) dan siang yang tidak “overlap” dengan malam.
    3. Keadaan peredaran yang jitu ini berlaku berterusan sehingga waktu yang ditentukan-NYA yakni Saat Kiamat.
    4. Dengan menundukkan peredaran Matahari ini, ALLAH SWT menundukkan fenomena siang dan malam kepada manusia di muka bumi.
    5. Matahari terbit-tenggelam-terbit kembali dalam sela tempoh 24 jam manakala Bulan penuh-hilang-penuh kembali dalam sela tempoh 30 hari dan semuanya berlaku mengikut perhitungan yang jitu dari ALLAH SWT.
    6. ALLAH SWT bersumpah dengan Orbit Bintang (tempat beredarnya bintang-bintang).

    Maka Matahari, Bulan, Planet-planet serta Bintang-bintang beredar mengelilingi “sesuatu”. Apakah “sesuatu” yang dikelilingi oleh mereka? Jawabnya, Bumi yang kita diami! Percayakah anda? Tidak Percaya dengan Ayat-ayat-NYA diatas? Mulai-lah percaya jika anda beriman.

    ReplyDelete
  12. Sambungan..

    Nabi Adam (A.S.) “diturunkan” ke bumi sekitar 8,000 tahun yang lampau. ALLAH lebih mengetahui. Satu Alaf bersamaan 1,000 tahun. Bermakna kita sekarang berada di Alaf ke-8. Nabi Muhammad (S.A.W.) merupakan Utusan Terakhir dari ALLAH SWT untuk umat manusia. Baginda Nabi (S.A.W.) merupakan seorang insan yang ummi namun segala IlmuLLAH berkenaan perkara ghaib diajarkan kepadanya. Setelah kewafatannya 1,400 tahun dahulu, manusia telah kehilangan sumber ilmu terus dari Tuhan (sumber Ilmu Ladunni) dan semenjak itu manusia telah ditipu dengan hebat!

    Nabi Adam (A.S.) “diturunkan” bermakna dari tempat tinggi (langit yang tinggi) ke tempat yang rendah (bumi) bersesuaian dengan perintah ALLAH kepada Nabi Adam (A.S.) (maksudnya),

    “Allah berfirman: "Turunlah kamu dari surga itu; karena kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka ke luarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". (QS.Al-A’raf 7:13)

    “Allah berfirman: "Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan".(QS.Al-A’raf 7:24)

    Nyata dan jelas bahawa dari Syurga turunnya ke Bumi.

    ReplyDelete
  13. Sambungan..

    Mari kita bertanya kepada NASA mengenai Penipuan Terbesar Alaf Ini!

    http://imagine.gsfc.nasa.gov/docs/ask_astro/answers/970401c.html

    The Question

    (Submitted April 01, 1997)

    I am trying to find out the speed of the turning of the Earth.


    The Answer

    Basic Answer:

    The circumference of the Earth at the equator is 25,000 miles. The Earth rotates in about 24 hours. Therefore, if you were to hang above the surface of the Earth at the equator without moving, you would see 25,000 miles pass by in 24 hours, at a speed of 25000/24 or just over 1000 miles per hour.

    Multiply by cosine of your latitude to see how fast the Earth is rotating where you are.

    Earth is also moving around the Sun at about 67,000 miles per hour.


    Advanced Answer:

    If by "turning" you mean the rotation of the Earth about its axis (where axis just means the straight line between the North and South poles) it is quite easy to figure out how fast any part of the Earth's surface is moving.

    The Earth rotates once in a few minutes under a day (23 hours 56 minutes 04. 09053 seconds). This is called the sidereal period (which means the period relative to stars). The sidereal period is not exactly equal to a day because by the time the Earth has rotated once, it has also moved a little in its orbit around the Sun, so it has to keep rotating for about another 4 minutes before the Sun seems to be back in the same place in the sky that it was in exactly a day before.

    An object on the Earth's equator will travel once around the Earth's circumference (40,075.036 kilometers) each sidereal day. So if you divide that distance by the time taken, you will get the speed. An object at one of the poles has hardly any speed due to the Earth's rotation. (A spot on a rod one centimeter in circumference for example, stuck vertically in the ice exactly at a pole would have a speed of one centimeter per day!). The speed due to rotation at any other point on the Earth can be calculated by multiplying the speed at the equator by the cosine of the latitude of the point. (If you are not familiar with cosines, I wouldn't worry about that now, but if you can find a pocket calculator which has a cosine button you might like to try taking the cosine of your own latitude and multiplying that by the rotation speed at the equator to get your own current speed due to rotation!).

    The Earth is doing a lot more than rotating, although that is certainly the motion we notice most, because day follows night as a result. We also orbit the Sun once a year. The circumference of the Earth's orbit is about 940 million kilometers, so if you divide that by the hours in a year you will get our orbital speed in kilometers per hour. We are also moving with the Sun around the center of our galaxy and moving with our galaxy as it drifts through intergalactic space!

    -Paul Butterworth and David Palmer for the Ask an Astrophysicist Team-

    ReplyDelete
  14. Sambungan..

    Pemahaman kami berkenaan jawapan di atas:

    ALLAH SWT mengatur supaya kami tinggal di Malaysia di Garisan Khatulistiwa, jadi kamilah yang lebih merasai penipuan tersebut bahawa: “Bumi Mengelilingi Matahari”.

    Ringkasan dari jawapan di atas:-

    Perimeter Bumi di Khatulistiwa ialah: 25,000 batu

    Tempoh Putaran Lengkap Bumi pada paksi (paksi maya) ialah: 24 jam

    Halaju setiap titik rujukan di Khatulistiwa ialah:

    Halaju (vektor) = Jarak/Masa = 25,000 batu/24 jam = lebih kurang 1,000 batu sejam!!

    Tidakkah saya atau laptop saya akan terpelanting jika berputar selaju 1,000 batu sejam?

    Perimeter Orbit Bumi Mengelilingi Matahari ialah: 940,000,000 km

    Tempoh Edaran Lengkap Bumi Keliling Matahari ialah = 365 hari x 24 jam = 8,760 jam.

    Halaju (vektor) Bumi Mengelilingi Matahari ialah:

    Halaju (vektor) = Jarak/Masa = 940,000,000km/8,760jam = 107,306 km sejam.

    Tidakkah bumi serta segala isinya akan terpelanting keluar orbit jika beredar selaju 107,306 km sejam?

    Tarikan graviti bumi Cuma 10 meter per saat^2. Tarikan graviti Matahari semestinya lebih rendah sebab kita masih terpaku dibumi.

    Kami tidak meragui mengenai peredaran Bulan mengelilingi Bumi. Semuanya betul dan teratur seperti yang kita sedia ketahui dibawah.

    http://www.astro.wisc.edu/~dolan/java/MoonPhase.html illustrating the orbit of the moon around the Earth and the corresponding phases of the Moon as viewed from Earth. Notice that you can set this applet to a top view, an Earth view, or both on a split screen, and that you can start and stop the animation with a button. Also, note that in this applet the position of the Sun is shown to the left, whereas in the above figure the view is such that the position of the Sun is to the right.

    PENIPUAN TERBESAR ALAF INI!!

    Yang kami katakan penipuan ialah :

    “Bumi dan Semua Planet Lain Beredar Mengelilingi Matahari”

    KEBENARAN SEBENAR YANG HAKIKI

    Yang Sebenarnya Begini:

    "MATAHARI, SELURUH PLANET, SELURUH BINTANG BEREDAR MENGELILINGI BUMI YANG PEGUN. BUMI TIDAK BERPUTAR DAN TIDAK JUGA BEREDAR."

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomona ataishi naido9 December 2016 at 20:36

      "..merry go round"..pasti lebih teruk kesannya dr yahoodie mabook..kih3..

      Delete
  15. Sambungan..

    RAHSIA TAWAF DI BAITULLAH

    Di sinilah letaknya Kunci Rahsia Alam Semesta.

    Kita gunakan sedikit imaginasi.

    Sekarang kita bayangkan diri kita sebagai Matahari. Kita bayangkan Kaabah sebagai Bumi yang pegun tidak bergerak. Kita bayangkan juga bangunan Masjidil Haram di sekeliling sebagai Bintang-bintang yang jauh berkedudukan amat jauh dari Bumi dan Matahari. Bayangkan di situ terdapat ramai manusia sedang bertawaf, andaikan mereka sebagai Planet-planet lain yang turut beredar mengelilingi Kaabah. Kedudukan Hajarul Aswad terletak di penjuru Timur Kaabah. Garisan lurus mulanya Tawaf menandakan tempat Matahari mula memberikan cahayanya (dari arah Timur bumi).

    Bayangkan diri kita sebagai Matahari, mulakan memberi cahaya kepada Kaabah (Bumi) sebaik sahaja tiba di Garisan Hajarul Aswad. Tawaf satu pusingan dan berhenti pada Garisan yang sama. Di manakah Timur berhenti? Di manakah Matahari terbit dan di manakah Matahari terbenam. Ulang tawaflah cukup 7 kali supaya mendapat "feel"! Selamat mencuba.

    Apa Perasaan Yang Kita Alami:

    Kita rasakan Kaabah turut berputar mengikut Arah Jam (clockwise) sedangkan ia pegun tidak bergerak langsung. Namun Kaabah (di Bumi) masih mendapat sinaran cahaya Matahari dengan urutan terbit-terbenam-terbit.

    Masalahnya jika Matahari beredar mengelilingi Bumi (yang pegun) seperti kita tawaf melawan Arah Jam (anti-clockwise), Matahari akan kelihatan terbit dari arah Barat iaitu petanda berlaku Kiamat. Penjelasannya:-

    'Clockwise' atau 'anti-clockwise' hanyalah imaginasi pandangan pada sudut sesatah ('plane angle'). Cuba kita pandang jarum penunjuk saat pada jam di dinding rumah kita. Ia kelihatan bergerak 'clockwise' apabila kedudukan mata kita bertentangan. Sekarang kita bayangkan kedudukan mata kita berada di belakang jam yakni dibelakang satah. Mudah sekali jika kita ambil jam tersebut, melekapkannya di dada. Kita akan nampak jarumnya bergerak 'anti-clockwise'. Begitu juga jika kita lihat sebiji bola yang berputar 'clockwise' di atas meja kaca. Cuba kita lihat pergerakan bola tersebut dari bawah meja kaca. Sudah tentu bola tersebut kelihatan berputar 'anti-cockwise'.

    Begitu juga dengan peredaran Matahari mengelilingi sfera bumi. Pandangan dari atas satah dan dari bawah satah memberikan arah peredaran Matahari yang berbeza. Juga kedudukan Kutub Utara dan Kutub Selatan. KutubUtara menjadi Kutub Selatan jika kita melihat dari bawah satah.

    Begitu juga Pandangan ALLAH SWT. Dengan cara pandangan-NYA sahaja, 'clockwise' boleh menjadi 'anti-clockwise', Timur boleh menjadi Barat dan Matahari boleh terbit dari Barat (Kiamat). Begitulah kekuasaan ALLAH, Tuhan Sekalian Alam Yang Maha Mengatur sistem Galaksi-NYA.

    ReplyDelete
  16. Sambungan..

    Hadith Berkenaan Peredaran Matahari

    Dari Abu Zar (R.A.) katanya, Nabi (S.A.W.) bersabda kepada saya waktu Matahari terbenam: "Tahukah engkau ke mana ia pergi?". Kata saya: "ALLAH dan Rasul-NYA yang lebih tahu!".

    Beliau bersabda: "Matahari itu pergi sehingga ia di bawah 'Arsy, lalu ia minta izin dan diberi izin. Dan hampir ia sujud, maka tiada diterima dan ia minta izin dan tiada diizinkan". Dikatakan kepadanya: "Kembalilah ke tempat dari mana engkau datang!". Lalu ia terbit lagi sesudah terbenam. Maka itulah ertinya firman Tuhan (QS.Yasin 36:38): "Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui"."(HR Bukhary)

    Penerangan Hadis:

    Matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Matahari beredar sehinggga ia diberi izin melalui di bawah Arsy (singgahsana ALLAH). Apa akan berlaku jika Matahari dibenarkan sujud? Jawabnya, tempo hitungan pergerakannya di atas orbit akan terhenti. Kesannya Matahari tidakkan terbit. Hilanglah cahaya di mukabumi.

    Sekian. ALLAH LEBIH MENGETAHUI!

    ReplyDelete
  17. masih belum cukup meyakinkan... teruskan beri hujah kerana kita tahu alquran itu amat hebat perumpamaannya.

    ReplyDelete
  18. Uikss..ELDER & HEADMASTER bley ckp bahasa melayu ke?

    ReplyDelete
  19. 🔐🔐 researcher , informer atau shriner pon boleh cakaap bahasa asing bhaii 🔓🔓

    UT bila nk keluar artikel baru..

    P/O : sekadar memberi pendapat dn pertanyaan ye..zmn skrg manusia x pikir sgt nk wang uang kertas berkepok dah sbb digasak oleh dunia DIGITal..kebanykannye semua pakai microchip RFID utk guna paywave atau ccard dcard.apekah akan ada satu zaman dimana wang kertas tiada nilai utk tempoh2 yg mendatang??apekah para consulat peka psl RFID yg diwar2kan oleh barat tu jadi kenyataan??atau mungkin EMAS dn perak akan kembali menjadi sumber penting utk NILAI yg tinggi?

    ReplyDelete
  20. harap maaf, kami tidak dapat memasukkan artikel-artikel baru kerana blog sudah tidak boleh di akses. sekiranya mendapat kebenaran untuk membuka link yang baru, kami akan maklumkan kemudian.

    harap maklum.

    ReplyDelete
  21. mencuri seluruh galaksi ...adakah bermaksud "mencuri seluruh negara - kepimpinan, kuasa, kedaulatan dan segalanya" seperti apa yang sedang berlaku di negara ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lbh kurang maksudnya menipu manusia dengan ilmu2 yg direka sehingga manusia mempercayai ilmu2 yg cipta dan meninggalkan ilmu yg sebenar dari Quran dan Hadis....

      Delete
    2. Research...the earth is flat

      Delete
  22. Assalamualaikum/salam sejahtera buat warga UT.

    Saya harap saya masih ada peluang untuk membaca perkongsian daripada UT pada masa akan datang.


    ReplyDelete
  23. Assalamamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Warga Umat Terakhir, apakah tiada tulisan terbaru? Dikala situasi semakin senak, sesak dan keliru, pandangan dari perspektif warga Umat Terakhir mungkin dapat memberikan idea dan perspektif berbeza kepada kami pembaca sekalian.

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum jiggers

    di sini kami tinggalkan sedikit puzzle pieces untuk kamu semua, "akta berita palsu" : rujuk monopoly propaganda, selective news. "1MDB" rujuk : skim wang perang, money laundering

    teruskan berfikir

    ReplyDelete
  25. Salam para ADMIN UT, mohon buat post berkenaan situasi politik semasa. Nampaknya seperti sang puyuh sudah hampir menjadi helang.

    ReplyDelete
  26. Salam Ramadan alMubarak kepada semua. Kepala Halian seperti sudah terjerat sekarang ini. Adakah yang terjerat ini adalah punca segala2nya atau ada lagi 'shadow enemy' yang sengaja menjatuhkan 'yang terjerat' ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepala halian tu apa? maaf, saya kurang faham istilah ni.

      Delete
  27. usah bimbang. kami masih wujud

    follow on twitter @The_STALKER_UT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba cari akaun twitter ni. Tak jumpa.

      Delete
  28. saya pun sama.

    Ke mana team Umat Akhir menghilang?

    ReplyDelete
  29. Stalker dah lama kembali. carilah di twitter. karekter yang jauh berbeza

    ReplyDelete
  30. Twitter @The_STALKER_UT

    ReplyDelete
  31. Umat terakhir sudah terlalu lama menyepi

    ReplyDelete
  32. Mana ada Twitter nama tu

    ReplyDelete
  33. Admin..teruskan berkarya..jgn biar blog ni sepi..benar blogspot dh tk mcm dulu..tapi minta admin terus menulis..rasanya byk isu2 panas melanda krajaan sekarang..

    ReplyDelete
  34. Asamualaikum admin blog.. tolong aktif semula.. terlalu banyak isu yang perlu dibincangkan..

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.