20 Apr 2013

Nota Panel: Untuk kali ini, buatlah kerana Allah


Anda mahu bersama golongan 'Ini kali lah' atau bersama golongan 'untuk kali ini, buatlah kerana Allah'



MENGETAHUI terlalu banyak rahsia bukanlah satu perkara yang menyeronokkan, ia langsung tidak menjadi satu kelebihan yang membanggakan. Sebaliknya, mengetahui terlalu banyak rahsia membuatkan kita berasa sangat terbeban.

Lebih sangat terbeban pula ialah apabila rahsia itu kalau didedahkan, ia tidak akan dipercayai oleh orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir mengenainya. Kalau didedahkan juga, kita akan ditohmah dan dikeji, dikatakan mencipta fitnah.

Tetapi kalau terus disimpan, ia menjadi sangat membebankan. Berasa sangat berdosa kalau ia tidak didedahkan bagi menyelamatkan ummah. Kalau tidak didedahkan, ramai di kalangan umat akan berterusan menjadi mangsa yang diperkudakan dan sebilangan lagi menjadi mangsa yang dipersalahkan. Tetapi kalau didedahkan, satu golongan akan difitnah kerana dikatakan mahu menganiaya.

Umat Terakhir adalah pemegang rahsia, kita merasa sangat terbeban apabila melihat sesama umat bercakaran hanya kerana sikap prejudis dan dendam kesumat terhadap saudara seagama yang tidak sealiran ideologi politik di antara mereka. Kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Selama lima tahun ini, kita (Umat Terakhir) seperti menahan diri daripada menelan atau meluah; ditelan mati bapa, diluah mati emak.

Apabila kita memerhati setiap yang berlaku di media sosial, kita melihat kedua-dua pihak saling bercakaran dengan perkataan-perkataan yang tidak melambangkan kesopanan. Satu pihak terlalu agresif dan kurang ajar dalam menyusun kata, malah tersangat kurang ajar dalam bertingkah laku di khalayak. Mungkin, itulah yang diajar pemimpin-pemimpin mereka supaya tidak segan silu untuk bersikap kurang ajar.

Satu pihak lagi sering dituduh menyebar perkara lucah setiap kali kelucahan tersebar di media sosial. Kita tahu apa sebenarnya yang berlaku, tetapi terlalu berat untuk kita menyusun kata yang sangat tersusun untuk menjadikan anda semua yang kami kasihi ini menjadi orang yang faham.

Kita tidak pernah berterus-terang dalam menyampaikan perkara dan memohon maaf kepada anda semua kerana tidak dapat berterus-terang selama ini. Kita hanya sekadar memberi panduan-panduan berfikir supaya anda semua dapat berfikir dengan tenang tanpa dipengaruhi sentimen kebencian yang menebal di dalam jiwa.

Kali ini, izinkan kami melakukan perkara yang dibenci oleh sebilangan daripada kamu semua, ianya menceritakan sebahagian daripada kebenaran, hanya sebahagian. Kenapa kami meminta izin? Ia kerana sebilangan daripada kamu sangat benci kepada kebenaran apabila kebenaran itu tidak memihak kepada mereka. Sebahagian kebenaran lagi pula wajarlah kamu mendapatkannya sendiri.

Kita sudah terlalu letih menyimpan rahsia.

-STALKER-

--

Konspirasi digerakkan melalui pelbagai cara, cara yang paling memberi hasil ialah melalui jalan politik. Politik pula mempunyai banyak jalan, dan jalan yang paling berhasil untuk menggerakkan konspirasi ialah melalui jalan demokrasi yang diwarnakan dengan liberalism.

Jadi, mahu atau tidak mahu, kita wajar melihat konspirasi dari sisi itu juga, sisi politik. Apabila kita melihat konspirasi dari sisi politik, ia tidak bermakna kita akan bermain dengan kaca mata  politik keanak-anakan. Ia pula kerana politik yang ganas itu bukan sekali-kali dimainkan oleh anak-anak kecil.

Menjadi mangsa ialah pengikut-pengikut yang berfikiran seperti anak-anak kecil.

(Mungkin) Tidak terlalu hiperbolik jika dikatakan politik itu adalah permainan yang dimainkan oleh binatang-binatang.

Manusia tidak akan dapat bertahan di dalam kandang politik. Tetapi pemain-pemain politik pula tidak ada masalah untuk terus kekal dalam kandang politik meskipun bergelumang dengan najis sendiri selama di dalam kandang, sebagaimana binatang.

Perumpamaan ini hanya sesuai untuk haiwan-haiwan politik yang tidak pernah berusaha untuk memanusiakan politik dan tidak pernah berusaha mengajak pengikut-pengikut mereka menggunakan akal untuk berfikir di permulaan cerita.

Malangnya, haiwan-haiwan politik ini kerap menjadikan akal pengikut mereka tersesat sehingga terlupa cerita asal yang bermula di permulaan cerita.

-DRIFTER-

--

Pengikut-pengikut politik tidak mengetahui banyak perkara, mereka sering kali ditipu. Mereka hanya diberitahu mengenai perkara-perkara yang terpilih; iaitu hanya perkara-perkara yang pemimpin mereka mahu diketahui oleh pengikut mereka. Jika sesuatu perkara itu pemimpin mereka mahu rahsiakan, maka ia tidak akan diberitahu kepada pengikut. (rujuk artikel: Monopoli Propaganda).

Pemimpin mereka memonopoli semua maklumat (kebenaran) dan hanya memberitahu mengenai perkara-perkara yang terpilih sahaja. Dalam masa yang sama, pemimpin mereka melarang pengikut daripada mendapatkan maklumat daripada lain-lain sumber yang mampu menerangkan kebenaran.

Sumber-sumber lain dikatakan menyebarkan fitnah terhadap mereka; sedangkan jika seseorang (pengikut) itu bijak memproses maklumat, dia pasti akan menyelidik dan berfikir mengenai maklumat-maklumat yang berlonggokan di persekitaran maklumat.

Orang yang pandai ialah orang yang mempunyai banyak maklumat pelbagai dan sentiasa berfikir berdasarkan maklumat-maklumat perlbagai yang ada.

Manakala orang yang bodoh pula ialah orang yang hanya mengharapkan satu sumber maklumat (dari sebelah pihak) sahaja dan tidak pula berusaha mendapatkan lebih banyak maklumat.

Beza dua jenis ini (orang pandai dan orang bodoh) ialah maklumat. Maklumat ialah salah satu punca pengetahuan. Pengetahuan pula ialah ilmu. Maka pasti ada beza antara orang ada yang banyak maklumat pelbagai dengan orang yang ada satu maklumat dari sebelah pihak semata-mata.

Lebih parah, maklumat daripada sebelah pihak itu pula adalah dari jenis maklumat terpilih.

-SONG BIRD-

--

Menjadi masalah kepada pengikut politik sehingga gagal membezakan antara yang betul dengan salah ialah tidak berusaha untuk berfikir setiap kali diterjah oleh maklumat-maklumat yang kontra. Sesetengahnya ada yang cuba menyelidik maklumat itu, namun tetap gagal kerana tidak menyelidik dengan pendekatan yang sesuai dan intelek.

Akibatnya, mereka membuat kesimpulan secara melompat (jump to conclusion) tanpa kewajaran yang sewajarnya. Mereka membuat lompatan kesimpulan secara melulu mengikut persepsi dan sentimen kebencian yang terbuku keras dalam jiwa mereka.

Mereka gagal berfikir menggunakan daya akal yang diberi percuma kepada mereka, namun mereka membayar kos yang tinggi untuk menelan segala kepalsuan yang akhirnya merosakkan jiwa mereka sendiri.

Masalah ini bukan masalah mereka secara eksklusif, ia adalah masalah kita semua. Menjadi masalah kepada kamu semua kerana dihujani dengan terlalu banyak maklumat sehingga tidak lagi diketahui mana yang benar dan mana yang palsu.

-SECTOR 7-

--

Bagaimana kita mahu memulakan penjelasan ini. Sulit untuk kita memulakannya. Sulit apabila ketaksuban berterusan membelenggu akal dan jiwa mereka daripada cuba melihat dan berfikir mengenai kebenaran.

Sejak lima tahun lalu, kita mengekori pemimpin-pemimpin mereka dan menyiasat kelakuan mereka setelah kita ada keraguan terhadap mereka. Dalam masa sama, kita ‘steal’ orang-orang dalam organisasi mereka supaya kita mudah mendapat maklumat sulit daripada orang-orang mereka (menggunakan orang dalam organisasi mereka untuk mengetahui rahsia-rahsia pemimpin mereka yang tertentu) .

Kita tahu banyak rahsia mereka. Kita failkan rahsia mereka dalam fail-fail profil. Fail-fail itu pula kita simpan dan tidak pernah didedahkan.

Mereka (setiap organisasi) mengadakan gabungan antara tiga ideologi berbeza. Setiap ketua dalam organisasi mempunyai cita-cita tersendiri. Mereka baru senyap-senyap belajar con-art daripada pertubuhan-pertubuhan bebas (NGO) yang dibawa masuk daripada luar negara dan kemudian melakukan con-jobs dalam beberapa peristiwa.

Perbuatan mereka melakukan con-jobs membuat kita tersentak, they are now doing the same thing like we have been doing since long ago before they started to do it. Yes we are conmen, but we are free men. They learned how to be con-artists but they are the man’s men. Indeed, we are much better experienced and skillful to defeat their jobs.

Kita tidak akan con mereka semua kerana telah ditetapkan peraturan you can’t con a conman.

Kita hanya akan ‘menangkap’ maklumat dan menyerahkan mereka kepada kamu semua.  Ia tidak ada dalam peraturan.

Kita tahu, ramai sudah tahu mengenai video-video skandal pemimpin-pemimpin tertentu yang telah tersebar. Bukan kita yang melakukan itu semua, jangan terlalu cepat menuduh. Kita tiada masa untuk itu semua, kita tidak boleh con mereka semua, tidak boleh, itu peraturan yang perlu kita patuh. Oleh itu, bukan kita yang melakukan itu semua.

Kalau kita mahu membongkar skandal mana-mana pemimpin, maka sudah lama kita buat demikian dengan segala pendekatan forensik teknologi yang kita gunakan sehingga tidak mampu lagi dinafikan oleh mana-mana pengikut tegar dari kalangan mereka, kita boleh sahaja melakukan pembuktian sehingga semua pengikut mereka terdiam kaku.

Tetapi itu bukan cara kita untuk membongkar pekung ahli-ahli politik, kita bukan menulis untuk politik. Kita menulis untuk mengajak kamu semua berfikir untuk melihat tipu daya dunia. Kita tidak menulis untuk membuahkan kebencian sesama umat. Tetapi juga, menyimpan rahsia adalah satu tugas yang sangat membebankan.

Kita tahu satu perkara yang tidak ramai daripada kamu semua tahu. Sekali lagi kita meminta izin untuk melukakan hati sebilangan daripada kamu semua.

Kerjasama tiga ideologi itu disulami dengan agenda memerangkap sesama sendiri untuk mengangkat ketua sendiri. Jika tidak yakin dengan apa yang akan kita beritahu ini, maka beramai-ramailah kamu dan tanyalah kepada pemimpin-pemimpin kamu semua ketika mana mereka mengadakan cerama-ceramah politik bermula Sabtu ini.

Baru-baru ini, pengikut politik dikejutkan dengan skandal seorang pemimpin sebuah parti politik yang mana perbuatannya dirakam dalam bentuk video berdefinisi tinggi (HD). Daripada maklumat yang kita dapat sejak lima tahun lalu, pemimpin itu tidak disenangi oleh segolongan manusia dalam organisasinya sendiri.

Golongan yang tidak senang hati itu (orang mereka sendiri) kemudian mula berbuat baik dan menjerumuskan pemimpin itu kepada kegiatan yang tidak elok. Kita tidak berbuat apa-apa kerana mereka sedang menggerakkan buah catur mereka, kita hanya membiarkan mereka.

Kita tidak kata mereka ada lain-lain video pemimpin itu selain daripada yang telah didedahkan oleh pengendali media sosial, tetapi mungkin juga ada video lain kerana perangkap sudah dipasang. Itu sekadar maklumat yang kamu perlu tahu.

Kita hanya memberitahu sedikit penjelasan mengenai perkara-perkara yang kamu semua sudah tahu. Bagi perkara-perkara yang kamu tidak tahu, maka lebih baik ia tidak diberitahu langsung. Ia juga kerana kita tidak mahu keadaan berubah bertambah sulit.

Di sebalik konspirasi yang merencanakan rakaman video itu, kumpulan hijackers atau role-player yang berada dalam organisasi itu (orang mereka sendiri) kemudian bertemu dengan musuh politik mereka (mereka tidak berkawan, tetapi masih bermusuh) dan menyerahkan video kepada musuh politik mereka.

Ia dengan harapan musuh politik mereka itu dapat mendedahkan video itu kepada umum, ia juga bagi menambah persepsi prasangka di kalangan pengikut mereka bahawa musuh politik mereka itu mengamalkan kempen lucah jika pendedahan itu dilakukan kerana imej buruk sedemikian telah lama mereka palitkan kepada musuh politik mereka.

Walaupun video itu diserahkan kepada musuh politik mereka sejak tahun lalu (video itu sudah lama, bukan kejadian baru), tetapi musuh politik mereka hanya bertindak menyimpan dan tidak pernah mendedahkan. Ia tidak pernah didedahkan musuh politik mereka walaupun telah diberikan cakera video oleh role-players dalam organisasi yang memerangkap pemimpin itu.

Harapan mereka untuk melihat musuh politik mereka itu mendedahkan video berkenaan menjadi hancur kerana musuh politik mereka tidak melakukan perkara yang tidak seperti mereka harapkan sejak setahun lalu.

Jika musuh politik mereka melakukan pendedahan itu, maka mereka boleh berterusan menuduh musuh politik mereka itu mengamalkan kempen lucah, tetapi ia tidak berlaku. Ini adalah berdasarkan maklumat yang kita terima daripada role-players di pihak Umat Terakhir.

Akibatnya mereka tidak sabar untuk melihat video itu didedahkan, akibat tidak sabar, beberapa pengikut mereka ditugaskan mengedar video itu dalam bentuk cakera padat di Terengganu sejak beberapa malam dan pengedar-pengedar itu akhirnya ditangkap polis semasa melakukan kesalahan itu (caught in action) pada malam berikutnya. Kata bahasa pasarnya, kantoi di situ.

Sebaik sahaja video itu diedarkan pengikut mereka di Terengganu, maka bermulalah media sosial menyebarkannya di internet selepas orang awam yang mendapat cakera video itu dalam peti surat rumah mereka itu menyerahkan ia kepada pengendali laman sosial, ia sewajarnya diserahkan kepada pihak berkuasa, kita juga tidak menyokong tindakan itu (menyerahkan kepada bukan pihak berkuasa).

Bagaimana kita tahu ini semua, ia kerana kita juga ada role-players dalam semua organisasi politik. Kita tahu semua yang mereka lakukan. Kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Kita adalah con-artists yang tidak mengganggu setiap apa yang mereka kerjakan, kita hanya memerhati buah-buah catur yang mereka gerakkan sebelum kita pula melakukan gerakan apabila tiba giliran kita.

Sejak video itu didedahkan dalam media sosial, mereka meneruskan plan dengan menuduh ia dilakukan oleh musuh politik mereka. Ia kerana mereka sendiri ada menyerahkan video itu kepada musuh politik mereka sebelum ini. Video sudah diserahkan oleh orang-orang mereka sendiri (role-players), dan hanya meneruskan plan dengan melemparkan tuduhan. Ia adalah frame-job paling dungu yang pernah kita temui.

Sebenarnya, ada banyak video yang mereka serahkan melibatkan ramai pemimpin di kalangan mereka sendiri. Tetapi itu semua tidak didedahkan oleh musuh politik mereka. Akibat tidak didedahkan sebagaimana yang mereka harapkan, maka mereka mendedahkan ia sendiri.

Seorang berjawatan dalam sebuah parti politik di pihak mereka telah terlebih dahulu mengatakan ada video lucah melibatkan anak seorang pemimpin (yang mana anak pemimpin itu juga adalah seorang pemimpin) akan didedahkan oleh musuh politik mereka, belum apa-apa lagi mereka sendiri sudah kata ada video itu sedangkan musuh politik mereka tidak pernah berkata apa-apa mengenai perkara itu.

Jika anda semua adalah orang berakal waras, maka sudah tentu anda mampu melihat keanehan yang terdapat di sebalik kata-kata seorang pemimpin berjawatan dalam sebuah parti politik di pihak mereka berhubung dakwaannya mengatakan akan kewujudan video yang dimaksudkan itu.

Ia kerana mereka tidak sabar untuk meledakkan isu itu kerana mereka sendiri yang mengawal isu itu. Ia juga kerana mereka tidak sabar setelah musuh politik mereka tidak pernah mengeluarkan desas-desus untuk mendedahkan video itu. Akhirnya, mereka mengambil selangkah ke hadapan untuk membangkitkan isu itu bilamana musuh politik mereka langsung tidak berbuat apa-apa terhadap video yang sudah lama diserahkan itu.

Lama sebelum isu video anak pemimpin itu berputar sejak akhir ini, perkara ini sebenarnya sudah lama iaitu sejak lebih lima tahun yang lalu. Melalui maklumat yang diterima daripada role-players kita yang berada dalam organisasi mereka, seseorang berjawatan dalam organisasi itu juga pernah menemui musuh politik mereka untuk ‘menjual’ video tersebut dengan harga $8,000 bagi menjatuhkan anak pemimpin itu dalam organisasi itu.

Melalui maklumat yang sama, diketahui bahawa pelawaan (kepada musuh politik mereka) itu ditolak disebabkan beberapa faktor. Pertama, video itu berkualiti rendah. Kedua, musuh politik mereka memang tidak berminat dengan bahan-bahan seperti itu. Ketiga, mereka tidak mahu menggunakan video-video itu kerana mereka tahu pengikut-pengikut taksub tidak akan percaya, jika digunakan juga, ia hanya sia-sia.

Maka, atas sebab itu muncul keanehan apabila seorang pemimpin organisasi mereka sendiri tiba-tiba tampil mengatakan musuh politik mereka ada memiliki video anak pemimpin mereka sedangkan musuh politik mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang desas-desus mengenainya, ia adalah satu keanehan.

Ia menandakan ‘bom’ yang berbentuk video itu mereka sendiri yang mahu dedahkan dan pada masa sama cuba melakukan frame-job terhadap musuh politik mereka. Ada keanehan di situ, jika kamu memerhatikan keanehan itu, jawapan bagi keanehan itu akan terpacul sendiri ke dalam benak akal kamu.

Mereka mahu menyingkirkan orang-orang yang mereka tidak suka dalam organisasi mereka dengan mempergunakan musuh politik mereka dengan harapan musuh politik mereka itu menggunakan senjata yang telah mereka beri sendiri kepada musuh-musuh mereka. Malangnya, musuh politik mereka tidak sesekali mengikut rentak tarian mereka.

Mereka mahu mencantas semuanya, mereka mahu mencantas orang-orang yang berpengaruh dalam organisasi mereka supaya mereka boleh mengambil alih, mereka juga mahu mencantas musuh politik mereka supaya orang awam berasa benci terhadap musuh-musuh mereka.

Begitu juga dengan banyak kes video yang lain termasuk di dalam tandas dan sebagainya. Mereka merancang semuanya (yang keji-keji) untuk mencantas sesiapa sahaja sesama mereka yang mereka tidak suka dalam organisasi mereka dan kemudian menyalahkan musuh politik mereka untuk menjadikan sebilangan kamu berterusan mempercayai ‘ke-mailakat-an’ mereka. Kita tahu semua ini sejak sekian lama kerana kita juga ada role-players dalam organisasi mereka.

Kalau anda tidak percaya, maka itu hak anda tetapi jangan pula buat-buat lupa untuk bertanya kepada pemimpin-pemimpin anda mengenai perkara-perkara aneh yang mereka lakukan sebagaimana yang kita sebutkan di atas tadi. Setiap keanehan memerlukan jawapan, maka menjadi tugas anda semua untuk mendapatkan jawapan jika anda adalah orang-orang yang memihak kepada kebenaran melebihi memihak kepada pihak-pihak yang anda suka.

Kebenaran itu tidak pernah memilih sesiapa yang disukainya, tetapi jika kamu semua menyukai kebenaran maka kamu harus berusaha memihak kepada kebenaran meskipun kenyataan-kenyataan terselindung yang timbul daripada jawapan-jawapan yang meragukan itu sangat anda tidak sukai, maka ada kebenaran yang disembunyikan di sebaliknya, kebenaran itu tidak pernah selalu datang dalam bentuk manisan. Kamu harus memahami kepalsuan (dalam jawapan yang diterima) sebelum mengenal kebenaran (yang cuba diselindungkan di sebalik jawapan palsu).

Hakikatnya, mereka tahu akan berlaku perpecahan dalam organisasi mereka disebabkan mereka masing-masing tahu akan taktik jahat termasuk taktik video itu. Sekarang ini, kalau kamu sedar mengenai apa yang berlaku di luar sana (lihatlah apa yang sedang berlaku di luar sana, jangan hanya menilai politik dengan hanya membaca perkhabaran di internet), kamu akan melihat bahawa berlaku perpecahan di peringkat akar umbi dalam organisasi mereka.

Masalah berebut kawasan dan berebut mahu jadi calon tercetus disebabkan timbul perasaan tidak percaya kepada sesama mereka. Mereka mahu kumpulan mereka menjadi dominan dalam organisasi mereka dengan menyingkirkan sekumpulan lagi satu. Apabila tercalon, mereka akan mempunyai kuasa membuat keputusan dalam organisasi selepas diberi jawatan (peluang merebut jawatan dalaman organisasi), kuasa itu pula akan menyingkirkan orang-orang yang tidak mereka sukai dalam organisasi mereka sendiri.

Mereka juga sedar akan berlaku kejadian lompat ke organisasi musuh politik mereka sekiranya mereka menang tipis akibat kekalahan. Mengapa kita kata mereka berisiko menang tipis? Ramai dalam kalangan mereka yang tidak tercalon oleh organisasi memilih untuk mencalonkan diri sendiri dan menjadi calon bebas. Ia membuka kepada risiko pecah undi kerana undi dalam kalangan pengundi mereka telah terpecah, manakala undi daripada pengundi musuh politik mereka tidak terpecah kerana semua undi itu masuk kepada calon musuh mereka.

Jadi, mereka tahu mereka akan berdepan dengan risiko perit akibat masalah yang ada dalam organisasi mereka. Namun, masalah ini tidak dipertonton kepada pengikut bawahan mereka dan sebaiknya berterusan meyakinkan pengikut mereka bahawa kemenangan akan menjadi milik mereka. Malah mereka kata pula, kalau mereka kalah itu adalah disebabkan proses pengundian yang tidak bersih dan tidak telus. Kalau mereka kalah sekalipun, pengikut mereka akan memberontak mengatakan mereka kalah disebabkan ada penipuan dalam proses pengundian.

Semuanya (stage/pentas) telah siap terpasang sejak sekian lama. Walau apa pun yang berlaku, mereka akan tetap melakukan manipulasi terhadap kejadian-kejadian yang dijangka berlaku (expected scenes).

Namun, bagi mengelak kejadian lompat ke dalam organisasi musuh, mereka telah membuat perjanjian iaitu sesiapa yang melompat keluar (dikatakan) perlu membayar $3 juta kepada organisasi mereka. Kalau kamu sekali lagi tidak yakin dengan maklumat kita ini, maka kamu tidak perlu memaki hamun terhadap kita, sebaliknya bertanyalah kepada pemimpin-pemimpin kamu mengenai perkara ini semasa mereka mengadakan ceramah nanti.

Apabila ada yang mahu juga melompat keluar, mereka perlu membayar. Kalau tiada wang untuk membayar, maka mereka perlu meminta wang daripada organisasi yang mereka mahu masuk, jika organisasi yang mahu dimasuki itu memberikan wang, maka mereka akan kata orang yang melompat keluar itu telah ‘dibeli’ dan dibayar supaya berbuat demikian. Walhal, mereka menetapkan bayaran kalau mahu lompat keluar. Bolehkah anda melihat permainan ini?

Itu adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang mereka tidak mahu kamu tahu. Kamu hanya diberitahu mengenai yang sedap didengar dan diberitahu mengenai kemenangan yang bakal menanti, dan diberitahu mengenai apa sebenarnya yang konon berlaku sekiranya mengalami kekalahan dan diberitahu mengenai apa yang perlu dilakukan jika kalah.
--

Kita tidak pernah menulis sebegini dalam Umat Terakhir. Kamu yang selalu membaca di sini juga pasti tahu bahawa kita tidak pernah menulis seperti ini, tetapi ini adalah perkara-perkara yang perlu anda tahu dan ia hanya sekadar yang anda wajar tahu sahaja, selebihnya anda tidak perlu tahu dan biarlah kita di sini yang menanggung beban menanggung rahsia.

New World Order (NWO) sedang menunggu di hadapan pintu rumah kamu semua. Kamu semua tidak akan mampu menghalang gelombang kedua NWO itu daripada menerjah rumah kamu. Namun, menjadi cepat atau lambat ia menerjah adalah terletak di tangan kamu.

Sebelum ini (dalam dua edisi sebelum ini bermula edisi pertama pada tahun 2006), kita hanya bercerita mengenai konspirasi di peringkat global dan telah kita senaraikan keterangan-keterangan dan pembuktian-pembuktian yang bersangkut paut dengan konspirasi yang digerakkan konspirator di serata dunia. Semua itu didedahkan secara beriringan dengan artikel-artikel pembuka minda dalam siri Mind Game, ia supaya kamu semua dapat pengetahuan yang secukupnya untuk berfikir setelah diberitahu cara-cara mengenal taktik jahat konspirator untuk menguasai minda kamu daripada berfikir dengan sewajarnya. Kamu semua telah diberi panduan.

Kita telah membuka pekung Adolf Hitler, kita juga telah membuka pekung George Bush, kita telah beritahu siapa yang mengilhamkan komunism dan atas tujuan apa ia dicipta, kita telah terangkan apa kaitan liberalism sehingga membawa kepada sekularism kepada kehidupan manusia sebelum kamu semua dipaksa menjejak ke NWO, kita telah terangkan apa maksud jahat di sebalik setiap slogan kemanusiaan yang dicipta di dunia ini, kita telah beritahu banyak perkara yang anda berasa tidak jelas mengenainya selama ini. Kamu juga dapat menerima semua penjelasan itu dengan akal yang waras.

Tetapi untuk kali ini, kita tahu ia amat pedih untuk ditelan oleh sebilangan daripada kamu. Kita juga tahu ada yang masih tidak mahu berfikir dengan sewajarnya meskipun telah banyak panduan diberikan selama ini.

Jika kamu amat malas untuk berfikir, maka memadai jika kamu memikirkan pendirian pakatan tiga ideologi politik berhubung isu kalimah suci Allah. Isu kalimah Allah tidak wajar dipandang sebagai isu kecil di kaca mata umat Islam. Pakatan tiga ideologi itu pernah berkata bahawa misi untuk menawan Putrajaya adalah jauh lebih besar daripada isu kalimah Allah. Kata-kata beracun mereka itu membuatkan pengikut-pengikut mereka terlupa bahawa Putrajaya tidak lebih besar daripada Allah kerana Allah itu Maha Besar. Tiada yang lebih besar daripada-Nya.

Con-job yang dilakukan di persekitaran anda adalah untuk menjadikan anda lemah. Ia adalah seni untuk menjadikan bilangan yang nampak ramai itu menjadi sedikit. Memang benar, umat Islam itu ramai di Malaysia, tetapi mereka (umat Islam di Malaysia) ini sebenarnya amat sedikit.

Mengapa kita berkata umat Islam di Malaysia ini adalah sangat sedikit sedangkan jika dilihat secara bancian menunjukkan bilangan umat Islam itu adalah majoriti di negara ini? Bagaimana dikatakan umat Islam di Malaysia itu amat sedikit sedangkan mereka adalah majoriti?

Perpecahan dalam kalangan umat Islam itu menyebabkan bilangan mereka menjadi sedikit. Umat Islam terbahagi kepada kelompok-kelompok kecil yang tidak bersatu padu, saling bercakaran. Akibat berpecah, bilangan yang ramai akan menjadi sedikit dan akhirnya lemah. Faham?

Mengapa keadaan ini berlaku dan siapa yang melakukannya dan bagaimana mereka melakukannya?

Ia tercetus apabila umat Islam meletakkan perjuangan politik lebih tinggi daripada agama. Lebih parah, mereka mendendami dan memusuhi saudara seagama yang tidak sehaluan dengan perjuangan politik mereka. Permusuhan itu membuka peluang untuk pihak yang dengki terhadap umat Islam. Musuh tidak akan mara ke hadapan jika tiada peluang untuk berbuat demikian.

Kita tidak mengatakan mereka itu con-artist, tetapi cara mereka bekerja adalah seperti yang dilakukan oleh con-artist dengan menggunakan seni-seni pembohongan (con-art) yang halus dan terselindung daripada pandangan sebilangan orang Islam di negara ini. Maka, cara untuk menggagalkan mereka juga adalah menggunakan cara yang sama untuk menggagalkan con-job yang dilakukan oleh con-artist.

Jika 10 tahun lalu, aktiviti politik deseptif  tidak berlaku di Malaysia. Namun sejak kebelakangan ini (lima tahun terakhir ini), begitu banyak pihak dari luar seperti pertubuhan-pertubuhan bebas (NGO) mengadakan kerjasama dengan beberapa parti politik di Malaysia.

Beberapa siri ‘bengkel’ diadakan bagi mengajar strategi kepada parti-parti politik terlibat. Sejak bengkel-bengkel itu diadakan, baharu kita dapat melihat bahawa sudah wujud tipudaya-tipudaya halus yang semakin banyak dilakukan dan ia dilakukan sebagaimana con-jobs yang dibuat oleh con-artist. Mungkin ada con-artist yang mengajar mereka melakukan con-jobs.

Ia (kerja licik yang selicik con-artist) hanya terjadi selepas NGO-NGO dari luar negara mula masuk ke negara ini untuk mengadakan bengkel tertutup dengan parti-parti politik tempatan. Sejak itu juga, pentas-pentas (con-stage) mula dipersiap yang menampakkan seolah-olah sistem pengundian yang ada di negara ini tidak adil.

Ia bagi mencipta persepsi awal supaya pihak yang menyokong mereka beranggapan bahawa kekalahan mereka nanti (sekiranya kalah) adalah disebabkan oleh sistem yang tidak adil. Pentas quail drop dan replika con-job Arab Spring yang klasik dipersiapkan dengan sebaik-baiknya. Semua persiapan ini hanya terjadi selepas NGO-NGO luar negara masuk ke negara ini.

Pemikiran para penyokong pula dipujuk supaya menerima fahaman liberal yang menyokong atau sekadar tidak kisah dengan kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Lebih parah, dipujuk supaya membenarkan kalimah suci Allah digunapakai dalam Bible versi bahasa Melayu.

Ia membuatkan para penyokong (di peringkat kepimpinan) menjadi kelu untuk bertanya mengenai apa perlunya Bible versi Melayu sedangkan orang Melayu di negara ini adalah beragama Islam? Untuk siapa Bible versi Melayu itu? Orang Cina yang Nasrani sudah tentu membaca Bible dalam versi bahasa Cina atau Inggeris, mereka tidak baca dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan orang India yang beragama Nasrani, mereka juga pasti membaca Bible dalam bahasa Tamil atau Inggeris, mereka tidak akan membaca Bible dalam bahasa Melayu.

Jadi, untuk siapa Bible versi bahasa Melayu itu kalau bukan untuk mengelirukan orang Melayu yang Islam? Kita mungkin tidak akan keliru dalam mengenal Allah, tetapi bagaimana dengan anak-anak dan cucu-cicit kita nanti? Mereka (generasi keturunan kita) tidak akan terlepas daripada ujian keimanan sebagaimana yang kita diuji pada hari ini, tetapi adakah kita tahu berapa hebatkah ujian yang akan anak cucu cicit kita akan diuji nanti? Kalau kita tidak berusaha mempersiapkan persekitaran yang selamat untuk mereka mempertahankan akidah mereka bermula hari ini, maka kitalah yang akan dipersalahkan.

Jadi, untuk mempersiapkan persekitaran yang dapat menjamin mereka dalam mempertahankan akidah di masa hadapan, maka adakah perlu ada orang Islam yang bertindak membenarkan kalimah suci Allah digunapakai dalam Bible versi Melayu? Untuk siapa Bible versi bahasa Melayu itu kalau bukan untuk mengelirukan orang Melayu yang Islam.

Malangnya, ada pemimpin dalam kalangan pertubuhan Islam yang membenarkan kalimah suci Allah digunapakai dalam Bible versi Melayu. Selepas menerima tekanan hebat daripada sebilangan besar umat Islam, baharu mereka bermesyuarat dan tampil dengan keputusan untuk tidak membenarkan.

Seorang pemimpin pertubuhan itu kemudian memberikan kenyataan kepada media dan disiarkan di saluran berita di televisyen. Mungkin anda tidak menyedari perkara ini, kenyataan pemimpin itu menampakkan seolah-olah dia baharu sahaja faham dengan pengertian akidah triniti agama Nasrani dan menampakkan bahawa dia selama ini tidak pernah memahami pengertian triniti dan langsung tidak ada pengetahuan mengenai selok-belok akidah Nasrani, dia juga seperti baharu sahaja difahamkan mengenai perkara itu selepas bermesyuarat dengan ahli-ahli majlis tertinggi pertubuhan itu. Dia selama ini tidak mengenali musuhnya. Dia selama ini tidak mengenali akidah agama musuh sebagaimana yang disebut dalam al-Quran.

Mengapa kita berkata begitu? Kita di Umat Terakhir bekerja menemui dan berkomunikasi dengan beratus orang setiap minggu dan beribu orang setiap bulan sepanjang kami melakukan pekerjaan hakiki kami selama berpuluh tahun.

Kita di Umat Terakhir ini berurusan dengan begitu ramai orang yang berbeza dan kita amat mengenali bahasa badan yang dihasilkan seseorang semasa berkomunikasi melalui percakapan atau perbuatan. Melihat kepada raut wajah, kita sudah kenal isi hati orang-orang yang walaupun baru seminit bertemu. Kita juga tahu kalau seseorang itu menipu semasa berbicara.

Sampai begitu sekali betapa halusnya mereka mempengaruhi pemimpin-pemimpin Islam supaya mengikut kehendak hawa nafsu agama mereka. Begitu sekali persona yang dimainkan sehingga pemimpin-pemimpin Islam boleh terpedaya dalam isu kalimah Allah. Ia berjaya disebabkan racun pluralism sudah mula membaham kecekalan iman pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam.

Selepas pihak tertinggi parti itu menukar pendirian berhubung isu kalimah suci Allah, pengikut-pengikut yang selama ini mengulangi kata-kata pemimpin mereka yang membenarkan kalimah Allah disekutukan agama lain dan menuduh orang yang tidak bersetuju dengan pendirian sebelum ini, tiba-tiba terdiam.

Sebelum ini pengikut mereka mengeji menghina orang-orang lain yang tidak setuju kalimah Allah disekutukan dalam kitab agama lain, mereka menghina dan menuduh orang yang tidak bersetuju itu sebagai jahil ilmu agama, tidak pandai seperti mereka; tetapi apabila pemimpin dalam majlis syura mereka menukar pendirian, pengikut mereka terus terdiam dan tidak lagi berani mengulangi tuduhan yang sama. Jelas menunjukkan mereka itu lebih jahil daripada orang yang mereka tuduh sebagai jahil sebelum ini.

Pemimpin tertinggi parti mereka juga masih belum tampil dengan pendirian yang selari dengan majlis syura mereka. Ia ditambah lagi dengan blame-game yang dimainkan ketua besar mereka yang mengatakan keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan kitab agama lain itu adalah selepas pemimpin parti jenama Islam itu memebri kebenaran mengikut syarak. Ada tuduh menuduh sesama mereka pula selepas masing-masing tersepit dengan isu kalimah Allah.

Mereka terlupa, Allah Maha Besar. Allah akan membalas jika perintah mentauhidkan Dia diperkotak-katikkan. Kita percaya kepada Allah yang Maha Adil, pasti ada balasan pedih yang sedang menanti untuk mereka akibat membenarkan kalimah suci-Nya disekutukan oleh penganut agama sesat yang Dia cela dalam kitab-Nya.

Ini semua berlaku akibat mereka sudah termakan racun pluralism. Lebih parah, pluralism itu pula mereka mahu semai dalam akal pengikut mereka yang telah lama didungukan.

Kalau kamu benar-benar sayang kepada Allah, kamu pasti tidak akan bersama-sama dengan golongan yang membenarkan kalimah suci Allah disekutukan oleh kitab agama lain. Umat Islam yang sekecil-kecil iman tidak akan sesekali membenarkan kalimah suci Allah disekutukan dalam apa keadaan sekali pun. Allah memerintahkan supaya kita mentauhidkan Dia, dan memerintahkan supaya kita berdakwah untuk mengajarkan tauhid kepada seluruh manusia, maka apa persetannya ada manusia mengaku Islam mahu membenarkan kalimah suci Allah yang Wahdaniyah itu disekutukan dalam kitab agama lain? Bukankah ia bermakna telah melanggar perintah Dia? Di mana kedudukan kita kalau membenarkan semua itu berlaku?

Sehingga hari ini, mereka masih membisu berhubung isu kalimah suci Allah setelah menukar pendirian. Bagi mereka, isu itu telah selesai sebaik sahaja mereka menukar pendirian kepada tidak membenarkan. Isu itu belum selesai selagi rakan-rakan politik mereka masih berpegang kepada persetujuan yang pernah dipersetujui sebelum ini.

Walau apa pun sebilangan daripada kamu akan menghambur tohmah kepada kita di sini akibat kami menegur keterlanjuran parti kesayangan kamu dalam hal beragama, ia tetap tidak dapat menolak kenyataan bahawa Putrajaya itu tidak lebih besar daripada Allah yang Maha Besar. Jangan sesekali berlebih-lebihan dalam hal beragama sehingga meletakkan Allah di tempat yang lebih kecil daripada Putrajaya.

Kita yakin, ramai dalam kalangan kita tidak sanggup melihat kalimah Allah digunakan dalam kitab ajaran agama lain sehingga menyekutukan Allah. Jika kamu tidak mampu untuk berfikir mengenai ekonomi atau lain-lain isu dalam hal bernegara, cukuplah sekiranya kamu memikirkan soal kebesaran Allah dalam percaturan mereka dalam berpolitik.

Ingat, Allah Maha Besar.


Kaum Nabi Musa kerap meminta Musa memohon doa kepada Allah supaya diturunkan segala kebenaran, namun selepas kebenaran demi kebenaran diturunkan, mereka tetap menafikan dan mendustakan segala kebenaran. Mereka menafikan kebenaran, walhal merekalah yang meminta ditunjukkan kebenaran.
Kebenaran itu tidak datang bergolek, ia datang dalam bentuk yang kita perlu berfikir mengenainya. Ia kerana kebenaran itu hanya untuk orang-orang yang mahu berfikir.

Dalam politik negara ini, kebenaran demi kebenaran telah diturunkan sebagaimana yang mereka minta, kebenaran paling besar ialah isu kalimah suci Allah sehingga ia tidak dapat dijawab dengan cukup meyakinkan oleh orang-orang yang mengaku berjuang menggunakan nama Islam. Untuk kali ini, berilah pengajaran kepada mereka untuk mengingatkan mereka bahawa Allah Maha Besar.

Kita tidak menulis artikel ini atas dasar politik. Kita menulis ini adalah kerana mahu mengajak kamu semua mengakui bahawa Allah itu Maha Besar, dan mengajak kamu semua menyedari bahawa misi parti politik itu untuk ke Putrajaya adalah tidak lebih besar daripada Allah yang Maha Besar. Meletakkan Allah di tempat yang tidak lebih besar daripada Putrajaya adalah satu kepahitan yang tidak dapat kita terima.

Jika mereka benar-benar menjiwai takbir (Allahu-akbar) yang mereka laungkan, sudah tentu mereka tidak akan tergamak mengatakan misi menawan Putrajaya itu lebih besar daripada Allah.

Jika kamu tidak mahu melibatkan diri dalam proses demokrasi kali ini, tidak dapat tidak, kamu tidak boleh lari daripada menggunakan jalan ini untuk memberi pengajaran kepada mereka yang curang itu untuk mengingatkan mereka bahawa Allah itu Maha Besar.


Memboikot pilihan raya bukanlah satu langkah bijak, malah ia sangat merugikan. Apabila orang Islam yang ‘pro-kekhalifahan’ bertindak memboikot pilihan raya (secara tidak memahami dengan terperinci), ia sebenarnya membuka peluang kepada orang bukan Islam yang keluar mengundi untuk menentukan keputusan pilihan raya.

Akibatnya, majoriti keputusan pilihan raya memihak kepada orang bukan Islam yang sudah lama teringin untuk menghancurkan Islam di negara ini. Biarpun mereka menang dengan majoriti yang sedikit (akibat orang Islam memboikot pilihan raya), mereka tetap mempunyai hak untuk membentuk kerajaan.

Akibatnya juga, majoriti undi orang Islam berkurangan dan menjadi minoriti. Sebaliknya, undi orang bukan Islam akan mendominasi keputusan pilihan raya sehingga membolehkan mereka berbuat sesuka hati terhadap agama Islam apabila mereka berkuasa membentuk kerajaan.

Memang demokrasi bukan jalan terbaik, tetapi kamu semua sedang hidup di dalam kepompong demokrasi. Tidak dapat tidak, kamu perlu terlibat dalam kepompong ini untuk memastikan kuasa secara demokrasi ini masih mampu menjamin kekuasaan orang Islam secara sah berdemokrasi di negara ini.

Apabila Allah berkehendak menghancurkan demokrasi, maka Dia akan menghancurkan ia dengan sendiri tanpa menunggu manusia bersedia untuk kemusnahan demokrasi itu sehingga tertegaknya kekhalifahan. Buat masa ini, kamu perlu menentukan nasib agama kamu dengan jalan demokrasi.

Katakan, kamu tersesat di tengah hutan dan tiada makanan. Tiba-tiba datang seekor babi dan hanya itu sahaja makanan yang ada. Maka pada waktu itu (darurat), babi dihalalkan dalam keadaan darurat bagi meneruskan hidup, ia bagaimanapun bersyarat, asalkan kamu memakannya sehingga hilang lapar sahaja bagi meneruskan hidup, iaitu bukan sehingga kenyang. Kamu perlu makan babi itu untuk terus hidup, jika tidak makan, kamu akan memudaratkan diri kamu yang tidak ubah seperti mahu membunuh diri dan memudaratkan diri itu pula tidak diajar oleh Islam. Kamu boleh menyamakan situasi ini dengan pilihan kamu terhadap demokrasi pada masa ini, kamu terpaksa memilih demokrasi pada waktu ini untuk menyelamatkan agama kamu. Kamu diuji dengan babi, pada waktu itu hanya babi menjadi pilihan kamu, tiada pilihan lain.

Kamu kemudian menangkap babi itu, menyembelih, melapah dan memanggang. Tiba saat hendak makan bagi menghilangkan kelaparan, ketika kamu membaca Bismillah dan dengan rasa berat hati untuk makan, tiba-tiba datang seekor kambing yang halal lagi baik untuk dimakan. Maka, pada waktu itu kamu harus meninggalkan babi yang sudah siap dipanggang itu dan perlu menangkap kambing itu untuk dijadikan makanan kerana ia lebih suci dan lebih baik. Pada ketika itu, kamu harus segera meninggalkan babi yang sudah sedia dijamah itu. Kali ini, kamu diuji dengan 'keperluan membuat pilihan' setelah yang baik lagi suci didatangkan kepada kamu.

Begitulah juga kalau apabila nanti Allah menghancurkan demokrasi dan mendatangkan sistem khalifah, maka pada waktu itu kamu perlu segera meninggalkan demokrasi. Buat masa ini, hanya demokrasi yang ada untuk kamu manfaatkannya, sedarlah bahawa kamu sedang diuji oleh Allah dengan jalan demokrasi. Maka jalanilah ujian ini dengan bijaksana, melakukan sesuatu kerana Allah adalah jalan paling selamat. Lari daripada ujian (memboikot pilihan raya demokrasi) pula adalah menempah kecelakaan dan kegagalan. [Nota Admin: Untuk memahami semua ini, harap kamu dapat tunggu artikel akan datang.]

Memang benar, tidak ada parti politik yang benar-benar bersih, semuanya buruk. Tetapi, gunakanlah peluang ini untuk sekurang-kurangnya memilih yang paling bersih dalam kalangan yang kotor-kotor sementara menunggu kekhalifahan suci murni yang dinanti-nantikan.


Untuk kali ini, buatlah kerana Allah.

Bukan kerana mana-mana parti politik
Hanya kerana Allah

Allah Maha Besar
Allah Maha Kuasa


-DRIFTER-


[Nota ADMIN: Kita di Umat Terakhir mohon berehat daripada menulis di sini.]

hiatus


.

12 Apr 2013

Art of Con: Wrong Bird Job


Wrong bird job



Terma: wrong bird job

Encyclopedia of Art of Deception

Wrong bird job: Sebuah con-job yang dilakukan dengan cara melakukan pembunuhan terhadap seseorang yang berada hampir dengan orang yang mahu mendapat perhatian atau mahu mendapat simpati orang ramai daripada kejadian pembunuhan itu. Orang yang mahu mendapat perhatian itu biasanya mengupah pembunuh upahan untuk membunuh sesiapa sahaja yang berada hampir dengannya dan kemudian mencipta persepsi bagi tujuan memaksa pengikutnya dan orang awam percaya bahawa dialah orang yang mahu dibunuh dan bukan orang yang sudah mati dibunuh itu. Ia juga membawa maksud pembunuh itu tersalah orang. Terma ini tercipta daripada perbuatan pemburu yang tersalah menembak burung yang salah. Dalam tafsiran lain, ia pula tidak semestinya melibatkan pembunuhan secara fizikal.

--

Ceraian nota-nota wrong bird job.

Blog ini banyak menulis nota-nota. Melalui ceraian nota-nota ini, ia (secara minima) menggambarkan bagaimana bagaimana bahan Umat Terakhir disusun dalam blog ini. Ia juga (silently) menerangkan apa yang dimaksudkan dengan nota Umat Terakhir.

Bahan kali ini hanya diterjemah ke bahasa Melayu tetapi tidak diproses mengikut format artikel sebagaimana susunan yang seperti anda baca dalam artikel-artikel sebelum ini.

Ia adalah ceraian nota-nota yang dibawa masuk ke MASTER’s CHAMBER pada setiap minggu.

Nota-nota itu pula adalah sebahagian daripada rumusan awal laporan yang tebal berpuluh muka surat bagi setiap item laporan. Bahagian rumusan awal, bukan rumusan akhir.

Artikel siap disusun yang anda baca selama ini hanyalah himpunan rumusan-rumusan. Anda hanya diberi kebenaran untuk membaca rumusan, tidak semua, hanya sebahagian daripada keseluruhan teks rumusan.

-ADMIN-

--

Rumusan: Taktikal


TERDAPAT banyak taktik dalam melakukan sesebuah con. Dalam sesebuah con-job, banyak taktik boleh dijalankan sekaligus. Ada taktik yang mempunyai ciri-ciri penjenayahan mengikut Penal Code (Kanun Keseksaan) tetapi sangat sulit untuk disiasat atau dibuktikan secara forensik kerana terdapat terlalu banyak  elemen yang bertindak menutup pertalian setiap bukti.

Yang kedua, ada juga taktik yang tidak mempunyai ciri-ciri penjenayahan yang dikelaskan dalam Penal Code dan sudah tentu ia sangat sulit untuk disiasat kerana ia tidak mempunyai ciri-ciri jenayah.

Salah satu daripada taktik jenis pertama ialah wrong bird job. Kita menjangkakan con-job yang sangat jijik ini akan dipentaskan kepada tontonan umum sedikit masa lagi oleh the evil hands bagi membantu menaikkan proksi mereka.

Con-artist  yang bekerja untuk the evil hands mempunyai pengetahuan jenayah licik sebagaimana diajar oleh con-artist kultus Illuminatus. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat dalam sesebuah con-job.

Lebih mencabar, kerja-kerja jahat mereka adalah sangat halus sehingga gagal dikesan oleh mangsa-mangsa yang lemah pemikiran dan juga mangsa-mangsa yang tidak jujur dalam mencari jawapan.

Mengapa dikatakan wrong bird job akan mengambil tempat dalam pementasan con kali ini? Baiklah, kita akan menyampaikannya dalam bentuk preview ‘con-theatre.’

Nota ADMIN: Preview ini tidak akan menyebut apa-apa nama mana-mana individu. Ia hanya akan menggambarkan plot bagi sesebuah pementasan con-play.]

Ia bukan satu ‘true theory’ yang kedengaran seperti ‘too horrible to be true’ tetapi ia adalah satu ‘crime precaution theory’ dari perspektif con-artist yang melakukan teori expected scene bagi memantau con-job yang dijangka akan dilakukan oleh the bad guys.

Sila rujuk laporan penuh PROFILER. [dalam blog ini, anda hanya diberi kurang daripada sebahagian laporan penuh].


-STALKER-

-----------------------------------

[Bahagian ini disediakan oleh THE PROFILER]

[Nota ADMIN: THE PROFILER ialah individu yang mempunyai kemahiran menyediakan profil anti-persona. Ini adalah sebahagian kecil daripada laporan THE PROFILER.]

[dalam laporan ini terdapat jangkaan terhadap expected scene, kita tidak menuduh atau menfitnah. Ia hanya jangkaan dan disebut ‘dijangka’ sebagaimana dalam rumusan laporan.]

The plot preview: Profile

Watak dan perwatakan (setelah diolah mengikut format maklumat awam Umat Terakhir dan tidak mengaitkan nama mana-mana individu, sekadar memberi label A dan B):

Con A – seorang pemimpin yang berjaya menguasai (steal) pemikiran dan kepercayaan sebilangan besar marks. Membawa persona yang kelihatan berkarisma untuk dijadikan pemimpin. Mempunyai rival (pesaing) dalam meletakkan diri sebagai proksi.

Con B – seorang pemimpin yang juga berjaya menguasai (steal) pemikiran para pengikutnya. Membawa persona seorang pemimpin dalam lingkaran yang sama dengan Con A, tetapi tidak bersetuju dengan cara Con A dalam beberapa perkara. Menjadi rival kepada Con A walaupun kelihatan di mata umum seperti tidak mempunyai masalah.

Dalam situasi semasa sejak akhir 2012 hingga sekarang, A kerap membuat keputusan secara sendiri tanpa merujuk kepada B terlebih dahulu. Sedangkan B mempunyai kuasa atau autoriti yang sah dalam organisasi, tidak sebagaimana A yang dilantik secara tidak sah oleh B dalam organisasi yang sama.

Ia bermakna A mempunyai risiko kerana dia tahu dia tidak ada autoriti yang sah mengikut undang-undang. B juga mempunyai risiko kerana pengaruh A adalah jauh lebih besar daripada B.

Serangan demi serangan pihak-pihak tertentu yang mendedahkan siri-siri video kepada orang awam menjadikan A semakin dihimpit masalah moral. Ia bertentangan dengan prinsip A yang sebelum ini pernah berkata: “Seorang pemimpin bukan sahaja perlu bersih, tetapi perlu kelihatan bersih.”

Bagaimanapun, kredibiliti A dalam lingkaran organisasinya sendiri telah berkurangan disebabkan bukti-bukti video tersebut yang merosakkan imejnya.

Walaupun marks (orang awam) dipertontonkan seolah-olah organisasi itu masih setia bersama A dan tidak mempercayai video-video itu, ia sebenarnya tidak seperti digambarkan, A sudah dilihat sebagai liabiliti di mata orang-orang berautoriti dalam lingkaran organisasi.

Tetapi, A mempunyai orang-orangnya sendiri iaitu orang-orang yang dia percaya dalam organisasi. B juga mempunyai orang-orangnya sendiri dan B melihat A sebagai liabiliti yang akan menyebabkan organisasi mereka kalah teruk dalam proses demokrasi yang akan dijalankan.

Dengan itu, A mempersiapkan plot bagi mencipta kesangsian pengikutnya terhadap ketelusan sistem pilihanraya dengan menggunakan NGO. (sudah pun berlaku).

Melalui plot itu, dijangka akan berlaku ketegangan dan kita tidak menolak kemungkinan berlaku huru-hara akibat pengikut-pengikut A yang tidak percaya dengan sistem pilihanraya sekiranya A kalah atau organisasi A kalah dalam proses pilihanraya.

Ia diterangkan oleh STALKER dalam laporan Quail Drop Job. [rumusannya telah disiarkan].

Dalam masa sama, A berusaha memperkukuh kedudukannya dalam organisasi dengan cara melantik orang-orang kepercayaannya sebagai calon pilihanraya bagi mengekang pengaruh B.

Dijangka (sudah pun berlaku), A akan mengeluarkan kenyataan bahawa B tidak akan diberi peluang bertanding dalam pilihanraya dengan menggunakan pengaruhnya. Kenyataan itu akan mengakibatkan ketegangan antara A dengan B.

Juga dijangka, akan berlaku pertelingkahan di peringkat akar umbi kerana tidak bersetuju dengan calon-calon pilihan A. Ia kerana peringkat akar umbi mahukan calon tempatan dari bahagian masing-masing dan dikenali para pengundi.

Namun, A tetap akan memilih calon-calon pilihannya demi memperkuat kedudukannya dalam organisasi selepas kredibilitinya dalam organisasi semakin berkurangan akibat masalah moral yang melingkarinya. Akibat itu, akan berlaku pertembungan di pihak A dengan akar umbi.

A juga sedia maklum dengan pertelingkahan yang bakal berlaku. Dijangka, wrong bird job akan dilaksanakan bagi mengembalikan kepercayaan akar umbi terhadap A dan sekaligus menamatkan nyawa B. Sila rujuk perincian laporan THE MESSENGER dalam kepilan 284. [laporan ini kita tidak siarkan].

Dalam wrong bird job ini, A dijangka mengatur plot bagi menamatkan nyawa B dan memperlihatkan atau mempertontonkan kepada umum bahawa musuh politiknya mahu membunuh A tetapi tembakan itu tersasar lalu terkena B.

Dengan ketiadaan B, kedudukan A akan lebih selamat walaupun jawatan A dalam organisasi dilantik secara tidak sah iaitu tidak mengikut proses demokrasi dalaman organisasi (pemilihan parti). Secara tidak langsung juga, dijangka, calon-calon pilihan A akan terus dibenarkan bertanding dalam pilihanraya selepas maskot ditamatkan peranan bagi meningkatkan kepercayaan marks terhadap A yang diperlihatkan sebagai pihak teraniaya.

Untuk perincian laporan penuh wrong bird job, sila rujuk kepilan 318. [tidak disiarkan di sini].


-THE PROFILER-



[Nota ADMIN: Bagi jangkaan-jangkaan yang belum berlaku, kita ambil pendekatan tunggu dan lihat, tunggu sehingga buah catur digerakkan.]
---------------------------------------

[sebahagian rumusan]

Laporan SONG BIRD

[kita masih menggunakan label A dan B bagi merujuk individu yang disamarkan]

Mungkin sekali B tahu akan wrong bird job. Mungkin B sudah mula sangsi terhadap A yang diketahui sanggup melakukan apa sahaja. Mungkin sekali B juga sudah mula tidak mempercayai A disebabkan bukti-bukti video yang disebarkan kepada umum beberapa bulan lalu.

Dijangka, B tidak akan mengikuti A dalam siri-siri kempen politik bagi mengelak dimangsakan dalam wrong bird job. Ia kerana wrong bird job adalah job yang hanya dilaksanakan oleh con-artist yang mengambil kertas kerja grand design Illuminatus sebagai panduania yang jijik itu tidak dilaksanakan oleh orang yang baik-baik.

B tidak akan menghalang tindakan A mengumumkan calon-calon pilihannya (A) dan hanya akan berbuat demikian selepas A selesai berbuat demikian bagi meredakan ketegangan di peringkat akar umbi.

Peringkat akar umbi dijangka akan mengalami perbalahan kerana tidak berpuas hati dengan calon-calon pilihan A. Akar umbi yang selama ini bekerja dan berusaha berkempen sepanjang lima tahun berasa disia-siakan oleh keputusan A yang memilih calon yang bukan dari bahagian masing-masing di peringkat akar umbi.

Dijangka, akar umbi pula akan tampil dengan calon-calon mereka sendiri (sebagai memprotes tindakan A) dan dijangka calon-calon itu adalah orang-orang yang berpihak kepada B. Di sini akan berlaku pertembungan tiga penjuru atau lebih iaitu calon organisasi pilihan A, calon organisasi pilihan akar umbi yang bertanding atas tiket bebas bagi menentang calon pilihan A dan juga calon dari pihak lawan.

A dijangka akan berusaha untuk duduk sepentas dengan B, sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebelum hari mengundi. Jika bukan B yang menjadi mangsa wrong bird, mungkin ada individu lain yang akan dimangsakan. It seems like someone really should die to win the play. Ia tidak semestinya B, pengikut di lokasi ceramah yang tidak tahu apa-apa juga boleh dijadikan mangsa. Perincian ini dijelaskan dalam kepilan 145 [tidak disiarkan].
----------------------------

Laporan STALKER

Melalui perkembangan semasa, orang awam tidak diperlihatkan mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh organisasi yang kita maksudkan secara sama-samar ini. Telah berlaku situasi di mana peringkat kepimpinan di sebelah kumpulan itu tidak mempercayai kumpulan kepimpinan yang satu lagi dalam organisasi yang sama seperti suatu masa lalu.

Ia berikutan seorang pemimpin utama yang tidak dipilih secara sah melalui demokrasi dalaman organisasi itu menghadapi isu-isu yang mencalar kredibiliti dan juga moralnya. Seorang pemimpin utama itu tidak dipilih secara sah melalui proses demokrasi dalaman, sebaliknya dia dilantik oleh ahli keluarganya (yang mana ahli keluarga itu pula dipilih secara sah) yang berada dalam organisasi itu.

Ia (isu kedudukan tidak sah) bukanlah isu besar, tetapi akan menjadi satu isu besar apabila rakan politik mereka bertindak mempersoal kedudukan yang tidak sah itu bilamana seorang ketua kerajaan akan dipilih. [ketua kerajaan merujuk kepada perdana menteri, ketua negara merujuk kepada yang dipertuan agong].

Syarat melantik ketua kerajaan sebelum diperkenan ketua negara ialah orang yang mahu dilantik sebagai ketua kerajaan itu perlu mempunyai kedudukan yang sah secara demokrasi dalam organisasinya atau parti politiknya. Atas sebab itu juga ada pihak melaungkan semangat republik bagi melenyapkan kuasa ketua negara.

Dalam kes ini mengikut situasi sebenar kini, pemimpin utama itu tidak melalui proses demokrasi dalaman tetapi sebaliknya dilantik dan kredibiliti itu boleh menjadi senjata kepada rakan-rakan partinya untuk menafikan pelantikan pemimpin utama itu dalam isu pelantikan ketua kerajaan kelak. Maka dengan itu, rakan politiknya dijangka tidak akan melantik pemimpin itu sebagai ketua kerajaan.

Di sebalik permasalahan ini, kita melihat ada konspirasi di kalangan rakan politik mereka. Rakan politik pemimpin itu selama ini menggunakan pengaruh pemimpin itu untuk memujuk orang awam supaya memenangi pilihanraya pada ketika pemimpin itu dihimpit pelbagai isu moral yang bertentangan dengan nilai hidup masyarakat majoriti Islam dalam peta. Menjadi kelemahan ialah kedudukan pemimpin itu sendiri yang boleh dipersoalkan bilamana seorang ketua kerajaan mahu dilantik. Rujuk kepilan 43  untuk penjelasan konspirasi [belum disiarkan].

-STALKER-

-------------------------------

Ada yang melihat laporan-laporan ini berkisar mengenai politik negara yang tidak pernah ditulis dalam blog ini. Selama ini, blog ini tidak pernah mengeluarkan artikel yang mempunyai masalah politik seperti ini kerana blog ini bukanlah blog politik.

Bagaimanapun, orang-orang yang berada di sebalik blog ini sentiasa sedar bahawa konspirasi itu digerakkan dalam pelbagai saluran dan saluran paling berkesan dalam menjayakan konspirasi secara berskala besar terhadap pemikiran orang ramai ialah melalui jalan politik.

Bagaimanapun, mereka tidak meihatnya dari perspektif pengkaji konspirasi (conspiracy theorist), mereka melihatnya dari perspektif seorang con-artist kerana mereka sendiri adalah con-artist yang bekerja dalam pelbagai bidang professional. Mereka akan berkumpul bagi melaksanakan con-job apabila agama mereka diganggu gugat.

Saya sengaja untuk tidak memproses laporan-laporan dalam bentuk raw tersebut supaya anda semua dapat melihat bagaimana mereka ini sangat mengambil berat terhadap masalah politik yang dimainkan secara sangat deseptif terhadap masyarakat.

Selama ini, anda hanya membaca rumusan-rumusan dan semua rumusan itu sememangnya tidak menyebut nama-nama individu atau parti politik dengan jelas kerana ia memang hanya di bahagian rumusan. Malah, anda hanya diberi peluang membaca sebahagian rumusan, mungkin satu muka surat daripada berbelas helaian.

Walaupun hanya satu muka surat daripada berbelas atau berpuluh helai, artikel di blog ini disusun sehingga lebih daripada lima helai kerana ADMIN membuat sedikit penghuraian supaya anda mudah faham. Tanpa penghuraian, anda mungkin sulit untuk memahami.

Pun begitu, anda wajar alert dengan wrong bird job serta perkara-perkara yang terkandung dalam rumusan awal setiap laporan.

Terdapat berpuluh laporan daripada associates. [kami memanggil rakan-rakan kami sebagai associates, ada juga associates yang tidak aktif di blog ini kerana tiada kemahiran menulis]. Banyak lagi laporan berhubung wrong bird job yang tidak dapat disiarkan.

Sekurang-kurangnya anda memahami mengenai apa sebenarnya yang melingkari wrong bird job.

Wrong bird job juga sudah beberapa kali dilakukan seperti insiden membaling batu di lokasi ceramah.

Kita tidak perlu beritahu mengenai bagaimana buah catur akan kita digerakkan. Kita tidak perlu beritahu bila dan di mana akan digerakkan dan siapa yang akan menggerakkan. Tipu daya adalah permainan Illuminatus yang mendukung cita-cita sekularis Zionis, maka saudara mereka jugalah (Yahadut Mizrah Muslim) yang memahami bagaimana pendukung bencana itu memainkan semua tipu daya. 

Harap faham dan tidak perlu disoal mengapa kita tidak perincikan semuanya.

Perhatikanlah setiap kali buah-buah catur itu digerakkan.

Permainan sudah dimulakan. 

Just play your roles, bermainlah dengan jujur.

Bersedialah.


-ADMIN-

[post sebelum ini ada masalah teknikal dan berjaya dipintas. kini disiarkan semula].

.