8 Oct 2012

Mind Game: Anda dipaksa untuk menjadi sibuk


Anda sedang dilalaikan


SAMA ADA anda sedar atau tidak, anda sebenarnya sedang dipaksa untuk menjadi orang-orang yang sibuk. Erti kata lainnya, anda sedang sibuk atas perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda menyibukkan diri.

Anda adalah penyibuk, busybody. Anda jadi begitu setelah anda dipaksa untuk menjadi sibuk. Terlalu sibuk terhadap perkara-perkara yang tidak sepatutnya pula akan menyebabkan anda menjadi orang-orang yang lalai sehingga mudah di-kambing-kan, mudah di-dungu-kan, mudah diperbodohkan dan mudah pula dipergunakan. Ia sebab anda lalai, terlalu lalai sehingga terlupa. Lalai terhadap apa?

Dalam artikel sebelum ini, diberitahu bahawa rancangan sulit Zionis membina negara haram Israel berjaya di-plot-kan pada ketika umat Islam di negara-negara mereka disibukkan dengan penjajahan oleh kuasa-kuasa Eropah.

Ketika era penjajahan, umat Islam (kita ambil negara Islam sahaja dalam konteks ini) disibukkan dengan usaha membebaskan diri mereka dari penjajahan di negara tumpah darah mereka. Sejak dijajah, umat Islam berjuang untuk membebaskan negara mereka daripada cengkaman kuasa asing. Cuba periksa, lihat berapa banyak negara Islam yang berada bawah kuasa penjajah semasa era kolonial dan imperial.

Disebabkan terlalu sibuk, mereka pula (sebilangan besar, bukan semua) hanya memikirkan mengenai cara memerdekakan negara mereka sendiri sahaja tanpa serius memikirkan cara untuk sama-sama membantu membebaskan negara-negara Islam yang berjiran dengan negara mereka. Bukan tidak ada yang mahu membantu negara jiran sesama Islam yang sama-sama dijajah, tetapi bantuan sesama itu kurang serius. Mereka mahu membebaskan diri mereka sahaja, tetapi kurang serius memikirkan nasib saudara mereka di negara jiran.

Ada pula yang cuba mengambil kesempatan untuk menjadikan negara jiran sebagai sebahagian daripada negara mereka walaupun jiran mereka itu tidak sudi kerana mahu mengembalikan kedaulatannya sendiri tanpa rela lagi kehilangan kedaulatan setelah dipaksa untuk bernaung dibawah sistem baharu (contoh: kes cubaan memasukkan Malaya ke dalam Indonesia yang mana boleh menyebabkan Malaya hilang kedaulatan raja-raja Melayu Islam di bawah sistem republik) . Bagaimanapun, mereka tetap sibuk akibat disibukkan atau dipaksa untuk sibuk oleh penjajah. Mereka terlalu sibuk berjuang. Mereka sibuk, kita juga sama-sama sibuk.

Pada ketika Perang Dunia Kedua (WW2) pula, umat Islam disibukkan dengan usaha menyelamatkan diri serta ahli keluarga masing-masing daripada bahaya peluru sesat dan bahaya bom-bom buta yang digugurkan dari pesawat. Sungguh sibuk kerana dipersibukkan untuk menjaga diri serta keluarga. Mahu duduk di kampung, tak selamat sebab ada tentera Jepun, Siam dan Jerman. Mahu lari ke hutan pun tak selamat sebab ada komunis. Sungguh sibuk jadinya, hanya ligat memikirkan keselamatan diri dan keluarga.

Selepas tamat WW2, disibukkan lagi dengan usaha membina negara yang merdeka. Di negara-negara lain pula, mereka disibukkan dengan perebutan kuasa sesama mereka kerana pihak kolonial belum kembali tiba untuk mentadbir semula negara mereka. Mereka jadi sibuk untuk mentadbir walaupun bercakaran sesama sendiri.

Di Malaya, umat Islam yang majoriti Melayu disibukkan pula dengan idea jahat British untuk mendirikan Malayan Union. Orang Melayu beragama Islam kemudian menjadi terlalu sibuk berjuang untuk melenyapkan sebarang usaha British untuk Malayan Union.

Orang Melayu disibukkan dengan perjuangan memerdekakan negara. Kemudian muncul pula kumpulan Melayu yang lain sehingga tercipta perpecahan di ambang kemerdekaan. Semakin sibuk jadinya. Sejak 1511 sehingga dekat nak merdeka pun, orang Melayu tidak habis-habis disibukkan dengan macam-macam dugaan. Itu yang berlaku di Malaya.

Di lain-lain negara yang turut dijajah, mereka juga dipaksa untuk sibuk. Selepas satu isu jadi reda, timbul pula isu baharu dan tidak habis-habis mereka disibukkan dengan macam-macam perkara.

Dalam keadaan sibuk di seluruh dunia yang tidak henti-henti selama beratus tahun itu, tiba-tiba Zionis sudah pun mendarat di Palestin dan membina negara haram pada pertengahan 1948. Umat Islam yang tidak sedar atau lalai dengan plot Zionis itu kemudian terlopong, ternganga dan terkejut apabila mendapat tahu Yahudi Zionis sudah membina negara haram di atas bumi Palestin. Sedang umat Islam masing-masing sibuk memerdekakan negara sendiri, tiba-tiba sahaja dapat satu berita tergempar iaitu tanah saudara kaum Muslimin di Palestin sudah diduduki Zionis.

Zionis berjaya mendarat, merodok dan merampas bumi Palestin pada ketika kita semua terlalu sibuk akibat disibukkan oleh penjajahan, perang dunia, persengketaan sesama sendiri dan sebagainya. Apabila kita sibuk, kita dengan sendirinya akan jadi lalai serta lupa.
-----


Anda masih dipaksa menjadi sibuk

Sungguh dan ia sungguh, biar pun zaman penjajahan dan perang dunia telah berdekad-dekad lama berlalu, umat Islam masih lagi dipaksa menjadi orang-orang yang sibuk dan sedang dipaksa hidup dalam kesibukan yang dipaksa untuk digalas.

Semua kesibukan itu dijalankan dalam satu susunan rancangan yang rapi lagi halus. Persengketaan dicipta untuk menimbulkan ketegangan dan ia menjadikan manusia sibuk bertegang urat sesama mereka.

Kemudian demokrasi pula mengambil alih tradisi pemerintahan dan mencipta lebih banyak ketegangan dalam kebanyakan negara. Makin sibuk jadinya, siang berpolitik, malam pun berpolitik, dalam bangunan berpolitik, di kedai kopi berpolitik, tepi jalan pun berpolitik, dalam semak berpolitik, dalam surau berpolitik, dalam masjid pun berpolitik, sampai dalam jamban dan bilik hotel pun sibuk berpolitik lagi. Dua puluh empat jam tak habis-habis sibuk dengan politik. Sibuk-sibuk.


Disebabkan slogan demokrasi, sesebuah negara boleh diheret masuk ke dalam kancah perang sebab sibuk bersengketa akibat tak dapat capai persefahaman. Bila sahaja perang, tersangatlah lebih sibuk jadinya. Sibuk tak habis-habis. Disebabkan slogan demokrasi itu juga, dua saudara boleh berbunuhan sesama sendiri.

Bagi orang-orang yang tidak ambil kisah dengan perkembangan dunia pula, mereka tak habis-habis sibuk dengan dunia hiburan. Tak habis-habis sibuk dengan cerita artis, sibuk gosip sana-sini. Ada lagi yang lebih hebat, sibuk berhibur di sana-sini dan tak ambil peduli langsung dengan perkembangan dunia, sibuk berpesta di sana-sini, bertukar pasangan, sibuk-sibuk saja kerjanya.

Sibuk sangat berseronok, sampai tak sedar dengan arus dunia yang semakin tegang, jangan sampai apabila tersedar nanti sedar-sedar sahaja musuh sudah acu senapang dan meriam ke muka. Nah, itulah sebab asyik tak habis-habis nak sibuk berseronok sangat, sedar-sedar sahaja diri sudah jadi mangsa perang. Sibuk sangat menonton TV dan rancangan hiburan, sedar-sedar sahaja rumah sudah kena bom dengan musuh.

Akibat terlalu sibuk sehingga lalai, manusia jadi lupa untuk mempersiapkan diri. Jadi lalai sehingga tidak tahu dengan apa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Jangan sampai apabila sudah dikejutkan dengan kejutan-kejutan di luar jangkaan, kamu hanya akan jadi orang yang hanya tahu menangis sahaja. Kenapa hanya  tahu menangis? Itu sebabnya tak pernah ada usaha mempersiapkan diri dengan kemahiran survival di kala menghadapi worst case scenario, akibatnya hanya pandai menangis sahaja. Apa nangis-nangis? Musuh sedikit pun tak akan ada sifat kasihan kepada kamu.

Memang, kita tidak habis disibukkan dengan macam-macam perkara sampai terlupa untuk waspada. Sibuk berpolitik, sibuk bercakaran, sibuk maki hamun, sibuk buat kacau, sibuk tabur fitnah, sibuk itu sibuk ini, dua puluh empat jam tak habis-habis sibuk.


Ada lagi yang jenis sibuk kumpul harta sampai terlupa untuk membahagikan sebahagian harta kepada orang miskin dan fakir, sampai terlupa mengeluarkan zakat, sampai terlupa berbuat amal jariah. Hanya tahu sibuk memenuhkan kantung sendiri dan sibuk bergaya menunjuk-nunjuk kekayaan diri sampai tidak mempedulikan nasib orang lain. Apabila rugi dalam perniagaan, mula menyalahkan orang lain. Walhal, dia terlupa bahawa kerugian yang dialami itu disebabkan harta-harta itu ditarik balik oleh Yang Memberi Rezeki atas sebab tidak membahagikan harta melalui zakat, sedekah dan amal jariah.

Jadi sibuk kumpul harta sebab sibuk-sibuk nak jadi kaya dan sibuk-sibuk mengejar dunia. Maklumlah, dunia ini kebanyakan orang pandang harta. Jadi, dia pun sibuk-sibuk kumpul harta sampai terlupa yang sebahagian hartanya itu diwajibkan untuk dibahagikan kepada golongan miskin dan fakir. Dua puluh empat jam sibuk mengira harta, ingatlah bahawa kalau terjadi perkara di luar jangkaan, duit itu tidak boleh membeli semua perkara.

Kita bukannya dilarang daripada mengumpul harta, tapi ada syarat-syaratnya yang perlu kita taat sekiranya kita ada miliki harta. Ingat, bukan semua bahagian harta itu milik kita semuanya, ada bahagian untuk kita, ada bahagian untuk zakat. Daripada sibuk-sibuk kumpul harta, lebih baik luang masa pergi ke pejabat zakat, bukan banyak sangat pun bahagian harta yang diwajibkan zakat. Berzakat tak akan jadikan kita orang miskin pun.

Sejak zaman penjajahan, kita disibukkan dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Semasa perang dunia, kita disibukkan dengan usaha menyelamatkan diri dan keluarga. Selepas perang, kita disibukkan dengan perjuangan membina semula semua yang musnah akibat perang. Apabila merdeka, kita disibukkan dengan membina negara. Selepas merdeka, kita disibukkan dengan politik, sibuk kumpul harta dan macam-macam lagi.

Perlu disedari bahawa kita sepatutnya sibuk dengan perkara yang berfaedah. Daripada sibuk bercakaran sesama sendiri, lebih baik kita luang masa untuk berdamai sesama kita. Daripada sibuk berhibur menyumbat muzik ke dalam telinga sampai tak ingat dunia, lebih baik kita luang masa untuk cari ‘kesunyian’. Daripada sibuk kejar harta dunia sampai tak fikir kesusahan hidup orang lain, lebih baik kita luang masa buat amal jariah.

Cukuplah sibuk-sibuk yang tak bawa manfaat itu. Kerana apabila anda tersedar nanti, anda sudah kehilangan segala-galanya dalam keadaan anda tidak bersedia.

Kalau semasa zaman penjajahan dan selepas perang dunia, umat Islam sudah dikejutkan dengan kejayaan Zionis membina negara haram di bumi Palestin. Itu adalah shocking sensation yang dihempap ke atas kepala umat Islam akibat terlalu sibuk sampai tidak sedar akan segala perancangan mereka. Itu yang berlaku pada lebih setengah abad lalu.


Dulu mereka telah berikan shocking sensation akibat kelalaian umat Islam. Kalau dulu mereka boleh buat semacam itu, mereka pasti boleh buat sekali lagi yang jauh lebih mengejutkan kalau kita terus sibuk dengan hal dunia sampai terlalai.

Mungkin kali ini mereka akan beri kejutan penuh sensasi pada ketika kita sedang sibuk berpolitik, ketika kita sedang sibuk bercakaran sesama kita, pada ketika kita sedang sibuk mencaci maki sesama kita, pada semasa kita sedang sibuk kejar harta, pada semasa kita sedang sibuk berhibur sampai terlalai tak ingat dunia.

Mereka telah ambil peluang keemasan semasa perang dunia yang mereka cipta untuk kita. Mereka telah ambil peluang semasa kita sedang sibuk dengan penjajahan yang mereka cipta untuk kita. Kali ini, mereka juga akan pasti ambil kesempatan semasa kita sedang sibuk dengan mentaliti keduniaan yang juga mereka cipta untuk kita sehingga kita saling bercakaran.

Jangan sibuk-sibuk.
Luang sedikit masa.

Sedarlah,
Anda sedang terlupa melakukan perkara rukun dalam hidup anda,
Lakukan segera ‘sujud sahwi’ dalam hidup anda apabila
anda telah tersedar daripada kelalaian dan kelupaan.


Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.


Apakah perkara rukun yang anda terlupa itu?
Kami tidak sediakan jawapan..



-STALKER-
I’m stalking you.



.

5 Oct 2012

Konspiratus: Yang perlu anda tahu


New World Order Gelombang Kedua


KETIKA sebelum atau pra-Perang Dunia Kedua (pre-WW2), beberapa pemimpin dunia termasuk diktator Fuhrer Nazi Jerman, Adolf Hitler pernah mengucapkan hasrat membina New World Order (NWO) sejak tahun 1938. Malah, pada Perang Dunia Pertama juga, slogan NWO juga pernah beberapa kali disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin dari jenis warmonger atau petualang perang.

Pada ketika WW2 berlangsung pula, kuasa (keupayaan) ketenteraan Amerika dibawa masuk ke dalam ujian besar dan apabila Amerika lulus ujian itu, maka ia diberi kuasa veto disebabkan kekuasaannya dalam ketenteraan. Kuasa veto itu diberi selepas entiti Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN) ditubuhkan.

Kemudian pada tahun 1991, Presiden Amerika pada ketika itu, George H.Bush sekali lagi mengulangi kata-kata Hitler untuk mendirikan NWO iaitu pada ketika Amerika bersama sekutu memerangi Iraq dalam Perang Teluk 1.

Gelombang pertama NWO bermula sejak pra-WW2 atau lebih awal sejak pra-WW1 atau jauh lebih awal daripada itu. Ia digerakkan dengan taktik licik dengan mengheret beberapa negara di dunia untuk dihumban ke dalam suasana peperangan.

Situasi perang pula menyebabkan setiap manusia terlalu sibuk untuk menjaga dirinya sendiri serta seluruh keluarga mereka daripada bahaya peluru sesat atau sebagainya. Ketegangan antarabangsa yang dicipta sejak tahun 1939 akhirnya meletus apabila WW2 meledak dalam pentas dunia.

Dengan meledaknya WW2, manusia telah ‘disibukkan’ dengan perang sehingga lalai terhadap satu perkara besar yang lain. Pada ketika manusia sibuk untuk menjaga keluarga dan diri sendiri daripada bahaya perang, dan pada ketika manusia sibuk memerdekakan negara masing-masing daripada kolonial Barat, pada ketika itu jugalah entiti tersembunyi menggerakkan segala usaha mereka untuk mendapatkan Palestin.

Akhirnya pada 14 Mei 1948, iaitu beberapa tahun selepas berakhirnya WW2, gerakan Zionis dan sekutunya berjaya menceroboh masuk ke Palestin untuk membuka negara haram dengan menzalimi penduduk Arab di Palestin. Semua itu berlaku selepas hampir semua manusia di dunia ini dipaksa untuk sibuk (dilalaikan) dengan WW2 dan disibukkan lagi dengan membina semula negara masing-masing selepas tamat WW2. Itulah perkara besar yang digerakkan mereka pada kita dipaksa untuk sibuk.

Berdirinya negara haram Zionis di bumi Palestin, dan termaktubnya Amerika sebagai kuasa besar yang lulus ujian WW2, maka NWO telah pun bermula dalam gerak kerja gelombang yang pertama. Bermula 1948 hingga hari ini, gelombang pertama (yang banyak peringkat) itu masih berjalan dan anda semua sedang hidup dalam NWO tanpa anda sedari.

Jangan bermimpi dengan mengatakan NWO akan dilaksanakan, walhal sebaliknya anda sudah pun hidup dalam NWO kerana ia sedang rancak dilaksanakan. Mari kita bercerita sedikit mengenai apa yang berlaku di permukaan (sahaja) supaya ada yang sudi faham.

Setelah tamat WW2,  Amerika dan Britain mula melaungkan slogan keamanan supaya dunia tidak lagi terheret dalam kancah perang besar yang mendatangkan kemusnahan global. Pada ketika itu, bermula 1945 hingga 1970, idea-idea keamanan mula dipromosi  ke peringkat antarabangsa secara konsisten.

Fahaman liberal, hak asasi manusia, hak sama rata dan lain-lain fahaman human-centric diserap masuk ke dalam minda manusia. Ia dilaksanakan dengan resipi yang cukup mudah, murah tetapi sangat menguntungkan dari segi ekonomi dan perang saraf iaitu melalui promosi budaya jalanan berorientasi hiburan.

Perkembangan budaya hippies (kemuncak pada 1960 hingga 1979) adalah contoh paling mudah dan paling dekat. Hippies bermula sebaik sahaja tamat WW2. Sebelum dan semasa WW2, situasi tegang di Eropah dan Amerika menyebabkan manusia hidup dalam keadaan tidak bebas kerana terdedah kepada risiko peperangan.

Namun setelah tamat WW2, mereka akhirnya menikmati kebebasan dan mahu mengajak manusia hidup aman tanpa peperangan supaya dapat melakukan apa sahaja yang dimahukan tanpa perlu takut-takut lagi kepada risiko berperang.

Ketika itulah, fahaman liberal dimasukkan secara besar-besaran ke dalam minda setiap manusia. Apabila liberal dimasukkan, fahaman hak sama rata dan hak asasi manusia yang melampaui batas akan masuk dengan sendirinya tanpa perlu disumbat-sumbat lagi ke dalam lubang telinga yang bersambung ke otak.

Sewaktu budaya hippies dalam tahun-tahun kemuncaknya, lelaki dan wanita bebas mandi berbogel bersama-sama di sungai-sungai dan itu yang mereka katakan sebagai kebebasan hak asasi manusia yang menyeronokkan dan patut dinikmati oleh semua manusia yang mencintai keamanan kerana tiada lagi peperangan. Tiada peperangan itu membawa maksud mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka.

Jadi, apa maksud NWO yang sebenarnya? Apa yang dimaksudkan dengan ‘order’ yang satu itu? Apakah new order of the world itu?

NWO terlaksana sebaik sahaja fahaman liberal diterima oleh manusia. Liberal yang macam mana wahai tuan-tuan, puan-puan, dato-dato, datin-datin, pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua? Liberal yang macam mana?

Liberal yang menolak semua kewarasan dengan memusatkan semua kehendak manusia sehingga menyisihkan batas-batas. Liberal yang mengheret manusia ke dalam kancah sekular. Walau ikut arah mana sekali pun liberalism itu berjalan, ia akan membawa manusia ke arah sekular. Walau sesedap mana pun slogan itu dibunyikan, ia tetap mengheret manusia ke arah sekular.
-----


Mitt Romney, nama yang sedang meningkat naik di persada politik Amerika dan dijangka akan menamatkan mandat yang sedang disandang Barrack Obama bagi jawatan Presiden.

Obama diperlihatkan oleh media-media pro-Zionis di Amerika sebagai presiden yang tidak efisien dalam menyelesaikan konflik dunia. Walaupun dalam sesetengah isu yang mana Obama dilihat terpaksa memenangkan Israel (termasuk menghadiahkan peluru berpandu dan kelengkapan perang kepada Israel pada setiap tahun), namun ia tetap memberi persepsi negatif dari kalangan ‘kumpulan penentu kerusi presiden’ yang dikawal kelompok Zionis Amerika setelah mereka mengambil kira isu-isu yang lain.

Kumpulan penentu kerusi presiden pula ialah terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai keanggotaan di kalangan para pengundi, keanggotaan mereka pula mampu mempengaruhi keputusan majoriti secara demokrasi. Kumpulan-kumpulan itulah yang akan menjadi penentu kepada keputusan sesebuah pilihanraya presiden di Amerika. Jika dikatakan keputusan pilihanraya di Amerika dirancang oleh kelompok tertentu, maka ia benar. (rujuk artikel; The Pillars).

Pertalian Romney dengan Zionis adalah sangat rapat. Lebih rapat daripada George W.Bush, lebih rapat daripada Roosevelt, lebih rapat daripada presiden-presiden Amerika yang sebelum ini. Bloodline Romney adalah antara yang paling tulen di kalangan keturunan-keturunan yang dipercayai Zionis sejak zaman berzaman.

Kemenangan Romney untuk duduk di bilik utama White House (The Temple) adalah sudah dijangka berdasarkan perkembangan semasa di Amerika sekiranya anda meneliti ‘permainan-permainan’ yang telah dan sedang dimainkan oleh kumpulan-kumpulan penentu kerusi presiden. Imej jahat Amerika sudah di-friendly-kan sedikit dengan meletakkan Obama buat seketika sebelum digantikan dengan orang yang ‘sepatutnya’ iaitu orang yang memenuhi citarasa nafsu buas Zionis.

Apabila Romney menduduki kerusi Presiden, maka penggalnya yang bermula pada tahun berikutnya akan menyaksikan perubahan besar dalam persekitaran politik dunia. Romney bijak memainkan ‘working-class environment’ (rujuk artikel: Working Class Environment) dan juga bijak memanipulasi setiap faktor yang akan mempengaruhi kumpulan penentu.

Sementara sumber-sumber yang lain pula memaklumkan bahawa negara haram Israel akan melakukan sesuatu yang lebih melampau apabila Romney menduduki kerusi presiden di Amerika.

Manakala proksi-proksi Zionis dan Amerika di seluruh dunia akan digerakkan dengan cara yang agresif untuk membawa NWO masuk ke gelombang kedua.

Gelombang kedua ialah perubahan besar di mana penduduk dunia bukan hanya dikuasai secara mind-control yang berjenama liberalism dan sekularism semata-mata, tetapi ia adalah perubahan yang akan mengheret dasar-dasar beberapa negara sasaran supaya dasar-dasar itu menepati kehendak Zionis dan Amerika tanpa mereka perlu melakukan penjajahan secara fizikal. Kata lainnya, dijajah secara polisi atau dasar.

Kita sememangnya sedia tahu bahawa liberalism dan hak sama rata serta hak asasi manusia diangkat tinggi oleh sebilangan kumpulan yang bergerak dalam modus politik. Politik menjadi platform yang ampuh dalam mengangkat liberalism dan fahaman-fahaman iringan yang bergerak bersama dengannya.

Kelompok-kelompok yang mengangkat hak liberal ini pula sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang boleh menjayakan cita-cita mereka. Kalau kampung sebelah sini ada lebih separuh kumpulan liberalis, dan kampung sebelah sana pula ada kurang separuh kumpulan liberalis, maka mereka sanggup berjuang bersama-sama menjadikan dua kampung mereka itu sebagai satu kampung yang baharu kalau dengan cara itu sahaja yang mampu menjadikan semua orang di kedua-dua kampung itu dapat menjalani hidup liberal sebagaimana yang mereka mahu.

Namun, pelaksanaan NWO dalam konteks liberalism dan sekularism itu sudah lama berlangsung dalam gelombang pertama. Manakala gelombang kedua pula ialah satu perubahan besar yang anda tidak akan dapat menyangka. The-right-man (bukan The-Man) yang akan melaksanakan gelombang kedua itu adalah Romney (andai mesej yang diterima ini menjadi kenyataan).
-----

Gerakan-gerakan bawah tanah dalam kerajaan Amerika (ia juga masalah yang ditanggung presiden) melangkaui banyak urusan yang mempengaruhi perkembangan dunia. Senjata dan kelengkapan perang sentiasa dibekalkan ke Asia Barat dan negara-negara Arab untuk mencipta ketegangan.

Dalam masa yang sama, dana-dana kewangan (termasuk dana perang) juga dibawa masuk secara laundered (rujuk artikel: Money Laundering) ke negara-negara sasaran yang ingin ditegangkan. Gerakan-gerakan bawah tanah ini pula digerakan oleh kumpulan-kumpulan yang tidak terikat dengan keputusan kerajaan Amerika, kata lainnya ia digerakkan oleh kumpulan-kumpulan yang mempunyai misi tersendiri iaitu misi yang terpisah daripada keputusan kerajaan Amerika sendiri.

Gerakan-gerakan ini juga menjadi faktor kepada gelombang kedua NWO. Iaitu antaranya ialah untuk mengangkat proksi-proksi menjadi pemimpin di negara-negara sasaran sebagaimana yang anda semua sedia maklum supaya menerima pakai polisi-polisi yang mendukung NWO secara lebih efektif, iaitu lebih hampir kepada taklukan fizikal walaupun tidak kelihatan seperti ditakluk secara fizikal.

Gelombang kedua akan memperlihatkan situasi yang lebih agresif di kalangan proksi di seluruh dunia untuk membina rejim mereka. Rejim-rejim yang berpaksi kepada nafsu Amerika dan Zionis itu pula akan merombak segala dasar supaya lebih bersifat human-centrism.
----

Perkembangan dunia pada masa kini memperlihatkan satu per satu negara mengalami konflik dalaman yang dipengaruhi faktor politik. Terma lain, pergolakan politik.

Agensi berita Fox News sejak Mac hingga Ogos melaporkan, beberapa pertubuhan yang bergerak secara global telah disahkan menjadi penyalur dana kepada gerakan-gerakan politik di negara-negara Arab bagi menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan baharu yang lebih mendatangkan keuntungan kepada kumpulan pemberontak yang menerima fahaman liberal sebagaimana yang dikongsi sesama mereka.

Dalam laporan yang lain pula, diperincikan bahawa setiap negara Arab yang berjaya diubah kerusi politik akan dipusatkan kepada satu autoriti baharu bagi menstrukturkan semula negara-negara berkenaan. Penstrukturan itu pula akan memberi ruang kepada Israel supaya diterima baik oleh negara-negara Arab yang disusun semula itu, jadi apa tandanya dan bila ia akan dilaksanakan?

Romney (dijangka) naik ke kerusi presiden dan dia adalah nama yang kerap disebut dalam Mesyuarat Kabinet Israel sebagai orang yang paling dipercayai untuk memberi jaminan kepada kestabilan Israel di rantau sebelah sana.

Maka, sudah pasti ada proksi-proksi Israel di Amerika yang menggerakkan rancangan untuk mempengaruhi kumpulan penentu supaya menjamin kemenangan Romney. Kumpulan penentu itu pula digerakkan oleh golongan Zionis dan sebilangan pula adalah golongan yang memperjuangkan hak liberalism human-centric.

Romney sesudah menang pilihanraya sudah semestinya menggalas harapan Israel untuk menguruskan kepentingan Zionis di Asia Barat.

Kepentingan Israel di Asia Barat bukan hanya melibatkan negara-negara Arab di rantau sebelah sana semata-mata, malah ia melibatkan seluruh dunia Islam di lain-lain benua termasuk di rantau Afrika, sebahagian Eropah dan Asia sebelah sini.

Bagi menjamin kepentingan Israel di Asia Barat, maka negara-negara Islam wajar dijamin tunduk melalui proksi-proksi yang dipercayai. Ia sebagaimana polisi Mesir terhadap Israel yang berubah sejak Hosni Mubarak menduduki kerusi presiden, ia boleh dikatakan sebagai eksperimen awal yang dilakukan Israel dengan menjadikan Mubarak sebagai prototaip. Eksperimen yang sangat berjaya dengan jangka hayat yang sangat lama dalam menjamin kepentingan Israel.

Dalam gelombang kedua ini, setiap kelemahan prototaip terdahulu akan diperbaiki. Proksi-proksi dibekalkan dengan pengetahuan pentadbiran licik yang lebih berkesan bagi tidak mengulangi kesilapan prototaip terdahulu.

Prototaip terdahulu memang melakukan kerja menjamin kepentingan Israel, namun terdapat kesilapan-kesilapan yang dilakukan sehingga menimbulkan ketegangan. Biarpun berlaku ketegangan (Arab Spring) yang memberi ancaman kepada prototaip-prototaip, ia sebaliknya dijadikan peluang untuk mencipta kuasa kepada proksi-proksi baharu. Ia adalah menukar ancaman kepada peluang. Menjadikan ancaman itu sebagai peluang.

Semangat Arab Spring digunapakai oleh proksi-proksi untuk mencipta ketegangan baharu di negara-negara berbeza, dana pula diperolehi daripada pertubuhan-pertubuhan yang berfungsi sebagai the pillars. Sekiranya berjaya, proksi-proksi itu akan diangkat menjadi ketua dan mengubah setiap polisi yang tidak menguntungkan Israel dan Zionis.

Tidak perlu diperinci dengan lebih mendalam kerana perkara sedemikian sudah sedia maklum oleh kebanyakan orang yang mengikuti perkembangan dunia. Bagaimanapun, taktik-taktik sedemikian hanya sebagai mukadimah kepada gelombang kedua.


Dunia tidak kiamat pada penghujung 2012.
Tetapi, adakah anda tahu apa yang akan berlaku kepada dunia pada tahun 2013?

Sesungguhnya, kami di sini tidak ada perkataan yang sesuai untuk menjadikan anda sebagai orang-orang yang faham dengan setiap yang akan berlaku pada masa itu.



Yang perlu anda ketahui ialah...







-DRIFTER-



.

20 Sept 2012

Politik mind game: Maskot simpatisan


Maskot politik simpatisan


MASKOT ialah objek yang dijadikan lambang untuk mengingatkan orang ramai terhadap sesuatu perkara yang lain. Dengan adanya maskot, minda orang ramai lebih mudah dihalakan ke arah perkara yang dimaksudkan itu termasuk segala definisinya (definisi perkara yang yang dirujuk itu) sekali. Apabila setiap kali maskot dipamerkan kepada orang ramai, minda mereka akan terus tertumpu kepada perkara itu tanpa perlu diulang ingat berkali-kali mengenai perkara yang sama.

Apabila dipamerkan si badut yang bernama Ronald, pemikiran dan minda orang ramai akan terus tertumpu kepada McDonald. Apabila dipamerkan Kolonel Sanders, minda orang ramai akan tertumpu kepada KFC. Begitu juga apabila dipamerkan imej kuda jantan (stallion) yang berdiri dengan dua kaki, orang akan ingat Ferrari. Imej lembu jantan sedang naik minyak mahu menanduk (raging bull) pula mengingatkan orang ramai kepada Lamborghini.

Maskot boleh jadi sebarang benda, logo, imej, binatang atau orang yang akan mengingatkan orang ramai terhadap sesuatu perkara yang lain tanpa perlu diulang-ulang memberitahu bahawa itu ialah untuk memaksa anda mengingati McDonald, KFC, Ferrari atau Lamborghini.

Simpati pula ialah perasaan belas kasihan yang bermain atau dimainkan dalam kantung emosi yang ditujukan kepada seseorang, sekumpulan orang atau boleh jadi sebarang isu yang dijadikan perkara. Simpatisan pula ialah orang-orang yang mengharapkan simpati. Dalam konteks politik pula, ia bertujuan untuk mendapatkan undi simpati atas dasar simpati.

Manakala maskot simpatisan  merujuk kepada maskot yang sengaja dipergunakan untuk dipamerkan, dipopularkan atau ditonjolkan kepada orang ramai bagi tujuan mendapatkan simpati terhadap orang yang mempergunakan maskot tersebut atau terhadap maskot itu sendiri.

Katakan sebuah kempen menyelamatkan hutan yang menggunakan anak harimau (tiger cub) yang patah kaki atau yang kurus kering atau yang tidak terurus sebagai maskot. Minda orang ramai akan segera berputik rasa simpati terhadap anak harimau tersebut setiap kali maskot itu dipamerkan dan menggerakkan hati orang ramai supaya tidak memusnahkan hutan bagi memastikan habitat serta keselamatan pelbagai spesies haiwan liar termasuk harimau tidak terancam akibat kemusnahan hutan.

Itu dari segi kempen menyelamatkan hutan. Bagaimana pula kalau seseorang ahli politik mahu atau sedang menggunakan maskot dalam memastikan karier politiknya terjamin?

Sebenarnya, maskot politik simpatisan sudah lama digunakan. Perlu diingat sekali lagi, maskot itu boleh jadi apa sahaja. Boleh jadi orang, boleh jadi binatang, boleh jadi kereta, rumah, bas atau sebagainya.

Apa sahaja perkara, boleh dipergunakan bagi memutikkan rasa simpati orang ramai.
-------

Seperti biasa, anda yang selalu membaca Umat Terakhir sudah terbiasa dengan  kewajaran untuk meneliti kes-kes yang bersangkutan sebelum masuk kepada topik yang hendak dijelaskan.

Kajian kes (seelok-eloknya anda perlu membuat ulangkaji penelitian kes-kes dengan sendiri) wajar dibuat bagi membolehkan gambaran terhadap sesuatu perkara dapat timbul dengan lebih mudah.

Tanpa pembayang, anda tidak akan mampu membuat sebarang tekaan terhadap perkara-perkara yang tidak anda ketahui dengan jelas. Tetapi sekiranya anda tahu apa yang perlu dilakukan, anda sebenarnya tidak lagi perlu membuat tekaan kerana anda akan dapat jawapannya.

Tekaan hanya dibuat oleh orang-orang yang tidak tahu jawapan. Jika anda sudah dapat jawapannya, anda tidak perlu lagi membuat tekaan, sebaliknya anda sudah boleh mengangkat tangan dan memberikan jawapan.

Untuk menngetahui berapa biji kacang hijau yang bercampur dengan gula-gula dan juga bola tenis di dalam sebuah akuarium yang tidak diisi dengan air, anda pertama sekali harus tahu berapa jumlah tepat kacang hijau yang ada dalam setiap kubik.

Kalau anda malas mencari jawapan, anda hanya mampu membuat tekaan yang seperti melepaskan tembakan secara rambang, mangsa yang terkena tembakan pula boleh jadi sesiapa sahaja yang tidak sepatutnya ditembak tetapi belum pasti anda dapat menembak sasaran yang sebenar. Tetapi jika anda tahu mengira dan mencari jawapan, anda tidak perlu lagi meneka, anda boleh terus memberi jawapan berapa biji kacang hijau semuanya.

Maka, akuarium yang diisi dengan campuran kacang hijau, bola tenis dan gula-gula itu harus dikecilkan skalanya kepada kubik-kubik kecil yang mengandungi sejumlah tertentu sebelum mendapatkan jumlah keseluruhan apabila didarab dan ditambah setiap pemboleh-ubah (mathematical variables) dalam persamaan kubik tersebut.

Katakan, dalam satu kubik itu terdapat 8 biji gula-gula dan sebiji gola tenis dan selebihnya ialah kacang hijau. Manakala dalam kubik yang lain pula terdapat 3 biji gula-gula dan tiada bola tenis dan selebihnya ialah gula-gula. Kubik yang lain pula, terdapat 2 bola tenis, tiada gula-gula dan selebihnya ialah kacang hijau. Dengan itu, difahami bahawa setiap kubik itu terdapat masalah-masalah (keadaan pemboleh-ubah) berlainan untuk mendapatkan bilangan sebenar kacang hijau. Maka, angka pemboleh-ubah terhadap setiap kubik itu berbeza-beza. Jawapannya pula akan muncul dengan sendiri apabila setiap masalah pemboleh ubah dalam setiap kubik itu dapat diselesaikan dan bilangan kacang hijau yang disandarkan kepada simbol Y itu memperoleh nilainya.

Walaupun kebiasaan persamaan kubik diguna dalam menghitung cecair, ia masih boleh digunapakai sekiranya anda bijak memanipulasi persamaan tersebut untuk dipadankan dengan masalah (pengiraan bahan pejal) yang dihadapi.

Kemahiran manipulatif adalah sangat diperlukan dalam meneliti serta memperhalusi untuk memahami perkara-perkara lain dengan lebih mudah. Ini sekadar contoh walaupun kita tidak perlu menggunakan persamaan kubik itu untuk memahami maskot politik simpatisan. Ingin menjadikan anda faham ialah mengenai kewajaran melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih dapat mendekatkan kita kepada jawapan.

Jadi, untuk mendapatkan bilangan sebenar kacang hijau tadi, anda wajar mempunyai kemahiran manipulatif dalam memanipulasi sebarang kaedah sesuai yang boleh membawa anda kepada jawapan. Mengapa perlu ada kemahiran manipulatif? Ia kerana orang yang menggunakan maskot dalam mencapai maksudnya juga (termasuk memperdaya orang ramai melalui maskotnya) ialah orang-orang yang manipulatif, iaitu orang yang bijak melakukan manipulasi dengan memanipulasi maskotnya bagi tujuan untuk mendapatkan simpati anda.



Anda adalah pawn, maskot juga adalah pawn.

Terlebih dahulu, mohon maaf kerana Umat Terakhir sekali lagi mengunakan senario Perang Dunia Kedua (WW2) untuk dijadikan bahan kes. Ia juga dipilih kerana WW2 adalah satu bencana besar akibat tangan manusia yang mana tarikh perang besar itu pula tidak terlalu jauh daripada latar masa kita hari ini.

Disebabkan tarikh masa WW2 tidak jauh daripada latar masa kita hari ini, maka bahan kes mind game dalam modul propaganda psywarfare daripada peristiwa itu diambil untuk memudahkan pemahaman anda.

Umum yang gemar menjejak plot konspirasi mengetahui, motif WW2 ialah untuk memberi laluan kepada Yahudi Zionis mendirikan negara haram Israel. Dalam kepentingan lain pula, ia adalah plot untuk memberi kuasa yang lebih besar (veto) kepada Amerika dalam merencanakan perjalanan urusan keduniaan (secara keseluruhan).

Ingat semula, maskot boleh jadi apa sahaja. Boleh jadi orang, binatang atau juga isu.

(Kita ambil di permukaan / surface sahaja) Menjadi maskot untuk tatapan dunia (khususnya Eropah, pada waktu WW2 itu) ialah nasib Yahudi (kononnya tidak kira siapa sahaja asalkan menepati definisi Yahudi termasuk Yahadut Mizrah) yang dilaporkan menderita akibat penindasan yang dilakukan Nazi Jerman. Yahudi dijadikan maskot simpatisan dalam WW2.

Apabila sebutir pawn menduduki petak yang sebaris dengan buah-buah bangsawan (elites: king, queen, bishops, knights, castles), buah pawn tadi akan berubah bentuk menjadi buah catur yang lebih berkuasa.

Pawn ialah buah catur yang mana pemain catur berasa tidak kisah sangat kalau ia terkorban. Namun, apabila kedudukan pawn berjaya bergerak sehingga berada di petak yang sebaris dengan buah-buah bangsawan, ia akan menguntungkan si pemain catur.

Dalam WW2, Yahudi (dijadikan pawn dalam konteks ini) yang turut dijadikan maskot itu telah berjaya bergerak ke petak objektif dan menjadi lebih berkuasa. Jadi, siapakah yang menjadikan Yahudi semasa WW2 sebagai maskot dan pawn? Yahudi sendiri yang menjadikan diri mereka sebagai maskot? Kalau jawapan ya, Yahudi yang macam mana?

Cukup sahaja di situ kita mengambil contoh daripada senario WW2. Ingin dijelaskan ialah bagaimana maskot itu digunakan dalam mencapai objektif pihak-pihak yang mempergunakan maskot-maskot demi kepentingan mereka. Dalam kawah busuk politik, maskot turut diguna pakai secara meluas.

Maskot politik simpatisan ialah maskot yang dipergunakan untuk mendapatkan undi simpati orang ramai.

Maskot tersebut perlu dijalankan (dipergunakan) dengan amat baik dalam memastikan sang manipulator tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang menjatuhkan kredibilitinya. Kesilapan mengawal mascot akan menyebabkan kerugian besar kepada manipulator.

Ada manipulator yang membawa atau menjaja kebaikan isterinya, suaminya atau keluarganya supaya mendapat kepercayaan orang lain. Ada manipulator menjaja segala ancaman yang dihadapinya kononnya akibat hasad dengki sang musuh politiknya supaya mendapat simpati daripada orang ramai. Itu adalah maskot-maskotnya. Dalam politik machiavelli, semua perkara akan sanggup dilakukan demi mendapat kepercayaan serta undi.

Dalam keadaan tertentu, setiap ahli politik juga akan muncul dengan isu masing-masing. Maka, isu itu juga adalah maskotnya. Bukan hanya orang yang boleh dijadikan maskot, malah setiap perkara boleh dijadikan maskot sekiranya seseorang itu bijak melakukan manipulasi untuk melancarkan propaganda dalam psy-war. Ia tentu sekali berkaitan isu-isu yang boleh menimbulkan simpati orang ramai.

Simpati adalah kata kuncinya. Maskot pula adalah subjek atau pada waktu lain pula menjadi objeknya.

Kalau diperhalusi dengan cermat, anda akan dapati bahawa diri anda juga dijadikan maskot. Sekurang-kurangnya pernah dijadikan maskot sekalipun sudah tidak diperkudakan untuk dijadikan maskot. Kerana apa? Kerana anda juga adalah pawn.

Ingat, pawn ialah buah catur yang jenisnya tidak kisah sangat apabila ia terkorban. Ada manipulator yang menggunakan orang ramai sebagai maskotnya. Kesusahan hidup yang dialami oleh orang ramai pula ialah ‘modal’ untuk menarik simpati supaya dapat memberi kepercayaan kepada manipulator.

Katakan manipulator itu mendekati anda dan menunjukkan sikap seolah-olah mahu memahami kesusahan yang anda alami. Kemudian, manipulator itu menegaskan bahawa masalah yang anda alami itu adalah disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan orang lain sehingga mengakibatkan anda menanggung derita.

Manipulator itu kemudian mengajak anda melawan orang yang dikatakan penyebab kepada kesusahan yang anda alami, untuk menyingkirkan orang yang dikatakan sebagai penyebab kepada kesusahan yang anda sedang alami. Apabila itu berlaku, ia bermaksud si manipulator itu sedang berusaha untuk memanipulasi diri anda.

Bilamana anda terpengaruh dan menurut segala kemahuan manipulator, ia membawa erti bahawa anda sedang dimanipulasi.

Ia seperti manipulator itu masuk ke dalam perahu yang ada sedang berada di atasnya. Sama seperti cuba memahami masalah anda, kononnya. Manipulator itu hanya memberi kata-kata terpilih untuk mempengaruhi minda anda.

Apabila anda terpengaruh, ia juga sama seperti anda mula mengayuh perahu itu untuk pergi ke tebing di seberang sana dengan meninggalkan tebing di seberang sini. Ia kerana pergi ke tebing di sebelah sana adalah matlamat yang dimahukan manipulator ke atas anda. Sang manipulator itu pula menikmati keseronokan apabila menaiki perahu yang anda kayuh. Anda mengayuh perahu untuk kesenangan manipulator. (rujuk artikel Mind Control Dalam Politik di blog ini).

Manipulator pula melakukan perkara yang sama ke atas orang lain. Jadi, kesusahan yang dialami oleh anda dan orang lain dijadikan modal seboleh-bolehnya, dijadikan maskot, untuk mendapatkan simpati. Apabila anda bersimpati terhadap diri anda dan orang lain akibat persepsi yang ditaburi oleh manipulator supaya membenci atau memusuhi sekelompok individu yang lain yang pada kiasannya memberi kelebihan kepada manipulator itu sendiri, bukan disebabkan oleh faktor lain yang lebih masuk akal, ia bermaksud anda sedang di-maskot-kan, seluruh hidup anda sedang dijadikan maskot yang akan mengingatkan anda kepada manipulator, iaitu manipulator yang memberi jaminan untuk kononnya mengubah hidup anda sekiranya anda bersama-samanya.

Walhal, anda tidak memerlukan manipulator itu kerana anda boleh menolong diri anda sendiri supaya tidak mudah dipergunakan oleh manipulator yang sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan setiap kekurangan yang anda miliki.
----

Ingat, pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bekerja keras untuk kebaikan semua orang. Bukan pemimpin yang mahu anda menjadi alat (maskot) untuk mencapai kepentingan cita-citanya semata-mata.

Pemimpin yang baik juga ialah pemimpin yang mengajar nilai-nilai murni kepada pengikut-pengikutnya supaya tidak melampaui batas dalam berkelakuan. Bukan pemimpin yang mengajar pengikut-pengikutnya menjadi orang-orang yang melakukan kerosakan dan membenci orang lain.

Lihatlah kelakuan luar batas yang dilakukan dan pernah berlaku di luar sana, fikir sejenak, adakah itu yang diajar oleh ketua-ketua mereka? Tidak mustahil anak-anak anda juga akan berubah menjadi kurang ajar sekiranya dirasuk pemikiran mereka oleh ketua-ketua seperti itu. Adakah anda mahu anak-anak anda nanti menjadi orang yang kurang ajar akibat dirasuk pemikiran mereka oleh hasutan-hasutan ketua-ketua seperti itu?

Ingat, pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mengajar pengikutnya menjadi manusia yang baik. Ia kerana sudah jelas mana yang baik dan mana yang buruk.

Pemimpin yang tidak baik akan sentiasa mengharapkan maskot-maskotnya untuk menjadi alat meraih simpati supaya dapat terus ‘hidup’ dalam periuk nasi politik. Tanpa simpati, ia akan mati.


Maskot...

Perhatikan di sekeliling anda, lihat, apakah yang sedang dijadikan maskot.

It is a mind game..

 Watch out



-STALKER-


.

7 Sept 2012

Warkah ketiga


 Surat untuk bangsa: Pantun tiga puluh enam



Surat ditinta berangkap pantun,
Moga di hati semat tertanam,
Maaf kalau bahasa tak santun,
Inilah pantun tiga puluh enam.

Pantun tiga puluh enam;

Anak muda jiwanya kosong,
Isilah dengan semangat perkasa,
Jangan digalak perkara terpesong,
Nanti boleh meruntuh bangsa.

Anak muda kosong jiwanya,
Seperti tikus di dalam kotak,
Kotak diketuk mencicip bunyinya,
Itulah tanda dia berontak.

Jiwa yang kosong perlu diisi,
Seperti minyak kemas ditatang,
Ilmu berguna buat penyeri,
Baharulah jadi orang yang matang.

Tiada ilmu tersesat jalan,
Lorong gelap dikatakan cerah,
Bagai orang hilang pedoman,
Sudah terhantuk baharu terngadah.

Kalau terhantuk kemudian terngadah,
Itu petanda belum terlambat,
Elok dibuat perkara berfaedah,
Baharu kita mendapat manfaat.

Buatlah perkara beri manfaat,
Jangan dibuat yang dapat musibah,
Kepada yang tua wajarlah hormat,
Baharulah berkat bertambah-tambah.

Elok dijaga tingkah dan tutur,
Biar berkias jangan menyeksa,
Benarlah kata orang berumur,
Budi bahasa melambang bangsa.

Waktu berjalan tunduklah badan,
Kalau melintas orang berusia,
Elok bersopan hulurkan tangan,
Barulah aman hidup di dunia.

Jadi biadap janganlah pernah,
Tidaklah rugi kalau bersopan,
Sungguh busuk hati bernanah,
Perit dibalas lepas dikafan.

Aurat diberi untuk dijaga,
Bukan untuk dibuka siar,
Sungguh manis tempat di Syurga,
Kerana mendiri tegaknya syiar.

Jangan dituduh mengata pun jangan,
Memfitnah usah sekali-kali,
Nanti dihulur di kiri tangan,
Kerana dosa sudah dibeli.

Janganlah jadi orang yang bakhil,
Zakat sedekah wajiblah kamu,
Berbuat salah kerana jahil,
Itulah perlu jadi berilmu,

Mencari ilmu janganlah malas,
Carilah sampai ke negeri China,
Baik buruk semua berbalas,
Jadilah kita orang berguna.

Masa tidak pernah menunggu,
Kalau tertinggal rugilah kita,
Jahil itu bagai dibelenggu,
Seperti orang matanya buta.

Kalau buta melihat dunia,
Carilah tongkat buat berjalan,
Jangan terlalu mengejar harta,
Sampai terlupa baiki amalan.

Kalau hendak miliki harta,
Usahalah sampai ke tulang putih,
Jangan hanya tahu meminta,
Kalau tidak berterima kasih.

Jangan terbuai hidup yang senang,
Kalau tak sedia waktu merana,
Nasihat orang jangan dibuang,
Nanti kelak tidak ke mana.

Hidup merana saat di dunia,
Andai tidak berkasih sayang,
Kalau mahu bahagia di dunia,
Ibu dan ayah jangan dibuang,

Kasihlah ibu sayanglah ayah,
Jangan buat mereka kecewa,
Ciumlah ibu hormatlah ayah,
Selagi mereka masih bernyawa.

Beza manusia dengan binatang,
Letak di akal bukan di rawan,
Ikrar Demang di Bukit Siguntang,
Daulat raja jangan dilawan.

Jangan pernah jadi derhaka,
Daulat raja dicerca jangan,
Kalau mahu jadi merdeka,
Jagalah bangsa dengan tangan.

Tangan diguna ubah yang jahat,
Gunakan lisan kalau tak daya,
Tapi jangan berlaku khianat,
Kelak hidup tidak berjaya.

Kalau mahu jadi berjaya,
Moleklah buang rasa berdendam,
Janganlah pula ke mulut buaya,
Akibat dendam tak padam-padam.

Kita disuruh baik sesama,
Buanglah sengketa pilihlah damai,
Itulah perintah dalam agama,
Supaya kita menjadi ramai.

Kalau bersatu jadilah ramai,
Baharu kuat tidak dihina,
Bangunlah tidur janganlah mamai,
Kelak menyesal tidak berguna.

Kalau yang kafir keras kepala,
Pilihlah kawan sama akidah,
Janganlah galak menempah bala,
Nanti merana tak sudah-sudah.

Jangan ghairah membeli dunia,
Sampai menggadai emas di peti,
Kawan yang kafir hanya di dunia,
Saudara Muslim bawa ke mati.

Mati kelak semua ke kubur,
Dibawa hanya tiga perkara,
Bersatu umat masihlah kabur,
Walaupun hanya berpura-pura.

Tiada bersatu walau berpura,
Tetap menyombong mencaci herdik,
Itulah salah budi bicara,
Akibat yang dipilih tidak cerdik.

Kalau bertengkar biarlah cerdik,
Jangan bergaduh di depan anak,
Kalau mahu menegur adik,
Pilihlah bahasa yang lunak-lunak.

Ingatlah kalau berbuat silap,
Mengaku salah jangan takbur,
Berkhianat bangsa jadi malap,
Esok dikencing atas kubur.

Pesan untuk sesama bangsa,
Bangsa yang gemilang sejak silam,
Ingatlah pahit sama dirasa,
Sejak Melayu menjunjung Islam.

Maaf kalau terkasar bahasa,
Ini pesan ingat beringat,
Ingatlah wahai anak bangsa,
Moga kita berbuat manfaat.

Ingatlah pesan buat manfaat,
Eloklah kalau tersinggung terasa,
Kepada agama wajiblah taat,
Baharulah indah pekerti bangsa.

Kalau tersinggung di sebalik makna
Itu hanya gaya bahasa,
Ingatlah kalau dibadai pawana,
Janganlah lemah teruslah sasa.

Sasa itu segala makna,
Luar dalam baik belaka,
Lemah itu kuat menghina,
Kuat pula berbuat celaka,
Harap difaham segala makna,
Semoga kekal tanah pusaka.
-------

MELAYU itu tinggi budi bahasa, kalau  menegur berlapik kata. Dilapik dengan perumpamaan menyindir. Supaya hati tidak terasa, supaya tidak jadi pak pandir.

Santunnya Melayu dijaga adabnya, supaya tidak dikata orang. Kalau dilupa adab agama, di hujung nasib menjadi arang.

Bersopan santun, berbudi bahasa. Itu semua mungkin hanya akan jadi kisah silam bagi ketinggian budaya adab sopan orang Melayu. Hakikatnya, sudah ada kelompok-kelompok Melayu yang sudah semakin membuang segala adab sopan.

Dunia yang semakin moden mungkin menjadi salah satu penyebab terhadap punca segelintir Melayu meminggirkan adab susila. Terlalu terikut budaya jalanan yang hooligan dari luar negara, mungkin juga salah satu penyebabnya.

Kalau diperhalusi segala peristiwa baharu sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kita dapati terdapat faktor yang menjadikan segelintir orang Melayu berubah biadab.

Sudah ada yang secara terbuka menderhaka kepada raja. Ada juga yang secara terbuka mempersenda agama demi dunia. Lagi hebat menjadi pak turut menggadai maruah bangsa. Tersangat hebat dengan cetek fakta menipu sejarah lama.

Pasti ada pihak yang mengajar orang Melayu menjadi biadab, menjadi kurang ajar ketika berbicara, menjadi jengkel ketika berhimpun, menjadi celupar memaki hamun, menjadi dungu menimbang tara.

Orang yang mengajar orang Melayu menjadi biadab pula sudah pastinya orang berpengaruh. Kalau tidak berpengaruh, mana mungkin arahannya tidak diikut. Pasti ada ketua, pasti ada pemimpin mereka.

Seseorang pemimpin yang baik tidak akan tergamak mengajar para pengikutnya dengan perbuatan tidak baik. Kalau pemimpin suka memaki hamun, sudah tentu anak buah akan ikut sama. Jadilah mereka orang-orang yang kuat mengata lagi celupar mulutnya.

Seseorang pemimpin yang baik tidak akan tergamak mengajar anak buahnya melakukan perkara jelik. Kalau dibuat perkara jelik, akan runtuhlah ketinggian pekerti maruah bangsa yang ada agama.

Seseorang pemimpin yang baik tidak akan mengajar anak buahnya menjadi hilang harga diri. Seseorang pemimpin sewajarnya mengajar anak buahnya menjadi orang yang tinggi harga diri. Kalau anak buah membuat perkara jelik, elok dilarang sebelum lebih teruk menjadi-jadi. Kalau anak buah bercakap biadab, elok dilarang sebelum lebih teruk menjadi-jadi.

Namun, sang ketua hanya tahu seronok memerhati anak-anak buah membuat perkara jelik sesuka hati, tidak ditegah tidak dilarang, dibiarkan terus menjadi-jadi. Akibatnya malu bangsa sendiri kerana dituduh buruk perangai, apa sudah jadi?
------

Mahukah kita membiarkan anak-anak kita menjadi orang buruk perangai? Mahukah kita
membiarkan anak-anak kita dididik mindanya supaya jadi buruk perangai?

Diajar membenci orang itu, benci orang ini, dihambur kata caci maki. Orang Islam tidak
maki-maki. Agama tidak mengajar caci-maki, mengajar agama juga tidak elok mencaci-maki. Patut diajar budi pekerti. Sebab semua pasti mati. Jagalah pekerti.

Anak muda kosong jiwanya,
Ajarlah dengan budi pekerti,
Baharu aman hidup di dunia,
Syurga di sana pasti menanti.

Kalau diajar caci maki,
Buruk jadinya tiada pekerti,
Roh di dunia penuh berdaki,
Neraka di sana kelak menanti.

Jangan dicari guru yang silap,
Carilah guru pekerti bistari,
Supaya hati tak jadi gelap,
Mendapat cahaya penerang diri.

Jangan dicari ketua yang silap,
Nanti diajar berbuat jelik,
Perangai jadi kudis berkurap,
Pekerti baik tak dapat balik.

Sengaja pesan merangkai pantun,
Cara Melayu menyusun kata,
Pilihlah jalan penuh bersantun,
Supaya orang tidak mengata.

Bila kita - orang mengata,
Menjadi doa tunggu diangkat,
Balasan perit tidak terkata,
Bila doa di-amin malaikat.

Melayu itu menjaga adab santunnya. Saya cukup senang kalau bangsa lain menganggap
saya orang Melayu walaupun darah keturunan bercampur-campur.

Kalau saya berjalan-jalan di benua Barat sebelah sini setelah menjadi warganegara sebuah negara orang putih, pasti akan ada yang bertanya:

"Are you Asian? I think you from Middle East, you look like Arab or Jewish."

"Actually,  Melayu." saya balas.

Saya lebih suka menjawab saya orang Melayu, saya sebut Melayu dan bukan Malay. Kemudian mereka bertanya lagi, "What?"

"A great race from Tanah Melayu, then became Malaya, now Malaysia." saya balas lagi.

Seorang lelaki tua bekas pegawai kolonial Inggeris berkata kepada saya:

"Oh.. Onced known as Malaya of the Great British Empire. Malayu (dengan sebutan slanga me-lay-you). Onced the Malayu stood up politely but strictly out loud claim back for their country, we knew that they are civilized as their old history had told."

Itu sekadar apa yang dapat diingat. Sebagai pemberita, memang kena kuat ingatan untuk mengingat setiap apa yang orang kata.

Halusnya pekerti Melayu, masih dikenang oleh bekas-bekas pegawai penjajah, lalu mereka bercerita kepada cucu-cucu mereka. Baiknya hati orang Melayu, masih berbekas di hati bekas pegawai penjajah buat mereka berasa terharu.

Tegasnya Melayu menuntut hak raja, masih berlapik tata susila, tegas mengangkat maruah bangsa, tumpah darah dielak sebaiknya, tergamam penjajah bila Melayu bijak tidak pilih untuk berperang, bingung penjajah jadinya akhirnya berbincang cari sepakat kata, lalu diberi janji merdeka, tanpa darah tumpah ke dunia.

"Your people (Melayu) chose to be gentlemen, which was also meant that we were urged to be gentlemen. You had set the tempo, so we had to follow. Clever."

Bangsa penjajah pun tahu bangsa Melayu itu tinggi budi bahasanya, buat mereka terharu bercampur rasa, tidak tergamak mereka buat Melayu terus binasa kerana menghargai ketinggian budi bahasa walaupun mereka pernah berusaha melenyapkan kuasa raja-raja, lalu mereka beri janji merdeka. Itu hanya kata dari bekas pegawai penjajah, bukan daripada mulut peringkat tertinggi pihak penjajah.

Tapi sebab ada Melayu yang tidak mahu bersatu, memilih jalan sengketa sesama bangsa, berebut kuasa pangkat dunia, lalu penjajah membuka kata bicara merestui jalan golongan Melayu yang memilih jalan sengketa, British berkata tidak mengapa kalau berbeza, kerana itulah jalan porak peranda, sengketa sesama menjahanamkan bangsa. Berpecahlah Melayu menjadi dua, saat negara di ambang merdeka, British berkata tidak mengapa, kalau itu yang mereka minta.

Malangnya, semakin ada anak Melayu hari ini yang sudah mula belajar jadi biadab selepas diajar menjadi biadab. Biadab untuk menyemarakkan sengketa. British kata tidak mengapa, mereka tahu akan begini akhir jadinya. Sengketa Melayu bawa bencana, bangsa dan agama tidak ke mana.

Tangan yang harbi dibelai-belai,
Saudara sendiri dicaci maki,
Sedarlah cepat jangan terlalai,
Tangan sendiri sudah berdaki.

Berasa diri dah lebih gagah,
Sebab membelai tangan yang pandai,
Jangan cepat berasa megah,
Kalau dilayan seperti keldai.

Selalu bertengkar bak suami isteri,
Kalau bercakap perihal dapur,
Diamlah isteri – bila suami berdiri,
Sebab takut tak boleh campur.

Taat si isteri buang saudara,
Kerana kasih – semua turutkan,
Sedang hati terasa lara,
Taat segala yang bukan-bukan.

Demikian ibarat - buang saudara,
Kerana kasih suami sendiri,
Hanya diam mengenang sengsara,
Akibat buang saudara sendiri.

Saudara sendiri dituduh lemah,
Sebab tak kebulur berpimpin tangan,
Nanti suami halau rumah,
Akibat lalai kuat berangan.

Ingatlah wahai anak Melayu,
Jangan bersorak kampung tergadai,
Nanti merempat di hutan kayu,
Akibat suka menjadi keldai.

Seperti keldai membaca kitab,
Jangan diharap ia mengaji,
Jaga pekerti jadilah mantap,
Baharu cekal bila diuji.

Bila diuji oleh Pencipta,
Jangan jadi cepat melatah,
Kalau sengketa sesama kita,
Seronoklah musuh dapat meratah.

Jangan musuh dibuat kawan,
Sampai dicerca saudara akidah,
Nanti lemah tidak terlawan,
Tergadai semua menyesal tak sudah.

Perkara yang lepas biarlah sudah,
Rapatkan ummah berdamai sesama,
Baharulah yang sukar menjadi mudah,
Kerana taat kepada agama.

Agama menyuruh kita bersatu,
Itu perintah jangan disanggah,
Jangan dipilih jalan yang buntu,
Pilihlah jalan yang boleh dimegah.

Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat,
Dunia akhirat mendapat untung,
Umat bersatu - hati melekat.

Perkara yang lepas biarlah sudah,
Rapatkan ummah mari bersatu,
Demi agama bulatlah wadah,
Taat perintah dari Yang Satu.

Diperintah disuruh kita bersatu,
Supaya kita menjadi ramai,
Baharu musuh diam membatu,
Kerana kita saling berdamai.
-------

Sengketa yang lalu biarlah sudah.
Jangan disebabkan sengketa lama, lalu diajar dan digalak anak bangsa jadi biadab bermulut celupar hanya kerana mahu membalas dendam terhadap saudara sendiri.

Mahukah kita terus membiarkan anak-anak kita diajar mereka supaya berlaku biadab? Mahukah kita melihat anak-anak kita menjadi biadab di masa mendatang?  Mahukah kita menjadi bangsa yang biadab? Siapakah yang mengajar mereka menjadi biadab? Perlukah kita kepada orang-orang yang mengajar anak-anak kita menjadi biadab?

Biadab itu maksudnya tidak beradab. Perkataan peradaban terbit dari kata asal adab. Peradaban selari makna tamadun. Biadab membawa erti tidak bertamadun.


Biadab = Liberalism (Sekularism) + tak beradab.

Liberalism yang diperkuat dengan sekularism dan ditambah dengan cara hidup tidak beradab hanya membawa kepada hidup yang tidak bertamadun.

Runtuh adab sopan, maka runtuhlah tamadun.

Kos yang sangat besar untuk ditanggung oleh sesebuah bangsa yang pernah hidup bertamadun sekiranya berubah menjadi bangsa yang tidak beradab.

Islam mencorakkan tamadun umatnya, caci maki itu tidak beradab, caci maki itu tidak bertamadun, berbuat jelik itu tidak beradab, perangai jelik itu tidak bertamadun, sedangkan Islam itu mencorakkan tamadun.

Liberalism itu tidak beradab, sekularism juga tidak beradab.
Anda tahu mana yang beradab, mana yang bertamadun.



Sengketa yang lalu biarlah sudah.



- SHAHi-
Thirty-Third Street.

22 Aug 2012

Mind Game: School of propaganda

SALAM AIDILFITRI

SEJAK tarikh 1 Syawal yang jatuh pada hari Ahad lalu, anda semua sudah mula makan di siang hari selepas sebulan taat berpuasa. Makanlah dan bersyukurlah, tetapi berhati-hatilah dengan apa yang anda makan. Anda adalah apa yang anda makan. Anda juga adalah apa yang anda fikirkan. Minda anda juga memerlukan makanan, tetapi wajar diingat dan berhati-hatilah dengan apa yang minda kamu diberi makan.



--------

TIDAK ada perkara yang lebih mudah dalam merencanakan sesebuah plot yang melibatkan skala manusia dalam jumlah besar melainkan ia dijayakan dengan berkesan melalui kaedah mind control.

Dalam sekian banyak rangka kaedah menjayakan sesebuah konspirasi (mengikut kesesuaian keperluan-keperluan taktikal dalam menjayakannya), kaedah mind control adalah yang paling senang.

Kejayaan melakukan mind control (mengikut kesesuaian taktikal) diukur melalui kesediaan para mangsa (pengikut tegar) mengikut segala paten arahan atau daya fikir (infected with synthetic mind) yang telah dirancang dalam rangka yang terancang.

Terdapat sekian banyak skim dan modul mind control sedang digunakan para konspirator dalam usaha mengikat kesetiaan para mangsa supaya tunduk patuh terhadap segala arahan tanpa menyedari diri mereka diperalatkan secara optimum.

Skim-skim itu ada yang dijayakan secara berterusan sebaik sahaja mangsa berjaya diperdayakan melalui kaedah persuasive brainwashing.

Kebijaksanaan konspirator dalam melahirkan ucapan-ucapan yang mampu mempengaruhi minda para mangsa adalah kunci utama sebelum mangsa di-brainwash secara 'zalim'.

Zalim di sini pula bermaksud meletakkan sesuatu pada bukan yang haq iaitu meletakkan yang haq kepada yang bathil dan yang bathil kepada yang haq. Ia juga merujuk kepada meletakkan sesuatu persepsi (positif atau negatif) di bukan tempatnya yang sewajarnya.

Keadaan sedemikian berfungsi menjadikan minda terkeliru terhadap kebenaran yang sudah bercampur aduk dengan kebathilan.

Kesannya, minda para mangsa gagal memproses maklumat dengan baik disebabkan tingkat kewarasan telah mengalami gangguan (distortion/infection) akibat kelalaian mangsa itu sendiri dalam mengenalpasti segala ketidakwajaran yang dimasukkan oleh konspirator ke dalam tingkat akal para mangsa melalui ucapan-ucapan konspirator yang persuasif (berdaya mempengaruhi).

Secara ringkas, taktik di atas itu sudah banyak kali diterangkan di blog ini. Terdapat banyak taktik lain yang digunakan dan sesetengah daripada kita pula seperti merelakan ia diperlakukan terhadap kita serta keluarga kita.
--------

Perang Dunia Kedua (WW2) menyaksikan banyak taktik propaganda berbentuk persuasive, brainwashing, mind re-map dan mind control digunakan terhadap civillians (orang awam yang bukan dari kalangan anggota tentera).

Ketika WW2, golongan civillians kerap disogok dengan pelbagai maklumat propagandik (bermotif propaganda yang persuasif) bagi memastikan mereka memberi sokongan berterusan kepada pihak Nazi.

Jika di Jepun, golongan civillians sentiasa bertaat setia kepada perintah maharaja tanpa bantahan, keadaan di Jepun tidak sama seperti Jerman secara politik.
--------

Pihak Nazi Jerman merupakan antara kumpulan yang berjaya mengikat kesetiaan rakyat di Eropah semasa kempen WW2 bagi mendapatkan sokongan rakyat sebelum meniup semboyan peperangan, dalam kes ini ia semestinya di negara Jerman.

Di Berlin dan kawasan-kawasan berhampirannya pada sekitar 1938-1940, Nazi menjadikan pusat-pusat komuniti sebagai pusat propaganda.

Ia selalunya dalam bentuk sekolah rendah atau sekolah menengah tinggi, dan terdapat juga pra-sekolah bagi menjayakan rancangan menggilap kesetiaan rakyat Jerman terhadap Fuhrer.

"Pengikut setia adalah orang-orang yang tidak mempunyai sebarang masalah untuk taat kepada pemimpin." - Behaviours at War.

Jadi, bagi menjadikan para civillians di Jerman sentiasa bersedia untuk taat setia kepada Fuhrer dan juga dasar-dasarnya, maka kesetiaan itu dicipta dan diasuh secara mind control dalam skim propaganda yang terancang.

Di sekolah-sekolah, pusat komuniti dan bandar dan pinggir-pinggir bandar serta seluruh Jerman dibangunkan program mind control dalam menjayakan propaganda.

[Sekolah merujuk kepada 'aliran' , contoh; school of thoughts; tidak semestinya merujuk kepada pengertian sekolah yang sebagaimana diketahui maksudnya secara umum]

Hasilnya, kanak-kanak sekolah hingga golongan tua berjaya diubah dan dibentuk daya fikir mereka supaya menyokong dasar-dasar Fuhrer.

Ia adalah program yang pernah dilaksanakan di sekolah-sekolah bermula pra-sekolah hingga ke pusat-pusat komuniti yang dianggotai golongan dewasa.

Skim tersebut bukanlah program mind control yang seperti menangkap seseorang dan dihumban ke makmal untuk dimasukkan pemikiran-pemikiran preset bagi mengubah daya fikir mengikut kehendak mind controller, hakikatnya pemaksaan minda semacam itu memang ada.

Pun demikian dalam melaksanakan mind control dengan jaya tanpa melibatkan kos tinggi, maka program propaganda dalam bentuk asuhan minda menjadi pilihan utama Nazi Jerman semasa pra-WW2.

Sama ada sedar atau tidak, skim dan program yang sama masih diamalkan pada hari ini bagi tujuan yang sama, iaitu menyebarkan propaganda bagi menguasai minda untuk merekrut pengikut-pengikut setia.
-------

The Pillar of Propaganda

Jika mana-mana penggerak (seperti pertubuhan) yang bekerja dalam rangka kerja NGO berjenama global atau gerakan politik tempatan atau antarabangsa, iaitu yang mempunyai jaringan atau sekurang-kurangnya pernah mengambil nasihat daripada CIA atau Mossad dalam usaha mendapatkan lebih banyak sokongan, mereka sudah pastinya tahu akan 'tiang' atau pillar yang satu ini.

Tiang ini bukan seperti gerakan NGO-NGO berjenama hak asasi manusia yang bekerja untuk sekularis Zionis, tetapi ia adalah tiang yang lebih kecil daripada tiang-tiang itu.

Iaitu tiang-tiang kecil yang sekiranya ia tegak didirikan, ia akan membantu tiang-tiang sekularism yang nyata supaya dapat berdiri lebih teguh dalam merencanakan dunia yang mutlak sekular.

Tiang-tiang kecil itu juga ada yang didirikan atas nama agama walaupun dasar-dasar agama yang dijadikan asas itu tidak ditegakkan secara sewajarnya.

Asas agama yang dijadikan lantai untuk menegakkan tiang-tiang kecil itu pula tidak lebih daripada sekadar jenama. Dalam kes tertentu, agama hanya dijadikan alasan yang persuasif.

Agama adalah isu yang persuasif, iaitu yang mudah dijadikan alasan untuk menarik penglibatan manusia dalam meng-organisasi-kan ia.

Apabila agama di-organisasi-kan dalam keadaan ia tidak sewajarnya dijadikan sedemikian, maka prinsip-prinsip sesebuah agama yang di-organisasi-kan bagi tujuan keduniaan itu lazimnya terlerai akibat mengikut rentak sekular.

Dalam sesetengah kes, agama (secara zalim) dijadikan instrumen untuk meraih sokongan disebabkan ia (agama) mempunyai 'kekuatan' dalam menarik pengikut-pengikut setia.

Berdasarkan 'kekuatan' itu, agama menjadi antara perkara yang sangat berkesan bagi mengikat kesetiaan di kalangan pengikut.

Kes-kes ajaran sesat sebagai contoh, adalah antara perumpamaan paling hampir dalam menjelaskan keadaan sedemikian.

Malah, agama bukan sahaja dijadikan alat untuk mengikat kesetiaan pengikut, malah ia boleh pula dijadikan alat untuk sesetengah golongan memperoleh segala motif yang dihajatkan.

Kita bukannya mengatakan agama itu sebagai perkara yang mengikat manusia ke arah kerugian, tetapi sekadar menjelaskan betapa agama turut dipergunakan bagi tujuan kepentingan tertentu, iaitu bukan dengan tujuan mengangkat ketinggian agama itu sendiri.

Dalam kes-kes seperti itu, agama dipergunakan bagi tujuan yang tidak sewajarnya iaitu dengan mengheret kesucian agama ke dalam kancah kepentingan peribadi manusia.

Disebabkan itu juga, maka lahirlah pluralisme atas nama agama. Disebabkan itu juga, kesucian agama itu dicalit dengan fahaman liberal. Disebabkan itu juga, agama semakin ditelan sekularism.

Apabila agama dipergunakan untuk kepentingan peribadi sesebuah kelompok tertentu melebihi kepentingan mengangkat maruah agama itu sendiri, propaganda pula diperlukan untuk menarik perhatian dan kesetiaan sekelompok manusia yang lain. Seperti diterangkan, agama dipergunakan.

Jentera-jentera propaganda kemudian digerakkan dalam skim tersendiri, dalam kes tertentu pula ia digerakkan secara eksklusif.

Dalam gerakan propaganda eksklusif, ia pula melibatkan jaringan dalaman iaitu tanpa melibatkan kelompok luaran.

Jika dibina sekolah-sekolah propaganda pula, ia boleh jadi melibatkan jaringan dalaman semata-mata. Pengikut-pengikut (mengikut terma pemimpin-pengikut) pula menghantar anak-anak mereka ke sekolah propaganda.

Sekolah-sekolah propaganda ini bertindak 'memasukkan' elemen-elemen (juga disebut nilai/values) tertentu ke dalam tingkat minda.

Seperti di negara-negara komunis sebagai contoh, rakyat disogok dengan elemen propaganda bahawa negara-negara yang mengamalkan kapitalism itu melakukan penindasan terhadap rakyat mereka.

Secara halus, rakyat di negara komunis akan dibentuk supaya membenci dan menolak kapitalism secara bulat-bulat. Mereka diasuh minda supaya hanya melihat keburukan dan kebusukan kapitalism semata-mata sehingga tidak mampu melihat sisi positif di sebalik kapitalism.

Begitu juga yang berlaku sekiranya propaganda mengikut sekolah-sekolah itu disebarkan secara umum (tidak eksklusif) bagi menjadikan para pengikut berubah taksub mengikut 'nilai' yang dikehendaki oleh propagandis (penyebar propaganda).

Jika seseorang itu menghantar anaknya ke sekolah komunis, maka minda anak itu akan dikotorkan oleh pemikiran komunism, lalu mereka semasa membesar akan mencemuh mengata agama itu sebagai candu.

Jadi, apakah tujuan tiang-tiang kecil itu didirikan? Sudah tentu untuk meniup propaganda.

Terdapat sekian banyak tiang kecil yang mempunyai misi-misi tersendiri dan ketahuilah bahawa salah satu daripada sekian banyak misi itu ialah meniup propaganda supaya menjadi udara tercemar yang disedut oleh para mangsa.

Mangsa-mangsa pula menjadi seperti haiwan sembelihan yang mempunyai tekstur daging paling enak untuk dijamah oleh tuan-tuan mereka dengan lahap, daging mereka disalai dan lendir-lendir yang meleleh semasa disalai itu kemudian dimakan habis, darah mereka pula dihirup sehingga kering. Otak mereka dimakan mentah-mentah.

"Kalau mahu daging yang lazat, ajarlah ‘lembu-lembu’ makan gandum dan jagung sahaja, bukan diberi makan rumput kering." - File No. 6
-------

Sejak WW2 sehingga hari ini, sekolah-sekolah yang menyuntik dan meniup propaganda kekal wujud dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang menyelinap masuk ke dalam taktik-taktik politik bagi mengasuh pengikut-pengikut supaya menjadi tegar dan menjadi lebih dungu.

Mengapa ia menyelinap masuk ke dalam persekitaran politik? Ia kerana politik itu menjanjikan kuasa, manakala demokrasi itu pula menjanjikan huru-hara sekiranya ia tidak dipraktikkan dengan cukup matang.

Minda yang tidak matang adalah minda yang mudah dipengaruhi dan senang pula dimanipulasi. Minda yang tidak matang juga adalah minda yang kosong dan boleh dimasukkan atau disogokkan setiap apa sahaja asalkan ia dilakukan dengan cermat dan terancang.

Apabila seseorang itu dimanipulasi minda mereka sehingga tidak mengenal kewajaran dan tidak lagi mengenal kewarasan, ia menimbulkan persekitaran pemikiran yang sangat tidak teratur dan lagi meruntuhkan.

Disebabkan hilangnya kewarasan dan kewajaran dalam tingkat akal untuk berfikir secara sepatutnya, maka wujudlah keadaan serba tidak kena sehingga mereka tenggelam punca tanpa mereka sedari.

Keadaan mereka yang tenggelam punca tanpa mereka sedari itu pula tercipta disebabkan kegagalan mereka untuk berfikir secara yang sewajarnya. Sebab musabab itu sentiasa berlegar dan berputar dalam paksi yang teratur meskipun keadaan dan daya berfikir di kalangan orang-orang yang sudah rosak minda mereka itu adalah tidak teratur.

Dalam sesetengah keadaan, wujud situasi di mana sekelompok manusia menuntut hak itu dan ini dalam nada hak sama rata yang ditaja oleh istilah liberalism. Sesetengah tuntutan itu pula menggunakan slogan-slogan jenis people’s power (rujuk artikel: Infectious Slogans).

Namun apabila hak-hak yang wajar dipenuhi itu telah dipenuhi, maka isu pula yang timbul sehingga setiap keputusan yang diambil bagi memenuhi tuntutan itu menjadi serba tidak kena. Keadaan itu juga wujud apabila konspirator meniup propaganda baharu untuk mempengaruhi minda para pengikutnya yang dungu itu supaya kekal dalam keadaan sentiasa tidak bersetuju.

Disebabkan minda mereka telah atau sedang dikuasai sehingga ke tahap itu, kecelaruan pemikiran berubah kepada tahap yang lebih kompleks.

Kecekapan konspirator dalam mengawal minda para pegikutnya menjadikan para pengikutnya itu seperti lembu-lembu yang diberi makan gandum dan jagung, tetapi tidak diberi makan rumput kering. Daging para pengikutnya sudah tentu menjadi lebih sedap daripada lembu-lembu biasa yang hanya diberi makan rumput kering.

Semua itu terbentuk disebabkan para pengikut yang dungu itu sudah tidak mampu mendengar suara-suara lain yang selain daripada suara konspirator itu sahaja. Ia kerana konspirator itu juga adalah sang penggembala yang menggembala semua lembu-lembu yang hanya menurut segala arahannya.

Apabila disuruh masuk kandang, mereka akan masuk kandang. Apabila disuruh meragut rumput di padang, mereka akan meragut rumput di padang. Apabila disuruh berdiri diam untuk diperah susu, mereka akan berdiri diam. Setiap arahan sang penggembala dipatuhi oleh lembu-lembu tanpa bantahan.

Ayam pendaging pun kalau diberi makan jagung dan gandum atau beras setiap hari sejak baharu menetas, dagingnya akan menjadi sama lazat dan sama pejal seperti ayam kampung.

“Kalau mahu daging yang sedap, jagalah haiwan ternakan dan berilah haiwan-haiwan itu makan bijirin yang terbaik daripada jenis yang kamu suka.”File No. 6

Faham apa maksud haiwan ternakan? Faham dengan maksud tersirat secara keseluruhan? Anda faham dengan petikan-petikan yang diambil daripada File No. 6 itu? Ia adalah fail kriptik yang disimpan, petikan-petikan yang sama dibaca oleh konspirator-konspirator berdarah Yahudi.

Propaganda antara maksudnya ialah memberi maklumat yang dikehendaki atau yang telah ditapis kepada orang ramai atau para pengikut. Manakala sesetengah maklumat pula disekat atau dibisukan daripada pengetahuan para pengikut.

Para pengikut hanya diberi maklumat yang terpilih atau yang disenangi oleh orang yang menyuap mereka dengan maklumat-maklumat itu. Dalam keadaan yang sama juga, para pengikut ditegah daripada mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber lain (rujuk artikel: Monopoli Propaganda).

Ada di kalangan kita yang sedang dijadikan lembu-lembu ternakan. Lembu-lembu yang dijadikan buah-buah catur. Lembu-lembu yang sedia dikorbankan demi matlamat kepentingan dan kehendak sang penggembala.


Food is a weapon,

Berhati-hati dengan setiap 'makanan kantin di sekolah' yang disuap ke dalam minda anda



- UMAT TERAKHIR -
    Arkib



.