Bismillah-Ar Rahman-Ar Raheem.
SEBELUM Dia menterbalikkan kota Sadum dengan hujan azab
kemurkaan, Dia terlebih dahulu mengutuskan Luth. Dia tidak segera menghujankan
azab seksaan dunia melainkan memberi peringatan terlebih dahulu.
Maha Suci Allah. Itulah bukti kasih sayang Allah kepada para
hamba-Nya.
Ar-Rahman.
Ya, itulah bukti kasih sayang Allah kepada para hamba-Nya.
Allah tidak berlaku zalim. Dia tidak terus menghukum, melainkan hukuman itu
dijalankan selepas mereka itu diberi peringatan supaya kembali kepada fitrah
penciptaan manusia, Luth itulah manusia yang membawa wahyu peringatan daripada
Allah. Itulah Nabi yang sezaman Nabi Ibrahim.
Namun, mereka ingkar dan tetap mahu derhaka. Mereka memilih
untuk meneruskan kerja jahat yang mereka berasa sangat bernafsu ketika melakukannya.
Berkali-kali mereka menafikan Luth, berkali-kali jugalah mereka memilih untuk
derhaka selepas diberi peluang membuat pilihan.
Pilih. Kembali ke pangkuan kehendak diciptakan, atau kekal
melakukan tanpa mempedulikan peringatan.
Mereka melakukan perbuatan keji yang merosakkan seluruh keturunan
manusia, kesalahan mereka sangat dahsyat. Tetapi, mereka masih diberi peluang
dan tidak terus dihukum. Itulah bukti kasih sayang Allah kepada para hamba-Nya.
Maha Suci Allah. Segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar. Ar-Rahman.
Lihat. Betapa Allah menyayangi manusia. Dia tidak berlaku
zalim kepada para hamba-Nya. Mereka memilih menzalimi diri mereka sendiri
selepas Dia telah memberi peringatan dan panduan kepada mereka dengan
mengutuskan Luth. Sesudah mereka ingkar dan terus leka, barulah mereka dihukum
azab dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Itu azab dunia.
Kalau di Neraka, luluh jiwa ini untuk membayangkan betapa
dahsyat azab seksa neraka. Menangis air mata, amat takut kepada pedih azab
seksa yang diciptakan di sana. Junjungan besar, Nabi Muhammad yang dijanjikan
Syurga juga pengsan ketika diberitahu Jibril bahawa ada dalam kalangan umatnya yang akan menghuni Neraka.
Menangis lagi air mata ini, amat takut kalau aku juga
menjadi seorang daripada mereka yang tergolong ‘dalam kalangan umatnya’. Jika
yang mengulangi dosa kaum Luth, dia tidak mengaku sebagai umatnya. Maka, yang
dari kalangan ‘dalam kalangan umatnya’ itu pula ialah orang-orang yang tidak
melakukan kesalahan kaum Luth. Menangislah, menangislah..berdoalah agar kita
bukan dari kalangan umatnya yang dilempar ke Neraka.
Ya, kita juga sudah diberi peringatan. Muhammad telah
memberikan peringatan itu kepada kita. Peringatan supaya mengakui kekuasaan,
kebesaran, kesucian dan kasih sayang-Nya dengan mengakui bahawa Tiada tuhan
selain Allah dan Muhammad itu seorang hamba dan pesuruh-Nya.
Maka dalam enam rukun iman yang membimbing pengakuan itu,
aku dan kamu semua wajib percaya bahawa dunia ini tidak akan kekal buat
selama-lamanya.
Sejak Big Bang meletus, terciptalah segala-gala yang telah
Dia tuliskan di dalam Qadak dan Qadar. Lahirlah di ruang Mater Gelap itu
makhluk-makhluk perkasa yang dinamakan bintang-bintang. Tersebar luas
penciptaan mereka itu di setiap padang dan simpang-simpang luasnya angkasaraya.
Ada daripada bintang-bintang itu tersangat besar jasadnya seperti dibandingkan
antara sang gajah dengan sang kuman. Ada pula bintang-bintang yang tidak besar
seperti Matahari.
Ya, Matahari yang dapat dilihat di Bumi yang menjadi tempat kita
mensujudkan jasad kita. Matahari itulah yang dimaksudkan, mungkin sebesar kuman
kalau dibandingkan dengan bintang-bintang super. Ia bukanlah besar kalau
dibandingkan dengan bintang-bintang super seperti Alderbaraan dan yang lebih
besar daripada itu, dan diikuti yang jauh lebih besar dan lagi dan lagi besar.
Maka bintang yang paling besar itu pula tidak lebih besar daripada Pencipta
yang menciptakan ia.
Entah tidak ada manusia yang betul-betul pasti mengenai
jawapan kepada soalan sudah berapa juta tahun-kah usia alam raya ini sejak Big
Bang mengegar melepaskan sinaran radio, gelombang mikro, debu-debu kosmik,
sinar gamma, hydrogen alfa dan meniupkan nyawa kepada jasad-jasad cakerawala
dengan kekuasaan-Nya.
Bintang-bintang super itu sangat panas, membakar membebaskan
gas-gas kosmos ke segenap Mater Gelap. Tiada satu jasad di ruang cakerawala
yang terselamat daripada sinaran berbahaya. Begitu juga dengan Matahari,
membebaskan haba dan gas-gas serta gelombang-gelombang berbahaya ke seluruh
jasad-jasad cakerawala yang berjemaah di sekitarnya.
Marikh tandus kontang dibadai gelombang dan sinar radioaktif
yang dilepaskan Matahari. Titan pula menghujankan cecair logam ke permukaan
darat, laut dan sungai-sungainya. Jupiter
pula membadai ribut super di segenap ruang yang tidak ada permukaan. Tidak ada
satu pun dalam kalangan jasad-jasad itu yang diberi kelebihan menepis dan
menapis segala bahaya dari alam semesta, kecuali hanya kepada sebuah jasad yang
diberi kasih sayang istimewa, Bumi.
Bintang-bintang utama ditugaskan menerangi jasad-jasad yang
ada di sekitar sekeliling mereka. Planet-planet berputar mengikut ketetapan
masing-masing, begitu juga bintang-bintang utama, sama-sama taat berputar
mengikut ketetapan yang telah ditetapkan-Nya. Mereka, iaitu bintang-bintang itu
dan jasad-jasad cakerawala, berputar taat mengikut perintah-Nya.
“Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani. Yang Menguasai Pemerintahan Hari Pembalasan.” - (Quran, Al-Fatihah: 1-4)
Hari Pembalasan. Ya, sudah ingat semula kepada salah satu
daripada enam rukun yang menegakkan keimanan kita kepada Allah? Bahawa dunia
ini tidak selama-lamanya kekal. Ya, mengakui rukun yang itu pada sepanjang
hayat manusia bagi membawa kita kepada hakikat penciptaan, iaitu untuk
menyembah-Nya sebagai khalifah di muka Bumi.
Planet-planet, bintang-bintang super (baca; matahari-matahari)
dan galaksi-galaksi mega yang sudah hidup entah berapa billion tahun itu pun
tidak hidup selama-lamanya. Tiba Hari Kemusnahan, habislah mereka, mereka tetap
akan mati, bersama…..umat manusia. Ya, yang diciptakan sejak berbilion tahun silam
itu tidak kekal kerana ia bukan diciptakan untuk selama-lamanya ada. Berbilion
tahun itu bukan kekal, bukan selama-lamanya.
Maka, hakikat selama-lamanya itu tidak seperti billion-bilion
tahun. Sudah tidak ada bilangan tahun untuk menzahirkan hakikat selama-lamanya.
Ya, selama-lamanya.
Panasnya matahari itu masih di ‘dunia’. Panasnya
bintang-bintang super itu juga masih dalam ruang maksud ’dunia’. Kerana apa
disebut masih kategori panas dunia, kerana mereka juga akan binasa bersama Bumi
yang diberi ‘dunia’. Ya, itu semua baru kategori dunia. Jadi, panas itu cuma
panas dunia. Bukan seperti azab panas Neraka yang berganda-ganda jauh lebih tersangat
panas daripada panasnya bintang-bintang dunia.
Kembalilah kepada peringatan.
“Engkau sahaja yang
kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami meminta pertolongan. Tunjuklah
kepada kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang telah Engkau
murka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” – (Quran, Al-Fatihah; 5-7)
Peringatan yang juga kepada orang-orang yang mengakui Tiada
Tuhan (yang disembah) melainkan Allah, dan, Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya.
“Engkau sahaja yang kami sembah… dan
kepada Engkau sahaja kami meminta pertolongan.”- (Quran, Al-Fatihah; 5).
Mohonlah supaya diberi
pertolongan, ditunjukkan jalan yang lurus, laluan mudah tanpa lencongan lagi
tidak sesat. Menangislah walau sekali tatkala memohon doa itu dalam tiap rakaat,
Dia tidak pernah menghampakan mensia-siakan para hamba-Nya;
“…..Semua ini untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta.”
– (Riwayat Muslim).
Bermohonlah…
Maha Suci Allah. Dia amat
menyayangi kita. Diwajibkan kita menyebut seluruh al-Fatihah ketika berdiri
sebelum rukuk dan sujud kepada-Nya. Sedangkan sujud itu jaraknya sangat dekat dengan Allah dan sujud yang terakhir itu pula dibolehkan kita
berdoa. Dia amat menyayangi kita, Dia memberi ruang kepada kita untuk berdoa
memohon dan mengadu kepada-Nya.
“…..Semua ini untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta.” Jawapan
diberikan Allah tatkala kita menyudahkan al-Fatihah.
Saudara-saudari, Allah menyayangi
hamba-hamba-Nya. Dirikanlah solat dan bermohonlah agar kita tidak terkecuali
daripada mendapat keredhaan-Nya.
Kasih-sayang Allah itu sangat
besar, Dia sentiasa memberi peluang kepada manusia untuk kembali kepada
jalan-Nya yang lurus. Dia memberikan petunjuk, yang kadang kala berupa petanda
dalam bentuk bencana bala atau kepayahan hidup, supaya kita tidak melakukan
perkara yang lebih buruk.
Dia tidak memberi nikmat sakit
kepada hamba-Nya dengan sia-sia melainkan untuk menghapus dosa, supaya diri
manusia itu suci bersih dapat masuk ke Syurga, selama-lamanya. Dia tidak
memberi nikmat kemiskinan kepada hamba-Nya dengan sia-sia melainkan untuk tidak
menjadikan hamba-Nya itu bersenang-senang sehingga lupa beribadat kepada-Nya.
Dia tidak memberi nikmat kecacatan kepada hamba-Nya dengan sia-sia melainkan
untuk memberi nikmat Syurga selama-lamanya kepada hamba-Nya. Tetapi segala hakikat
nikmat kesakitan, kemiskinan, kecacatan, kecantikan dan kekuatan yang diberikan
kepada hamba itu akan menjadi sia-sia apabila berpaling derhaka melupakan-Nya.
Dia sangat menyayangi
hamba-hamba-Nya, Dia tidak pernah membiarkan hamba-Nya tanpa pertolongan
meskipun hamba itu tidak mengetahui bahawa Dia sentiasa dekat, memang itulah
hakikatnya apabila kita benar-benar menemui kasih-sayang Allah, kasih-sayang
yang sebenar.
Sujudlah. Sesungguhnya, Dia
sentiasa dekat.
Sangat dekat.
- SCRIPTMASTER -
-----
Apa macam? Senak dan semakin senak melihat ‘dunia’ sejak
beberapa tahun ini? Sudah puas memerhati? Belum sedar diri lagi? Nak enjoy joli
katak lagi? Tak mahu berhenti sekejap untuk buat pilihan sekali lagi? Sekarang pilih,
finish the job undone atau… buntu
dalam kekeliruan membuat pilihan.
- BLACKSMITH -
-----
Terlalu banyak episod berbeza dalam politik Malaysia. UMNO
menang PRU-13, PAS bercerai dengan DAP, roleplayers DAP yang kena buang PAS
tubuhkan PAN, 1MDB, duit RM2.6 bilion, pemulauan bekas TPM, penguguran jawatan
bekas-bekas MB, uuuuuhhhhh banyak sungguh.
Banyak sungguh yang badut, sadistik, sarkastik berlaku sejak
hal politik diserahkan semula kepada sistem. Golongan yang memerintah sistem itu
pula sama-sama badut. Sungguh seronok menonton semua ini sambil meneguk kopi
bercampur susu badam dan mengunyah popcorn tanpa perlu bersusah payah menyusun
jalan cerita. Segalanya diserahkan semula kepada sistem, buat apa untuk kami
masuk campur lagi. Tapi, cerita ini memerlukan pengarahnya kembali.
Ah, ia kerana episod yang mengisi slot babak dalam sistem
itu benar-benar sedang berada pada babak yang sudah dijangka akan disambung
mengikut kehendak pengarah. Memang sambungan skrip yang sedang berada di tangan
pengarah, akan disambung semula pada babak sistem yang sedang berlangsung
ketika ini. Sudah terlalu lama kami menunggu babak ini.
Babak jangkaan (expected
scene) yang dinati-nantikan, sudahpun disusuli dengan babak designed. Sudah ada yang memanggilnya sebagai The Grand Design.
We mean no harm, we
come in peace.
- STALKER -
----
Dear our side role-players,
let's again blow your trumpet, trombones, altos & tenors to the beat of our own ska.
- UMAT TERAKHIR -
No comments:
Post a Comment
PERHATIAN!!!
Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.