3 Aug 2015

Bertenanglah, kamu akan mampu melihat dengan lebih baik.

STALKER, ceritakanlah kepada aku mengenai labah-labah di tingkap bilik yang sunyi ini.


SEEKOR labah-labah membina sarangnya dengan sangat teliti. Ia menjalin helaian demi helaian bebenang halus  mengikut susunan yang sangat teratur bagi setiap darjah jarak kedudukannya. Setiap jarak bebenangnya itu sangat halus bagai mencucuk tembus sebutir biji jagung. Usai disusun, terpampanglah ia sehampir telus. Sudah siap, labah-labah itu hanya membuat ‘bilik tidurnya’ di penjuru sarang, manakala ruang ‘dapurnya’ pula di tengah-tengah.

Pagi esoknya, labah-labah menunggu kalau-kalau ada haiwan kecil menumpang lalu di ruang dapurnya. Selang seminit, seekor kelekatu yang rabun matanya bagai disihir tidak jumpa pintu keluar dari dapur si labah-labah. Dapur itu sehampir telus, mata yang serabun sang kelekatu takkan beroleh membezakan antara yang ada atau yang tiada. Ia hanya mahu mencari cahaya; jika cahaya dari api, terbakarlah kepaknya; jika cahaya dari air, terpisahlah kepaknya, mati lemaslah ia; jika cahaya dari sarang labah-labah, terbelenggulah kepaknya.

Kemudian, lalu pula sang serangga kecil sehalus sebelahan dua dari sebutir biji jagung. Ia melepasi pintu dapur sang labah-labah dengan mudah. Sempat ia mengerling ke arah kelekatu, ia sedar, tubuh sekecilnya tidak akan mampu membebaskan kelekatu.

Gembira menyaksikan dapurnya terhidang makanan lazat, sang labah-labah melangkah tanpa sabar menjulurkan lidah untuk menembus otak sang kelekatu, lalu disedut segala jus yang berada di kepala serangga terbang itu, sebelum disedut pula segala zat yang terkandung di perut dan juga lendiran sang kelekatu. Alangkah enaknya kalau serangga-serangga lain yang sama besar seperti kelekatu menjadi hidangan untuk lusa.

Tiba-tiba, sang kelawar merempuh dapur yang sehampir telus. Rabak sudah bilik tidur sang labah-labah, apatah lagi dapur yang sudah hilang di tengah-tengah. Kalau dengan kelawar pun sudah terkoyak, apatah lagi kalau si helang gagah, atau kelibat si gajah terbang, mungkin bangkai sang kelekatu juga bukan setakat dirempuh, tapi turut dipijak-pijak.

Serangga-serangga yang sekecil biji jagung tidak dapat terlepas daripada helah sang labah-labah. Tetapi, jika kumpulan serangga yang lebih kecil daripada sebelahan daripada sebutir biji jagung, mungkin sehalus biji sawi, ia juga sudah tentu boleh terlepas. Namun, makhluk sehalus itu tidak mampu merobohkan perangkap muslihat sang labah-labah.

Haiwan yang besar, tiada masalah. Jika laluan mereka dihalang, mereka rempuh, mereka tidak akan mendapat susah.
--

Di bersebelahan dinding luar bilik sebuah pertandingan catur, kami hanya memerhati dua wanita berhadapan sesama mereka untuk menjadi juara, STALKER menyambung cerita..

Sebelum jari telunjuk dan ibu jari memegang kepala pawn untuk dialihkan ke petak lain, si pemain buah putih bagaikan sudah tahu buah yang mana akan menyusul selepas ini untuk mengisi giliran si pemain buah hitam. Si pemain buah putih sudah tahu kerana dia sedia tahu bahawa terdapat lebih sejuta cara untuk menamatkan permainan hanya dengan menentukan buah putih di petak mana yang akan memulakan langkahan pertama di atas checkered floor.

Si pemain buah putih tidak bimbang kerana dia tahu, buah knight hanya akan bergerak ke penjuru L, buah bishop hanya mencondong ke kiri atau ke kanan, kerana setiap langkahan sudah ditetapkan tempat hentinya pada ketika pawn ditakdirkan untuk dijadikan taruhan. Itu semua sudah terakam kemas dalam rumus ‘matematik catur’ yang tersemat dalam isi kepalanya.

Sudah tentu amat sukar bagi si pemain buah hitam untuk mencari loopholes dalam percaturannya bagi tidak menyamai salah satu daripada lebih sejuta kemungkinan percaturan yang sedia diketahui si pemain buah putih. Namun, kita bukan mahu melihat dan berfikir bagaimana setiap buah catur itu dimainkan sehingga tamat permainan. Ia hanya akan membuang masa sehingga terleka kerana perbuatan sia-sia itu perlu diulang tengok selama lebih sejuta kali melalui lebih sejuta pertandingan.

Ada perkara lebih berfaedah untuk ditengok daripada permainan catur ini..iaitu hamparannya. Sehelai hamparan yang berselang seli petak putih dan hitam. Hamparan itulah yang seakan-akan mentakdirkan banyak manakah langkahan untuk knight berjalan, untuk pawn bertempiaran. Ya, mengamati hamparan itu pada setiap langkahan sehingga setiap sebutir buah catur diusung keluar adalah sangat lebih berfaedah.
--

Sarang labah-labah dan hamparan catur itu ada persamaan.
Itulah perumpamaan kepada sebuah sistem.


-SHAHi-


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. (Semoga sampai pula fikiran saya ini kepada mereka2 yang sedang mencari..)

    Pada akhir zaman ini orang Islam telah berada diseluruh dunia. Nikmat Islam itu
    boleh dirasa dimana2 dan dijumpai di mana2. Amat lah mudah beramal dengan
    Islam dan amat lah mudah memasuki syurga.

    Lalu Allah SWT telah faham semua ini, dan seterus nya memberi sedikit ujian pada
    umat akhir zaman. Fitnah dari Ad-Dajjal. Fitnah yang terbesar dari segala fitnah
    dari penciptaan Adam AS hingga kiamat.

    Ujian ini disertakan nasihat dari Rasulullah untuk umat akhir zaman menghafal 10
    ayat terawal surah Al-Kahfi (dari hadith yang lain, membawa maksud 10 ayat
    terakhir surah Al-Kahfi).

    Surah Al-Kahfi seperti yang kita telah ketahui ada 3 cerita.
    1) 7 pemuda yang lari ke dalam gua untuk menyelamatkan diri dari raja zalim di

    kota.
    2) Pemilik kebun anggur dengan kebun nya.
    3) Pertemuan Nabi Musa AS dengan Nabi Khidir AS.

    Kerana tajuk surah ini berkenaan Al-Kahfi, yang bermaksud gua, saya telah
    memahami sesuatu. Terbuka dihadapan mata saya 2 rahsia.

    ...

    Rahsia pertama, untuk mengelak dari fitnah Ad-dajjal di akhir zaman, lari lah kita
    ke gua, dan jauhi lah diri dari kota yang penuh dengan fitnah.

    Simbolik bagi ini adalah untuk kita menyendiri. Ada kan masa menyendiri. Tutup
    facebook. Baca Al-Quran. Baca buku2 yang kita membangun diri. Buku2 yang jadi
    kan siapa yang kita ingin jadi.

    Mungkin akan banyak mulut sumbang menghina kita kerana sukar bergaul. Banyak
    pula mata melihat keji ke arah kita. Tiada buruk nya untuk menyendiri. Malahan
    banyak baik nya untuk menyendiri.

    Bila kita menyendiri, kita kenal diri sendiri. Kita tahu potensi diri. Kita banyak masa
    untuk memperbaiki diri. Kita meningkat kan diri dengan bakat yang Allah SWT telah
    beri kan. (Tiada makhluk yang menyerupai Tuhan, tetapi Tuhan lah yang mampu
    menyerupai semua makhluk. Kenal diri, maka kenal lah Tuhan). Kita akan
    bertambah bersyukur dari hari demi hari.

    Setelah kita tahu potensi diri, kita menghasil kan sesuatu. Setelah itu, pasti ada
    yang perlu kan apa yang kita hasil kan, apa yang mereka tiada, dan apa yang
    mereka amat perlu kan (suatu bentuk perkhidmatan). Apabila kita memberi, diri
    kita yang pada mula nya ada menjadi kosong. Ruang kosong ini seperti satu ruang
    graviti. Ruang ini bertindak seperti vacuum dan akan menyedut balasan untuk
    kembali menjadi terisi. Mungkin balasan dari duit orang yang ingin perkhidmatan
    kita. Mungkin juga pahala dari Allah SWT. - Bob Proctor (You were born rich, book)

    Ini cara bagi jutawan2 di seluruh dunia. Mereka memperbesarkan potensi diri dan
    membina ruang diri mereka sebesar2 nya. Dan apabila mereka memberi, mereka
    takkan kurang sedikit pun, kerana vacuum kekosongan diri mereka akan menyedut
    kembali segala nya. (e.g: Donald Trump yang menjadi miskin kerana kerugian
    berjuta2 ringgit kembali semula menjadi jutawan dalam masa yang singkat).

    [Dan jadi tuan2 fikir, dengan menulis ini rahsia saya ini akan buat saya berkurang
    rahsia2 diri. Tidak, malahan saya akan menjadi jauh lebih bijak selepas ini.]
    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asamualaikum.. masih aktif lagi ke blog ni..

      Delete

  4. Rahsia kedua adalah kenapa 7 orang? Kenapa bukan hanya seorang?
    Rahsia ini berkisar kepada beberapa fakta yang saya temui.

    1) Pendapatan (gaji) kita adalah sama dengan purata pandapatan 5 orang kawan
    baik kita. - Bob Proctor, talk

    2) Selepas 4 minit pasangan kekasih merenung mata, jantung mereka akan
    berdegup sama.

    3) Pelanggan akan mudah selesa jika kita meniru lenggok badan mereka melalui
    teknik Rapport. - Tony Robbins, talk on rapport

    4) Selepas mengikuti gerak badan seseorang selama 5 minit (cuba dikedai makan),
    mereka akan pula mengikuti gerak badan kita selepas nya. - Tony Robbins, talk on
    rapport

    5) 2 jam bandul, akan mula berayun sama arah apabila diletakkan di dalam bilik
    untuk beberapa ketika.

    6) Haid wanita akan mula sama tarikh, apabila mereka tinggal bersama untuk
    beberapa bulan.

    Ini menunjukkan kenapa mereka datang bertujuh. Bukan menyendiri
    berseorangan. Mereka menyendiri, bersama dengan orang yang sama niat dengan
    mereka.

    Manusia mudah menjadi seperti apa yang disekelilingnya. Manusia mudah terikut2
    akan persekitaran. Tiada yang buruk tentang ini. Malahan ia satu pemberian Allah
    SWT yang amat menarik sekali.

    Mungkin buruk jika kita tak pandai menggunakan nya. Kalau kaki kita tak pandai
    berjalan macam masa kita kecil2, buruk padah nya. Benjol dahi dan tangan kerana
    terjatuh. Tapi lihat bila kita pandai mengguna kan nya. Kita mampu pergi kemana2
    dengan cepat tanpa apa2 risiko. Dengan kawalan, tiada apa risiko yang wujud.

    Tetapi, amatlah sukar kita menjadi seorang yang bijak, kalau kita sentiasa dikelilingi orang2 yang kurang bijak.

    Adalah sukar kita mengembangkan bakat menulis kita dan menjadi penulis, kalau kita sentiasa dikelilngi oleh staff2 kerani (yang mana tidak sama dengan kerjaya yang kita ingini).

    Adalah sukar kita menjauhi fitnah ad-dajjal kalau kita sentiasa melihat dan mendengar fitnah2 kawan2 facebook kita.

    Oh, jadi sukar kah menjadi siapa diri kita. Sebab disekeliling kita bukan lah apa2 yang menyokong apa yang kita ingin jadi.

    Tak sukar sebenar nya. Tutup lah facebook/tv dan berhenti lah keluar melepak bersama kawan2. Banyakkan baca buku2 tentang siapa ingin kita jadi Setiap Hari. Buka youtube dan cari apa2 yang kita mahu jadi Setiap Hari. Bertindaklah sedikit demi sedikit pada apa yang kita ingin jadi Setiap Hari.

    Beginilah kita akan jadi siapa kita ingin jadi. Berkawan dan menyendiri dengan siapa diri kita, dan kawan2 yang sama tujuan dengan kita.

    ...

    Mereka yang tidak terpengaruh dengan fitnah ad-dajjal diakhir zaman adalah mereka yang jadi diri mereka. Mereka kaya dengan bakat diri, dan juga kaya dengan duit dan harta. Tidak sukar bagi mereka yang ingin berfikir. Tetapi amat sukar bagi mereka yang tidak mahu berfikir.

    - Space Dude B-(

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.