21 Feb 2013

Art of con: Nota


Nota: Beberapa lagi istilah


MASIH terdapat banyak istilah dan terma yang wajar diketahui sebelum kita menyelam lebih dalam untuk memahami art of con. Istilah-istilah itu perlu diketahui makna-makna oleh anda supaya tidak terkeliru atau teraba-raba mencari maksud untuk memahami seni tipu daya ini.

Di sini, kita tambah beberapa lagi istilah.

Artikel ini hanya sebagai nota yang disertakan dengan contoh-contoh supaya anda mudah menjadi orang-orang yang difahamkan dalam artikel-artikel selanjutnya selepas ini. Ingat, permainan con menggunakan seni yang sangat kemas, anda perlu memahaminya baik-baik.
--

“Rules of con”
Peraturan-peraturan kritikal yang perlu dipatuhi oleh setiap individu yang berkomplot untuk menjayakan sesebuah con-job. Kegagalan mematuhi peraturan-peraturan itu akan menyebabkan sesebuah con-job boleh terbongkar. Set peraturan itu telah ditetapkan oleh para penjenayah komersial yang bergiat secara profesional di London, England sejak kurun ke-18 yang lalu.
--

“Identity roulette”
Identiti seseorang conman boleh berubah-ubah mengikut keadaan bagi memastikan con-job yang sedang dikerjakan dapat berjalan lancar tanpa terbongkar. Ia menghampiri maksud talam dua muka sebagaimana dalam bidalan peribahasaan Melayu.
--

“Faceless people”
Seseorang conman tidak mempunyai ‘wajah’. Ia menyebabkan mangsa-mangsa mereka tidak dapat mengenali diri (conman) yang sebenar. Walaupun identiti mereka boleh diubah-ubah, namun ‘wajah’ sebenar mereka tidak pernah ditunjukkan kepada mangsa-mangsa mereka..
--

“Perfect stranger”
Apabila tidak menunjukkan wajah yang sebenar, maka mereka menjadi orang yang tidak dikenali secara peribadi. Mereka adalah kekal sebagai ‘stranger’ dalam sesebuah con-play.
--

“Mark”
Diistilahkan kepada mangsa-mangsa yang sudah ditanda (marked) untuk ditipu atau diperdaya. Seseorang yang berpotensi menjadi mangsa akan diletakkan ‘tanda’ supaya kerja-kerja tipu daya akan disempurnakan oleh conmen yang lain dalam menjayakan sesebuah con-job.
--

“Schemer”
Orang yang merencanakan sesebuah skim penipuan. Skim itu merujuk kepada tipu daya yang terancang serta tersusun mengikut jadual masa.
--

“Scammer”
Orang yang melakukan penipuan (motif mendapatkan wang mudah daripada mangsa) berdasarkan skim-skim yang telah direncanakan oleh schemer. Mengutip (secara terus atau deposit) wang milik mangsa atas nama dana bagi sesebuah tabung juga adalah salah satu daripada scam.
--
“Grifter”
Orang yang melakukan penipuan terhadap mangsa bagi mendapatkan wang milik mangsa dan pada masa sama memperdaya mangsa untuk kepentingan peribadi. Lebih cekap daripada scammer.
--

“Persona”
Karakter atau watak lakonan yang dibina oleh seseorang penipu (scammer, grifter atau conman). Watak yang dibina itu pula sangat meyakinkan sehingga mangsa-mangsa gagal mengesan sebarang penipuan.
--

“Likely existing persona”
Karakter lakonan yang dibina para penipu serta menggambarkan seolah-olah watak itu benar-benar wujud dan berada di depan mata mereka bagi menjayakan sesebuah situasi yan penuh tipu daya. Contoh: orang yang kononnya menjadi saksi kepada sesuatu kejadian. Saksi palsu.
--

 “Bulb”
Keperluan untuk mencipta penipuan secara segera bagi mengelak sesebuah con-job itu blown out atau terbongkar. Idea yang perlu difikirkan segera sebagai alasan untuk menutup con-job yang hampir terbongkar.
--

 “Con job”
Kerja-kerja tipu daya yang dijalankan menggunakan skim-skim dan taktik-taktik yang telah dirancang terhadap mangsa-mangsa.
--

“Deceptive signals”
Isyarat-isyarat yang boleh membantu mangsa mengenal pasti sesebuah con-job. Ia seboleh-bolehnya dielak oleh conmen daripada mengeluarkan isyarat-isyarat tersebut. Ia juga dipanggil ‘bad signals’.
--

“Stage set up”
Situasi yang dirancang bagi menjayakan sesebuah con. Mencipta persepsi awal yang berkisar mengenai jangkaan terhadap situasi yang bakal berlaku sebelum kejadian. Apabila jangkaan atau ramalan itu menjadi benar, pada masa sama sudah mempunyai rancangan dan bersedia menggunakan situasi yang diramalkan itu untuk kepentingan menjayakan con. Ia biasanya dibuat untuk menjayakan con-job yang bertaraf masterpiece. (contoh: agenda bersih?)
--

“The insider”                           
Orang yang menjadi role player bagi pihak conman dan ditempatkan di pihak yang cuba di-con.
--

“The outsider”
Orang yang menjadi role player bagi pihak conman dan tidak berada dalam organisasi atau pihak yang cuba di-con.
--

“Sympathy game”
Permainan yang melakukan tipu daya terhadap mangsa dengan menggunakan rasa simpati mangsa. Conman cuba meraih simpati mangsa untuk mendapat kepercayaan dan sokongan para mangsa dalam sesebuah con job yang dijalankan.
--

“Blame game”      
Permainan yang dilakukan dengan cara menyalahkan pihak lain bagi meyakinkan mangsa bahawa con-man itu tidak melakukan apa-apa kesalahan.
--

“Red herring game”
Permainan yang cuba mengalihkan perhatian para mangsa supaya tidak melihat kepada isu-isu yang boleh menyebabkan sesebuah con-job itu terbongkar.
--

“Classic game”
Permainan yang dijalankan dengan cara meniru semula lain-lain con-job yang bertaraf masterpiece apabila terdapat persamaan situasi. Contoh: meniru Arab Spring atau Revolusi Iran.
--

“Master’s game”
Permainan con yang dirancang oleh conman yang sangat berpengaruh dalam masyarakat.
--

“Pigeon game”
Permainan dimulakan dengan memperdaya seseorang atau sekumpulan orang, kemudian mereka yang diperdaya itu dijadikan alat untuk mendapatkan da memberi maklumat kepada conmen.
--

“Quail game”
Orang yang diancam (ditakut-takutkan) supaya bekerja untuk conmen sekiranya tidak mahu rahsia mereka terbongkar.
--

“Cockroach game”
Orang yang bekerja untuk menjayakan con-job secara senyap (dalam gelap) di dalam sesebuah organisasi yang sedang diperalatkan.
--

“Pussy game”
Orang yang dijaga oleh conmen bagi memberi imej yang baik terhadap conmen. Tiada sesiapa yang akan membenci kucing comel yang baik (that is the point). Menghampiri maksud mascot simpatisan (rujuk artikel: Maskot Simpatisan di blog ini).
--

“Hound/dog game”
Orang yang dipergunakan oleh conmen untuk melakukan kerja-kerja con. Mudah disuruh buat apa sahaja mengikut kehendak conmen.
--

 “Sheep game”
Sekumpulan orang yang dipergunakan untuk mewujudkan sesuatu situasi atau ‘pentas’ yang diperlukan oleh conmen sebelum memulakan ‘stage play’ atau lakonan. Contoh: demonstrasi rakyat Indonesia di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia; mission occupy dan perhimpunan-perhimpunan yang menghampiri pengertian sama.

Terdapat beberapa istilah yang menggunakan watak binatang seperti disenaraikan di atas. Ia dibuat sedemikian bagi membolehkan sifat-sifat manusia dimodulkan atau diwakilkan kepada haiwan, ia bagi membolehkan kerja-kerja manipulasi dapat dilakukan dengan berkesan.

Itulah caranya sikap manusia diketahui dan mudah dikawal.
--

“Angel game”
Permainan yang dimainkan oleh conmen bagi mewujudkan tipu daya bahawa mereka adalah orang-orang yang baik dan memerlukan pembelaan.
--

 “Stir the lair”
Situasi yang diwujudkan oleh conmen supaya mangsa-mangsa mereka berasa terancam dan kemudian memperguna mangsa-mangsa untuk kepentingan mereka. Pada masa ini, blame game dan red herring digunakan.
--

“Blown”
Situasi di mana con-job terbongkar.
 --

“Con revive”
Usaha memperbaiki kesilapan untuk meneruskan con-job walaupun pernah terbongkar. Penipuan biasanya diteruskan dengan cara spinning the words.
--

Akan datang:

“Language of grifters
“Language of scammers
“Language of conmen

Bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka semasa melakukan con-job dengan menggunakan seni bahasa yang anda tidak pernah fahami dan kenyataan itu adalah kenyataan-kenyataan yang anda semua ketahui tanpa memahami maksud-maksud sebenar yang terkandung di dalamnya.

Walaupun mereka mengucapkan kenyataan itu di hadapan muka anda, anda masih tidak mampu memahami maksud sebenar mereka. Ia kerana anda tidak memahami seni bahasa yang mereka gunakan. Anda ditipu secara depan-depan dan ditipu hidup-hidup.


-ADMIN-


.

5 comments:

  1. Terima kasih admin utk pengertian2 di atas.

    Dolo2 sy terpikir bila tengok Presiden US, depa kdg2 tengok gaya dan sikap bukan mcm semulajadi. Macm watak seorang pelakon dlm siri2 citer Holywood depa.
    Bila baca UT ,baru tau..oo mungkin macam ini ka rupanya..depa memng pelakon2 dan cuba menyakinkan masyarakt di sana seolah Presiden depa tu seolah hero dalm film mereka.
    Depa membentuk apa2 karekter yg disukai rakyat US..patut kdg cam pak lawak ja Presiden US ni.
    Cam Jimmy Swaggart dolo taun 80an dia mubaligh..pun cam buat2 ja,lakonan seorang pendakwah.Tp masa tu dia top di sana dan amat terkenal.
    Org US suka filem..orang2 di sana pun segala poltik di dramakan saja,semua di ator.Betoi kan Admin?

    ReplyDelete
  2. Inilah dia sistem hidup dikatakan tamaddun mutakhir oleh pihak barat, siapa lembab dan lemah hanya akan jadi mangsa. Mangsa akan dipersalahkan sepenuhnya kerana dikatakan bodoh. Ia adalah buah hasilan pemikir zion, merekalah yang berjaya jadi kaya dengan cara menipu. Lurus bendul dianggap dungu, bodoh dan naif, jadi makanan segera mereka. Yang pandai pun kena tipu juga.

    T kasih admin kerana menerangkan mengenai teknik dan taktik manusia hipokrit ini.

    Dalam Islam telah diberitahu akan sampai masanya dunia dipenuhi tipu daya, Dusta Dajjal yang amat jahat. Sekarang ini sedang galak, kita yang sedang mengkajinya juga tertipu apatah lagi mereka yang telah pun jadi makanan? Lepas ini entah apa lagi konpirasi (tipudaya) yang akan mereka lakukan.

    Munafik dan Fitnah....

    ReplyDelete
  3. salam.

    Anon paling atas,

    perkara asas yang perlu diketahui ialah tidak semua yang berlaku di luar sana adalah hasil kerja tangan konspirator. dalam sesetengah keadaan, ada sebahagian itu kerja tangan konspirator dan sebahagian yang lain pula bukan kerja tangan konspirator.

    paling asas juga untuk menenentukan sama ada sesuatu itu dikerjakan oleh konspirator ialah dengan cara kita melakukan "follow the evidence" dan selalu membuat "double check" terhadap perkembangan-perkembangan yang berlaku.
    --

    Abts yang saya kasihi dan hormati,

    benar, sesiapa yang lembab, dungu dan malas berfikir adalah mangsa-mangsa yang sangat lazat diratah segala daging dan darahnya. menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha mengeluarkan mangsa-mangsa ini daripada "rumah sembelihan" pemangsa-pemangsa itu. kita tidak wajar berasa letih sepanjang berusaha.

    insya-Allah.


    -WAQQAS-

    .

    ReplyDelete
  4. SALAM aDMIN,

    SEKARANG DI SEMENANJUNG BARAT M'SIA SUDAH ADA DRAMA.
    1 CON JOB DI ATUR OLEH PENGKHIANAT2 NEGARA.SY DH NAMPAK SKET2..
    DEPA DH NK MULAKAN DRAMA DEPA DAHHH...

    ReplyDelete
  5. salam Anonymous1 March 2013 07:32,

    tunggu artikel STALKER mengenai perkara itu.

    _WAQQAS

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.