ANDA sudah tahu apa yang dimaksudkan
dengan the role players dalam
sesebuah con job. Ia adalah
sekumpulan manusia yang memainkan peranan masing-masing dalam melakukan tipu
daya terhadap mangsa-mangsa mereka iaitu the
marks (anda semua).
Dalam
situasi semasa (politik Malaysia contohnya), kita sudah lama dapat melihat
bagaimana seorang pemimpin atasan diperbodohkan oleh the role players yang terdapat di sekitarnya (dalam organisasinya).
Pemimpin itu diperbodohkan supaya dia dapat disingkirkan, dan supaya dia
digantikan segera oleh the role players
yang dapat memenuhi citarasa the
mastermind dalam sesebuah conplay.
Mari
kita lihat semula kes isu kalimah suci Allah, kita di Umat Terakhir juga pernah
bercakap dan menyatakan pendirian tegas kita mengenai perkara ini (kalau mahu
faham, sila rujuk artikel: Fitnah Bertaraf Pendapat Manusia di blog ini) sejak
isu itu meletus buat kali pertama dalam perkembangan semasa di Malaysia. Isu
itu sebenarnya sudah beberapa kali meletus sebelum ini dan kali terakhir ia sekali
lagi meletus pada Disember tahun lalu (2012).
Dalam
kes ini, pemimpin itu sedang diperbodohkan untuk disingkirkan oleh hijackers yang terdapat disekelilingnya.
Bagaimana kita tahu? We know how the game
works, but they would never con on us, because we are conmen too. That is why
they con you, you and you, all of you.
Isu
kalimah suci Allah sudah kita nyatakan pendirian sebelum ini. Kita imbas semula
apa yang pernah berlaku sebelum ini bagi menjadikan anda sebagai orang-orang
yang faham dengan pemainan con ini.
Kita sengaja mengambil contoh ini kerana ia adalah isu yang sangat dekat dengan
iman Tauhid anda sebagai orang Islam.
Pernah
satu parti politik berwajah Islamik bersetuju dengan rakan-rakan politik mereka
untuk membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh penganut agama lain selain
agama Islam di Malaysia. Ia (persetujuan dan tindakan membenarkan itu) berlarutan
selama bertahun-tahun sehingga Disember tahun lalu apabila isu itu sekali lagi
meletup di gegendang telinga dan di hati nurani kita semua.
Pada
sepanjang tempoh itu, para pengikut parti Islamik berkenaan bersetuju dengan
tindakan membenarkan tindakan itu (walaupun bukan semua bersetuju, tetapi
kebanyakannya bersetuju secara membuta tuli). Tetapi, apabila majlis pimpinan
ulama tertinggi parti (syura?) itu menukar pendirian kepada tidak bersetuju,
wujud satu keadaan baharu iaitu di mana kedudukan pendirian para pengikut yang
bersetuju dengan pendirian parti itu yang sebelum ini.
Mulanya,
mereka bersetuju untuk membenarkan kalimah Allah digunapakai penganut Nasrani.
Kemudian, tidak membenarkan. Ia berkisar di persekitaran keputusan (membenarkan
dan tidak membenarkan) yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka, manakala
pengikut mereka pula hanya mengangguk.
Ketika
pimpinan mereka membenarkan kalimah suci Allah digunapakai oleh penganut
Nasrani, para pengikut mereka menjadi galak untuk mempertahankan pendirian itu.
Mereka kata, orang yang tidak bersetuju dengan pendirian itu adalah orang-orang
yang tidak faham mengenai Islam. Bagi mereka, hanya mereka sahaja yang faham
dan layak bercakap mengenai Islam dan Allah. Bagi mereka juga (pada masa itu),
kalimah Allah tidak eksklusif kepada Islam. Bagi mereka juga, Allah adalah
milik semua. Mereka hanya berkata-kata dengan pendapat manusia untuk
membenarkan pendirian pimpinan mereka, sedangkan pada masa sama mereka gagal
menunjukkan walau satu ayat dari al-Quran yang mana Allah membenarkan diri-Nya
disekutukan, ia kerana tidak ada walau sepotong ayat pun dalam al-Quran yang
mengatakan Allah membenarkan diri-Nya disekutukan.
Tunjukkan
walau satu ayat, itulah yang Umat Terakhir minta daripada mereka, itu pun kalau
anda membaca artikel Fitnah Bertaraf Pendapat Manusia.
Namun,
apabila pimpinan mereka menukar pendirian sebaliknya iaitu tidak membenarkan
kalimah Allah digunapakai penganut Nasrani dalam Bible versi Melayu, para
pengikut mereka kini terdiam membisu kerana ia bertentangan dengan sikap galak
mereka selama ini yang secara jahilnya berkata bahawa kalimah Allah tidak
eksklusif kepada orang Islam semata-mata.
Dapatkah
anda melihat di mana kedudukan pendirian para pengikut parti Islamik tersebut?
Mereka tidak lagi galak mempertahankan tindakan membenarkan kalimah suci Allah
digunapakai Nasrani seperti suatu masa dahulu. Masih belum dapat melihat?
Mari
kita lihat simulasi di bawah ini:
Sebelum
ini.
Pemimpin
mereka kata kalimah
Allah boleh digunapakai Nasrani.
Pengikut pula setuju tanpa bantahan. Malah dihina pula
orang-orang yang tidak bersetuju, mereka kata orang yang tidak setuju itu
jahil.
Sekarang
ini.
Pemimpin dalam majlis ulama tertinggi mereka kata kalimah Allah
tidak boleh digunapakai agama lain. Ia bertentangan pula dengan pendirian
pemimpin tertinggi mereka.
Pengikut
yang dahulunya lantang dan galak
mempertahankan pendirian terdahulu terus diam. Apa bolehkah dikatakan pimpinan
majlis ulama tertinggi mereka juga jahil sepertimana kata-kata penghinaan yang
mereka hamburkan kepada golongan yang mempunyai pendapat yang sama seperti itu
sebelum ini?
Cuma
satu yang kita mahu kata/beritahu, pengikut mereka sudah kena con. Pemimpin tertinggi dalam organisasi
mereka juga sudah kena con, sudah
kena perangkap oleh con-artists yang
baru belajar ilmu con. Islam di dalam
organisasi itu sudah kena steal. Stolen.
Tidak nampak? Kita cerahkan lagi permainan ini. Kita lihat pula peranan-peranan
yang dimainkan the role players yang
bekerja dengan the mastermind untuk melihat
permainan ini selepas lampu dibuka.
Kita mahu buka lampu.. di mana pula suis lampu itu? Anda petiklah sendiri suis itu,
anda tangkap sendirilah pencuri itu.
“When the lights out, the stealing job
starts.”
– Con Rule no. 7
“When the lights on, the stealing job blows out and the thief will get caught.” – Con Rule no. 8
When the lights out, it less dangerous
Pertama
sekali, the mastermind mahu
menempatkan the role players di
posisi pembuat keputusan dalam organisasi yang mahu dicuri itu. Namun, ia tidak
berjaya secara keseluruhannya kerana wujud sedikit masalah iaitu pembuat
keputusan utama (pemimpin tertinggi organisasi itu) masih berada di tempatnya.
Pemimpin tertinggi itu mereka harus singkirkan supaya salah seorang the role player boleh ditempatkan di
posisi yang akan dikosongkan itu.
Apabila
posisi itu diisi oleh salah seorang role
player, maka mastermind akan
mampu menguasai segala keputusan dalam organisasi itu, ia kerana posisi
tersebut adalah posisi yang sangat penting. Selain itu, lain-lain posisi yang
diisi oleh orang-orang yang bukan role
player juga akan disingkirkan segera (seperti dalam beberapa kes iaitu kes
H dan kes N, sekadar melabelkan kes dengan huruf ringkas). Posisi-posisi itu
juga selepas dikosongkan akan diisi oleh the
role players yang bekerja untuk the
mastermind. Ia bagi menjadikan organisasi itu dapat dicuri sepenuhnya.
“When the lights out, they can see
nothing. So, turn out the lights and kill them.”
Bagaimana
mereka menutup lampu-lampu itu? Ia dengan mencipta permainan-permainan yang
boleh melalaikan anda semua. Blame game,
red herring game, mind game dan banyak lagi yang anda tidak sedar.
Permainan
yang mempermainkan kalimah Allah sudah lama dimulakan (bertahun lamanya), ia
bermakna permainan itu sudah lama dimulakan. Untuk apa pula permainan ini
diadakan? Ia untuk menyingkirkan individu di posisi tertinggi dalam organisasi
itu. Ia supaya orang ramai melihat (dipertontonkan) bahawa pemimpin tertinggi
itu tidak layak dijadikan pemimpin kerana tiada pendirian, dan pendiriannya
pula bertentangan dengan majlis ulama tertinggi. Ia juga bermakna sudah lama
dirancang untuk menyingkirkan pemimpin itu supaya the role players dapat mengisi posisi-posisi pembuat keputusan. Tidak
nampak lagi? Ini con game, memang
sulit untuk melihat permainan yang digerakkan oleh conmen.
Baiklah,
apabila pemimpin itu sudah diperlihatkan sebagai seorang yang tiada pendirian
dalam hal sebesar kalimah Allah, maka wujudlah situasi yang kita jadikan
sebagai simulasi di perenggan-perenggan atas tadi. Kita ulang semula simulasi
itu.
Sebelum
ini.
Pemimpin
mereka kata kalimah
Allah boleh digunapakai Nasrani.
Pengikut pula setuju tanpa bantahan. Malah dihina pula
orang-orang yang tidak bersetuju, mereka kata orang yang tidak setuju itu
jahil.
Sekarang
ini.
Pemimpin dalam majlis ulama tertinggi mereka kata kalimah Allah
tidak boleh digunapakai agama lain. Ia bertentangan pula dengan pendirian
pemimpin tertinggi mereka.
Pengikut
yang dahulunya lantang dan galak
mempertahankan pendirian terdahulu terus diam. Apa bolehkah dikatakan pimpinan
majlis ulama tertinggi mereka juga jahil sepertimana kata-kata penghinaan yang
mereka hamburkan kepada golongan yang mempunyai pendapat yang sama seperti itu
sebelum ini?
Hasil
daripada situasi itu (bukan simulasi, tapi berdasarkan keadaan yang sedang
berlaku kini), sekarang semakin banyak kumpulan (in house groups) dalam organisasi itu mula bangkit bertanyakan
pendirian pemimpin tertinggi mereka dalam organisasi mereka yang bertentangan
dengan pendirian baharu yang dikeluarkan oleh majlis pimpinan ulama tertinggi
mereka.
Pemimpin
tertinggi itu pula masih belum bersedia menjawab segala pertanyaan itu, ia
sememangnya tidak menyelesaikan kekeliruan, sebaliknya menimbulkan lebih banyak
persepsi negatif di kalangan pengikut dan akan lebih mengeruhkan keadaan, ia
juga akan membuatkan kredibiliti dan reliabiliti (kebolehpercayaan) yang ada
pada pemimpin tertinggi itu jatuh merudum sekelip mata.
Dalam
keadaan ini, pemimpin tertinggi organisasi itu sudah terperangkap, tersepit dan
terjerumus ke dalam permainan yang dimainkan the role players yang sentiasa berusaha mengosongkan posisi itu.
Kalau anda tidak faham dengan taktikal permainan tipu daya ini, kita tiada
kata-kata yang sesuai untuk diberikan kepada anda.
When the lights on, the thieves are
caught.
Jadi,
bagaimana untuk menyelamatkan pemimpin tertinggi dalam organisasi itu? Mudah,
keluarkan semua the role players (thieves/pencuri/penyamun)
serta merta daripada organisasi, anda juga tahu siapa mereka itu semua. Buka
lampu itu, buka sekarang.
Kenapa
Umat Terakhir berkata demikian (untuk menyelamatkan pemimpin tertinggi
organisasi itu)? Ia kerana kita juga sayangkan organisasi itu walaupun kita tidak
duduk di dalamnya. Walaupun Umat Terakhir banyak menegur tindak tanduk organisasi
itu, ia tidak bermakna kita membenci atau memusuhi mereka, ia kerana kita juga
sayangkan mereka kerana mereka juga saudara-saudara kita. Kita mahu Islam di
dalamnya berdiri teguh, bukan luluh lesu seperti kini. Itulah pendirian kita.
Tapi
sayangnya, (kebanyakan) mereka dalam organisasi itu tidak faham permainan ini
dan atas sebab itulah organisasi itu sentiasa dijadikan mangsa untuk
kepentingan the mastermind apabila
satu persatu pemimpin tulen di dalamnya disingkirkan melalui
permainan-permainan yang penuh tipu daya. Ia terjadi sebegitu kerana terdapat ramai
role players di dalamnya.
Perkara
yang dapat dilakukan sekarang hanya satu iaitu menyelamatkan pemimpin tertinggi
itu kerana maruahnya sudah tercalar teruk akibat dipermainkan oleh the role players. Dia sudah ‘dibelasah’
teruk hanya kerana mastermind mahu
menempatkan orang-orangnya di dalam posisi pembuat-pembuat keputusan organisasi
itu.
Lain-lain
perkara, sudah tidak dapat dibuat apa-apa lagi. Ia kerana maruah organisasi itu
dan para pengikutnya sudah tercalar teruk. Bagaimana maruah pengikut pun boleh
tercalar teruk? Fahamkan semula simulasi yang diberikan itu. Di mana para
pengikut itu mahu meletakkan muka mereka selepas begitu galak membenarkan kalimah
Allah digunapakai Nasrani iaitu mengikut segala kata-kata pemimpin mereka
seperti sebelum ini?
Saya
ada beberapa kenalan seperti itu, mereka begitu galak mempertahan kata-kata
pemimpin mereka sebelum ini yang membenarkan kalimah Allah diguna Nasrani.
Mereka tidak tahu saya DRIFTER yang sudah kembali ke Malaysia. Sekarang,
selepas majlis ulama tertinggi mereka menukar pendirian, saya tanya mereka
semula mengenai perkara itu. Malangnya, mereka terdiam membisu seperti orang
yang sudah tertelan lidah sendiri, mereka berasa malu untuk mengulangi semula
kata-kata mereka seperti sebelum ini.
Ia
bukan lagi masa untuk orang-orang yang berada dalam organisasi itu menjayakan
cita-cita politik mereka. Anda juga tahu kenapa kita berkata seperti itu. Pada
masa ini, mereka harus mendapatkan semula maruah mereka yang telah dicuri oleh mastermind dan role players.
Ingat,
con game adalah satu kemahiran keji
dan ia tidak seperti yang anda sangka kalau anda tidak tahu langsung mengenai con-art.
---
Lagi
satu, saya tinggal selama beberapa tahun di Palestin dan orang Palestin semua
menunggu kehadiran orang Melayu yang mengucapkan
“I support all efforts to protect the security of
the state of Israel” untuk pergi ke Palestin. Mereka tidak sabar mahu
berjumpa dengan pemimpin itu, kalau berani, pergilah ke sana. Biar rakyat
Malaysia juga lihat betapa orang Palestin mengalu-alukan kehadiran pemimpin itu
di sana. Ada berani?
---
“Panggillah dia ke mari memijak bumi
milik orang Arab di sini (Palestin), kami mahu melihat wajahnya dan
beramai-ramai meludah ke atasnya sehingga dia mati lemas dengan air ludah kami.” – itu yang saya dengar dari mulut
mereka. Kalau benar berani sebagai pemimpin Islam yang ‘tersohor’ di Malaysia,
pergilah ke sana dan ‘bermesra’ dengan orang-orang Palestin yang merindui ketokohan
kamu.
Ada berani?
-DRIFTER-
I am not a grifter
.
saya ada baca satu buku tapi saya dah lupa nama buku tu. buku tu berkisar tentang masalah politik tanah air (ditulis oleh pro PR). Disitu ada disentuh tentang “I support all efforts to protect the security of the state of Israel”. penulis menyebut yang anwar mengatakan wartawan2 utusan bukan semua pandai bahasa inggeris@dengan kata lain putak belit balik maksud ayat tu supaya orang2 kampung termakan fitnah utusan. bagi saya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padan mukaa!!
ReplyDeleteSalam Drifter,
ReplyDeleteSelamat kembali ke Malaysia. Bagaimana perasaannya apabila kembali ke tanah penuh makhluk cetek akal ni? Saya secara jujurnya sudah muak dengan permainan con yg dijalankan, dan sebilangan rakyat neutral yg sama pendirian dgn saya juga dari awal dapat menghidu permainan con yg mereka jalankan... walaupun saya pada awalnya tersalah teka yg mastermind itu adalah si pemimpin tertinggi parti mata satu. Rupanya dia pun pawn of the chess game jugak. Up sikit lah, dia kira rook lah. Tapi hakikatnya dia tetap menerima perintah walaupun pangkatnya tinggi sikit dari ahli parti bulan hijau putih yg menjadi pawn bodoh, hahaha.
Nama Allah pun mereka sanggup jual. Saya tak dapat bayangkan muka mereka masa berhadapan dengan Allah di akhirat nanti. Nak gelak, diorg saudara kita. Nak kesian, rasa marah ada lah sbb diorg buta dan bodoh sangat... sanggup jual agama demi politik.
Saya nak sangat baling selipar kat muka pemimpin tinggi parti mata satu tu. Dasar tali barut tegar Yahudi Zionis. Tengoklah camner dia nak berhadapan dgn Allah di akhirat nanti. I just want to laugh on his face at that time. Mesti ada org marah dgn saya kan? Come at me, wahai penyokong tegar pembangkang. Saya tak takut dengan kamu... rumah saya di Perak saja. Carilah sampai jumpa.... jangan sampai keris saya yg jumpa perut kamu sudah, hehehe.
p/s : Kalau Drifter ke Palestin lagi, sampaikan salam saya pada orang sana. Katakan pada mereka, walaupun saya tak dapat bersama mereka.. tapi doa saya senantiasa mengiringi perjuangan mereka. Awek sana cantik-cantik. Nak cari satu buat bini. Amiin. :D
uhhh dalam diam2 ada hajat nak berbinikan arab.. haha. ingat.. mereka miskin dan hanya harapkan bantuan. hidup dalam penjara besar. malangnya ada diantara saudara (libralis?)kita yang sepenuh hati jadi petualang, jadi talibarut musuh. errr mudahnya orang islam (baca bulan penuh) dipermain2kan. kesian ada, geram pun ada. bukan org lain, sedara kita juga. terperangkap dalam tong tahi. aduss!
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesaya jawab sikit2 saja
satkajam,
semua organisasi media di dunia ini mengutamakan orang-orang yang mampu menguasai pelbagai bahasa untuk diambil bekerja sebagai wartawan.
kata lainnya, di malaysia, seseorang wartawan mesti sekurang-kurangnya boleh menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa (Melayu dan Inggeris). syarat itu dikenakan kepada semua bakal wartawan sebelum diambil bekerja.
mereka mesti mahir bahasa inggeris kerana mereka juga akan ditugaskan membuat liputan sehingga ke luar negara. di luar negara, kita biasanya akan berkomunikasi dnegan bahasa inggeris.
malah, juga di malaysia, ada wartawan (termasuk di utusan, ramai juga kawan-kawan saya di utusan) dapat menguasai bahasa cina, tamil, inggeris, sepanyol, arab dan lain-lain bahasa.
ia kerana antara syarat menjadi wartawan ialah mampu menguasai pelbagai bahasa bagi memudahkan komunikasi dengan sumber-sumber berita mereka.
jadi, kalau anwar kata wartawan utusan tidak pandai atau tidak mahir bahasa inggeris, ia adalah satu lagi alasan kurang cerdik daripada anwar. alasan kurang cerdik itu hanya diterima untuk ditelan oleh orang-orang yang kurang cerdik juga.
memang bodohkan alasan macam itu?
--
anon 15 feb. 8.51,
insya-Allah. tapi, saya akan terus berada di malaysia. kalau terjadi rusuhan di malaysia yang dibuat puak-puak tertentu (sudah boleh agak kan bila ia akan berlaku), saya akan sentiasa ada memerhati segala niat jahat mereka.
---
mahat,
ajarlah mereka erti ksih sayang & ajarlah mereka untuk membuang sikap benci membenci. mereka sudah lama diajar untuk membenci. ajarlah mereka untuk berkasih sayang.
- Kuala Lumpur -
Aku percaya penulis tidak berpihak kepada mana-mana, selain hanya sebagai penyuluh kegelapan....
ReplyDeleteAku percaya kita semua sayangkan agama kita...
Aku percaya kita semua sayangkan bangsa kita...
Aku percaya kita semua sayangkan negara kita...
untuk itu bersatulah...
jernihkan pendirian...
kalau nasi sudah menjadi bubur...
apa yg dapat kita perjuangkan...
pening rasanya nak memahami art of con
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletegembira rasanya hati ini setiap kali DRIFTER mengutus surat kepada ADMIN, bukan e-mel. lebih gembira apabila dia berada di KL.
Najwa, lama-kelamaan nanti saudari akan faham art of con itu. ia satu seni jenayah profesional yang dilakukan penjenayah-penjenayah yang bijak dan tahu menggunakan segala peluang yang ada.
insya-Allah, kita akan cuba menjadikan anda semua faham. masa semakin suntuk. anda semua perlu segera faham, dan perlu segera difahamkan.
Salam Stalker,
DeleteSaya rasa adalah lebih baik jgn banykkan sagt maksud2 tersirat
citer ja direct to the point,lg senang org paham.
Lagipun tujuan anda dan rakan2 memng utk menyampaikan kefahaman bukan. jadi permudahkanlah.
anon,
Deletebagi tahun 2013 ini, kita mulakan umat terakhir dengan art of con, inilah sebenarnya third edition. edisi yang mana kita di sini akan belajar untuk berterus terang, tetapi ia akan dilakukan secara perlahan-lahan kerana kita tidak pernah buat seperti itu sebelum ini.
para panel penulis di sini sangat banyak berahsia, saya juga tidak banyak tahu mengenai setiap apa yang ada dalam pemikiran mereka & setiap apa yang mereka rahsiakan.
yang saya faham cuma semua itu sangat sulit & payah untuk diungkapkan dengan perkataan. para penulis kita sangat berhati-hati dalam menyusun perkataan mereka.
andai ada yang sulit untuk memahami maksud mereka, begitulah juga sulitnya mereka unuk menyusun setiap kata.
harap faham. kita di sini sentiasa mencuba.
_WAQQAS
Salam Drifter,
ReplyDeleteTulisan yg sangt menarik.Contoh yg boleh difahami. Selalu sukar paham sebelum2 ni..Bagusla dah balik M'sia..boleh sama2 susah senang kat sini kalo jadi apa2 yg buruk,tp minta dijauhkan ALLAH hendaknya.
Berkenaan Pemimpin yg nk protect keselamatan neagra ISRAEL tu patut aa aritu dia nk bagi cek kat HAMAS,x berani p sana..dok sini pangge org sana datg . Agaknya dia pun tau dia nk kena ludah.hehehehe
ReplyDeletesalam..
Deletekalau diperhati lebih cermat, anda akan dapati majlis penyerahan cek itu pun sudah kena 'steal'.
selamat memerhati.
: )