Surat untuk bangsa: Pantun tiga puluh enam
Surat ditinta
berangkap pantun,
Moga di hati semat
tertanam,
Maaf kalau bahasa tak
santun,
Inilah pantun tiga
puluh enam.
Pantun tiga puluh enam;
Anak muda jiwanya
kosong,
Isilah dengan semangat
perkasa,
Jangan digalak perkara
terpesong,
Nanti boleh meruntuh
bangsa.
Anak muda kosong
jiwanya,
Seperti tikus di dalam
kotak,
Kotak diketuk mencicip bunyinya,
Itulah tanda dia berontak.
Jiwa yang kosong perlu diisi,
Seperti minyak kemas ditatang,
Ilmu berguna buat penyeri,
Baharulah jadi orang yang matang.
Tiada ilmu tersesat
jalan,
Lorong gelap dikatakan
cerah,
Bagai orang hilang
pedoman,
Sudah terhantuk baharu
terngadah.
Kalau terhantuk kemudian terngadah,
Itu petanda belum terlambat,
Elok dibuat perkara berfaedah,
Baharu kita mendapat manfaat.
Buatlah perkara beri manfaat,
Jangan dibuat yang dapat musibah,
Kepada yang tua wajarlah hormat,
Baharulah berkat bertambah-tambah.
Elok dijaga tingkah dan tutur,
Biar berkias jangan menyeksa,
Benarlah kata orang berumur,
Budi bahasa melambang bangsa.
Waktu berjalan tunduklah badan,
Kalau melintas orang berusia,
Elok bersopan hulurkan tangan,
Barulah aman hidup di dunia.
Jadi biadap janganlah pernah,
Tidaklah rugi kalau bersopan,
Sungguh busuk hati
bernanah,
Perit dibalas lepas
dikafan.
Aurat diberi untuk
dijaga,
Bukan untuk dibuka
siar,
Sungguh manis tempat
di Syurga,
Kerana mendiri tegaknya syiar.
Jangan dituduh mengata pun jangan,
Memfitnah usah sekali-kali,
Nanti dihulur di kiri tangan,
Kerana dosa sudah dibeli.
Janganlah jadi orang yang bakhil,
Zakat sedekah wajiblah kamu,
Berbuat salah kerana jahil,
Itulah perlu jadi berilmu,
Mencari ilmu janganlah malas,
Carilah sampai ke
negeri China,
Baik buruk semua berbalas,
Jadilah kita orang berguna.
Masa tidak pernah menunggu,
Kalau tertinggal rugilah kita,
Jahil itu bagai dibelenggu,
Seperti orang matanya buta.
Kalau buta melihat
dunia,
Carilah tongkat buat
berjalan,
Jangan terlalu mengejar harta,
Sampai terlupa baiki amalan.
Kalau hendak miliki
harta,
Usahalah sampai ke
tulang putih,
Jangan hanya tahu
meminta,
Kalau tidak berterima
kasih.
Jangan terbuai hidup
yang senang,
Kalau tak sedia waktu
merana,
Nasihat orang jangan
dibuang,
Nanti kelak tidak ke
mana.
Hidup merana saat di
dunia,
Andai tidak berkasih
sayang,
Kalau mahu bahagia di dunia,
Ibu dan ayah jangan dibuang,
Kasihlah ibu sayanglah ayah,
Jangan buat mereka kecewa,
Ciumlah ibu hormatlah ayah,
Selagi mereka masih bernyawa.
Beza manusia dengan binatang,
Letak di akal bukan di rawan,
Ikrar Demang di Bukit Siguntang,
Daulat raja jangan dilawan.
Jangan pernah jadi derhaka,
Daulat raja dicerca jangan,
Kalau mahu jadi merdeka,
Jagalah bangsa dengan tangan.
Tangan diguna ubah yang jahat,
Gunakan lisan kalau
tak daya,
Tapi jangan berlaku
khianat,
Kelak hidup tidak
berjaya.
Kalau mahu jadi berjaya,
Moleklah buang rasa berdendam,
Janganlah pula ke
mulut buaya,
Akibat dendam tak
padam-padam.
Kita disuruh baik
sesama,
Buanglah sengketa
pilihlah damai,
Itulah perintah dalam
agama,
Supaya kita menjadi ramai.
Kalau bersatu jadilah
ramai,
Baharu kuat tidak
dihina,
Bangunlah tidur
janganlah mamai,
Kelak menyesal tidak
berguna.
Kalau yang kafir keras
kepala,
Pilihlah kawan sama
akidah,
Janganlah galak
menempah bala,
Nanti merana tak
sudah-sudah.
Jangan ghairah membeli
dunia,
Sampai menggadai emas
di peti,
Kawan yang kafir hanya
di dunia,
Saudara Muslim bawa ke
mati.
Mati kelak semua ke
kubur,
Dibawa hanya tiga perkara,
Bersatu umat masihlah kabur,
Walaupun hanya berpura-pura.
Tiada bersatu walau berpura,
Tetap menyombong mencaci herdik,
Itulah salah budi bicara,
Akibat yang dipilih tidak cerdik.
Kalau bertengkar biarlah cerdik,
Jangan bergaduh di depan anak,
Kalau mahu menegur adik,
Pilihlah bahasa yang lunak-lunak.
Ingatlah kalau berbuat
silap,
Mengaku salah jangan
takbur,
Berkhianat bangsa jadi
malap,
Esok dikencing atas
kubur.
Pesan untuk sesama
bangsa,
Bangsa yang gemilang
sejak silam,
Ingatlah pahit sama
dirasa,
Sejak Melayu
menjunjung Islam.
Maaf kalau terkasar
bahasa,
Ini pesan ingat
beringat,
Ingatlah wahai anak
bangsa,
Moga kita berbuat
manfaat.
Ingatlah pesan buat
manfaat,
Eloklah kalau
tersinggung terasa,
Kepada agama wajiblah
taat,
Baharulah indah
pekerti bangsa.
Kalau tersinggung di
sebalik makna
Itu hanya gaya bahasa,
Ingatlah kalau dibadai pawana,
Janganlah lemah teruslah sasa.
Sasa itu segala makna,
Luar dalam baik
belaka,
Lemah itu kuat
menghina,
Kuat pula berbuat
celaka,
Harap difaham segala
makna,
Semoga kekal tanah
pusaka.
-------
MELAYU itu tinggi
budi bahasa, kalau menegur berlapik
kata. Dilapik dengan perumpamaan
menyindir. Supaya hati tidak terasa, supaya tidak jadi pak pandir.
Santunnya Melayu
dijaga adabnya, supaya tidak dikata orang. Kalau dilupa adab agama, di hujung
nasib menjadi arang.
Bersopan santun,
berbudi bahasa. Itu semua mungkin hanya akan jadi kisah silam bagi ketinggian
budaya adab sopan orang Melayu. Hakikatnya, sudah ada kelompok-kelompok Melayu
yang sudah semakin membuang segala adab sopan.
Dunia yang
semakin moden mungkin menjadi salah satu penyebab terhadap punca segelintir Melayu
meminggirkan adab susila. Terlalu terikut budaya jalanan yang hooligan dari luar negara, mungkin juga
salah satu penyebabnya.
Kalau diperhalusi
segala peristiwa baharu sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kita dapati terdapat
faktor yang menjadikan segelintir orang Melayu berubah biadab.
Sudah ada yang
secara terbuka menderhaka kepada raja. Ada juga yang secara terbuka mempersenda
agama demi dunia. Lagi hebat menjadi pak turut menggadai maruah bangsa. Tersangat
hebat dengan cetek fakta menipu sejarah lama.
Pasti ada pihak
yang mengajar orang Melayu menjadi biadab, menjadi kurang ajar ketika berbicara,
menjadi jengkel ketika berhimpun, menjadi celupar memaki hamun, menjadi dungu
menimbang tara.
Orang yang mengajar
orang Melayu menjadi biadab pula sudah pastinya orang berpengaruh. Kalau tidak
berpengaruh, mana mungkin arahannya tidak diikut. Pasti ada ketua, pasti ada
pemimpin mereka.
Seseorang
pemimpin yang baik tidak akan tergamak mengajar para pengikutnya dengan
perbuatan tidak baik. Kalau pemimpin suka memaki hamun, sudah tentu anak buah
akan ikut sama. Jadilah mereka orang-orang yang kuat mengata lagi celupar
mulutnya.
Seseorang pemimpin
yang baik tidak akan tergamak mengajar anak buahnya melakukan perkara jelik.
Kalau dibuat perkara jelik, akan runtuhlah ketinggian pekerti maruah bangsa
yang ada agama.
Seseorang
pemimpin yang baik tidak akan mengajar anak buahnya menjadi hilang harga diri. Seseorang
pemimpin sewajarnya mengajar anak buahnya menjadi orang yang tinggi harga diri.
Kalau anak buah membuat perkara jelik, elok dilarang sebelum lebih teruk
menjadi-jadi. Kalau anak buah bercakap biadab, elok dilarang sebelum lebih
teruk menjadi-jadi.
Namun, sang ketua
hanya tahu seronok memerhati anak-anak buah membuat perkara jelik sesuka hati,
tidak ditegah tidak dilarang, dibiarkan terus menjadi-jadi. Akibatnya malu
bangsa sendiri kerana dituduh buruk perangai, apa sudah jadi?
------
Mahukah kita membiarkan anak-anak kita menjadi orang buruk
perangai? Mahukah kita
membiarkan anak-anak kita dididik mindanya supaya jadi buruk
perangai?
Diajar membenci orang itu, benci orang ini, dihambur kata
caci maki. Orang Islam tidak
maki-maki. Agama
tidak mengajar caci-maki, mengajar agama juga tidak elok mencaci-maki. Patut
diajar budi pekerti. Sebab semua pasti mati. Jagalah pekerti.
Anak muda kosong
jiwanya,
Ajarlah dengan budi pekerti,
Baharu aman hidup di dunia,
Syurga di sana pasti menanti.
Kalau diajar caci maki,
Buruk jadinya tiada pekerti,
Roh di dunia penuh berdaki,
Neraka di sana kelak menanti.
Jangan dicari guru
yang silap,
Carilah guru pekerti
bistari,
Supaya hati tak jadi
gelap,
Mendapat cahaya
penerang diri.
Jangan dicari ketua
yang silap,
Nanti diajar berbuat
jelik,
Perangai jadi kudis berkurap,
Pekerti baik tak dapat
balik.
Sengaja pesan
merangkai pantun,
Cara Melayu menyusun kata,
Pilihlah jalan penuh bersantun,
Supaya orang tidak
mengata.
Bila kita - orang mengata,
Menjadi doa tunggu diangkat,
Balasan perit tidak
terkata,
Bila doa di-amin
malaikat.
Melayu itu
menjaga adab santunnya. Saya cukup senang kalau bangsa lain menganggap
saya orang Melayu walaupun darah keturunan bercampur-campur.
Kalau saya berjalan-jalan di benua Barat sebelah sini
setelah menjadi warganegara sebuah negara orang
putih, pasti akan ada yang bertanya:
"Are you Asian? I
think you from Middle East , you look like Arab
or Jewish."
"Actually, Melayu."
saya balas.
Saya lebih suka menjawab saya orang Melayu, saya sebut
Melayu dan bukan Malay. Kemudian mereka bertanya lagi, "What?"
"A great race
from Tanah Melayu, then became Malaya , now Malaysia ."
saya balas lagi.
Seorang lelaki tua bekas pegawai kolonial Inggeris berkata
kepada saya:
"Oh.. Onced known
as Malaya of the Great British Empire . Malayu
(dengan sebutan slanga me-lay-you). Onced the Malayu stood up politely but
strictly out loud claim back for their country, we knew that they are civilized
as their old history had told."
Itu sekadar apa
yang dapat diingat. Sebagai pemberita, memang kena kuat ingatan untuk mengingat
setiap apa yang orang kata.
Halusnya pekerti
Melayu, masih dikenang oleh bekas-bekas pegawai penjajah, lalu mereka bercerita
kepada cucu-cucu mereka. Baiknya hati orang Melayu, masih berbekas di hati
bekas pegawai penjajah buat mereka berasa terharu.
Tegasnya Melayu
menuntut hak raja, masih berlapik tata susila, tegas mengangkat maruah bangsa,
tumpah darah dielak sebaiknya, tergamam penjajah bila Melayu bijak tidak pilih
untuk berperang, bingung penjajah jadinya akhirnya berbincang cari sepakat
kata, lalu diberi janji merdeka, tanpa darah tumpah ke dunia.
"Your people (Melayu) chose to be gentlemen, which was also meant
that we were urged to be gentlemen. You had set the tempo, so we had to follow.
Clever."
Bangsa penjajah pun tahu bangsa Melayu itu tinggi budi
bahasanya, buat mereka terharu bercampur rasa, tidak tergamak mereka buat
Melayu terus binasa kerana menghargai ketinggian budi bahasa walaupun mereka
pernah berusaha melenyapkan kuasa raja-raja, lalu mereka beri janji merdeka.
Itu hanya kata dari bekas pegawai penjajah, bukan daripada mulut peringkat
tertinggi pihak penjajah.
Tapi sebab ada Melayu yang tidak mahu bersatu, memilih jalan
sengketa sesama bangsa, berebut kuasa pangkat dunia, lalu penjajah membuka kata
bicara merestui jalan golongan Melayu yang memilih jalan sengketa, British
berkata tidak mengapa kalau berbeza, kerana itulah jalan porak peranda,
sengketa sesama menjahanamkan bangsa. Berpecahlah Melayu menjadi dua, saat
negara di ambang merdeka, British berkata tidak mengapa, kalau itu yang mereka
minta.
Malangnya,
semakin ada anak Melayu hari ini yang sudah mula belajar jadi biadab selepas
diajar menjadi biadab. Biadab untuk menyemarakkan sengketa. British kata
tidak mengapa, mereka tahu akan begini akhir jadinya. Sengketa Melayu bawa bencana, bangsa dan agama
tidak ke mana.
Tangan yang harbi dibelai-belai,
Saudara sendiri dicaci maki,
Sedarlah cepat jangan terlalai,
Tangan sendiri sudah berdaki.
Berasa diri dah lebih gagah,
Sebab membelai tangan yang pandai,
Jangan cepat berasa megah,
Kalau dilayan seperti keldai.
Selalu bertengkar bak suami isteri,
Kalau bercakap perihal dapur,
Diamlah isteri – bila suami berdiri,
Sebab takut tak boleh
campur.
Taat si isteri buang
saudara,
Kerana kasih – semua turutkan,
Sedang hati terasa lara,
Taat segala yang bukan-bukan.
Demikian ibarat - buang saudara,
Kerana kasih suami sendiri,
Hanya diam mengenang sengsara,
Akibat buang saudara sendiri.
Saudara sendiri dituduh lemah,
Sebab tak kebulur
berpimpin tangan,
Nanti suami halau
rumah,
Akibat lalai kuat
berangan.
Ingatlah wahai anak
Melayu,
Jangan bersorak
kampung tergadai,
Nanti merempat di
hutan kayu,
Akibat suka menjadi
keldai.
Seperti keldai membaca
kitab,
Jangan diharap ia
mengaji,
Jaga pekerti jadilah
mantap,
Baharu cekal bila
diuji.
Bila diuji oleh Pencipta,
Jangan jadi cepat melatah,
Kalau sengketa sesama kita,
Seronoklah musuh dapat meratah.
Jangan musuh dibuat kawan,
Sampai dicerca saudara
akidah,
Nanti lemah tidak
terlawan,
Tergadai semua menyesal tak sudah.
Perkara yang lepas biarlah sudah,
Rapatkan ummah berdamai sesama,
Baharulah yang sukar menjadi mudah,
Kerana taat kepada agama.
Agama menyuruh kita bersatu,
Itu perintah jangan disanggah,
Jangan dipilih jalan yang buntu,
Pilihlah jalan yang boleh dimegah.
Bulat air kerana
pembentung,
Bulat manusia kerana
muafakat,
Dunia akhirat mendapat
untung,
Umat bersatu - hati
melekat.
Perkara yang lepas biarlah sudah,
Rapatkan ummah mari
bersatu,
Demi agama bulatlah
wadah,
Taat perintah dari
Yang Satu.
Diperintah disuruh
kita bersatu,
Supaya kita menjadi
ramai,
Baharu musuh diam
membatu,
Kerana kita saling
berdamai.
-------
Sengketa yang
lalu biarlah sudah.
Jangan disebabkan
sengketa lama, lalu diajar dan digalak anak bangsa jadi biadab bermulut celupar
hanya kerana mahu membalas dendam terhadap saudara sendiri.
Mahukah kita
terus membiarkan anak-anak kita diajar mereka supaya berlaku biadab? Mahukah
kita melihat anak-anak kita menjadi biadab di masa mendatang? Mahukah kita menjadi bangsa yang biadab?
Siapakah yang mengajar mereka menjadi biadab? Perlukah kita kepada orang-orang
yang mengajar anak-anak kita menjadi biadab?
Biadab itu
maksudnya tidak beradab. Perkataan peradaban
terbit dari kata asal adab. Peradaban selari makna tamadun. Biadab membawa erti
tidak bertamadun.
Biadab =
Liberalism (Sekularism) + tak beradab.
Liberalism yang
diperkuat dengan sekularism dan ditambah dengan cara hidup tidak beradab hanya
membawa kepada hidup yang tidak bertamadun.
Runtuh adab sopan, maka runtuhlah tamadun.
Islam mencorakkan tamadun umatnya, caci maki itu tidak
beradab, caci maki itu tidak bertamadun, berbuat jelik itu tidak beradab,
perangai jelik itu tidak bertamadun, sedangkan Islam itu mencorakkan tamadun.
Liberalism itu
tidak beradab, sekularism juga tidak beradab.
Anda tahu mana
yang beradab, mana yang bertamadun.
Sengketa yang lalu biarlah sudah.
- SHAHi-
Thirty-Third Street.
Lama tdk nmpk penulisan kamu. :)
ReplyDeletedari bandar lari ke dlm hutan, mencari ilmu pengetahuan yg sukar dicari, jikalau tuan tidak berasa keberatan, izinkan hamba share pantun tuan yg ada kt sini??.. =)
ReplyDeletesalam Shahi,
ReplyDeleteBagusnya tulisan ni. Saya pun nak copy dan paste ke group. Minta izin ya penulis.
Beautiful❤️
ReplyDelete