PERTAMA sekali yang
perlu difahami ialah pendefinisian terhadap terma persona. Ia merujuk kepada watak yang dibawa dalam kerja-kerja seni,
watak atau peranan (role) ciptaan yang mahu ditunjukkan kepada umum bagi mendapat kepercayaan
daripada orang ramai. Dalam bahasa Latin, ia menghampiri maksud topeng (mask).
Con-artist criminals (penjenayah con-artist) melakukan kerja-kerja mereka
dengan penuh seni bagi melicinkan setiap con-play
(pementasan pembohongan). Mereka adalah role-players
yang membawa watak persona masing-masing bagi mendapat kepercayaan orang ramai.
[nota: terma jenayah dalam artikel ini merujuk kepada kerja-kerja con-jobs yang dilakukan con-artist dan ia tidak semestinya merujuk kepada pengertian jenayah menyalahi undang-undang semata-mata. - harap maklum]
[nota: terma jenayah dalam artikel ini merujuk kepada kerja-kerja con-jobs yang dilakukan con-artist dan ia tidak semestinya merujuk kepada pengertian jenayah menyalahi undang-undang semata-mata. - harap maklum]
Apabila
dikatakan ia satu kerja pembohongan yang mempunyai seni, maka watak-watak
rekaannya juga akan dimainkan dengan penuh seni yang mampu mengaburi
penglihatan orang ramai. Kata lainnya, ia bagi menjadikan orang ramai terpesona
dengan watak-watak yang dibawa oleh con-artists
dan seterusnya memberi kepercayaan penuh kepada golongan pembohong itu.
Seseorang
con-artist membawa watak dengan baik
sekali. Mereka akan kelihatan seperti seorang yang sangat boleh dipercayai.
Mereka berlakon sebagai seorang yang kononnya taat kepada agama, mungkin juga
sebagai seorang yang kononnya faham selok-belok ekonomi, atau juga sebagai
seorang yang mempunyai karisma sehingga layak diberikan kepercayaan.
Watak-watak
itu dibawa dengan penuh yakin, seolah-olah diri mereka adalah sesempurna
sebagaimana watak itu digambarkan kepada umum. Apabila anda melihat seorang
wanita bertudung, anda akan beranggapan bahawa dia adalah seorang yang baik dan
taat kepada agama, walhal dia (body
language-nya) sudah banyak kali ‘tertangkap’ (caught) ketika sedang menipu.
Dalam
dunia con-artist, semua jobs itu dilakukan dengan penuh seni.
Kerja jenayah mereka adalah satu seni. Seni pembohongan yang berada di tahap tertinggi.
Seni
itulah yang membezakan plot penjenayahan yang dilakukan oleh penjenayah con-artist dengan penjenayah street-thugs (penjenayah jalanan). Con-artists tidak akan sesekali
melakukan kerja jenayah mereka (modus operandi)
sebagaimana yang dilakukan street-thugs.
Ia
kerana tahap pemikiran mereka adalah sangat berbeza. Seseorang con-artist akan meninggalkan jejak
jenayah yang sangat minima (tiada jenayah dilakukan sempurna), manakala street-thugs pula akan meninggalkan
jejak jenayah yang sangat banyak.
Kesan
jenayah yang dilakukan street-thugs
biasanya mudah dikesan oleh penyiasat forensik jenayah. Mereka meninggalkan
banyak bukti, tetapi tidak bagi con-artists.
Penyiasat forensik tidak akan mampu mendapatkan bukti-bukti forensik dengan
hanya menyiasat di setiap lokasi jenayah yang dilakukan con-artists. Ia kerana mereka tidak mencuri (steal) sebagaimana seseorang street-thug
mencuri.
Namun,
con-artist berkemampuan mencuri
perkara-perkara yang lebih besar daripada hasil curi seseorang street-thug. Jika street-thug mencuri wang daripada mesin juruwang (ATM machine) di bank,
seseorang con-artist pula boleh
mencuri keseluruhan bank, daripada wang tunai sehinggalah kepada hak pemilikan
bank itu dengan menggunakan persona yang dibawanya.
“Let’s
steal a planet or at least the whole galaxy.”
Kalau
seseorang street-thug mencuri sebuah
kereta, seseorang con-artist boleh
mencuri keseluruhan firma yang mengeluarkan kereta itu. Kalau seseorang street-thug mencuri sebuah Samsung Galaxy Tab daripada seorang
wanita di tempat awam yang tidak sedar beg tangannya tidak berzip, seseorang
con-artist boleh mencuri seluruh galaksi ini.
Street-thug melakukan
jenayah berdasarkan peluang yang ada pada ketika itu, dia hanya menunggu
peluang selain mempunyai keberanian untuk melakukan jenayah.
Manakala,
con-artist sentiasa mencipta peluang
andai tiada peluang sedia ada, dia melakukannya dengan menggunakan
kebijaksanaannya untuk memperdaya. Dia berjaya melakukannya dengan meyakini
persona yang dibawanya. Apabila dia sendiri meyakini persona watak ciptaan yang
dibawanya, maka para mangsa yang naif
(lurus bendul) juga mudah akan meyakininya.
--
Kunci
bagi seseorang con-artist untuk
menjayakan persona yang dibawanya ialah dia perlu mempunyai pengetahuan
psikologi. Dia perlu tahu mengenai cara berkesan untuk bermain dengan psikologi
para mangsa (mind control).
Jika
dia tahu orang ramai (crowd) menyukai
orang-orang yang mempunyai pengetahuan agama, maka dia akan menjadikan dirinya
seperti orang yang mempunyai pengetahuan agama dan mempamerkan watak alim itu
kepada orang ramai walaupun secara senyap dia melakukan perbuatan-perbuatan
yang menyalahi agama serta moral.
Dia
akan membina karisma supaya orang ramai (marks)
melihatnya sebagai seorang yang mempunyai kredibiliti dalam sesuatu (atau
hampir semua) perkara. Melalui pembinaan karisma ini, dia akan berusaha
membuatkan para mangsanya beranggapan bahawa dia adalah seorang yang bijak dan
cerdik serta mudah didekati. Benih kepercayaan akan ditanam bermula dari sini.
Apabila
dia sudah mendapat kepercayaan para mangsa, maka dia pun akan mula berkata-kata
kerana dia tahu sudah ada orang (crowd)
yang akan mendengar setiap kata-katanya. (secara perlambangan) Kata-katanya
pula menggambarkan seolah-olah setiap perkara yang disentuh dengan jarinya akan
segera bertukar menjadi emas.
“if
it sounds too good to be true, then it is not true.”
Kepercayaan
orang ramai adalah sangat penting dalam menjayakan sesebuah con-job. (dalam sesetengah kes)
Kepercayaan itu akan menyebabkan orang ramai sukar untuk mempercayai sekiranya
kerja jahat conman itu terbongkar
atau terdedah.
Ia
kerana conman itu berjaya membawa
wataknya dengan baik sehingga para mangsa (his
crowds) tidak akan percaya walau sedikit pun sekiranya diberitahu bahawa conman itu sedang membohongi mereka.
Dalam
kes tertentu, conman itu berterusan
dianggap sebagai seorang yang sangat boleh dipercayai sehingga para mangsanya
tidak akan percaya walaupun terdapat keterangan yang mendedahkan pembohongan conman itu.
Semua
itu adalah dibantu oleh kekuatan persona watak yang dibawa. Maka, adalah sangat
penting bagi seseorang conman untuk
sentiasa menghidupkan watak yang dibawanya setiap kali berada di hadapan awam.
Ia
menjadikan orang ramai (marks)
beranggapan bahawa perwatakan conman
itu adalah wataknya yang sebenar, sedangkan ia bukanlah perwatakan sebenar
melainkan hanya sekadar watak yang digambarkan sebagai perwatakan yang sebenar.
Kejayaan
seseorang conman dalam membawa
persona untuk memperdaya para mangsa bergantung kepada pentas (stage play) yang dicipta (pentas yang
berfungsi mewujudkan peluang). Bagaimana ia dilakukan?
Katakan,
dia mencipta pentas yang penuh dengan kesangsian orang ramai terhadap sesuatu
perkara. Sesuatu perkara itu dia katakan penuh dengan penipuan (padahal dia
yang berbohong mengenainya bagi mencipta kesangsian orang ramai terhadap
perkara itu). Apabila kesangsian tercipta, maka peluang juga tercipta dan
pentas (set-stage) juga tercipta.
Dengan
wujudnya kesangsian di minda orang ramai, maka ia bermakna dia sudah mendapat
kepercayaan mereka. Kepercayaan itu kemudian dieksploitasi selepas conman itu meneliti titik-titik
kelemahan yang terdapat di dalam minda orang ramai selepas mengakses psikologi
mereka.
Contohnya,
dia katakan sesebuah sistem itu tidak adil. Padahal, jika ia benar tidak adil
sebagaimana yang dia dakwa, maka sudah tentu dia pun tidak berpeluang untuk
mendapat sedikit kemenangan, walhal dia sudah mendapat sedikit kemenangan dalam
sistem yang dia katakan tidak adil itu.
Namun,
minda orang ramai (marks) disogok bertubi-tubi
dengan kesangsian bagi mencipta pentas (climate)
supaya dia yang membawa persona itu boleh terus beraksi di atas pentas ciptaannya.
Rujuk artikel Mind Control Dalam Politik
di blog ini bagi mendapat gambaran.
“Make
a story, does not matter whether it is right or wrong, stick to the story, soon
people will think that the story which we created is true.”
“If
it sounds too good to be true, then it is not true.”
Persona
adalah watak dan perwatakan yang penuh dusta. Ia adalah watak yang hanya wujud
di atas pentas drama. Jika anda menonton sesebuah pementasan drama teater di
auditorium, titik leka minda anda akan ‘dibawa’ melayang pada ketika anda
melihat watak-watak lakonan di atas pentas itu memainkan persona masing-masing
(hanya yang pernah menonton teater pentas akan memahami maksud ini).
Psikologi
dan perasaan para penonton akan dipermain-mainkan oleh keberkesanan setiap
persona yang dilakonkan oleh para pembawa watak (pelakon). Apabila terlalu
leka, penonton akan mula menangis apabila persona-persona di atas pentas itu
memainkan babak sedih, ia seolah-olah penonton sendiri dapat merasai kesedihan
yang dipertontonkan itu.
Pentas
pula akan bertukar-tukar warna lampu mengikut mood di setiap plot babak. Lampu-lampu itu juga berupaya
mempengaruhi minda para penonton supaya terus terbuai dengan setiap persona
yang memainkan peranan mereka di atas pentas untuk mempermainkan perasaan para
penonton. Ia adalah tugas (jobs)
mereka untuk bermain-main dengan perasaan para penonton melalui lakonan-lakonan
yang dipertontonkan.
Gaya
bahasa, intonasi suara bagi setiap baris dialog, mimik muka yang mewarnai mood
pengucapan dialog dan kejutan-kejutan yang menerkam minda penonton di babak
klimaks, itu semua akan mempengaruhi tingkat kesungguhan seseorang penonton
untuk terus mengikuti pementasan tersebut hingga akhir.
Para
penonton seperti dibawa masuk ke dalam kisah yang dipentaskan itu, kisahnya
seperti sangat benar-benar terjadi walhal ia hanya sebuah lakonan. Keberkesanan
sesebuah persona dalam memainkan peranan mereka untuk menjayakan keseluruhan
pementasan itu adalah amat penting.
Namun,
persona-persona itu hanya wujud di atas pentas. Apabila meninggalkan pentas dan
beralih ke belakang pentas, orang-orang yang membawa persona itu akan kembali
kepada perwatakannya yang sebenar. Namun begitu, pekerja-pekerja yang bekerja
mencuci pentas juga tidak akan mengetahui apakah perwatakan sebenar setiap
pelakon.
(Secara
perlambangan) Perwatakan sebenar hanya akan diketahui sekiranya ada orang yang
merakamkan segala perwatakan para pelakon itu di belakang pentas menggunakan
kamera video. Jika anda mahu mengetahui apa yang berlaku di belakang pentas,
maka anda boleh menjadi conman dengan
persona yang bersesuaian dan pergi ke belakang pentas menggunakan backstage pass sambil membawa kamera
video untuk merakam segala perwatakan sebenar mereka.
Tetapi
harus diingat peraturan ini: “You can’t con a conman.”
Jadi,
anda tidak harus menjadi seorang conman
untuk menjadikan kerja jahat seseorang conman
itu blown out. Kami juga tidak boleh con semua conmen itu kerana ia adalah peraturan bagi mengelakkan diri kami
sendiri daripada blown out.
Seseorang
conman hanya berupaya menyiasat
kegiatan conman yang lain, tetapi
tidak dapat melakukan con terhadap
mereka kerana kerja con itu akan
mudah blown out dan gagal. Ia kerana
seseorang conman sentiasa sedar
apabila dirinya cuba di-con oleh conman yang lain.
Ia
adalah peraturan nombor satu yang kamu semua tidak akan faham sampai bila-bila
mengenai mengapa peraturan tersebut ditetapkan seperti itu. We can never con other conmen’s job.
Jadi, apa yang kami sedang lakukan kalau kami sendiri tidak boleh buat mereka blown out?
Anda
juga tidak boleh con mereka kerana “You
can’t con a conman.”
Jadi,
apa yang anda harus buat?
“You
can’t con conmen.” Ia adalah sebuah
peraturan dalam dunia penjenayahan con yang profesional. Atas sebab itulah sebuah organisasi yang menjadi musuh
kepada organisasi con itu tidak dapat berbuat apa-apa pada setiap kali organisasi
mereka menjadi mangsa untuk dipersalahkan (frame-job)
oleh organisasi con. Mereka tidak
berbuat apa-apa kerana mereka tahu peraturan ini: “You can’t con a conman.”
Jadi
apa yang organisasi musuh mereka perlu buat kerana tidak boleh con semua conmen itu?
[nota: istilah asal dalam dunia con-artist yang merujuk kepada usaha
menjadikan kerja jahat itu blow out
ialah blow-job, tetapi penggiat industri
filem lucah di negara barat yang tamak telah membuatkan istilah asal itu
dirujuk kepada satu perlakuan yang sangat lucah dan tidak lagi sopan untuk
disebut.]
Untuk
menjadikan kerja blow out itu
berkesan, ia harus dilakukan dengan penuh seni.
“Only
an artist is credible to put a price on a painting,”
Hanya
jauhari (goldsmith) yang mengenal
manikam (valuable hard stones).
Sebuah pepatah tempatan yang mempunyai maksud hampir dengan pernyataan
berbahasa Inggeris seperti di perenggan atas.
Hanya
jauhari yang bijak sahaja yang mengetahui cara untuk memusnahkan batu berlian.
Tetapi, seseorang jauhari biasanya tidak tergamak untuk memusnahkan batu
berlian selagi ia masih mempunyai nilai. Kerana batu berlian adalah hasil seni
penuh nilai yang tercipta dari alam semulajadi oleh Pencipta. Mungkin, ia
gambaran yang sesuai untuk menyatakan maksud “You can’t con a conman.”
Setiap
conman walau di pihak mana sekali pun
(good hands dan juga evil hands) akan sentiasa ternanti-nanti
untuk menyaksikan the greatest con job in
history kerana mahu melihat seni yang terdapat dalam sesebuah con job itu.
Atas
sebab itulah isu Palestin tidak pernah ada tanda-tanda untuk berakhir kerana
setiap conman mahu melihat the greatest con job sebelum mereka
mati, ia kerana mereka terlalu gila melihat seni con.
Setiap
conman (yang bertaraf world class players) berterusan
memerhati kesenian con job yang
dilakukan di Palestin dan di rantau Arab (Semitic
Region) sejak berpuluh tahun lalu, namun begitu, mereka tetap menyalurkan
bantuan kepada mangsa-mangsa kekejaman Zionis walaupun tidak mematahkan con job itu secara keseluruhan. Bantuan
itu juga disalurkan dengan penuh seni.
Namun,
anda tidak harus cepat melatah dengan pernyataan mengenai Palestin seperti di
perenggan atas ini. The good hands (good conmen) hanya akan bertindak
selepas mereka menyaksikan the greatest
job itu selesai dengan plot-plot yang tersendiri. Sebab itu dikatakan, anda
tidak akan pernah memahami peraturan nombor satu itu sampai bila-bila pun.
Atas
sebab itu jugalah individu yang mengucapkan “I
support all efforts to protect the security of the State of Israel” itu
dibiarkan begitu sahaja oleh setiap good
conmen yang pro-Palestin, ia kerana con
job itu belum sampai ke kemuncaknya dan belum habis diselesaikan.
The good hands sejak zaman
berzaman sudah pun menyaksikan sekian banyak kerja seni con jobs dalam sejarah manusia, dan jika anda memerhatikan dengan
penuh teliti sebaik sahaja sesebuah con
job itu diselesaikan (contoh, plot 9-11 sebelum menyerang Afghanistan), anda
akan dapati terdapat kesan balas yang timbul bagi setiap con jobs yang jahat itu, anda beranggapan kesan balas itu terjadi
dengan sendiri, walhal ia dirancang dengan penuh tipu daya oleh the good hands, lihat apa yang sedang
berlaku terhadap ekonomi Amerika dan Eropah pada hari ini sebaik sahaja semua con jobs yang jahat itu diselesaikan.
Kesan
balas itu digerakkan oleh the good hands
selepas mereka selesai menyaksikan hasil kerja seni the evil hands. Namun, the
evil hands meneruskan con jobs
mereka dengan mutu seni yang dipertingkatkan bersama war bucks scheme (skim wang perang) yang digerakkan melalui Arab Springs.
Arab Springs adalah seni
yang halus, ia tercipta pada ketika Amerika dan sekutunya terpaksa meneruskan
misi memerangi blok-blok musuh mereka dalam keadaan Amerika dan sekutunya
mengalami krisis ekonomi paling teruk dalam tempoh 50 tahun akibat
kempen-kempen perang terdahulu di Afghanistan dan Iraq. Kini, Arab Springs menjadi art of con yang klasik dan menghiburkan
untuk ditiru oleh conmen di
negara-negara lain.
Bermula
dengan Arab Springs, maka
proksi-proksi mereka mula meningkatkan mutu persona masing-masing bagi mencipta
peluang yang menghampiri setting
pentas Arab Spring. Pentas itu cuba
dipersiapkan dalam menuju ke arah Arab
Spring mengikut versi negara masing-masing. Permainan Arab Springs yang sedang digerakkan the evil hands itu juga terus berterusan diperhatikan oleh the good hands.
Permainan
di Mesir masih belum berakhir dengan episod huru-hara dan kacau-bilau walaupun
sudah diganti dengan ketua negara yang baharu sebagaimana yang rakyat di negara
itu inginkan. The good hands masih
memerhati perkembangan itu tanpa sebarang tindakan balas. Ia kerana the game is not over yet. Mereka masih
menunggu detik the greatest con in the history
of mankind tercetus. Namun, ia tidak pula membawa pengertian mereka membisu
dan merelakan.
The evil hands merancang, the good hands juga merancang.
Jadi,
jika Malaysia akhirnya jatuh ke tangan evil
hands yang tampil dengan persona deseptif yang kelihatan too good to be true sehingga mengaburi
sebilangan mangsa yang lemah akal, the
good hands akan tetap memerhati sehingga keseluruhan permainan itu
berakhir.
Mereka
(good hands) akan terus membiarkan. Anda
semakin pening dengan permainan ini? Tidak tahu mengapa the good hands hanya membiarkan? Kami tahu anda semakin pening
dengan semua ini. Con-artist bukanlah
dunia anda, maka tidak hairanlah jika anda tidak memahami semua ini.
Lebih
memeningkan, di episod mana pula boleh dikatakan con job itu berakhir? Anda harus tahu bagaimana untuk membuat expected scene.
Selepas
berlaku peristiwa A, maka akan berlaku peristiwa B dan C. Maka anda harus tahu
apakah peristiwa B dan C yang dijangka akan berlaku itu. Ia adalah expected scenes. Anda harus tahu apakah
tindakan yang akan dilakukan oleh para persona yang seterusnya selepas
menjayakan peristiwa A.
“You
can’t con a conman.” Ia kedengaran seperti anda tidak dapat berbuat
apa-apa. Jadi, apa yang boleh anda lakukan? Ia kedengaran seperti kerja seni con-artist itu sangat sempurna (perfect) sekali sehingga tidak ada apa
pun yang dapat menghentikan kerja jahat mereka.
Siapakah
yang mencipta seni pendustaan ini sehingga ia seperti sangat sempurna sekali?
Peraturan
nombor satu itu kedengaran cukup sempurna (too
good to be true) sehingga tidak ada manusia pun yang dapat menafikan
peraturan itu. Ia kedengaran sangat bagus. Anda sedang melupakan sesuatu.
Benar, anda sedang melupakan pada setiap kali terlalu memikirkan bahawa tiada
jalan keluar bagi memecahkan peraturan nombor satu itu.
Anda
terlupa mengenai perkara ini:
“If
it sounds too good to be true, then it is not true.”
Anda
terlalu memikirkan peraturan nombor satu itu sehingga terlupa kepada
peraturan-peraturan con yang lain.
Apakah peraturan-peraturan lain itu?
“You can’t con honest people.”
“You can’t con a statement
perfectionist.”
“You can’t con a skeptic.”
“You can’t con a true theorist.”
Untuk
memecahkan peraturan nombor satu itu, anda harus menjadi orang-orang yang
berada di peraturan nombor dua hingga nombor lima. Anda harus menjadi orang
yang jujur, menjadi orang yang mementingkan kesempurnaan dalam sesebuah
pengucapan yang dibuat oleh orang lain, menjadi orang yang skeptikal dan
menjadi orang yang berpegang kepada teori yang benar.
Anda
tidak perlu menjadi conman. Tidak
perlu. Ia kerana seseorang conman
tidak berupaya melakukan con terhadap
conman yang lain.
Anda
tidak perlu menjadi seorang conman
untuk menjadikan kerja jahat mereka blown
out. Anda boleh menjadikan kerja jahat mereka blown out dengan menjadi kelompok yang berada di peraturan di
nombor dua hingga nombor lima.
Kerana
apa?
Kerana
seseorang conman tidak akan mampu
melakukan con terhadap kelompok
manusia yang berada di peraturan nombor dua hingga nombor lima. Peraturan itu
hanya khas untuk manusia-manusia yang suka berbohong (the rules are only apply to con-artists),
anda tidak perlu menjadi conman untuk
memusnahkan con job seseorang conman yang lain. (rujuk: artikel Kunst
der Tauschung dalam blog ini).
Persona
palsu mereka akan musnah apabila anda menjadi orang-orang yang sepatutnya anda
jadi.
Menjadi
masalah ialah tidak ramai yang benar-benar jujur dengan diri mereka sendiri
dalam usaha mendapatkan jawapan. Lebih ramai yang hanya suka mengangguk berbanding
menjadi orang yang gemar bertanya bagi mendapatkan jawapan.
Apabila
con-artist yang tampil dengan persona
penuh karisma membohongi mereka, mereka pun angguk tanpa bantahan atau tanpa
sebarang pertanyaan. Mereka gagal mendapatkan keterangan yang berketerangan dan
bersambung-sambung tanpa terputus-putus. Mereka lebih suka mendengar berita-berita
gembira yang palsu kemudian bersorak tanpa banyak soal. Atas sebab itu, mereka
lebih suka membuat anda mengangguk, mereka tidak suka anda menyoal.
“Lie to them once, and if they say yes
to it, then lie again and again until they can never say no.”
--
Persona
yang dibawa oleh seseorang con-artist
adalah sangat meyakinkan dan deseptif. Ia adalah perwatakan palsu yang dipertontonkan
kepada umum.
Ada
yang tampil dengan persona pakar ekonomi walhal pernyataan-pernyataan ekonomi
yang dikeluarkan adalah sangat tidak praktikal, jika anda rajin membaca
laporan-laporan berita ekonomi dunia, anda akan dapati kadar inflasi tidak
dipengaruhi oleh kadar harga petroleum, manakala subsidi petrol dan diesel yang
terlalu tinggi pula akan mempengaruhi kenaikan harga petroleum di peringkat
global. Namun, ada juga yang terpesona dengan gaya persona tersebut yang
kedengaran too good to be tue kerana
mahu penyelesaian mudah.
Namun
apabila tidak berada di hadapan pentas khalayak, mereka akan segera
menganggalkan topeng masing-masing dan jika ketika itu ada kamera video di
tangan anda, maka rakamlah segala perwatakan sebenar mereka. Dalam video yang
dirakam itu, anda akan dapat melihat betapa persona itu tidak tahu apa-apa
mengenai ekonomi global, tidak seperti yang dia mengaku ketika berada di atas
pentas lakonan.
Jadi,
apakah yang membuatkan para mangsa mudah terpesona dengan persona-persona
deseptif tersebut? Ia antara sebabnya
ialah kerana para persona itu bijak melakukan steal (mencuri) atas hasil usaha orang lain. Mereka bijak berbohong
dan melakukan steal pada masa yang
sama. Katakan satu pihak bertungkus-lumus berusaha membina masjid, bina
sekolah, menaikkan elaun guru-guru dan sebagainya.
Tetapi,
persona deseptif itu hanya perlu tampil di hadapan para mangsa dan mengaku dialah
atau merekalah membuat segala usaha tersebut. Pengakuan deseptif bagi tujuan stealing itu dilakukan hanya kerana
masjid dan kenaikan elaun guru-guru itu dibuat di kawasan milik persona itu.
Dalam contoh ini, persona itu mencuri kredit atas hasil usaha orang lain, dalam
pepatah Melayu kita sebut; lembu punya
susu, sapi dapat nama. Sudah nampak (salah satu daripada banyak kaedah)
bagaimana steal dilakukan?
Stealing tidak dilakukan
dengan cara mengambil barang yang hendak dicuri itu dan menyorokkan ia di dalam
poket seluar dan kemudian melarikan diri sebagaimana dilakukan oleh seseorang street thug. Bukan begitu.
Stealing yang dilakukan
oleh seseorang con-artist adalah
menggunakan cara yang sangat jijik sekali. Mereka mencuri semua perkara dengan
cara yang halus dan berseni. Mereka boleh mengaku segala-galanya milik mereka,
dan mengaku segala-galanya adalah hasil usaha mereka walaupun sebenarnya ia
adalah milik dan hasil usaha orang lain.
Mereka
melakukannya dengan penuh tipu daya melalui cara memainkan persona dengan
sebaik mungkin sehingga ramai dalam kalangan orang awam yang malas berfikir
ditipu hidup-hidup secara depan-depan. Kalau anda fikir diri anda sudah cukup
bijak, maka awas, anda belum cukup bijak untuk membaca pemikiran seorang con-artist mengikut perspektif con-artist itu sendiri.
Mengapa
kami memberitahu anda perkara ini? Ia kerana anda bukan con-artist seperti kami
di sini, maka anda boleh menggagalkan plot mereka dengan cara memenuhi
peraturan di nombor satu hingga nombor lima apabila berhadapan dengan con-artists.
Get
ready to get even.
-MASTER’s CHAMBER-
.
very useful & very stylo writing skill
ReplyDeleteyou guys are stylo
thanx
so, in real, art of con can be used for good. at last i get the answer.
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteseperti diberitahu sebelum ini, setiap pertanyaan akan diperjelaskan dalam artikel-artikel akan datang.
we don't provide answers, we only provide explanation.
_WAQQAS
ok admin. it is not an answer, but an explanation. somehow, more questions come in mind
ReplyDeletesalam umat melayu
ReplyDeletesalam yuan blog
Terima kasih....ilmu amat menfaat. Saya sentiasa mengikuti blog tuan. Banyak ilmu yang berguna.
Salam akhir mula
dari
Laksamana Allihoo
Saya harap kalo benarlah ada wujudnya 'good Hands' di pihak M'sia,jganla bertindak selepas semua hancur lebur..
ReplyDeleteMemmng x paham nape harus tengok conman yg evil tu perabih perncangan keja jahat mereka dolo sebelum bertindak apa2..boleh ka dgn cara itu meminimakan kerosakan dari keja jahat conman?
di M'sia ni efektif ka good hands kita? dok kalaaaahhh ja la ni
salam.
Deletethe good hands bukan parti politik, harap faham : )
tapi the evil hands ada main peranan dalam politik, juga harap faham : )
seperti orang bermain catur, kalau giliran anda menggerakkan buah catur, takkanlah saya hendak tepis tangan anda, kan? semestinya saya beri kamu gerakkan anak catur anda kerana itu memang giliran anda, kan?
tetapi, perlu jelas ialah good hands bukanlah parti politik.
: )
sekadar singgah
terima kasih ats penerangan..So takat la ni good hands M'sia ada kemenangan x dicapai ?
ReplyDeleteSalam Admin blog terbaek sekalian.
ReplyDeleteSaya masih kurang mengerti... siapa itu Good Hands? Adakah mereka on the good side or mereka hanyalah bertindak seperti pemberi gula-gula dan candy selepas the Bad Hands habis mengerjakan sesuatu negara demi the greatest con of all time?
Saya mohon penjelasan, terima kasih. c:
-Sayyid Wan
artikel di atas ada menyatakan bahawa setiap conmen mempunyai obsesi untuk melihat the greatest con of history. dan bila dikatakan wujudnya good hands yang turut sama menanti, saya rasa (maaf cakap) good hands pentingkan diri. mengapa good hands tak mengorak langkah terlebih dahulu? adakah good hands akan bertindak apabila inging memenuhi obsesi diri mereka terhadap kerja2 consemata-mata? adakah selamanya dalam permainan catur ini, langkah mesti dimulai oleh evil hands? saya harap good hands tak kecik hati kerana saya terikut emosi.
ReplyDeletemenanyakan siapa good hands bukanlah soalan yang bijak di sini, tapi kerana saya selalu terfikirkan soalannya, saya tanyakan juga.
artikel di atas ada menyebut bahawa good hands menghantar bantuan ke palestin setiap kali selepas diserang. saya mengandaikan ada bantuan dalam bentuk selain dari bantuan makanan dan ubat-ubatan yang selalu dibawa oleh NGO2 pro-palestin. adakah andaian saya benar?
khabarnya morsi sudah menerima dengan bantuan kewangan dari IMF. saya harap good hands tak menanti begitu lama.
adakah good hands semuanya orang islam dan apa matlamat akhir mereka?
maaf kerana ada sedikit emosi pada soalan2 saya.
saya rasa saya akan tanya banyak algi selepas ini.
terima kasih.
salam.
Deletenajwa,
pertama sekali, saya ucapkan tahniah kerana anda bersikap sangat jujur. itulah nilai yang diperlukan untuk menjadikan con-job blown out.
kedua, saya terpaksa memohon maaf kerana tidak dapat menjelaskan beberapa perkara kerana 'we are under oath, we have sworn to secrecy.'
mengenai palestin, rakan kita pernah berada di sana bagi tempoh yang lama. he did his job with his fellow personas who came from all over the world. tetapi kita tidak pernah tahu apakah jobs itu. he also had sworn to secrecy.
baiklah, untuk menjadikan anda orang yang faham, kita berikan juga penjelasan kecil ini.
pada ketika perang bosnia, beberapa pemimpin di negara islam bertindak menghantar pasukan tentera bagi membantu rakyat muslim bosnia yang dizalimi puak serb.
tapi, kemasukan pasukan tentera dari negara islam yang lain tidak akan dapat dilakukan tanpa bantuan 'the good hands' yang melakukan tipu daya untuk menjayakan misi rahsia itu. tanpa bantuan 'good hands' pihak serb sudah pasti dapat menghidu kemasukan tentera asing ke bosnia. mereka melakukan jobs dengan tipu daya kerana itulah kemahiran con-artist.
jika anda mengatakan good hands mementingkan diri sendiri, maka saya kata ia betul pada sesetengah keadaan tetapi tidak bagi semua keadaan.
menanti gerakan buah catur pihak lawan adalah peraturan dalam permainan. rules are rules.
tahniah kerana jujur.
we have sworn.
byk juga persoalan cik siti najwa ini, takpe teruskan
ReplyDeletedalam kehidupan ade prinsip, Allah pesan "sabar" itu ada punca mengapa kadangkala kita membiarkan berlaku... bertujuan menilai apa tindakan mereka, bila gagal, maka ia akan menjadi senjata perangkap si pesalah
mmg rules catur, si pemilik buah putih akan memulakan langkah, tapi sebagai pemilik buah hitam kita mampu mengelirukan pemain putih, sbg cth andai bertemu seseorang, saya akan bermain handicap yakni tanpa queen, disitu sy dah perangkap minda pemain putih dan secara agresif akan serang menggunakan queen dgn rakus sekali, akhirnya dia terjerat.andai dia pasif ternyata dia bergantung harap pada queen utk menang maka itulah kelemahan - apa yang saya ingin sampaikan ialah kita ada Allah maka berserahlah padaNYA dlm masa sama ingat pesan "sabar" itu kunci kejayaan kerana dlm sabar itu ada ikhlas dan jujur :)
You can’t con a conman tapi sabar itu lawanyer
Mengikuti siri 'con' seperti mengembara ke dalam lubang arnab.
ReplyDeleteTidakkah pihak 'good con' merasakan tindakan tunggu - nikmati - beraksi, suatu taruhan yang besar. Katakan semasa pihak lawan (bad 'con') sedang menjayakan agenda mereka (contoh pelaksanaan dasar oleh PR jika menang PRU), kemudian berlaku sesuatu terhadap organisasi atau beberapa orang 'good con' (mati contohnya). Akibatnya mungkin rakyat, agama dan negara yang merana.
Bagaimana pula tafsiran 'good con' dan 'bad con'. Adakah pada zaman Tun M dulu 'good con' yang bertindak mengkucar-kacir pemerintahan beliau. Sebagaimana tindakan 'good con' kelak yang mungkin akan mengkucar-kacir pemerintahan PR (jika menang PRU) apabila tiba giliran menggerakkan buah catur.
-staff
Semalm rasanya sy ada terbaca keluaran baru UT..hari ni dah x ada..artikel yg sagt menarik..tp BAHAYA juga..
ReplyDeleteGood LUCK Good Hands..semoga anda dilindungi ALLAH dan beroleh kejayaan...
kemana perginya artikel terbaru UT: art of con: wrong bird ??
Delete