2 Apr 2013

Art of Con: Persona deseptif

Persona



PERTAMA sekali yang perlu difahami ialah pendefinisian terhadap terma persona. Ia merujuk kepada watak yang dibawa dalam kerja-kerja seni, watak atau peranan (role) ciptaan yang mahu ditunjukkan kepada umum bagi mendapat kepercayaan daripada orang ramai. Dalam bahasa Latin, ia menghampiri maksud topeng (mask).

Con-artist criminals (penjenayah con-artist) melakukan kerja-kerja mereka dengan penuh seni bagi melicinkan setiap con-play (pementasan pembohongan). Mereka adalah role-players yang membawa watak persona masing-masing bagi mendapat kepercayaan orang ramai.

[nota: terma jenayah dalam artikel ini merujuk kepada kerja-kerja con-jobs yang dilakukan con-artist dan ia tidak semestinya merujuk kepada pengertian jenayah menyalahi undang-undang semata-mata. - harap maklum]

Apabila dikatakan ia satu kerja pembohongan yang mempunyai seni, maka watak-watak rekaannya juga akan dimainkan dengan penuh seni yang mampu mengaburi penglihatan orang ramai. Kata lainnya, ia bagi menjadikan orang ramai terpesona dengan watak-watak yang dibawa oleh con-artists dan seterusnya memberi kepercayaan penuh kepada golongan pembohong itu.

Seseorang con-artist membawa watak dengan baik sekali. Mereka akan kelihatan seperti seorang yang sangat boleh dipercayai. Mereka berlakon sebagai seorang yang kononnya taat kepada agama, mungkin juga sebagai seorang yang kononnya faham selok-belok ekonomi, atau juga sebagai seorang yang mempunyai karisma sehingga layak diberikan kepercayaan.

Watak-watak itu dibawa dengan penuh yakin, seolah-olah diri mereka adalah sesempurna sebagaimana watak itu digambarkan kepada umum. Apabila anda melihat seorang wanita bertudung, anda akan beranggapan bahawa dia adalah seorang yang baik dan taat kepada agama, walhal dia (body language-nya) sudah banyak kali ‘tertangkap’ (caught) ketika sedang menipu.

Dalam dunia con-artist, semua jobs itu dilakukan dengan penuh seni. Kerja jenayah mereka adalah satu seni. Seni pembohongan yang berada di  tahap tertinggi.

Seni itulah yang membezakan plot penjenayahan yang dilakukan oleh penjenayah con-artist dengan penjenayah street-thugs (penjenayah jalanan). Con-artists tidak akan sesekali melakukan kerja jenayah mereka (modus operandi)  sebagaimana yang dilakukan street-thugs.

Ia kerana tahap pemikiran mereka adalah sangat berbeza. Seseorang con-artist akan meninggalkan jejak jenayah yang sangat minima (tiada jenayah dilakukan sempurna), manakala street-thugs pula akan meninggalkan jejak jenayah yang sangat banyak.

Kesan jenayah yang dilakukan street-thugs biasanya mudah dikesan oleh penyiasat forensik jenayah. Mereka meninggalkan banyak bukti, tetapi tidak bagi con-artists. Penyiasat forensik tidak akan mampu mendapatkan bukti-bukti forensik dengan hanya menyiasat di setiap lokasi jenayah yang dilakukan con-artists. Ia kerana mereka tidak mencuri (steal) sebagaimana seseorang street-thug mencuri.

Namun, con-artist berkemampuan mencuri perkara-perkara yang lebih besar daripada hasil curi seseorang street-thug. Jika street-thug mencuri wang daripada mesin juruwang (ATM machine) di bank, seseorang con-artist pula boleh mencuri keseluruhan bank, daripada wang tunai sehinggalah kepada hak pemilikan bank itu dengan menggunakan persona yang dibawanya.

“Let’s steal a planet or at least the whole galaxy.”

Kalau seseorang street-thug mencuri sebuah kereta, seseorang con-artist boleh mencuri keseluruhan firma yang mengeluarkan kereta itu. Kalau seseorang street-thug mencuri sebuah Samsung Galaxy Tab daripada seorang wanita di tempat awam yang tidak sedar beg tangannya tidak berzip, seseorang con-artist boleh mencuri seluruh galaksi ini.

Street-thug melakukan jenayah berdasarkan peluang yang ada pada ketika itu, dia hanya menunggu peluang selain mempunyai keberanian untuk melakukan jenayah.

Manakala, con-artist sentiasa mencipta peluang andai tiada peluang sedia ada, dia melakukannya dengan menggunakan kebijaksanaannya untuk memperdaya. Dia berjaya melakukannya dengan meyakini persona yang dibawanya. Apabila dia sendiri meyakini persona watak ciptaan yang dibawanya,  maka para mangsa yang naif (lurus bendul) juga mudah akan meyakininya.
--

Kunci bagi seseorang con-artist untuk menjayakan persona yang dibawanya ialah dia perlu mempunyai pengetahuan psikologi. Dia perlu tahu mengenai cara berkesan untuk bermain dengan psikologi para mangsa (mind control).

Jika dia tahu orang ramai (crowd) menyukai orang-orang yang mempunyai pengetahuan agama, maka dia akan menjadikan dirinya seperti orang yang mempunyai pengetahuan agama dan mempamerkan watak alim itu kepada orang ramai walaupun secara senyap dia melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi agama serta moral.

Dia akan membina karisma supaya orang ramai (marks) melihatnya sebagai seorang yang mempunyai kredibiliti dalam sesuatu (atau hampir semua) perkara. Melalui pembinaan karisma ini, dia akan berusaha membuatkan para mangsanya beranggapan bahawa dia adalah seorang yang bijak dan cerdik serta mudah didekati. Benih kepercayaan akan ditanam bermula dari sini.

Apabila dia sudah mendapat kepercayaan para mangsa, maka dia pun akan mula berkata-kata kerana dia tahu sudah ada orang (crowd) yang akan mendengar setiap kata-katanya. (secara perlambangan) Kata-katanya pula menggambarkan seolah-olah setiap perkara yang disentuh dengan jarinya akan segera bertukar menjadi emas.

“if it sounds too good to be true, then it is not true.”


Kepercayaan orang ramai adalah sangat penting dalam menjayakan sesebuah con-job. (dalam sesetengah kes) Kepercayaan itu akan menyebabkan orang ramai sukar untuk mempercayai sekiranya kerja jahat conman itu terbongkar atau terdedah.

Ia kerana conman itu berjaya membawa wataknya dengan baik sehingga para mangsa (his crowds) tidak akan percaya walau sedikit pun sekiranya diberitahu bahawa conman itu sedang membohongi mereka.

Dalam kes tertentu, conman itu berterusan dianggap sebagai seorang yang sangat boleh dipercayai sehingga para mangsanya tidak akan percaya walaupun terdapat keterangan yang mendedahkan pembohongan conman itu.

Semua itu adalah dibantu oleh kekuatan persona watak yang dibawa. Maka, adalah sangat penting bagi seseorang conman untuk sentiasa menghidupkan watak yang dibawanya setiap kali berada di hadapan awam.



Ia menjadikan orang ramai (marks) beranggapan bahawa perwatakan conman itu adalah wataknya yang sebenar, sedangkan ia bukanlah perwatakan sebenar melainkan hanya sekadar watak yang digambarkan sebagai perwatakan yang sebenar.

Kejayaan seseorang conman dalam membawa persona untuk memperdaya para mangsa bergantung kepada pentas (stage play) yang dicipta (pentas yang berfungsi mewujudkan peluang). Bagaimana ia dilakukan?

Katakan, dia mencipta pentas yang penuh dengan kesangsian orang ramai terhadap sesuatu perkara. Sesuatu perkara itu dia katakan penuh dengan penipuan (padahal dia yang berbohong mengenainya bagi mencipta kesangsian orang ramai terhadap perkara itu). Apabila kesangsian tercipta, maka peluang juga tercipta dan pentas (set-stage) juga tercipta.

Dengan wujudnya kesangsian di minda orang ramai, maka ia bermakna dia sudah mendapat kepercayaan mereka. Kepercayaan itu kemudian dieksploitasi selepas conman itu meneliti titik-titik kelemahan yang terdapat di dalam minda orang ramai selepas mengakses psikologi mereka.

Contohnya, dia katakan sesebuah sistem itu tidak adil. Padahal, jika ia benar tidak adil sebagaimana yang dia dakwa, maka sudah tentu dia pun tidak berpeluang untuk mendapat sedikit kemenangan, walhal dia sudah mendapat sedikit kemenangan dalam sistem yang dia katakan tidak adil itu.

Namun, minda orang ramai (marks) disogok bertubi-tubi dengan kesangsian bagi mencipta pentas (climate) supaya dia yang membawa persona itu boleh terus beraksi di atas pentas ciptaannya. Rujuk artikel Mind Control Dalam Politik di blog ini bagi mendapat gambaran.


“Make a story, does not matter whether it is right or wrong, stick to the story, soon people will think that the story which we created is true.”

“If it sounds too good to be true, then it is not true.”


Persona adalah watak dan perwatakan yang penuh dusta. Ia adalah watak yang hanya wujud di atas pentas drama. Jika anda menonton sesebuah pementasan drama teater di auditorium, titik leka minda anda akan ‘dibawa’ melayang pada ketika anda melihat watak-watak lakonan di atas pentas itu memainkan persona masing-masing (hanya yang pernah menonton teater pentas akan memahami maksud ini).

Psikologi dan perasaan para penonton akan dipermain-mainkan oleh keberkesanan setiap persona yang dilakonkan oleh para pembawa watak (pelakon). Apabila terlalu leka, penonton akan mula menangis apabila persona-persona di atas pentas itu memainkan babak sedih, ia seolah-olah penonton sendiri dapat merasai kesedihan yang dipertontonkan itu.

Pentas pula akan bertukar-tukar warna lampu mengikut mood di setiap plot babak. Lampu-lampu itu juga berupaya mempengaruhi minda para penonton supaya terus terbuai dengan setiap persona yang memainkan peranan mereka di atas pentas untuk mempermainkan perasaan para penonton. Ia adalah tugas (jobs) mereka untuk bermain-main dengan perasaan para penonton melalui lakonan-lakonan yang dipertontonkan.

Gaya bahasa, intonasi suara bagi setiap baris dialog, mimik muka yang mewarnai mood pengucapan dialog dan kejutan-kejutan yang menerkam minda penonton di babak klimaks, itu semua akan mempengaruhi tingkat kesungguhan seseorang penonton untuk terus mengikuti pementasan tersebut hingga akhir.

Para penonton seperti dibawa masuk ke dalam kisah yang dipentaskan itu, kisahnya seperti sangat benar-benar terjadi walhal ia hanya sebuah lakonan. Keberkesanan sesebuah persona dalam memainkan peranan mereka untuk menjayakan keseluruhan pementasan itu adalah amat penting.

Namun, persona-persona itu hanya wujud di atas pentas. Apabila meninggalkan pentas dan beralih ke belakang pentas, orang-orang yang membawa persona itu akan kembali kepada perwatakannya yang sebenar. Namun begitu, pekerja-pekerja yang bekerja mencuci pentas juga tidak akan mengetahui apakah perwatakan sebenar setiap pelakon.

(Secara perlambangan) Perwatakan sebenar hanya akan diketahui sekiranya ada orang yang merakamkan segala perwatakan para pelakon itu di belakang pentas menggunakan kamera video. Jika anda mahu mengetahui apa yang berlaku di belakang pentas, maka anda boleh menjadi conman dengan persona yang bersesuaian dan pergi ke belakang pentas menggunakan backstage pass sambil membawa kamera video untuk merakam segala perwatakan sebenar mereka.

Tetapi harus diingat peraturan ini: “You can’t con a conman.”

Jadi, anda tidak harus menjadi seorang conman untuk menjadikan kerja jahat seseorang conman itu blown out. Kami juga tidak boleh con semua conmen itu kerana ia adalah peraturan bagi mengelakkan diri kami sendiri daripada blown out.

Seseorang conman hanya berupaya menyiasat kegiatan conman yang lain, tetapi tidak dapat melakukan con terhadap mereka kerana kerja con itu akan mudah blown out dan gagal. Ia kerana seseorang conman sentiasa sedar apabila dirinya cuba di-con oleh conman yang lain.

Ia adalah peraturan nombor satu yang kamu semua tidak akan faham sampai bila-bila mengenai mengapa peraturan tersebut ditetapkan seperti itu. We can never con other conmen’s job. Jadi, apa yang kami sedang lakukan kalau kami sendiri tidak boleh buat mereka blown out?

Anda juga tidak boleh con mereka kerana “You can’t con a conman.”
Jadi, apa yang anda harus buat?

“You can’t con conmen.” Ia adalah sebuah peraturan dalam dunia penjenayahan con yang profesional. Atas sebab itulah sebuah organisasi yang menjadi musuh kepada organisasi con itu tidak dapat berbuat apa-apa pada setiap kali organisasi mereka menjadi mangsa untuk dipersalahkan (frame-job) oleh organisasi con. Mereka tidak berbuat apa-apa kerana mereka tahu peraturan ini: “You can’t con a conman.”

Jadi apa yang organisasi musuh mereka perlu buat kerana tidak boleh con semua conmen itu?

[nota: istilah asal dalam dunia con-artist yang merujuk kepada usaha menjadikan kerja jahat itu blow out ialah blow-job, tetapi penggiat industri filem lucah di negara barat yang tamak telah membuatkan istilah asal itu dirujuk kepada satu perlakuan yang sangat lucah dan tidak lagi sopan untuk disebut.]

Untuk menjadikan kerja blow out itu berkesan, ia harus dilakukan dengan penuh seni.

“Only an artist is credible to put a price on a painting,”

Hanya jauhari (goldsmith) yang mengenal manikam (valuable hard stones). Sebuah pepatah tempatan yang mempunyai maksud hampir dengan pernyataan berbahasa Inggeris seperti di perenggan atas.

Hanya jauhari yang bijak sahaja yang mengetahui cara untuk memusnahkan batu berlian. Tetapi, seseorang jauhari biasanya tidak tergamak untuk memusnahkan batu berlian selagi ia masih mempunyai nilai. Kerana batu berlian adalah hasil seni penuh nilai yang tercipta dari alam semulajadi oleh Pencipta. Mungkin, ia gambaran yang sesuai untuk menyatakan maksud “You can’t con a conman.”

Setiap conman walau di pihak mana sekali pun (good hands dan juga evil hands) akan sentiasa ternanti-nanti untuk menyaksikan the greatest con job in history kerana mahu melihat seni yang terdapat dalam sesebuah con job itu.

Atas sebab itulah isu Palestin tidak pernah ada tanda-tanda untuk berakhir kerana setiap conman mahu melihat the greatest con job sebelum mereka mati, ia kerana mereka terlalu gila melihat seni con.

Setiap conman (yang bertaraf world class players) berterusan memerhati kesenian con job yang dilakukan di Palestin dan di rantau Arab (Semitic Region) sejak berpuluh tahun lalu, namun begitu, mereka tetap menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kekejaman Zionis walaupun tidak mematahkan con job itu secara keseluruhan. Bantuan itu juga disalurkan dengan penuh seni.



Namun, anda tidak harus cepat melatah dengan pernyataan mengenai Palestin seperti di perenggan atas ini. The good hands (good conmen) hanya akan bertindak selepas mereka menyaksikan the greatest job itu selesai dengan plot-plot yang tersendiri. Sebab itu dikatakan, anda tidak akan pernah memahami peraturan nombor satu itu sampai bila-bila pun.

Atas sebab itu jugalah individu yang mengucapkan “I support all efforts to protect the security of the State of Israel” itu dibiarkan begitu sahaja oleh setiap good conmen yang pro-Palestin, ia kerana con job itu belum sampai ke kemuncaknya dan belum habis diselesaikan.

The good hands sejak zaman berzaman sudah pun menyaksikan sekian banyak kerja seni con jobs dalam sejarah manusia, dan jika anda memerhatikan dengan penuh teliti sebaik sahaja sesebuah con job itu diselesaikan (contoh, plot 9-11 sebelum menyerang Afghanistan), anda akan dapati terdapat kesan balas yang timbul bagi setiap con jobs yang jahat itu, anda beranggapan kesan balas itu terjadi dengan sendiri, walhal ia dirancang dengan penuh tipu daya oleh the good hands, lihat apa yang sedang berlaku terhadap ekonomi Amerika dan Eropah pada hari ini sebaik sahaja semua con jobs yang jahat itu diselesaikan.

Kesan balas itu digerakkan oleh the good hands selepas mereka selesai menyaksikan hasil kerja seni the evil hands. Namun, the evil hands meneruskan con jobs mereka dengan mutu seni yang dipertingkatkan bersama war bucks scheme (skim wang perang) yang digerakkan melalui Arab Springs.

Arab Springs adalah seni yang halus, ia tercipta pada ketika Amerika dan sekutunya terpaksa meneruskan misi memerangi blok-blok musuh mereka dalam keadaan Amerika dan sekutunya mengalami krisis ekonomi paling teruk dalam tempoh 50 tahun akibat kempen-kempen perang terdahulu di Afghanistan dan Iraq. Kini, Arab Springs menjadi art of con yang klasik dan menghiburkan untuk ditiru oleh conmen di negara-negara lain.

Bermula dengan Arab Springs, maka proksi-proksi mereka mula meningkatkan mutu persona masing-masing bagi mencipta peluang yang menghampiri setting pentas Arab Spring. Pentas itu cuba dipersiapkan dalam menuju ke arah Arab Spring mengikut versi negara masing-masing. Permainan Arab Springs yang sedang digerakkan the evil hands itu juga terus berterusan diperhatikan oleh the good hands.

Permainan di Mesir masih belum berakhir dengan episod huru-hara dan kacau-bilau walaupun sudah diganti dengan ketua negara yang baharu sebagaimana yang rakyat di negara itu inginkan. The good hands masih memerhati perkembangan itu tanpa sebarang tindakan balas. Ia kerana the game is not over yet. Mereka masih menunggu detik the greatest con in the history of mankind tercetus. Namun, ia tidak pula membawa pengertian mereka membisu dan merelakan.

The evil hands merancang, the good hands juga merancang.

Jadi, jika Malaysia akhirnya jatuh ke tangan evil hands yang tampil dengan persona deseptif yang kelihatan too good to be true sehingga mengaburi sebilangan mangsa yang lemah akal, the good hands akan tetap memerhati sehingga keseluruhan permainan itu berakhir.

Mereka (good hands) akan terus membiarkan. Anda semakin pening dengan permainan ini? Tidak tahu mengapa the good hands hanya membiarkan? Kami tahu anda semakin pening dengan semua ini. Con-artist bukanlah dunia anda, maka tidak hairanlah jika anda tidak memahami semua ini.

Lebih memeningkan, di episod mana pula boleh dikatakan con job itu berakhir? Anda harus tahu bagaimana untuk membuat expected scene.

Selepas berlaku peristiwa A, maka akan berlaku peristiwa B dan C. Maka anda harus tahu apakah peristiwa B dan C yang dijangka akan berlaku itu. Ia adalah expected scenes. Anda harus tahu apakah tindakan yang akan dilakukan oleh para persona yang seterusnya selepas menjayakan peristiwa A.

“You can’t con a conman.” Ia kedengaran seperti anda tidak dapat berbuat apa-apa. Jadi, apa yang boleh anda lakukan? Ia kedengaran seperti kerja seni con-artist itu sangat sempurna (perfect) sekali sehingga tidak ada apa pun yang dapat menghentikan kerja jahat mereka.

Siapakah yang mencipta seni pendustaan ini sehingga ia seperti sangat sempurna sekali?

Peraturan nombor satu itu kedengaran cukup sempurna (too good to be true) sehingga tidak ada manusia pun yang dapat menafikan peraturan itu. Ia kedengaran sangat bagus. Anda sedang melupakan sesuatu. Benar, anda sedang melupakan pada setiap kali terlalu memikirkan bahawa tiada jalan keluar bagi memecahkan peraturan nombor satu itu.

Anda terlupa mengenai perkara ini:

“If it sounds too good to be true, then it is not true.”

Anda terlalu memikirkan peraturan nombor satu itu sehingga terlupa kepada peraturan-peraturan con yang lain. Apakah peraturan-peraturan lain itu?

“You can’t con honest people.”
“You can’t con a statement perfectionist.”
“You can’t con a skeptic.”
“You can’t con a true theorist.”

Untuk memecahkan peraturan nombor satu itu, anda harus menjadi orang-orang yang berada di peraturan nombor dua hingga nombor lima. Anda harus menjadi orang yang jujur, menjadi orang yang mementingkan kesempurnaan dalam sesebuah pengucapan yang dibuat oleh orang lain, menjadi orang yang skeptikal dan menjadi orang yang berpegang kepada teori yang benar.

Anda tidak perlu menjadi conman. Tidak perlu. Ia kerana seseorang conman tidak berupaya melakukan con terhadap conman yang lain.

Anda tidak perlu menjadi seorang conman untuk menjadikan kerja jahat mereka blown out. Anda boleh menjadikan kerja jahat mereka blown out dengan menjadi kelompok yang berada di peraturan di nombor dua hingga nombor lima.

Kerana apa?

Kerana seseorang conman tidak akan mampu melakukan con terhadap kelompok manusia yang berada di peraturan nombor dua hingga nombor lima. Peraturan itu hanya khas untuk manusia-manusia yang suka berbohong (the rules are only apply to con-artists), anda tidak perlu menjadi conman untuk memusnahkan con job seseorang conman yang lain. (rujuk: artikel Kunst der Tauschung dalam blog ini).

Persona palsu mereka akan musnah apabila anda menjadi orang-orang yang sepatutnya anda jadi.

Menjadi masalah ialah tidak ramai yang benar-benar jujur dengan diri mereka sendiri dalam usaha mendapatkan jawapan. Lebih ramai yang hanya suka mengangguk berbanding menjadi orang yang gemar bertanya bagi mendapatkan jawapan.

Apabila con-artist yang tampil dengan persona penuh karisma membohongi mereka, mereka pun angguk tanpa bantahan atau tanpa sebarang pertanyaan. Mereka gagal mendapatkan keterangan yang berketerangan dan bersambung-sambung tanpa terputus-putus. Mereka lebih suka mendengar berita-berita gembira yang palsu kemudian bersorak tanpa banyak soal. Atas sebab itu, mereka lebih suka membuat anda mengangguk, mereka tidak suka anda menyoal.

“Lie to them once, and if they say yes to it, then lie again and again until they can never say no.”
--

Persona yang dibawa oleh seseorang con-artist adalah sangat meyakinkan dan deseptif. Ia adalah perwatakan palsu yang dipertontonkan kepada umum.

Ada yang tampil dengan persona pakar ekonomi walhal pernyataan-pernyataan ekonomi yang dikeluarkan adalah sangat tidak praktikal, jika anda rajin membaca laporan-laporan berita ekonomi dunia, anda akan dapati kadar inflasi tidak dipengaruhi oleh kadar harga petroleum, manakala subsidi petrol dan diesel yang terlalu tinggi pula akan mempengaruhi kenaikan harga petroleum di peringkat global. Namun, ada juga yang terpesona dengan gaya persona tersebut yang kedengaran too good to be tue kerana mahu penyelesaian mudah.

Namun apabila tidak berada di hadapan pentas khalayak, mereka akan segera menganggalkan topeng masing-masing dan jika ketika itu ada kamera video di tangan anda, maka rakamlah segala perwatakan sebenar mereka. Dalam video yang dirakam itu, anda akan dapat melihat betapa persona itu tidak tahu apa-apa mengenai ekonomi global, tidak seperti yang dia mengaku ketika berada di atas pentas lakonan.

Jadi, apakah yang membuatkan para mangsa mudah terpesona dengan persona-persona deseptif tersebut?  Ia antara sebabnya ialah kerana para persona itu bijak melakukan steal (mencuri) atas hasil usaha orang lain. Mereka bijak berbohong dan melakukan steal pada masa yang sama. Katakan satu pihak bertungkus-lumus berusaha membina masjid, bina sekolah, menaikkan elaun guru-guru dan sebagainya.

Tetapi, persona deseptif itu hanya perlu tampil di hadapan para mangsa dan mengaku dialah atau merekalah membuat segala usaha tersebut. Pengakuan deseptif bagi tujuan stealing itu dilakukan hanya kerana masjid dan kenaikan elaun guru-guru itu dibuat di kawasan milik persona itu. Dalam contoh ini, persona itu mencuri kredit atas hasil usaha orang lain, dalam pepatah Melayu kita sebut; lembu punya susu, sapi dapat nama. Sudah nampak (salah satu daripada banyak kaedah) bagaimana steal dilakukan?

Stealing tidak dilakukan dengan cara mengambil barang yang hendak dicuri itu dan menyorokkan ia di dalam poket seluar dan kemudian melarikan diri sebagaimana dilakukan oleh seseorang street thug. Bukan begitu.

Stealing yang dilakukan oleh seseorang con-artist adalah menggunakan cara yang sangat jijik sekali. Mereka mencuri semua perkara dengan cara yang halus dan berseni. Mereka boleh mengaku segala-galanya milik mereka, dan mengaku segala-galanya adalah hasil usaha mereka walaupun sebenarnya ia adalah milik dan hasil usaha orang lain.

Mereka melakukannya dengan penuh tipu daya melalui cara memainkan persona dengan sebaik mungkin sehingga ramai dalam kalangan orang awam yang malas berfikir ditipu hidup-hidup secara depan-depan. Kalau anda fikir diri anda sudah cukup bijak, maka awas, anda belum cukup bijak untuk membaca pemikiran seorang con-artist mengikut perspektif con-artist itu sendiri.

Mengapa kami memberitahu anda perkara ini? Ia kerana anda bukan con-artist seperti kami di sini, maka anda boleh menggagalkan plot mereka dengan cara memenuhi peraturan di nombor satu hingga nombor lima apabila berhadapan dengan con-artists.




Get ready to get even.




-MASTER’s CHAMBER-


.


15 comments:

  1. very useful & very stylo writing skill

    you guys are stylo

    thanx

    ReplyDelete
  2. so, in real, art of con can be used for good. at last i get the answer.

    ReplyDelete
  3. salam

    seperti diberitahu sebelum ini, setiap pertanyaan akan diperjelaskan dalam artikel-artikel akan datang.

    we don't provide answers, we only provide explanation.

    _WAQQAS

    ReplyDelete
  4. ok admin. it is not an answer, but an explanation. somehow, more questions come in mind

    ReplyDelete
  5. salam umat melayu
    salam yuan blog

    Terima kasih....ilmu amat menfaat. Saya sentiasa mengikuti blog tuan. Banyak ilmu yang berguna.

    Salam akhir mula
    dari
    Laksamana Allihoo

    ReplyDelete
  6. Saya harap kalo benarlah ada wujudnya 'good Hands' di pihak M'sia,jganla bertindak selepas semua hancur lebur..
    Memmng x paham nape harus tengok conman yg evil tu perabih perncangan keja jahat mereka dolo sebelum bertindak apa2..boleh ka dgn cara itu meminimakan kerosakan dari keja jahat conman?

    di M'sia ni efektif ka good hands kita? dok kalaaaahhh ja la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.

      the good hands bukan parti politik, harap faham : )
      tapi the evil hands ada main peranan dalam politik, juga harap faham : )

      seperti orang bermain catur, kalau giliran anda menggerakkan buah catur, takkanlah saya hendak tepis tangan anda, kan? semestinya saya beri kamu gerakkan anak catur anda kerana itu memang giliran anda, kan?

      tetapi, perlu jelas ialah good hands bukanlah parti politik.

      : )

      sekadar singgah

      Delete
  7. terima kasih ats penerangan..So takat la ni good hands M'sia ada kemenangan x dicapai ?

    ReplyDelete
  8. Salam Admin blog terbaek sekalian.

    Saya masih kurang mengerti... siapa itu Good Hands? Adakah mereka on the good side or mereka hanyalah bertindak seperti pemberi gula-gula dan candy selepas the Bad Hands habis mengerjakan sesuatu negara demi the greatest con of all time?

    Saya mohon penjelasan, terima kasih. c:

    -Sayyid Wan

    ReplyDelete
  9. artikel di atas ada menyatakan bahawa setiap conmen mempunyai obsesi untuk melihat the greatest con of history. dan bila dikatakan wujudnya good hands yang turut sama menanti, saya rasa (maaf cakap) good hands pentingkan diri. mengapa good hands tak mengorak langkah terlebih dahulu? adakah good hands akan bertindak apabila inging memenuhi obsesi diri mereka terhadap kerja2 consemata-mata? adakah selamanya dalam permainan catur ini, langkah mesti dimulai oleh evil hands? saya harap good hands tak kecik hati kerana saya terikut emosi.

    menanyakan siapa good hands bukanlah soalan yang bijak di sini, tapi kerana saya selalu terfikirkan soalannya, saya tanyakan juga.

    artikel di atas ada menyebut bahawa good hands menghantar bantuan ke palestin setiap kali selepas diserang. saya mengandaikan ada bantuan dalam bentuk selain dari bantuan makanan dan ubat-ubatan yang selalu dibawa oleh NGO2 pro-palestin. adakah andaian saya benar?

    khabarnya morsi sudah menerima dengan bantuan kewangan dari IMF. saya harap good hands tak menanti begitu lama.

    adakah good hands semuanya orang islam dan apa matlamat akhir mereka?

    maaf kerana ada sedikit emosi pada soalan2 saya.
    saya rasa saya akan tanya banyak algi selepas ini.

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.

      najwa,

      pertama sekali, saya ucapkan tahniah kerana anda bersikap sangat jujur. itulah nilai yang diperlukan untuk menjadikan con-job blown out.

      kedua, saya terpaksa memohon maaf kerana tidak dapat menjelaskan beberapa perkara kerana 'we are under oath, we have sworn to secrecy.'

      mengenai palestin, rakan kita pernah berada di sana bagi tempoh yang lama. he did his job with his fellow personas who came from all over the world. tetapi kita tidak pernah tahu apakah jobs itu. he also had sworn to secrecy.

      baiklah, untuk menjadikan anda orang yang faham, kita berikan juga penjelasan kecil ini.

      pada ketika perang bosnia, beberapa pemimpin di negara islam bertindak menghantar pasukan tentera bagi membantu rakyat muslim bosnia yang dizalimi puak serb.

      tapi, kemasukan pasukan tentera dari negara islam yang lain tidak akan dapat dilakukan tanpa bantuan 'the good hands' yang melakukan tipu daya untuk menjayakan misi rahsia itu. tanpa bantuan 'good hands' pihak serb sudah pasti dapat menghidu kemasukan tentera asing ke bosnia. mereka melakukan jobs dengan tipu daya kerana itulah kemahiran con-artist.

      jika anda mengatakan good hands mementingkan diri sendiri, maka saya kata ia betul pada sesetengah keadaan tetapi tidak bagi semua keadaan.

      menanti gerakan buah catur pihak lawan adalah peraturan dalam permainan. rules are rules.

      tahniah kerana jujur.

      we have sworn.

      Delete
  10. byk juga persoalan cik siti najwa ini, takpe teruskan

    dalam kehidupan ade prinsip, Allah pesan "sabar" itu ada punca mengapa kadangkala kita membiarkan berlaku... bertujuan menilai apa tindakan mereka, bila gagal, maka ia akan menjadi senjata perangkap si pesalah

    mmg rules catur, si pemilik buah putih akan memulakan langkah, tapi sebagai pemilik buah hitam kita mampu mengelirukan pemain putih, sbg cth andai bertemu seseorang, saya akan bermain handicap yakni tanpa queen, disitu sy dah perangkap minda pemain putih dan secara agresif akan serang menggunakan queen dgn rakus sekali, akhirnya dia terjerat.andai dia pasif ternyata dia bergantung harap pada queen utk menang maka itulah kelemahan - apa yang saya ingin sampaikan ialah kita ada Allah maka berserahlah padaNYA dlm masa sama ingat pesan "sabar" itu kunci kejayaan kerana dlm sabar itu ada ikhlas dan jujur :)

    You can’t con a conman tapi sabar itu lawanyer






    ReplyDelete
  11. Mengikuti siri 'con' seperti mengembara ke dalam lubang arnab.

    Tidakkah pihak 'good con' merasakan tindakan tunggu - nikmati - beraksi, suatu taruhan yang besar. Katakan semasa pihak lawan (bad 'con') sedang menjayakan agenda mereka (contoh pelaksanaan dasar oleh PR jika menang PRU), kemudian berlaku sesuatu terhadap organisasi atau beberapa orang 'good con' (mati contohnya). Akibatnya mungkin rakyat, agama dan negara yang merana.

    Bagaimana pula tafsiran 'good con' dan 'bad con'. Adakah pada zaman Tun M dulu 'good con' yang bertindak mengkucar-kacir pemerintahan beliau. Sebagaimana tindakan 'good con' kelak yang mungkin akan mengkucar-kacir pemerintahan PR (jika menang PRU) apabila tiba giliran menggerakkan buah catur.

    -staff

    ReplyDelete
  12. Semalm rasanya sy ada terbaca keluaran baru UT..hari ni dah x ada..artikel yg sagt menarik..tp BAHAYA juga..
    Good LUCK Good Hands..semoga anda dilindungi ALLAH dan beroleh kejayaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemana perginya artikel terbaru UT: art of con: wrong bird ??

      Delete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.