2 Sept 2011

TWIST

------------------------------------------------------------------------------
Makluman: Drifter adalah penulis jemputan bagi blog ini dan pendapat beliau tidak mewakili keseluruhan pendirian Umat Terakhir dalam sesuatu isu yang beliau sentuh. Artikel ini tidak bercakap mengenai politik secara keseluruhan, ia hanya menyentuh mengenai keadaan semasa yang berlaku dan isu itu diambil sebagai contoh bagi memudahkan pemahaman terhadap terma 'twist' dalam artikel ini. Seperti dimaklumkan dalam artikel-artikel awal dalam edisi ketiga ini, sentimen dan emosi kepartian bukan tujuan sebenar blog ini. Sila ketepikan emosi kepartian anda jika anda adalah penyokong tegar mana-mana parti politik. Mohon maaf sekiranya bahasa yang Drifter gunakan berbunyi agak keras dan harap maklum. Ini bukan artikel politik.
------------------------------------------------------------------------------



APABILA orang yang pernah bercakap mengenai sesuatu perkara selepas ucapannya pada beberapa tempoh terdahulu dengan kemudiannya pula mengatakan bahawa dia tidak ingat mengenai setiap butir yang diperkatakannya sebelum itu menunjukkan orang itu pada ketika itu sebenarnya bercakap semberono seperti burung kakak tua yang langsung tidak memahami setiap butir perkataannya.

Orang itu pada ketika itu bercakap mengenai perkara A, kemudian selang beberapa minggu ia menjadi isu di kalangan orang awam. Apabila ditanya mengenai mengapa dia bercakap mengenai perkara A, dia beritahu bahawa dia sendiri pun tidak ingat apa yang diperkatakannya pada tempoh beberapa minggu sebelum itu. Dia sendiri mengaku tidak ingat mengenai setiap apa yang diucapkannya. Dia sebenarnya bercakap seperti burung kakak tua. Dia bercakap pada hari ini, kemudian dia sendiri tidak ingat.

Tidak ingat pula bermaksud tidak bercakap dengan menggunakan akal yang sihat dan waras untuk disimpan di dalam memori. Bahasa mudahnya ialah bercakap sambil lewa tanpa memberi perhatian terhadap setiap butir perkataan yang diucapkan.

Tanpa perhatian, minda dan akal tidak mampu memberi fokus dan kesannya ialah tidak ingat mengenai setiap patah perkataan yang pernah diucapkan. Kemudian apabila diterjah untuk membahaskan mengenai perkataan-perkataan yang pernah diucapkan, orang itu akan mula garu kepala memikirkan semula isi-isi perkataan yang pernah diungkapkan secara zahir kepada umum. Itu mengenai orang yang bercakap. Orang yang bercakap itu pula barangkali terdiri daripada kalangan pemimpin atau ketua-ketua masyarakat yang sentiasa mempunyai audiens terhadap setiap percakapannya.

Orang yang taksub mengangguk meskipun mendengar perkataan-perkataan daripada ucapan yang tidak berlandaskan fakta kukuh yang dipertikai itu juga sebenarnya mengangguk tanpa berfikir terhadap fakta.

Walaupun orang yang bercakap itu mengaku tidak ingat mengenai ucapan yang pernah dilaungkan, kumpulan pendengar yang taksub tetap berkeras mempertahankan orang yang berucap itu. Kumpulan pendengar itu tetap setia mempertahankan orang yang berucap itu walaupun orang yang berucap itu sebenarnya bercakap tidak menggunakan akal sehingga akhirnya mengaku tidak dapat ingat mengenai setiap butir ucapannya.

Umpama menjadi murid darjah satu dalam kelas matematik dan berguru pula kepada seorang guru matematik yang tidak pernah ingat sifir atau guru yang tidak pernah faham hukum gandaan sifir. It is like a blind sheepdog herding a herd of blind sheep, the dog goes to ravine and so do the sheep.

Untuk menyelamatkan diri, orang itu perlu segera menggunakan akal bagi mempertahankan kenyataannya sebelum itu. Dia boleh memilih untuk diam kerana takut tersalah pilih perkataan (mute) atau memilih untuk mengaku kesilapan (admit) atau memilih untuk menterbalikkan cerita sebenar (twist).

Dalam konteks politikus opportunist dalam zaman yang dikatakan sebagai politik baru ini, seseorang tanpa mengira parti biasanya akan memilih twist. Para pengikut yang taksub juga akan memilih twist bagi mempertahankan pemimpin mereka walaupun pemimpin mereka itu mengaku tidak ingat perkataan-perkataannya sebelum itu. Pemimpin itu akan memilih twist apabila pengikut memulakan twist kerana pemimpin itu amat memerlukan pengikut ketika terperangkap dalam kesilapan sendiri.

Mindgame ini sangat mudah difahami jika kita serius memerhati setiap langkah tarian sang politikus dalam apa bentuk tempo sekalipun. Kebiasaannya, lantai akan segera dipersalahkan apabila tarian mula sumbang dengan gerakan-gerakan ad-lib yang menjengkelkan. Pemimpin dan pengikut akan terus menari di atas lantai yang dipersalahkan.
---

TWIST (Menterbalikkan fakta)

Fakta akan diterbalikkan apabila ada peluang. Fakta akan tetap berdiri teguh sebagai fakta, tetapi ia akan diterbalikkan dengan cara meletakkan yang haq kepada bathil. Ia seperti mempertahankan seorang penyamun kononnya sebagai hero yang menyelamatkan mangsa samun daripada penyamun ketika dalam perbicaraan di mahkamah walhal dia itulah penyamun sebenar yang menyamun si mangsa. Ia seperti penyamun yang menjerit menuduh orang lain sebagai penyamun.

Katakan ini sebagai satu lagi contoh selain contoh awal dalam bahagian atas, beg tangan seorang wanita dilarikan oleh seorang penyamun tanpa mangsa itu sempat melihat wajah sang penyamun itu. Kemudian seorang lelaki mengejar penyamun itu, kemudian penyamun itu ditangkap oleh lelaki itu di sebuah lorong yang tiada saksi.

Untuk menyelamatkan diri apabila orang ramai mula berpusu-pusu hadir ke lorong tadi untuk menyaksikan kejadian, penyamun itu kemudian menjerit bahawa dia bukan penyamun dan sebaliknya lelaki yang membelasahnya itulah penyamun. Dia beritahu dia dibelasah ketika cuba menangkap lelaki yang difitnahnya sebagai penyamun walhal dialah penyamun sebenar.

Jeritannya itu pula didengar oleh beberapa saksi yang boleh dibawa ke mahkamah untuk memberi keterangan di kandang saksi. Saksi pula dikelirukan dan tidak pasti siapakah penyamun sebenar. Wanita pemilik beg tangan itu pula tidak mampu memberi keterangan kerana tidak sempat melihat wajah penyamun itu.

Penyamun itu mempunyai peluang untuk melakukan twist. Namun, dia akan terperangkap dalam penipuan keterangannya sekiranya ada saksi lain yang melihatnya berlari sambil membawa beg tangan wanita sebelum masuk ke dalam lorong itu pada hari dan masa kejadian di tempat kejadian. Dia akan tumpas di muka pengadilan jika saksi itu tampil memberi keterangan bagi pihak pendakwaraya di mahkamah. Dia juga akan dituduh dengan pertuduhan baru iaitu memberi keterangan palsu di mahkamah dan perlu berhadapan dengan himpitan fakta-fakta sebenar berkaitan kes yang dihadapinya. Pada ketika itu, twist akan memakan dirinya sendiri.

Meletakkan yang haq kepada bathil dan yang bathil kepada haq palsu adalah syarat utama dalam permainan twist. Ia bukan pembunuhan karekter jika ia melibatkan sesebuah persoalan yang berputar dalam persekitaran fakta. Dalam sesetengah situasi pula, twist juga mampu membunuh sesebuah karekter selain mampu menterbalikkan fakta sebenar berhubung peristiwa atau perkembangan sesuatu isu dengan niat untuk mengelirukan audiens bagi meraih sejemput sokongan politik di muka bumi yang tidak kekal ini.

Twist banyak digunapakai dalam persekitaran politik Malaysia sejak kebelakangan ini. Jika seseorang mampu berfikir terhadap fakta dan keterangan-keterangan yang bersambung-sambung dan tidak terputus-putus, kita akan mampu melihat bagaimana twist dimainkan dengan mood tarian politik yang sangat bodoh di Malaysia ini.

Setiap usaha mempertahankan seseorang pemimpin politik akan selalu ada twist, tetapi kenyataan penterbalikkan twist itu dilafazkan dengan keterangan-keterangan yang kurang cerdik dan terputus-putus oleh para pengikut dan juga politikus itu sendiri. Namun, walaupun keterangan kerap terputus-putus dan gerak tarian kerap sumbang, lantai akan tetap dipersalahkan dan terus mengangguk-angguk mengikut irama lagu politik yang dinyanyikan oleh para politikus pujaan mereka.
--

Blog ini pernah bercakap sedikit mengenai komunis sebelum ini dan dirasakan kita sambung sedikit mengenai komunism.

Parti Komunis Malaya (PKM) menjunjung cita-cita Komunis Antarabangsa (Comintern) serta sedia bernaung di bawah panji Komunis Rusia untuk mewujudkan jaringan negara-negara komunis dengan mendokong fahaman Marxism yang menolak semua unsur agama dan ketuhanan.

Sekiranya PKM berjaya menghalau British keluar dari Malaya sekalipun, kebebasan mengamalkan ibadah di kalangan Muslim akan tergadai tanpa sebarang kompromi daripada pemerintahan penganut komunism. Jika komunis berjaya menjadi wira kemerdekaan sekalipun sebagaimana diucapkan oleh seorang politikus tempatan beragama Islam masa kini, Islam akan terkulai dilupuskan komunis di Malaya ini pada ketika itu.

Umat Islam di Malaya akan terhimpit sebagaimana umat Islam di Kazaksthan, Afghanistan dan lain-lain wilayah kecil pada ketika kekuasaan Soviet Union. Umat Islam di Malaya akan senasib terhimpit seperti wilayah-wilayah Muslim di Kesatuan Soviet.

Andai PKM berjaya 'memerdekakan' Malaya daripada British pada ketika itu sekalipun, Malaya tetap tidak akan merdeka kerana tertakluk kepada manifesto Comintern dalam hal ehwal pengkerajaanan komunis antarabangsa. Umat Islam akan terus terjajah di bawah kekuasan komunis walaupun ada Abdullah CD dan Suriani di dalam PKM. Namun, sejauh mana jaminan suara Abdullah CD dan Suriani akan didengari oleh PKM yang tegar Marxism Atheis? Tiada jaminan bermaksud tiada kepastian, tiada kepastian pula bermaksud wujud unsur was-was, apa pesanan nabi kepada kita mengenai setiap perkara yang wujud was-was dan syubahah? Nabi suruh kita teruskan dengan was-was atau nabi suruh kita tinggalkan perkara was-was?

PKM terus membuat kacau meskipun Malaya sudah merdeka. Berterusan membuat kacau sehingga tahun 1989. Andai Malaya sudah merdeka, apa lagi mahu membuat kacau sehingga 1989? Hasrat mereka untuk memerdekakan Malaya, betulkah? Tetapi, Malaya sudah merdeka pada 1957 dan mengapa mesti membuat kacau sehingga 1989? Ini persoalan di kalangan orang awam. Persoalan yang biasa didengar.

PKM mempertikai cara Malaya dimerdekakan melalui rundingan yang dibuat oleh sebuah gabungan pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan British dan akhirnya Malaya menjadi Persekutuan pada 1948. Sejak itu, PKM semakin menggila kerana tidak puas hati kerana Persekutuan Tanah Melayu telah meranapkan cita-cita mewujudkan sebuah republik komunis di rantau Asia Tenggara, PKM menembak mati semua termasuk orang Islam yang mereka syak sebagai pro-Jepun dan pro-Inggeris semasa Perang Dunia Kedua sehingga memaksa negara memasuki era Darurat. PKM mendakwa kemerdekaan Malaya pada 1957 secara rundingan dengan British adalah bukan kemerdekaan mutlak kerana Malaya akan menjadi boneka British.

Tetapi, bagaimana pula sekiranya PKM berjaya menghalau British dan kemudian bernaung pula di bawah Komunis Rusia? Bukankah tidak ubah seperti keluar dari mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya? Islam sudah tentu akan dibaham rakus oleh sang buaya komunis, tiada lagi surau dan masjid, tiada lagi istilah agama dalam hidup, masyarakat hidup tanpa agama, tanpa amalan hidup beragama dan Melayu yang tinggal pula tiada lagi panduan daripada al-Quran kerana sebarang jenis agama akan dilarang sama sekali oleh komunis. Kemerdekaan melalui komunis kah yang lebih baik? Malangnya, ada juga orang Islam yang mengangguk apabila komunis diangkat sebagai wira.

Walau dalam keadaan apa sekalipun, setiap keputusan termasuklah keputusan untuk memilih cara memerdekakan negara, biarlah keputusan itu tidak menggadai agama yang kita pilih iaitu Islam. Setiap pilihan yang ada akan selalu ada sisi yang lemah dan juga sisi yang sedikit kuat walaupun pilihan itu tidak benar-benar kuat. Islam perlu diletakkan di atas, andai ada pilihan yang tidak menyisihkan Islam, maka kita sudah memasuki keadaan darurat dan perlu memilih jalan mana yang lebih baik daripada yang sekian buruk. Malah dalam keadaan darurat, sesetengah perkara diharuskan.

British meninggalkan negara ini dalam keadaan miskin dan daif serta diselubungi pelbagai masalah selepas hampir semua sumber kekayaan dibawa keluar untuk keuntungan British. Kisah pahit ini juga tidak wajar kita lupakan.

Kemerdekaan melalui rundingan dengan British bagaimanapun tidak merampas Islam daripada kita. Allah masih tidak merampas hidayah-Nya daripada umat Melayu dalam urusan Melayu memerdekakan tanah air mereka. Walaupun British meninggalkan Malaya selepas membenihkan proksi-proksi dalam persekitaran politik Malaya, Islam bagaimanapun tidak terusik dan umat Islam masih berada di bawah subjek raja-raja Melayu.

Namun andai komunis berjaya menghalau British sekalipun, komunis belum menjanjikan kedaulatan agama Islam kepada umat Islam di Malaya dan paling pasti ialah komunis berpegang teguh kepada penolakan terhadap sebarang agama.

Berfikir sekali lagi, cara kemerdekaan yang mana satu kah yang lebih baik kepada nasib umat Islam di Malaya ketika itu.. kemerdekaan melalui rundingan atau melalui komunis? Mana satu lebih baik walaupun ia dikatakan tidak benar-benar terbaik.

Kita bukan mahu mengagungkan British, saya sendiri tidak suka kepada penjajahan British dan apa bentuk penjajahan sekalipun. Tetapi, kita perlu belajar daripada sejarah kerana sejarah ialah fakta dan jika diterbalikkan fakta dalam apa bentuk 'goncangan' sekalipun, ia tetap tidak akan mampu mengubah fakta.

Fakta tidak akan berubah, tetapi awas kepada bahaya di mana kewarasan akan sentiasa dapat diterbalikkan apabila audiens mula gagal memperhalusi fakta dan gagal melihat keterangan yang bersambung-sambung dan tidak terputus-putus.

Sebagai umat Islam yang waras akalnya, seseorang Muslim itu akan menolak apa sahaja bentuk fahaman yang menidakkan agamanya. Jika atheism menolak faktor kepercayaan kepada tuhan, maka Muslim yang waras akan terus menolaknya tanpa kompromi. Andai pula komunis itu dikatakan lebih manis daripada atheism kerana mencakupi kesaksamaan ekonomi (kononnya), ia juga akan ditolak oleh Muslim yang waras kerana komunism menganut atheism.
--

Islam secara akidahnya tidak berkompromi dengan sebarang unsur yang menolak Allah sebagai Maha Esa, Maha Pencipta, Maha Agung dan Maha Segala-galanya Yang Sempurna. Begitu juga dalam hal kalimah Allah yang disekutukan di gereja-gereja Nasrani.

Allah tidak mengizinkan nama-Nya disekutukan dalam apa jua keadaan sekalipun. Andai ada manusia Muslim yang meredhakan atau mengizinkan atau membenarkan nama-Nya disekutukan oleh penganut agama lain, bagaimana pula hukumnya yang akan dijatuhkan kepada Muslim itu kerana Allah tidak sekali-kali mengizinkan nama-Nya disekutukan dalam apa jua keadaan sekalipun. Dalam apa jua keadaan sekalipun.

Meng-Esa-kan Allah adalah amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan kepada kita umat Islam. Andai membenarkan nama-Nya disekutukan, ia sama dengan maksud pecah amanah. Ingat, "berhentilah daripada berkata tiga (triniti)... berhentilah daripada ucapan itu".

Tidak perlu susah payah mempertahankan pendapat manusia-manusia Muslim (yang menjadi ketua kepada sebilangan Muslim yang lain di negara ini) yang mengizinkan nama Allah disekutukan, hanya perlu tunjukkan satu ayat al-Quran kepada semua iaitu ayat yang mana Allah membenarkan nama-Nya disekutukan oleh kaum kafir dan ayat yang memerintahkan umat Islam redha nama-Nya disekutukan. Tunjukkan cuma satu ayat yang akan membuatkan semua umat Islam terdiam daripada terus memperkatakan isu kalimah Allah dalam bentuk triniti. Tunjukkan ayat itu andai al-Quran teguh sebagai pegangan.
--

Semua yang disebutkan di atas itu berlaku dalam persekitaran demokrasi di negara kita. Terjadi dalam rencah demokrasi machiaveli sehingga sanggup memaksa sebilangan manusia melakukan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat politik demokrasi.

Demokrasi menyediakan persekitaran politik yang kucar kacir. Komunis dihidang supaya ia ditolak kerana kelemahannya yang memang dirancang sebegitu lemah. Ia memang dirancang sebegitu supaya ia ditolak pada akhirnya. Namun apabila komunis ditolak, maka demokrasi akan ditawarkan sebagai ubat dan demokrasi akan dipilih bagi menggantikan komunis.

Sebenarnya, isu-isu yang disebutkan di atas pernah dan sedang mengalami twist, fahami isu dan kita tidak akan di-twist. Renung tepat ke arah isu sebenar seperti bermain permainan judi mencari kacang di bawah 3 cawan yang ditelangkup. Apabila gagal memerhati dan merenung tepat dengan penuh fokus terhadap isu, ia seperti mengalami kekalahan pertaruhan ketika membuat tekaan salah terhadap kedudukan kacang di bawah cawan yang salah.

Ingat, jangan sesekali menjadi mangsa dengan membiarkan kewarasan diterbalikkan oleh sang twister yang bersepah dalam apa jua rupa.

Mind Twisting, Twisted Mind
Mind Game, Mind The Game...


TWIST



- DRIFTER -

19 comments:

  1. Macam mana blog hebat mcm umat akhir boleh jadi blog child politic?

    ReplyDelete
  2. salam bromo..

    artikel ini tidak bercakap mengenai politik.. ia bagaimanapun tidak mewakili keseluruhan pendirian umat terakhir. drifter hanya sebagai penulis undangan. harap maklum.

    ReplyDelete
  3. aku rasa bromo slh fhm kot.. drifter mmg nampak mcm sengaja ambik contoh child politic utk buka mata certain org kpd child politic tu sendiri... dari lenggok bahasa pun dah nmpk mcm drifter sengaja buat mcm tu just nak buka mata sesetengah org.

    klu tak ambik contoh tu, mana mungkin bromo akan nmpk yg entri ni mcm child politic.. ye tak? sbb contoh mcm tu la yg paling dekat dgn kebnykan org skrg kan?

    bromo, jgn marah ye...

    admin,
    w/pun bhs agak keras, tapi dpt bantu fikir w/pun takde jwpn yg disediakan.

    ReplyDelete
  4. ni quote sikit..

    "Umpama menjadi murid darjah satu dalam kelas matematik dan berguru pula kepada seorang guru matematik yang tidak pernah ingat sifir atau guru yang tidak pernah faham hukum gandaan sifir. It is like a blind sheepdog herding a herd of blind sheep, the dog goes to ravine and so do the sheep."

    perenggan tu pun dah jelas tunjuk drifter mmg sengaja ambik semua tu sbg contoh..

    ReplyDelete
  5. ni bkn entri child politik la, tapi ambik contoh child politik

    aku nmpk entri ni lebih kpd utamakan islam n umat islam di negara ni dlm tiap keputusan politik, tu je.

    klu baca dgn jiwa politik, mmg akan terasa beb...

    ReplyDelete
  6. suatu pernyataan yg membuka minda...syabas penulis!

    ReplyDelete
  7. nice 0ne :)

    itulah yg sy kira2 kan sejak dari dahulu lagi
    tentang apa yg berlaku

    cume kenapa mereka ini sanggup merosakkan pekara yang sedia rosak, jika mereka mengambil langkah memperbaiki apa yang telah rosak insyallah mereka akan menjadi parti yg kuat!

    tapi cukup sedih mereka hanya parti politik yg bertunjangkan politik sahaja, but im sure ade someone akan kata "politik itu sebahagian dlm islam" hahaha wtf kpd zombie tegar mereka tersebut

    ibarat makan antibiotik, bile dah makan mula jadi alahan kpd mcm mcm hal

    nickname tu sesuai utk tajuk twist :)

    salam hormat...

    ReplyDelete
  8. orgorg, nak sambung sikit lagi buleh?

    diorg tu gagal, aku ulang.. diorg GAGAL dlm bnyk isu Islam kat Msia ni. isu gereja, murtad, kalimah Allah, smua isu tu diorg GAGAL.

    ReplyDelete
  9. aku rasa nko tak baca/dengar apa kata mat sabu pasal mat indera dan pejuang kemerdekaan, lepas buat komen konspirasi twist plak. aku rasa otak nko yg ter twist...

    ReplyDelete
  10. Anon 6 September 2011 01:45,

    Wa'alaika salam..

    Kita tak sebut pun mengenai Mat sabu atau mana-mana parti politik tempatan dalam artikel ini. Oleh itu, tiada isu Mat Sabu di sini ^_^

    Kita juga tidak sebut pun mengenai Mat Indera dalam artikel ini, oleh itu tidak timbul persoalan kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera dalam artikel ini ^_^

    Kita hanya bercerita dengan memetik contoh-contoh tanpa mencampakkan ia ke atas sesiapa pun bagi memudahkan pemahaman terhadap terma twist.

    Jangan cepat melatah... ^_^

    Jika menganggap artikel ini tidak membawa sebarang manfaat, ia terpulang kepada anda kerana kita di sini tidak pernah memihak kepada mana-mana pihak dalam politik.

    Kita hanya meletakkan Islam dan nasib umat Islam di tempat paling kritikal dalam artikel ini.

    Kegagalan anda berbahasa dengan sopan juga mencerminkan sikap orang-orang taksub politik yang sama haluan seperti anda.

    Jangan cepat melatah... ^_^

    ReplyDelete
  11. tu dia.. kanak2 child politic dah dtg dah.. sabar je la admin..

    ReplyDelete
  12. Salam...

    Saya puji artikel ni, cuma saya fikir isu mempersekutukan nama Allah itu tidak dihuraikan dengan sempurna. Saya seorang Islam dan jujurnya memanglah kita tidak boleh menyekutukan Allah, tapi orang Kristian memang cakap Tuhan dia Allah juga.
    Soal nak letak nama Allah dalam gereja tu itu lantak dia lah, orang Islam pasti tahu masjid rumah Allah dan gereja itu tempat orang Kristian.
    Kita pun tahu ada beberapa sahabat yang melafazkan Demi Allah walaupun mereka masa itu masih belum Islam dan menyembah Lat dan Uzza.
    Pokoknya kita perlu sedar, tidak perlu ambil kisah pada hal itu kerana perkara utama semua umat Islam kena buat adalah dakwah dengan diri dan harta sendiri dan buat ibadat ikut cara nabi SAW. Kita akan lihat semua kebatilan agama mahupun kerajaan batil akan hancur ibadat sarang labah-labah.

    Wassalam,
    Wan.

    ReplyDelete
  13. Salam semua.

    Posting yang baik & 'direct to the point'. Walaupun nama Mat Sabu tiada di sini, tapi saya tetap nak cakap pasal dia. Hehehe...

    Mat Sabu patut tanya diri sendiri, siapakah & di manakah agaknya dia berdiri sekarang sekiranya Parti Komunis memerintah Tanah Malayu?
    Dapatkah dia menggunakan agama untuk berpolitik?
    Dapatkah Islam menjadi agama rasmi apabila atheist memerintah?
    Dapat wujudkah parti politik di bawah pemerintahan kuku besi atheist ni?

    Penyokong-penyokong dia ni pulak taksub tak berakal. Begitu juga penyokong taksub mana-mana parti politik yang lain di tanah air ni.

    Buatlah kajian lebih sikit. Apa itu politik, di mana lahirnya fahaman politik ni, siapakah pencetus fahaman komunis, siapa itu Karl Marx dan lain-lain lagi.

    Sesungguhnya, politik itu memecah-belahkan umat manusia.
    Nabi Muhammad tidak berpolitik, tetapi mengurus-tadbir negara. Ada perbezaan yang amat besar di situ.


    Wassalam.

    ReplyDelete
  14. Salam.

    Wan,
    "Saya seorang Islam dan jujurnya memanglah kita tidak boleh menyekutukan Allah, tapi orang Kristian memang cakap Tuhan dia Allah juga."

    saya jawab: pokok pangkalnya, Allah tidak halalkan nama-Nya disekutukan. perintah itu jelas Allah tujukan kepada Nasrani (isu nabi Isa) dan Yahudi (isu nabi Ezra). perintah-Nya ialah jangan menyekutukan Allah, perintah itu bukan eksklusif kepada umat Islam, tetapi kepada seluruh isi langit dan bumi.

    "Soal nak letak nama Allah dalam gereja tu itu lantak dia lah, orang Islam pasti tahu masjid rumah Allah dan gereja itu tempat orang Kristian."

    saya jawab: itu kesilapan umat Islam yang longlai bertolak ansur dalam hal yang tidak sepatutnya. kenapa mesti membenarkan nama Allah disekutukan sedangkan perintah-Nya ialah kepada seluruh isi langit dan bumi, perintah itu bukan eksklusif kepada umat Islam semata-mata. kena faham maksud perintah itu.

    tapi sejauh mana kita dapat pastikan anak-anak kita tidak akan keliru dengan maksud Allah yang Esa dalam akidah Islam dengan Allah dari yang tiga mengikut akidah Nasrani?

    "Pokoknya kita perlu sedar, tidak perlu ambil kisah pada hal itu kerana perkara utama semua umat Islam kena buat adalah dakwah dengan diri dan harta sendiri dan buat ibadat ikut cara nabi SAW. "

    saya jawab: jadi kamu tidak kisah walaupun sudah melanggar perintah-Nya supaya jangan mempersekutukan Dia dalam apa jua keadaan? adakah jika tercetus perang salib sekali lagi, adakah kamu akan mengangguk apabila kamu dipaksa mengakui Allah itu juga tuhan kepada umat Nasrani?

    "Kita akan lihat semua kebatilan agama mahupun kerajaan batil akan hancur ibadat sarang labah-labah."

    saya jawab: kita harus menghapuskan semua kebatilan dalam diri terlebih dahulu. tetapkan kejujuran dalam perihal pendirian kita terhadap menjunjung ke-Esa-an Allah terlebih dahulu.

    maaf jika terkasar bahasa. ^_^

    --

    AbdelHmyd,
    Semua yang sudah lama terdedah kepada ilmu konspirasi sudah sedia maklum, Marxism lahir daripada cabang-cabang idea New World Order. Idea terawal sebelum lahirnya 'seruan kepada agama Pluralism' selepas atheism komunis ternyata gagal.

    ReplyDelete
  15. Wan, sedikit lagi saya mahu tambah.

    Jika Allah tidak membenarkan nama-Nya disekutukan oleh Nasrani dan Yahudi, adakah kita mahu membenarkannya pula? Apa hak kita untuk membenarkan nama-Nya disekutukan sedangkan Allah sendiri melarang Nasrani daripada berbuat demikian? Membenarkan Nasrani (tidak kira walau di negara mana sekalipun mereka) berterusan menyekutukan Allah adalah sama seperti melanggar perintah-Nya.

    Kalau begitu, mengapa mesti Khalid al-Walid bersusah payah berperang dengan tentera Rom Nasrani untuk menegakkan ke-Esa-an Allah? Mengapa mesti penduduk Palestin berjuang habis-habisan menegakkan ke-Esa-an Allah pada ketika perang salib dahulu ketika dipaksa mengaku Isa itu anak Allah?

    tegakkan pendirian, Allah itu Esa, Allah itu Satu. Nasrani juga tiada hak untuk menyatakan Allah itu tiga kerana mereka juga telah ditegur oleh Allah kerana bersikap sedemikian. Kita tiada hak untuk mengangguk atau bersetuju tanda membenarkan nama Allah disekutukan.

    tegaskan pendirian. perintah supaya mengakui Allah itu Esa bukan hanya kepada kita umat Islam, tetapi kepada seluruh umat manusia dan isi alam.

    jika ada parti politik Islam yang redha nama Allah disekutukan di gereja-gereja di negara ini, itu adalah di antara mereka dengan Allah.

    politik tidak pernah lebih suci daripada perintah "Jangan menyekutukan Allah dalam apa jua keadaan sekalipun".

    tiada kompromi dalam hal ini.

    ReplyDelete
  16. Banyaknya anjing-anjing politik demokrasi ciptaan Yahudi dalam ni.

    Admin, nice job! Biar mereka sedar yg mereka sudah jadi anjing-anjing yg digunakan oleh Yahudi and Nasrani untuk guard Umat Islam di bumi Malaysia tercinta ini. Tanpa diorg, Islam akan jadi lebih maju di Tanah Melayu ini... dan Yahudi pandai dalam bab belit-belit ni. Sudah nampak dengan adanya politik demokrasi kotor ini, golongan Melayu diharapkan akan bercakaran sesama sendiri. Tapi, janji Allah itu benar... Dialah maha membuat tipu daya. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  17. renungkan...

    Imam Syafie berkata: "Aku lebih senang berhujah dengan 10 orang berilmu, tetapi aku akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang jahil tidak pernah faham dengan landasan debat hujah ilmiah."

    memang sakit kepala klu nak hujah dgn puak kanak-kanak politik ni.

    ReplyDelete
  18. hehe..guan eng pulak lupa bnda yg dia ckp psl johor, hari tu mat sabu lupa apa yg dia ckp psl komunis.elok la tu dua2 org tu ckp tak pakai otak

    ReplyDelete
  19. Allah TAK IZIN diriNya(ZATNYA) disekutukan dengan mana2 makhluk.

    Justru, konsep Triniti Kristian Kafir yg cuba menyamakan Holy Spirit dengan Allah, WAJIB DIBANTAH. Atau berhadapan dengan Ancaman ..!! kerana secara jelas menghina Allah.

    FAKTA: Kita berjaya beroleh MERDEKA dengan tanpa perang, Kita terbukti berjaya mengalahkan Komunis dalam perang Gerila.

    Kini, musuh-musuh datang lagi, tapi bukan sorang2 tapi beramai-ramai(gabungan).







    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.