25 May 2013

Nota Panel: Namanya Yoseph


Yoseph akan berjaya
Kamu semua lebih layak gagal



SEBOLEH-BOLEHNYA kita mahu segera mengeluarkan bahan-bahan Edisi ke-4. Tetapi atas sebab keperluan-keperluan iringan, bahan-bahan Edisi ke-3 pula ditambah memandangkan kita gagal mencapai maksud sepanjang Edisi ke-3 diterbitkan.

Bahan Edisi ke-3 terpaksa ditambah (sangat banyak penambahan) bagi membolehkan kamu semua dapat memahami segala maksud dengan lebih jelas memandangkan masih ada yang terkeliru dengan penjelasan-penjelasan kita sebelum ini.

Bagi yang sedia memahami segala maksud tersirat yang kita telah cuba sampaikan, diharap penambahan bahan-bahan dalam Edisi ke-3 kali ini dapat memberi lebih kefahaman kepada kamu semua dalam meniti denai-denai konspirasi yang penuh duri dan perangkap.

Mungkin kita akan mengambil masa setahun lebih untuk menghabiskan bahan-bahan tambahan dalam Edisi ke-3. Ia bagaimanapun bergantung atas kebijaksanaan Editorial blog ini dalam menyusun bahan-bahan tambahan yang akan diterbitkan.

Kita mahu memperkenalkan kamu semua kepada Yoseph. Namanya, Yoseph. Ia bukan nama Nasrani, ia kerana Yoseph itu sememangnya bukan nama seorang Nasrani meskipun ramai menyangka ia adalah nama Nasrani. Yoseph adalah nama Yahudi. Apabila di-Arab-kan, namanya menjadi Yusuf mengikut sebutan Arab.

Kamu semua (sebilangan) tidak tahu apa yang telah Yoseph kerjakan selama ini. Malah, sebilangan kamu juga langsung tidak mengenali siapakah Yoseph itu. Dia mengerjakan banyak kerja licik untuk menghapuskan kamu semua, menghapuskan kedaulatan agama kamu semua di negara ini.

Agama kamu semua sememangnya (telah dijanjikan) dipelihara oleh Pencipta yang mencipta kamu semua. Kesucian dan ketulenan akidah agama kamu semua tetap terpelihara sehingga ke hujung masa oleh Pencipta yang menurunkan agama kamu semua ke dunia.

Meskipun agama kamu (sebagaimana dijanjikan Pencipta) terpelihara sehingga ke hujung masa, tetapi kamu juga harus berusaha mempertahankan kedaulatan dan kesucian agama-Nya. Kamu tidak boleh duduk saja dan goyang kaki menyerahkan segala-galanya kepada Pencipta tanpa kamu sedikitpun berusaha untuk mempertahankan agama-Nya.

Berserah kepada-Nya tidak bermaksud kamu boleh duduk goyang kaki tanpa berbuat apa-apa yang sewajarnya. Berserah kepada-Nya tidak bermaksud kamu hanya perlu berdoa dan berdoa dan kemudian goyang kaki tanpa melakukan apa-apa yang sewajarnya.

Kalau kamu fikir dengan berdoa sahaja akan dapat menyelesaikan segala-galanya, maka kamu separuh betul, kamu tidak melakukan kesilapan, tetapi kamu hanya separuh betul. Orang kafir langsung tidak berdoa kepada Allah, tetapi mereka masih boleh berjaya mendapat apa yang mereka kehendaki. Kerana apa?

Ia kerana orang kafir itu berusaha dan tidak duduk goyang kaki. Mereka akan dapat (setelah diberikan izin oleh Allah) seperti apa yang mereka inginkan. Mereka yang kafir tidak berdoa kepada Allah sebagaimana dilakukan orang Islam, tetapi mereka tetap dapat seperti apa yang mereka mahukan.

Kuncinya (salah satu)  ialah usaha. Pencipta juga sudah menjanjikan kepada manusia iaitu setiap manusia akan dapat seperti apa yang mereka usahakan dan kerjakan. Pencipta akan memberi izin kalau orang itu gigih berusaha tanpa mengira orang itu kafir atau Islam. Melalui janji itu, adakah orang Islam hanya tahu berdoa dan berdoa tanpa melakukan apa-apa usaha yang sewajarnya?

Lebih elok kalau kita melakukan usaha dengan niat yang baik-baik, kemudian disusuli dengan doa dan bertawakkal selepas berusaha. Itu adalah lebih baik daripada hanya tahu berdoa dan kemudian duduk goyang kaki. Setiap manusia yang berusaha akan dapat sebagaimana yang mereka usahakan. Itulah kuncinya.

Jadi, adakah Yoseph akan dapat seperti apa yang dikehendakinya daripada kamu semua? Yoseph tidak pernah letih berusaha untuk menghapuskan kamu semua dengan cara mengheret kamu semua ke lembah sekular yang diidam-idamkannya selama ini. Yoseph melakukan pekerjaannya dengan cara yang halus dan memperdaya.

Sebaliknya, kamu semua tidak pernah bersungguh-sungguh berusaha. Untuk menjadikan dua saudara sama agama yang bertelagah kembali bersatu pun - kamu semua tidak pernah bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu.

Kamu fikir dengan hanya berdoa akan dapat selesaikan masalah? Kamu fikir dengan hanya duduk saja dan tidak berusaha itu akan menjadikan hajat kamu terlaksana? Memang berdoa itu satu bentuk penyerahan kepada-Nya, tetapi begitukah caranya kamu berserah dengan tidak melakukan perkara-perkara yang sewajarnya?

Kalau begitu, berdoalah supaya makanan masuk sendiri ke dalam mulut kamu tanpa kamu perlu lagi berusaha untuk mengambil makanan itu dengan tangan kanan kamu dan memasukkannya ke dalam mulut kamu. Makanan tidak akan masuk ke mulut kalau tiada usaha untuk kamu memasukkannya ke dalam mulut.

Kita fikir, satu hari nanti Yoseph akan mendapat seperti apa yang dihajatinya. Yoseph akan dapat menghapuskan kamu semua kerana dia tidak pernah letih berusaha mengerjakan setiap apa yang dia mahu terlaksana. Yoseph gigih berusaha, tidak mustahil dia akan dapat seperti apa yang dia mahu. Tidak mustahil satu hari nanti kamu semua akan bertuankan Yoseph dan keturunannya.

Tetapi, apakah kamu semua mahu hajat keji Yoseph itu tercapai sebagaimana yang Yoseph usahakan tanpa mengenal jemu selama ini? Adakah kamu hanya mahu terus berdoa dan berdoa tanpa melakukan perkara sewajarnya untuk menghentikan kerja jahat Yoseph terhadap kamu semua?

Beza antara kamu semua dengan Yoseph ialah usaha. Yoseph berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melihat kehancuran kamu semua. Manakala kamu semua pula tidak pernah berusaha bersungguh-sungguh meskipun untuk menyatukan dua saudara yang bertelagah sejak sekian lama. Tidak pula bersungguh-sungguh untuk berdamai sesama kamu.

Yoseph telah berjaya menyatukan kaum Yahadut Mizrah Yowtai di negara ini. Tidak cukup dengan itu, Yoseph juga telah berjaya menyatukan kaum yang mempunyai wajah seiras Yowtai di negara kamu. Yoseph juga telah berjaya memecah-belah kamu semua di negara warisan kamu sendiri. Yoseph telah menyatukan apa yang perlu dia lakukan dan telah memecah-belah apa yang perlu dia lakukan.

Hanya menunggu masa untuk Yoseph dan keluarga bangsa Yahadutnya bangkit di celah-celah kamu semua. Kebangkitan mereka akan menjadikan kamu semua bertuankan mereka. Ia tidak mustahil untuk berlaku kerana Yoseph sentiasa berusaha ke arah itu. Ia juga tidak mustahil berlaku kerana kamu semua tidak pernah berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak membiarkan itu semua berlaku.

Israel sentiasa membantu Yoseph dalam menjayakan cita-cita mereka bersama. Wang bukan masalah kepada Yoseph. Mossad pula sentiasa menghantar ejen-ejen untuk melatih orang-orang Yoseph melakukan mind control terhadap sebilangan kamu. Tidak hairan sebab memang ada sebilangan kamu yang sangat dungu sehingga sangat mudah diperdaya oleh setiap kerja licik dan halus sebagaimana dirancang Yoseph bersama sekutu-sekutunya dalam jaringan plan The Greater World.

Yoseph sentiasa berusaha. Apabila Allah berkehendak Yoseph mendapat sebagaimana yang dia hajatkan terhadap kamu semua, maka Yoseph akan dapat semuanya dengan izin-Nya. Ia pula akan menjadi hukuman kepada kamu semua kerana tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menggagalkan segala usaha keji Yoseph. Andai itu semua terjadi, pun ada hikmahnya.

Maka, siapakah Yoseph dan mahukah kamu semua bertuankan Yoseph yang mahu membawa kamu semua ke lembah sekular yang menepati segala pendefinisiannya?

Siapakah Yoseph? Kalau kamu mahu mengenali Yoseph dan setiap kerja liciknya untuk menghapuskan kekuatan kamu semua, maka mintalah The PROFILER membuka fail-fail yang mempunyai keterangan mengenainya.

-ADMIN-

--

The Hidden Hand (The Hand) sudah lama melakukan pekerjaan mereka untuk menghapuskan kekuatan kamu semua. Malah, kamu semua juga (sebilangan besar kamu) sudah sedia tahu mengenai niat jahat The Hand itu.

Namun malangnya, sebilangan kamu masih tidak benar-benar faham mengenai apa yang dikerjakan oleh The Hand untuk memperdaya kamu semua meskipun kamu semua ada yang tahu mengenai niat jahat The Hand itu.

Kamu semua hanya tahu mengenai apa kemahuan The Hand, tetapi tidak sensitif terhadap apa yang dikerjakan oleh The Hand itu terhadap kamu.

Dalam persekitaran semasa, The Hand menunjukkan kewujudannya dalam gerak kerja yang sangat jelas di negara kamu ini. Mereka mempamerkan kerja-kerja mereka (masterpiece artwork) kepada kamu dan ada ramai daripada kamu yang secara jahil mengikut segala kemahuan The Hand itu.

Kamu tahu bahawa ular berbisa boleh membawa maut kalau ia menggigit mana-mana bahagian tubuh kamu. Tetapi kamu tidak tahu di bahagian tubuh mana yang ia mahu gigit dan bagaimana ia akan menjelma memangsakan kamu tanpa kamu sedari.

Ular berbisa itu mungkin akan keluar dari celah kasut kamu, mungkin keluar dari celah daun-daun kering tempat kamu berpijak. Kamu tidak tahu bagaimana ia akan keluar dan bagaimana ia mahu menggigit kamu dan tidak pula tahu di bahagian tubuh mana ia akan menggigit kamu.

Tetapi yang pasti, kamu tahu ular berbisa itu berbahaya. Kamu juga tahu The Hand itu ada niat jahat terhadap kamu. The Hand itu pernah menjalankan kerjanya sebagaimana sang ular berbisa menjalankan kerjanya, senyap, tanpa bunyi pada sesuatu masa. Itu perumpamaan apabila The Hand bergerak senyap kalau ia mahu menjadi pembunuh senyap seperti ular.

Sela masa ia bergerak seperti ular sudah tiada. Ia tidak lagi bergerak senyap seperti ular berbisa. Tidak lagi. Mulanya ia sangat senyap seperti cacing parasit pembunuh yang menghuni tubuh manusia tanpa manusia menyedari kewujudannya di dalam tubuh.

Kemudian ia bertukar menjadi ular berbisa yang juga berupaya membunuh tanpa manusia menyedari kewujudannya di celah-celah dedaun kering. Kini, ia bukan lagi seperti ular. Ia tidak lagi bergerak senyap. Ia bukan lagi seperti ular.

Ke mana sahaja (petanda) The Hand bergerak, ia kini jelas kelihatan. Ia tidak lagi bergerak seperti ular. Ia berani berbuat demikian kerana kamu semua tidak pernah berusaha bersungguh-sungguh untuk menggari atau mengkudungkan tangan itu. Walau apa pun yang ia perbuat, kamu semua tidak pernah bersungguh-sungguh menghalangnya. Kamu semua hanya sekadar melepaskan batuk di tangga pada setiap kali melakukan usaha. Kamu tidak bersungguh-sungguh.

Sebaliknya, The Hand semakin menggandakan setiap usahanya sehingga ia semakin berani menonjolkan kewujudannya dalam persekitaran kamu pada hari ini. Ia tidak pernah berhenti berusaha pada ketika kamu semua melakukan usaha yang hanya seperti melepaskan batuk di tangga.

Kalau diukur dari segi usaha ala kadar yang kamu lakukan, nampak jelas bahawa The Hand lebih gigih berusaha untuk menghapuskan kekuatan kamu semua. Maka, layaklah The Hand menuai hasil daripada setiap usahanya kalau Pencipta memberi keizinan kepada The Hand untuk berjaya dalam setiap apa yang diusahakannya. The Hand sangat gigih, kamu semua pula tidak bersunggh-sungguh. Maka yang sangat gigih itulah lebih layak mendapat kejayaan.

Yoseph bekerja untuk The Hand. Instrumen-instrumen kuasa dunia yang dikuasai The Hand juga memberi pertolongan kepada Yoseph menggunakan modul skim jenayah money laudering antarabangsa. Mereka sama-sama berusaha ke arah dua matlamat yang mereka junjung bersama iaitu The Greater Israel dan The Greater World.

Manakala kamu semua pula masih tidak bersungguh-sungguh sehingga masih gagal mendamaikan dua saudara yang bertelagah sejak sekian lama. Maka peluang untuk Yoseph berjaya adalah cerah. Satu hari nanti, tidak mustahil kalau Pencipta berkehendak Yoseph dan keturunannya menjadi tuan kepada kamu semua kerana Yoseph sangat gigih berusaha.

Sebilangan kamu masih tidak berusaha memecah kekeliruan di dalam pemikiran masing-masing. Jangan menafikan perkara ini.

Tatkala pemimpin-pemimpin kamu mengucapkan sesuatu yang tidak betul, kamu tetap mengangguk walaupun terdetik rasa tidak setuju. Tetapi disebabkan kebencian kamu terhadap sekumpulan yang lain, kamu mengangguk juga tanpa berusaha menegur kesilapan dalam ucapan yang dibuat pemimpin kamu.

Kamu dan pemimpin kamu sama-sama benci kepada sekumpulan yang lain. Disebabkan kebencian itu, terlahir ucapan-ucapan yang tidak berlandas kepada kebenaran daripada mulut pemimpin-pemimpin kamu.

Sebaik sahaja ucapan itu dilontarkan, kamu hanya mengangguk dan bersorak tanpa berfikir. Walhal apabila kamu berfikir semula mengenainya, kamu sedar bahawa ucapan itu ada yang tidak betul dan perlu diperbetulkan.

Akhirnya kamu jadi keliru antara kebenaran dengan kesilapan yang ada dalam ucapan pemimpin kamu.

Kamu tidak berusaha memecah kekeliruan dalam pemikiran kamu dengan berusaha memperbetulkan apa yang tidak betul. Kamu tidak berusaha memperbetulkan apa yang tidak betul pada ketika Yoseph sedang gigih berusaha menimbulkan kekeliruan demi kekeliruan dalam pemikiran kamu.

Maka, sudah pasti Yoseph akan menang dan golongan Yahadut Yowtai akan menjadi tuan kepada kamu semua. Kerana apa? Kerana Yoseph gigih berusaha memecahkan kamu semua pada ketika kamu semua tidak berusaha untuk memperteguh kekuatan ummah dalam memperbetulkan apa yang tidak betul di kalangan kamu sendiri.

Sudah pasti The Hand akan berhasil mengaut untung atas cita-cita mereka ke atas kamu semua.

-MOTHMAN-

--

Yoseph telah beberapa kali menguji kamu semua. Ternyata kamu semua boleh dijadikan mangsa dan alat sebelum kekuatan kamu semua dihapuskan seluruhnya. Tiba masa nanti, kamu semua akan bertuankan Yoseph dan keturunannya.

Tidak mustahil dalam tempoh antara 10 tahun hingga 15 tahun lagi, Yoseph akan mengaut segala hasil atas usaha gigihnya selama ini. Yoseph layak mengaut untung kerana dia gigih, tidak seperti kamu semua yang malas berusaha.

Untuk mendamaikan dan menyatukan dua saudara yang bertelagah pun kamu semua terlalu malas.

Yoseph pernah kata kamu semua ini bangsa pemalas, bodoh dan sangat mudah diperguna semasa berucap di pentas-pentas yang dihadiri orang-orang sama Yahadut dengannya.

Yoseph tidak perlu membuktikan kata-katanya itu, sebaliknya kamu semua sedang membuktikan kata-kata Yoseph melalui perbuatan-perbuatan kamu sendiri. Memang yang bodoh akan selalu bertuankan kepada orang yang bijak.

Kenapa kamu semua mesti marah kepada saya selepas membaca perenggan di atas ini? Kenapa kamu semua harus sekali lagi membuktikan bahawa yang bertakhta di atas kepala kamu itu bukan akal, mengapa kamu harus sekali lagi membuktikan bahawa yang bertakhta di atas kepala kamu itu hanyalah emosi tetapi bukan akal sebagaimana yang sewajarnya?

Kamu sewajarnya berfikir mengenai perenggan itu, fikir dengan cukup dalam dan tenang. Bukan hanya tahu menghambur segala emosi selepas menerima teguran. Yoseph memang suka kalau kamu menggunakan emosi melebihi akal.

Apabila kamu menggunakan akal, Yoseph sudah pasti tidak akan dapat memperdaya kamu semua. Sebab itulah Yoseph menyemai segala macam emosi negatif dalam pemikiran kamu. Ia kerana Yoseph tidak mahu kamu semua menggunakan akal. Apa itu pun kamu semua belum faham-faham lagi?

Yoseph sangat suka kalau kamu panas baran dan marah-marah dengan perlakuan agresif kepada saudara-saudara yang sama agama dengan kamu. Apa itu pun kamu semua belum faham-faham lagi?

Sebab itulah kita sebulat suara berkata bahawa satu hari nanti kamu semua akan bertuankan Yoseph dan keturunannya. Kita di sini pun tidak akan bersimpati lagi kepada kamu semua pada waktu itu. Ia kerana kamu sendiri yang tidak mahu menggunakan akal selama ini. Janganlah pada waktu itu nanti baharu kamu ada akal.

Yahadut Mizrah Yowtai akan bangkit di celah-celah kamu semua. Ya, tidak mustahil dalam tempoh antara 10 tahun hingga 15 tahun lagi. Pada masa itu, kamu semua sudah  tidak ada apa-apa kekuatan lagi.

Kita di sini yang sebilangannya Yahadut Jawi pada masa itu juga sudah tidak terdaya untuk menolong kamu semua. Ubahlah nasib kamu sendiri pada waktu itu.

Kita di sini juga tidak mahu membuang terlalu banyak masa untuk menolong kamu yang tidak pernah cuba untuk berusaha sehingga kami terkadang masa terpaksa mengenepikan keutamaan keluarga dan diri kami sendiri.

Ada yang berkata; kalau itu semua terjadi, pasti ada hikmahnya kerana akan berlaku kebangkitan panji hitam untuk mengekang kekuasaan Yahuda di bumi sebelah sini. Jangan sekali-kali menjadi tok nujum untuk meramal masa depan sekiranya pada masa sekarang pun kamu sendiri masih gagal merancang.

Hadis ada menyebut Islam akan kembali mekar di sebelah timur dunia. Tetapi adakah kamu semua berusaha bersungguh-sungguh untuk mengkaji dengan ilmu geografi dan ilmu-ilmu berguna yang lain untuk menentukan di mana letaknya timur yang dimaksudkan baginda Nabi?

Adakah kamu mengambil kira di arah mana Nabi sedang berdiri atau duduk pada ketika Nabi mengucapkan hadis itu? Nabi menunjukkan arah timur itu dengan tangan kanan baginda atau tangan kiri baginda? Adakah ia timur dari arah masjid nabi, adakah ia timur dari arah rumah nabi, timur mana yang Nabi maksudkan.

Ada berapa banyak titik timur (east landmarks) atas muka bumi ini. Sudahkah kamu semua tahu kesemua landmarks itu dan kemudian berupaya menentukan the landmark itu secara geografi menggunakan segala ilmu pengetahuan yang ada dengan bersandarkan kepada hadis itu?

Jadi, bagaimana kamu terlalu yakin timur itu di sini pada ketika kamu pada ketika ini masih gagal merancang untuk masa depan? Apa rancangan kamu semua untuk menyatukan ummah pada masa depan? Tiada usaha ke arah itu? Maka, tunggulah Yoseph dan keturunannya menjadi tuan kepada kamu semua.

Ada pula yang mahu melenting dengan perenggan yang terbaru di atas ini? Sekali lagi saya ulang, gunakan akal. Meskipun akal manusia terbatas, tetapi gunalah akal.

Mana yang lebih baik, mahu bangkit selepas kalah atau mahu menjadi golongan yang sentiasa menang?

Bukankah kebangkitan Islam sedunia itu ada bersama golongan yang sentiasa menang? Apa kamu sudah lupa hadis yang satu lagi itu?

Jadi, kamu mahu jadi seperti hero filem Hindustan yang kalah dulu kemudian baru menang atau mahu menjadi golongan yang sentiasa menang? Golongan yang sentiasa menang tidak pernah mengalami kekalahan, fahami maksud ‘sentiasa’ itu.

Ingat, golongan yang sentiasa menang. Berusahalah ke arah itu, berusahalah menjadi golongan yang sentiasa menang. Kita (Yahadut Jawi) mahu pastikan kamu semua sentiasa menang, kita tidak mahu kamu menjadi golongan yang kalah dahulu kemudian baru menang.

Kalau kamu semua masih mahu membenarkan Yoseph menang, maka kamu akan kalah. Kamu tidak lagi menjadi golongan yang sentiasa menang. Cukuplah kamu sudah kalah sekali semasa zaman kolonial Eropah pada lebih 400 tahun lalu. Adakah kamu mahu kalah sekali lagi kemudian menang kembali. Cukuplah kamu kalah sekali kemudian menang dan terus menang.

Antara percaturan emosi dan akal yang diaturkan Yoseph pun kamu sudah kalah, apa kamu fikir kamu akan terus menang?

Cukuplah sekali kalah dan jangan kalah-kalah lagi. Berusahalah ke arah penyatuan dan mendapat kemenangan yang lebih besar. Terus-teruslah menjadi tuan kepada Yoseph meskipun Yoseph sangat benci bertuankan kamu semua wahai umat Islam yang berdarah Melayu.

Yoseph tidak akan berjaya kalau kamu semua tidak berpecah-belah mengikut kehendaknya. Apabila Yoseph sudah bosan kerana dia tidak pernah menang terhadap kamu, dia mungkin akan memanggil rakan Israel di sebelah sana untuk menggempur kamu.

Pada masa itu kalau kamu kata pertempuran itu menandakan kemunculan panji hitam di bumi sebelah timur, maka kami di sini menerimanya dengan senang hati kerana panji hitam itu timbul dalam keadaannya didukung oleh golongan yang sentiasa menang.

Ia kerana kami terima bahawa panji hitam itu muncul di kalangan orang-orang yang sentiasa menang, yang tidak pernah kalah dan tidak pernah dikalahkan.

Tetapi apabila ada yang kata panji hitam itu timbul pada ketika Yahuda (Yowtai) berkuasa ke atas kamu, ia bererti kamu telah kalah dan kamu bukan golongan yang sentiasa menang.

Kalau kamu semua telah kalah dan bukan lagi menjadi golongan yang sentiasa menang, maka ia tidak bersandar kepada hadis mengenai golongan yang sentiasa menang.

Jadilah golongan yang sentiasa menang, penyatuan ummah adalah kemenangan terbesar yang kita nanti-nantikan, berusahalah ke arah itu. Terus-teruslah menjadi golongan yang sentiasa menang dan mendapatkan kemenangan terbesar iaitu ummah yang bersatu.

-SHAHi-

--

Kita sebenarnya kecewa apabila ada yang berkata panji hitam itu akan muncul di sebelah sini pada ketika umat Islam ditindas oleh orang kafir selepas kejatuhan kedaulatan agama itu. Mereka yang berkata demikian mungkin terlupa bahawa hadis juga menyebut Islam akan kembali gemilang dengan segala kekuatan oleh golongan yang sentiasa menang.

Adakah mahu tunggu jatuh dahulu baru mahu bangkit? Adalah lebih baik kalau menjadi orang yang sentiasa menang. Menang dalam segala perkara, luaran dan dalaman, zahir dan spiritual, menang dalam segala isu, menang dalam segala percaturan, menang dalam segala tipu daya, menang tidak menjadi mangsa, menang tidak dipergunakan, menang tidak tergadai, menang tidak diperhamba.

Adalah lebih baik kalau kita terus membuktikan bahawa Islam itu kuat sehingga tidak dapat dikalahkan. Adalah lebih baik kalau kita terus membuktikan agama Islam yang diturunkan dari syurga oleh Allah sebagai kekuatan yang tidak mampu dikalahkan oleh golongan kafir sehingga hari Kiamat.

Jadi, perlukah kita menjadi golongan yang sentiasa menang dan tidak dapat dikalahkan supaya peluang untuk kita mengangkat panji hitam itu dengan tangan kita menjadi lebih cerah? Kegemilangan itu akan kembali bersinar melalui tangan-tangan yang tidak pernah dikalahkan oleh tangan-tangan ghaib (the hidden hands).

Andai kamu semua sudah mati akal untuk menyatukan kembali dua saudara yang bertelagah, kita di sini boleh tunjukkan caranya. Bagaimanapun, kita perlu membuat perjanjian.

Semoga dengan perjanjian itu, kamu akan menjadi golongan yang berpegang kepada janji dan melaksanakan segala isi perjanjian untuk menjadi golongan yang sentiasa menang.

Bersediakah kamu semua untuk membuat perjanjian?


-STALKER-


-

20 Apr 2013

Nota Panel: Untuk kali ini, buatlah kerana Allah


Anda mahu bersama golongan 'Ini kali lah' atau bersama golongan 'untuk kali ini, buatlah kerana Allah'



MENGETAHUI terlalu banyak rahsia bukanlah satu perkara yang menyeronokkan, ia langsung tidak menjadi satu kelebihan yang membanggakan. Sebaliknya, mengetahui terlalu banyak rahsia membuatkan kita berasa sangat terbeban.

Lebih sangat terbeban pula ialah apabila rahsia itu kalau didedahkan, ia tidak akan dipercayai oleh orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir mengenainya. Kalau didedahkan juga, kita akan ditohmah dan dikeji, dikatakan mencipta fitnah.

Tetapi kalau terus disimpan, ia menjadi sangat membebankan. Berasa sangat berdosa kalau ia tidak didedahkan bagi menyelamatkan ummah. Kalau tidak didedahkan, ramai di kalangan umat akan berterusan menjadi mangsa yang diperkudakan dan sebilangan lagi menjadi mangsa yang dipersalahkan. Tetapi kalau didedahkan, satu golongan akan difitnah kerana dikatakan mahu menganiaya.

Umat Terakhir adalah pemegang rahsia, kita merasa sangat terbeban apabila melihat sesama umat bercakaran hanya kerana sikap prejudis dan dendam kesumat terhadap saudara seagama yang tidak sealiran ideologi politik di antara mereka. Kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Selama lima tahun ini, kita (Umat Terakhir) seperti menahan diri daripada menelan atau meluah; ditelan mati bapa, diluah mati emak.

Apabila kita memerhati setiap yang berlaku di media sosial, kita melihat kedua-dua pihak saling bercakaran dengan perkataan-perkataan yang tidak melambangkan kesopanan. Satu pihak terlalu agresif dan kurang ajar dalam menyusun kata, malah tersangat kurang ajar dalam bertingkah laku di khalayak. Mungkin, itulah yang diajar pemimpin-pemimpin mereka supaya tidak segan silu untuk bersikap kurang ajar.

Satu pihak lagi sering dituduh menyebar perkara lucah setiap kali kelucahan tersebar di media sosial. Kita tahu apa sebenarnya yang berlaku, tetapi terlalu berat untuk kita menyusun kata yang sangat tersusun untuk menjadikan anda semua yang kami kasihi ini menjadi orang yang faham.

Kita tidak pernah berterus-terang dalam menyampaikan perkara dan memohon maaf kepada anda semua kerana tidak dapat berterus-terang selama ini. Kita hanya sekadar memberi panduan-panduan berfikir supaya anda semua dapat berfikir dengan tenang tanpa dipengaruhi sentimen kebencian yang menebal di dalam jiwa.

Kali ini, izinkan kami melakukan perkara yang dibenci oleh sebilangan daripada kamu semua, ianya menceritakan sebahagian daripada kebenaran, hanya sebahagian. Kenapa kami meminta izin? Ia kerana sebilangan daripada kamu sangat benci kepada kebenaran apabila kebenaran itu tidak memihak kepada mereka. Sebahagian kebenaran lagi pula wajarlah kamu mendapatkannya sendiri.

Kita sudah terlalu letih menyimpan rahsia.

-STALKER-

--

Konspirasi digerakkan melalui pelbagai cara, cara yang paling memberi hasil ialah melalui jalan politik. Politik pula mempunyai banyak jalan, dan jalan yang paling berhasil untuk menggerakkan konspirasi ialah melalui jalan demokrasi yang diwarnakan dengan liberalism.

Jadi, mahu atau tidak mahu, kita wajar melihat konspirasi dari sisi itu juga, sisi politik. Apabila kita melihat konspirasi dari sisi politik, ia tidak bermakna kita akan bermain dengan kaca mata  politik keanak-anakan. Ia pula kerana politik yang ganas itu bukan sekali-kali dimainkan oleh anak-anak kecil.

Menjadi mangsa ialah pengikut-pengikut yang berfikiran seperti anak-anak kecil.

(Mungkin) Tidak terlalu hiperbolik jika dikatakan politik itu adalah permainan yang dimainkan oleh binatang-binatang.

Manusia tidak akan dapat bertahan di dalam kandang politik. Tetapi pemain-pemain politik pula tidak ada masalah untuk terus kekal dalam kandang politik meskipun bergelumang dengan najis sendiri selama di dalam kandang, sebagaimana binatang.

Perumpamaan ini hanya sesuai untuk haiwan-haiwan politik yang tidak pernah berusaha untuk memanusiakan politik dan tidak pernah berusaha mengajak pengikut-pengikut mereka menggunakan akal untuk berfikir di permulaan cerita.

Malangnya, haiwan-haiwan politik ini kerap menjadikan akal pengikut mereka tersesat sehingga terlupa cerita asal yang bermula di permulaan cerita.

-DRIFTER-

--

Pengikut-pengikut politik tidak mengetahui banyak perkara, mereka sering kali ditipu. Mereka hanya diberitahu mengenai perkara-perkara yang terpilih; iaitu hanya perkara-perkara yang pemimpin mereka mahu diketahui oleh pengikut mereka. Jika sesuatu perkara itu pemimpin mereka mahu rahsiakan, maka ia tidak akan diberitahu kepada pengikut. (rujuk artikel: Monopoli Propaganda).

Pemimpin mereka memonopoli semua maklumat (kebenaran) dan hanya memberitahu mengenai perkara-perkara yang terpilih sahaja. Dalam masa yang sama, pemimpin mereka melarang pengikut daripada mendapatkan maklumat daripada lain-lain sumber yang mampu menerangkan kebenaran.

Sumber-sumber lain dikatakan menyebarkan fitnah terhadap mereka; sedangkan jika seseorang (pengikut) itu bijak memproses maklumat, dia pasti akan menyelidik dan berfikir mengenai maklumat-maklumat yang berlonggokan di persekitaran maklumat.

Orang yang pandai ialah orang yang mempunyai banyak maklumat pelbagai dan sentiasa berfikir berdasarkan maklumat-maklumat perlbagai yang ada.

Manakala orang yang bodoh pula ialah orang yang hanya mengharapkan satu sumber maklumat (dari sebelah pihak) sahaja dan tidak pula berusaha mendapatkan lebih banyak maklumat.

Beza dua jenis ini (orang pandai dan orang bodoh) ialah maklumat. Maklumat ialah salah satu punca pengetahuan. Pengetahuan pula ialah ilmu. Maka pasti ada beza antara orang ada yang banyak maklumat pelbagai dengan orang yang ada satu maklumat dari sebelah pihak semata-mata.

Lebih parah, maklumat daripada sebelah pihak itu pula adalah dari jenis maklumat terpilih.

-SONG BIRD-

--

Menjadi masalah kepada pengikut politik sehingga gagal membezakan antara yang betul dengan salah ialah tidak berusaha untuk berfikir setiap kali diterjah oleh maklumat-maklumat yang kontra. Sesetengahnya ada yang cuba menyelidik maklumat itu, namun tetap gagal kerana tidak menyelidik dengan pendekatan yang sesuai dan intelek.

Akibatnya, mereka membuat kesimpulan secara melompat (jump to conclusion) tanpa kewajaran yang sewajarnya. Mereka membuat lompatan kesimpulan secara melulu mengikut persepsi dan sentimen kebencian yang terbuku keras dalam jiwa mereka.

Mereka gagal berfikir menggunakan daya akal yang diberi percuma kepada mereka, namun mereka membayar kos yang tinggi untuk menelan segala kepalsuan yang akhirnya merosakkan jiwa mereka sendiri.

Masalah ini bukan masalah mereka secara eksklusif, ia adalah masalah kita semua. Menjadi masalah kepada kamu semua kerana dihujani dengan terlalu banyak maklumat sehingga tidak lagi diketahui mana yang benar dan mana yang palsu.

-SECTOR 7-

--

Bagaimana kita mahu memulakan penjelasan ini. Sulit untuk kita memulakannya. Sulit apabila ketaksuban berterusan membelenggu akal dan jiwa mereka daripada cuba melihat dan berfikir mengenai kebenaran.

Sejak lima tahun lalu, kita mengekori pemimpin-pemimpin mereka dan menyiasat kelakuan mereka setelah kita ada keraguan terhadap mereka. Dalam masa sama, kita ‘steal’ orang-orang dalam organisasi mereka supaya kita mudah mendapat maklumat sulit daripada orang-orang mereka (menggunakan orang dalam organisasi mereka untuk mengetahui rahsia-rahsia pemimpin mereka yang tertentu) .

Kita tahu banyak rahsia mereka. Kita failkan rahsia mereka dalam fail-fail profil. Fail-fail itu pula kita simpan dan tidak pernah didedahkan.

Mereka (setiap organisasi) mengadakan gabungan antara tiga ideologi berbeza. Setiap ketua dalam organisasi mempunyai cita-cita tersendiri. Mereka baru senyap-senyap belajar con-art daripada pertubuhan-pertubuhan bebas (NGO) yang dibawa masuk daripada luar negara dan kemudian melakukan con-jobs dalam beberapa peristiwa.

Perbuatan mereka melakukan con-jobs membuat kita tersentak, they are now doing the same thing like we have been doing since long ago before they started to do it. Yes we are conmen, but we are free men. They learned how to be con-artists but they are the man’s men. Indeed, we are much better experienced and skillful to defeat their jobs.

Kita tidak akan con mereka semua kerana telah ditetapkan peraturan you can’t con a conman.

Kita hanya akan ‘menangkap’ maklumat dan menyerahkan mereka kepada kamu semua.  Ia tidak ada dalam peraturan.

Kita tahu, ramai sudah tahu mengenai video-video skandal pemimpin-pemimpin tertentu yang telah tersebar. Bukan kita yang melakukan itu semua, jangan terlalu cepat menuduh. Kita tiada masa untuk itu semua, kita tidak boleh con mereka semua, tidak boleh, itu peraturan yang perlu kita patuh. Oleh itu, bukan kita yang melakukan itu semua.

Kalau kita mahu membongkar skandal mana-mana pemimpin, maka sudah lama kita buat demikian dengan segala pendekatan forensik teknologi yang kita gunakan sehingga tidak mampu lagi dinafikan oleh mana-mana pengikut tegar dari kalangan mereka, kita boleh sahaja melakukan pembuktian sehingga semua pengikut mereka terdiam kaku.

Tetapi itu bukan cara kita untuk membongkar pekung ahli-ahli politik, kita bukan menulis untuk politik. Kita menulis untuk mengajak kamu semua berfikir untuk melihat tipu daya dunia. Kita tidak menulis untuk membuahkan kebencian sesama umat. Tetapi juga, menyimpan rahsia adalah satu tugas yang sangat membebankan.

Kita tahu satu perkara yang tidak ramai daripada kamu semua tahu. Sekali lagi kita meminta izin untuk melukakan hati sebilangan daripada kamu semua.

Kerjasama tiga ideologi itu disulami dengan agenda memerangkap sesama sendiri untuk mengangkat ketua sendiri. Jika tidak yakin dengan apa yang akan kita beritahu ini, maka beramai-ramailah kamu dan tanyalah kepada pemimpin-pemimpin kamu semua ketika mana mereka mengadakan cerama-ceramah politik bermula Sabtu ini.

Baru-baru ini, pengikut politik dikejutkan dengan skandal seorang pemimpin sebuah parti politik yang mana perbuatannya dirakam dalam bentuk video berdefinisi tinggi (HD). Daripada maklumat yang kita dapat sejak lima tahun lalu, pemimpin itu tidak disenangi oleh segolongan manusia dalam organisasinya sendiri.

Golongan yang tidak senang hati itu (orang mereka sendiri) kemudian mula berbuat baik dan menjerumuskan pemimpin itu kepada kegiatan yang tidak elok. Kita tidak berbuat apa-apa kerana mereka sedang menggerakkan buah catur mereka, kita hanya membiarkan mereka.

Kita tidak kata mereka ada lain-lain video pemimpin itu selain daripada yang telah didedahkan oleh pengendali media sosial, tetapi mungkin juga ada video lain kerana perangkap sudah dipasang. Itu sekadar maklumat yang kamu perlu tahu.

Kita hanya memberitahu sedikit penjelasan mengenai perkara-perkara yang kamu semua sudah tahu. Bagi perkara-perkara yang kamu tidak tahu, maka lebih baik ia tidak diberitahu langsung. Ia juga kerana kita tidak mahu keadaan berubah bertambah sulit.

Di sebalik konspirasi yang merencanakan rakaman video itu, kumpulan hijackers atau role-player yang berada dalam organisasi itu (orang mereka sendiri) kemudian bertemu dengan musuh politik mereka (mereka tidak berkawan, tetapi masih bermusuh) dan menyerahkan video kepada musuh politik mereka.

Ia dengan harapan musuh politik mereka itu dapat mendedahkan video itu kepada umum, ia juga bagi menambah persepsi prasangka di kalangan pengikut mereka bahawa musuh politik mereka itu mengamalkan kempen lucah jika pendedahan itu dilakukan kerana imej buruk sedemikian telah lama mereka palitkan kepada musuh politik mereka.

Walaupun video itu diserahkan kepada musuh politik mereka sejak tahun lalu (video itu sudah lama, bukan kejadian baru), tetapi musuh politik mereka hanya bertindak menyimpan dan tidak pernah mendedahkan. Ia tidak pernah didedahkan musuh politik mereka walaupun telah diberikan cakera video oleh role-players dalam organisasi yang memerangkap pemimpin itu.

Harapan mereka untuk melihat musuh politik mereka itu mendedahkan video berkenaan menjadi hancur kerana musuh politik mereka tidak melakukan perkara yang tidak seperti mereka harapkan sejak setahun lalu.

Jika musuh politik mereka melakukan pendedahan itu, maka mereka boleh berterusan menuduh musuh politik mereka itu mengamalkan kempen lucah, tetapi ia tidak berlaku. Ini adalah berdasarkan maklumat yang kita terima daripada role-players di pihak Umat Terakhir.

Akibatnya mereka tidak sabar untuk melihat video itu didedahkan, akibat tidak sabar, beberapa pengikut mereka ditugaskan mengedar video itu dalam bentuk cakera padat di Terengganu sejak beberapa malam dan pengedar-pengedar itu akhirnya ditangkap polis semasa melakukan kesalahan itu (caught in action) pada malam berikutnya. Kata bahasa pasarnya, kantoi di situ.

Sebaik sahaja video itu diedarkan pengikut mereka di Terengganu, maka bermulalah media sosial menyebarkannya di internet selepas orang awam yang mendapat cakera video itu dalam peti surat rumah mereka itu menyerahkan ia kepada pengendali laman sosial, ia sewajarnya diserahkan kepada pihak berkuasa, kita juga tidak menyokong tindakan itu (menyerahkan kepada bukan pihak berkuasa).

Bagaimana kita tahu ini semua, ia kerana kita juga ada role-players dalam semua organisasi politik. Kita tahu semua yang mereka lakukan. Kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Kita adalah con-artists yang tidak mengganggu setiap apa yang mereka kerjakan, kita hanya memerhati buah-buah catur yang mereka gerakkan sebelum kita pula melakukan gerakan apabila tiba giliran kita.

Sejak video itu didedahkan dalam media sosial, mereka meneruskan plan dengan menuduh ia dilakukan oleh musuh politik mereka. Ia kerana mereka sendiri ada menyerahkan video itu kepada musuh politik mereka sebelum ini. Video sudah diserahkan oleh orang-orang mereka sendiri (role-players), dan hanya meneruskan plan dengan melemparkan tuduhan. Ia adalah frame-job paling dungu yang pernah kita temui.

Sebenarnya, ada banyak video yang mereka serahkan melibatkan ramai pemimpin di kalangan mereka sendiri. Tetapi itu semua tidak didedahkan oleh musuh politik mereka. Akibat tidak didedahkan sebagaimana yang mereka harapkan, maka mereka mendedahkan ia sendiri.

Seorang berjawatan dalam sebuah parti politik di pihak mereka telah terlebih dahulu mengatakan ada video lucah melibatkan anak seorang pemimpin (yang mana anak pemimpin itu juga adalah seorang pemimpin) akan didedahkan oleh musuh politik mereka, belum apa-apa lagi mereka sendiri sudah kata ada video itu sedangkan musuh politik mereka tidak pernah berkata apa-apa mengenai perkara itu.

Jika anda semua adalah orang berakal waras, maka sudah tentu anda mampu melihat keanehan yang terdapat di sebalik kata-kata seorang pemimpin berjawatan dalam sebuah parti politik di pihak mereka berhubung dakwaannya mengatakan akan kewujudan video yang dimaksudkan itu.

Ia kerana mereka tidak sabar untuk meledakkan isu itu kerana mereka sendiri yang mengawal isu itu. Ia juga kerana mereka tidak sabar setelah musuh politik mereka tidak pernah mengeluarkan desas-desus untuk mendedahkan video itu. Akhirnya, mereka mengambil selangkah ke hadapan untuk membangkitkan isu itu bilamana musuh politik mereka langsung tidak berbuat apa-apa terhadap video yang sudah lama diserahkan itu.

Lama sebelum isu video anak pemimpin itu berputar sejak akhir ini, perkara ini sebenarnya sudah lama iaitu sejak lebih lima tahun yang lalu. Melalui maklumat yang diterima daripada role-players kita yang berada dalam organisasi mereka, seseorang berjawatan dalam organisasi itu juga pernah menemui musuh politik mereka untuk ‘menjual’ video tersebut dengan harga $8,000 bagi menjatuhkan anak pemimpin itu dalam organisasi itu.

Melalui maklumat yang sama, diketahui bahawa pelawaan (kepada musuh politik mereka) itu ditolak disebabkan beberapa faktor. Pertama, video itu berkualiti rendah. Kedua, musuh politik mereka memang tidak berminat dengan bahan-bahan seperti itu. Ketiga, mereka tidak mahu menggunakan video-video itu kerana mereka tahu pengikut-pengikut taksub tidak akan percaya, jika digunakan juga, ia hanya sia-sia.

Maka, atas sebab itu muncul keanehan apabila seorang pemimpin organisasi mereka sendiri tiba-tiba tampil mengatakan musuh politik mereka ada memiliki video anak pemimpin mereka sedangkan musuh politik mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang desas-desus mengenainya, ia adalah satu keanehan.

Ia menandakan ‘bom’ yang berbentuk video itu mereka sendiri yang mahu dedahkan dan pada masa sama cuba melakukan frame-job terhadap musuh politik mereka. Ada keanehan di situ, jika kamu memerhatikan keanehan itu, jawapan bagi keanehan itu akan terpacul sendiri ke dalam benak akal kamu.

Mereka mahu menyingkirkan orang-orang yang mereka tidak suka dalam organisasi mereka dengan mempergunakan musuh politik mereka dengan harapan musuh politik mereka itu menggunakan senjata yang telah mereka beri sendiri kepada musuh-musuh mereka. Malangnya, musuh politik mereka tidak sesekali mengikut rentak tarian mereka.

Mereka mahu mencantas semuanya, mereka mahu mencantas orang-orang yang berpengaruh dalam organisasi mereka supaya mereka boleh mengambil alih, mereka juga mahu mencantas musuh politik mereka supaya orang awam berasa benci terhadap musuh-musuh mereka.

Begitu juga dengan banyak kes video yang lain termasuk di dalam tandas dan sebagainya. Mereka merancang semuanya (yang keji-keji) untuk mencantas sesiapa sahaja sesama mereka yang mereka tidak suka dalam organisasi mereka dan kemudian menyalahkan musuh politik mereka untuk menjadikan sebilangan kamu berterusan mempercayai ‘ke-mailakat-an’ mereka. Kita tahu semua ini sejak sekian lama kerana kita juga ada role-players dalam organisasi mereka.

Kalau anda tidak percaya, maka itu hak anda tetapi jangan pula buat-buat lupa untuk bertanya kepada pemimpin-pemimpin anda mengenai perkara-perkara aneh yang mereka lakukan sebagaimana yang kita sebutkan di atas tadi. Setiap keanehan memerlukan jawapan, maka menjadi tugas anda semua untuk mendapatkan jawapan jika anda adalah orang-orang yang memihak kepada kebenaran melebihi memihak kepada pihak-pihak yang anda suka.

Kebenaran itu tidak pernah memilih sesiapa yang disukainya, tetapi jika kamu semua menyukai kebenaran maka kamu harus berusaha memihak kepada kebenaran meskipun kenyataan-kenyataan terselindung yang timbul daripada jawapan-jawapan yang meragukan itu sangat anda tidak sukai, maka ada kebenaran yang disembunyikan di sebaliknya, kebenaran itu tidak pernah selalu datang dalam bentuk manisan. Kamu harus memahami kepalsuan (dalam jawapan yang diterima) sebelum mengenal kebenaran (yang cuba diselindungkan di sebalik jawapan palsu).

Hakikatnya, mereka tahu akan berlaku perpecahan dalam organisasi mereka disebabkan mereka masing-masing tahu akan taktik jahat termasuk taktik video itu. Sekarang ini, kalau kamu sedar mengenai apa yang berlaku di luar sana (lihatlah apa yang sedang berlaku di luar sana, jangan hanya menilai politik dengan hanya membaca perkhabaran di internet), kamu akan melihat bahawa berlaku perpecahan di peringkat akar umbi dalam organisasi mereka.

Masalah berebut kawasan dan berebut mahu jadi calon tercetus disebabkan timbul perasaan tidak percaya kepada sesama mereka. Mereka mahu kumpulan mereka menjadi dominan dalam organisasi mereka dengan menyingkirkan sekumpulan lagi satu. Apabila tercalon, mereka akan mempunyai kuasa membuat keputusan dalam organisasi selepas diberi jawatan (peluang merebut jawatan dalaman organisasi), kuasa itu pula akan menyingkirkan orang-orang yang tidak mereka sukai dalam organisasi mereka sendiri.

Mereka juga sedar akan berlaku kejadian lompat ke organisasi musuh politik mereka sekiranya mereka menang tipis akibat kekalahan. Mengapa kita kata mereka berisiko menang tipis? Ramai dalam kalangan mereka yang tidak tercalon oleh organisasi memilih untuk mencalonkan diri sendiri dan menjadi calon bebas. Ia membuka kepada risiko pecah undi kerana undi dalam kalangan pengundi mereka telah terpecah, manakala undi daripada pengundi musuh politik mereka tidak terpecah kerana semua undi itu masuk kepada calon musuh mereka.

Jadi, mereka tahu mereka akan berdepan dengan risiko perit akibat masalah yang ada dalam organisasi mereka. Namun, masalah ini tidak dipertonton kepada pengikut bawahan mereka dan sebaiknya berterusan meyakinkan pengikut mereka bahawa kemenangan akan menjadi milik mereka. Malah mereka kata pula, kalau mereka kalah itu adalah disebabkan proses pengundian yang tidak bersih dan tidak telus. Kalau mereka kalah sekalipun, pengikut mereka akan memberontak mengatakan mereka kalah disebabkan ada penipuan dalam proses pengundian.

Semuanya (stage/pentas) telah siap terpasang sejak sekian lama. Walau apa pun yang berlaku, mereka akan tetap melakukan manipulasi terhadap kejadian-kejadian yang dijangka berlaku (expected scenes).

Namun, bagi mengelak kejadian lompat ke dalam organisasi musuh, mereka telah membuat perjanjian iaitu sesiapa yang melompat keluar (dikatakan) perlu membayar $3 juta kepada organisasi mereka. Kalau kamu sekali lagi tidak yakin dengan maklumat kita ini, maka kamu tidak perlu memaki hamun terhadap kita, sebaliknya bertanyalah kepada pemimpin-pemimpin kamu mengenai perkara ini semasa mereka mengadakan ceramah nanti.

Apabila ada yang mahu juga melompat keluar, mereka perlu membayar. Kalau tiada wang untuk membayar, maka mereka perlu meminta wang daripada organisasi yang mereka mahu masuk, jika organisasi yang mahu dimasuki itu memberikan wang, maka mereka akan kata orang yang melompat keluar itu telah ‘dibeli’ dan dibayar supaya berbuat demikian. Walhal, mereka menetapkan bayaran kalau mahu lompat keluar. Bolehkah anda melihat permainan ini?

Itu adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang mereka tidak mahu kamu tahu. Kamu hanya diberitahu mengenai yang sedap didengar dan diberitahu mengenai kemenangan yang bakal menanti, dan diberitahu mengenai apa sebenarnya yang konon berlaku sekiranya mengalami kekalahan dan diberitahu mengenai apa yang perlu dilakukan jika kalah.
--

Kita tidak pernah menulis sebegini dalam Umat Terakhir. Kamu yang selalu membaca di sini juga pasti tahu bahawa kita tidak pernah menulis seperti ini, tetapi ini adalah perkara-perkara yang perlu anda tahu dan ia hanya sekadar yang anda wajar tahu sahaja, selebihnya anda tidak perlu tahu dan biarlah kita di sini yang menanggung beban menanggung rahsia.

New World Order (NWO) sedang menunggu di hadapan pintu rumah kamu semua. Kamu semua tidak akan mampu menghalang gelombang kedua NWO itu daripada menerjah rumah kamu. Namun, menjadi cepat atau lambat ia menerjah adalah terletak di tangan kamu.

Sebelum ini (dalam dua edisi sebelum ini bermula edisi pertama pada tahun 2006), kita hanya bercerita mengenai konspirasi di peringkat global dan telah kita senaraikan keterangan-keterangan dan pembuktian-pembuktian yang bersangkut paut dengan konspirasi yang digerakkan konspirator di serata dunia. Semua itu didedahkan secara beriringan dengan artikel-artikel pembuka minda dalam siri Mind Game, ia supaya kamu semua dapat pengetahuan yang secukupnya untuk berfikir setelah diberitahu cara-cara mengenal taktik jahat konspirator untuk menguasai minda kamu daripada berfikir dengan sewajarnya. Kamu semua telah diberi panduan.

Kita telah membuka pekung Adolf Hitler, kita juga telah membuka pekung George Bush, kita telah beritahu siapa yang mengilhamkan komunism dan atas tujuan apa ia dicipta, kita telah terangkan apa kaitan liberalism sehingga membawa kepada sekularism kepada kehidupan manusia sebelum kamu semua dipaksa menjejak ke NWO, kita telah terangkan apa maksud jahat di sebalik setiap slogan kemanusiaan yang dicipta di dunia ini, kita telah beritahu banyak perkara yang anda berasa tidak jelas mengenainya selama ini. Kamu juga dapat menerima semua penjelasan itu dengan akal yang waras.

Tetapi untuk kali ini, kita tahu ia amat pedih untuk ditelan oleh sebilangan daripada kamu. Kita juga tahu ada yang masih tidak mahu berfikir dengan sewajarnya meskipun telah banyak panduan diberikan selama ini.

Jika kamu amat malas untuk berfikir, maka memadai jika kamu memikirkan pendirian pakatan tiga ideologi politik berhubung isu kalimah suci Allah. Isu kalimah Allah tidak wajar dipandang sebagai isu kecil di kaca mata umat Islam. Pakatan tiga ideologi itu pernah berkata bahawa misi untuk menawan Putrajaya adalah jauh lebih besar daripada isu kalimah Allah. Kata-kata beracun mereka itu membuatkan pengikut-pengikut mereka terlupa bahawa Putrajaya tidak lebih besar daripada Allah kerana Allah itu Maha Besar. Tiada yang lebih besar daripada-Nya.

Con-job yang dilakukan di persekitaran anda adalah untuk menjadikan anda lemah. Ia adalah seni untuk menjadikan bilangan yang nampak ramai itu menjadi sedikit. Memang benar, umat Islam itu ramai di Malaysia, tetapi mereka (umat Islam di Malaysia) ini sebenarnya amat sedikit.

Mengapa kita berkata umat Islam di Malaysia ini adalah sangat sedikit sedangkan jika dilihat secara bancian menunjukkan bilangan umat Islam itu adalah majoriti di negara ini? Bagaimana dikatakan umat Islam di Malaysia itu amat sedikit sedangkan mereka adalah majoriti?

Perpecahan dalam kalangan umat Islam itu menyebabkan bilangan mereka menjadi sedikit. Umat Islam terbahagi kepada kelompok-kelompok kecil yang tidak bersatu padu, saling bercakaran. Akibat berpecah, bilangan yang ramai akan menjadi sedikit dan akhirnya lemah. Faham?

Mengapa keadaan ini berlaku dan siapa yang melakukannya dan bagaimana mereka melakukannya?

Ia tercetus apabila umat Islam meletakkan perjuangan politik lebih tinggi daripada agama. Lebih parah, mereka mendendami dan memusuhi saudara seagama yang tidak sehaluan dengan perjuangan politik mereka. Permusuhan itu membuka peluang untuk pihak yang dengki terhadap umat Islam. Musuh tidak akan mara ke hadapan jika tiada peluang untuk berbuat demikian.

Kita tidak mengatakan mereka itu con-artist, tetapi cara mereka bekerja adalah seperti yang dilakukan oleh con-artist dengan menggunakan seni-seni pembohongan (con-art) yang halus dan terselindung daripada pandangan sebilangan orang Islam di negara ini. Maka, cara untuk menggagalkan mereka juga adalah menggunakan cara yang sama untuk menggagalkan con-job yang dilakukan oleh con-artist.

Jika 10 tahun lalu, aktiviti politik deseptif  tidak berlaku di Malaysia. Namun sejak kebelakangan ini (lima tahun terakhir ini), begitu banyak pihak dari luar seperti pertubuhan-pertubuhan bebas (NGO) mengadakan kerjasama dengan beberapa parti politik di Malaysia.

Beberapa siri ‘bengkel’ diadakan bagi mengajar strategi kepada parti-parti politik terlibat. Sejak bengkel-bengkel itu diadakan, baharu kita dapat melihat bahawa sudah wujud tipudaya-tipudaya halus yang semakin banyak dilakukan dan ia dilakukan sebagaimana con-jobs yang dibuat oleh con-artist. Mungkin ada con-artist yang mengajar mereka melakukan con-jobs.

Ia (kerja licik yang selicik con-artist) hanya terjadi selepas NGO-NGO dari luar negara mula masuk ke negara ini untuk mengadakan bengkel tertutup dengan parti-parti politik tempatan. Sejak itu juga, pentas-pentas (con-stage) mula dipersiap yang menampakkan seolah-olah sistem pengundian yang ada di negara ini tidak adil.

Ia bagi mencipta persepsi awal supaya pihak yang menyokong mereka beranggapan bahawa kekalahan mereka nanti (sekiranya kalah) adalah disebabkan oleh sistem yang tidak adil. Pentas quail drop dan replika con-job Arab Spring yang klasik dipersiapkan dengan sebaik-baiknya. Semua persiapan ini hanya terjadi selepas NGO-NGO luar negara masuk ke negara ini.

Pemikiran para penyokong pula dipujuk supaya menerima fahaman liberal yang menyokong atau sekadar tidak kisah dengan kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Lebih parah, dipujuk supaya membenarkan kalimah suci Allah digunapakai dalam Bible versi bahasa Melayu.

Ia membuatkan para penyokong (di peringkat kepimpinan) menjadi kelu untuk bertanya mengenai apa perlunya Bible versi Melayu sedangkan orang Melayu di negara ini adalah beragama Islam? Untuk siapa Bible versi Melayu itu? Orang Cina yang Nasrani sudah tentu membaca Bible dalam versi bahasa Cina atau Inggeris, mereka tidak baca dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan orang India yang beragama Nasrani, mereka juga pasti membaca Bible dalam bahasa Tamil atau Inggeris, mereka tidak akan membaca Bible dalam bahasa Melayu.

Jadi, untuk siapa Bible versi bahasa Melayu itu kalau bukan untuk mengelirukan orang Melayu yang Islam? Kita mungkin tidak akan keliru dalam mengenal Allah, tetapi bagaimana dengan anak-anak dan cucu-cicit kita nanti? Mereka (generasi keturunan kita) tidak akan terlepas daripada ujian keimanan sebagaimana yang kita diuji pada hari ini, tetapi adakah kita tahu berapa hebatkah ujian yang akan anak cucu cicit kita akan diuji nanti? Kalau kita tidak berusaha mempersiapkan persekitaran yang selamat untuk mereka mempertahankan akidah mereka bermula hari ini, maka kitalah yang akan dipersalahkan.

Jadi, untuk mempersiapkan persekitaran yang dapat menjamin mereka dalam mempertahankan akidah di masa hadapan, maka adakah perlu ada orang Islam yang bertindak membenarkan kalimah suci Allah digunapakai dalam Bible versi Melayu? Untuk siapa Bible versi bahasa Melayu itu kalau bukan untuk mengelirukan orang Melayu yang Islam.

Malangnya, ada pemimpin dalam kalangan pertubuhan Islam yang membenarkan kalimah suci Allah digunapakai dalam Bible versi Melayu. Selepas menerima tekanan hebat daripada sebilangan besar umat Islam, baharu mereka bermesyuarat dan tampil dengan keputusan untuk tidak membenarkan.

Seorang pemimpin pertubuhan itu kemudian memberikan kenyataan kepada media dan disiarkan di saluran berita di televisyen. Mungkin anda tidak menyedari perkara ini, kenyataan pemimpin itu menampakkan seolah-olah dia baharu sahaja faham dengan pengertian akidah triniti agama Nasrani dan menampakkan bahawa dia selama ini tidak pernah memahami pengertian triniti dan langsung tidak ada pengetahuan mengenai selok-belok akidah Nasrani, dia juga seperti baharu sahaja difahamkan mengenai perkara itu selepas bermesyuarat dengan ahli-ahli majlis tertinggi pertubuhan itu. Dia selama ini tidak mengenali musuhnya. Dia selama ini tidak mengenali akidah agama musuh sebagaimana yang disebut dalam al-Quran.

Mengapa kita berkata begitu? Kita di Umat Terakhir bekerja menemui dan berkomunikasi dengan beratus orang setiap minggu dan beribu orang setiap bulan sepanjang kami melakukan pekerjaan hakiki kami selama berpuluh tahun.

Kita di Umat Terakhir ini berurusan dengan begitu ramai orang yang berbeza dan kita amat mengenali bahasa badan yang dihasilkan seseorang semasa berkomunikasi melalui percakapan atau perbuatan. Melihat kepada raut wajah, kita sudah kenal isi hati orang-orang yang walaupun baru seminit bertemu. Kita juga tahu kalau seseorang itu menipu semasa berbicara.

Sampai begitu sekali betapa halusnya mereka mempengaruhi pemimpin-pemimpin Islam supaya mengikut kehendak hawa nafsu agama mereka. Begitu sekali persona yang dimainkan sehingga pemimpin-pemimpin Islam boleh terpedaya dalam isu kalimah Allah. Ia berjaya disebabkan racun pluralism sudah mula membaham kecekalan iman pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam.

Selepas pihak tertinggi parti itu menukar pendirian berhubung isu kalimah suci Allah, pengikut-pengikut yang selama ini mengulangi kata-kata pemimpin mereka yang membenarkan kalimah Allah disekutukan agama lain dan menuduh orang yang tidak bersetuju dengan pendirian sebelum ini, tiba-tiba terdiam.

Sebelum ini pengikut mereka mengeji menghina orang-orang lain yang tidak setuju kalimah Allah disekutukan dalam kitab agama lain, mereka menghina dan menuduh orang yang tidak bersetuju itu sebagai jahil ilmu agama, tidak pandai seperti mereka; tetapi apabila pemimpin dalam majlis syura mereka menukar pendirian, pengikut mereka terus terdiam dan tidak lagi berani mengulangi tuduhan yang sama. Jelas menunjukkan mereka itu lebih jahil daripada orang yang mereka tuduh sebagai jahil sebelum ini.

Pemimpin tertinggi parti mereka juga masih belum tampil dengan pendirian yang selari dengan majlis syura mereka. Ia ditambah lagi dengan blame-game yang dimainkan ketua besar mereka yang mengatakan keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan kitab agama lain itu adalah selepas pemimpin parti jenama Islam itu memebri kebenaran mengikut syarak. Ada tuduh menuduh sesama mereka pula selepas masing-masing tersepit dengan isu kalimah Allah.

Mereka terlupa, Allah Maha Besar. Allah akan membalas jika perintah mentauhidkan Dia diperkotak-katikkan. Kita percaya kepada Allah yang Maha Adil, pasti ada balasan pedih yang sedang menanti untuk mereka akibat membenarkan kalimah suci-Nya disekutukan oleh penganut agama sesat yang Dia cela dalam kitab-Nya.

Ini semua berlaku akibat mereka sudah termakan racun pluralism. Lebih parah, pluralism itu pula mereka mahu semai dalam akal pengikut mereka yang telah lama didungukan.

Kalau kamu benar-benar sayang kepada Allah, kamu pasti tidak akan bersama-sama dengan golongan yang membenarkan kalimah suci Allah disekutukan oleh kitab agama lain. Umat Islam yang sekecil-kecil iman tidak akan sesekali membenarkan kalimah suci Allah disekutukan dalam apa keadaan sekali pun. Allah memerintahkan supaya kita mentauhidkan Dia, dan memerintahkan supaya kita berdakwah untuk mengajarkan tauhid kepada seluruh manusia, maka apa persetannya ada manusia mengaku Islam mahu membenarkan kalimah suci Allah yang Wahdaniyah itu disekutukan dalam kitab agama lain? Bukankah ia bermakna telah melanggar perintah Dia? Di mana kedudukan kita kalau membenarkan semua itu berlaku?

Sehingga hari ini, mereka masih membisu berhubung isu kalimah suci Allah setelah menukar pendirian. Bagi mereka, isu itu telah selesai sebaik sahaja mereka menukar pendirian kepada tidak membenarkan. Isu itu belum selesai selagi rakan-rakan politik mereka masih berpegang kepada persetujuan yang pernah dipersetujui sebelum ini.

Walau apa pun sebilangan daripada kamu akan menghambur tohmah kepada kita di sini akibat kami menegur keterlanjuran parti kesayangan kamu dalam hal beragama, ia tetap tidak dapat menolak kenyataan bahawa Putrajaya itu tidak lebih besar daripada Allah yang Maha Besar. Jangan sesekali berlebih-lebihan dalam hal beragama sehingga meletakkan Allah di tempat yang lebih kecil daripada Putrajaya.

Kita yakin, ramai dalam kalangan kita tidak sanggup melihat kalimah Allah digunakan dalam kitab ajaran agama lain sehingga menyekutukan Allah. Jika kamu tidak mampu untuk berfikir mengenai ekonomi atau lain-lain isu dalam hal bernegara, cukuplah sekiranya kamu memikirkan soal kebesaran Allah dalam percaturan mereka dalam berpolitik.

Ingat, Allah Maha Besar.


Kaum Nabi Musa kerap meminta Musa memohon doa kepada Allah supaya diturunkan segala kebenaran, namun selepas kebenaran demi kebenaran diturunkan, mereka tetap menafikan dan mendustakan segala kebenaran. Mereka menafikan kebenaran, walhal merekalah yang meminta ditunjukkan kebenaran.
Kebenaran itu tidak datang bergolek, ia datang dalam bentuk yang kita perlu berfikir mengenainya. Ia kerana kebenaran itu hanya untuk orang-orang yang mahu berfikir.

Dalam politik negara ini, kebenaran demi kebenaran telah diturunkan sebagaimana yang mereka minta, kebenaran paling besar ialah isu kalimah suci Allah sehingga ia tidak dapat dijawab dengan cukup meyakinkan oleh orang-orang yang mengaku berjuang menggunakan nama Islam. Untuk kali ini, berilah pengajaran kepada mereka untuk mengingatkan mereka bahawa Allah Maha Besar.

Kita tidak menulis artikel ini atas dasar politik. Kita menulis ini adalah kerana mahu mengajak kamu semua mengakui bahawa Allah itu Maha Besar, dan mengajak kamu semua menyedari bahawa misi parti politik itu untuk ke Putrajaya adalah tidak lebih besar daripada Allah yang Maha Besar. Meletakkan Allah di tempat yang tidak lebih besar daripada Putrajaya adalah satu kepahitan yang tidak dapat kita terima.

Jika mereka benar-benar menjiwai takbir (Allahu-akbar) yang mereka laungkan, sudah tentu mereka tidak akan tergamak mengatakan misi menawan Putrajaya itu lebih besar daripada Allah.

Jika kamu tidak mahu melibatkan diri dalam proses demokrasi kali ini, tidak dapat tidak, kamu tidak boleh lari daripada menggunakan jalan ini untuk memberi pengajaran kepada mereka yang curang itu untuk mengingatkan mereka bahawa Allah itu Maha Besar.


Memboikot pilihan raya bukanlah satu langkah bijak, malah ia sangat merugikan. Apabila orang Islam yang ‘pro-kekhalifahan’ bertindak memboikot pilihan raya (secara tidak memahami dengan terperinci), ia sebenarnya membuka peluang kepada orang bukan Islam yang keluar mengundi untuk menentukan keputusan pilihan raya.

Akibatnya, majoriti keputusan pilihan raya memihak kepada orang bukan Islam yang sudah lama teringin untuk menghancurkan Islam di negara ini. Biarpun mereka menang dengan majoriti yang sedikit (akibat orang Islam memboikot pilihan raya), mereka tetap mempunyai hak untuk membentuk kerajaan.

Akibatnya juga, majoriti undi orang Islam berkurangan dan menjadi minoriti. Sebaliknya, undi orang bukan Islam akan mendominasi keputusan pilihan raya sehingga membolehkan mereka berbuat sesuka hati terhadap agama Islam apabila mereka berkuasa membentuk kerajaan.

Memang demokrasi bukan jalan terbaik, tetapi kamu semua sedang hidup di dalam kepompong demokrasi. Tidak dapat tidak, kamu perlu terlibat dalam kepompong ini untuk memastikan kuasa secara demokrasi ini masih mampu menjamin kekuasaan orang Islam secara sah berdemokrasi di negara ini.

Apabila Allah berkehendak menghancurkan demokrasi, maka Dia akan menghancurkan ia dengan sendiri tanpa menunggu manusia bersedia untuk kemusnahan demokrasi itu sehingga tertegaknya kekhalifahan. Buat masa ini, kamu perlu menentukan nasib agama kamu dengan jalan demokrasi.

Katakan, kamu tersesat di tengah hutan dan tiada makanan. Tiba-tiba datang seekor babi dan hanya itu sahaja makanan yang ada. Maka pada waktu itu (darurat), babi dihalalkan dalam keadaan darurat bagi meneruskan hidup, ia bagaimanapun bersyarat, asalkan kamu memakannya sehingga hilang lapar sahaja bagi meneruskan hidup, iaitu bukan sehingga kenyang. Kamu perlu makan babi itu untuk terus hidup, jika tidak makan, kamu akan memudaratkan diri kamu yang tidak ubah seperti mahu membunuh diri dan memudaratkan diri itu pula tidak diajar oleh Islam. Kamu boleh menyamakan situasi ini dengan pilihan kamu terhadap demokrasi pada masa ini, kamu terpaksa memilih demokrasi pada waktu ini untuk menyelamatkan agama kamu. Kamu diuji dengan babi, pada waktu itu hanya babi menjadi pilihan kamu, tiada pilihan lain.

Kamu kemudian menangkap babi itu, menyembelih, melapah dan memanggang. Tiba saat hendak makan bagi menghilangkan kelaparan, ketika kamu membaca Bismillah dan dengan rasa berat hati untuk makan, tiba-tiba datang seekor kambing yang halal lagi baik untuk dimakan. Maka, pada waktu itu kamu harus meninggalkan babi yang sudah siap dipanggang itu dan perlu menangkap kambing itu untuk dijadikan makanan kerana ia lebih suci dan lebih baik. Pada ketika itu, kamu harus segera meninggalkan babi yang sudah sedia dijamah itu. Kali ini, kamu diuji dengan 'keperluan membuat pilihan' setelah yang baik lagi suci didatangkan kepada kamu.

Begitulah juga kalau apabila nanti Allah menghancurkan demokrasi dan mendatangkan sistem khalifah, maka pada waktu itu kamu perlu segera meninggalkan demokrasi. Buat masa ini, hanya demokrasi yang ada untuk kamu manfaatkannya, sedarlah bahawa kamu sedang diuji oleh Allah dengan jalan demokrasi. Maka jalanilah ujian ini dengan bijaksana, melakukan sesuatu kerana Allah adalah jalan paling selamat. Lari daripada ujian (memboikot pilihan raya demokrasi) pula adalah menempah kecelakaan dan kegagalan. [Nota Admin: Untuk memahami semua ini, harap kamu dapat tunggu artikel akan datang.]

Memang benar, tidak ada parti politik yang benar-benar bersih, semuanya buruk. Tetapi, gunakanlah peluang ini untuk sekurang-kurangnya memilih yang paling bersih dalam kalangan yang kotor-kotor sementara menunggu kekhalifahan suci murni yang dinanti-nantikan.


Untuk kali ini, buatlah kerana Allah.

Bukan kerana mana-mana parti politik
Hanya kerana Allah

Allah Maha Besar
Allah Maha Kuasa


-DRIFTER-


[Nota ADMIN: Kita di Umat Terakhir mohon berehat daripada menulis di sini.]

hiatus


.