Maskot politik simpatisan
MASKOT ialah
objek yang dijadikan lambang untuk mengingatkan orang ramai terhadap sesuatu
perkara yang lain. Dengan adanya maskot, minda orang ramai lebih mudah
dihalakan ke arah perkara yang dimaksudkan itu termasuk segala definisinya
(definisi perkara yang yang dirujuk itu) sekali. Apabila setiap kali maskot
dipamerkan kepada orang ramai, minda mereka akan terus tertumpu kepada perkara
itu tanpa perlu diulang ingat berkali-kali mengenai perkara yang sama.
Apabila dipamerkan si badut yang bernama Ronald, pemikiran dan minda orang ramai
akan terus tertumpu kepada McDonald.
Apabila dipamerkan Kolonel Sanders,
minda orang ramai akan tertumpu kepada KFC. Begitu juga apabila dipamerkan imej
kuda jantan (stallion) yang berdiri
dengan dua kaki, orang akan ingat Ferrari. Imej lembu jantan sedang naik minyak
mahu menanduk (raging bull) pula mengingatkan orang ramai
kepada Lamborghini.
Maskot boleh jadi sebarang benda, logo, imej, binatang atau
orang yang akan mengingatkan orang ramai terhadap sesuatu perkara yang lain
tanpa perlu diulang-ulang memberitahu bahawa itu ialah untuk memaksa anda
mengingati McDonald, KFC, Ferrari atau Lamborghini.
Simpati pula ialah perasaan belas kasihan yang bermain atau
dimainkan dalam kantung emosi yang ditujukan kepada seseorang, sekumpulan orang
atau boleh jadi sebarang isu yang dijadikan perkara. Simpatisan pula ialah
orang-orang yang mengharapkan simpati. Dalam konteks politik pula, ia bertujuan
untuk mendapatkan undi simpati atas dasar simpati.
Manakala maskot
simpatisan merujuk kepada maskot
yang sengaja dipergunakan untuk dipamerkan, dipopularkan atau ditonjolkan
kepada orang ramai bagi tujuan mendapatkan simpati terhadap orang yang
mempergunakan maskot tersebut atau terhadap maskot itu sendiri.
Katakan sebuah kempen menyelamatkan hutan yang menggunakan
anak harimau (tiger cub) yang patah
kaki atau yang kurus kering atau yang tidak terurus sebagai maskot. Minda orang
ramai akan segera berputik rasa simpati terhadap anak harimau tersebut setiap
kali maskot itu dipamerkan dan menggerakkan hati orang ramai supaya tidak
memusnahkan hutan bagi memastikan habitat serta keselamatan pelbagai spesies
haiwan liar termasuk harimau tidak terancam akibat kemusnahan hutan.
Itu dari segi
kempen menyelamatkan hutan. Bagaimana pula kalau seseorang ahli politik mahu
atau sedang menggunakan maskot dalam memastikan karier politiknya terjamin?
Sebenarnya, maskot politik simpatisan sudah lama
digunakan. Perlu diingat sekali lagi, maskot itu boleh jadi apa sahaja. Boleh
jadi orang, boleh jadi binatang, boleh jadi kereta, rumah, bas atau sebagainya.
Apa sahaja
perkara, boleh dipergunakan bagi memutikkan rasa simpati orang ramai.
-------
Seperti biasa, anda yang selalu membaca Umat Terakhir sudah
terbiasa dengan kewajaran untuk meneliti
kes-kes yang bersangkutan sebelum masuk kepada topik yang hendak dijelaskan.
Kajian kes (seelok-eloknya anda perlu membuat ulangkaji
penelitian kes-kes dengan sendiri) wajar dibuat bagi membolehkan gambaran
terhadap sesuatu perkara dapat timbul dengan lebih mudah.
Tanpa pembayang, anda tidak akan mampu membuat sebarang
tekaan terhadap perkara-perkara yang tidak anda ketahui dengan jelas. Tetapi
sekiranya anda tahu apa yang perlu dilakukan, anda sebenarnya tidak lagi perlu
membuat tekaan kerana anda akan dapat jawapannya.
Tekaan hanya dibuat oleh orang-orang yang tidak tahu
jawapan. Jika anda sudah dapat jawapannya, anda tidak perlu lagi membuat
tekaan, sebaliknya anda sudah boleh mengangkat tangan dan memberikan jawapan.
Untuk menngetahui berapa biji kacang hijau yang bercampur
dengan gula-gula dan juga bola tenis di dalam sebuah akuarium yang tidak diisi
dengan air, anda pertama sekali harus tahu berapa jumlah tepat kacang hijau yang
ada dalam setiap kubik.
Kalau anda malas mencari jawapan, anda hanya mampu membuat
tekaan yang seperti melepaskan tembakan secara rambang, mangsa yang terkena tembakan
pula boleh jadi sesiapa sahaja yang tidak sepatutnya ditembak tetapi belum
pasti anda dapat menembak sasaran yang sebenar. Tetapi jika anda tahu mengira
dan mencari jawapan, anda tidak perlu lagi meneka, anda boleh terus memberi
jawapan berapa biji kacang hijau semuanya.
Maka, akuarium yang diisi dengan campuran kacang hijau, bola
tenis dan gula-gula itu harus dikecilkan skalanya kepada kubik-kubik kecil yang
mengandungi sejumlah tertentu sebelum mendapatkan jumlah keseluruhan apabila
didarab dan ditambah setiap pemboleh-ubah (mathematical
variables) dalam persamaan kubik
tersebut.
Katakan, dalam satu kubik itu terdapat 8 biji gula-gula dan
sebiji gola tenis dan selebihnya ialah kacang hijau. Manakala dalam kubik yang lain pula terdapat 3
biji gula-gula dan tiada bola tenis dan selebihnya ialah gula-gula. Kubik yang
lain pula, terdapat 2 bola tenis, tiada gula-gula dan selebihnya ialah kacang
hijau. Dengan itu, difahami bahawa setiap kubik itu terdapat masalah-masalah (keadaan
pemboleh-ubah) berlainan untuk mendapatkan bilangan sebenar kacang hijau. Maka,
angka pemboleh-ubah terhadap setiap kubik itu berbeza-beza. Jawapannya pula akan
muncul dengan sendiri apabila setiap masalah
pemboleh ubah dalam setiap kubik itu dapat diselesaikan dan bilangan kacang
hijau yang disandarkan kepada simbol Y itu memperoleh nilainya.
Walaupun
kebiasaan persamaan kubik diguna dalam menghitung cecair, ia masih boleh
digunapakai sekiranya anda bijak memanipulasi persamaan tersebut untuk
dipadankan dengan masalah (pengiraan bahan pejal) yang dihadapi.
Kemahiran
manipulatif adalah sangat diperlukan dalam meneliti serta memperhalusi untuk
memahami perkara-perkara lain dengan lebih mudah. Ini sekadar contoh walaupun
kita tidak perlu menggunakan persamaan kubik itu untuk memahami maskot politik
simpatisan. Ingin menjadikan anda faham ialah mengenai kewajaran melihat
sesuatu dengan perspektif yang lebih dapat mendekatkan kita kepada jawapan.
Jadi, untuk mendapatkan bilangan sebenar kacang hijau tadi,
anda wajar mempunyai kemahiran manipulatif dalam memanipulasi sebarang kaedah
sesuai yang boleh membawa anda kepada jawapan. Mengapa perlu ada kemahiran
manipulatif? Ia kerana orang yang menggunakan maskot dalam mencapai maksudnya
juga (termasuk memperdaya orang ramai melalui maskotnya) ialah orang-orang yang
manipulatif, iaitu orang yang bijak melakukan manipulasi dengan memanipulasi
maskotnya bagi tujuan untuk mendapatkan simpati anda.
Anda adalah pawn,
maskot juga adalah pawn.
Terlebih dahulu,
mohon maaf kerana Umat Terakhir sekali lagi mengunakan senario Perang Dunia
Kedua (WW2) untuk dijadikan bahan kes. Ia juga dipilih kerana WW2 adalah satu
bencana besar akibat tangan manusia yang mana tarikh perang besar itu pula
tidak terlalu jauh daripada latar masa kita hari ini.
Disebabkan tarikh
masa WW2 tidak jauh daripada latar masa kita hari ini, maka bahan kes mind game dalam modul propaganda psywarfare daripada peristiwa
itu diambil untuk memudahkan pemahaman anda.
Umum yang gemar
menjejak plot konspirasi mengetahui, motif WW2 ialah untuk memberi laluan
kepada Yahudi Zionis mendirikan negara haram Israel. Dalam kepentingan lain
pula, ia adalah plot untuk memberi kuasa yang lebih besar (veto) kepada Amerika
dalam merencanakan perjalanan urusan keduniaan (secara keseluruhan).
Ingat semula,
maskot boleh jadi apa sahaja. Boleh jadi orang, binatang atau juga isu.
(Kita ambil di permukaan
/ surface sahaja) Menjadi maskot untuk tatapan dunia (khususnya
Eropah, pada waktu WW2 itu) ialah nasib
Yahudi (kononnya tidak kira siapa sahaja asalkan menepati definisi Yahudi
termasuk Yahadut Mizrah) yang dilaporkan menderita akibat penindasan yang
dilakukan Nazi Jerman. Yahudi dijadikan maskot simpatisan dalam WW2.
Apabila sebutir pawn menduduki petak yang sebaris dengan
buah-buah bangsawan (elites: king, queen, bishops, knights, castles),
buah pawn tadi akan berubah bentuk
menjadi buah catur yang lebih berkuasa.
Pawn ialah buah catur yang mana pemain catur berasa tidak kisah sangat kalau ia terkorban. Namun, apabila kedudukan pawn berjaya bergerak sehingga berada di
petak yang sebaris dengan buah-buah bangsawan, ia akan menguntungkan si pemain
catur.
Dalam WW2, Yahudi
(dijadikan pawn dalam konteks ini)
yang turut dijadikan maskot itu telah berjaya bergerak ke petak objektif dan
menjadi lebih berkuasa. Jadi, siapakah yang menjadikan Yahudi semasa WW2
sebagai maskot dan pawn? Yahudi
sendiri yang menjadikan diri mereka sebagai maskot? Kalau jawapan ya, Yahudi
yang macam mana?
Cukup sahaja di
situ kita mengambil contoh daripada senario WW2. Ingin dijelaskan ialah
bagaimana maskot itu digunakan dalam mencapai objektif pihak-pihak yang
mempergunakan maskot-maskot demi kepentingan mereka. Dalam kawah busuk politik,
maskot turut diguna pakai secara meluas.
Maskot politik simpatisan ialah maskot yang dipergunakan
untuk mendapatkan undi simpati orang ramai.
Maskot tersebut perlu dijalankan (dipergunakan) dengan amat
baik dalam memastikan sang manipulator tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang
menjatuhkan kredibilitinya. Kesilapan mengawal mascot akan menyebabkan kerugian
besar kepada manipulator.
Dalam keadaan
tertentu, setiap ahli politik juga akan muncul dengan isu masing-masing. Maka,
isu itu juga adalah maskotnya. Bukan hanya orang yang boleh dijadikan maskot,
malah setiap perkara boleh dijadikan maskot sekiranya seseorang itu bijak
melakukan manipulasi untuk melancarkan propaganda dalam psy-war. Ia tentu sekali berkaitan isu-isu yang boleh
menimbulkan simpati orang ramai.
Simpati adalah kata kuncinya. Maskot pula adalah subjek atau
pada waktu lain pula menjadi objeknya.
Kalau diperhalusi
dengan cermat, anda akan dapati bahawa diri anda juga dijadikan maskot.
Sekurang-kurangnya pernah dijadikan maskot sekalipun sudah tidak diperkudakan
untuk dijadikan maskot. Kerana apa? Kerana anda juga adalah pawn.
Ingat, pawn ialah buah catur yang jenisnya tidak kisah sangat apabila ia terkorban.
Ada manipulator yang menggunakan orang
ramai sebagai maskotnya. Kesusahan hidup yang dialami oleh orang ramai pula
ialah ‘modal’ untuk menarik simpati supaya dapat memberi kepercayaan kepada
manipulator.
Katakan
manipulator itu mendekati anda dan menunjukkan sikap seolah-olah mahu memahami
kesusahan yang anda alami. Kemudian, manipulator itu menegaskan bahawa masalah
yang anda alami itu adalah disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan orang lain
sehingga mengakibatkan anda menanggung derita.
Manipulator itu
kemudian mengajak anda melawan orang yang dikatakan penyebab kepada kesusahan
yang anda alami, untuk menyingkirkan orang yang dikatakan sebagai penyebab
kepada kesusahan yang anda sedang alami. Apabila itu berlaku, ia bermaksud si
manipulator itu sedang berusaha untuk memanipulasi diri anda.
Bilamana anda
terpengaruh dan menurut segala kemahuan manipulator, ia membawa erti bahawa
anda sedang dimanipulasi.
Ia seperti
manipulator itu masuk ke dalam perahu yang ada sedang berada di atasnya. Sama
seperti cuba memahami masalah anda, kononnya. Manipulator itu hanya memberi
kata-kata terpilih untuk mempengaruhi minda anda.
Apabila anda
terpengaruh, ia juga sama seperti anda mula mengayuh perahu itu untuk pergi ke
tebing di seberang sana dengan meninggalkan tebing di seberang sini. Ia kerana
pergi ke tebing di sebelah sana adalah matlamat yang dimahukan manipulator ke atas
anda. Sang manipulator itu pula menikmati keseronokan apabila menaiki perahu
yang anda kayuh. Anda mengayuh perahu untuk kesenangan manipulator.
(rujuk artikel Mind Control Dalam Politik
di blog ini).
Manipulator pula
melakukan perkara yang sama ke atas orang lain. Jadi, kesusahan yang dialami
oleh anda dan orang lain dijadikan modal seboleh-bolehnya, dijadikan maskot,
untuk mendapatkan simpati. Apabila anda bersimpati terhadap diri anda dan orang
lain akibat persepsi yang ditaburi oleh manipulator supaya membenci atau
memusuhi sekelompok individu yang lain yang pada kiasannya memberi kelebihan
kepada manipulator itu sendiri, bukan disebabkan oleh faktor lain yang lebih
masuk akal, ia bermaksud anda sedang di-maskot-kan, seluruh hidup anda sedang
dijadikan maskot yang akan mengingatkan anda kepada manipulator, iaitu
manipulator yang memberi jaminan untuk kononnya mengubah hidup anda sekiranya
anda bersama-samanya.
Walhal, anda
tidak memerlukan manipulator itu kerana anda boleh menolong diri anda sendiri
supaya tidak mudah dipergunakan oleh manipulator yang sentiasa mengambil
kesempatan untuk mempergunakan setiap kekurangan yang anda miliki.
----
Ingat, pemimpin
yang baik ialah pemimpin yang bekerja keras untuk kebaikan semua orang. Bukan
pemimpin yang mahu anda menjadi alat (maskot) untuk mencapai kepentingan
cita-citanya semata-mata.
Pemimpin yang
baik juga ialah pemimpin yang mengajar nilai-nilai murni kepada
pengikut-pengikutnya supaya tidak melampaui batas dalam berkelakuan. Bukan
pemimpin yang mengajar pengikut-pengikutnya menjadi orang-orang yang melakukan
kerosakan dan membenci orang lain.
Lihatlah kelakuan
luar batas yang dilakukan dan pernah berlaku di luar sana, fikir sejenak,
adakah itu yang diajar oleh ketua-ketua mereka? Tidak mustahil anak-anak anda
juga akan berubah menjadi kurang ajar sekiranya dirasuk pemikiran mereka oleh
ketua-ketua seperti itu. Adakah anda mahu anak-anak anda nanti menjadi orang
yang kurang ajar akibat dirasuk pemikiran mereka oleh hasutan-hasutan
ketua-ketua seperti itu?
Ingat, pemimpin
yang baik ialah pemimpin yang mengajar pengikutnya menjadi manusia yang baik. Ia kerana sudah jelas mana yang baik dan mana yang buruk.
Pemimpin yang
tidak baik akan sentiasa mengharapkan maskot-maskotnya untuk menjadi alat
meraih simpati supaya dapat terus ‘hidup’ dalam periuk nasi politik. Tanpa
simpati, ia akan mati.
Maskot...
Perhatikan di sekeliling anda, lihat, apakah yang sedang
dijadikan maskot.
It is a mind game..
-STALKER-
.
politik..
ReplyDeleteSalam.. tumpang lalu
ReplyDeletehttp://semangkukcawan.blogspot.com/
blog tuan ada dalam link blog saya.
jemput singgah.
bas saya kena simbah cat
ReplyDeletekenderaan saya kena simbah cat
cat adalah maskot mereka..
saya suka catur, pawn selalu jd mangsa dikorbankan
hehe
Salam..
ReplyDeleteuntuk lebih mudah faham dengan maskot politik simpatisan, cuba tonton siri drama Leverage episod The San Lorenzo Job (season 3) di AXN. itu cuba sebahagian kecil politik simpatisan yang ditonjolkan. Leverage ialah siri 'art-of-conmen'.
drama hanya fiksyen, tapi taktikal di dalamnya bukan fiksyen.
: )
_WAQQAS