Nota pendek: Level - umum, biasa
“Jabatan Setiausaha
Pertahanan Amerika bersedia menawarkan pilihan ketenteraan kepada rakyat Syria
dan lain-lain dunia Arab bagi menamatkan kekacauan di rantau itu yang semakin
menjadi-jadi. Kita sedia berbuat demikian apabila mendapat persetujuan
(persetujuan mandat dunia melalui kempen perang?).” – Pegawai Kanan Polisi Ketenteraan Amerika, General Martin Dempsey.
-----
SETIAP situasi
tekanan atau krisis yang mendorong ke arah perang saudara di rantau Arab dan
dunia Islam kebanyakannya (bukan semua) direncanakan oleh dalang-dalang yang
bekerja untuk pihak gelap.
Dalang-dalang daripada pihak gelap itu pula melantik
proksi-proksi daripada kalangan mereka sendiri bagi menjayakan pelan terbesar
dalam sejarah manusia, ke arah New World
Order yang lebih fizikal. Proksi-proksi itu pula kebanyakkannya terdiri
daripada orang-orang yang mempunyai darah Yahudi Zionis, sebahagian pula
Yahadut Mizrah.
Matlamat asal ialah meletakkan semua negara yang tidak
sekepala dengan hawa nafsu Zionis supaya berada di bawah tapak kaki Zionis yang
menjanjikan kenikmati syurga dunia. Matlamat itu pula akan berusaha dicapai
melalui apa jua cara sama ada dengan cara War
Bucks Scheme (skim wang perang), Fire
Sale, demokrasi liberal atau sebagainya yang dijalankan dengan pelbagai
taktik sebusuk-busuknya melalui bantuan proksi-proksi untuk mencapai nikmat
sekular.
Demokrasi memang satu senjata yang hebat bagi membolehkan
Zionis mengheret umat manusia ke arah perpecahan, ia juga adalah antara senjata
pilihan awal. Melalui demokrasi, proksi-proksi mengikut rentak demokrasi itu
sendiri untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam sesebuah negara.
Apabila proksi gagal memperoleh kuasa melalui cara
demokrasi, maka para pengikut proksi itu pula akan diheret ke kancah huru-hara
untuk menggulingkan pemerintah sedia ada sebagaimana yang telah berlaku di
Libya. Huru-hara pula adalah senjata berikutnya. Setelah pemerintah itu berjaya
digulingkan oleh para pengikut yang dungu melalui episod huru-hara, keadaan
sebaliknya berlaku apabila keamanan masih gagal dikembalikan. Kesannya, keadaan
huru-hara berlarutan.
Dalam keadaan huru-hara, proksi masih tidak dapat menikmati
kuasa pemerintahan di negaranya walaupun pada pengikutnya telah berjaya
menggulingkan pemerintah terdahulu. Ia kerana kuasa pemerintahan di negara itu
bukan milik proksi itu
dan para dalang besar juga tidak pernah dijanjikan kuasa kepada proksi itu.
Dalam situasi
huru-hara berlarutan juga, PBB semestinya memantau rapat terhadap negara yang
bergolak itu melalui resolusi-resolusi yang mempunyai taring-taring tertentu.
Tempoh pemantauan ini menyebabkan negara bergolak itu disekat hak mereka untuk
menubuhkan kerajaan baharu buat beberapa tempoh sehingga keadaan diyakini
sedikit pulih. Oleh sebab itu, proksi yang bekerja untuk pihak gelap itu masih
belum dapat menikmati kuasa pemerintahan meskipun pemerintah terdahulu telah
digulingkan oleh para pengikutnya yang menuntut apa yang dikatakan sebagai
hak-hak mereka.
Jika kita
meneliti kebanyakan kes di negara-negara yang pernah bergolak atau berperang
saudara (sila rujuk perkembangan), kita akan dapat melihat dengan jelas lagi
terang bahawa pihak yang memberontak itu masih gagal melantik pemerintah dari
kalangan pemimpin mereka sendiri. Dalam keadaan itu juga, terselit
alasan-alasan yang dikeluarkan oleh PBB (akibat campur tangan Amerika) terhadap
keengganan mereka mengiktiraf para pemimpin kumpulan memberontak itu daripada
diangkat menjadi pemerintah.
Perkara yang
dapat dilihat di sini ialah, proksi yang menjalankan pemberontakan itu tidak
akan diangkat menjadi pemerintah, ia kerana PBB dan Amerika akan sentiasa
memberi alasan-alasan untuk tidak membenarkan keadaan itu terjadi. Proksi tidak
akan mendapat apa-apa habuan pun. Ia
kerana kuasa membuat keputusan itu bukan milik proksi, ia juga kerana proksi
itu sudah dijerat lebih awal supaya tunduk kepada tangan-tangan dalang dan
tuan-tuan mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah, akan ada individu lain
yang diangkat menjadi pemimpin berlandaskan alasan-alasan PBB dan Amerika juga
(sila rujuk kes krisis pentadbiran di Afghanistan yang sentiasa ada kontradiksi
dengan syarat-syarat Amerika).
Punca huru-hara
ialah satu sudut yang tidak wajar ditenung rapat. Sebaliknya, matlamat
huru-hara itu lebih wajar dilihat dengan sangat halus teliti. Huru-hara akan
menyebabkan rakyat jelata terkapai-kapai mengharapkan keadaan kembali pulih, ia
juga menyebabkan rakyat jelata tercungap-cungap mengharapkan ketua pemberontak
mereka diangkat menjadi pemerintah, namun keadaan yang berlaku adalah tidak
seperti yang diharapkan. Keadaan seperti itu memang terjadi dalam banyak kes.
Setiap negara
(kebanyakannya melibatkan negara-negara Islam dan negara Arab) yang tidak
sekepala dengan kehendak hawa nafsu Zionis dan Amerika terpaksa melalui saat
huru-hara, rakyat jelata di negara-negara terbabit akan diheret ke arah
huru-hara. Ia adalah untuk menjayakan dua pelan besar iaitu The Greater Israel State dan The Greater World State yang berpaksikan
nafsu-nafsi sekularisme. Kedua-dua pelan
besar itu perlu dijayakan walau dengan apa cara sekali pun.
Tidak ada sebuah
negara orang Islam pun yang akan terselamat daripada angkara kerja jahat kaum
kafir, ia kerana Rasulullah telah mengkhabarkan semua itu pada lebih 1,400
tahun yang lalu.
“Dari Anas bin Malik, beliau mendengar Rasulullah bersabda : Tidak ada satu negeri pun (tempat-tempat
orang Islam) yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang
setiap pintu gerbangnya ada malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah (diperintahkan
Allah untuk) menggoncang penghuninya tiga kali (seperti gempa bumi), sehingga,
Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan munafik (yang menyusup di kedua-dua kota suci itu pada waktu
pembersihan dan pembezaan).” – (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam memahami maksud hadis itu, kita selalunya lebih
memberi penekanan terhadap ayat pertama yang memberi jaminan keselamatan umat
Islam yang berada di Mekah dan Madinah, namun kebanyakan kita gagal memahami
maksud ayat kedua yang ditandakan merah sebagaimana petikan hadis di atas.
Ayat kedua dalam hadis itu menyebut: “Kemudian Madinah menggoncang penghuninya tiga kali, sehingga, Allah
mengeluarkan seluruh orang kafir dan
munafik.” Ayat kedua ini memberi
maksud supaya kita berhati-hati dengan dua golongan itu (kafir dan munafik)
yang hidup di celah-celah kamu semua
(umat Islam). Ayat kedua dalam hadis ini juga memberi pengetahuan ilmu perang dan
pertahanan yang sangat berguna.
Kita ambil ayat itu sebagai panduan untuk memahami keadaan yang
berlaku di seluruh dunia Islam. Musuh tidak akan dapat menembusi kekuatan benteng
pertahanan mana-mana negara sekalipun sekiranya mereka tidak mempunyai maklumat
risikan pihak dalaman di kubu pihak yang hendak diserang. Musuh melalui rangka
strategi semestinya melantik beberapa perisik untuk mendapatkan maklumat yang
cukup sebelum melakukan serangan terhadap kubu.
Jadi, perisik yang dilantik itu adalah dari kalangan pihak
musuh itu sendiri yang hidup bersama di celah-celah masyarakat yang hendak di
serang. Jika musuh itu kafir, maka perisik itu juga dari kalangan mereka yang
kafir. Perisik itu hidup seolah-olah seorang Islam di celah-celah umat Islam
supaya mendapat kepercayaan orang Islam, walhal dia tidak Islam, malah munafik.
Oleh itu, perisik itu boleh dikatakan sebagai proksi yang dilantik musuh dalam
konteks ini.
Perisik dan proksi itu adalah taktik yang biasa diguna pakai
oleh setiap kerajaan atau tamadun dalam usaha meruntuhkan negara-negara musuh
demi mengukuhkan kedudukan masing-masing. Ia adalah ilmu perang dan pertahanan yang telah diamalkan sejak beribu
tahun yang lalu.
Jika dilihat dalam kekacauan yang berlaku di negara-negara
Islam, maka ia sememangnya ada proksi yang bertindak mencetuskan huru-hara
selepas mendapat arahan tuan-tuan mereka. Proksi-proksi itu juga bersepah wujud
di setiap negara Islam yang mahu diruntuhkan, ia termasuk di kota Mekah dan Madinah.
Dalam konteks huru-hara yang tercetus atau yang bakal
tercetus, kewujudan proksi yang bekerja untuk tuan-tuan mereka adalah suatu
perkara yang tidak dapat ditolak. Huru-hara atau pertelingkahan ideologi adalah
perkara terpenting bagi mewujudkan kelemahan sesuatu pihak. Sama juga seperti
golongan munafik yang mencipta Syiah bertopengkan kecintaan terhadap Ahlul Bait
untuk memecahkan perpaduan umat Islam.
Tugas-tugas proksi antaranya ialah untuk mencipta peluang
kepada tuan-tuan mereka supaya dapat menyusun langkah seterusnya. Peluang kedua
selepas gagal mendapatkan kuasa melalui demokrasi pula ialah huru-hara untuk
menggulingkan pemerintah yang dijayakan melalui jalan yang tidak demokratik.
Proksi-proksi pula mengasuh minda para pengikut supaya menuntut apa yang
dikatakan sebagai hak-hak mereka yang dicanang melalui pelbagai slogan rakyat
yang menyemarakkan semangat radikal yang penuh jiwa rebel ke arah kehancuran,
slogan-slogan yang menyemarakkan fight
for your rights.
Pada masa yang
sama apabila semua pihak mula menuntut hak-hak mereka, maka perlahan-lahan
manusia menuju ke arah liberalisme dan kemudian sekularisme. Untuk menjayakan
sekularisme, maka liberalisme harus dijayakan terlebih dahulu.
Apabila semua
pihak menuntut hak-hak mereka, maka golongan yang tidak sepatutnya juga akan
bersama-sama menuntut hak-hak mereka walaupun bertentangan dengan agama. Jika
hak itu tidak dipenuhi, maka mereka akan mempersoalkan pula mengapa mereka
tidak mendapat hak-hak mereka sedangkan setiap orang djanjikan hak sama rata. Demi
hak yang dituntut, maka perintah agama akan ditolak ke tepi atas nama hak sama
rata, perlahan-lahan terjadilah sekularisme. Dengan sendirinya, dunia menuju ke
arah Novus
Ordo Seclorum tanpa perlu dipaksa-paksa lagi.
-----
Rangka kerja Zionis untuk mendirikan The Greater Israel State semakin menampakkan hasil. Pertama langkah
yang diambil di dunia Islam, mereka bersama golongan munafik (proksi) telah mencipta
Syiah sejak lebih seribu tahun lalu. Kesannya, wujudlah golongan Syiah di dunia
Arab. Akibatnya, umat Islam berselisih dengan golongan Syiah dan terjadilah
huru-hara di dunia Arab dan beberapa tempat lain di dunia Islam. Apabila
berlaku huru-hara, mereka menawarkan apa yang dikatakan sebagai penyelesaian.
Sebaliknya, ada taring yang tersembunyi dalam senyuman yang diberikan semasa
penyelesaian itu ditawarkan.
Maka tidak hairanlah jika Martin Dempsey menawarkan penyelesaian terhadap krisis yang berlaku
di Syria .
Jerat yang dipasang sejak lebih seribu tahun lalu sudah mula membuahkan hasil,
menjadi mangsa ialah umat Islam yang bersengketa dengan golongan Syiah. Dalam suara garang Iran beraksi wira menyembur
Israel, tidak pernah sebutir bom pun dihantar Iran ke bumi haram Israel.
Permusuhan yang diwayangkan dengan skrip-skrip dan plot-plot mendebarkan melibatkan
Mossad dan sebagainya untuk membiarkan kamu semua terbuai dalam kelekaan minda
sintetik.
“Daripada Abi Bakr al-Siddiq, beliau mendengar Rasulullah bersabda: "Dajjal (bersama
70,000 pengikut) akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan (Parsi,
Iran).” – (Hadis Riwayat at-Tirmizi).
Itu dari segi
huru-hara antara golongan Syiah dengan umat Islam di rantau sebelah sana. Di
lain-lain negara Islam pula, huru-hara tetap direncanakan melalui senjata yang
lain pula, senjata yang menjanjikan hak sama rata, senjata yang menjanjikan
kesenangan hidup (bagaikan hidup di syurga) tanpa perlu lagi untuk bersusah
payah, senjata yang menjanjikan kekuasaan melalui hak-hak yang berorientasikan
kemanusiaan, semua itu adalah senjata
yang bertujuan bagi mewujudkan perselisihan.
Apabila ada yang
tidak bersetuju dengan hak-hak yang diperjuangkan sebilangan orang itu, maka
wujudlah persengketaan. Kesannya, huru-hara tercipta sehingga keamanan tumbang
bagi mendirikan pemerintahan baharu yang menyokong hak-hak itu semua.
Jika semua tidak
bersengketa atas sebab semua bersetuju untuk menjalankan hak-hak itu semua,
maka lebih cepatlah manusia itu memeluk agama orde baharu dunia iaitu agama sekularisme.
Dalam apa keadaan sekalipun, sekularisme akan mencapai matlamatnya di bawah
panji hawa nafsu para sekularis Yahudi dan Nasrani. Matlamat itu boleh
diranapkan sekiranya umat Islam bersatu hati menolak perpecahan dalam
pengertian bersatu padu yang sebenar-benarnya.
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali
akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka.
Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang
benar”. Dan demi
sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya
(wahyu) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan
peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi
pertolongan kepada mu.” – (Quran, al-Baqarah: 120)
Jadi, sudah
fahamkah kamu semua mengenai kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani? Sudah
fahamkah mengenai apa yang mereka inginkan? Sudah fahamkah mengenai apa yang
bersembunyi di sebalik slogan-slogan yang diperjuangkan? Slogan itu semua adalah
bahan-bahan sintetik yang disuntik ke dalam minda manusia. Maka, perjuangan itu
pula menjadi perjuangan yang sintetik penuh tipu daya dan sebagai hiburan untuk
sekularis Yahudi dan Nasrani semata-mata.
Manusia yang
dungu akalnya dijadikan zombie-zombie dalam filem fiksyen rekaan yang
diwayangkan untuk hiburan mereka. Mereka bertepuk tangan apabila melihat ‘zombie’
dan manusia bersengketa, terhibur mereka apabila melihat lebih ramai bertukar menjadi
zombie akibat digigit oleh zombie-zombie yang lain. Apabila semua zombie
terpinga-pinga kerana semua manusia sudah menjadi zombie, maka keluarlah mereka
iaitu para sekularis Yahudi dan Nasrani untuk menjadi orang paling cerdik untuk
memimpin sekalian zombie yang sudah dungu kehilangan akalnya.
-----
Dalam pelan besar
The Greater Israel State, sebahagian Arab
Saudi (yang mana sempadannya tidak begitu jauh daripada kota Mekah) adalah termasuk
dalam tanah ‘rizab’ The Greater Israel
State.
Kota Madinah termasuk dalam pelan rizab itu. Sempadan pelan itu pula itu sangat
hampir dengan kota Mekah.
Fahamkan kembali
hadis ini:
“Dari Anas bin Malik, beliau mendengar Rasulullah bersabda : Tidak ada satu negeri pun (tempat-tempat
orang Islam) yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah yang setiap pintu gerbangnya ada
malaikat-malaikat yang berbaris menjaganya. Kemudian Madinah (diperintahkan Allah untuk) menggoncang penghuninya tiga
kali (seperti gempa bumi), sehingga, Allah mengeluarkan seluruh orang kafir dan
munafik (yang menyusup di kedua-dua kota suci itu pada waktu pembersihan dan
pembezaan).” – (Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Jika ada manusia di dua buah kota itu yang melaungkan slogan dan motif demokrasi yang menjadi senjata perpecahan umat manusia serta menggalakkan pemberontakan (bughah) terhadap pemerintah atas nama demokrasi liberal, maka wajarlah Arab Saudi berasa curiga dan mengambil apa sahaja tindakan.
Dan jika bumi Madinah bergoncang pada ketika slogan bermotif demokrasi hak sama rata itu dilaungkan, sudah pasti para pendukung demokrasi itu bertempiaran lari meninggalkan Madinah kerana ketakutan.
----
Sesungguhnya, akhir
zaman itu adalah zaman yang penuh dengan kejadian huru-hara.
Janganlah kamu
menjadi orang-orang yang mencipta, memulakan dan melakukan huru-hara.
Their mission is to occupy
Islamic states
-UMAT TERAKHIR-
.
Salam saudaraku sekalian
ReplyDeleteMohonlah kepada ALLAH untuk diberi kemampuan membezakan kebenaran dan kebatilan.
Mohonlah kepada ALLAH untuk diberi kekuatan memilih kebenaran dan menolak kebatilan.
Yang pertama hidayah yang kedua taufik. Tanpa keduanya dimanakah kita?
Sirih
TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA PENULIS. Cantik cara huraian yang diketengahkan, apa yang bakal menjadi perbahasan ialah siapakah sebenarnya Dajjal. Adakah kita telah termasuk mereka yang telah ditawan oleh Dajjal. Kupasan ini tidak ketengahkan huraian mendalam tetapi mencukupi untuk memberi ruang kepada pembaca supaya terus berfikir berfikir. Apa pun tahniah kepada penulis.
ReplyDelete-a-