21 May 2016

Assalamu-alaikum: Wahai jiwa-jiwa yang tenang

Bismillah-Ar Rahman-Ar Raheem.


SEBELUM Dia menterbalikkan kota Sadum dengan hujan azab kemurkaan, Dia terlebih dahulu mengutuskan Luth. Dia tidak segera menghujankan azab seksaan dunia melainkan memberi peringatan terlebih dahulu.

Maha Suci Allah. Itulah bukti kasih sayang Allah kepada para hamba-Nya.

Ar-Rahman.

Ya, itulah bukti kasih sayang Allah kepada para hamba-Nya. Allah tidak berlaku zalim. Dia tidak terus menghukum, melainkan hukuman itu dijalankan selepas mereka itu diberi peringatan supaya kembali kepada fitrah penciptaan manusia, Luth itulah manusia yang membawa wahyu peringatan daripada Allah. Itulah Nabi yang sezaman Nabi Ibrahim.

Namun, mereka ingkar dan tetap mahu derhaka. Mereka memilih untuk meneruskan kerja jahat yang mereka berasa sangat bernafsu ketika melakukannya. Berkali-kali mereka menafikan Luth, berkali-kali jugalah mereka memilih untuk derhaka selepas diberi peluang membuat pilihan.

Pilih. Kembali ke pangkuan kehendak diciptakan, atau kekal melakukan tanpa mempedulikan peringatan.  

Mereka melakukan perbuatan keji yang merosakkan seluruh keturunan manusia, kesalahan mereka sangat dahsyat. Tetapi, mereka masih diberi peluang dan tidak terus dihukum. Itulah bukti kasih sayang Allah kepada para hamba-Nya. Maha Suci Allah. Segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar. Ar-Rahman.

Lihat. Betapa Allah menyayangi manusia. Dia tidak berlaku zalim kepada para hamba-Nya. Mereka memilih menzalimi diri mereka sendiri selepas Dia telah memberi peringatan dan panduan kepada mereka dengan mengutuskan Luth. Sesudah mereka ingkar dan terus leka, barulah mereka dihukum azab dunia yang tidak mampu kita bayangkan. Itu azab dunia.

Kalau di Neraka, luluh jiwa ini untuk membayangkan betapa dahsyat azab seksa neraka. Menangis air mata, amat takut kepada pedih azab seksa yang diciptakan di sana. Junjungan besar, Nabi Muhammad yang dijanjikan Syurga juga pengsan ketika diberitahu Jibril bahawa ada dalam kalangan umatnya yang  akan menghuni Neraka.

Menangis lagi air mata ini, amat takut kalau aku juga menjadi seorang daripada mereka yang tergolong ‘dalam kalangan umatnya’. Jika yang mengulangi dosa kaum Luth, dia tidak mengaku sebagai umatnya. Maka, yang dari kalangan ‘dalam kalangan umatnya’ itu pula ialah orang-orang yang tidak melakukan kesalahan kaum Luth. Menangislah, menangislah..berdoalah agar kita bukan dari kalangan umatnya yang dilempar ke Neraka.

Ya, kita juga sudah diberi peringatan. Muhammad telah memberikan peringatan itu kepada kita. Peringatan supaya mengakui kekuasaan, kebesaran, kesucian dan kasih sayang-Nya dengan mengakui bahawa Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu seorang hamba dan pesuruh-Nya.
Maka dalam enam rukun iman yang membimbing pengakuan itu, aku dan kamu semua wajib percaya bahawa dunia ini tidak akan kekal buat selama-lamanya.

Sejak Big Bang meletus, terciptalah segala-gala yang telah Dia tuliskan di dalam Qadak dan Qadar. Lahirlah di ruang Mater Gelap itu makhluk-makhluk perkasa yang dinamakan bintang-bintang. Tersebar luas penciptaan mereka itu di setiap padang dan simpang-simpang luasnya angkasaraya. Ada daripada bintang-bintang itu tersangat besar jasadnya seperti dibandingkan antara sang gajah dengan sang kuman. Ada pula bintang-bintang yang tidak besar seperti Matahari.

Ya, Matahari yang dapat dilihat di Bumi yang menjadi tempat kita mensujudkan jasad kita. Matahari itulah yang dimaksudkan, mungkin sebesar kuman kalau dibandingkan dengan bintang-bintang super. Ia bukanlah besar kalau dibandingkan dengan bintang-bintang super seperti Alderbaraan dan yang lebih besar daripada itu, dan diikuti yang jauh lebih besar dan lagi dan lagi besar. Maka bintang yang paling besar itu pula tidak lebih besar daripada Pencipta yang menciptakan ia.

Entah tidak ada manusia yang betul-betul pasti mengenai jawapan kepada soalan sudah berapa juta tahun-kah usia alam raya ini sejak Big Bang mengegar melepaskan sinaran radio, gelombang mikro, debu-debu kosmik, sinar gamma, hydrogen alfa dan meniupkan nyawa kepada jasad-jasad cakerawala dengan kekuasaan-Nya.

Bintang-bintang super itu sangat panas, membakar membebaskan gas-gas kosmos ke segenap Mater Gelap. Tiada satu jasad di ruang cakerawala yang terselamat daripada sinaran berbahaya. Begitu juga dengan Matahari, membebaskan haba dan gas-gas serta gelombang-gelombang berbahaya ke seluruh jasad-jasad cakerawala yang berjemaah di sekitarnya.

Marikh tandus kontang dibadai gelombang dan sinar radioaktif yang dilepaskan Matahari. Titan pula menghujankan cecair logam ke permukaan darat, laut dan sungai-sungainya.  Jupiter pula membadai ribut super di segenap ruang yang tidak ada permukaan. Tidak ada satu pun dalam kalangan jasad-jasad itu yang diberi kelebihan menepis dan menapis segala bahaya dari alam semesta, kecuali hanya kepada sebuah jasad yang diberi kasih sayang istimewa, Bumi.

Bintang-bintang utama ditugaskan menerangi jasad-jasad yang ada di sekitar sekeliling mereka. Planet-planet berputar mengikut ketetapan masing-masing, begitu juga bintang-bintang utama, sama-sama taat berputar mengikut ketetapan yang telah ditetapkan-Nya. Mereka, iaitu bintang-bintang itu dan jasad-jasad cakerawala, berputar taat mengikut perintah-Nya.

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai Pemerintahan Hari Pembalasan.” - (Quran, Al-Fatihah: 1-4)

Hari Pembalasan. Ya, sudah ingat semula kepada salah satu daripada enam rukun yang menegakkan keimanan kita kepada Allah? Bahawa dunia ini tidak selama-lamanya kekal. Ya, mengakui rukun yang itu pada sepanjang hayat manusia bagi membawa kita kepada hakikat penciptaan, iaitu untuk menyembah-Nya sebagai khalifah di muka Bumi.

Planet-planet, bintang-bintang super (baca; matahari-matahari) dan galaksi-galaksi mega yang sudah hidup entah berapa billion tahun itu pun tidak hidup selama-lamanya. Tiba Hari Kemusnahan, habislah mereka, mereka tetap akan mati, bersama…..umat manusia. Ya, yang diciptakan sejak berbilion tahun silam itu tidak kekal kerana ia bukan diciptakan untuk selama-lamanya ada. Berbilion tahun itu bukan kekal, bukan selama-lamanya.

Maka, hakikat selama-lamanya itu tidak seperti billion-bilion tahun. Sudah tidak ada bilangan tahun untuk menzahirkan hakikat selama-lamanya. Ya, selama-lamanya.

Panasnya matahari itu masih di ‘dunia’. Panasnya bintang-bintang super itu juga masih dalam ruang maksud ’dunia’. Kerana apa disebut masih kategori panas dunia, kerana mereka juga akan binasa bersama Bumi yang diberi ‘dunia’. Ya, itu semua baru kategori dunia. Jadi, panas itu cuma panas dunia. Bukan seperti azab panas Neraka yang berganda-ganda jauh lebih tersangat panas daripada panasnya bintang-bintang dunia.

Kembalilah kepada peringatan.

“Engkau sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami meminta pertolongan. Tunjuklah kepada kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang telah Engkau murka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”(Quran, Al-Fatihah; 5-7)

Peringatan yang juga kepada orang-orang yang mengakui Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah, dan, Muhammad itu hamba dan pesuruh-Nya. “Engkau sahaja yang kami sembah… dan kepada Engkau sahaja kami meminta pertolongan.”-  (Quran, Al-Fatihah; 5).

Mohonlah supaya diberi pertolongan, ditunjukkan jalan yang lurus, laluan mudah tanpa lencongan lagi tidak sesat. Menangislah walau sekali tatkala memohon doa itu dalam tiap rakaat, Dia tidak pernah menghampakan mensia-siakan para hamba-Nya;

“…..Semua ini untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta.”(Riwayat Muslim).

Bermohonlah…

Maha Suci Allah. Dia amat menyayangi kita. Diwajibkan kita menyebut seluruh al-Fatihah ketika berdiri sebelum rukuk dan sujud kepada-Nya. Sedangkan sujud itu jaraknya sangat dekat dengan Allah dan sujud yang terakhir itu pula dibolehkan kita berdoa. Dia amat menyayangi kita, Dia memberi ruang kepada kita untuk berdoa memohon dan mengadu kepada-Nya.

“…..Semua ini untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta.” Jawapan diberikan Allah tatkala kita menyudahkan al-Fatihah.

Saudara-saudari, Allah menyayangi hamba-hamba-Nya. Dirikanlah solat dan bermohonlah agar kita tidak terkecuali daripada mendapat keredhaan-Nya.

Kasih-sayang Allah itu sangat besar, Dia sentiasa memberi peluang kepada manusia untuk kembali kepada jalan-Nya yang lurus. Dia memberikan petunjuk, yang kadang kala berupa petanda dalam bentuk bencana bala atau kepayahan hidup, supaya kita tidak melakukan perkara yang lebih buruk.

Dia tidak memberi nikmat sakit kepada hamba-Nya dengan sia-sia melainkan untuk menghapus dosa, supaya diri manusia itu suci bersih dapat masuk ke Syurga, selama-lamanya. Dia tidak memberi nikmat kemiskinan kepada hamba-Nya dengan sia-sia melainkan untuk tidak menjadikan hamba-Nya itu bersenang-senang sehingga lupa beribadat kepada-Nya. Dia tidak memberi nikmat kecacatan kepada hamba-Nya dengan sia-sia melainkan untuk memberi nikmat Syurga selama-lamanya kepada hamba-Nya. Tetapi segala hakikat nikmat kesakitan, kemiskinan, kecacatan, kecantikan dan kekuatan yang diberikan kepada hamba itu akan menjadi sia-sia apabila berpaling derhaka melupakan-Nya.

Dia sangat menyayangi hamba-hamba-Nya, Dia tidak pernah membiarkan hamba-Nya tanpa pertolongan meskipun hamba itu tidak mengetahui bahawa Dia sentiasa dekat, memang itulah hakikatnya apabila kita benar-benar menemui kasih-sayang Allah, kasih-sayang yang sebenar.
Sujudlah. Sesungguhnya, Dia sentiasa dekat.

Sangat dekat.

- SCRIPTMASTER -

-----

Apa macam? Senak dan semakin senak melihat ‘dunia’ sejak beberapa tahun ini? Sudah puas memerhati? Belum sedar diri lagi? Nak enjoy joli katak lagi? Tak mahu berhenti sekejap untuk buat pilihan sekali lagi? Sekarang pilih, finish the job undone atau… buntu dalam kekeliruan membuat pilihan.

- BLACKSMITH -

-----

Terlalu banyak episod berbeza dalam politik Malaysia. UMNO menang PRU-13, PAS bercerai dengan DAP, roleplayers DAP yang kena buang PAS tubuhkan PAN, 1MDB, duit RM2.6 bilion, pemulauan bekas TPM, penguguran jawatan bekas-bekas MB, uuuuuhhhhh banyak sungguh.

Banyak sungguh yang badut, sadistik, sarkastik berlaku sejak hal politik diserahkan semula kepada sistem. Golongan yang memerintah sistem itu pula sama-sama badut. Sungguh seronok menonton semua ini sambil meneguk kopi bercampur susu badam dan mengunyah popcorn tanpa perlu bersusah payah menyusun jalan cerita. Segalanya diserahkan semula kepada sistem, buat apa untuk kami masuk campur lagi. Tapi, cerita ini memerlukan pengarahnya kembali.

Ah, ia kerana episod yang mengisi slot babak dalam sistem itu benar-benar sedang berada pada babak yang sudah dijangka akan disambung mengikut kehendak pengarah. Memang sambungan skrip yang sedang berada di tangan pengarah, akan disambung semula pada babak sistem yang sedang berlangsung ketika ini. Sudah terlalu lama kami menunggu babak ini.

Babak jangkaan (expected scene) yang dinati-nantikan, sudahpun disusuli dengan babak designed. Sudah ada yang memanggilnya sebagai The Grand Design

We mean no harm, we come in peace.

- STALKER -

----

Dear our side role-players, let's again blow your trumpet, trombones, altos & tenors to the beat of our own ska.


- UMAT TERAKHIR -

2 comments:

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.