PADA sejak sekitar 1960-an dan masih sehingga sekarang, para pengiklan di Eropah dan Amerika menggunakan wanita seksi untuk menarik minat orang ramai supaya memberi seminit dua untuk melihat atau menjeling-jeling ke arah poster barangan yang mahu dijual.
Walaupun, katakan, pengiklan mahu menjual motosikal, tetapi imej wanita seksi itu sebenarnya lebih menonjol daripada imej motosikal. Begitu juga dengan poster iklan kereta ataupun minyak pelincir kenderaan sekalipun, imej wanita seksi seringkali digunakan untuk menarik perhatian.
Walhal, langsung tiada kaitan antara minyak pelincir enjin dengan wanita seksi. Begitu juga langsung tiada kaitan antara tayar kenderaan dengan wanita berbikini.
Namun begitu, taktik iklan sedemikian seringkali digunakan sehingga kepada autoshow sekalipun wanita-wanita berpakaian dan bertubuh seksi kerap digunakan untuk menarik kehadiran orang ramai.
Bagaimanapun, kamu tentu sekali langsung tidak sedar bahawa taktik iklan sedemikian juga menjadi salah satu ‘classic touch’ dalam rangka kerja ‘art of con’.
--
Itu kalau kita lihat iklan-iklan yang menampilkan wanita seksi. Dalam keadaan yang lain pula, kita boleh lihat cara orang ‘jual ubat’ di pasar malam. Ia menggunakan cara yang hampir sama.
Katakan, ada orang membuat pertunjukan bermain ular di pasar malam. Pemain ular mengeluarkan ular telung selar (king cobra) dan bermain-main sebelum mencium kepala ular itu. Kemudian dia keluarkan pula ular kapak (viper) dan melakukan perkara yang sama.
Di akhir pertunjukan, dia kata, sesiapa yang mahu beli ubat sakit urat dan minyak angin boleh bayar $10 sebotol atau $15 untuk dua botol.
Pernah saya usik dan ‘jentik’ seorang pemain ular di sebuah pasar malam, saya tanya: “eh, ubat sakit urat? ubat tahan bisa ular atau penawar bisa ular tak ada jual ke? Ular tu tak jual ke?”
Pemain ular itu jawab: “tak ada, biasanya kalau kena patuk ular kena hantar hospital, takkan itu pun tak tahu? Ular ni saya tak jual bang, kalau abang nak, saya boleh tolong tangkap, berani ke nak pegang tedung selar ni?”.
Sempat pula dia mengherdik saya. Tapi tak mengapa, itu tandanya dia dah terasa kena ‘jentik’.
Apa yang saya maksudkan dan cuba buat pengunjung di pasar malam itu faham ialah, pemain ular itu sebenarnya menjual barang yang langsung tidak ada kaitan dengan ular berbisa yang dia tunjukkan kepada orang ramai di pasar malam. Dia menjual minyak sakit urat dan minyak angin, dia tidak jual ubat tahan sakit atau penawar bagi merawat bisa ular.
Kalau dia menjadikan ular sebagai bahan ‘iklan’ maka sudah tentu secara tegasnya dia mahu menjual barangan yang berkaitan dengan ular. Tapi, dia menjual minyak sakit urat.
Dalam keadaan ini, tujuan ular itu digunakan adalah sama sahaja dengan pengiklan tadi menggunakan wanita seksi sebagai tarikan.
Pengiklan itu pun tidak jual barangan wanita, tidak, pengiklan itu tidak jual bikini, tetapi sebenarnya mahu jual tayar kereta atau minyak pelincir enjin kenderaan. Nampak? Apa yang kamu semua nampak?
--
Eye & Ear Catching
Apa yang dimaksudkan dengan eye catching dan ear catching? Ia membawa maksud, kamu teringin untuk melihatnya dan teringin untuk mendengarnya.
Imej wanita seksi digunakan dalam poster iklan supaya kamu membazirkan seminit dua untuk melihat imej itu. Malah, ada pula yang hanya melihat imej yang seksi itu dan langsung tidak lihat kepada gambar tayar yang ingin dijual oleh pengiklan.
Tapi sekurang-kurangnya kamu menjeling sedikit dan nampak jenama tayar di dalam poster iklan, itu pun sudah memadai kepada pengiklan. Walhal, kalau kamu pergi ke kedai tayar, memang tidak ada pun wanita berbikini yang membantu kamu memilih tayar yang sesuai dengan kereta kamu, melainkan kamu hanya akan dibantu oleh tyreman yang penuh kesan minyak hitam di tangannya. Tiada kaitan pun antara imej wanita seksi itu dengan tayar.
Dalam rangka kerja con artist, mereka akan menggunakan kaedah ini untuk menarik perhatian kamu semua. Bukanlah bermaksud mereka menggunakan wanita seksi atau ular untuk menjadikan anda berminat terhadap perkataan-perkataan mereka, bukan begitu.
Sebagaimana yang sudah diberitahu sebelum ini, con artist tidak mencuri dengan cara mengambil gula-gula dan memasukkan ke dalam poket sebelum melarikan diri. Con artist mencuri melalui cara yang penuh berseni.
Bagai orang menjual ubat, mereka (con-artist) akan mengkhabarkan perkara yang baik-baik mengenai ubat itu. Penjual ubat yang tidak jujur akan sentiasa mengelak daripada menceritakan mengenai kesan sampingan (side effects) daripada pengambilan ubat itu tadi.
Bahkan, ubat daripada herba semula jadi juga akan mendatangkan kesan sampingan sekiranya ia tidak sesuai dengan kondisi tubuh. Pengambilan ubatan herba yang tidak sesuai juga akan mengakibatkan cirit-birit atau demam kalau tidak sesuai dengan kondisi tubuh.
Namun, penjual ubat yang tidak jujur akan selalu berkata bahawa pengambilan ubatan herba tidak akan mendatangkan kesan sampingan kerana ia adalah bahan semulajadi. Itu adalah satu pembohongan.
Jadi, con artist juga sama sahaja seperti penjual ubat dalam keadaan tertentu. Ubat yang bagaimana? Kamu harus faham mengenai ubat yang bagaimana dan untuk jenis penyakit yang bagaimana.
--
Kita mengambil topik ini kerana kamu harus sedar bahawa musuh kamu telah bermain con play sejak sekian lama. Malang sekali ialah kamu langsung tidak pernah berusaha untuk sedar atau sekurang-kurangnya mengupas sendiri setiap perkara yang berlaku melalui kaca mata seorang penjenayah. Akibat itu, kamu sentiasa menjadi mangsa jenayah.
Penjenayah lebih mengenali mangsa-mangsanya pada ketika mangsa-mangsanya berada dalam keadaan naif (boleh dikatakan sebagai lurus bendul dan malas memeriksa dengan teliti) sehingga lalai serta tidak mengenali profil sang penjenayah.
Juga, kamu harus sedar bahawa penjenayah itu tampil dalam pelbagai rupa. Lebih buruk, con artist mampu tampil dalam keadaan rupa yang lebih banyak. Mereka sentiasa mencipta peluang. Malah berupaya mencipta masalah untuk menjadikan para mangsa tertekan sebelum menawarkan jalan penyelesaian, ia juga biasa dilakukan scammers.
“Make them believe that candy is the only remedy.”
Selepas kamu tidak mampu lagi memikirkan jalan keluar terhadap masalah yang mereka gembar-gemburkan, maka mereka akan menawarkan jalan keluar atau ‘ubat’ kepada kamu.
Kamu tanpa usul periksa kerana malas serta mahu kepada penyelesaian mudah yang segera, maka kamu dengan rela hati akan mengatakan gula-gula yang mereka berikan itu sebagai penawar kepada masalah sehingga akhirnya menganggung derita ‘diabetis’ dan seterusnya terpaksa ‘potong kaki’.
--
The Con Men of The Pillars
Seorang sahabat sejak lama dulu telah membuat tekaan, Amerika tidak akan menyerang pihak ketenteraan Syria mahupun menangkap Basyar al-Assad. Samalah juga tidak pernah menarik picu (pull the trigger) pun untuk menyerang Iran. Andai Basyar dan bala tenteranya diserang secara ‘betul-betul’ iaitu bukan olok-olok, sudah pasti Iran tidak akan duduk diam. Maka sudah pasti golongan Sunni di Syria akan dibantai lebih teruk.
Amerika menawarkan jalan keluar kepada rakyat Syria yang sedang hidup tertekan akibat sengketa dalaman dengan cara mahu menyerang ketenteraan Basyar. Itulah jalan keluar yang ditawarkan, itulah ‘ubat’ yang cuba ditawarkan.
Melalui maklumat yang diterima sejak sengketa di Syria bermula, Amerika dan sekutu (bukan arahan secara langsung dari kerajaan Amerika, tetapi daripada agenda The Pillars yang berpangkalan di Amerika) telah menjalankan gerakan kebangkitan dalam kalangan rakyat Syria untuk menentang pemerintahan Basyar yang melampau. Dalam keadaan ini, sesiapa sahaja akan beranggapan pihak-pihak tertentu dari Amerika dan sekutu sebagai pihak yang mahu membantu.
Pada waktu yang sama, rakan kita dari London secara senyap berangkat ke Syria untuk menyekat agenda pihak luar yang cuba meniup semangat rakyat Syria supaya memberontak terhadap Basyar. Apabila rakan kita berbuat demikian, sudah tentulah rakan kita itu akan dituduh sebagai orang yang menyokong Basyar, walhal ia tidak seperti itu.
Akibatnya, rakan kita itu diusir selepas diugut untuk dicederakan, malah diugut bunuh. Dalam keadaan seperti itu, memang sudah pasti pihak dari Amerika itu dianggap sebagai pihak baik yang mahu membantu rakyat Syria menentang Basyar. Mereka (pihak The Pillars) menawarkan jalan keluar daripada cengkaman Basyar, jalan keluar atau ‘ubat’ itu ialah revolusi kebangkitan.
Rakyat Syria yang tertekan itu sebenarnya tidak bersalah meskipun mereka mengugut untuk membunuh rakan kita. Mereka sebenarnya telah dikelirukan oleh perkataan-perkataan manis yang diucapkan daripada mulut anggota The Pillars. Kononnya, kegemilangan akan dirasai rakyat Syria selepas menggulingkan al-Assad dengan tangan mereka sendiri.
Peluang yang dicipta oleh The Pillars di Syria adalah ‘classic’. Pillars berjaya mencipta imej yang bersih dan pro-rakyat Syria. Tetapi dalam keadaan lain, mereka sebenarnya mencipta ‘tali gantung’ untuk rakyat Syria. Pillars tahu, rakyat Syria tidak akan mampu menggulingkan Assad sebagaimana rakyat Libya menangkap dan menembak mati Gaddafi menggunakan pistol yang Pillars berikan.
Apabila rakyat Syria mula tertekan kerana peluang untuk berjaya sudah semakin tipis dan ramai pula yang terkorban - atau dalam konteks ini ‘ubat yang diberikan tidak mujarab’- maka sudah pasti ia akan memaksa kuasa dunia (siapa lagi kalau bukan Amerika) untuk masuk campur. Ini semua orang tahu.
Perlu difahami ialah The Pillars juga adalah pihak yang mempunyai kuasa penentu dalam setiap pilihanraya presiden di Amerika. Setiap parti politik di Amerika akan sentiasa cuba melobi sokongan The Pillars. Namun, The Pillars tidak begitu gembira dengan Obama kerana masih teragak-agak mahu menyerang Basyar. Pun begitu, itu bukan masalah besar.
Bukan masalah besar kerana lagi lama waktu yang diambil oleh Amerika untuk membuat keputusan sama ada mahu menyerang Assad atau tidak, ia sebenarnya memberi lebih banyak masa untuk Assad memusnahkan golongan Sunni di Syria.
Head or tail, The Pillars will always win.
Dan apabila tempoh mandat ke-presiden-an Obama telah tamat bagi penggal kedua ini, sudah pasti The Pillars mempunyai rancangan teliti untuk memastikan kemenangan bagi calon presiden seterusnya yang lebih mesra Israel dan Yahudi Sekular Zionis. Sesudah presiden baharu itu nanti menggantikan Obama pada penggal berikutnya, Syria akan tetap digempur, namun adakah Assad yang menjadi sasaran atau sekadar alasan?
Sudah nampak sikit? Assad itu umpama wanita seksi dalam poster iklan Syria ini. Siapa yang akan dilanyak Amerika nanti?
Tidak pernah seorang pun presiden Amerika yang mampu mengawal tindak tanduk tentera Amerika yang menjalankan misi ketenteraan di negara lain.
Amerika (The State Government) juga akan menawarkan ubat kepada rakyat Syria sebagaimana mereka pernah menawarkan ubat kepada rakyat Iraq. Kemudian akhirnya, rakyat Iraq pula yang diseksa oleh puak Syiah yang dimanja-manja oleh Amerika. Kejadian di Iraq adalah bahan kes yang cukup baik untuk kita mempelajari keadaan ini.
Ubat yang ditawarkan oleh kerajaan Amerika itu hanya sebagai trigger yang kedengaran seperti appetizer, akan tetapi langkah seterusnya adalah atas kehendak hawa nafsu pihak ketenteraan Amerika sendiri.
Berapa biji ubat yang harus ditelan? The Pillars pernah beri ubat dan rakyat Syria menelan ubat itu, kemudian tidak mujarab. Amerika pula akan menawarkan sebiji lagi ubat kepada rakyat Syria. Apabila dua jenis ubat yang tidak diketahui bercampur, mungkin secara chemistry akan berlaku tindak balas yang memungkinkan dua bahan berbeza itu bertukar menjadi racun.
--
Kalau kamu betul-betul faham, nota ini bukan mengenai sengketa di Syria. Tetapi ia mengenai perkara yang boleh menjadikan kamu terpedaya dan seterusnya dijadikan alat oleh The Pillars yang menggunakan 'wanita' cantik dan seksi untuk menjayakan The Greater World dan The Greater Israel sebagai hadiah untuk warga dunia.
Dua hadiah itu juga untuk kamu.
Master’s Chamber
-STALKER-
.
salam, selamat kembali saudara stalker dan UT.
ReplyDeletesalam admin...finally lamenye tgu blog ni dibuka kembali.... :)
ReplyDeleteslam...untuk admin....anda membiaskan apakah disebalik perkara yg terjadi di vanua timur tengah. Israillah punca segala terbitnya cahaya Jahat ini. Dan kita@islam adalah sasaran pemantulan cahaya@gelombang jahat@laknattullah.
ReplyDeleteSyabas artekal amat baik...
Menarik.....boleh juga di sesuaikan dalam politik tanah air kita juga...Di dalam banyak kes con artist benar2 memainkan peranan sedangkan ramai masih lena dan terbuaii...
ReplyDeletefitnah akhir zaman.. kadang yang kelihatan benar jangan disangka benar.. hamba masih tercari2 puak nasrani yang akan bekerjasama dengan puak Islam.. jika dikatakan AS itu jahat maka apakah Rusia.. tetapi jika dikatakan Rusia itu dipihak benar maka apakah kita sanggup mengatakan syiah itu benar kerana Rusia sedang bekerjasama dengan puak syiah.. mahu tidak mahu pilihan yang ada ialah AS adalah Nasrani yang dikatakan Nabi S.A.W..
ReplyDeletesambungan..
ReplyDeleteapakah Israel sekarang ini adalah Yahudi sebenar.. apakah fitnah Dajjal semudah ini untuk difahami.. tentulah tidak.. tentu ada "penjahat" sebenar.. bak babak filem apakah kita mudah untuk meneka "penjahat".. tentulah ada penjahat sebenar di sebalik penjahat yang muncul awal di dalam filem..
Kalau yg kuarnye gambar nenen..bontot dan cip#$..
ReplyDeletejantan mana yg tak kecur beb.Imam ..bebudak pejabat agama pon penuh gambar bluu kat dalam pc dia org.cit!!
Tegak lurus kesasaran utama punya serangan..boll..yahudi..yahudi..sampai kiamat kerja pedajjal org.
.. setiap kaum ada jenis malam dan jenis siang.. cuma darjah terang dan gelap sahaja berbeza mengikut keinginan dan kebiasaan.. Dalam Bani Israel ada yang pernah jadi Nabi dan Rasul dan ada juga yang kena laknat akibat dari kesombongan mereka ... dalam kita sibuk melihat yang jauh jangan lupa kepada kaum yang dekat dimata.. yang dibenci oleh kaum mereka sendiri... itu sebabnya mereka lari kemari...
ReplyDelete