20 Apr 2013

Nota Panel: Untuk kali ini, buatlah kerana Allah


Anda mahu bersama golongan 'Ini kali lah' atau bersama golongan 'untuk kali ini, buatlah kerana Allah'



MENGETAHUI terlalu banyak rahsia bukanlah satu perkara yang menyeronokkan, ia langsung tidak menjadi satu kelebihan yang membanggakan. Sebaliknya, mengetahui terlalu banyak rahsia membuatkan kita berasa sangat terbeban.

Lebih sangat terbeban pula ialah apabila rahsia itu kalau didedahkan, ia tidak akan dipercayai oleh orang-orang yang tidak mahu menggunakan akal untuk berfikir mengenainya. Kalau didedahkan juga, kita akan ditohmah dan dikeji, dikatakan mencipta fitnah.

Tetapi kalau terus disimpan, ia menjadi sangat membebankan. Berasa sangat berdosa kalau ia tidak didedahkan bagi menyelamatkan ummah. Kalau tidak didedahkan, ramai di kalangan umat akan berterusan menjadi mangsa yang diperkudakan dan sebilangan lagi menjadi mangsa yang dipersalahkan. Tetapi kalau didedahkan, satu golongan akan difitnah kerana dikatakan mahu menganiaya.

Umat Terakhir adalah pemegang rahsia, kita merasa sangat terbeban apabila melihat sesama umat bercakaran hanya kerana sikap prejudis dan dendam kesumat terhadap saudara seagama yang tidak sealiran ideologi politik di antara mereka. Kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Selama lima tahun ini, kita (Umat Terakhir) seperti menahan diri daripada menelan atau meluah; ditelan mati bapa, diluah mati emak.

Apabila kita memerhati setiap yang berlaku di media sosial, kita melihat kedua-dua pihak saling bercakaran dengan perkataan-perkataan yang tidak melambangkan kesopanan. Satu pihak terlalu agresif dan kurang ajar dalam menyusun kata, malah tersangat kurang ajar dalam bertingkah laku di khalayak. Mungkin, itulah yang diajar pemimpin-pemimpin mereka supaya tidak segan silu untuk bersikap kurang ajar.

Satu pihak lagi sering dituduh menyebar perkara lucah setiap kali kelucahan tersebar di media sosial. Kita tahu apa sebenarnya yang berlaku, tetapi terlalu berat untuk kita menyusun kata yang sangat tersusun untuk menjadikan anda semua yang kami kasihi ini menjadi orang yang faham.

Kita tidak pernah berterus-terang dalam menyampaikan perkara dan memohon maaf kepada anda semua kerana tidak dapat berterus-terang selama ini. Kita hanya sekadar memberi panduan-panduan berfikir supaya anda semua dapat berfikir dengan tenang tanpa dipengaruhi sentimen kebencian yang menebal di dalam jiwa.

Kali ini, izinkan kami melakukan perkara yang dibenci oleh sebilangan daripada kamu semua, ianya menceritakan sebahagian daripada kebenaran, hanya sebahagian. Kenapa kami meminta izin? Ia kerana sebilangan daripada kamu sangat benci kepada kebenaran apabila kebenaran itu tidak memihak kepada mereka. Sebahagian kebenaran lagi pula wajarlah kamu mendapatkannya sendiri.

Kita sudah terlalu letih menyimpan rahsia.

-STALKER-

--

Konspirasi digerakkan melalui pelbagai cara, cara yang paling memberi hasil ialah melalui jalan politik. Politik pula mempunyai banyak jalan, dan jalan yang paling berhasil untuk menggerakkan konspirasi ialah melalui jalan demokrasi yang diwarnakan dengan liberalism.

Jadi, mahu atau tidak mahu, kita wajar melihat konspirasi dari sisi itu juga, sisi politik. Apabila kita melihat konspirasi dari sisi politik, ia tidak bermakna kita akan bermain dengan kaca mata  politik keanak-anakan. Ia pula kerana politik yang ganas itu bukan sekali-kali dimainkan oleh anak-anak kecil.

Menjadi mangsa ialah pengikut-pengikut yang berfikiran seperti anak-anak kecil.

(Mungkin) Tidak terlalu hiperbolik jika dikatakan politik itu adalah permainan yang dimainkan oleh binatang-binatang.

Manusia tidak akan dapat bertahan di dalam kandang politik. Tetapi pemain-pemain politik pula tidak ada masalah untuk terus kekal dalam kandang politik meskipun bergelumang dengan najis sendiri selama di dalam kandang, sebagaimana binatang.

Perumpamaan ini hanya sesuai untuk haiwan-haiwan politik yang tidak pernah berusaha untuk memanusiakan politik dan tidak pernah berusaha mengajak pengikut-pengikut mereka menggunakan akal untuk berfikir di permulaan cerita.

Malangnya, haiwan-haiwan politik ini kerap menjadikan akal pengikut mereka tersesat sehingga terlupa cerita asal yang bermula di permulaan cerita.

-DRIFTER-

--

Pengikut-pengikut politik tidak mengetahui banyak perkara, mereka sering kali ditipu. Mereka hanya diberitahu mengenai perkara-perkara yang terpilih; iaitu hanya perkara-perkara yang pemimpin mereka mahu diketahui oleh pengikut mereka. Jika sesuatu perkara itu pemimpin mereka mahu rahsiakan, maka ia tidak akan diberitahu kepada pengikut. (rujuk artikel: Monopoli Propaganda).

Pemimpin mereka memonopoli semua maklumat (kebenaran) dan hanya memberitahu mengenai perkara-perkara yang terpilih sahaja. Dalam masa yang sama, pemimpin mereka melarang pengikut daripada mendapatkan maklumat daripada lain-lain sumber yang mampu menerangkan kebenaran.

Sumber-sumber lain dikatakan menyebarkan fitnah terhadap mereka; sedangkan jika seseorang (pengikut) itu bijak memproses maklumat, dia pasti akan menyelidik dan berfikir mengenai maklumat-maklumat yang berlonggokan di persekitaran maklumat.

Orang yang pandai ialah orang yang mempunyai banyak maklumat pelbagai dan sentiasa berfikir berdasarkan maklumat-maklumat perlbagai yang ada.

Manakala orang yang bodoh pula ialah orang yang hanya mengharapkan satu sumber maklumat (dari sebelah pihak) sahaja dan tidak pula berusaha mendapatkan lebih banyak maklumat.

Beza dua jenis ini (orang pandai dan orang bodoh) ialah maklumat. Maklumat ialah salah satu punca pengetahuan. Pengetahuan pula ialah ilmu. Maka pasti ada beza antara orang ada yang banyak maklumat pelbagai dengan orang yang ada satu maklumat dari sebelah pihak semata-mata.

Lebih parah, maklumat daripada sebelah pihak itu pula adalah dari jenis maklumat terpilih.

-SONG BIRD-

--

Menjadi masalah kepada pengikut politik sehingga gagal membezakan antara yang betul dengan salah ialah tidak berusaha untuk berfikir setiap kali diterjah oleh maklumat-maklumat yang kontra. Sesetengahnya ada yang cuba menyelidik maklumat itu, namun tetap gagal kerana tidak menyelidik dengan pendekatan yang sesuai dan intelek.

Akibatnya, mereka membuat kesimpulan secara melompat (jump to conclusion) tanpa kewajaran yang sewajarnya. Mereka membuat lompatan kesimpulan secara melulu mengikut persepsi dan sentimen kebencian yang terbuku keras dalam jiwa mereka.

Mereka gagal berfikir menggunakan daya akal yang diberi percuma kepada mereka, namun mereka membayar kos yang tinggi untuk menelan segala kepalsuan yang akhirnya merosakkan jiwa mereka sendiri.

Masalah ini bukan masalah mereka secara eksklusif, ia adalah masalah kita semua. Menjadi masalah kepada kamu semua kerana dihujani dengan terlalu banyak maklumat sehingga tidak lagi diketahui mana yang benar dan mana yang palsu.

-SECTOR 7-

--

Bagaimana kita mahu memulakan penjelasan ini. Sulit untuk kita memulakannya. Sulit apabila ketaksuban berterusan membelenggu akal dan jiwa mereka daripada cuba melihat dan berfikir mengenai kebenaran.

Sejak lima tahun lalu, kita mengekori pemimpin-pemimpin mereka dan menyiasat kelakuan mereka setelah kita ada keraguan terhadap mereka. Dalam masa sama, kita ‘steal’ orang-orang dalam organisasi mereka supaya kita mudah mendapat maklumat sulit daripada orang-orang mereka (menggunakan orang dalam organisasi mereka untuk mengetahui rahsia-rahsia pemimpin mereka yang tertentu) .

Kita tahu banyak rahsia mereka. Kita failkan rahsia mereka dalam fail-fail profil. Fail-fail itu pula kita simpan dan tidak pernah didedahkan.

Mereka (setiap organisasi) mengadakan gabungan antara tiga ideologi berbeza. Setiap ketua dalam organisasi mempunyai cita-cita tersendiri. Mereka baru senyap-senyap belajar con-art daripada pertubuhan-pertubuhan bebas (NGO) yang dibawa masuk daripada luar negara dan kemudian melakukan con-jobs dalam beberapa peristiwa.

Perbuatan mereka melakukan con-jobs membuat kita tersentak, they are now doing the same thing like we have been doing since long ago before they started to do it. Yes we are conmen, but we are free men. They learned how to be con-artists but they are the man’s men. Indeed, we are much better experienced and skillful to defeat their jobs.

Kita tidak akan con mereka semua kerana telah ditetapkan peraturan you can’t con a conman.

Kita hanya akan ‘menangkap’ maklumat dan menyerahkan mereka kepada kamu semua.  Ia tidak ada dalam peraturan.

Kita tahu, ramai sudah tahu mengenai video-video skandal pemimpin-pemimpin tertentu yang telah tersebar. Bukan kita yang melakukan itu semua, jangan terlalu cepat menuduh. Kita tiada masa untuk itu semua, kita tidak boleh con mereka semua, tidak boleh, itu peraturan yang perlu kita patuh. Oleh itu, bukan kita yang melakukan itu semua.

Kalau kita mahu membongkar skandal mana-mana pemimpin, maka sudah lama kita buat demikian dengan segala pendekatan forensik teknologi yang kita gunakan sehingga tidak mampu lagi dinafikan oleh mana-mana pengikut tegar dari kalangan mereka, kita boleh sahaja melakukan pembuktian sehingga semua pengikut mereka terdiam kaku.

Tetapi itu bukan cara kita untuk membongkar pekung ahli-ahli politik, kita bukan menulis untuk politik. Kita menulis untuk mengajak kamu semua berfikir untuk melihat tipu daya dunia. Kita tidak menulis untuk membuahkan kebencian sesama umat. Tetapi juga, menyimpan rahsia adalah satu tugas yang sangat membebankan.

Kita tahu satu perkara yang tidak ramai daripada kamu semua tahu. Sekali lagi kita meminta izin untuk melukakan hati sebilangan daripada kamu semua.

Kerjasama tiga ideologi itu disulami dengan agenda memerangkap sesama sendiri untuk mengangkat ketua sendiri. Jika tidak yakin dengan apa yang akan kita beritahu ini, maka beramai-ramailah kamu dan tanyalah kepada pemimpin-pemimpin kamu semua ketika mana mereka mengadakan cerama-ceramah politik bermula Sabtu ini.

Baru-baru ini, pengikut politik dikejutkan dengan skandal seorang pemimpin sebuah parti politik yang mana perbuatannya dirakam dalam bentuk video berdefinisi tinggi (HD). Daripada maklumat yang kita dapat sejak lima tahun lalu, pemimpin itu tidak disenangi oleh segolongan manusia dalam organisasinya sendiri.

Golongan yang tidak senang hati itu (orang mereka sendiri) kemudian mula berbuat baik dan menjerumuskan pemimpin itu kepada kegiatan yang tidak elok. Kita tidak berbuat apa-apa kerana mereka sedang menggerakkan buah catur mereka, kita hanya membiarkan mereka.

Kita tidak kata mereka ada lain-lain video pemimpin itu selain daripada yang telah didedahkan oleh pengendali media sosial, tetapi mungkin juga ada video lain kerana perangkap sudah dipasang. Itu sekadar maklumat yang kamu perlu tahu.

Kita hanya memberitahu sedikit penjelasan mengenai perkara-perkara yang kamu semua sudah tahu. Bagi perkara-perkara yang kamu tidak tahu, maka lebih baik ia tidak diberitahu langsung. Ia juga kerana kita tidak mahu keadaan berubah bertambah sulit.

Di sebalik konspirasi yang merencanakan rakaman video itu, kumpulan hijackers atau role-player yang berada dalam organisasi itu (orang mereka sendiri) kemudian bertemu dengan musuh politik mereka (mereka tidak berkawan, tetapi masih bermusuh) dan menyerahkan video kepada musuh politik mereka.

Ia dengan harapan musuh politik mereka itu dapat mendedahkan video itu kepada umum, ia juga bagi menambah persepsi prasangka di kalangan pengikut mereka bahawa musuh politik mereka itu mengamalkan kempen lucah jika pendedahan itu dilakukan kerana imej buruk sedemikian telah lama mereka palitkan kepada musuh politik mereka.

Walaupun video itu diserahkan kepada musuh politik mereka sejak tahun lalu (video itu sudah lama, bukan kejadian baru), tetapi musuh politik mereka hanya bertindak menyimpan dan tidak pernah mendedahkan. Ia tidak pernah didedahkan musuh politik mereka walaupun telah diberikan cakera video oleh role-players dalam organisasi yang memerangkap pemimpin itu.

Harapan mereka untuk melihat musuh politik mereka itu mendedahkan video berkenaan menjadi hancur kerana musuh politik mereka tidak melakukan perkara yang tidak seperti mereka harapkan sejak setahun lalu.

Jika musuh politik mereka melakukan pendedahan itu, maka mereka boleh berterusan menuduh musuh politik mereka itu mengamalkan kempen lucah, tetapi ia tidak berlaku. Ini adalah berdasarkan maklumat yang kita terima daripada role-players di pihak Umat Terakhir.

Akibatnya mereka tidak sabar untuk melihat video itu didedahkan, akibat tidak sabar, beberapa pengikut mereka ditugaskan mengedar video itu dalam bentuk cakera padat di Terengganu sejak beberapa malam dan pengedar-pengedar itu akhirnya ditangkap polis semasa melakukan kesalahan itu (caught in action) pada malam berikutnya. Kata bahasa pasarnya, kantoi di situ.

Sebaik sahaja video itu diedarkan pengikut mereka di Terengganu, maka bermulalah media sosial menyebarkannya di internet selepas orang awam yang mendapat cakera video itu dalam peti surat rumah mereka itu menyerahkan ia kepada pengendali laman sosial, ia sewajarnya diserahkan kepada pihak berkuasa, kita juga tidak menyokong tindakan itu (menyerahkan kepada bukan pihak berkuasa).

Bagaimana kita tahu ini semua, ia kerana kita juga ada role-players dalam semua organisasi politik. Kita tahu semua yang mereka lakukan. Kita tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Kita adalah con-artists yang tidak mengganggu setiap apa yang mereka kerjakan, kita hanya memerhati buah-buah catur yang mereka gerakkan sebelum kita pula melakukan gerakan apabila tiba giliran kita.

Sejak video itu didedahkan dalam media sosial, mereka meneruskan plan dengan menuduh ia dilakukan oleh musuh politik mereka. Ia kerana mereka sendiri ada menyerahkan video itu kepada musuh politik mereka sebelum ini. Video sudah diserahkan oleh orang-orang mereka sendiri (role-players), dan hanya meneruskan plan dengan melemparkan tuduhan. Ia adalah frame-job paling dungu yang pernah kita temui.

Sebenarnya, ada banyak video yang mereka serahkan melibatkan ramai pemimpin di kalangan mereka sendiri. Tetapi itu semua tidak didedahkan oleh musuh politik mereka. Akibat tidak didedahkan sebagaimana yang mereka harapkan, maka mereka mendedahkan ia sendiri.

Seorang berjawatan dalam sebuah parti politik di pihak mereka telah terlebih dahulu mengatakan ada video lucah melibatkan anak seorang pemimpin (yang mana anak pemimpin itu juga adalah seorang pemimpin) akan didedahkan oleh musuh politik mereka, belum apa-apa lagi mereka sendiri sudah kata ada video itu sedangkan musuh politik mereka tidak pernah berkata apa-apa mengenai perkara itu.

Jika anda semua adalah orang berakal waras, maka sudah tentu anda mampu melihat keanehan yang terdapat di sebalik kata-kata seorang pemimpin berjawatan dalam sebuah parti politik di pihak mereka berhubung dakwaannya mengatakan akan kewujudan video yang dimaksudkan itu.

Ia kerana mereka tidak sabar untuk meledakkan isu itu kerana mereka sendiri yang mengawal isu itu. Ia juga kerana mereka tidak sabar setelah musuh politik mereka tidak pernah mengeluarkan desas-desus untuk mendedahkan video itu. Akhirnya, mereka mengambil selangkah ke hadapan untuk membangkitkan isu itu bilamana musuh politik mereka langsung tidak berbuat apa-apa terhadap video yang sudah lama diserahkan itu.

Lama sebelum isu video anak pemimpin itu berputar sejak akhir ini, perkara ini sebenarnya sudah lama iaitu sejak lebih lima tahun yang lalu. Melalui maklumat yang diterima daripada role-players kita yang berada dalam organisasi mereka, seseorang berjawatan dalam organisasi itu juga pernah menemui musuh politik mereka untuk ‘menjual’ video tersebut dengan harga $8,000 bagi menjatuhkan anak pemimpin itu dalam organisasi itu.

Melalui maklumat yang sama, diketahui bahawa pelawaan (kepada musuh politik mereka) itu ditolak disebabkan beberapa faktor. Pertama, video itu berkualiti rendah. Kedua, musuh politik mereka memang tidak berminat dengan bahan-bahan seperti itu. Ketiga, mereka tidak mahu menggunakan video-video itu kerana mereka tahu pengikut-pengikut taksub tidak akan percaya, jika digunakan juga, ia hanya sia-sia.

Maka, atas sebab itu muncul keanehan apabila seorang pemimpin organisasi mereka sendiri tiba-tiba tampil mengatakan musuh politik mereka ada memiliki video anak pemimpin mereka sedangkan musuh politik mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang desas-desus mengenainya, ia adalah satu keanehan.

Ia menandakan ‘bom’ yang berbentuk video itu mereka sendiri yang mahu dedahkan dan pada masa sama cuba melakukan frame-job terhadap musuh politik mereka. Ada keanehan di situ, jika kamu memerhatikan keanehan itu, jawapan bagi keanehan itu akan terpacul sendiri ke dalam benak akal kamu.

Mereka mahu menyingkirkan orang-orang yang mereka tidak suka dalam organisasi mereka dengan mempergunakan musuh politik mereka dengan harapan musuh politik mereka itu menggunakan senjata yang telah mereka beri sendiri kepada musuh-musuh mereka. Malangnya, musuh politik mereka tidak sesekali mengikut rentak tarian mereka.

Mereka mahu mencantas semuanya, mereka mahu mencantas orang-orang yang berpengaruh dalam organisasi mereka supaya mereka boleh mengambil alih, mereka juga mahu mencantas musuh politik mereka supaya orang awam berasa benci terhadap musuh-musuh mereka.

Begitu juga dengan banyak kes video yang lain termasuk di dalam tandas dan sebagainya. Mereka merancang semuanya (yang keji-keji) untuk mencantas sesiapa sahaja sesama mereka yang mereka tidak suka dalam organisasi mereka dan kemudian menyalahkan musuh politik mereka untuk menjadikan sebilangan kamu berterusan mempercayai ‘ke-mailakat-an’ mereka. Kita tahu semua ini sejak sekian lama kerana kita juga ada role-players dalam organisasi mereka.

Kalau anda tidak percaya, maka itu hak anda tetapi jangan pula buat-buat lupa untuk bertanya kepada pemimpin-pemimpin anda mengenai perkara-perkara aneh yang mereka lakukan sebagaimana yang kita sebutkan di atas tadi. Setiap keanehan memerlukan jawapan, maka menjadi tugas anda semua untuk mendapatkan jawapan jika anda adalah orang-orang yang memihak kepada kebenaran melebihi memihak kepada pihak-pihak yang anda suka.

Kebenaran itu tidak pernah memilih sesiapa yang disukainya, tetapi jika kamu semua menyukai kebenaran maka kamu harus berusaha memihak kepada kebenaran meskipun kenyataan-kenyataan terselindung yang timbul daripada jawapan-jawapan yang meragukan itu sangat anda tidak sukai, maka ada kebenaran yang disembunyikan di sebaliknya, kebenaran itu tidak pernah selalu datang dalam bentuk manisan. Kamu harus memahami kepalsuan (dalam jawapan yang diterima) sebelum mengenal kebenaran (yang cuba diselindungkan di sebalik jawapan palsu).

Hakikatnya, mereka tahu akan berlaku perpecahan dalam organisasi mereka disebabkan mereka masing-masing tahu akan taktik jahat termasuk taktik video itu. Sekarang ini, kalau kamu sedar mengenai apa yang berlaku di luar sana (lihatlah apa yang sedang berlaku di luar sana, jangan hanya menilai politik dengan hanya membaca perkhabaran di internet), kamu akan melihat bahawa berlaku perpecahan di peringkat akar umbi dalam organisasi mereka.

Masalah berebut kawasan dan berebut mahu jadi calon tercetus disebabkan timbul perasaan tidak percaya kepada sesama mereka. Mereka mahu kumpulan mereka menjadi dominan dalam organisasi mereka dengan menyingkirkan sekumpulan lagi satu. Apabila tercalon, mereka akan mempunyai kuasa membuat keputusan dalam organisasi selepas diberi jawatan (peluang merebut jawatan dalaman organisasi), kuasa itu pula akan menyingkirkan orang-orang yang tidak mereka sukai dalam organisasi mereka sendiri.

Mereka juga sedar akan berlaku kejadian lompat ke organisasi musuh politik mereka sekiranya mereka menang tipis akibat kekalahan. Mengapa kita kata mereka berisiko menang tipis? Ramai dalam kalangan mereka yang tidak tercalon oleh organisasi memilih untuk mencalonkan diri sendiri dan menjadi calon bebas. Ia membuka kepada risiko pecah undi kerana undi dalam kalangan pengundi mereka telah terpecah, manakala undi daripada pengundi musuh politik mereka tidak terpecah kerana semua undi itu masuk kepada calon musuh mereka.

Jadi, mereka tahu mereka akan berdepan dengan risiko perit akibat masalah yang ada dalam organisasi mereka. Namun, masalah ini tidak dipertonton kepada pengikut bawahan mereka dan sebaiknya berterusan meyakinkan pengikut mereka bahawa kemenangan akan menjadi milik mereka. Malah mereka kata pula, kalau mereka kalah itu adalah disebabkan proses pengundian yang tidak bersih dan tidak telus. Kalau mereka kalah sekalipun, pengikut mereka akan memberontak mengatakan mereka kalah disebabkan ada penipuan dalam proses pengundian.

Semuanya (stage/pentas) telah siap terpasang sejak sekian lama. Walau apa pun yang berlaku, mereka akan tetap melakukan manipulasi terhadap kejadian-kejadian yang dijangka berlaku (expected scenes).

Namun, bagi mengelak kejadian lompat ke dalam organisasi musuh, mereka telah membuat perjanjian iaitu sesiapa yang melompat keluar (dikatakan) perlu membayar $3 juta kepada organisasi mereka. Kalau kamu sekali lagi tidak yakin dengan maklumat kita ini, maka kamu tidak perlu memaki hamun terhadap kita, sebaliknya bertanyalah kepada pemimpin-pemimpin kamu mengenai perkara ini semasa mereka mengadakan ceramah nanti.

Apabila ada yang mahu juga melompat keluar, mereka perlu membayar. Kalau tiada wang untuk membayar, maka mereka perlu meminta wang daripada organisasi yang mereka mahu masuk, jika organisasi yang mahu dimasuki itu memberikan wang, maka mereka akan kata orang yang melompat keluar itu telah ‘dibeli’ dan dibayar supaya berbuat demikian. Walhal, mereka menetapkan bayaran kalau mahu lompat keluar. Bolehkah anda melihat permainan ini?

Itu adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang mereka tidak mahu kamu tahu. Kamu hanya diberitahu mengenai yang sedap didengar dan diberitahu mengenai kemenangan yang bakal menanti, dan diberitahu mengenai apa sebenarnya yang konon berlaku sekiranya mengalami kekalahan dan diberitahu mengenai apa yang perlu dilakukan jika kalah.
--

Kita tidak pernah menulis sebegini dalam Umat Terakhir. Kamu yang selalu membaca di sini juga pasti tahu bahawa kita tidak pernah menulis seperti ini, tetapi ini adalah perkara-perkara yang perlu anda tahu dan ia hanya sekadar yang anda wajar tahu sahaja, selebihnya anda tidak perlu tahu dan biarlah kita di sini yang menanggung beban menanggung rahsia.

New World Order (NWO) sedang menunggu di hadapan pintu rumah kamu semua. Kamu semua tidak akan mampu menghalang gelombang kedua NWO itu daripada menerjah rumah kamu. Namun, menjadi cepat atau lambat ia menerjah adalah terletak di tangan kamu.

Sebelum ini (dalam dua edisi sebelum ini bermula edisi pertama pada tahun 2006), kita hanya bercerita mengenai konspirasi di peringkat global dan telah kita senaraikan keterangan-keterangan dan pembuktian-pembuktian yang bersangkut paut dengan konspirasi yang digerakkan konspirator di serata dunia. Semua itu didedahkan secara beriringan dengan artikel-artikel pembuka minda dalam siri Mind Game, ia supaya kamu semua dapat pengetahuan yang secukupnya untuk berfikir setelah diberitahu cara-cara mengenal taktik jahat konspirator untuk menguasai minda kamu daripada berfikir dengan sewajarnya. Kamu semua telah diberi panduan.

Kita telah membuka pekung Adolf Hitler, kita juga telah membuka pekung George Bush, kita telah beritahu siapa yang mengilhamkan komunism dan atas tujuan apa ia dicipta, kita telah terangkan apa kaitan liberalism sehingga membawa kepada sekularism kepada kehidupan manusia sebelum kamu semua dipaksa menjejak ke NWO, kita telah terangkan apa maksud jahat di sebalik setiap slogan kemanusiaan yang dicipta di dunia ini, kita telah beritahu banyak perkara yang anda berasa tidak jelas mengenainya selama ini. Kamu juga dapat menerima semua penjelasan itu dengan akal yang waras.

Tetapi untuk kali ini, kita tahu ia amat pedih untuk ditelan oleh sebilangan daripada kamu. Kita juga tahu ada yang masih tidak mahu berfikir dengan sewajarnya meskipun telah banyak panduan diberikan selama ini.

Jika kamu amat malas untuk berfikir, maka memadai jika kamu memikirkan pendirian pakatan tiga ideologi politik berhubung isu kalimah suci Allah. Isu kalimah Allah tidak wajar dipandang sebagai isu kecil di kaca mata umat Islam. Pakatan tiga ideologi itu pernah berkata bahawa misi untuk menawan Putrajaya adalah jauh lebih besar daripada isu kalimah Allah. Kata-kata beracun mereka itu membuatkan pengikut-pengikut mereka terlupa bahawa Putrajaya tidak lebih besar daripada Allah kerana Allah itu Maha Besar. Tiada yang lebih besar daripada-Nya.

Con-job yang dilakukan di persekitaran anda adalah untuk menjadikan anda lemah. Ia adalah seni untuk menjadikan bilangan yang nampak ramai itu menjadi sedikit. Memang benar, umat Islam itu ramai di Malaysia, tetapi mereka (umat Islam di Malaysia) ini sebenarnya amat sedikit.

Mengapa kita berkata umat Islam di Malaysia ini adalah sangat sedikit sedangkan jika dilihat secara bancian menunjukkan bilangan umat Islam itu adalah majoriti di negara ini? Bagaimana dikatakan umat Islam di Malaysia itu amat sedikit sedangkan mereka adalah majoriti?

Perpecahan dalam kalangan umat Islam itu menyebabkan bilangan mereka menjadi sedikit. Umat Islam terbahagi kepada kelompok-kelompok kecil yang tidak bersatu padu, saling bercakaran. Akibat berpecah, bilangan yang ramai akan menjadi sedikit dan akhirnya lemah. Faham?

Mengapa keadaan ini berlaku dan siapa yang melakukannya dan bagaimana mereka melakukannya?

Ia tercetus apabila umat Islam meletakkan perjuangan politik lebih tinggi daripada agama. Lebih parah, mereka mendendami dan memusuhi saudara seagama yang tidak sehaluan dengan perjuangan politik mereka. Permusuhan itu membuka peluang untuk pihak yang dengki terhadap umat Islam. Musuh tidak akan mara ke hadapan jika tiada peluang untuk berbuat demikian.

Kita tidak mengatakan mereka itu con-artist, tetapi cara mereka bekerja adalah seperti yang dilakukan oleh con-artist dengan menggunakan seni-seni pembohongan (con-art) yang halus dan terselindung daripada pandangan sebilangan orang Islam di negara ini. Maka, cara untuk menggagalkan mereka juga adalah menggunakan cara yang sama untuk menggagalkan con-job yang dilakukan oleh con-artist.

Jika 10 tahun lalu, aktiviti politik deseptif  tidak berlaku di Malaysia. Namun sejak kebelakangan ini (lima tahun terakhir ini), begitu banyak pihak dari luar seperti pertubuhan-pertubuhan bebas (NGO) mengadakan kerjasama dengan beberapa parti politik di Malaysia.

Beberapa siri ‘bengkel’ diadakan bagi mengajar strategi kepada parti-parti politik terlibat. Sejak bengkel-bengkel itu diadakan, baharu kita dapat melihat bahawa sudah wujud tipudaya-tipudaya halus yang semakin banyak dilakukan dan ia dilakukan sebagaimana con-jobs yang dibuat oleh con-artist. Mungkin ada con-artist yang mengajar mereka melakukan con-jobs.

Ia (kerja licik yang selicik con-artist) hanya terjadi selepas NGO-NGO dari luar negara mula masuk ke negara ini untuk mengadakan bengkel tertutup dengan parti-parti politik tempatan. Sejak itu juga, pentas-pentas (con-stage) mula dipersiap yang menampakkan seolah-olah sistem pengundian yang ada di negara ini tidak adil.

Ia bagi mencipta persepsi awal supaya pihak yang menyokong mereka beranggapan bahawa kekalahan mereka nanti (sekiranya kalah) adalah disebabkan oleh sistem yang tidak adil. Pentas quail drop dan replika con-job Arab Spring yang klasik dipersiapkan dengan sebaik-baiknya. Semua persiapan ini hanya terjadi selepas NGO-NGO luar negara masuk ke negara ini.

Pemikiran para penyokong pula dipujuk supaya menerima fahaman liberal yang menyokong atau sekadar tidak kisah dengan kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Lebih parah, dipujuk supaya membenarkan kalimah suci Allah digunapakai dalam Bible versi bahasa Melayu.

Ia membuatkan para penyokong (di peringkat kepimpinan) menjadi kelu untuk bertanya mengenai apa perlunya Bible versi Melayu sedangkan orang Melayu di negara ini adalah beragama Islam? Untuk siapa Bible versi Melayu itu? Orang Cina yang Nasrani sudah tentu membaca Bible dalam versi bahasa Cina atau Inggeris, mereka tidak baca dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan orang India yang beragama Nasrani, mereka juga pasti membaca Bible dalam bahasa Tamil atau Inggeris, mereka tidak akan membaca Bible dalam bahasa Melayu.

Jadi, untuk siapa Bible versi bahasa Melayu itu kalau bukan untuk mengelirukan orang Melayu yang Islam? Kita mungkin tidak akan keliru dalam mengenal Allah, tetapi bagaimana dengan anak-anak dan cucu-cicit kita nanti? Mereka (generasi keturunan kita) tidak akan terlepas daripada ujian keimanan sebagaimana yang kita diuji pada hari ini, tetapi adakah kita tahu berapa hebatkah ujian yang akan anak cucu cicit kita akan diuji nanti? Kalau kita tidak berusaha mempersiapkan persekitaran yang selamat untuk mereka mempertahankan akidah mereka bermula hari ini, maka kitalah yang akan dipersalahkan.

Jadi, untuk mempersiapkan persekitaran yang dapat menjamin mereka dalam mempertahankan akidah di masa hadapan, maka adakah perlu ada orang Islam yang bertindak membenarkan kalimah suci Allah digunapakai dalam Bible versi Melayu? Untuk siapa Bible versi bahasa Melayu itu kalau bukan untuk mengelirukan orang Melayu yang Islam.

Malangnya, ada pemimpin dalam kalangan pertubuhan Islam yang membenarkan kalimah suci Allah digunapakai dalam Bible versi Melayu. Selepas menerima tekanan hebat daripada sebilangan besar umat Islam, baharu mereka bermesyuarat dan tampil dengan keputusan untuk tidak membenarkan.

Seorang pemimpin pertubuhan itu kemudian memberikan kenyataan kepada media dan disiarkan di saluran berita di televisyen. Mungkin anda tidak menyedari perkara ini, kenyataan pemimpin itu menampakkan seolah-olah dia baharu sahaja faham dengan pengertian akidah triniti agama Nasrani dan menampakkan bahawa dia selama ini tidak pernah memahami pengertian triniti dan langsung tidak ada pengetahuan mengenai selok-belok akidah Nasrani, dia juga seperti baharu sahaja difahamkan mengenai perkara itu selepas bermesyuarat dengan ahli-ahli majlis tertinggi pertubuhan itu. Dia selama ini tidak mengenali musuhnya. Dia selama ini tidak mengenali akidah agama musuh sebagaimana yang disebut dalam al-Quran.

Mengapa kita berkata begitu? Kita di Umat Terakhir bekerja menemui dan berkomunikasi dengan beratus orang setiap minggu dan beribu orang setiap bulan sepanjang kami melakukan pekerjaan hakiki kami selama berpuluh tahun.

Kita di Umat Terakhir ini berurusan dengan begitu ramai orang yang berbeza dan kita amat mengenali bahasa badan yang dihasilkan seseorang semasa berkomunikasi melalui percakapan atau perbuatan. Melihat kepada raut wajah, kita sudah kenal isi hati orang-orang yang walaupun baru seminit bertemu. Kita juga tahu kalau seseorang itu menipu semasa berbicara.

Sampai begitu sekali betapa halusnya mereka mempengaruhi pemimpin-pemimpin Islam supaya mengikut kehendak hawa nafsu agama mereka. Begitu sekali persona yang dimainkan sehingga pemimpin-pemimpin Islam boleh terpedaya dalam isu kalimah Allah. Ia berjaya disebabkan racun pluralism sudah mula membaham kecekalan iman pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam.

Selepas pihak tertinggi parti itu menukar pendirian berhubung isu kalimah suci Allah, pengikut-pengikut yang selama ini mengulangi kata-kata pemimpin mereka yang membenarkan kalimah Allah disekutukan agama lain dan menuduh orang yang tidak bersetuju dengan pendirian sebelum ini, tiba-tiba terdiam.

Sebelum ini pengikut mereka mengeji menghina orang-orang lain yang tidak setuju kalimah Allah disekutukan dalam kitab agama lain, mereka menghina dan menuduh orang yang tidak bersetuju itu sebagai jahil ilmu agama, tidak pandai seperti mereka; tetapi apabila pemimpin dalam majlis syura mereka menukar pendirian, pengikut mereka terus terdiam dan tidak lagi berani mengulangi tuduhan yang sama. Jelas menunjukkan mereka itu lebih jahil daripada orang yang mereka tuduh sebagai jahil sebelum ini.

Pemimpin tertinggi parti mereka juga masih belum tampil dengan pendirian yang selari dengan majlis syura mereka. Ia ditambah lagi dengan blame-game yang dimainkan ketua besar mereka yang mengatakan keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan kitab agama lain itu adalah selepas pemimpin parti jenama Islam itu memebri kebenaran mengikut syarak. Ada tuduh menuduh sesama mereka pula selepas masing-masing tersepit dengan isu kalimah Allah.

Mereka terlupa, Allah Maha Besar. Allah akan membalas jika perintah mentauhidkan Dia diperkotak-katikkan. Kita percaya kepada Allah yang Maha Adil, pasti ada balasan pedih yang sedang menanti untuk mereka akibat membenarkan kalimah suci-Nya disekutukan oleh penganut agama sesat yang Dia cela dalam kitab-Nya.

Ini semua berlaku akibat mereka sudah termakan racun pluralism. Lebih parah, pluralism itu pula mereka mahu semai dalam akal pengikut mereka yang telah lama didungukan.

Kalau kamu benar-benar sayang kepada Allah, kamu pasti tidak akan bersama-sama dengan golongan yang membenarkan kalimah suci Allah disekutukan oleh kitab agama lain. Umat Islam yang sekecil-kecil iman tidak akan sesekali membenarkan kalimah suci Allah disekutukan dalam apa keadaan sekali pun. Allah memerintahkan supaya kita mentauhidkan Dia, dan memerintahkan supaya kita berdakwah untuk mengajarkan tauhid kepada seluruh manusia, maka apa persetannya ada manusia mengaku Islam mahu membenarkan kalimah suci Allah yang Wahdaniyah itu disekutukan dalam kitab agama lain? Bukankah ia bermakna telah melanggar perintah Dia? Di mana kedudukan kita kalau membenarkan semua itu berlaku?

Sehingga hari ini, mereka masih membisu berhubung isu kalimah suci Allah setelah menukar pendirian. Bagi mereka, isu itu telah selesai sebaik sahaja mereka menukar pendirian kepada tidak membenarkan. Isu itu belum selesai selagi rakan-rakan politik mereka masih berpegang kepada persetujuan yang pernah dipersetujui sebelum ini.

Walau apa pun sebilangan daripada kamu akan menghambur tohmah kepada kita di sini akibat kami menegur keterlanjuran parti kesayangan kamu dalam hal beragama, ia tetap tidak dapat menolak kenyataan bahawa Putrajaya itu tidak lebih besar daripada Allah yang Maha Besar. Jangan sesekali berlebih-lebihan dalam hal beragama sehingga meletakkan Allah di tempat yang lebih kecil daripada Putrajaya.

Kita yakin, ramai dalam kalangan kita tidak sanggup melihat kalimah Allah digunakan dalam kitab ajaran agama lain sehingga menyekutukan Allah. Jika kamu tidak mampu untuk berfikir mengenai ekonomi atau lain-lain isu dalam hal bernegara, cukuplah sekiranya kamu memikirkan soal kebesaran Allah dalam percaturan mereka dalam berpolitik.

Ingat, Allah Maha Besar.


Kaum Nabi Musa kerap meminta Musa memohon doa kepada Allah supaya diturunkan segala kebenaran, namun selepas kebenaran demi kebenaran diturunkan, mereka tetap menafikan dan mendustakan segala kebenaran. Mereka menafikan kebenaran, walhal merekalah yang meminta ditunjukkan kebenaran.
Kebenaran itu tidak datang bergolek, ia datang dalam bentuk yang kita perlu berfikir mengenainya. Ia kerana kebenaran itu hanya untuk orang-orang yang mahu berfikir.

Dalam politik negara ini, kebenaran demi kebenaran telah diturunkan sebagaimana yang mereka minta, kebenaran paling besar ialah isu kalimah suci Allah sehingga ia tidak dapat dijawab dengan cukup meyakinkan oleh orang-orang yang mengaku berjuang menggunakan nama Islam. Untuk kali ini, berilah pengajaran kepada mereka untuk mengingatkan mereka bahawa Allah Maha Besar.

Kita tidak menulis artikel ini atas dasar politik. Kita menulis ini adalah kerana mahu mengajak kamu semua mengakui bahawa Allah itu Maha Besar, dan mengajak kamu semua menyedari bahawa misi parti politik itu untuk ke Putrajaya adalah tidak lebih besar daripada Allah yang Maha Besar. Meletakkan Allah di tempat yang tidak lebih besar daripada Putrajaya adalah satu kepahitan yang tidak dapat kita terima.

Jika mereka benar-benar menjiwai takbir (Allahu-akbar) yang mereka laungkan, sudah tentu mereka tidak akan tergamak mengatakan misi menawan Putrajaya itu lebih besar daripada Allah.

Jika kamu tidak mahu melibatkan diri dalam proses demokrasi kali ini, tidak dapat tidak, kamu tidak boleh lari daripada menggunakan jalan ini untuk memberi pengajaran kepada mereka yang curang itu untuk mengingatkan mereka bahawa Allah itu Maha Besar.


Memboikot pilihan raya bukanlah satu langkah bijak, malah ia sangat merugikan. Apabila orang Islam yang ‘pro-kekhalifahan’ bertindak memboikot pilihan raya (secara tidak memahami dengan terperinci), ia sebenarnya membuka peluang kepada orang bukan Islam yang keluar mengundi untuk menentukan keputusan pilihan raya.

Akibatnya, majoriti keputusan pilihan raya memihak kepada orang bukan Islam yang sudah lama teringin untuk menghancurkan Islam di negara ini. Biarpun mereka menang dengan majoriti yang sedikit (akibat orang Islam memboikot pilihan raya), mereka tetap mempunyai hak untuk membentuk kerajaan.

Akibatnya juga, majoriti undi orang Islam berkurangan dan menjadi minoriti. Sebaliknya, undi orang bukan Islam akan mendominasi keputusan pilihan raya sehingga membolehkan mereka berbuat sesuka hati terhadap agama Islam apabila mereka berkuasa membentuk kerajaan.

Memang demokrasi bukan jalan terbaik, tetapi kamu semua sedang hidup di dalam kepompong demokrasi. Tidak dapat tidak, kamu perlu terlibat dalam kepompong ini untuk memastikan kuasa secara demokrasi ini masih mampu menjamin kekuasaan orang Islam secara sah berdemokrasi di negara ini.

Apabila Allah berkehendak menghancurkan demokrasi, maka Dia akan menghancurkan ia dengan sendiri tanpa menunggu manusia bersedia untuk kemusnahan demokrasi itu sehingga tertegaknya kekhalifahan. Buat masa ini, kamu perlu menentukan nasib agama kamu dengan jalan demokrasi.

Katakan, kamu tersesat di tengah hutan dan tiada makanan. Tiba-tiba datang seekor babi dan hanya itu sahaja makanan yang ada. Maka pada waktu itu (darurat), babi dihalalkan dalam keadaan darurat bagi meneruskan hidup, ia bagaimanapun bersyarat, asalkan kamu memakannya sehingga hilang lapar sahaja bagi meneruskan hidup, iaitu bukan sehingga kenyang. Kamu perlu makan babi itu untuk terus hidup, jika tidak makan, kamu akan memudaratkan diri kamu yang tidak ubah seperti mahu membunuh diri dan memudaratkan diri itu pula tidak diajar oleh Islam. Kamu boleh menyamakan situasi ini dengan pilihan kamu terhadap demokrasi pada masa ini, kamu terpaksa memilih demokrasi pada waktu ini untuk menyelamatkan agama kamu. Kamu diuji dengan babi, pada waktu itu hanya babi menjadi pilihan kamu, tiada pilihan lain.

Kamu kemudian menangkap babi itu, menyembelih, melapah dan memanggang. Tiba saat hendak makan bagi menghilangkan kelaparan, ketika kamu membaca Bismillah dan dengan rasa berat hati untuk makan, tiba-tiba datang seekor kambing yang halal lagi baik untuk dimakan. Maka, pada waktu itu kamu harus meninggalkan babi yang sudah siap dipanggang itu dan perlu menangkap kambing itu untuk dijadikan makanan kerana ia lebih suci dan lebih baik. Pada ketika itu, kamu harus segera meninggalkan babi yang sudah sedia dijamah itu. Kali ini, kamu diuji dengan 'keperluan membuat pilihan' setelah yang baik lagi suci didatangkan kepada kamu.

Begitulah juga kalau apabila nanti Allah menghancurkan demokrasi dan mendatangkan sistem khalifah, maka pada waktu itu kamu perlu segera meninggalkan demokrasi. Buat masa ini, hanya demokrasi yang ada untuk kamu manfaatkannya, sedarlah bahawa kamu sedang diuji oleh Allah dengan jalan demokrasi. Maka jalanilah ujian ini dengan bijaksana, melakukan sesuatu kerana Allah adalah jalan paling selamat. Lari daripada ujian (memboikot pilihan raya demokrasi) pula adalah menempah kecelakaan dan kegagalan. [Nota Admin: Untuk memahami semua ini, harap kamu dapat tunggu artikel akan datang.]

Memang benar, tidak ada parti politik yang benar-benar bersih, semuanya buruk. Tetapi, gunakanlah peluang ini untuk sekurang-kurangnya memilih yang paling bersih dalam kalangan yang kotor-kotor sementara menunggu kekhalifahan suci murni yang dinanti-nantikan.


Untuk kali ini, buatlah kerana Allah.

Bukan kerana mana-mana parti politik
Hanya kerana Allah

Allah Maha Besar
Allah Maha Kuasa


-DRIFTER-


[Nota ADMIN: Kita di Umat Terakhir mohon berehat daripada menulis di sini.]

hiatus


.

120 comments:

  1. lps baca ni, aku takbir sambil menitiskan air mata.

    terima kasih kerana mengingatkan

    akan ku tolak orang yg benarkn kalimah ALLAH disekutukan

    undi aku kerana ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. SATU HURUF ALQURAN JIKA DITOLAK MAKA JADI KAFIR SERTA MERTA.ANDA MENGAJAR ORANG LAIN MENYOKONG UMNO YG TOLAK HUKUM TUHAN..AKU PERNAH BERTANYA SEORANG ALIM,JIKA HENDAK MENGUNDI,SIAPA YG HARUS AKU PILIH?JAWABNYA,PILIH LA SESIAPA YG HAMPIR KPD ISLAM..ORG YG TOLAK SATU HUKUM DLM ALQURAN TERANG2AN TELAH JATUH KAFIR TANPA KOMPROMI.TIDAK ADA KIAS LAGI PADA HUKUM TERSEBUT..JIKA ANDA LETAKKN ISLAM DISATU TEMPAT PALING TINGGI KONONNYA,ANDA TIDAK AKAN MENGAJAK MANUSIA MENYOKONG SATU PARTI POLITIK YG TERANG2 TOLAK ALQURAN..

      Delete
    2. bab penggunaan nama Allah utk penganut agama lain,anda harus tahu pendirian dan syarat2 yg PAS utarakn kepada org kafir dlm isu penggunaannya

      Delete
    3. https://www.google.com.my/search?q=bukti+umno+tolak+hudud&client=firefox-a&hs=ExT&rls=org.mozilla:en-US:official&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=rcSiUfewG8rQrQeJ5IDABQ&ved=0CC0QsAQ&biw=1280&bih=640
      ada beratus bukti..sila klik link yg diberikan..
      ISLAM NI MUDAH..TOLAK SATU HURUF ALQURAN-KAFIR SERTA MERTA TANPA KOMPROMI..

      Delete
  2. bersalahkah pembaca UT jika tidak menghebahkan isi kandungan artikel2 terbaru kepada teman2 kami yang hampir bergembira mengikut golongan role players? saya merasakan suatu beban kerana tidak pernah menceritakannya pada sesiapa bahkan ibu bapa sendiri. penyokong role players ini begitu ramai dalam kalangan orang sekeliling saya. untuk satu radius kecil, saya seorang mungkin menghadap 100 mereka. terus terang saya katakan saya takut. takut berasa renggang dengan mereka dan takut dipandang berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      "menangislah dengan air mata pada ketika ini sebelum kamu terpaksa menangis mengeluarkan darah di celah kelopak mata." - pesanan STALKER kepada kamu. harap kamu faham maksud ini.

      "terpulanglah kamu kalau mahu menghebahkan, kita di sini sedia dicaci oleh sesiapa sahaja bagi pihak kamu. cukuplah hanya Allah tempat kami bergantung." - SONG BIRD.

      Delete
    2. tambahan sedikit..

      saya quote sepotong kata-kata kamu:

      "untuk satu radius kecil, saya seorang mungkin menghadap 100 mereka."

      ingatlah bahawa di akhir zaman ini, sebagaimana maksud sebuah hadis, seorang Muslim akan berhadapan dengan 999 Yakjuj Makjuj di akhir zaman, mereka sedang ada di celah-celah kamu semua.

      sekarang, kamu sendiri sedang merasakan kebenaran itu.

      Delete
    3. mereka tidak mengancam nyawa saya. mereka sama agama dengan kita. dari latar belakang yang lebih baik dari saya. ironinya, Alllah aturkan saya bersama mereka. dan dgn itu untuk pertama kalinya dalam hidup, saya merasa menjadi minoriti. yang saya sayangkan hubungan antara kami. saya sayang mereka dan saya tak mahu perbezaan yang sangat jauh menjarakkan kami.

      insya-Allah, akan mencuba sedayanya.

      Delete
  3. terima kasih kerana memberi penerangan dengan lebih baik


    salam hormat


    OrgOrg

    ReplyDelete
  4. Yeaaaa sokong UT..mereka2 di luar sana x paham lagik akan bahaya2 yg akan mendatang.
    Sy x paham semuanya jugak.tp bila kita mendngar plan2 yg menakutkan dan mau menjadikan Kristian agama rasmi di bumi M'sia,pilihan apa lagi yg kita ada selain menunjukkan Besatunya kita dalm PRU kali..
    semua kerana LILLAHI TAALA.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih... nampaknya persoalan saya terjawab.. terima kasih.. =)
    ct

    ReplyDelete
  6. Contoh terdekat isu kalimah bleh tgk indonesia..apa dh jd, tsunami,gempa memanjang..

    ReplyDelete
  7. mengetahui sedikit drpd rahsia2 umat terakhir pun dh terasa bebannya pada diri saya. setiap kali terbaca kata nista drpd mereka bila bertelagah hati terasa sungguh terseksa...

    begitu juga dr kalangan saudara mara..kita tahu betapa sukarnya nk mengubah mereka kerana kita pun serupa mereka satu ketika dulu..

    Alhamdulillah dgn sedikit kasih syg bAllah swt kita terjumpa jalan yg benar setelah lama mencari jln pulang..

    ReplyDelete
  8. Ya benar... buatlah segala sesuatu semata-mata kerana Allah Yang Maha Besar..... bukan hanya untuk kali ini saja.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini jawapan yang kita tunggu

      : )

      Delete
  9. Terima kasih atas perkongsian dan pencerahan... semoga Allah merahmati kita semua dan membuka hati kita untuk balik ke pangkal jalan.

    ReplyDelete
  10. Analisis berupa "after thought" iaitu setelah berlaku...menjelang pru 13. Ironinya satu pihak dikatakan berada di jalan benar, manakala satu lagi salah. Kedua2nya adalah jelas tools demokrasi. Walhal yang dikaatakan di pihak yang "benar" telah lebih 56 tahun secara halutts merubah pegangan, akidah, budaya, ad umat malayu jauh dari islam...bermula secara halus menjauhkan dari quran.

    Kita mula dijajah bangsa sendiri sejak 1957. Kalau nenek moyang kita bangun di tempat mereka dilahir dan dibesarkan, mungkin mereka ingat ini bukannya bumi tanah tumpah mereka.

    Apa yang terzahir kini adalah pembinasa ummah yang terang dan terbuka...arak, judi, zina, rasuah, bunuh, syirik dihalalkan asal jadi penguasa. Agenda siapa? Pengamalnya siapa?

    Sekiranya admin ikhlas menegakkan yang haq, tak perlu mengatakan satu pihak benaar dan satu pihak salah...yang salah adalah pewaris british yang jelas ada tanda pada lahiriahnya...ya UNITED mno.....pernah diharapkan tp tetap mempertahankan sihir mason pada nama UNItednya.

    Artikel ini aku tafsirkan hanya propaganda halus dlm berkempen utk pati UNIted mno...yang haq adalah menolak terus dwmokrasi

    pH7

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      jika pada masa ini ada sebilangan menolak demokrasi dengan tidak mengundi, maka segolongan lagi yang mengikut rentak demokrasi dengan keluar mengundi akan berkuasa dan kemudian meletakkan Allah di tempat yang lebih rendah selepas menang.

      mana yang lebih haq; berbuat kali ini kerana Allah atau berbuat ini kali kerana demokrasi?

      kita berada di persimpangan pilihan, Allah memberi kita pilihan sama ada "untuk kerana Dia" atau "untuk kerana kekuasan sebilangan manusia".

      : )

      saya dengan rasa tidak malu mengakui
      Allah Maha Besar

      saya tidak memilih selain ALLAH YANG MAHA ESA.

      Delete
    2. ia bukan soal betapa kita perlu menolak demokrasi; ia kerana apabila Allah berkehendak demokrasi itu hancur, maka Dia akan menghancurkannya dalam keadaan manusia tidak bersedia jika itu kehendak-NYA.

      sebelum demokrasi itu hancur dengan sendirinya, maka kita berada di persimpangan pilihan yang ada.

      "Kerana Allah" atau "Kerana manusia"

      sekali lagi saya dengan rasa tidak malu mengakui
      ALLAH MAHA KUASA, MAHA MENGETAHUI mengenai segala yang manusia tidak tahu.

      Allah mengetahui apa yang terbaik untuk manusia walaupun manusia tidak suka kepadanya, Allah juga mengetahui apa yang buruk untuk manusia walaupun manusia sangat suka kepadanya.

      saya dengan rasa tidak malu mengakui
      ALLAH MAHA BESAR

      Delete
  11. aku petik ayat hang:-

    "Apa yang terzahir kini adalah pembinasa ummah yang terang dan terbuka...arak, judi, zina, rasuah, bunuh, syirik dihalalkan asal jadi penguasa. Agenda siapa? Pengamalnya siapa?"

    kita ada undang-undang untuk hukum semua pesalah arak, judi, zina, rasuah, bunuh, syirik . kalau semua pesalah tu dihukum, adakah ia bermakna kita menghalalkan? mcm mana pula nak kata menghalalkan sedangkan ada undang2 yg menghukum & mmg ramai pun yg dah kena hukum.

    menghalalkan tu ialah langsung tak hukum. yg puak satu lagi nak bagi hak seksualiti kat LGBT tu bukan menghalalkan ke? yg anwar nak mintak kaji undang2 liwat yg lapuk tu bukan cara nak halalkan ke? (anwar la kata undang2 tu dah lapuk) dah lupa?

    pikior ler..

    baca la kat AfterDark Writes tu.

    ReplyDelete
  12. mungkin, pendokong politik satu lagi akan menggunakan UT sebagai senjata mereka. sayangnya kalau itu berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry la kawan..ini UT bukan cam syarahan Ustat Azhar Idrus yg ala2 neutral tp x neutral...
      trima la hakikat sekalipun pahit,x adanya pendokong politik di belakang UT

      Delete
  13. nama mak bapak kita pun kita tak rela org lain hina
    inikan pulak nama suci ALLAH

    kali ini undi kerana ALLAH

    ReplyDelete
  14. MULAKANLAH...dengan mendapatkan "maklumat" dari dalam diri kita dan bukannya dari luar diri kita, kerana itu dikhuatiri boleh jadi sebab berlakunya kesesatan jiwa dari jalan pulang kepada dia!...bilamana kita sudah mendapat "maklumat yang memaklumatkan", maka boleh jadi kita akan dapat membezakan yang mana satu maklumat yang benar dan tidak benar!...malah kita juga boleh (melayu boleh) mendapatkan segala macam maklumat yang kita mahukan mengikut daya kekuatan kepercayaan kita sendiri di dalam jiwa kita!...

    ReplyDelete
  15. sudah lama saya mengguna maklumat dlm diri ttg soal ini, sbb saya adalah jemaah abim dan pendokong pas hinggalah kepada penyokong reformasi, itu semua diera pas tak lagi menjadi popular, era harakah sunyi dan sepi dan saya yakin saya antara beribu org dimsia yg setia menyumbang setiap minggu( 2 x seminggu) pada masa itu.

    Konflik menjelma dlm diri saya setelah era reformasi reda( saudara a dipenjara), saya mencari jalan kemelut ini yg mana satu batil dan haq, hanya allah menemui saya pada keyakinan dlm menempuh kemelut ini, dari menelusuri cerita almahdi hinggalah hadis2 akhir zaman yg menyentuh sifat2 yajuj makjuj dan dajal. Kajian saya terencat seketika bila world trade di US runtuh, dimana saya hampir membuat solusi bahawa ini masanya sudah tiba dgn kemunculan taliban serta gempuran terhadap alqaeda (ossama ben laden) sbb adanya ayman alzuhri bersama al qaeda menyakinkan saya sbb ayman dan Islambuoli(yg membunuh pres sadat) adalah dari jemaah alikhwan seiringan dgn jemaah bawaan abim serta akhirnya menghuni dlm jemaah pas (era fadhil noor).

    Dari sini dgn era reformasi masih lg hangat dan saudara an di bebaskan dan menjadi pensyarah di US, saya mula mencari dan mengintai dimana pendirian beliau dlm soal yg segempar ini. Saya amat kecewa sbb saya boleh simpulkan bahawa kata2nya, kaedah alqaeda@taliban dgn caranya berbeza dan saya dgn cara saya sendiri' itu ungkapan yg boleh sy catatkan, disini saya mula melihat saudara an berterusan terutama ucapan dan tulisan beliau dan maklumat2 perhubungan beliau dgn badan2 antarabangsa.

    Dgn kehendak allah saya diyakinkan dgn pendirian saya skrg dan bertemu dgn blog2 spt ini lebih meyakinkan saya bahawa apa yg ditunjukkan ini bukannya di arahkan oleh mana2 jemaah tetapi dgn maklumat dan pertimbangan sendiri tanpa dipengaruhi mana2 makhluk atau pertubuhan. Bermakna maklumat dalaman menemukan kita (sebilangan) bahawa perhatian dan kebimbangan kita adalah pada perkara yg lebih besar dari kemelut di msia skrg, cuma apa yg perlu kita putuskan dgn soal disini hanyalah sekelumit dari isu yg lebih besar, maka berhati hatilah dan yakinlah kebenaran diakhir zaman yg penuh fitnah ini hanya diyakini dan dimiliki oleh minoriti shj yg lain, yg populis waima dlm agama sekalipun mungkin sekadar buih2 spt sabda rasul saw.


    wallahualam
    drp
    pensyarah IPTA

    ReplyDelete
    Replies
    1. well said tuan..
      kita melalui situasi yg serupa pd mulanya
      dan berakhir cara yg sama juga
      Syukur Alhamdulillah..
      rupa2nya ramai yg melalui susur galur cerita yg sama

      pensyarah ipta juga

      Delete
  16. Dengarkan loceng gereja dalam lagu thema ubah
    http://www.youtube.com/watch?v=SG4kSalvAB0

    ReplyDelete
  17. As-salam UT...

    Para Nabi dan Rasul a.s. telah lebih dahulu merasai perit jerih yang saudara-saudara alami...

    Malahan apa yang mereka hadapi lebih hebat lagi ujian dan cubaannya...

    Dedahkanlah apa yang terbuku di kalbumu...

    Supaya ringan beban yang sedang ditanggung...

    Cuma saya berharap...

    Berikanlah PENJELASAN bukannya PEMBAYANG...

    Penatlah teman nak memikiornya Yoep!

    ReplyDelete
  18. "Memang demokrasi bukan jalan terbaik, tetapi kamu semua sedang hidup di dalam kepompong demokrasi. Tidak dapat tidak, kamu perlu terlibat dalam kepompong ini untuk memastikan kuasa secara demokrasi ini masih mampu menjamin kekuasaan orang Islam secara sah berdemokrasi di negara ini"...saya percaya pada kata2 ini .

    ReplyDelete
  19. saya rasa entri ni mcm satu PENAMPAR BESAR yg bertubi-tubi tampar muka pengikut parti politik parti brand islam. UT konsisten dlm isu kalimah ALLAH sejak entri yg dulu & tak prnh terikut dgn rentak parti politik brand islam yg kejap boleh kejap tak boleh ikut nafsu AI & LGE.

    mohon smua dpt share kat twitter @ facebook. kita tolong UT utk TAMPAR mrk semua.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah.. rupanya masih ramai yang sedar akan apa yang sedang berlaku di persekitaran politik kita hari ini. Semoga ramai lagi yang akan cepat tersedar sebelum hari pengundian nanti. Semoga Allah membuka pintu hati-hati mereka yang terlalu keras dengan ketaksuban yang tidak lagi boleh dicernakan. Benar sama sekali seperti di entri tuan.. mengundilah kerana Allah. Saya pun cekalkan hati untuk mengundi kerana Allah.. kerana saya tidak ada pilihan, untuk kali ini demi untuk menyelamatkan Islam, saya terpaksa memilih untuk mengundi. Semoga diselamatkan kita semua dari tipu daya..

    Ros Minna

    ReplyDelete
  21. semoga UT akan meneruskan penerangan dan penjelasan yang seterang-terangnya dan sejelas-jelasnya hingga ke hari mengundi supaya lebih ramai orang akan sedar akan kepentingan mengundi kerana Allah demi kelangsungan agama dan negara.

    teruskan menulis
    teruskan menulis
    teruskan menulis

    ReplyDelete
  22. Untuk Bersikap Lebih ADIL. Saya nk tanya,
    Siapakah yg membenarkan BIBLE dlm versi INDONESIA dibawa masuk & dipasarkan ke MALAYSIA?
    Siapa pula yg membenarkan KALIMAH ALLAH digunakan di gereja2 di SABAH & SARAWAK?
    Siapa pula pemerintah kita yg terang2 menolak hukum hudud dgn menyatakan hukum ALLAH itu sudah ketinggalan zaman?
    Siapa pula pemerintah kita yg menghina janggut RASULULLAH SAW?
    Siapa juga pemerintah2 kita yg pernah menemui Paus John Paul II (ada sesuatu rancangan ke)?
    Siapa la juga yg memperkenalkan 1MALAYSIA (sepertinya ONE WORLD GOVERMENT @ NWO kan)
    DAN BANYAK LAGI PERSOALAN2 LAIN BERKAITAN PIHAK PEMERINTAH...
    JANGAN HANYA MENUDING JARI & MENGIYAKAN SAHAJA KESALAHAN DI PIHAK YG SANA...
    INGATLAH!!! Daulah Islamiyah di Akhir Zaman kembali bukanlah dari perjuangan parti2 politik @ kerajaan pemerintah.
    TETAPI ia bangkit daripada KEKEJAMAN + KEJAHILAN + KETIDAKADILAN PEMERINTAH yang sekian lama berkuasa!
    ADMIN x perlu mempertahankan pemerintah sedia ada kerana ia sudah cukup memberi gambaran bahawa PEMERINTAH yg berkuasa sekarang adalah bersikap seperti itu.
    Bagi rakyat seperti kita seringkali dimomokkan dgn perpecahan di kalangan ummat, padahal ia hanya pada persekitaran politik semasa.
    ADAKAH PEMERINTAH SEKARANG BENAR2 MENGANGKAT MARTABAT ISLAM?
    Martabat agama bukan semata2 hanya membina masjid sahaja, tapi turut melibatkan sikap & rohani para ummatNya. Lihat saja anjuran konsert hiburan yg berleluasa yg turut disertai golongan PEMERINTAH, dan adakala terjadi ceramah ilmu yg ingin diadakan terpaksa dibatalkan utk memberi laluan kpd hiburan yg melalaikan.
    LIHAT SAHAJA KINI DI SELANGOR!!! Masjid2 & Surau2 kembali hidup dgn pelbagai aktiviti & ceramah2 ilmu. Itu juga boleh dibuat perbandingan berbanding PEMERINTAHAN SELANGOR sejak sekian lama.
    Di situ rakyat sudah dapat merasakan siapakah yg benar2 ingin melihat ISLAM itu mekar & disanjung tinggi.
    PERSETANKAN PARA KAFIR YANG MENGHINA ISLAM, PADAHAL PEMERINTAH KITA SENDIRI SERINGKALI MEMBERI CONTOH YG TIDAK BAIK KEPADA MEREKA.
    YA, sekurang2nya para kafir dikalangan parti politik ini KINI sudah tahu menilai yg mana satu UMMAT ISLAM yg benar2 ISLAM @ UMMAT ISLAM yg hanya ISLAM PADA NAMA SAHAJA.

    #MOHON ADMIN LEBIH IKHLAS & ADIL DALAM SETIAP TULISAN. JANGAN MUDAH DIPERHAMBAKAN OLEH PEMERINTAH SEPERTIMANA PEMERINTAH DI AKHIR ZAMAN YG BEGITU SOMBONG UTK TERUS BERKUASA.
    WALLAHU'ALAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      Anon 23 Apr.

      Pertama sekali, kamu meminta supaya kita bersikap lebih adil. tetapi dengan jelas menunjukkan kamu cuba memaksa semua orang untuk menerima bahawa keadilan itu hanya terpakai jika ia memihak kepada kamu.

      baiklah, saya jawab soalan pertama kamu.

      pada 10 mac 2011 sebagaimana laporan (saya petik laporan) Malaysian Insider, dipetik bahawa Pertubuhan The Bible Society of Malaysia (BSM) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia kerana merampas kargo berisi kitab Bible berbahasa Melayu yang dibawa masuk dari Indonesia melalui pelabuhan Klang sejak 2009.

      Keadaan itu menyebabkan penganut Nasrani di Malaysia tidak berpuas hati dan mengadakan bantahan terhadap KDN yang bettegas untuk tidak membenarkan Bible berkenaan diedar kepada umum.

      BSM sebaliknya terus mendesak supaya KDN segera membenarkan Bible berkenaan diedar dan dilepaskan daripada tahanan di Port Klang.

      Saya mahu tanya kamu semula, rentetan daripada peristiwa itu, adakah ia bermakna KDN membenarkan Bible tersebut melepas Port Klang?

      Menjadi peliknya, ada pula parti politik Islam pernah melakukan demonstrasi mahu membenarkan Bible tersebut dilepaskan dari Port Klang. Jadi, nasihat saya, sila lihat perkembangan dari 360 darjah, bukan dari sudut kamu semata-mata.
      ---

      Soalan kedua, bagi kes di Malaysia Borneo, ia tidak sama sebagaimana di Semenanjung. Namun, hak perlembagaan memperuntukkan bahwa agama lain tidak boleh didakwahkan kepada umat Islam di dalam persekutuan Malaysia.
      ----

      soalan ketiga, pemerintah di Malaysia tidak pernah menolak hukum hudud Allah, yang ditolak ialah hukum hudud yang mahu dibawa oleh parti jenama islam di Malaysia.

      lihat draf ini: Warta Kerajaan Negeri Kelantan; Kanun Jenayah Syariah (II). Perkara 16 - Liwat ialah suatu keasalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan SELAIN DARIPADA ISTERINYA yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

      jadi, apa yang kamu faham dengan baris SELAIN DARIPADA ISTERINYA? Maka atas sebab itu hukum hudud yang mahu dibawa parti jenama Islam itu tidak dipersetujui pemerintah.

      manakala dalam perkembangan lain, pemerintah juga mahu melakukan penelitian mengenai cara berkesan untuk melaksanakan hudud.

      jangan pula buat-buat lupa bahawa parti islam itu sudah tidak mahu melaksanakan hudud dengan mengatakan hudud hanya 0.001 peratus daripada keseluruhan kandungan Quran.

      --

      soalan keempat, mengapa pula kamu tidak mahu mempersoalkan
      tuan guru kamu mengenai perkataannya yang mengatakan baginda Nabi Muhammad itu sama seperti mamat-mamat kampung sebelum diangkat menjadi nabi oleh Allah? itu tidak pula kamu tafsir sebagai menghina rasulullah? mengapa keadilan hanya perlu memihak kepada kamu semata-mata? kamu lupa bahawa nama Muhamamd itu diletakkan dalam syurga pada sebelum Allah menciptakan langit dan bumi? maka, apakah MUhammad itu setaraf dengan mamat-mamat kampung yang lain sebelum diangkat menjadi nabi?
      ---

      soalan kelima, tidakkah kamu sedar bahawa gambar pemimpin melayu yang bertemu Pope John Paul II itu hanya gambar superimpose? Bagaimana pula dengan laoran Harakah bahawa tuan guru kamu ditawarkan untuk menggunakan perkataan kata nama Jesus bagi orang Islam, ia dilaporkan dalam Harakah. jangan buat-buat buta.

      ---

      soalan keenam, jangan pula kamu buat-buat lupa dengan PAS FOR ALL, bukankah ia juga sama seperti motto ISRAEL FOR ALL?

      --

      jangan kamu hanya memandang kebenaran itu akan disebut adil kalau ia hanya semata-mata perlu memihak kepada kamu.

      lihatlah semua dengan 30 darjah.

      kamu perlu lebih ikhlas terhadap diri sendiri.

      saya kasihan dengan kamu.

      seperkara lagi, bukan admin yang menulis artikel ini.

      Delete
    2. seperkara lagi, kita tidak mahu bercakap yang cenderung kepada politik atau pemerintah sebagaimana kebanyakan perkataan-perkataan kamu di atas yang cenderung kepada parti politik yang kamu suka.

      kita tidak diperhambakan mana-mana parti politik. itu tuduhan berat daripada kamu.

      saya akan menunggu kamu di akhirat atas tuduhan itu.

      Delete
    3. sila baca semula artikel, adakah kita menulis kerana politik?

      kita sudah menyatakan dengan jelas; kita mahu mengingatkan kamu semua bahawa Putrajaya itu tidak lebih besar daripada Allah yang Maha Besar.

      jika kamu terlalu leka berpolitik, jangan pula menyamakan orang lain seperti kamu.

      saya mahu tanya kamu, adakah Allah itu tidak MAHA BESAR bagi kamu?

      ingat satu perkara;

      jika kita sendiri zalim, janganlah kita mengharapkan pemimpin itu tidak zalim, ia kerana pemimpin itu dilantik dari kalangan rakyat yang zalim.

      kalau kamu mahu pemimpin yang tidak zalim, kamu sendiri perlu membuang sikap zalim.

      jika kamu hanya mentafsirkan keadilan itu hanya akan adil kalau ia memihak kepada kamu semata-mata, maka kamu sebenarnya yang zalim.

      "Kebenaran itu tidak pernah memilih sesiapa yang disukainya, tetapi jika kamu semua menyukai kebenaran maka kamu harus berusaha memihak kepada kebenaran meskipun kenyataan-kenyataan terselindung yang timbul daripada jawapan-jawapan yang meragukan itu sangat anda tidak sukai, maka ada kebenaran yang disembunyikan di sebaliknya, kebenaran itu tidak pernah selalu datang dalam bentuk manisan."

      Delete
    4. Salam, boleh saya mohon untuk copy dan paste jawapan Drifter berkaitan soalan2 di atas, pada facebook saya???

      Delete
    5. Salam...

      Those people won't understand and will never understand...unless, sudah terantuk... :)

      Lutfi

      Delete
    6. Saudara DRIFTER cuba melencongkan fakta. Adalah jelas pemimpin tertinggi kerajaan menolak perlaksanaan hudud dengan pelbagai alasan antaranya sukar melaksanakan hudud dalam masyarakat majmuk dan kesesuaian zaman.

      Cuba saudara bandingkan tafsiran kesalahan liwat dalam undang-undang Kerajaan Pusat yg sedia ada. Mengikut SEKSYEN 2 AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN, liwat hanya salah jika LELAKI MELIWAT LELAKI. Melakukan perbuatan itu kepada perempuan atau isteri dianggap tidak bersalah dan tidak akan dihukum.

      Berbeza sekali dengan hudud yg mana kepentingan wanita turut sama dilindungi.

      Merujuk kepada Hudud: Kanun Jenayah Syariah (II) perkara 16 sepertimana yg dinyatakan oleh saudara Drifter- kesalahan liwat seperti itu hendaklah dihukum dengan hukuman yg sama seperti yg ditetapkan bagi pesalah ZINA.

      Perlakuan liwat antara suami isteri tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukum ia akan dikenakan Hukum takzir

      Saya ingin bersangka baik dan berharap saudara tiada niat untuk menimbulkan kekeliruan terhadap perkara yg sudah jelas dan tiada keraguan.

      Jika benar tidak tahu bertanyalah kepada mereka yg lebih arif.

      Delete
    7. salam

      pertama sekali, adakah kita melencongkan fakta? atau kita memberitahu salah satu daripada perkara yang masih belum jelas disebabkan ada kekeliruan dalam masyarakat? melencong dan memberitahu itu tidak sama pengertiannya.

      : )

      kita hidup di zaman yang mana nabi sudah wafat meninggalkan kita. oleh itu, pemahaman terhadap hukum-hukum Islam berselaput dalam ketidakjelasan.

      secara peribadi, saya juga suka hudud. ini adalah pendirian saya bersama semua ahli panel di blog ini kalau kamu ada membaca artikel-artikel di blog ini.

      menjadi masalah dengan pelaksanaan hudud di negara ini ialah, terma-terma dalam subseksyen undang-undang hudud yang mahu dijalankan itu sendiri ada kekeliruan.

      kita tahu bahawa kalau ada kekeliruan dalam pernyataan terma-terma dalam sesebuah undang-undang, ia akan menimbulkan masalah dalam proses memberi keadilan.

      lebih elok kalau kekeliruan itu diperjelaskan semula dengan terma-terma yang didefinisikan dengan lebih jelas supaya proses pelaksanaannya dapat memberi keadilan untuk semua. kalau kamu selalu masuk mahkamah, kamu akan tahu kenapa saya berkata demikian.

      secara peribadi, saya amat suka kalau hudud dilaksanakan.

      tetapi bagaimana pula dengan rakan-rakan sekutu parti politik jenama islam yang terang-terang menolak hudud? sudah lama mereka berkawan, kenapa rakan politik mereka masih tidak dapat diberi kefahaman dan menentangnya secara terang-terangan? saya juga tidak suka keadaan ini.

      itu dilema dalam masalah ini.

      tak baik merendah-rendahkan orang lain

      : )

      Delete
    8. jika begitu suruh saja pemimpin parti politik jenama bangsa m itu yg menjalankan hukum hudud. oh, tidak boleh? sebabnya sekutu dlm parti politik jenama m itu juga tidak setuju utk menjalankan hukum Allah. jadi mana 1 pula harus kita pilih wahai encik admin? yg sudah sedia jijik & kotor @ yg belum tau lagi tahap kekotorannya? oh admin semestinya memilih yg sedia kotor kerana secara halusnya admin sudah pn menyokong perjuangan kotor mereka. x perlu nk spin or berdalih lagi, senang ckp admin perlu berterus terang saja yg admin ini dari puak pro parti jenama yg sudah sekian lama kotor!

      Delete
    9. salam

      saya dan seluruh manusia yang berada di sebalik blog Umat Terakhir tidak mengundi

      jadi, apa kepentingan untuk kami di sini condong kepada parti politik?

      tak baik menuduh.

      tak mengapa,
      saya faham, kamu terlalu 'tekun' berpolitik kepartian.

      : )

      saya orang Islam, saya sendiri suka hudud.
      sila baca komen saya sebelum ini berkenaan hudud.

      tak perlu beremosi berlebih-lebihan

      : )

      saya sedekah senyuman untuk kamu

      mungkin kamu tidak tahu DRIFTER bukan ADMIN : )

      kalau begitu, bacalah semua artikel di blog ini untuk memahami segala maksud blog ini yang sebenar berhubung kita semua.

      saya juga faham, kamu terlalu cinta kepada parti kesayangan kamu, tidak salah kalau kamu bertindak sebagai team-member dalam parti kesayangan kamu.

      bersederhanalah ye..

      : )

      _WAQQAS

      Delete
  23. dalam suasana panas sekarang ada dari golongan pembangkang yg mengatakan haram mengundi umno manakala dari kumpulan penyokong kerajaan pula mengatakan wajib
    mengundi umno ya tentu mereka semua ada hujjah

    tapi rasanya seolah2 macam politik itu dah macam satu ritual agama pula ?

    How The Elite Control Politics
    http://www.youtube.com/watch?v=CApsSQeG6HM

    ReplyDelete
  24. saya teringat satu pepatah cina

    kamu tidak akan mengatakan seseorang itu penipu
    sekiranya kamu tidak sedar yg dia sedang menipu kamu

    ReplyDelete
  25. Rahsia memang tak berhuruf tak berbunyi tak berupa tak berbau..ada pada cinta nyata pada rasa membawa amanahnya. Yang ada ni , usah ditinggikan, sebab itu dera ...dan usah dipikul jadi tugas, hanya taat amanahnya, kamu tak dipertanggungjawabkan lebih dari apa yang apa kamu mampu.

    Sebab itu penetapan perintah MAHA SA dahulukan. Peraturan seumpama: "Kita tidak akan con mereka semua kerana telah ditetapkan peraturan you can’t con a conman." hanya dalam sangkaan, khayali membataskan kamu melihat Kebesaran Allah.

    Bertindak bil Ma'ruf, Nahyu anil Munkar. Sabar. Sabar. Sabar.

    ReplyDelete
  26. Melihat perkembangan keadaan semasa di akhir zaman ini dan kebimbangan masa depan anak-anak, tahun ni aku tukarkan sekolah anak-anak aku dari sekolah kerajaan ke sekolah swasta aliran ugama, tujuannya satu, supaya anak-anak aku dapat pendidikan ugama secukupnya yang ibubapanya tidak dapat memberi sepenuhnya. Sangat terkejut beberapa hari lalu anakku bercerita ada kawannya memaki hamun Najib dengan perkataan yang sangat2 seorang pelajar sekolah rendah aliran ugama berusia 9-10 tahun tidak patut katakan, berbagai caci maki yang dikeluarkan kepada kerajaan sekarang, patut ke anak-anak kecil yang tidak faham apa-apa ini dilibatkan dalam soal politik semasa? Aku telah awal-awal lagi menasihati anak2 aku berusia 10 dan 9 supaya tidak mempedulikan apa2 yang dikatakan oleh kawan2 berkaitan politik, aku cuma ingatkan mereka supaya tujuan mereka ke sekolah adalah untuk mencari ilmu. Tetapi anakku yang berusia 10 tahun itu memberitahu aku lagi dia dengan geram telah bertanya kepada kawannya yang memaki hamun tadi, apakah kawannya itu tidak mengambil bantuan RM100 yang diberikan kepada semua pelajar, kawannya tersebut terdiam. Aku terdiam mendengar soalan anakku kepada rakannya itu. Hingga kini aku masih terfikir kata-kata anakku itu, di manakah dia mendapat ilham untuk berkata begitu sedangkan aku tidak pernah mengajarnya untuk memikirkan masalah negara, selain, pada peringkat usianya aku hanya menasihatinya supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran. Soalan aku, patut ke anak-anak kecil yang masih bersekolah rendah itu (aku pasti ianya anak-anak kepada mereka yang bencikan pemerintah sedia ada)diheret ke dalam isu politik negara yang Allah lah sahaja yang maha mengetahui kebenarannya. Semoga Allah memberi aku kebijaksaan dalam membimbing anak-anakku.

    Terima kasih kepada Umat Terakhir, aku telah lama mengikuti blog ini, teruskan perjuangan, aku sentiasa bersamamu. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat kepada semua anda yang terlibat di dalam pencarian dan penyampaian rahsia-rahsia ini.

    Aku akan undi kali ini kerana Allah....Allahhu Akbar

    Aku Melayu Islam

    ReplyDelete
  27. Sementara menanti Khalifah Islam bangkit, aku sebagai rakyat akan taat setia kepada Allah, RasulNya dan YDPA dengan segala urusan pentadbiran kerajaan kepada Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu

    WM

    ReplyDelete
  28. mari kita tolak penderhaka

    mari kita memanfaatkan peluang ini

    mari kita mengundi kerana ALLAH

    aku mengaku ALLAH MAHA BESAR

    mari kita bagi pengajaran kpd mereka

    dan bagi mereka sedar bahawa

    ALLAH itu MAHA BESAR

    ReplyDelete
  29. aku tgk bnyk kwn2 aku share entri ni kat facebook. ada juga puak (kwn2 jugak) yg meroyan sbb entri ni. meroyan sbb dah kena tempeleng dgn umat terakhir.

    apa lagi, jom la share ramai2 kat facebook

    kita pakat usaha bagi diaorang sedar. apa lagi? jom!!

    aku suka blog konspirasi yg terer2 mcm ni, very ikhlas dlm penulisan.

    jom!!!!!

    ReplyDelete
  30. http://www.pisau.net/hot-jentera-kempen-pas-pukul-kanak-kanak/

    mari hentikan semua ini

    ReplyDelete
  31. Teruskan menulis UT....

    Kita sekarang ni dah jauh dr kehidupan Islam yg sebenar dan setidak-tidaknya apa yg kita lakukan hari ini, moga-moga menjadi manafaat buat anak cucu kita di masa hadapan.... mudah-mudahan juga kita mengharapkan pandangan Allah utk usaha kita yg tidak seberapa ini demi umat akan datang.... InsyaALLAH.... Amiinnn ALLAH MAHA BESAR!

    ReplyDelete
  32. salam buat semua juga buat anon 23 Apr:

    marilah berfikir dan menulis dari isi hati & kalbu terdalam / anda MEMBESARKAN HURUF-HURUF untuk tujuan menunjukkan kebejatan suatu pihak / anda menterjemahkan bahasa minda anda dan menayangkan pada ruang maya / ini adalah ruang pencinta kalbu dengan minda rohani yang tulus /JANGAN PAKSAKAN fahaman anda pada aras kalbu terendah / sejauh itu anda berhujah tidak lain hanya akan menampakkan kecetekan dan kemarahan / orang marah tidak mampu mengaktifkan neuron otak dengan jalan yang betul...

    maaf teguran dari saya / salam buat semua...dah lama cikgu tak ke ruang maya

    Cikgu Azhar Ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak perlu minta maaf
      pandangan tetap pandangan, andaian akan terus menjadi andaian cuma masaalah dalam dari sudut persepsi masing2 tapi hukum tetap hukum ia takkan berubah

      contohnya sembahyang hukumnya wajib dan tetap tidak akan berubah inilah yg kita semua kena pertahankan

      Delete
  33. Mohon untul mengulas " kita dalam kepompong demokrasi"....semua kita yakin Allah maha Besar .Allah Maha berkuasa,Allah Maha mendengar n Allah Maha segala2nya yg baik.Dalam srh Fatehah kita kata ..kpd Allah lah kita mnta pertolongan.. .Dlam srh al ikhlas kita kata Allah tempat bergantung.jd dlm dilema dharurat terpaksa makan babi tu .kambing datang sndiri ke? Mestilah Allah yg hntr.kita banyak guna aqal dlm banyak hal.kisah2 dlm alqur an bkn utk di lagukan saja tapi utk jd cntoh.apa Nabi Musa lakukan masa sesat di padang teh? Mereka solat hajat!minta tolong dgn Tuhan! Ape umat Nabi Danial lakukan semasa ditindas?mereka mendatangi Nabi mereka utk mnta pd Tuhan utk datgkan pemimpin.maka Thn bg tholut.sebenarnya itulah panduan utk kita.kita percaya Tuhan itu wujud tapi dlm bertindak mcm Thn tu x de peranan.!klu terpaksa mkn babi x bleh ke merintih kat Thn...aku x sanggup nk telan babi ni Thn ,engkau kan maha pemurah n penyayang.datangkan lah manna n salwa kat aku! mnta diwaktu sepertiga mlm.klu kita ramai2 mnta utk Thn dtgkan pemimpin yg adil x kan Thn x dengar kot.kita ada satu mlm jumaat lg nk mnta tolong dgn Thn.marilah kita sama2 lakukannya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      berhubung frasa "kita dalam kepompong demokrasi" itu nantilah lain masa, kita mahu berehat dahulu. maksud saya, kita mahu berehat daripada menulis di sini.

      banyak kerja yang perlu kita lakukan. mungkin ini adalah one last job, selepas ini no more jobs & kita mungkin akan serahkan kepada kamu semua untuk menjaga agama dan diri sendiri selepas ini, mungkin.

      kita sudah tidak mahu menganggung masalah kamu semua, mungkin.

      berhubung analogi antara babi dengan kambing itu, kita dengan jelas memberitahu "kita diuji dengan babi itu" dan "kali ini kita diuji untuk membuat pilihan (antara babi dengan kambing itu)". maka, saudara telah membaca frasa itu dengan cara 'read between the lines' dengan memahami bahawa Allah yang menguji kita. dalam contoh analogi itu, kita cuba menjadikan pembaca faham bahawa Allah mendatangkan ujian kepada kita.

      memang kita wajar berdoa sebagaimana yang saudara sebutkan, sekali lagi saudara berjaya memahami frasa itu dengan cara melkaukan 'read between the lines'.

      Allah memberi kita pilihan yang getir buat masa ini.

      pilihan itu adalah:

      "untuk kerana Dia"

      atau

      "untuk kerana manusia"

      sesungguhnya saya tidak segan silu mengakui

      ALLAH ITU SATU (Allahu Ahad)
      ALLAH MAHA BESAR (allahu Akbar)

      _WAQQAS

      Delete
    2. Salam Admin,

      Janganlah berhenti terus dari menulis ..kami yg lain suka lagi membaca UT. Berehat2 la dolo warga UT di masa sebok ini tp jgn berhenti terus..Admin..nanti sambung lagik ok..

      Harap UT x merajuk..sebab kami masalah kamu jugak..kita umat Islam adalah bersaudara.

      Delete
  34. artikel yg mampu menyepak muka penyokong puak2 yang masih belum sedar.. game musuh Islam ni banyak plan A-Z.. kita yang kena pandai tapis.. tapi kebanyakan ahli puak akan terus menerus mempertahankan partainya walau dibuli oleh puak perosak secara x sedar.. dajjal dan proxynya penuh tipu daya yang kita tak mampu menahannya..

    Ya Allah tunjukan kami jalan yang lurus (alfatihah: 6)

    ReplyDelete
  35. janganlah di salahkan UMNO dan janganlah pulak d sesatkan PAS, siapalah kita ini hendak hukum menghukum sesama kita ini, masing-masing ada kelemahan dan kelebihan dan yg penting kita sesama kita mahu bersatu dengan meletakkan kepentingan agama d hadapan,

    Janganlah terlalu fanatik dan taksub terhadap sesebuah parti politik hinggakan kita mengabaikan tatasusila kita sebagai seorang manusia yg dengan lantangnya mengatakan kita ini beragama Islam tetapi perangai kita tak ubah macam orang yg tiada pemikiran.

    Apapun kita doakan yg terbaik dan tolaklah kepentingan peribadi demi generasi masa hadapan yg hidup mereka lebih mencabar dari apa yg kita lalui hari ini.

    Pilihlah yg lihat depan mata kita yg dapat memelihara masa hadapan anak-anak kita. Sebelum ngundi marilah kita solat hajat minta Allah swt tunjukkan mana yg terbaik. Ketepikan dulu nafsu kita. Tengoklah apa yg Allah nak beri dan yakinlah dengan solat hajat kita itu nanti... InsyaALLah.

    ALLAH MAHA BESAR!

    ReplyDelete
  36. Semuga Ummat Melayu Islam di Malaysia dapat berfikir secara rasional demi untuk Bangsa Melayu, Ugama Islam dan Negara Malaysia.

    Semuga Allah mempermudahkan Kerajaan yang telah memerintah dari semenjak Malaysia Merdeka dengan satu lagi lonjakan kemenangan yang jitu untuk Bangsa, Ugama dan Negara.

    Ya Allah tolonglah kami untuk menumpaskan kebatilan pemimpin yang sanggup menjual maruah bangsa dan negara semata mata untuk ke Politik ke Putra Jaya. Ya Allah bantulah kami untuk menumpaskan pemimpin yang mempersendakan akidah kami ummat Islam dengan pluralisma dan fahaman karut dari barat un tuk menghalalkan LGBT.

    Ya Allah bantulah kami. Amin.

    ReplyDelete
  37. Ya Allah, Kau menemukan aku dgn group ini.. tertny2 if ada group ini dlm malaysia.. Alhamdulillah.. fikiran korg sme dgn aku.. coz dah selama 3minggu aku cari fakta atas sbb nasihat sahabatku... dah byk aku jumpa psl konflik, agenda dan konspirasi dlm PRU13 ni... yg lebih mengejutkan lg, fakta terperinci pasal HARI KIAMAT.. kenapa mahathir digeruni pihak luar, knp putrajaya wujud, knp itu dan kenapa ini.. mcm2 lg.. smpai sekarang aku masih meremang.. demi politik, manusia sanggup mempermainkan agama.. aku tidak memilih mna2 pihak hatta sesiapa pn.. aku mahukan ISLAM yg sebenar.. byk link yg aku boleh bg utk korg sahabatku buat selidikan n kajian.. betul kata tuan,kita mmg umat terakhir.. dan mungkin, mungkin anak kita nti adalah batch terakhir.

    ReplyDelete
  38. New Order - Tangan Asing Hancurkan Malaysia

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=QcJOyP8RHJ4

    ReplyDelete
  39. syukur sejak tersebar artikel UT, ramai makin jelas. walau bagaimana pun terpulang pada diri masing masing.

    diharapkan pengunjung UT dpt kongsikan artikel ini utk tatapan semua kenalan

    berlapang dada didalam menyampaikan sesuatu, Allah akan berkati anda semua

    tq UT, hope selepas PRu13 ada artikel baru menyusul.

    ReplyDelete
  40. Sesuatu yang amat pelik yang sering saya fikirkan dan menjadi persoalan..Di mana orang Melayu yang sememangnya beragama Islam tidak dapat bersatu kerana Islam itu sendiri tetapi cuba kita lihat bagaimana mereka dapat bersatu kerana bola sepak.Bagaimana mereka bersama-sama memenuhkan stadium menyokong pasukan bola sepak negara.Bukankah mereka terdiri dari penyokong pembangkang dan penyokong kerajaan.Mengapa dengan bola sepak dapat bersatu tetapi tidak dengan Islam.Sedangkan Islam mengajar umatnya supaya bersatu.Tidakkah itu sesuatu yang pelik?.Jadi apa sebenarnya yang berlaku?Di mana silapnya?Bukankah kita disuruh kembali kepada Al-Quran dan Hadis apabila berselisih antara satu sama lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar lintasan pemikiran

      bola sepak tidak dipolitikkan (dalam konteks perebutan kuasa pemerintahan negara) dan tidak dimomokkan begitu teruk sebagaimana nasib agama islam

      malahan sorry to say that, bola sepak itu dicipta untuk melalaikan manusia (sorry kepada para pencinta bola sepak) hingga kepentingan bersatu demi bola sepak (kenegerian) lebih utama dari bersatu demi menjunjung kemuliaan agama islam

      bola sepak in a way merupakan satu bentuk hiburan (yang lagha - melalaikan) jgn marah para peminat bola sepak

      cuba bayangkan kalau bola sepak itu menjadi sebahagian dari isu2 utama politik, boleh bergaduh dibuatnya

      Delete
  41. Semoga hiatus UT tidak terlalu lama. Saya rindukan artikel siri Tenaga :)

    -staff

    ReplyDelete
  42. Orang Kampung Jambi, Rengit27 April 2013 at 22:00

    Salam buat saudara Admin,

    ALHAMDULILLAH, saya amat bersyukur kerana didalam usaha saya hendak mencari kebenaran, saya dipertemukan dengan blog saudara. Benar kata-kata saudara, tidak ada parti politik yang benar-benar bersih sebagaimana dengan diri kita sendiri yang tidak pernah lari dari melakukan kesalahan.

    Waktu masih mengizinkan saya untuk terus berusaha mencari kebenaran dan INSYAALAH, apabila tiba waktunya nanti, pilihan saya nanti adalah demi ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  43. Jika benar Malaysia mengamalkan politik sihat. Kenapa tak benarkan Pakatan Rakyat berkempen di kaca tv, Saban hari, di kaca tv hanya dibenarkan hanya Barisan Nasional, manakala pihak Pakatan Rakyat hanya dibenarkan hanya makian, cacian atau fitnah semata-mata. Akhir sekali, marilah lakukan perubahan pada Malaysia bukan taksub pd konspirasi dajjal. wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. udah2 le ckp psl politik

      entri ni tak ckp pasal politik pun

      cuba baca sampai habis bagi faham

      artikel ni pasal kewajipan kita terhadap Allah Maha Besar

      udah2 le, keluar la dari kepompong child politics

      ni bukan blog politik pun

      Delete
  44. ahli PAS & PKR yg beragama Islam patut sedar Allah Maha Besar.

    kesilapan & kegelojohan pemimpin PAS & PKR utk ke putrajaya sampai sanggup ketepikan kebesaran & keesaan Allah patut diberi pengajaran oleh pengundi yang Muslim dlm PRU13 ni.

    PAS & PKR patut diberi pengajaran. orang Islam di Malaysia patut sedar perkara ni.

    kita wajib tolak mereka yang sanggup benarkan Allah Maha Esa digunakan kitab agama lain.

    sebarkan artikel ni demi Allah Maha Esa yang kita sayangi.

    lakukan demi Allah

    ReplyDelete
  45. andai kata pada masa ini pas itu sebuah parti yang tersendiri, teguh, kukuh, berkarisma, boleh diharap untuk membuat kerja meladeni kepentingan agama, rakyat dan negara - pasti pas itu boleh menjadi payung kepada harapan rakyat jelata

    kita mengharapkan sebuah sekumpulan orang melayu islam yang bukan saja alim, warak, berilmu tetapi harus juga kuat ekonominya, kuat persaudaraannya, baik akhlaknya, rajin, disegani dan dihormati kawan dan lawan

    kita amat mengarapkan itu terjadi pada parti pas

    tetapi masalah besar sekarang ialah pas telah dipergunakan oleh orang-orang dari aliran plural, lgbt, liberal dan yang seangkatan dengannya

    kebencian yang keterlaluan terhadap sekumpulan lagi orang melayu islam telah menutup pintu hati parti pas untuk melihat kebenaran dari sudut yang lain

    begitu juga kebanyakan orang melayu di dalam pkr dan dap, kita sayangkan mereka kerana telah termakan gula-gula sekumpulan manusia berkiblatkan republik-komunis

    bila saja dapat kuasa - perkara pertama yang disentuh ialah isu azan, bila lama sikit berkuasa, perkara seterusnya yang disentuh ialah isu kalimah Allah, bila agak lama berkuasa - perkara lain yang disentuh ialah isu wang zakat, isu pembinaan masjid - orang-orang ini sememangnya tidak rasis kepada bangsa tetapi terus direct rasis kepada agama islam itu sendiri

    walau begitu teruknya seorang melayu islam - jarang sembahyang, jarang puasa, selalu buat salah tetapi bila disentuh sensitiviti agama islam dan Allah, pasti terdetik barang sedikit perasaan geram dengan manusia-manusia yang jelas mahu mengganggu-gugat agama rasmi negara kita

    perbuatlah kerana Allah kerana kita semua tanpa mengira parti masih lagi kekal sebagai hamba yang hina kepadaNya

    ReplyDelete
  46. Salam semua

    Eloklah ramai di kalangan kita mula bercakap di sini tanpa mengutamakan politik kepartian.

    Allah lebih besar daripada segala-galanya, membesarkan kebesaran Allah pula adalah kewajipan kita sebagai umat Islam. kalau ada yang mahu menafikan kenyataan saya ini, silakan.
    --

    kepada Anonymous 28 April 2013 00:09. mari sini baca komen saya. jangan hanya tahu tinggalkan komen dan kemudian tidak lagi berbalas komen sebagaimana dilakukan Anonymous 23 April 2013 11:21. saya sangat tidak suka sikap seperti itu.

    perkaranya sekarang ialah ketelusan slogan 'kebebasan media' yang pihak kamu amalkan.

    media-media arus perdana walaupun tidak membuka 100 peratus peluang kepada pemimpin-pemimpin kamu untuk bercakap dalam media arus perdana, sekurang-kurangnya media arus perdana ada juga memberi peluang pemimpin-pemimpin kamu menggunakan media arus perdana untuk bersuara melaluinya.

    tetapi sebaliknya, media yang pro sebelah kamu pula hanya tahu memburukkan musuh politik kamu setiap hari. media pro kamu tidak pernah beri peluang kepada musuh politik kamu untuk bersuara melaluinya. maka, adakah kamu juga telus dalam soal media?

    pemimpin-pemimpin PAS diberi peluang bercakap dalam media arus perdana semasa muktamar mereka tahun lalu. tetapi, media-media pro kamu pula sentiasa cari peluang memburukkan musuh politik kamu pada ketika musuh politik kamu mengadakan perhimpunan agung mereka.

    sebagaimana ADMIN kata dalam komen di atas; kalau kita sendiri zalim kepada orang lain, janganlah pula kita mengharapkan orang lain tidak zalim kepada kita.

    kita di blog ini tidak bermain dengan teori konspirasi yang tidak matang. ia kerana kita tahu bahawa tidak semua perkara yang berlaku di atas muka bumi ini tercetus disebabkan konspirasi. sebaliknya, hanya kalangan kamu sahaja yang sentiasa menuduh musuh politik kamu melakukan konspirasi dalam semua perkara.

    sekurang-kurangnya, kita di blog ini 'alert' dengan janji Allah dan Rasul-Nya mengenai kedatangan Dajjal. sekurang-kurangnya kita di blog ini 'taksub' dengan janji Allah, kamu pula sebaliknya taksub dengan pemimpin kamu. ada beza antara dua jenis definisi taksub antara kita.

    kalau PAS itu lambangnya bulan, ok kita terima sebab bulatan putih itu boleh kita andaikan ia bulan purnama. kalau BN pula lambangnya dacing, dan terang-terang ia gambar dacing. kalau UMNO, terang-terang ada gambar keris bersilang.

    saya mahu tanya, lambang PKR itu gambar apa pula? tidak jelas apakah gambar lambangnya yang sebenar. boleh beritahu saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..jangan cuba-cuba nak spin dari topik 'buatlah demi Allah Maha Besar' kepada topik kebebasan media.

      saya cukup masak dengan taktik spin

      Allah Maha Besar lebih besar daripada media, lebih besar daripada Putrajaya

      Delete
    2. PKR lambang mata

      mata DAJJAL

      Delete
    3. dajjal mata satu

      eh..nampak mcm mata, tapi bukan mata

      nampak macam saya, tapi perut dia buncit sikit

      alasan tipikal

      : )

      Delete
    4. bagaimana dengan lambang alat kelamin wanita??

      adakah sampai begitu sekali maksud lambang pkr??

      kalau setakat dajjal mata satu - itu biasa, tapi kalau vagina macamana??

      lambang bulan - faham
      lambang dacing - faham
      lambang keris - faham
      lambang tanduk kerbau - faham
      lambang roket - faham
      lambang jam loceng - faham
      lambang payung - faham

      lambang vagina - tarak faham

      Delete
    5. Vagina hanyalah satu rongga yang terbentuk dari lelipat kulit nipis di sekelilingnya. Berbeza dengan logo PKR. Warna putih membentuk mata putih dan bulatan biru di tengah membentuk anak mata. Vagina juga membujur secara vertical, bukan melintang macam logo PKR tu. Dah zaman teknologi canggih ni, cari la gambar kat google images tu lepas tu bandingkan sendiri. jangan nak kata saya lucah pulak. nak tahu kena tengok sendiri. Oh ya, cari anatomical drawing ye, bkn real picture. Kalau tengok gambar real nanti tak faham. Saya pernah duduk sekelas dengan penyokong kuat PR yang belajar anatomy, tak pernah pun diorang kata logo PKR macam vagina. Lucu sangat kamu ni.

      Delete
    6. salam

      saudara berdua di atas, harap tidak berlebihan dalam befikir dan berbahasa, sila hormati pembaca wanita. sila guna ungkapan yang halus lagi sopan dan tidak menyinggung pembaca wanita.

      _WAQQAS

      Delete
    7. jika admin rasa ia keterlaluan - sila disable atau delete saja 2 komen diatas serta komen yang ini

      tapi itulah hakikat yang terpaksa diterima walau tidak enak dibaca, tidak sedap dipandang mata atau tidak sesuai didengar telinga

      ^^-peace-^^

      Delete
    8. salam

      harap tak ada lagi komen yang keterlaluan dalam berbahasa. melayu itu tinggi budi bahasanya, kan lebih elok kalau guna bahasa kiasan. berbahasalah dengan cara enak-enak, menantu tak tersinggung, tak juga anak.

      pembaca kita kebanyakannya matang-matang belaka. harap-harapnya.

      _WAQQAS

      Delete
    9. This comment has been removed by the author.

      Delete
  47. baca ni

    http://badutrakyat.blogspot.com/2013/04/hot-news-pru13-pas-patut-islamkan-raja.html

    ada org pas nak jawab? udah2 le jgn jadi bodoh, malu aku dgn sikap org pas. aku keluar dari pas pun sbb dah tak boleh thn tgk perangai bodoh yg direstui pemimpin pas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni aku paste je kat sini. rajin2 la baca sampai habis.

      lepas tu, miiker pikior le sendiri.

      Membiarkan bukan Islam memetik ayat-ayat AlQuran dan Hadith di pentas-pentas ceramah nampaknya terus menjadi budaya PAS dan setiap kali penceramah bukan Islam itu berbuat demikian,maka penyokong-penyokong PAS akan bertakbir dan bertepuk tangan gembira seolah-olah beliau sudah masuk Islam.Apa yang menggusarkan kita ialah,para penceramah bukan Islam tersebut selalunya tidak mampu menyebut ayat dengan betul dan tersalah pula menterjemah maksudnya.Sebagai seorang Islam,bergetarlah hati kita apabila ayat AlQuran disalah sebut dan salah-terjemah sedemikian dan kemudian disambut sebagai benar pula oleh yang mendengar.Melalui pengalaman sendiri,dalam beberapa insiden,mereka yang bertakbir dan bertepuk tangan mendengar ayat yang disalah-sebut dan salah terjemah itu,adalah golongan yang penulis cukup kenal sebagai ‘geng surau’ di kawasan perumahan penulis.Justeru,saya hairan,apakah ‘geng surau’ ini tidak tahu bahawa apa yang diperkatakan oleh penceramah bukan Islam itu salah ??? Tidakkah hati mereka juga bergetar ?? Namun,itulah hakikatnya politik PAS yang menjual agama demi kuasa.Baru-baru ini perkara yang sama berlaku lagi di mana seorang penceramah beragama Hindu iaitu Raja Ratnam yang didatangkan khas dari Kelantan untuk ‘memperbetulkan akidah Islam orang-orang UMNO’ di Putrajaya.

      sambung kat bawah

      Delete
    2. sambung dari atas

      Raja Ratnam dengan megah mengakui yang beliau lebih memahami Islam dari UMNO lalu menyebut dengan fasih : “Auzubillah himinaz syaitan nirrojim,Bismillahhirrohmanirrohim” dan disambut dengan pekik takbir dan tepukan oleh hadirin penyokong PAS.Seterusnya,Ratnam pun mempersoalkan UMNO yang tidak menerima hudud dan juga solat orang-orang UMNO sebagai sia-sia.Dengan kata-kata itu,maka penyokong-penyokong PAS yang hadir pun melihat Ratnam sebagai lebih Islam dari UMNO.Walhal,Ratnam kekal beragama Hindu.Bukankah ini sesuatu yang sangat pelik,tidak masuk akal dan ganjil ??? Sebagai Umat Islam yang beriman bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar, maka tentulah kita tidak boleh menerima bahawa Ratnam lebih memahami Islam dari UMNO.Ini kerana jika benar Ratnam memahami Islam,beliau pasti sudah mengucap dua kalimah syahadah dan bukannya berceramah di sana-sini demi politik sesat PAS.Mungkin kita perlu bertanya kepada Mursyidul Am Nik Aziz,jika PAS begitu pandai berdakwah dan Ratnam begitu memahami Islam,kenapakah beliau belum masuk Islam lagi ??? Belum sampai seru ???

      Jika belum,apakah hak beliau untuk ‘menyeru’ UMNO ??? Dalam konteks perbincangan mengenai agama ini,sayaa tidak mempersoalkan Ratnam kerana sudah sahlah beliau jahil dan sesat,tetapi kita wajib mempersoalkan PAS dan penyokong PAS,kenapakah sampai begini sekali jadinya ??? Kenapa sanggup menerima yang jahil dan sesat dan kemudiannya menyuruh atau mempergunakan mereka untuk menyesatkan dan memecahbelahkan sesama kita ??? Jika soalan ini terlalu sukar untuk dicernakan oleh akal PAS,maka satu soalan yang lebih mudah ialah : Jika Tok Guru Nik Aziz begitu hebat,Tuan Guru Hadi Awang begitu alim dan semua Ulama dalam Majlis Syura PAS yang kononnya jauh lebih Islam,lebih bijak dan lebih benar dari Ulama-ulama di luar PAS,kenapakah tidak seorang pun dari mereka yang dapat mengIslamkan Ratnam ??? Sebelum bercakap tentang membuat perubahan ke arah Islam di peringkat negara,kenapa tidak mulakannya di peringkat parti PR sendiri ???

      Yang manakah yang lebih penting,antara mengIslamkan negara dengan mengIslamkan orang-orang kafir di sekeliling kita ??? Bukankah itu sebenarnya tugas utama para Ulama ??? Iaitu untuk menyebarkan dakwah Islamiah,meramaikan umat Islam,mempertingkatkan syiar Islam,bukannya memerintah.Bukankah lebih penting untuk berdakwah kepada bukan Islam agar mengenali Allah SWT,berbanding berdakwah kepada yang telah pun mengenal Islam ??? Memandangkan PAS begitu obses dengan kiraan dosa pahala,maka cuba bayangkan betapa banyak pahala yang didapati jika dapat mengIslamkan seorang kafir berbanding duduk di atas takhta tanpa dapat mengIslamkan walau seorang pun, sebaliknya hanya menambah bilangan umat Islam yang murtad di samping menghukum mereka-mereka yang sedia Muslim,sebagai kafir.Lebih teruk,jika hukuman kafir yang dilemparkan kepada Muslim tadi berbalik kepada diri sendiri seperti yang dijelaskan dalam AlQuran.Bukankah ini bermakna diri sendiri juga sudah tidak Islam lagi ???

      Delete
    3. pilihanraya 13

      kenapa agama islam itu yang menjadi mangsa?
      kenapa Al Quran & hadis itu yang diperguna?
      kenapa kalimah Allah itu yang dijaja?

      kenapa tidak agama budha, agama nasrani, agama hindu?

      Delete
    4. ada statistik mengatakan eropah sedang dilanda penerimaan agama islam sebagai pilihan rakyatnya
      selepas sept 11, ramai rakyat amerika mengkaji islam dan tertarik kepada islam lalu menganutnya

      The Spreading Of Islam

      http://www.youtube.com/watch?v=fY0Rkjwrw-s

      oleh itu pengembang agama kristian dan seumpamanya mensasarkan asia sebagai medan dakwah yang baru bagi mereka

      gereja calvary pun sudah siap dibina di bukit jalil, gereja terbesar di asia tenggara - pru13 pun semakin hampir - peluang merebut kuasa negara terserlah didepan mata - tunggu apa lagi - 3 g mesti disempurnakan - gold god (gospel) glory

      pernah terbaca tak ingat dimana bhw dbkl telah di con utk luluskan pembinaan calvary kerana ia juga diplan sebagai pusat konvension - (gereja) calvary convention centre

      Delete
  48. Sila maklum di sabah & sarawak rata2 kaum pribumi guna bible versi melayu (Indonesia) sejak tahun 1970an lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      itu saja sepatah ayat yang kamu mampu bangkang saya?

      Memang saya sengaja untuk tidak jawab soalan perihal di sabah dan sarawak sepertimana yang ditanya anon sebelum ini.

      Saya mahu tunggu untuk tengok berapa ramai lagi orang macam kamu yang sangat mudah dikelirukan oleh orang-orang politik tiga ideologi itu apabila mereka kaitkan sabah dan sarawak dalam isu kalimah Allah.

      Kalau kamu baca artikel di atas sampai habis, pasti kamu tahu kita di blog ini ada tegaskan bahawa tiada mana-mana parti politik atau kerajaan yang sempurna, pasti ada kekotoran dan ketidaksempurnaan.



      Kalau di sabah dan sarawak sudah lama guna kalimah Allah dalam bible dan gereja, maka kamu pun mahu perkara yang sama berlaku di semenanjung?

      Adakah kamu tahu sekurang-kurangnya 2 hingga 5 muda-mudi Islam dimurtadkan oleh paderi tajaan Singapura di sabah sarawak setiap minggu sejak 5 tahun lalu? Salah satu puncanya ialah kekeliruan terhadap kalimah Allah.

      Perkara yang berlaku di sabah sarawak adalah berpunca daripada sikap kerajaan yang tidak sempurna, tapi mujur juga ia dihalang kerajaan imperfect yang tak mahu ia turut berlaku di semenanjung.

      Kalau kamu tahu keadaan sudah sedia buruk, adakah ia jadi lesen untuk kamu benarkan perkara yang sama berlaku di semenanjung dengan memilih tiga pakatan itu yang akan lebih menambah mudarat?

      ini pilihan yang kamu ada sekarang iaitu:

      Kamu memilih keadaan itu hanya berlaku di sabah sarawak atau kamu mahu memilih untuk ia turut sama berlaku di semenanjung selepas 3 pakatan itu memerintah?

      Ingat, tak ada kerajaan manusia yang sempurna, membezakan ialah yang mana lebih mudarat.

      Boleh balas jawapan saya? jangan hanya tahu lempar batu dan cabut lari, balaslah jawapan saya ini.

      pilih hanya berlaku di sabah sarawak atau pilih untuk bawa masalah yang sama itu datang ke semenanjung?

      Delete
  49. hahaha...sy bg kwn2 sy yg pro pakatan baca entri ni, alhamdulillah ramai yg 'surrender' ngaku silap selama ni lps baca entri & komen2 tajam lagi padu dr admin & drifter

    kwn2 semua...yg benar tetap benar..pilih kerana allah, kita selamat. buat krn allah, kita selamat,pahala pun dpt bila niat krn allah demi utk jaga kesucian kalimah nama-Nya

    dis is the best blog..terbaekk..

    ReplyDelete
  50. Ketahui Siapa Dalang Video Mustafa Ali

    http://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2013/04/ketahui-siapa-dalang-video-mustafa-ali.html

    ReplyDelete
  51. mana penyokong pakatan? takde yg nak komen ke?

    - ^^ pulang paku buah keras ^^ -

    ReplyDelete
  52. Minta maaf. Saya x nampak yg pemerintah sedia ada skrg memerintah rakyatnya kerana ALLAH SWT. Ramai yg sudah terpesong dgn duniawi & untuk kesenangan diri semata2. Jika anda mengatakan pihak pemerintah itu berjuang kerana ALLAH SWT, maaf sekali lagi ianya tiada langsung. Jika kamu mengatakan ada, ia hanya untuk bermegah2 semata2. Harap kamu semua terima kenyataan Fitnah & Pemerintahan yg menggigit serta angkuh & sombong di Akhir Zaman. Kamu sendiri dapat menilainya. Ini tiada kaitan dgn mana2 parti politik.
    ISLAM ITU BANGKIT bukan dari mana2 pemerintah @ parti politik. Tapi ia bangkit dari Perjuangan Sekalian Ummah ASWJ yg menginginkan DAULAH ISLAMIAH itu kembali bersinar. Semoga kita semua berada dikalangan mereka.

    ReplyDelete
  53. manenye Kekuasaan Allah?tak nampak pun..nampak macam manusia yg berkuasa menentukan status Allah...ingat tak Nabi sabda "apabila matahari terbit disebelah barat pintu taubat akan tertutup"Yup when the sun rising from the west'kita telah menganggap segala keamanan,kebahagiaan,keselamatan seolah2 dijamin oleh barat dengan kata lain kita mengundi utk menentukan kedudukan Allah..sepertinya menganggap Allah dalam bahaya..Apakah kita ingat atau sedar bahawa keselamatan kita sebenarnya yg ditentukan oleh Allah pengusa,pentadbir,pengatur Alam semesta.sekarang kita menafikan kekuasaanNya atau syrik dgn menganggap undian kita yg boleh menentukannya..patutlah pintu taubat telah tertutup sbbkita dah syrik!tentang darurah macammana encik2 boleh tau ttg masa akan datang?oh mungkin encik2 sudah habis2an mengkaji,menganalisis,segala macam kitab2,hadis2,Al Quran,sejarah kemudian merumus dan meramal masa depan?atau mungkin ada diantara encik2 ni wali Allah?hmm perlu diingat nabi2 dan wali2 bukanlah peramal masa depan,sebaliknya mereka 'DIBERITAHU' tentang masa depan dan menyampaikanya secara terang terangan..so marilah kita keluar dari sistem dajjal dan berdoalah bersungguh2 ttg keselamatan kita..dan ingatlah bahawa yg terselamat dari fitnah dajjal adalah golongan yg SEDIKIT.

    ReplyDelete
  54. Admin kata x memihak tp jelas memihak sebelah. Sepatutnya admin syorkan para blogger untuk memilih pemimpin yang terbaik dari kalangan kita tanpa mengira parti atau bangsa. Sebab tuhan x pernah tentukan undi pas masuk syurga atau undi umno masuk syurga tapi yang pasti memilih pemimpin yang tidak layak itu pasti terpalit neraka. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan pemimpin itu sentiasa berada dalam kebenaran. Jgn dok cerita bab konspirasi la, itu la, ini la tapi akhirkan nak suruh sokong umno jek. Hahaha. Buat pertama kali, undilah dengan jujur pada diri x kira pemimpin itu dari parti mana asal mereka itu mempunyai mat lamat yang jelas. Dalam parti-parti melayu, ada pemimpin yang ikhlas dan ada yang tidak ikhlas berjuang. Kenali pemimpin itu betul-betul. Bukan parti.

    ReplyDelete
  55. salam

    Uffysto & Majestique Ideas & Anonymous29 April 2013 09:22

    terima kasih atas komen.
    --

    pertama sekali, Uffysto.

    di baris mana kita ada kata manusia menentukan kuasa Allah? di baris mana pula kita anggap keamanan, kebahagian, keselamatan kita seperti ditentukan oleh barat? di baris mana pula kita menafikan kekuasaan Allah? di baris mana pula kita kata kedudukan Allah ditentukan oleh undi?

    “Orang-orang Yahudi berkata : “Tangan Allah terbelenggu”, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu.(Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka, Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia kehendaki” (Quran, Al-Maidah: 64)

    manusia itu akan musnah disebabkan oleh tangan-tangan mereka sendiri.

    bagaimanapun, saya setuju dengan kamu mengajak semua berdoa supaya kita terselamat daripada fitnah Dajjal.

    --

    Majestique Ideas,

    Kalau kamu betul-betul faham dengan maksud sebenar artikel di atas, pasti kamu tahu bahawa kita mengajak pembaca melakukan sesuatu dengan niat kerana Allah. Kita mengajak pembaca berfikir demi umat Islam.

    Kalau kamu membaca lain-lain artikel kita yang lepas-lepas, kamu akan tahu apa pendirian kita terhadap politik negara. kita pernah beritahu bahawa kita bukan orang PAS, Umno pun bukan, PKR pun bukan, tetapi kita orang Islam. tak baik prejudis : )
    --

    Anonymous 29 April 2013 09:22,

    tidakkah saudara terbaca kenyataan kita di baris pertama perenggan akhir?

    "Memang benar, tidak ada parti politik yang benar-benar bersih, semuanya buruk"

    di baris mana pula kita berkata pemerintah yang ada itu berjuang bersungguh-sungguh kerana Allah?

    ---

    walau apa sahaja yang kita lakukan, buatlah kerana Allah melebihi kerena manusia, itu maksud artikel di atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka dah baca, dah faham, tapi sebab kena btg hidung PAS, terus tolak, buat pertikaian mcm2, mintak kita keluarkan bukti mcm, padahal bukti dah dah diberi. Bila UT kutuk BN ok je kita terima, yg salah kita tegur yg betul kita teruskan. U got wrong way of using your brain la i guess

      WM

      Delete
    2. Social engineering.......

      http://en.wikipedia.org/wiki/Social_engineering_(security)

      Delete
    3. Assalamualaikum encik drifter ,saya sebagai pembaca telah membaca ayat ni,"Memboikot pilihan raya bukanlah satu langkah bijak, malah ia sangat merugikan. Apabila orang Islam yang ‘pro-kekhalifahan’ bertindak memboikot pilihan raya (secara tidak memahami dengan terperinci), ia sebenarnya membuka peluang kepada orang bukan Islam yang keluar mengundi untuk menentukan keputusan pilihan raya.

      Akibatnya, majoriti keputusan pilihan raya memihak kepada orang bukan Islam yang sudah lama teringin untuk menghancurkan Islam di negara ini. Biarpun mereka menang dengan majoriti yang sedikit (akibat orang Islam memboikot pilihan raya), mereka tetap mempunyai hak untuk membentuk kerajaan".... dan saya telah terasa telah dimomokkan jika tidak mengundi..ayat tu seolah2 islam(bukan PAS ye) akan kalah jika umat islam memboikot pilihanraya,dan adakah encik menganggap org2 yg menaruh harapan secara total 100peratus kepada Allah tidak akan dibantu?dan apakah yg menjamin jika mengundi, Allah akan tolong?memang org2 yg pro kekhalifahan tidak memahami sistem demokrasi ni tapi mereka ada keyakinan ttg perkara ghaib yg tinggi,dimana Allah mempunyai kuasa mutlak dan tidak dikongsikan dgn sesiapa.. “Katakanlah (wahai Muhammad) : “Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi ?”. Jawablah : “Allah”. Bertanyalah lagi : “Kalau demikian, patutkah engkau menjadikan selain Allah sebagai pelindung dan penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya ?” Katakanlah lagi : “Apakah sama orang yang buta dengan orang yang celik ? Atau apakah sama gelap gelita dengan cahaya (terang) ? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta seperti ciptaan Allah, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran bagi mereka ?”. Katakanlah : “Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan dialah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.” (Ar Ra’d : 16) terpulanglah kpd sesiapa utk menilai samaada tangan yg menadah utk berdoa atau tangan yg mengundi lebih mulia..sekiranya memilih kedua2nya buatlah study,kaji research,eksperimen habis2an tentang sistem demokrasi adakah ia tidak bercanggah dgn Islam dan jangan sampai kita nak mencuci najis dengan air kencing atau air longkang..xperlu mendowngredkan 'pro kekhalifahan'(Mungkin encik xsengaja)

      Delete
    4. nak mengundi biarlah kerana Allah

      tak nak mengundi pun biarlah kerana Allah

      tak semua orang faham dan pro-khalifah
      jika sudah faham, baguslah, berdoa dan beramallah dengan maksima agar doa sampai kelangit ketujuh

      masih ramai terperangkap dengan pemahaman sekular
      semakin jauh pula dengan pemahaman islam apatah lagi pro-khalifah
      yang ada faham islam pun mungkin sudah ta'sub dengan semangat kepartian
      mengundi kerana bencikan pihak lawan
      mengundi kerana mahu menjatuhkan
      mengundi kerana niat selain kerana Allah

      maka drifter memberi ingat supaya berbuat semua perkara kerana Allah termasuk mengundi jika anda pergi mengundi

      tak nak guna cara mengundi untuk menaikkan agama yang benar dengan tidak menyokong orang yang memperjudi kepentingan agama, jadi gunalah cara lain untuk memartabatkan agama

      pemahaman orang itu perbagai
      kaedah perbagai digunakan untuk memberi pemahaman dan peringatan

      ^^-peace-^^

      Delete
    5. saya membaca setiap komen reply dari encik admin seolah2 encik admin lebih condong ke arah BN. mcm mana pulak encik admin kata tidak menyokong mana2 parti?

      cuba encik admin membuat entri tentang konprirasi dari pihak BN pulak, supaya kita boleh membuat pilihan yg terbaik.

      tp ustaz saya pernah beritahu saya, jika kamu ingin memilih pemimpin lihatlah isteri & anak2nya serta kaum keluarganya. nescaya kamu akan mendapat pemimpin yg benar2 boleh memimpin kamu ke jalan yg benar.

      sebenarnya saya x berapa suke dgn teori konspirasi kerana blom tentu kebenarannya. sbb saya mengetahui akan fitnah akhir zaman. jadi saya perlu berhati2 dlm menerima setiap info or berita yg disebarkan.

      apa2pun jika kita berbuat sesuatu kerana Allah, InsyaAllah ia akan melindungi kita dari segala fitnah besar di akhir zaman.

      Delete
    6. jika mahu memilih pemimpin lihatlah bukan saja isteri, anak2 dan kaum keluarganya tetapi kawan-kawannya, kawan kepada kawan-kawannya, orang sekelilingnya, orang-orang yang dihubunginya, orang-orang yang berhubung dengannya, kenalan rapat dan kenalan jauhnnya, inner circle yang terang dan tersembunyi, hubungan dplomatik di dalam negara dan luar negeri, penyokong-penyokongnya dalam negara dan luar negeri, business partner (rakan kongsi) dalam negara dan luar negeri dan seluruh jaringan & jalinan komunikasi dirinya dalam dan luar negeri

      pemimpin negara bukan setakat berlegar di kalangan ahli keluarganya sahaja, lihat melangkaui batas negara dan dunia

      baca pemikiran dan keadaan orang-orang tersebut - hala tuju perjuangan, cita-cita dan pendirian, adakah mereka berpotensi memenangkan islam atau sebaliknya

      ^^-peace-^^

      Delete
    7. undilah dap kerana Allah
      semoga dap memartabatkan islam ketempat yang lebih mulia
      semoga pakatan rakyat memartabatkan kepentingan agama islam ketempat yang lebih tinggi


      undilah pkr kerana Allah
      semoga pkr memartabatkan islam ketempat yang lebih mulia
      semoga pakatan rakyat memartabatkan kepentingan agama islam ketempat yang lebih tinggi

      undilah pas kerana Allah
      semoga pas memartabatkan islam ketempat yang lebih mulia
      semoga pakatan rakyat memartabatkan kepentingan agama islam ketempat yang lebih tinggi

      dap, pkr dan pas bukan entiti tersendiri
      dap, pkr dan pas adalah sebuah pakatan dengan tiga idealogi berbeza

      undi bukan kerana dendam dan benci
      undi kerana sayangkan kepentingan agama dan ummat islam
      undi kerana Allah semata-mata

      ^^-peace-^^

      Delete
    8. salam

      Uffysto,

      kita tidak kata kita menghalang umat Islam daripada berdoa kepada Allah kerana itulah sebaik-baik perkara yang perlu dilakukan oleh manusia untuk memohon pertolongan dan petunjuk daripada-Nya.

      tetapi, kita perlu ingat satu kenyataan bahawa Allah juga memerintahkan kita supaya berusaha mengubah nasib sendiri kerana DIA tidak akanmengubah nasib kita kalau kita tidak berusaha ke arah perubahan itu.

      adakah dengan hanya berdoa seseorang itu akan lulus peperiksaan kalau dia sendiri tidak membaca buku dan mengulang kaji pelajarannya? jadi, dia kena usaha.

      adakah dengan hanya berdoa, seseorang itu akan memperoleh kekayaan kalau dia tidak berusaha dan hanya duduk rumah?

      adakah seseorang itu akan dapat kejayaan kalau dia tidak berusaha ke arah itu dengan hanya mengharapkan doanya dimakbulkan tanpa ada sebarang usaha?

      Allah mempunyai segala kekuasaan untuk menentukan sesuatu, tetapi manusia juga harus berusaha di samping berdoa.

      jelas?

      berusahalah dan tawakkal dengan berdoa.

      itu kan lebih baik?

      : )

      adakah orang Islam tidak mahu berusaha dan hanya terus berdoa tanpa sebarang usaha pada ketika orang bukan Islam tidak pernah letih berusaha?

      kita akan dapat seperti apa yang kita usahakan.

      Allah Maha Adil

      : )

      Delete
    9. Anonymous 1 May 2013 11:24

      cuba kamu usaha cari artikel-artikel Umat Terakhir dari Edisi 1 dan Edisi 2, masih ada blog-blog konspirasi yang menyimpan artikel-artikel itu. di situ ada banyak kita cakap mengenai kejelekan BN dan semua parti politik termasuk pakatan rakyat yang kamu cintai.

      ini Edisi 3

      : )

      jangan malas-malas, berusahalah : )

      Delete
    10. oh.. lupa

      Uffysto dan Anonymous 1 May 2013 11:24,

      saya tidak pernah mengundi

      kalau betul saya bergasak-gasak suruh pembaca blog ini undi BN pun tak ada guna

      sebab itu saya kata, kalau nak buat apa-apa pun, buatlah kerana Allah

      perkataan 'buat' itu adalah kata kerja yang berfungsi untuk me-manifestasi-kan 'usaha'

      berusahalah-berdoalah-bertawakkallah

      : )

      Delete
    11. Salam Encik Drifter terima kasih kerana penjelasan dan saya hormatinya.kalau zaman sekarang saya rasa kita baru sedar yg kita dizalimi sejak dari zaman british lagi,org2 melayu memang dianyai oleh geng2 dajjal.skang ni kalau kita berdoa memang sepatutnya 100% doa kita akan makbul tapi tak pulak..mustahil Allah tipu kita..mungkin kita tak bersungguh2 utk keluar dari sistem toghut dajjal ni semaksimum yg boleh..Allahua'lam

      Delete
    12. salam

      Uffysto,

      memakbulkan atau tidak, itu bukan urusan kita.

      sebab itulah saya beritahu, doa tanpa usaha adalah sia-sia. Allah itu Maha Adil, Dia akan memberi kepada orang yang berusaha, tidak kira walau bukan orang Islam sekali pun kalau rajin berusaha, maka dia akan dapat seperti apa yang dia usahakan.

      namun sebagai orang Islam, usaha itu perlu melalui jalan-jalan yang baik iaitu tidak berdengki, tidak zalim, meletakkan sesuatu berada di tempatnya yang hak serta tidak melanggar segala perintah dan larangan-Nya.

      saya sengaja membiarkan kamu mengulangi kata-kata bahawa doa adalah senjata umat Islam, hanya untuk melihat kesungguhan kamu terhadap pendapat kamu sendiri.

      saya tidak pula mengatakan kata-kata kamu itu salah, mohon jangan salah faham, cuma pengertian terhadap kekuatan doa itu perlu disulami dengan usaha dan tawakkal.

      jadi, kita perlu berusaha. kalau hanya ada dua jalan yang diberikan kepada kita (masalah perebutan kuasa oleh parti-parti politik ini sebagai contoh), maka kita perlu memilih salah satu daripadanya kerana hanya itu jalan yang ada buat masa ini.

      kamu kata, siapalah kita untuk menentukan kedudukan Allah melalui undi; tetapi kita wajar ingat bahawa kita wajib mempertahankan kesucian agama-Nya dan ke-Esa-an Allah yang Wahdaniyah (satu/oneness). para sahabat juga memilih yang terbaik dari kalangan terbaik dalam kalangan mereka untuk meneruskan usaha mempertahankan Islam dan men-Tauhid-kan Allah.

      apabila Allah mahu menghancurkan demokrasi ini, maka Dia akan hancurkan ia pada bila-bila masa Dia kehendaki kerana dia Maha Berkehendak, Dia akan hancurkan demokrasi itu pada ketika manusia tidak bersedia untuk kehancuran itu kalau Dia berkehendakkan begitu.

      maka, siapalah pula kita untuk menolak ujian yang Dia berikan kepada kita tanpa kita sedar bahawa demokrasi itulah ujian yang sedang kita hadapi masa ini. jalanilah ujian ini dengan bijaksana, jalan paling selamat ialah jalanilah ujian ini dengan meminta petunjuk daripada Dia terlebih dahulu dan jalanilah ujian dengan niat untuk mempertahankan agama-Nya. itulah maksud kita di Umat Terakhir. mohon petunjuk daripada-Nya seikhlas hati bersungguh-sungguh memohon atas niat kerana Dia semata-mata, bukan kerana mahu mengangkat cita-cita politik sebelah pihak, hanya semata-mata kerana Dia, seikhlas hati, sejujur hati.

      Islam diturunkan kepada manusia (dan seluruh makhluk isi alam), maka sudah menjadi tanggungjawab manusia yang Muslim untuk sentiasa melakukan usaha bagi mempertahankan kesucian Islam dan sifatnya yang Wahdaniyah supaya tidak dicemari dengan pengertian-pengertian yang menyimpang daripada sifatnya yang Wahdaniyah.

      Delete
    13. sebenarnya, blog ini tidak mahu menulis apa-apa berkaitan politik kerana tidak suka dituduh sebagai condong kepada mana-mana parti politik apabila sesebuah parti politik ditegur atau ditempelak.

      tetapi, disebabkan umat Islam makin mengutamakan politik melebihi kesejahteraan agama yang mentauhidkan Allah, maka kita dengan berat hati mengambil langkah ini bersama dengan risikonya sekali. salah satu risikonya ialah dituduh sebagai pro mana-mana parti.

      jika sesebuah parti itu atau pengikutnya langsung tidak boleh ditegur dan terus melatah setiap kali ditegur, bagaimana kita mahu membina kekuatan dan mengurangi kesilapan dalam kepimpinan pada masa kepimpinan itu semakin menampakkan keraguan demi keraguan.

      keraguan itu menimbulkan fitnah, maka kita juga wajib menjauhi fitnah sebagaimana wanita tidak digalakkan keluar rumah pada waktu malam meskipun berniat suci untuk ke masjid atau niat-niat baik yang lain-lain, maka kita wajar elak keraguan bagi mengelak fitnah. yang tidak jelas perlu dibiarkan jelas. yang perlu diberi pengajaran perlu diberikan pengajaran, meletakkan sesuatu perkara balik ke tempatnya.

      jadi, kita membuat teguran meskipun kita telah menghitung segala risiko-risikonya.

      apa-apa pun, saya suka dengan orang seperti kamu. mungkin saya akan bincang dengan panel-panel blog ini untuk memberi peluang kepada kamu menyumbang hasil tulisan kamu kepada blog ini, itu pun kalau kamu tidak keberatan. kamu ada kualiti pemikiran yang kami cari, kritis dan tegas tetapi sentiasa berlapik kepada kenyataan-kenyataan dan hakikat apabila perlu berlapik kepada kenyataan dan hakikat. you got the quality.

      pesanan saya, be brave.

      Umat Terakhir bukan blog politik, bukan juga blog konspirasi. kami hanya mahu mengajak kita semua berfikir secara waras (sihat) dengan cara meletakkan sesuatu kembali di tempatnya yang sepatutnya.

      : )

      kami di sini sayang kamu semua walaupun sebilangan kamu semua ada yang membenci kami disebabkan teguran-teguran politik yang semacam artikel kali ini.

      ajarlah saudara-saudara kita mengenai cara berkasih sayang dan ajarlah mereka supaya tidak membenci atau berdengki hanya kerana racun politik.

      damaikanlah saudara-saudara kamu yang sama agama dengan mu

      Delete
    14. terima kasih drifter diatas penerangan dan penjelasan yang panjang dan lebar
      lega, sangat kenyang dan tidak lagi kehausan

      berusaha - kerana Allah yang suruh kita berusaha. usaha sebagai asbab kepada hasil yang akan Allah berikan. usaha-hasil sebagai fitrah kehidupan didunia kepada penjelasan sebab-akibat. berusahalah kerana Allah kerana Allah yang suruh kita bekerja dan berusaha

      berdoa - kerana Allah juga yang suruh kita berdoa. doa sebagai salah satu cabang usaha. doa sebagai tanda kita merintih dan merayu kepada pembelaan dan perhatian Allah. Allah suka kepada orang-orang yang merendah diri sebagai hamba yang serba lemah. doa yang bersungguh sebagai cara terkumpulnya energy kekuatan dalaman sebagai asbab terbukanya pintu jalan rezeki oleh Allah. pasti Allah kabulkan doa sama ada lambat, cepat, didunia atau disana

      tawakkal - Allah suruh kita bertawakkal setelah usaha dan doa. manusia ada kelebihan ada kekurangan. diuji dengan kejayaan pasti gembira sentiasa. diuji kegagalan merana duka. diantara keduanya kita redha dengan qada dan qadar Allah. berjaya adalah ujian. gagal juga adalah ujian. berjaya perlu berkongsi rezeki. gagal jangan sampai putus ada. berjaya bersyukur. gagal juga bersyukur. Allah memberi hikmah kepada keduanya

      berusaha-berdoa-bertawakkal - buatlah semuanya kerana Allah dan ianya adalah sunnah Nabi

      Delete
  56. ini kalilah
    tiada tol
    lupus ptptn
    harga kereta turun
    harga barang turun
    harga petrol turun
    semua pun turun

    termasuk iman pun turun
    martabat islam pun turun

    mahar untuk hidup dengan kos sara diri yang rendah terlalu mahal harganya
    iman juga yang diperjudi
    apa jaminan islam anak cucu akan lebih selamat
    bila lgbt mahu mengambil tempat dengan lebih terbuka
    lgbt sudah semakin berleluasa dari yang muslim dan yang bukan muslim
    agama islam sudah setaraf dengan agama yang lain
    kita boleh sesuka hati keluar-masuk kerumah-rumah ibadat agama-agama tanpa sebarang rasa cemas akan kemurnian iman
    jemputlah tokoh politik non muslim berceramah di surau
    datanglah kegereja mendengar pengenalan jesus

    menghormati kongsi-raya, depa-raya, rayamass pun sudah dituduh syirik'
    mengucapkan happy deepavali, happy cny, happy merry krismas pun sudah dianggap syirik
    bagaimana dengan keluar-masuk non muslim ke surau-masjid sesuka hati
    bagaimana memegang lilin dan tunduk konon mahu menghormati kematian non muslim itu
    bagaimana dengan non muslim yang sesuka hati mengguna ayat al quran dan hadis menuduh saudara seislam kita itu sudah kafir sedangkan yang bercakap itu sendiri orang kafir dan kita mengiayakan tudukan itu
    dunia sudah tunggang-langgang dibuatnya

    buat masa ini tiada pemerintah yang sempurna
    tapi adakah kita mahu mencemarkan lagi keadaan yang sudah buruk ini

    kebencian melampau keatas sesama sendiri membutakan mata dan hati untuk melihat perkara-perkara yang lebih utama keatas iman dan islam

    kita adalah bersaudara
    Allah itu Tuhan Yang Esa - bukan Tuhan yang ada bapa dan ada anak
    Allah itu sembahan orang islam sahaja - bukan sembahan selain daripadanya
    Allah yang menentukan puterajaya bakal siapa yang punya
    minta pada Allah agar orang itu adalah yang paling bertaqwa dan penjaga kepada agamaNya

    ReplyDelete
  57. mungkin saya sedikit terlewat untuk bertanya hal ni. Merujuk kepada salah satu perenggan di atas:

    "Sebenarnya, ada banyak video yang mereka serahkan melibatkan ramai pemimpin di kalangan mereka sendiri. Tetapi itu semua tidak didedahkan oleh musuh politik mereka. Akibat tidak didedahkan sebagaimana yang mereka harapkan, maka mereka mendedahkan ia sendiri."

    Ada pendedahan-pendedahan sebelum ni dimulakan cybertroopers musuh mereka sendiri. Jadi bagaimana dikatakan ianya tidak didedahkan oleh musuh politik mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      itu yang orang awam tahu melalui blog-blog cybertroopers.

      tetapi sebenarnya, cerita-cerita itu sudah lama berlegar dalam kalangan pemimpin-pemimpin kedua-dua parti yang tidak diketahui ramai. ia hanya diketahui dalam kalangan pemimpin-pemimpin politik dan orang-orang yang sangat rapat atau ada 'role player'.

      ada video yang sampai ke tangan cybertroopers musuh politik mereka, dan ada video yang tidak sampai ke tangan musuh politik mereka, tidak semua video-video itu sampai ke tangan cybertroopers musuh politik mereka.

      mana-mana video yang sampai ke tangan musuh politik mereka, lalu ia didedahkan.

      bagi video-video yang tidak sampai ke tangan musuh politik mereka, maka mereka sendiri yang mula membuat desas-desus bahawa musuh politik mereka ada video itu sebagaimana kes setiausaha agung sebuah parti yang mendedahkan dan mendakwa bahawa musuh politik mereka ada video membabitkan 'dikatakan' anak ketua pemimpin mereka, pada waktu itu musuh politik mereka tidak langsung pernah menyebut perihal itu.

      bagi kes melibatkan pemimpin wajah mirip sebuah parti jenama Islam yang tercetus baru-baru ini, cerita itu sebenarnya sudah berlegar sejak dua tahun lalu dalam kalangan pemimpin-pemimpin parti-parti politik. apabila ia terdedah, dua lelaki dari parti rakan mereka pula yang ditangkap ketika sedang mengedar video itu kepada penduduk di terengganu. ia sememangnya menimbulkan persoalan. sebenarnya, ada lagi video-video lain melibatkan lelaki yang sama tetapi tidak didedahkan.

      jadi, kesimpulannya, tidak semua video itu didedahkan musuh politik mereka walaupun ada beberapa video diserahkan kepada musuh politik mereka.

      follow the story, follow the evidence.

      Delete
    2. #PRU13 : Terkini ! Wan Azizah Mengaku Wujud Hubungan Seks Nurul Izzah Dengan Pensyarah !!

      http://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2013/05/pru13-terkini-wan-azizah-mengaku-wujud.html

      kalau pilihanraya masih wujud 5 tahun akan datang, camna agaknya permainan kempen pilihanraya
      dulu kita biasa dengar all these scandals dlm politik luar negara, now dah jadi kebiasaan pulak dalam negara sendiri

      kasihannya orang melayu dan umat islam diperlakukan hingga sedemikian rupa, terjebak dan digomol habis oleh musuh

      walau siapa pun yang terjebak dan dijebak - mereka tetap saudara sebangsa dan seagama

      pernah tak dengar those students yang belajar agama islam - ambil master dan pdh jurusan islam di universiti barat tetapi mengadap professor dan pengajar bukan islam mengajar subjek-subjek islam. adakala terpaksa megikut rentak mereka semata-mata nak lulus periksa

      bukankah gadis itu dulunya belajar di Johns Hopkins University - salah sebuah universiti jesuits

      Delete
    3. maksud DRIFTER, memang ada dalam kalangan pemimpin musuh mereka yang menyampaikan video2 tersebut kepada cybertroopers mereka?

      Delete
    4. salam

      perlu kamu ketahui ialah ada 'role-players' yang rapat dengan pemimpin-pemimpin musuh politik mereka. role players itu pula sebenarnya sentiasa mencari peluang menggunakan nama mana-mana pemimpin tersebut.

      role players inilah yang menyerahkan video-video itu kepada cybertroopers menggunakan nama pemimpin musuh mereka. apa yang mereka lakukan ialah memastikan video itu diserahkan dan ada urusan selanjutnya iaitu menyerahkan ia kepada cybertroopers pula menggunakan nama pemimpin musuh mereka.

      mereka hanya pastikan 'flow' bagi cerita penyerahan itu berjalan sebagaimana yang mereka rancang. ia bolehlah dikatakan, membocorkan maklumat yang tidak sepatutnya dibocorkan.

      tetapi, langkah pertama yang tercetus dalam flow ini ialah pemimpin parti-parti itu sendiri yang menyerahkan video-video itu kepada musuh-musuh mereka.kemudian, role players mereka membocorkan video itu kepada cybertroopers musuh. ia supaya tuduhan boleh dilempar kepada musuh mereka.

      kalau kamu ikuti perkembangan hari ini, PAS juga sedang cuba mengesan role players dalam organisasi mereka. UMNO pula sudah membuang semua role players yang dihantar musuh mereka.

      role players kita macam mana pula? : )

      dalam hal lain, cybertroopers musuh politik mereka mendapatkan video dari sumber lain. seperti dalam kes penangkapan 2 ahli AMK di terengganu, orang awam menyerahkan video itu kepada cybertroopers tetapi tidak kepada pihak berkuasa.

      saudari mahu memikirkan mengenai bagaimana ia disebarkan atau siapa pelaku dalam video?

      Umat Terakhir tidak berminat dalam isu video-video ini. cukuplah.

      apabila ada orang fasik datang membawa berita, adakah kita wajar menuduh ia sebagai fitnah atau adakah kita diperintahkan supaya menyelidiki kebenarannya?

      that's the point yang kita perlu lakukan.

      Delete
  58. Allah jamin akan dtgkan PEMIMPIN YG ADIL utk org bertaqwa...mengundi adalah perkara kedua.
    yg pertama ialah minta kat Tuhan dgn cara solat hajat pkul 2 pagi.
    minta kat Allah pemimpin yg Adil.
    inilah jln taqwa lpas tu nk mengundi terpulang.
    satu malaysia patut buat spy di datgkan pemimpin yg Adil.
    klu ramai2 merintih Allah kan maha mendengar.akan terjawab lah nnti .
    x kan yg x semenggah Tuhan izinkan jd pemimpin.
    Tapi sayangnya kita jarang mengadu kat Allah bila susah.
    ni tengah susah ni .
    ada pihak yg sengaja datg nk keronyok org Islam.
    mari kita ramai2 minta tolong kat Tuhan

    ReplyDelete
  59. Salam warga UT ,

    jika dilihat dari sudut artikel ini memberi gambaran bahawa UT memberi nasihatnya "berhati-hati" dalam mengundi dan akibatnya.

    "tiada parti yg bersih" -saya setuju


    tetapi adakah benar dan yakin jika permilihan kita untuk kekal memakan "babi"

    ---
    "babi dihalalkan dalam keadaan darurat bagi meneruskan hidup, ia bagaimanapun bersyarat, asalkan kamu memakannya sehingga hilang lapar sahaja bagi meneruskan hidup, iaitu bukan sehingga kenyang. Kamu perlu makan babi itu untuk terus hidup, jika tidak makan, kamu akan memudaratkan diri kamu yang tidak ubah seperti mahu membunuh diri dan memudaratkan diri itu pula tidak diajar oleh Islam."
    ----

    bahwa..

    keselamatan islam akan terbela @ dapat bertahan dalam beberapa waktu sebelum kedatangan daulah khilafah?


    ----
    Begitulah juga kalau apabila nanti Allah menghancurkan demokrasi dan mendatangkan sistem khalifah, maka pada waktu itu kamu perlu segera meninggalkan demokrasi. Buat masa ini, hanya demokrasi yang ada untuk kamu manfaatkannya,
    --

    hakikatnya dalam pandangan maksud UT (dari sudut mata saya) kamu juga beriman bahwa sistem jahil ia akan hancur tidak kira kerajaan itu kekal @ pn bertukar.

    dan

    jika terus kekal, "mungkin" ada kebaikannya,


    tetapi tidak boleh juga boleh katakan bertukar itu tidak "mungkin" ada kebaikannya.

    pendirian "tukar atau kekal" juga dibantu oleh isjtihad alim ulama masing-masing, dan belum tentu kebenarannya kerana, kerana sebaik-baik perancangan adalah Allah Azza wa Jalla.

    dari sudut ilmiah mungkin nampak kekal lebih baik , dari sudut kemanusian @ rasional tukar juga satu pendekatan yang baik.

    apa yang perlu ditakutkan dengan masa depan? kita sudah lama kalah walaupn dalam merdeka.?

    mungkin saya boleh andaikan (jika saya mahu) bahwa "kesilapan" pilihan kita akan datang ini membawa sesuatu kesedaran yang tinggi terhadap pentingnya kembali kepada sunnah Rasulullah saw disebabkan kemudaratan semakin menjadi2 atas kesilapan itu? (wallahualam)

    ada kala mungkin kita tahu banyak pekara tetapi adakalah pekara yang kita tahu itu juga boleh menjadi penghalang pada diri kita dalam dihantui perasaan "takut"/"risau"

    jangan risau la.. Allah swt setiasa ada.

    risau ttg apa?

    orang melayu berpecah nnt?Islam akan tergadai?LGBT akan berleluasa? kebebasan melampau ? anak-anak kita akn terkeliru dengan bible?

    cth ttg kalimah Allah didalam bible?
    hebat sgtkah bible smpi boleh pesongkan akidah anak2 kita melainkan kita sendiri yg goyang dengan akidah islam kita sendiri ?atau kerana kejahilan dan kemalasan kita mengambil tahu tetang agama Islam?

    saya menghargai kerisauan UT .

    dalam BN @ PR (maaf sy tuliskan nama perikatan disini)
    tiada siapa boleh jamin ttg masa depan Islam kerana ia adalah Haq Allah swt.

    BN- jika umumnya pengamatan islam tidak kukuh dan adakah tidak mustahil berlaku kerosakan ISLAM?

    PR- masalah juga dari pertembungan 3 ideologi dan tiada satu suara yang lead perikatan ini yg mungkin juga berlaku perpecahan disebabkan setiap parti inginkan suara yg lebih, dan tidak terlepas juga akan berlaku kerosakan ISLAM.

    baik A @ B tetap akan loophole yg harus ditangani dengan bijaksana agar Islam itu dijadikan Agama dan cara Hidup baik individu mahupun politik.

    Waalahualam.

    undi kerana Allah. Masing2 punya permahaman dan pengamatan lain dari sudut "undi kerana Allah"

    maka berlapang dada jika mngkn ada yng setuju dengan UT ataupun sebaliknya.

    ReplyDelete
  60. BUAT BANGSA KU MELAYU DAN AGAMA KU ISLAM
    ULANGAN PENDEDAHAN YANG ORANG MELAYU KENA INGAT

    http://cerobohlagi.blogspot.com/2013/05/buat-bangsa-ku-melayu-dan-agama-ku-islam.html

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.