29 Mar 2013

Art of Con: Isyarat deseptif

Gaya bahasa con-artist
Language of con






“If it sounds too good to be true, then it is not true.”


FAKTOR terpenting dalam menjayakan sesebuah con-job ialah kemampuan untuk meyakinkan para mangsa (marks). Keadaan di mana wujudnya kesangsian (skeptic) terhadap seseorang conman akan menyebabkan sesebuah con-job itu sulit untuk dijayakan.

Maka dengan itu, seseorang conman perlu melakukan kerja meyakinkan (convincing)  mangsa dengan sangat berhati-hati. Ia biasanya dilakukan dengan penuh berseni terutama dalam seni berkomunikasi dan seni menyusun kata-kata (wordsmith) atau bermulut manis.

Jika anda gagal mengesan tipu daya di sebalik kata-kata yang manis, maka anda dengan mudah akan dijadikan mangsa yang sukar untuk dipulihkan kerana telah termakan kata-kata yang penuh desepsi (pembohongan).
--

Dalam seni kemahiran penjenayahan, terutama jika anda terlibat dalam usaha menangani jenayah terancang (organized crime), anda akan dapati sesuatu jenayah itu dilakukan dengan cukup hampir teliti atau sekadar hampir sempurna. Tiada jenayah yang dilakukan dengan sempurna kerana manusia juga tidak ada yang sempurna.

Seseorang penjenayah akan berkomunikasi dengan rakan jenayahnya yang lain menggunakan bahasa-bahasa yang penuh perlambangan, orang yang tidak memahaminya akan memanggil ia sebagai bahasa kod. Namun, ia bukanlah kod.

Katakan, jika anda seorang con-artist dan mahu menjalankan quail drop job bersama rakan-rakan jenayah yang lain, maka anda perlu berkomunikasi dengan rakan jenayah anda menggunakan elemen-elemen yang terdapat dalam perlambangan quail drop.

Sila ingat semula pengertian quail drop, ia seperti memburu burung puyuh yang bersembunyi di dalam semak atau di celah-celah pokok. Tempat persembunyian puyuh-puyuh itu perlu diganggu seperti menggoyangkan pokok dengan apa cara yang sesuai (membaling kayu atau menghantar anjing untuk mengusik semak).

Apabila tempat persembunyian itu terusik atau pokok-pokok sudah digoyangkan, maka puyuh-puyuh akan berterbangan menyelamatkan diri.  Sebaik sahaja burung-burung itu terbang, pemburu akan menghala laras senapang dan menembak puyuh-puyuh itu dari jarak dekat.

Jadi, apakah elemen-elemen yang terdapat dalam quail drop? Ia boleh jadi; semak, pokok, anjing, usik, menggoncang, menggoyang dahan atau apa-apa sahaja yang terlibat dalam usaha menjayakan quail drop.




Untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan jenayah jika mereka mahu menjayakan quail drop, seseorang conman tidak perlu menghubungi rakan jenayah dan berkata: “hello, kita jayakan quail drop.

Tidak perlu bagi seseorang conman untuk berkata begitu kepada rakan-rakan con yang lain. Cukup kalau conman itu berkata sesuatu yang melambangkan elemen-elemen itu biarpun sedang berada di tempat awam sekali pun.

Katakan, contoh, seorang conman mahu melakukan quail drop, tetapi dia tidak boleh berkata secara terang-terangan kerana berada di tempat awam, dia sebaliknya perlu berhati-hati dengan menggunakan bahasa perlambangan, dia hanya perlu berkata; “tebas semak itu” atau goncang dahan itu” atau bernyanyi “tanya sama pokok.. apa sebab goyang” tanpa anda fahami biarpun anda sedang berada di hadapan conman itu.

Apabila rakan-rakan jenayahnya mendengar ucapan seperti itu melalui perbualan telefon atau dalam ucapan awam, maka mereka sendiri akan memahami bahawa quail drop job akan dilakukan dan akan melakukan persiapan bagi menjayakan job itu. Belum faham?

Contoh lain: katakan, kami mahu melakukan fire sale job pula. Pertama, perlu difahami ialah fire sale adalah mewujudkan situasi panik bagi mencipta satu peluang baharu (peluang merompak, mengalih perhatian, melakukan fake swap atau sebagainya).

Fire sale secara konsepnya, ia mengenai pemahaman terhadap situasi di mana sesebuah premis mengalami kebakaran, ia akan menyebabkan keadaan di tempat yang berhampiran dengan premis itu turut mengalami panik. Maka, orang ramai, polis, bomba, penguasa tempatan dan orang-orang lain yang berada di sekitarnya akan pergi menyaksikan kebakaran itu.

Apabila semua pihak berkuasa terutama polis memberi tumpuan terhadap premis yang terbakar itu, ia secara tidak langsung menyebabkan kawalan keselamatan oleh pihak polis di premis-premis lain tidak dapat diberi tumpuan 100 peratus. Manakala, jalan menuju dan jalan keluar dari kawasan berhampiran premis terbakar itu juga mengalami kesesakan.

Bilamana jalan raya sesak disebabkan orang ramai berkerumun menyaksikan kebakaran, maka pergerakan polis menjadi perlahan. Maka, kami dengan kumpulan penyamun akan melakukan rompakan di peti besi bank dan melarikan wang berbilion dollar atau mencuri lukisan bernilai $10 juta di muzium seni pada masa yang sama kebakaran itu berlaku.

Siren keselamatan di bank atau di muzium sudah tidak lagi kedengaran kerana ditenggelami oleh bunyi suara orang ramai yang menyaksikan kebakaran atau ditenggelami oleh bunyi api yang membakar premis. Pergerakan polis untuk ke bank dan muzium juga menjadi sukar kerana laluannya sudah dihalang oleh orang ramai yang berkerumun menyaksikan kebakaran.

Secara tidak langsung, kami dan kumpulan penyamun akan mudah melakukan rompakan di bank atau muzium. Perkara yang perlu dilakukan hanya membakar sebuah premis yang berada di laluan untuk ke bank atau muzium.

Jika kami pada masa itu sedang berada di hadapan penguasa polis sekali pun dan mahu memberi signal kepada rakan-rakan penyamun untuk memulakan fire sale job, kami hanya perlu berkomunikasi (contoh, menelefon atau menghantar mesej daripada perlakuan) dengan rakan-rakan jenayah.

Katakan anda adalah rakan jenayah kami, dan anda memerhati kami dari jauh untuk menunggu mesej dari kami sebelum melakukan fire sale. Kami mungkin hanya perlu mengeluarkan rokok atau cerut dan menyalakan ia dengan api semasa sedang bersembang dengan polis itu. Ia kerana elemen komunikasi dalam memaklumkan fire sale ialah apa-apa sahaja yang berkaitan dengan api.

Atau, kami hanya perlu menunjukkan aksi seperti sedang mengangkat beg di kedua-dua belah tangan meskipun tiada beg di tangan kami (seperti orang membawa beg plastik di kedua-dua belah tangan semasa membeli-belah di pasar raya).




Ia boleh dilakukan dengan berkata: “I don’t know” sambil mengangkat kedua-dua tangan semasa bersembang dengan polis itu tanpa difahami oleh polis itu. Kami hanya perlu menghantar mesej kepada anda mengikut kesesuaian pada masa itu supaya tidak menimbulkan sebarang syak di mata orang lain. Jika pada masa itu sesuai untuk berkata “I don’t know” sambil mengangkat kedua-dua tangan, maka kami akan buat begitu.

Kalau pada masa itu sesuai untuk kami menyalakan rokok, maka kami akan buat begitu. Mesej itu akan segera dihantar selepas mengambilkira pelbagai perkara seperti keadaan lalu lintas, bilangan orang awam yang akan dilibatkan, rentak lampu isyarat jalan raya dan sebagainya.

Sesudah anda menerima mesej itu dengan memerhati kami dari jauh, maka anda akan faham bahawa ia adalah masa sesuai untuk memulakan fire sale.

Begitu juga dengan conman yang lain jika mereka mahu melakukan sesebuah job. Mereka hanya perlu memastikan mesej itu sampai kepada rakan-rakan mereka. Walaupun anda sedang berada di hadapan mereka, anda tetap tidak akan berupaya untuk memahami segala maksud mereka yang sebenar.

Atau, kami boleh mengarahkan rakan-rakan jenayah untuk mencuri (steal) sebuah trak panjang dan memastikan trak itu terbalik merentangi jalan raya. Secara tidak langsung, laluan untuk ke muzium atau bank akan terhalang kerana perhatian orang ramai dan polis akan tertumpu kepada trak yang terbalik itu.

Fire sale bukan semata-mata bermaksud mencipta kebakaran, ia lebih kepada mencipta damage bagi tujuan mengalih perhatian.

Katakan mesej quail drop sudah dihantar dan rakan-rakan jenayah sang conman itu sudah bersedia untuk melakukan salah satu daripada requirements sebelum melakukan big-job yang sebenar, ia bagaimanapun masih memberi kesulitan kepada orang-orang yang mahu menghalangnya walaupun mempunyai sedikit pengetahuan (maklumat) mengenainya.

Katakan lagi, anda tahu apa maksud mesej yang dihantar itu. Tetapi anda tidak mempunyai pengetahuan mengenai di mana quail drop itu akan dijalankan. Adakah ia akan dijalankan di Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, sempadan Thailand, sempadan Kalimantan Indonesia atau lain-lain tempat. Bagi situasi ini, perisikan (intelligence/spying) amat diperlukan bagi mengetahui rancangan sebenar seseorang conman.
--

Manakala bagi seseorang conman yang bergiat dalam kelompok masyarakat (pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik atau sebagainya) mereka ini juga mempunyai bahasa-bahasa mereka sendiri untuk berkomunikasi sesama mereka dalam link atau network yang terahsia.

Katakan, seorang conman mahu meraih simpati orang awam, dia boleh sahaja melakukan banyak con-job seperti wrong bird job. Ia membawa pengertian seseorang pemburu tersalah menembak burung lain iaitu bukan burung yang diinginkannya, dia mahu menembak puyuh tetapi tertembak burung punai. Ia pula tidak bermakna conman itu akan menyuruh orang lain membunuh dirinya sendiri, tetapi dia meletakkan risiko kematian itu sangat hampir dengan dirinya sendiri.

Contohnya begini, katakan dengan cara meraih simpati melalui ugutan membunuh sahaja yang dapat membuatkan conman itu mendapat kepercayaan daripada majoriti masyarakat, maka dia akan merancang pembunuhan. Seperti dikatakan, dia tidak akan membunuh dirinya sendiri.

Dia mungkin akan mengupah seseorang untuk menembak orang lain yang hampir dengannya di sesebuah lokasi pada satu-satu masa. Katakan, dia mengatur ceramah di tempat awam dan seorang pembunuh upahan ditugaskan untuk menembak mati sesiapa sahaja yang berada di sebelah kanannya semasa dia sedang berucap dalam ceramah.

Apabila orang awam menyaksikan kejadian itu, secara automatik mereka akan beranggapan bahawa lelaki itu (conman) adalah orang yang teraniaya dan berada di pihak benar. Maka, secara tidak langsung conman itu berjaya mencuri (steal) kepercayaan orang awam terhadap dirinya dan pada masa sama meletakkan kesalahan itu di atas muka musuhnya (frame-job).

Bagi melakukan job itu, seseorang conman mungkin akan berkomunikasi dengan rakan komplotnya di hadapan orang awam melalui kata-kata seperti “mereka mahu saya mati” atau “mereka kalau boleh akan hapuskan saya dengan apa cara sekalipun” atau “inilah jahatnya mereka” atau apa-apa sahaja yang menggambarkan seolah-olah musuhnya itu terlalu jahat terhadap dirinya (terlalu jahat mengalahkan rejim Zionis barangkali).
--

Kita sudah menerangkan dalam siri Art of Con sebelum ini mengenai keperluan seseorang conman untuk melakukan sesebuah con-job iaitu mereka perlu melakukan kecurian (steal) terlebih dahulu.

Tanpa peralatan yang cukup, maka sesebuah job tidak dapat dilakukan dengan sempurna dan bagi mendapatkan peralatan itu, mereka terlebih dahulu perlu mencuri kerana mereka tidak akan mengeluarkan wang mereka walau satu sen pun.

Jadi untuk mendapatkan peralatan, mereka perlu mencuri sama ada mencuri peralatan itu (seperti treler yang dicuri tadi) atau mencuri wang bagi membeli peralatan itu. Ingat, conman tidak akan mencuri dengan cara mengambil barang itu kemudian memasukkannya ke dalam poket dan meninggalkan tempat itu, bukan begitu, dia tidak akan mencuri seperti itu.

Kalau kita mahu mencuri bulan, kita tidak akan mengambil bulan itu senyap-senyap dan memasukkannya ke dalam poket dan meninggalkan peta galaksi ini. Bukan begitu caranya. Anda perlu memahami the highest art of scam and robbery bagi mendalami taktik mencuri di tahap tertinggi. Ini semua ilmu-ilmu penjenayahan di tahap tertinggi.

Namun, seseorang scammer yang bodoh akan melakukan scam-job dengan cara paling bodoh dan paling tidak cekap (badly organized). Mujurlah di Malaysia tidak ramai penjenayah yang mengetahui ilmu seni penjenayahan ini kecuali dalam beberapa buah kes seperti pada penghujung 1990-an yang lalu.

Jika di negara ini ada sangat ramai penjenayah berhati jahat yang bijak pandai, maka kita semua akan menghadapi masalah besar dan orang-orang seperti kami pula tidak akan ada masa untuk berehat barang sekejap untuk berfikir bagi menggagalkan plot penjenayahan terancang.

Jadi, apa yang perlu anda tahu dalam art of scam? Baiklah, boleh dikatakan bahawa ada dua jenis scam yang sangat bodoh di Malaysia ini iaitu gores dan menang serta kutipan derma (hanya sekadar contoh). Meskipun ia hanya kerja scam yang berada di tahap paling bodoh, namun ramai juga yang berjaya diperbodohkan oleh scammers itu semua.

Dalam kes gores dan menang, para mangsa selalunya gagal membaca body language yang terdapat pada diri scammers. Apabila seseorang itu sedang menipu, maka dia akan mengeluarkan petanda-petanda bahawa dia sedang menipu. Ia adalah perkara yang wajar anda ketahui.

Dalam sains penjenayahan, body language adalah salah satu daripada sudut pengkajian. Apabila seseorang menipu, tubuhnya akan mengeluarkan hormon-hormon sebagai tindakan memprotes perbuatan menipu yang dilakukan seseorang. Hormon itu akan mempengaruhi otak supaya berhenti daripada menipu.

Apabila ia terjadi, beberapa bahagian di tubuh biasanya akan berasa gatal sehingga menyebabkan seseorang yang menipu itu menggaru di bahagian yang gatal itu. Dalam sesetengah orang pula, hormon itu akan mengganggu pertuturan sehingga menyebabkan pertuturannya terhenti atau tersekat-sekat (tidak lancar).

Kes-kes lain, hormon tersebut juga akan mengganggu ritma jantung, tekanan darah, rentak pernafasan, kerlipan mata, otot-otot (berlaku getaran kecil di bahagian tertentu) dan sebagainya. Ia dipanggil poligraphic signals (pernah dengar ujian poligraf bagi mengesan pembohongan?).

Akibat daripada gangguan hormon, tubuh akan mengalami protes dan ia biasanya gagal dikawal oleh empunya tubuh sehingga menampakkan tanda-tanda dia sedang menipu. Jadi, ia akan menghasilkan body language dan dapat dikesan oleh orang-orang yang memahaminya.

Dalam edisi kedua, blog ini pernah menjelaskan bahawa kita tahu siapa ahli politik yang kuat menipu. Malangnya, ramai masih mempercayai sang penipu tersebut. Sekarang, anda boleh memerhati isyarat-isyarat yang dikeluarkan oleh tubuhnya pada setiap kali dia melakukan pembohongan atau penafian selepas kita memberikan anda secebis daripada sekian banyak kaedah mengesan penipuan.

Anda juga mungkin salah seorang yang pernah menghulurkan derma semasa ceramah-ceramah umum dan anda mungkin sudah terpedaya. Contohnya bagi menjadikan scam tabung derma itu blown out, anda harus bijak dan berani bertanya kepada pihak yang mengutip derma itu mengenai akaun bank yang digunakan untuk menyimpan hasil derma. Minta ditunjukkan bukti ke mana wang derma anda disimpan sebelum disalurkan kepada pihak yang dikatakan mahu dibantu. Apabila pihak itu menjawab, maka lihatlah isyarat-isyarat tubuh yang terbit dari dalam diri mereka. Berdiam diri tanpa memberikan jawapan pula ialah cara terbaik untuk ‘memenjarakan’ hormon tersebut daripada memberi tindak balas.

Sebenarnya, manusia dilahirkan dengan hati dan jiwa yang suci bersih. Maka, sifat hati dan jiwa yang suci bersih itu tidak akan pernah terpadam seluruhnya. Biarpun seseorang itu sejahat mana sekali pun, masih ada tertinggal sisa-sisa kesucian di dalam hati dan jiwanya. Apabila orang yang jahat itu menipu, maka hormon-hormon di dalam tubuhnya akan bertindak balas bagi tujuan memprotes perbuatannya yang tidak sejajar dengan sisa-sisa kesucian yang masih berbekas dalam dirinya.



Mungkin sekali, secara metafiziknya, hormon itu adalah ‘sesuatu’ yang sentiasa mengingatkan manusia mengenai perkara buruk dan baik, ia sentiasa memberontak apabila anda melakukan perkara-perkara tidak baik. Maka dengan itu, tiada jenayah yang dilakukan dengan sempurna, sudah faham perkaitan antara hormon itu dengan terma tiada jenayah dilakukan sempurna?

Seseorang conman yang hebat adalah berjaya atau mampu mengawal diri pada setiap kali hormon itu bertindak. Dia seboleh-bolehnya akan mengawal diri daripada menunjukkan isyarat-isyarat yang boleh menyebabkan pembohongannya terdedah. Namun, dia tidak akan pernah mengawal diri selama-lamanya kerana hormon itu akan sentiasa berubah menjadi lebih kuat (evolusi). Apabila dia terus menerus menafikan hormon itu, maka jiwanya akan bertambah keras (jiwa mati) dalam usaha menghalang hormon yang sentiasa memprotes kejahatannya.

Benar, secara metafiziknya, jika kita terus melakukan kejahatan, maka hati dan jiwa akan ‘mati’. Ia kerana hati dan jiwa kita sudah terlalu keras untuk menerima ‘teguran’ daripada hormon yang suci itu. Kerana apa? Kerana tubuh kita sentiasa belajar menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang berlaku di dalaman tubuh kita.

“if it sounds too good to be true, then it is not true.”Modern English proverbs.

“jika ia kedengaran terlalu benar, maka ia tidak benar sama sekali,”Pepatah Inggeris moden.


Pepatah itu adalah pepatah yang sangat popular dalam dunia con-artist. Pengertian bagi pepatah itu secara keseluruhan sudut pandangnya pula sangat difahami oleh kebanyakan con-artist yang mementingkan kesempurnaan dalam melakukan con-jobs.

Maka, seseorang conman yang bijak, tidak sekali-kali akan memperdengarkan perkhabaran yang terlalu baik kepada para mangsa mereka. Mungkin sekali dia akan memperdengarkan kononnya kehidupan semua orang akan bertambah baik sekiranya dia yang jadi pemimpin menganggantikan pemimpin sedia ada, serba-serbi menjadi jauh lebih murah dan ada pula yang percuma, kedengaran terlalu mempesona, terlalu baik.

Walhal jika diambilkira daripada sudut pandang yang lebih berkredibiliti atau memandang janji-janji itu dari sudut rantaian ekonomi (economy chain effects), sosial, kewangan atau sebagainya yang relevan, maka akan didapati ia tidaklah sebagaimana yang dijanjikan. Jika anda seorang conman, maka anda akan berupaya melihat semua ini dengan hanya mengamati maksud pepatah Inggeris yang seperti di perenggan atas. “If it is too good to be true, then it is not true.”

Sseorang conman adalah orang yang pandai mengeluarkan kata-kata yang bertujuan mempengaruhi (wordsmith) tahap kepercayaan orang lain ke atas dirinya. Dia akan mengkhabarkan seolah-olah dia adalah orang yang benar dan boleh dipercayai.

Namun, apabila disoal dengan pertanyaan yang mereka sukar untuk memberikan jawapan, maka mereka akan sedaya upaya untuk mengelak daripada menjawab. Contohnya, apabila wartawan bertanya soalan kepada mereka yang mana jawapan kepada soalan itu pula akan menyebabkan penipuan mereka terbongkar, maka mereka akan cuba mengelak daripada menjawab.

Keengganan untuk menjawab itu juga sebenarnya adalah isyarat yang sudah pun dikeluarkan daripada homon mereka. Maka dengan itu, tidak hairanlah jika wartawan diherdik dan dihina apabila setiap kali bertanya sesuatu soalan yang amat sulit untuk dijawab. Ia juga kerana wartawan adalah kumpulan manusia yang mampu menjadikan sesebuah con-job itu blown out.

“Sesebuah pernyataan yang benar mestilah bersambung-sambung dengan keterangan-keterangan yang mempunyai keterangan dan ia tidak seharusnya terputus-putus.”


Anda hanya diperlihatkan di permukaan, menyelamlah ke dasar dengan sendiri.
--

Sekadar selingan, sila fahami keadaan ini:

Dengar khabar, dalam pilihan raya akan datang, calon-calon DAP akan bertanding menggunakan lambang PAS sekiranya DAP dibatalkan pertubuhannya oleh ROS gara-gara isu pemilihan CEC baru-baru ini. Maka dengan itu, calon-calon DAP yang (sekiranya) menang pilihan raya itu, akan menjadi YB di bawah PAS selepas DAP dibatalkan. Tidak nampak steal job di situ?

Sila cuba lihat dari perspektif art of con.


-MASTER’s CHAMBER-


Nota ADMIN: Master’s Chamber adalah Lembaga Mesyuarat (?) (tidak perlu disebutkan nama organisasi rahsia ini)  dan badan pemikir yang berada di belakang blog Umat Terakhir. Artikel ini adalah antara sebahagian intipati yang dibincangkan oleh ahli-ahli lembaga dengan responden-responden mereka dari kalangan profesional, pengkaji jenayah terancang, penganalisa politik dan sebagainya.

Para panel penulis pula adalah dari kalangan penulis-penulis profesional yang berpengalaman dalam bidang persuratan dan perbahasaan. ADMIN pula hanya sebagai penterjemah yang menterjemah artikel asal yang dihantar secara e-mail dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Oleh yang demikian, beberapa perkataan tidak di-Melayu-kan bagi mengelak perkataan itu terkeluar daripada konteks pemahaman.

Respon panel penulis dalam ruang komen sebagai menjawab komen pembaca juga dihantar melalui e-mail kepada ADMIN dan ia kemudian disalin oleh ADMIN ke dalam ruang komen. Para panel penulis tidak membalas komen secara terus menerus di dalam talian internet atas sebab-sebab tertentu. - HARAP MAKLUM.

.

6 comments:

  1. Salam

    Jika ADMIN hanya menterjemah daripada artikel asal maka ADMIN juga adalah pakar bahasa. Saya tahu kesukaran menterjemah artikel bahasa lain ke bahasa melayu. TAHNIAH!

    Artikel ini benar2 membuka minda. Untuk melihat sesuatu dari perspektif yang kita tidak pernah lakukan memerlukan panduan. Panduannya ada di sini. Terima kasih. Saya mendapat pengetahuan baru di sini.

    Sirih

    ReplyDelete
  2. terima kasih warga UT. semoga Allah merahmati usaha kalian

    ReplyDelete
  3. style. sangat membuka minda. :) terima kasih. teruskan usaha anda. :)

    ReplyDelete
  4. Peace.
    mmm....???
    trimas.

    ReplyDelete
  5. salam,best baca...terima kasih untuk ilmu yang dikongsikan...

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.