Nota: Beberapa lagi istilah
MASIH
terdapat banyak istilah dan terma yang wajar diketahui sebelum kita menyelam
lebih dalam untuk memahami art of con.
Istilah-istilah itu perlu diketahui makna-makna oleh anda supaya tidak
terkeliru atau teraba-raba mencari maksud untuk memahami seni tipu daya ini.
Di sini, kita tambah beberapa lagi istilah.
Artikel ini hanya sebagai nota yang disertakan
dengan contoh-contoh supaya anda mudah menjadi orang-orang yang difahamkan
dalam artikel-artikel selanjutnya selepas ini. Ingat, permainan con menggunakan seni yang sangat kemas,
anda perlu memahaminya baik-baik.
--
“Rules
of con”
Peraturan-peraturan kritikal yang perlu dipatuhi
oleh setiap individu yang berkomplot untuk menjayakan sesebuah con-job. Kegagalan mematuhi
peraturan-peraturan itu akan menyebabkan sesebuah con-job boleh terbongkar. Set peraturan itu telah ditetapkan oleh
para penjenayah komersial yang bergiat secara profesional di London, England
sejak kurun ke-18 yang lalu.
--
“Identity
roulette”
Identiti seseorang conman boleh berubah-ubah mengikut keadaan bagi memastikan con-job yang sedang dikerjakan dapat berjalan
lancar tanpa terbongkar. Ia menghampiri maksud talam dua muka sebagaimana dalam bidalan peribahasaan Melayu.
--
“Faceless
people”
Seseorang conman tidak mempunyai ‘wajah’. Ia
menyebabkan mangsa-mangsa mereka tidak dapat mengenali diri (conman) yang sebenar. Walaupun identiti
mereka boleh diubah-ubah, namun ‘wajah’ sebenar mereka tidak pernah ditunjukkan
kepada mangsa-mangsa mereka..
--
“Perfect
stranger”
Apabila tidak menunjukkan wajah yang sebenar, maka
mereka menjadi orang yang tidak dikenali secara peribadi. Mereka adalah kekal
sebagai ‘stranger’ dalam sesebuah con-play.
--
“Mark”
Diistilahkan kepada mangsa-mangsa yang sudah ditanda
(marked) untuk ditipu atau diperdaya.
Seseorang yang berpotensi menjadi mangsa akan diletakkan ‘tanda’ supaya
kerja-kerja tipu daya akan disempurnakan oleh conmen yang lain dalam menjayakan
sesebuah con-job.
--
Orang yang merencanakan sesebuah skim penipuan. Skim
itu merujuk kepada tipu daya yang terancang serta tersusun mengikut jadual
masa.
--
“Scammer”
Orang yang melakukan penipuan (motif mendapatkan
wang mudah daripada mangsa) berdasarkan skim-skim yang telah direncanakan oleh schemer. Mengutip (secara terus atau
deposit) wang milik mangsa atas nama dana bagi sesebuah tabung juga adalah
salah satu daripada scam.
--
“Grifter”
Orang yang melakukan
penipuan terhadap mangsa bagi mendapatkan wang milik mangsa dan pada masa sama
memperdaya mangsa untuk kepentingan peribadi. Lebih cekap daripada scammer.
--
“Persona”
Karakter atau watak lakonan yang dibina oleh
seseorang penipu (scammer, grifter atau conman). Watak yang dibina itu pula
sangat meyakinkan sehingga mangsa-mangsa gagal mengesan sebarang penipuan.
--
“Likely
existing persona”
Karakter lakonan yang dibina para penipu serta
menggambarkan seolah-olah watak itu benar-benar wujud dan berada di depan mata
mereka bagi menjayakan sesebuah situasi yan penuh tipu daya. Contoh: orang yang
kononnya menjadi saksi kepada sesuatu kejadian. Saksi palsu.
--
“Bulb”
Keperluan untuk mencipta penipuan secara segera bagi
mengelak sesebuah con-job itu blown out atau terbongkar. Idea yang
perlu difikirkan segera sebagai alasan untuk menutup con-job yang hampir terbongkar.
--
Kerja-kerja tipu daya yang dijalankan menggunakan
skim-skim dan taktik-taktik yang telah dirancang terhadap mangsa-mangsa.
--
“Deceptive
signals”
Isyarat-isyarat yang boleh membantu mangsa mengenal
pasti sesebuah con-job. Ia
seboleh-bolehnya dielak oleh conmen daripada mengeluarkan isyarat-isyarat tersebut.
Ia juga dipanggil ‘bad signals’.
--
“Stage
set up”
Situasi yang dirancang bagi menjayakan sesebuah con. Mencipta persepsi awal yang
berkisar mengenai jangkaan terhadap situasi yang bakal berlaku sebelum
kejadian. Apabila jangkaan atau ramalan itu menjadi benar, pada masa sama sudah
mempunyai rancangan dan bersedia menggunakan situasi yang diramalkan itu untuk
kepentingan menjayakan con. Ia
biasanya dibuat untuk menjayakan con-job
yang bertaraf masterpiece. (contoh: agenda
bersih?)
--
“The
insider”
Orang yang menjadi role player bagi pihak conman dan ditempatkan di pihak yang
cuba di-con.
--
“The
outsider”
Orang yang menjadi role player bagi pihak conman
dan tidak berada dalam organisasi atau pihak yang cuba di-con.
--
“Sympathy
game”
Permainan yang melakukan tipu daya terhadap mangsa
dengan menggunakan rasa simpati mangsa. Conman
cuba meraih simpati mangsa untuk mendapat kepercayaan dan sokongan para mangsa
dalam sesebuah con job yang
dijalankan.
--
“Blame
game”
Permainan yang
dilakukan dengan cara menyalahkan pihak lain bagi meyakinkan mangsa bahawa con-man itu tidak melakukan apa-apa
kesalahan.
--
“Red
herring game”
Permainan yang cuba mengalihkan perhatian para
mangsa supaya tidak melihat kepada isu-isu yang boleh menyebabkan sesebuah con-job itu terbongkar.
--
“Classic
game”
Permainan yang dijalankan dengan cara meniru semula lain-lain
con-job yang bertaraf masterpiece apabila terdapat persamaan
situasi. Contoh: meniru Arab Spring
atau Revolusi Iran.
--
“Master’s
game”
Permainan con
yang dirancang oleh conman yang
sangat berpengaruh dalam masyarakat.
--
Permainan dimulakan dengan memperdaya seseorang atau
sekumpulan orang, kemudian mereka yang diperdaya itu dijadikan alat untuk
mendapatkan da memberi maklumat kepada conmen.
--
“Quail
game”
Orang yang diancam (ditakut-takutkan)
supaya bekerja untuk conmen sekiranya
tidak mahu rahsia mereka terbongkar.
--
Orang yang bekerja untuk menjayakan con-job secara senyap (dalam gelap) di
dalam sesebuah organisasi yang sedang diperalatkan.
--
“Pussy
game”
Orang yang dijaga oleh conmen bagi memberi imej yang baik terhadap conmen. Tiada sesiapa yang akan membenci kucing comel yang baik (that is the point). Menghampiri maksud mascot simpatisan (rujuk artikel: Maskot
Simpatisan di blog ini).
--
“Hound/dog
game”
Orang yang dipergunakan oleh conmen untuk melakukan kerja-kerja con. Mudah disuruh buat apa sahaja mengikut kehendak conmen.
--
“Sheep game”
Sekumpulan orang yang dipergunakan untuk mewujudkan
sesuatu situasi atau ‘pentas’ yang
diperlukan oleh conmen sebelum memulakan
‘stage play’ atau lakonan. Contoh:
demonstrasi rakyat Indonesia di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia; mission
occupy dan perhimpunan-perhimpunan yang menghampiri pengertian sama.
Terdapat beberapa istilah yang menggunakan watak
binatang seperti disenaraikan di atas. Ia dibuat sedemikian bagi membolehkan
sifat-sifat manusia dimodulkan atau diwakilkan kepada haiwan, ia bagi
membolehkan kerja-kerja manipulasi dapat dilakukan dengan berkesan.
Itulah caranya sikap manusia diketahui dan mudah
dikawal.
--
“Angel
game”
Permainan yang dimainkan oleh conmen bagi mewujudkan tipu daya bahawa mereka adalah orang-orang
yang baik dan memerlukan pembelaan.
--
“Stir the lair”
Situasi yang diwujudkan oleh conmen supaya mangsa-mangsa mereka berasa terancam dan kemudian
memperguna mangsa-mangsa untuk kepentingan mereka. Pada masa ini, blame game dan red herring digunakan.
--
“Blown”
Situasi di mana con-job
terbongkar.
--
“Con
revive”
Usaha memperbaiki kesilapan untuk meneruskan con-job walaupun pernah terbongkar. Penipuan
biasanya diteruskan dengan cara spinning the
words.
--
Akan datang:
“Language
of grifters”
“Language
of scammers”
“Language
of conmen”
Bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka
semasa melakukan con-job dengan menggunakan
seni bahasa yang anda tidak pernah fahami dan kenyataan itu adalah
kenyataan-kenyataan yang anda semua ketahui tanpa memahami maksud-maksud
sebenar yang terkandung di dalamnya.
Walaupun mereka mengucapkan kenyataan itu di hadapan
muka anda, anda masih tidak mampu memahami maksud sebenar mereka. Ia kerana anda
tidak memahami seni bahasa yang mereka gunakan. Anda ditipu secara depan-depan
dan ditipu hidup-hidup.
-ADMIN-
.
Terima kasih admin utk pengertian2 di atas.
ReplyDeleteDolo2 sy terpikir bila tengok Presiden US, depa kdg2 tengok gaya dan sikap bukan mcm semulajadi. Macm watak seorang pelakon dlm siri2 citer Holywood depa.
Bila baca UT ,baru tau..oo mungkin macam ini ka rupanya..depa memng pelakon2 dan cuba menyakinkan masyarakt di sana seolah Presiden depa tu seolah hero dalm film mereka.
Depa membentuk apa2 karekter yg disukai rakyat US..patut kdg cam pak lawak ja Presiden US ni.
Cam Jimmy Swaggart dolo taun 80an dia mubaligh..pun cam buat2 ja,lakonan seorang pendakwah.Tp masa tu dia top di sana dan amat terkenal.
Org US suka filem..orang2 di sana pun segala poltik di dramakan saja,semua di ator.Betoi kan Admin?
Inilah dia sistem hidup dikatakan tamaddun mutakhir oleh pihak barat, siapa lembab dan lemah hanya akan jadi mangsa. Mangsa akan dipersalahkan sepenuhnya kerana dikatakan bodoh. Ia adalah buah hasilan pemikir zion, merekalah yang berjaya jadi kaya dengan cara menipu. Lurus bendul dianggap dungu, bodoh dan naif, jadi makanan segera mereka. Yang pandai pun kena tipu juga.
ReplyDeleteT kasih admin kerana menerangkan mengenai teknik dan taktik manusia hipokrit ini.
Dalam Islam telah diberitahu akan sampai masanya dunia dipenuhi tipu daya, Dusta Dajjal yang amat jahat. Sekarang ini sedang galak, kita yang sedang mengkajinya juga tertipu apatah lagi mereka yang telah pun jadi makanan? Lepas ini entah apa lagi konpirasi (tipudaya) yang akan mereka lakukan.
Munafik dan Fitnah....
salam.
ReplyDeleteAnon paling atas,
perkara asas yang perlu diketahui ialah tidak semua yang berlaku di luar sana adalah hasil kerja tangan konspirator. dalam sesetengah keadaan, ada sebahagian itu kerja tangan konspirator dan sebahagian yang lain pula bukan kerja tangan konspirator.
paling asas juga untuk menenentukan sama ada sesuatu itu dikerjakan oleh konspirator ialah dengan cara kita melakukan "follow the evidence" dan selalu membuat "double check" terhadap perkembangan-perkembangan yang berlaku.
--
Abts yang saya kasihi dan hormati,
benar, sesiapa yang lembab, dungu dan malas berfikir adalah mangsa-mangsa yang sangat lazat diratah segala daging dan darahnya. menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha mengeluarkan mangsa-mangsa ini daripada "rumah sembelihan" pemangsa-pemangsa itu. kita tidak wajar berasa letih sepanjang berusaha.
insya-Allah.
-WAQQAS-
.
SALAM aDMIN,
ReplyDeleteSEKARANG DI SEMENANJUNG BARAT M'SIA SUDAH ADA DRAMA.
1 CON JOB DI ATUR OLEH PENGKHIANAT2 NEGARA.SY DH NAMPAK SKET2..
DEPA DH NK MULAKAN DRAMA DEPA DAHHH...
salam Anonymous1 March 2013 07:32,
ReplyDeletetunggu artikel STALKER mengenai perkara itu.
_WAQQAS