Anda sedang
dilalaikan
SAMA ADA anda
sedar atau tidak, anda sebenarnya sedang dipaksa untuk menjadi orang-orang yang
sibuk. Erti kata lainnya, anda
sedang sibuk atas perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda menyibukkan diri.
Anda adalah
penyibuk, busybody. Anda jadi begitu
setelah anda dipaksa untuk menjadi sibuk. Terlalu sibuk terhadap
perkara-perkara yang tidak sepatutnya pula akan menyebabkan anda menjadi
orang-orang yang lalai sehingga mudah di-kambing-kan, mudah di-dungu-kan, mudah
diperbodohkan dan mudah pula dipergunakan. Ia sebab anda lalai, terlalu lalai
sehingga terlupa. Lalai terhadap apa?
Dalam artikel
sebelum ini, diberitahu bahawa rancangan sulit Zionis membina negara haram
Israel berjaya di-plot-kan pada ketika umat Islam di negara-negara mereka disibukkan
dengan penjajahan oleh kuasa-kuasa Eropah.
Ketika era
penjajahan, umat Islam (kita ambil negara Islam sahaja dalam konteks ini)
disibukkan dengan usaha membebaskan diri mereka dari penjajahan di negara
tumpah darah mereka. Sejak dijajah, umat Islam berjuang untuk membebaskan
negara mereka daripada cengkaman kuasa asing. Cuba periksa, lihat berapa banyak
negara Islam yang berada bawah kuasa penjajah semasa era kolonial dan imperial.
Disebabkan
terlalu sibuk, mereka pula (sebilangan besar, bukan semua) hanya memikirkan
mengenai cara memerdekakan negara mereka sendiri sahaja tanpa serius memikirkan
cara untuk sama-sama membantu membebaskan negara-negara Islam yang berjiran
dengan negara mereka. Bukan tidak ada yang mahu membantu negara jiran sesama
Islam yang sama-sama dijajah, tetapi bantuan sesama itu kurang serius. Mereka
mahu membebaskan diri mereka sahaja, tetapi kurang serius memikirkan nasib
saudara mereka di negara jiran.
Ada pula yang
cuba mengambil kesempatan untuk menjadikan negara jiran sebagai sebahagian
daripada negara mereka walaupun jiran mereka itu tidak sudi kerana mahu mengembalikan
kedaulatannya sendiri tanpa rela lagi kehilangan kedaulatan setelah dipaksa
untuk bernaung dibawah sistem baharu (contoh: kes cubaan memasukkan Malaya ke
dalam Indonesia yang mana boleh menyebabkan Malaya hilang kedaulatan raja-raja
Melayu Islam di bawah sistem republik) . Bagaimanapun, mereka tetap sibuk
akibat disibukkan atau dipaksa untuk sibuk oleh penjajah. Mereka terlalu sibuk
berjuang. Mereka sibuk, kita juga sama-sama sibuk.
Pada ketika
Perang Dunia Kedua (WW2) pula, umat Islam disibukkan dengan usaha menyelamatkan
diri serta ahli keluarga masing-masing daripada bahaya peluru sesat dan bahaya
bom-bom buta yang digugurkan dari pesawat. Sungguh sibuk kerana dipersibukkan
untuk menjaga diri serta keluarga. Mahu duduk di kampung, tak selamat sebab ada
tentera Jepun, Siam dan Jerman. Mahu lari ke hutan pun tak selamat sebab ada
komunis. Sungguh sibuk jadinya, hanya ligat memikirkan keselamatan diri dan
keluarga.
Selepas tamat
WW2, disibukkan lagi dengan usaha membina negara yang merdeka. Di negara-negara
lain pula, mereka disibukkan dengan perebutan kuasa sesama mereka kerana pihak
kolonial belum kembali tiba untuk mentadbir semula negara mereka. Mereka jadi
sibuk untuk mentadbir walaupun bercakaran sesama sendiri.
Di Malaya, umat Islam yang majoriti Melayu disibukkan pula
dengan idea jahat British untuk mendirikan Malayan
Union. Orang Melayu beragama Islam kemudian menjadi terlalu sibuk berjuang
untuk melenyapkan sebarang usaha British untuk Malayan Union.
Orang Melayu
disibukkan dengan perjuangan memerdekakan negara. Kemudian muncul pula kumpulan
Melayu yang lain sehingga tercipta perpecahan di ambang kemerdekaan. Semakin
sibuk jadinya. Sejak 1511 sehingga dekat nak merdeka pun, orang Melayu tidak
habis-habis disibukkan dengan macam-macam dugaan. Itu yang berlaku di Malaya.
Di lain-lain
negara yang turut dijajah, mereka juga dipaksa untuk sibuk. Selepas satu isu
jadi reda, timbul pula isu baharu dan tidak habis-habis mereka disibukkan
dengan macam-macam perkara.
Dalam keadaan
sibuk di seluruh dunia yang tidak henti-henti selama beratus tahun itu,
tiba-tiba Zionis sudah pun mendarat di Palestin dan membina negara haram pada
pertengahan 1948. Umat Islam yang tidak sedar atau lalai dengan plot Zionis itu
kemudian terlopong, ternganga dan terkejut apabila mendapat tahu Yahudi Zionis
sudah membina negara haram di atas bumi Palestin. Sedang umat Islam
masing-masing sibuk memerdekakan negara sendiri, tiba-tiba sahaja dapat satu
berita tergempar iaitu tanah saudara kaum Muslimin di Palestin sudah diduduki
Zionis.
Zionis berjaya
mendarat, merodok dan merampas bumi Palestin pada ketika kita semua terlalu
sibuk akibat disibukkan oleh penjajahan, perang dunia, persengketaan sesama
sendiri dan sebagainya. Apabila kita sibuk, kita dengan sendirinya akan jadi
lalai serta lupa.
-----
Anda masih dipaksa menjadi sibuk
Sungguh dan ia
sungguh, biar pun zaman penjajahan dan perang dunia telah berdekad-dekad lama
berlalu, umat Islam masih lagi dipaksa menjadi orang-orang yang sibuk dan
sedang dipaksa hidup dalam kesibukan yang dipaksa untuk digalas.
Semua kesibukan
itu dijalankan dalam satu susunan rancangan yang rapi lagi halus. Persengketaan
dicipta untuk menimbulkan ketegangan dan ia menjadikan manusia sibuk bertegang
urat sesama mereka.
Kemudian demokrasi
pula mengambil alih tradisi pemerintahan dan mencipta lebih banyak ketegangan
dalam kebanyakan negara. Makin sibuk jadinya, siang berpolitik, malam pun
berpolitik, dalam bangunan berpolitik, di kedai kopi berpolitik, tepi jalan pun
berpolitik, dalam semak berpolitik, dalam surau berpolitik, dalam masjid pun
berpolitik, sampai dalam jamban dan bilik hotel pun sibuk berpolitik lagi. Dua
puluh empat jam tak habis-habis sibuk dengan politik. Sibuk-sibuk.
Disebabkan slogan
demokrasi, sesebuah negara boleh diheret masuk ke dalam kancah perang sebab
sibuk bersengketa akibat tak dapat capai persefahaman. Bila sahaja perang,
tersangatlah lebih sibuk jadinya. Sibuk tak habis-habis. Disebabkan slogan demokrasi
itu juga, dua saudara boleh berbunuhan sesama sendiri.
Bagi orang-orang
yang tidak ambil kisah dengan perkembangan dunia pula, mereka tak habis-habis
sibuk dengan dunia hiburan. Tak habis-habis sibuk dengan cerita artis, sibuk
gosip sana-sini. Ada lagi yang lebih hebat, sibuk berhibur di sana-sini dan tak
ambil peduli langsung dengan perkembangan dunia, sibuk berpesta di sana-sini,
bertukar pasangan, sibuk-sibuk saja kerjanya.
Sibuk sangat
berseronok, sampai tak sedar dengan arus dunia yang semakin tegang, jangan
sampai apabila tersedar nanti sedar-sedar sahaja musuh sudah acu senapang dan
meriam ke muka. Nah, itulah sebab asyik tak habis-habis nak sibuk berseronok
sangat, sedar-sedar sahaja diri sudah jadi mangsa perang. Sibuk sangat menonton
TV dan rancangan hiburan, sedar-sedar sahaja rumah sudah kena bom dengan musuh.
Akibat terlalu
sibuk sehingga lalai, manusia jadi lupa untuk mempersiapkan diri. Jadi lalai
sehingga tidak tahu dengan apa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Jangan
sampai apabila sudah dikejutkan dengan kejutan-kejutan di luar jangkaan, kamu
hanya akan jadi orang yang hanya tahu menangis sahaja. Kenapa hanya tahu menangis? Itu sebabnya tak pernah ada
usaha mempersiapkan diri dengan kemahiran survival
di kala menghadapi worst case scenario,
akibatnya hanya pandai menangis sahaja. Apa nangis-nangis? Musuh sedikit
pun tak akan ada sifat kasihan kepada kamu.
Memang, kita tidak habis disibukkan dengan macam-macam
perkara sampai terlupa untuk waspada. Sibuk berpolitik, sibuk bercakaran, sibuk
maki hamun, sibuk buat kacau, sibuk tabur fitnah, sibuk itu sibuk ini, dua
puluh empat jam tak habis-habis sibuk.
Jadi sibuk kumpul harta sebab sibuk-sibuk nak jadi kaya dan
sibuk-sibuk mengejar dunia. Maklumlah, dunia ini kebanyakan orang pandang
harta. Jadi, dia pun sibuk-sibuk kumpul harta sampai terlupa yang sebahagian
hartanya itu diwajibkan untuk dibahagikan kepada golongan miskin dan fakir. Dua
puluh empat jam sibuk mengira harta, ingatlah bahawa kalau terjadi perkara di
luar jangkaan, duit itu tidak boleh membeli semua perkara.
Kita bukannya dilarang daripada mengumpul harta, tapi ada
syarat-syaratnya yang perlu kita taat sekiranya kita ada miliki harta. Ingat, bukan semua bahagian harta itu
milik kita semuanya, ada bahagian untuk kita, ada bahagian untuk zakat. Daripada
sibuk-sibuk kumpul harta, lebih baik luang masa pergi ke pejabat zakat, bukan
banyak sangat pun bahagian harta yang diwajibkan zakat. Berzakat tak akan
jadikan kita orang miskin pun.
Sejak zaman
penjajahan, kita disibukkan dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan. Semasa
perang dunia, kita disibukkan dengan usaha menyelamatkan diri dan keluarga.
Selepas perang, kita disibukkan dengan perjuangan membina semula semua yang
musnah akibat perang. Apabila merdeka, kita disibukkan dengan membina negara.
Selepas merdeka, kita disibukkan dengan politik, sibuk kumpul harta dan
macam-macam lagi.
Perlu disedari
bahawa kita sepatutnya sibuk dengan perkara yang berfaedah. Daripada sibuk
bercakaran sesama sendiri, lebih baik kita luang masa untuk berdamai sesama
kita. Daripada sibuk berhibur menyumbat muzik ke dalam telinga sampai tak ingat
dunia, lebih baik kita luang masa untuk cari ‘kesunyian’. Daripada sibuk kejar
harta dunia sampai tak fikir kesusahan hidup orang lain, lebih baik kita luang
masa buat amal jariah.
Cukuplah sibuk-sibuk yang tak bawa manfaat itu. Kerana apabila anda tersedar nanti, anda
sudah kehilangan segala-galanya dalam keadaan anda tidak bersedia.
Kalau semasa
zaman penjajahan dan selepas perang dunia, umat Islam sudah dikejutkan dengan
kejayaan Zionis membina negara haram di bumi Palestin. Itu adalah shocking sensation yang dihempap ke atas
kepala umat Islam akibat terlalu sibuk sampai tidak sedar akan segala
perancangan mereka. Itu yang berlaku pada lebih setengah abad lalu.
Dulu mereka telah berikan shocking sensation akibat kelalaian umat Islam. Kalau dulu mereka
boleh buat semacam itu, mereka pasti boleh buat sekali lagi yang jauh lebih
mengejutkan kalau kita terus sibuk dengan hal dunia sampai terlalai.
Mungkin kali ini mereka akan beri kejutan penuh sensasi pada
ketika kita sedang sibuk berpolitik, ketika kita sedang sibuk bercakaran sesama
kita, pada ketika kita sedang sibuk mencaci maki sesama kita, pada semasa kita
sedang sibuk kejar harta, pada semasa kita sedang sibuk berhibur sampai
terlalai tak ingat dunia.
Mereka telah
ambil peluang keemasan semasa perang dunia yang mereka cipta untuk kita. Mereka
telah ambil peluang semasa kita sedang sibuk dengan penjajahan yang mereka
cipta untuk kita. Kali ini, mereka juga akan pasti ambil kesempatan semasa kita sedang sibuk dengan mentaliti keduniaan yang juga mereka cipta untuk kita sehingga kita saling bercakaran.
Jangan sibuk-sibuk.
Luang sedikit masa.
Sedarlah,
Anda sedang
terlupa melakukan perkara rukun dalam hidup anda,
Lakukan segera ‘sujud sahwi’ dalam hidup anda apabila
anda telah
tersedar daripada kelalaian dan kelupaan.
Maha Suci Allah yang tidak tidur
dan tidak lupa.
Apakah perkara
rukun yang anda terlupa itu?
Kami tidak
sediakan jawapan..
-STALKER-
I’m stalking you.
.
Salam saudara,
ReplyDeleteartikel yg benar dan menarik, sy bertambah dalam lagi berfikir hal seibuk x sudah menyudah ni.
Terima kasih atas kesadaran tu.
Sy juga nak bertanya, kenapa semua bab pasal TENAGA dah xde, dulu2 sy sempat baca gak, sekarang nak baca balik buat reference dah xde. ade kesilapan ke? sy bernar2 berharap dapat baca balik terutama "belajar dari org jepun" & "tenaga murni". harap encik dapat memberi jawapan balas.
Sekian, terima kasih.
salam kembali Pak Anas.
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi berfikir.
siri artikel tenaga digantung buat sementara waktu atas sebab tertentu. kita khuatir kalau ada orang yang tersalah tafsir semasa mendalami ilmu itu.
harap maklum.
_WAQQAS
setiap kita mainkan peranan ikut kemampuan.
ReplyDeleteBerat sama2 pikul, Ringan sama2 jinjing.
Nak tarik 'rambut dari tepung' perlu kosentrasi dan ketenangan.
tarik nafas dalam2 dan FOKUS.
banyakkan Iqra', zikir, fikir, dan senyum... =)
Ujian ini memang BERAT, dan kita dipilih untuk melaluinya.
Salam dari yg empunya salam.
ReplyDelete"Kenalilah dirimu rata-rata..." wahai sekalian penanggung rahsia..
Disitu ada pemula cerita.
Disitu ada jalan cerita..
Disitu ada penamat cerita...
Moga dalam 'permainan' ini kitalah juaranya.
Pulangnya nanti dengan rasa dan senyum puas...
Tenang...nan damai..
Redho lagi diredhoi.
Salam Setitik Rahasia,
ReplyDeleteSemua yang ada di langit & di bumi selalu meminta kepadaNya.
Setiap waktu Dia dalam kesibukan.
Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Surah Alr-Rahman, ayat 30 & 31.
. asalku
Salam bro. Baik kita sibuk dalam melakukan perkara-perkara arif dan bantu-membantu sesama saudara SeIslam kita yang kurang bernasib baik.
ReplyDeleteSlm.
ReplyDeleteBetul. Sibuk sangat. Jadi robot dah kt dunia.
Lupa hak kepada Yang menciptakan. Padahal sangat tak cukup masa, nak beribadah, apatah lagi untuk menegakkan syahadah yang disebut setiap hari dalam solat.
Memang amatlah sedikit yang bersyukur.
Sabar & taqwa sbg perisai, niat yang betul dlm setiap perkara, bukan kerana manusia, bukan kerana mengejar dunia. Yang lebih penting sebab mencari keredhaan Allah.. :)
Terima kasih untuk artikel yang membuatkan berfikir..
Salam.
ReplyDelete'Anda dipaksa untuk menjadi sibuk'
Amat benar apa yang dikata,tiada cacat atau celanya..
Bukan pada artinya yang tersurat,tetapi pada makna artinya yang tersirat...
Sibuk-sibukkanlah dengan 'diri' yg didalam.
Cari dan kenalah dgnnya.
Umat Islam sudah lupa kepada Sunnah Rasulullah SAW yg paling besar iaitu BERJEMAAH."Jemaah itu Rahmat, pecah-belah itu Azab". Jemaah asas kepada Ummah. Jemaah itu bersatu atas nama Allah dan Rasul.Memperjuangkan Islam dalam segenap sudut kehidupan.
ReplyDeleteJemaah mestilah diketuai oleh seorang pemimpin atas dasar taqwanya. JEMAAH KEBENARAN, pemimpinnya dilantik oleh Allah.Sudah disebut ciri-cirinya didalam hadis Rasulullah SAW. Kita sudah kesuntukan masa. Pilihan ditangan anda...