BAHAN peledak (gun powder) sudah
dimasukkan ke dalam laras senapang, peluru juga sudah dimasukkan dan
ditekan-tekan sedikit supaya ia mampat dengan tekanan yang sepatutnya, tinggal
hanya picu sahaja yang perlu ditarik dengan jari telunjuk supaya senapang itu
meletup dan pelurunya meluru keluar mengena tepat ke jantung musuh.
Senapang itu tidak seperti senapang-senapang automatik yang
lazim digunakan dalam siri-siri perang moden. Ia seperti senapang yang biasa digunakan semasa zaman Perang Saudara (Civil War) di Amerika pada beberapa
ratus tahun dahulu. Ia juga kerana perumpamaan terhadap senapang itu sebenarnya
merujuk kepada perang saudara yang sedang diciptakan untuk menjayakan gelombang
kedua.
Senapang itu
sudah siap diisi peledak dan peluru. Hanya menunggu masa untuk
diletupkan, ditembak ke arah sasaran yang semakin terdedah.
-----
Organisasi-organisasi The
Pillars sentiasa mengambil peluang terhadap perkembangan di Asia Barat.
Malah sebelum tercetusnya Arab Spring, organisasi-organisasi
itu telah lama merancang untuk menstrukturkan semula tradisi politik di Asia
Barat.
Bukan sekadar merancang, organisasi-organisasi itu
mewujudkan pula sub-sub organisasinya yang mana sub-sub itu masuk secara
senyap-senyap ke Asia Barat untuk ‘mendakyahkan’ pemikiran dunia baharu kepada
golongan sivil di negara-negara Asia Barat dan Afrika. Pemikiran yang sudah
lama diperkenalkan di Eropah dan sebahagian dunia lain tetapi diperbaharui
mengikut keperluan pra-syarat kepada cetusan gelombang kedua.
Pemikiran liberalism dengan pendekatan-pendekatan baharu,
menggalakkan golongan sivil bergalak mesra dengan hak-hak asasi manusia yang
tidak mereka benar-benar fahami dan memasukkan segala pemikiran agresif dan
militan dalam menuntut revolusi dan reformasi ke arah dunia baharu yang
menjanjikan kesenangan dan keadilan kononnya. Ia adalah pemikiran-pemikiran
yang ditaja oleh The Pillars.
Pemikiran yang mengheret manusia ke lembah sekular dan akhirnya mati kelekaan
di lembah itu secara senyap-senyap.
Foundation For The
Future (FFF), sebuah organisasi yang pada kertasnya didirikan untuk
melibatkan (mengheret?) masyarakat di Asia Barat dan Afrika untuk menyokong
badan-badan bukan kerajaan (NGO) di
dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan. Ia bermakna FFF adalah
berfungsi sebagai ‘memujuk’ masyarakat Asia Barat dan Afrika untuk menyokong
NGO yang akan membawa mereka ke arah demokrasi dan kebebasan.
Apa pula NGO-NGO yang dipastikan untuk mendapat sokongan
masyarakat Asia Barat dan Afrika? Ia adalah National
Endowment for Democracy (NED), National
Democratic Institute (NDI) dan banyak lagi jenama NGO lain yang mana
diketahui melancarkan operasi Arab Spring
dan Mission Occupy di Asia Barat.
Ia juga adalah The Pillars.
Hasrat utama The
Pillars dalam konteks masyarakat sivil ialah menjadikan demokrasi sebagai
tujuan utama masyarakat itu dalam membina semula negara mereka setelah diberi
perkhabaran mengelirukan bahawa sistem sedia ada adalah tidak adil dari kaca
mata hak asasi manusia.
Ia memberi fokus kepada kebebasan, hak asasi manusia,
kebebasan bersuara, keadilan dan membawa sistem pilihanraya demokrasi ke arah
yang dikatakan lebih demokratik, memberi akses kepada ketelusan maklumat,
kebebasan pertubuhan, kebebasan media, memberi kuasa kepada wanita (hak asasi
wanita dalam ruang lingkup hak asasi manusia) dan beberapa lagi fokus lain.
Ia juga kedengaran sama dan selari dengan setiap gerakan NGO
tertentu yang bertebaran di seluruh dunia hari ini iaitu menyuarakan
fokus-fokus yang sama.
Perlu sensitif terhadap perkembangan ini ialah keperluan
untuk menjejak gerakan-gerakan mereka di Asia Barat dan juga sebahagian dunia
yang lain. Mereka telah bergerak di
Tunisia dan Mesir, mereka telah berjaya di sana. Mereka juga telah bergerak di
Libya dan telah berjaya. Sekarang mereka masih bergerak di pentas dunia.
Apabila dilihat
daripada lingkaran NGO-NGO ini termasuk FFF, NED dan NDI, didapati bahawa
NGO-NGO ini mempunyai negara tumpuan yang berbeza-beza. Contohnya FFF
memasukkan Turki, Mesir dan Iraq ke dalam senarai mereka melalui wakil-wakil
(ejen-ejen pillars) yang dilantik
dari negara-negara itu. Manakala NED diketahui beroperasi melalui ejen-ejennya
di Mesir, Libya dan Syria. Beberapa pertubuhan lagi sedang cuba melebarkan
operasi ke Arab Saudi. Lain-lain NGO pula melibatkan zon-zon berbeza.
---
Sila fahami baik-baik.
Ini adalah benang
untuk anda. NGO-NGO berkenaan
mempunyai zon-zon operasi yang berbeza. Apabila dihubung-kait setiap NGO itu
dan juga zon-zon operasi mereka, kita akan dapati semua zon yang terdapat dalam
senarai operasi NGO-NGO itu membentuk zon-zon yang menjadi sebahagian daripada The Greater Israel.
Perkara yang
boleh dilihat di sini ialah wujud keselarian NGO-NGO itu dalam mengadakan
kerjasama untuk mendirikan demokrasi mengikut kehendak mereka di zon-zon yang
menjadi sebahagian daripada rancangan The
Greater Israel. Untuk melihat pertalian antar NGO-NGO ini, kita wajar
melihat plan The Greater Israel
kerana zon-zon pengoperasian NGO-NGO itu secara jelas membentuk sebuah peta
yang dinamakan sebagai The Greater Israel.
Maka tidak hairan
apabila FFF mengatakan bahawa mereka adalah sebuah organisasi bebas yang ditubuhkan
untuk melibatkan masyarakat di Asia Barat dan Afrika untuk menyokong NGO-NGO di
dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan. Jelas di situ.
Apabila agenda
NGO-NGO itu mendapat sokongan masyarakat, maka jaringan ke arah The Greater Israel dan The New Order of the New World akan
terbentuk dengan sendiri dalam rangka kerja yang dibangunkan dalam ruang
lingkup kelalaian akibat kesibukan masyarakat Asia Barat sendiri.
Masyarakat yang
terlibat memberi sokongan terhadap gerakan demokrasi di bawah NGO terbabit dan
juga sub-sub-sub (pecahan sub ketiga) NGO yang lebih kecil adalah secara tidak
langsung diheret dalam menjayakan The
Greater Israel. Dalam erti kata lain, masyarakat di Asia Barat (minoriti
sebahagiannya) dipaksa untuk sibuk dalam memperjuangkan demokrasi yang secara halusnya membawa ke arah The Greater
Israel yang mempunyai perisa liberalism berencah sekularism Zionis.
Dalam zon lain yang berbeza dengan zon Asia Barat, terdapat rancangan
licik lain yang tidak kurang sama besarnya dengan The Greater Israel iaitu The
Greater World. (Rujuk artikel: Kotak tidak berkunci).
Gerakan-gerakan NGO yang berfungsi sebagai The Pillars itu adalah kerja-kerja penting
dalam menggerakkan dunia ke arah New
World Order (NWO) gelombang kedua. Mesir pula sedang diheret ke dalam Dasar
Desentralisasi selepas melalui Reform 2.0
(pernahkah anda dengar terma dasar desentralisasi ini dalam matapelajaran
sejarah, tahu apa tujuannya?), lain-lain negara yang sudah kecoh di Asia Barat
juga akan mengalami nasib yang sama.
Turki secara tidak langsung terlibat sama dalam kekecohan di
Syria apabila terdapat
beberapa serangan daripada Syria
terhadap Turki. Petanda-petanda awal terhadap konflik lebih besar pula kerap
kedengaran apabila diramalkan bahawa akan tercetus perang besar di Asia Barat
akibat hubungan Syria
dan Turki yang semakin terdedah kepada kebuntuan pemulihan hubungan kedua-dua
negara.
Pertembungan antara sebuah negara sekular (Turki) dengan
sebuah pemerintahan Syiah (Syria )
akan menyebabkan umat Islam di Asia Barat terus terhimpit di tengah-tengah. Ia
juga akan mengundang sentimen tidak selesa di kalangan negara-negara Islam yang
lain di sekitarnya dan seluruh dunia dan akhirnya mewujudkan ketegangan yang
lebih buruk.
Setiausaha Kerajaan Amerika, Hillary Clinton juga pernah mengeluarkan kenyataan mengaku bahawa Amerika ada membekalkan senjata kepada pemberontak di
Jadi, wujud benang baharu apabila Clinton secara
tidak berhati-hati mengeluarkan kenyataan seperti itu. Benang yang
menghubungkan gerakan bawah tanah Amerika bersama-sama FFF, NED, NDI dan
sebagainya dalam menjamin terbentuknya The
Greater Israel dengan mengambil peluang daripada kelekaan dan kesibukan
masyarakat Asia Barat berperang sesama mereka.
Di sini, penafian
yang mengatakan Amerika tidak terlibat dalam penyaluran dana kepada FFF, NED
dan NDI adalah tidak berasas sama sekali sebaik sahaja Hillary Clinton mengeluarkan
kenyataan sedemikian. Ia kerana terdapat banyak benang lain yang menghubungkan
Amerika dan Eropah (perkakas Israel) untuk mencipta kekecohan dan konflik di
Asia Barat sehingga menjadi faktor sibuk dan faktor leka bagi masyarakat Arab
di sana.
Kini,
gerakan-gerakan NGO itu sudah masuk pula ke Yemen, Jordan dan Qatar. Masyarakat
sivil di sana sedang didedahkan kepada kisah-kisah ‘mitos’ demokrasi yang
menjanjikan hak sama rata serta kebebasan dan keadilan untuk semua. Seminar-seminar
dan kursus-kursus diadakan bagi memberi pendedahan kepada golongan belia di
sana terhadap ‘mitos’ demokrasi dan ‘manfaat’ yang akan mereka dapat apabila
demokrasi diamalkan secara yang ‘sepatutnya’. Apabila timbul pula konflik baharu
di negara-negara berkenaan pada masa hadapan, ia adalah sesuatu yang tidak
menghairankan. Di Morocco pula, ia digerakkan dengan cara lain. Dalam gerakan
ini, ia melibatkan sebahagian Afrika serta keseluruhan Asia Barat dan juga
negara-negara Arab termasuk Kota Mekah dan Madinah di Arab Saudi. Ia
adalah massive agenda yang akan
memberikan shocking sensation kepada
seluruh dunia.
Soal NGO-NGO itu
memihak kepada siapa adalah tidak penting. Paling perlu diberi fokus ialah
kesan yang akan timbul iaitu ketegangan yang menjanjikan campur tangan Amerika,
Eropah dan khidmat nasihat Israel yang turut mempunyai kepentingan besar di
Asia Barat. Apabila ketegangan itu berlaku di Asia Barat, maka Israel akan
memainkan peranan dengan alasan ia juga mahu menjaga kepentingannya di Asia
Barat walhal Israel lebih selesa menganggotai Kesatuan Eropah dalam hubungan
antarabangsanya.
Kisah di sebelah sana
ialah The Greater Israel. Manakala
kisah di sebelah sini (di sebelah kita) pula ialah The Greater World. Kedua-dua itu digerakkan oleh
organisasi-organisasi ‘bebas’ yang dinamakan sebagai The Pillars of the Zionist.
---
The Print of Projects
“Long before uprisings
and popular protests started to tip the political balance in the Middle East , the Cairo-based Resources for Development Center (RDC) understood the powerful tool
for political mobilization that internet could be, sidestepping official
restrictions on freedoms of expression, speech and opinion. RDC developed the ‘Reform 2.0’ project, thanks to a grant
from the Foundation for the Future, and with the ambition to train 100 NGOs and 10,000 young internet users to advocate for
change. Less than six months after the initiation of the project, RDC has
already trained dozens of youth to develop online advocacy groups and
campaigns, and drawn over 1,500 members –
from Egypt and beyond - to the project..” – FFF 2011 Public Report on Egypt .
“Half of Yemen ’s 22
million citizens are under 16 years of age and the population is set to double
by 2035. In general, these youths make
up a large portion of unemployment and casualties from violence but rarely have
representation in government or civil society. Limitations on freedom of speech
in the country also limit the youth voice in both formal and informal
communication channels. The Youth Leadership Development Foundation
(YLDF) in Sana’a has been working
since 2005 to empower youth with its economic center that develops youths’
job skills, a learning center for young girls, and trainings on human rights and citizenship. The Foundation for the
Future aids in this last goal through its sponsorship of the project, “Youth for Human Rights-Training of
Trainers.” – FFF 2012 Public
Report on Yemen .
“The Foundation
exercises the widest possible flexibility in its activities within the region, seeking to draw on indigenous reformers and their ideas, and to
include them in innovative approaches which nurture grass-roots civil society
organizations and their leaders and recognize the creativity of governments
as they encourage such organizations to
join them in strengthening democratic processes and institutions.” – FFF: The Mandate.
Print bagi gerakan
ini adalah hampir sama dalam menggerakkan agenda mereka ke seluruh dunia. Istilah
Reform 2.0 (di Mesir), Morocco Reform 2.0 (di Maghribi), Revolution 3.0 (di
Syria) dan sebagainya yang menggambarkan siri-siri
perjuangan segolongan tertentu adalah didirikan atas agenda yang sama
walaupun digerakkan dalam mood yang
berbeza iaitu sama ada secara agresif, secara occupy atau sebagainya.
Benang yang tidak
digambarkan dengan cara jelas dalam gerakan ini ialah ia masih bergantung
kepada gerakan-gerakan yang mendapat kerjasama dengan NGO-NGO The Pillars yang bekerja untuk
menjayakan The Greater Israel dan The Greater World dalam konteks ruang
lingkup perubahan sistem politik atau sistem pilihanraya dalam kancah demokrasi
melalui siri-siri yang bersambung-sambung dari semasa ke semasa.
Sentimen yang dimainkan pula adalah berkisar mengenai working-class environment yang mampu
mempengaruhi golongan sivil untuk sama-sama turut serta dalam gerakan-gerakan
NGO pillars seperti ini, ia adalah mind game. Kata lain, projek-projek yang
dijalankan itu menjadikan working-class
sebagai sasaran untuk diperdayakan dan seterusnya golongan itu dimasukkan ke dalam
agenda masyarakat yang kononnya berjuang untuk mendapatkan demokrasi mengikut
pengertian yang mereka sendiri tidak faham.
Petikan-petikan
daripada laporan-laporan di atas adalah biasa sahaja apabila dibaca secara
sekali imbas. Namun apabila diteliti secara lebih kritis, didapati bahawa
projek-projek yang dijalankan adalah untuk memainkan peranan working-class environment (dan
mempermainkan perasaan working class) dalam mencapai cita-cita mendirikan
dunia baharu yang lebih demokratik mengikut definisi The Pillars. Paling perlu dilihat ialah zon-zon pengoperasian NGO-NGO berkenaan yang melibatkan zon-zon The Greater Israel.
Istilah-istilah
yang menggambarkan siri-siri perjuangan golongan tertentu itu adalah
terang-terangan digerakkan oleh NGO-NGO yang menjunjung agenda The Pillars. Ruang lingkup ia digerakkan
ialah masih dalam ketumpatan kedunguan yang sama iaitu berputar dalam ruang
politik, demokrasi, pilihanraya, sistem pemerintahan dan sebagainya yang
melibatkan kuasa pemerintahan dan proses penentuan kuasa pemerintahan di
sesebuah negara.
Pada tempoh
antara tahun 2010 hingga 2011, Jerman mengambil keputusan tegas mengharamkan NED dan NDI daripada terus beroperasi
di negara itu. Selain, itu negara-negara lain termasuk Rusia dan China juga
mengambil langkah sama di samping memantau NGO-NGO lain yang dikhuatiri
mempunyai jaringan rahsia dengan NED dan NDI serta lain-lain NGO antarabangsa
yang menjunjung agenda The Pillars.
Langkah Rusia dan
China menunjukkan bahawa NED dan NDI melantik proksi-proksi dari kalangan
NGO-NGO tempatan di sana untuk menggalas cita-cita NED dan NDI dalam paksi The Pillars untuk menempatkan dunia di
sebelah sini sebagai The Greater World.
Ia kerana Rusia dan China
sudah sedia tahu dengan The Print
dalam gerakan The Pillars.
----
Halangan kepada Amerika dan Israel di rantau Asia
Timur
Kebangkitan China
dalam persekitaran ekonomi Asia dan Dunia menjadi penghalang besar kepada
Amerika dan Israel untuk mengukuhkan kepentingannya. Manakala lokasi strategik
laluan dunia seperti Malaysia dan Singapura pula adalah antara faktor penting
untuk menjamin kepentingan Barat dalam persekitaran ekonomi dunia.
Untuk
menenggelamkan China, maka lokasi strategik seperti Singapura dan Malaysia
adalah satu keperluan kepada Amerika dan Eropah. Dalam kes Singapura,
kepentingan tersebut sudah dinikmati Amerika dan sekutu, namun mereka masih
memerlukan satu jaminan besar di Malaysia untuk mengukuhkan kedudukan di
Singapura. Tanpa menguasai polisi-polisi Malaysia, kepentingan mereka yang
berpangkalan di Singapura juga boleh terancam pada bila-bila masa.
Terus menjadi
penghalang kepada cita-cita Amerika dan Israel ialah hubungan rapat Malaysia
dengan China. Ia kerana China adalah satu-satunya kuasa besar di Asia Timur
yang mampu melemahkan kekuasaan Amerika dan Israel dalam konteks ekonomi dunia.
Bagi menjamin
kepentingan Amerika dan Israel sehingga dapat menyekat kemaraan China dalam
hubungan diplomasinya dengan dunia luar, maka menguasai Malaysia adalah satu
keperluan kerana Malaysia selama ini memainkan peranan memulihkan imej China di
mata dunia dan kesan daripada pemulihan imej itu, China berkembang pesat
selepas dunia melihat hubungan Malaysia dengan China, iaitu selepas dunia
melihat China yang komunis itu tidak bermain helah ketika menjalankan kegiatan
ekonomi dan perdagangan dengan negara luar seperti Malaysia.
Lebih parah
kepada Amerika ialah, ekonomi China tumbuh pesat pada ketika Amerika dan Israel
sedang menghadapi masalah ekonomi. Amerika pula lebih tertekan apabila Israel
tidak henti-henti meminta Amerika menyalurkan dana kepada rejim Zionis pada
ketika ekonomi Amerika sendiri sedang tercungap-cungap.
Berdasarkan latar
belakang hubungan Malaysia-China itu (sekadar memetik sedikit sahaja), maka kemaraan China harus disekat oleh
Amerika dan Israel bagi membolehkan mereka kembali menjadi pemain utama dalam
perdagangan dunia.
Selain faktor
China, reputasi lokasi strategik Malaysia dalam laluan perkapalan dagang dunia
sejak sebelum zaman penjajahan juga adalah satu faktor penting buat Amerika dan
Israel. Menguasai laluan kapal dagang di Selat Melaka juga berupaya
menenggelamkan kemaraan China dalam sektor dagang. Kepentingannya juga sama
seperti Amerika dan Israel menguasai Terusan Suez.
Apabila ekonomi
China berjaya diruntuhkan melalui rancangan-rancangan strategik, maka ia
memberi petanda bahawa Amerika dan Israel mempunyai peluang cerah untuk
mendirikan The Greater World di
sebelah sini. Untuk tujuan itu, Malaysia yang terletak di laluan dagang Selat
Melaka perlu diletakkan proksi bagi menjamin kepentingan Amerika dan Israel
dengan lebih berkesan. Kata lainnya juga, Malaysia tertakluk kepada kepentingan
strategik ekonomi yang perlu dikuasai Amerika dan Israel.
Bagi mencapai
tujuan itu, Malaysia juga tidak terlepas daripada agenda The Greater World yang digerakkan Amerika dan Israel melalui
NGO-NGO The Pillars of Zionist.
Gerakan-gerakan itu kemudian menyusup masuk ke Malaysia melalui NGO-NGO
tempatan yang bekerja untuk menjayakan NGO-NGO pillars dan ramai yang mengkaji konspirasi dunia juga sudah lama
tahu mengenai perkara ini.
Bahkan, ejen-ejen
FFF juga sudah ada di Malaysia sejak tahun 2005 hingga 2006. Sejak itu, NGO-NGO
tempatan yang baharu pula mula ditubuhkan atas beberapa kepentingan termasuk
politik, hak asasi manusia, hak kebebasan dan bermacam-macam jenama. Selain
itu, NGO-NGO tempatan yang semakin banyak tumbuh bagai cendawan selepas hujan
itu pula menggerakkan agenda-agenda yang selari dengan agenda-agenda yang
digerakkan FFF dan juga NGO-NGO pillars
seperti NED dan NDI. Ia memperlihatkan NGO-NGO tempatan tidak ubah seperti
perkakas kepada FFF, NED dan NDI dalam menggerakkan agenda-agenda tertentu.
Tambahan pula,
FFF sentiasa menggalakkan masyarakat tempatan di sesebuah negara supaya
menyokong agenda yang digerakkan NGO-NGO yang bermotifkan hak asasi manusia,
prinsip keadilan sivil, hak sama rata, sistem pilihanraya dan sebagainya.
Bukankah ia kelihatan seperti ada benang kecil yang menghubungkan semua gerakan
itu dengan ‘seni’ jahitan yang sangat halus?
Hubungan Malaysia
dengan China yang diamalkan pada masa ini adalah penghalang kepada Amerika dan
Israel untuk menguasai ekonomi dunia dengan lebih agresif di benua sebelah
sini. Kegagalan menguasai semula Selat Melaka (selepas merdeka) juga adalah
penghalang kepada Amerika, Eropah dan sekutu Zionis untuk menguasai perdagangan
dunia di sebelah sini.
Maka, Malaysia
harus dimasukkan dalam senarai ‘wajib dapat’. Dengan itu, usaha-usaha ke arah itu
dijalankan sejak penghujung tahun 2001 dengan melantik proksi-proksi yang
diyakini mampu menggalas cita-cita Amerika dan Israel. Ia diperhebatkan lagi
semenjak tahun 2005 hingga hari ini melalui proksi-proksi yang dipercayai.
Proksi-proksi
yang bergerak dalam ruang lingkup politik itu pula diberikan latihan secukupnya
melalui NGO-NGO tempatan yang menjadi sekutu kepada NGO-NGO pillars bagi menggerakkan skim mind control terhadap para pengikut. Ia
digerakkan melalui asuhan terhadap minda pengikut untuk menjunjung slogan yang
sama, iaitu demokrasi, hak sama rata,
slogan rakyat, hak asasi manusia untuk semua dan sebagainya.
Manakala The Print
dalam gerakan itu pula tidak jauh bezanya dengan print-print yang terdapat di Asia Barat dan Afrika. Apabila ia digerakkan
atas kertas kerja utama (master working
paper / master print) yang sama, maka print
serta plot lokal yang terhasil juga adalah lebih kurang
sama. Dalam menjayakan semua itu, segala-galanya menjadi mangsa manipulasi
dalam ruang lingkup the print.
---
Proxies of the
Pillars
Agenda The Greater
World di bawah motto NWO sememangnya perlu dijayakan melalui proksi-proksi
yang diberikan tugasan-tugasan tertentu. Manakala The Greater Israel
yang bakal didirikan secara eksklusif di Asia Barat juga memerlukan kerjasama
daripada proksi-proksi melalui tugasan-tugasan khas yang tertentu.
Untuk agenda The
Greater World, proksi-proksi ini bergerak dalam rangka kerja tersusun
sambil mengemudi gerakan-gerakan NGO pillars
secara rahsia dan pada masa sama menjaga kepentingan Israel supaya tidak tergugat oleh
dasar-dasar luar sesebuah negara.
Proksi-proksi ini biasanya (kita ambil zon Asia sahaja)
lebih selesa mengeluarkan kenyataan yang melonjakkan reputasi Amerika dan Israel , tetapi kurang gemar menyentuh soal China . Ia
kerana sebarang pengucapan proksi yang boleh membantu melonjakkan reputasi China akan
menjejaskan peluang Amerika di Asia.
Jadi, permainan
yang dimainkan proksi adalah menjaga kepentingan Amerika dan Israel. Segala-galanya
dibulatkan kepada Amerika dan Israel (secara nyata atau secara berkias) dengan
mengambil contoh demokrasi di Amerika adalah terbaik dan sebagainya iaitu
mengangkat Amerika sebagai contoh terbaik untuk diteladani orang Asia.
Pada masa yang
sama, setiap negara-negara proksi yang mengamalkan dasar pro kepada sesama Asia
kerap kali dipinggirkan oleh proksi atas sebab motif utama ialah mengangkat
Amerika sebagai contoh teladan.
Maka, propaganda
kemudian ditiup oleh proksi-proksi kepada para pengikut supaya tidak memandang
kepada sesama Asia, tetapi lebih kepada mengajak atau mempengaruhi pengikut
supaya mengambil Amerika sebagai contoh terbaik untuk diteladani, lebih kurang
sama dengan istilah American-dream
dalam hal hak asasi manusia dan sebagainya.
Proksi-proksi
pula kebiasaannya jelas kelihatan pro kepada Amerika dan Israel. Ia kerana, The Greater World yang menjanjikan kuasa
hebat kepada proksi itu memerlukan sokongan daripada Amerika dan Israel. Kata
lainnya, The Greater World
menjanjikan kuasa pemerintahan yang sangat hebat kepada proksi.
Dalam keadaan masa kini, iaitu pada ketika Arab Spring menjadi babak paling suspen
dalam pementasan wayang NWO, ia (Arab
Spring) kerap kali dijadikan modal oleh proksi-proksi untuk mempengaruhi
para pengikut supaya menggerakkan revolusi di negara-negara mereka sendiri.
Arab Spring adalah
antara cubaan terbesar The Hidden Hand
pada abad ini untuk menjayakan NWO dalam gelombang kedua. Sebagaimana dalam
Perang Dunia Kedua (WW2), essence
utama dalam menjayakan gelombang pertama NWO ialah kekacauan dan huru-hara di
serata dunia.
---
The Essence
Essence atau pati
utama dalam menjayakan NWO gelombang pertama ialah kekacauan yang tercipta di
seluruh dunia akibat peperangan. Jadi, NWO gelombang pertama sudah dijayakan
semasa WW2.
Maka untuk mengheret dunia ke dalam gelombang kedua NWO,
maka essence yang sama diulang guna, tetapi
dalam mood yang berbeza. Jika dalam
WW2 (gelombang pertama NWO), dunia diheret ke kancah perang antara
negara-negara, maka dalam gelombang kedua ini negara-negara Islam pula diheret
ke kancah perang saudara-saudara.
Ia terkandung dalam skim wang perang (rujuk artikel: Wang
Perang) bagi mengurangkan kos perang Amerika dan Israel . Ia kerana Amerika dan Israel terpaksa menanggung kos yang sangat
tinggi dalam siri-siri peperangan yang disertai mereka sebelum ini sebagaimana
dalam WW2, Perang Teluk, Perang Afghanistan
dan sebagainya sehingga menyebabkan ekonomi kedua-dua negara sekutu itu
mengalami kejatuhan melampau. Malah,
Israel sendiri mengalami masalah inflasi dan kenaikan harga hartanah yang
membebankan.
Untuk mengurangkan kos itu, satu print baharu dirancang sejak tahun 2005 bagi meneruskan agenda
kekacauan seluruh dunia. Print itu pula berfungsi menyelamatkan Amerika dan Israel daripada terlibat
secara langsung dalam perang-perang gelombang kedua itu. Ia dilaksanakan dengan
mencipta kekacauan dalaman di negara-negara sasaran iaitu negara-negara yang
selama ini sangat liat untuk tunduk kepada Amerika dan Israel.
Kekacauan dalaman
itu kemudian berubah menjadi perang saudara sebagaimana yang berlaku di Asia
Barat sekarang ini. Ia tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa gerakan-gerakan
bawah tanah yang dijalankan NGO-NGO pillars
yang berperanan menyemarakkan api kemarahan masyarakat sivil di negara-negara
sasaran supaya melakukan revolusi menukar rejim pemerintahan.
Kekacauan yang
tercipta itu pula memungkinkan proksi-proksi Israel dan Amerika diangkat naik
menjadi pemerintah baharu di negara-negara sasaran dan pada masa sama
bersandiwara seolah-olah mereka itu tidak suka kepada Israel, tetapi pada masa
yang sama mengambil setiap nasihat Zionis yang disumbat ke dalam rongga telinga
mereka.
---
Kos gelombang kedua
Segala
perancangan jahat Zionis berjalan dengan sangat rapi dan teratur sehingga mampu
memperdaya golongan-golongan yang sentiasa sibuk bertelagah sesama sendiri. Essence terpenting dalam menjayakan
gelombang kedua ini pula meresap masuk ke dalam negara-negara sasaran dengan
amat mudah sekali. Ia kerana mangsa-mangsa (anda semua) sedang lalai.
Gelombang kedua
ini mengakibatkan pertumpahan darah yang sangat banyak sebelum ia dijayakan.
Sama juga seperti gelombang pertama semasa WW2, banyak darah ditumpahkan semasa
WW2 iaitu sebelum gelombang pertama itu dijayakan. Jadi, kos yang ditanggung
oleh dunia ialah darah.
Amerika dan
Israel sudah tidak mahu menanggung kos
(darah) itu dan juga kos-kos yang lain (kos belanja kewangan). Maka, mereka
mencipta ‘perniagaan’ baharu dengan
menjadikan mangsa-mangsa menuntut kos
(darah) sesama mereka. Mereka juga melantik petualang-petualang (proksi)
untuk menjalankan ‘perniagaan’ itu. Manakala tugas ‘promosi’ bagi ‘perniagaan’
itu pula dijalankan oleh ‘firma-firma
pengiklanan’ yang dimainkan oleh NGO-NGO pillars. Mungkin dengan perumpamaan itu boleh menjadikan anda
sebagai orang-orang yang faham.
Jika anda terus
leka dan lalai akibat terlalu sibuk bertelagah sesama sendiri dan terlalu
sombong untuk duduk semeja demi kepentingan agama dan perpaduan umat yang
dituntut agama, maka bersedialah untuk menanggung kos ini dengan membayarnya menggunakan emas cair berwarna merah.
-STALKER-
.
Salam,
ReplyDelete..bentuk ular tu mcm peta singapore nampaknya.
..."Blueprint untuk asia tenggara" 2011-2020.
....belati sudah ada ditangan,gelanggang pula didepan mata.
STALKER,
ReplyDeleteBila difikirkan semula, rasa tidak masuk akal perancangan pihak yang menggerakkan NWO. Begitu teliti dan halus.
Dalam kes negara kita, beberapa pemimpin pihak pemerintah dikatakan menjadi ahli Freemason dengan merujuk beberapa kes (contoh: pengakuan Tunku, kewujudan nama Malaysia dll). Di pihak pembangkang, beberapa pemimpin mereka turut mendapat label yang sama atas sebab2 tersendiri (contoh: dana asing, pengaruh Singapura dll).
Seolah2 kedua2 pihak menerima pengaruh NWO secara tidak langusng. Tidak kira siapa yang memerintah akan membawa ke arah NWO. Cepat atau lambat sahaja. Saya khuatir jika parti Islam dijadikan laluan untuk mempercepatkan aktiviti murtad, secara mereka tidak sedar
Penggerak NWO berupaya membina perwatakan pemimpin yang diinginkan untuk mengubah politik sesebuah negara (contoh:Kamal Atartuk). Mungkinkah mereka berupaya / telah mengubah perwatakan pemimpin negara ini melalui penderaan emosi & fizikal?
Kenapa negarawan ulung kita yang begitu berpandangan jauh memilih pengganti terakhirnya yang kemudian dicop lemah hingga membawa kesan sampai hari ini. Beliau seolah2 tidak nampak kelemahan depan mata. Atau mungkin beliau sekadar melakonkan skrip yang telah diberi.
Pemerintah sekarang dilihat agak lembap untuk melaksanakan NWO, tapi pihak mereka sudah tiada masa. Picu perlu ditarik dengan segera. Pihak satu lagi mungkin boleh meledakkan impian mereka.
STALKER, kadang2 saya berdoa semoga apa yang saya fikirkan ini tidak benar.
-staff
'Eerez Zion'...amat halus dan sabar sekali cara mereka melakukan gerak kerja.
DeleteCuma mereka lupa dek terlampau ta'sub,perancangan allah jauh lebih hebat...dan tak terduga oleh mereka.
Para wazir Al Imam Mahdi Al Muntazar telah sempurna bilangan mereka.Alhamdulillah.
Apakah negarawan kita sedar. Atau sengaja tidal ingin melihat
ReplyDeleteSemua PM Malaysia dari No.1 hingga Najib sedar teramat sedar tentang hal ini. Ada yang ikut skrip ada yang sikit2 larilah dari skrip. Cepat atau lambat game ini cek mate ikut paler PM. Namun kita mesti terima hakikat. walaupun najib cuba melambatkan hal ini, akhirnya kita kena terima hakikat NWO ciptaan Zionis mesti dicapai pada 2020. Jadik 2013- 2020 kalau kita peka setiap urutan peristiwa dalam negara, kita akan sedar bagi orang yang pandai melihat. Bagi melayu yang terguling2, tergeleng2, melayu yang layu2 semua tu x faham apa apa pun tentang konspirasi dajal ni kat bumi Malaysia ini. Pada pendapat saya, samada kita suka atau tidak, jika Najib masih liat nak ikut rentak diorang ni, saya tak terkejut jika ada "berita besar" kat malaysia nanti. Kita 'terpaksa' menerima NWO ciptaan Zionis kat malaysia bro sebab banyak bangangnya orang melayu tak faham2 maksud tersirat NWO ni. Namun saya juga percaya, yang batil akan kena telan yang hak bila sampai seru dan masanya. Huhu...
DeleteSalam Anon..
ReplyDeletecuba anda fikir saat negara hendak merdeka..pada ketika tu rakyat harus pilih mahu berjuang bersama british atau komunis yg mana kedua2nya adalah agen dajjal di atas muka bumi ni..dajjal mahukan kita bermusuh dengannya dan juga berkawan dengannya..tapi dajjal paling tak suka orang yg lari atau mengelak daripadanya..
assalam, scuze me...
ReplyDeletesblum ni ad buat article pasal OBA n OC kan..
bleh buat aricle psal out-of-body experience dan sleep paralysis x?
thx :)
Aim
Memandangkan malaysia ni berbilang bangsa maka konteks perang saudara ditimbulkan dalam bentuk perang politik... Sehebat mana perancangan mereka HEBAT lagi perancangan ALLAH SWT... pada kita mungkin huru-hara yg bakal berlaku itu keburukan... tapi mungkin ia akan membawa lebih ramai org dekat dengan Tuhan dan menyedari kesilapan
ReplyDeleteSaya sangat setuju dengan komen saudara. InsyaAllah melayu akan mekar selepas ada peristiwa besar kat malaysia nanti. Kena pijak hina ludah melayu ni baru meka sedar dari tidur.
Deletesalam rakan2 semua
ReplyDeleteanwar pernah jd ketua FFF. ada sape2 nak komen ke? mintak pendapat kawan2.
saya juga punya kebimbangan yang sama sperti anon 10:59.
ReplyDeleteKita perhatikan hari ni, ketika satu pihak lain dihebah2kan sebagai ejen yahudi sebagainya, tiada tindakan yang benar2 solid diambil. sebaliknya hebahan dilihat digunakan sebagaikan kempen yang menguntungkan.