20 Jul 2012

Nota: Nama itu masih ada di situ








PENDAKYAH agama sesat selalu, malah amat suka menghampiri orang Islam dan bertanya mengenai isi kandungan al-Quran, mereka bertanya adakah orang Islam (di negara bukan Arab) memahami isi kandungan kitab itu dalam bahasa Arab.

Apabila orang Islam mengakui tidak faham dengan isi kandungan al-Quran dalam bahasa Arab, maka mereka akan menawarkan orang Islam membaca kandungan kitab sesat mereka yang sudah dialihkan ke bahasa tempatan. Mereka akan buka helai demi helai kitab mereka untuk dibaca orang Islam.

Pendakyah agama sesat amat berbangga kerana mereka fikir mereka itu sudah cukup faham dengan isi kandungan kitab mereka, walhal mereka sendiri sebenarnya buta huruf terhadap naskah asal kitab mereka dan tidak tahu untuk membaca naskah bahasa asal kitab mereka yang berbahasa Hebrew lama.

Mereka gelakkan orang Islam, mereka kata orang Islam tidak faham isi kandungan al-Quran kerana ia dimushafkan dalam bahasa Arab sehingga tidak difahami oleh orang Islam sendiri, lalu mereka menawarkan kitab agama mereka yang telah dialih bahasa ke dalam bahasa tempatan.

Saudara-saudara Islam-ku, jangan berkerut dahi, kita juga boleh gelakkan mereka kerana mereka lebih teruk daripada sebilangan kita, sebilangan besar daripada mereka langsung tidak tahu membaca naskah asal kitab mereka dalam bahasa asalnya, bahasa Hebrew lama. Mereka hanya tahu membaca terjemahannya sahaja, tetapi bukan dalam bahasa asalnya.

Ada juga di kalangan mereka langsung tidak pernah melihat kitab agama mereka dalam bahasa asal, apatah lagi membaca dan memahami setiap perkataan asal yang tidak dimangsakan oleh alihan bahasa sehingga merosakkan makna dan pengertian asalnya.

Kitab mereka telah dialih bahasa ke lebih 10,000 bahasa dunia. Naskah asal dalam bahasa Ibrani (Hebrew lama) pertama kali dialih bahasa ke dalam bahasa Babylon (rujuk sejarah penghambaan orang Yahudi di Babylon) dan ia merosakkan makna asal. Semasa penghambaan Yahudi di Babylon, kitab-kitab agama mereka habis dibakar dan dimusnahkan.

Selang hampir separuh abad mereka dihambakan di Babylon, baharulah mereka menulis semula kitab mereka, itu pun ke dalam bahasa Babylonia kerana mereka ditegah mengekalkan identiti Yahudi mereka semasa berada di Babylon.

Selepas hampir 100 tahun dan penghambaan di Babylon berakhir, baharulah naskah daripada bahasa Babylon dialih semula ke bahasa asal iaitu Hebrew lama. Dari episod pertama diaspora itu, keaslian kitab agama mereka telah tercemar disebabkan perubahan perkataan demi perkataan ke dalam bahasa asing sehingga merosakkan makna perkataan-perkataan asal.

Kemudian dalam abad yang lain, naskah Hebrew lama itu dialih bahasa ke dalam bahasa Greek pula dan naskah itu dinamakan Septuagint (juga rujuk sejarah). Bermula dengan Septuagint, kitab agama mereka kemudian dialih ke dalam bahasa-bahasa Eropah yang lain ketika ia tersebar di Eropah sehingga merosakkan makna dan pengertian isi kandungannya.

Akibat alih bahasa asal ke dalam bahasa lain, nama Muhammad yang pada asalnya terukir kemas dalam naskah Hebrew lama sejak Taurat diturunkan kepada Musa telah dialih menjadi maksud yang lain. Erti kata lain, nama Muhammad hilang dari dalam kitab yang sudah dialih bahasa kerana diterjemahkan menjadi maksud yang lain.

Disebabkan nama Muhammad digantikan dengan makna yang lain selepas dialih bahasa ke dalam lebih 10,000 bahasa-bahasa dunia, maka mereka sudah tidak mengenali nama manusia agung yang dijanjikan kepada umat manusia akhir zaman. Nama ‘yang dikasihi’ yang dijanjikan dan dirindui kehadirannya oleh umat manusia.

Nama manusia yang belum lahir yang pernah disebut Musa kepada kaumnya, nama manusia agung dari kalangan keturunan Semitik. Nama manusia agung yang dijanjikan oleh Tuhan kepada umat manusia, nama Si Penghibur Yang Dikasihi yang akan membawa berita gembira kepada umat manusia, mengkhabarkan jalan-jalan selamat untuk kembali ke Syurga.

Mahamad, sebutan yang terhasil dari susunan abjad Hebrew, susunan huruf mem-heth-mem-dhalet.

“hik-khosv memthaqq-im , vilkhulov mahamad-im ,  zehe dudi , vezeh , re-e benevet yerusalim.” - (Song of Solomon 5:16) [sebutan mengikut naskah asal Hebrew lama]

Akibat terjemahan ke dalam bahasa asing yang selain bahasa Hebrew lama, nama Muhammad tiba-tiba hilang menjadi makna yang lain. Perubahan makna itu berlaku selepas kerja penterjemahan dibuat mengikut makna perkataan demi perkataan secara lalai tanpa mengetahui perbezaan antara nama seseorang dengan kata nama sifat, keliru hanya kerana tiada huruf kecil dan huruf besar dalam abjad Hebrew bagi membezakan antara kata nama khas dengan kata nama am.

“His throat most sweet, and he is all lovely, such is my beloved, he is my friend, o daughters of Jerusalem.” (Terjemahan Song of Solomon 5:16 mengikut versi Duoay Rheims Bible, versi yang dianggap paling tinggi martabat dalam agama Katolik).

Nama Muhammad diterjemahkan menjadi my beloved dan nama itu hilang daripada baris ayat. Tetapi jika dibaca dalam naskah Hebrew, nama Muhammad kekal berada di situ hingga ke hari ini. Masalah besar mereka ialah, mereka buta huruf Hebrew dan tidak tahu membaca tulisan Hebrew, apatah lagi untuk memahami Hebrew.

Mereka gelakkan orang Islam yang tidak faham bahasa Arab, tetapi mereka sendiri pula tidak tahu membaca naskah asal kitab mereka yang berbahasa Hebrew dan mereka terlalu bergantung kepada kitab terjemahan yang sudah tidak lagi mengikut maksud asal dalam kebanyakan ayat dan surah-surah, tidak sebagaimana maksud yang terukir di dalam naskah Hebrew.


16farugx autou glukasmoi kai olos epiqumia outos adelfidos mou kai outos plhsion mou qugateres ierousalhm  (Septuagint, Song of Solomon 5:16)







Sekarang, bolehkah mereka membaca naskah asal dalam bahasa Hebrew atau sekurang-kurangnya dalam bahasa Greek lama seperti dalam Septuagint sekiranya tidak diberi sebutan fonetik mudah? Adakah mereka keliru mahu membaca bermula kiri atau kanan sekiranya diberi ayat yang sama dalam bahasa Hebrew?

Turunnya al-Quran itu adalah untuk membenarkan kitab terdahulu. Membenarkan itu pula bukan membawa maksud meng-iya-kan, tetapi memperbetulkan. Apakah layak dikatakan al-Quran meng-iya-kan segala yang ditulis semula oleh tangan-tangan Yahudi terhadap kitab-kitab terdahulu mengikut selera hawa nafsu mereka?

Apakah layak dikatakan al-Quran meng-iya-kan kitab-kitab yang sudah diselewengkan sedangkan Allah mengutuk perbuatan Yahudi mengubah ayat Allah dalam kitab-kitab terdahulu? Tidak layak, al-Quran tidak meng-iya-kan segala penyelewengan yang dilakukan tangan manusia dalam kitab-kitab terdahulu.

Jika kita mengatakan al-Quran itu meng-iya-kan segala yang tertulis (selepas diubah suai) dalam kitab-kitab terdahulu, maka kita dengan sendiri seperti mengangguk setiap kali pendakyah agama sesat memaksa kita mengakui bahawa kitab sesat mereka itu sebagai benar hanya berdasarkan maksud terjemahan al-Quran ke bahasa Melayu.

Mereka (sang pendakyah sesat) memperlekeh umat Islam kerana tidak memahami maksud al-Quran dalam bahasa Arab dan atas alasan aitu mereka menawarkan kitab mereka yang sudah dialih bahasa supaya diterima percaya oleh orang Islam. Padahal, mereka sendiri juga terlalu bergantung kepada penterjemahan sedangkan mereka sendiri tidak tahu membaca naskah asal kitab mereka dalam bahasa Hebrew lama.

Benar itu sinonim dengan betul. Membenarkan itu juga membawa maksud membetulkan atau memperbetulkan. Membetulkan apa sahaja yang tidak betul selepas diubah suai oleh tangan-tangan manusia terhadap kitab-kitab terdahulu. Bukan meng-iya-kan, bukan berereti kita harus mengangguk apabila pendakyah agama sesat memaksa kita mengangguk apabila mereka memetik ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa turunnya al-Quran itu adalah untuk membenarkan kitab-kitab terdahulu.

Mereka mahu kita mengangguk selepas mereka buat kita keliru. Itulah antara taktik mereka kalau anda mahu tahu. Sedangkan, mereka sendiri buta bahasa Hebrew, bahasa asal kitab mereka yang terang-terang menyebut nama Muhammad sebagai penghibur akhir zaman yang membawa berita gembira daripada Allah kepada umat manusia.

Akibat terjemahan dan alih bahasa daripada Hebrew ke bahasa Greek (Septuagint) sebelum dialih pula ke bahasa-bahasa yang lain, nama Muhammad dialih sehingga memberi maksud yang lain. Akibatnya, mereka tidak mengenal Muhammad iaitu manusia berperibadi agung yang dijanjikan sebagai rasul terakhir dari kalangan saudara Semitik sendiri.

Kenapa saya seperti sangat suka mengusik orang Nasrani yang sesat? Sila buka al-Quran dan baca semua ayat-Nya, kamu semua pasti terjumpa ayat yang memerintahkan umat Islam menyatakan kebenaran kepada Nasrani dan Yahudi. Mintalah Yahudi dan Nasrani membuktikan kebenaran agama mereka, kerana mereka sesungguhnya tidak mempunyai apa-apa bukti. Tidak ada bukti apa-apa pun.

Yahadut Mizrah ada yang beragama Nasrani dan ada pula yang beragama Yahudi. Mengapa kita di Umat Terakhir sangat kenal dengan mereka itu semua? Kerana saya (STALKER), dan juga SHAHi serta CLOVER juga dari kalangan mereka. Ada darah Yahudi dalam tubuh kami. Bercampur juga darah Arab, Melayu, India dan Parsi dalam badan kami sejak zaman berzaman dan kami catatkan salasilah kami supaya sentiasa mengenal keturunan Semitik yang kami warisi. Pastilah kami kenal mereka, kami tahu identiti mereka kerana tubuh kami juga ada darah seperti mereka, tetapi kami orang Islam.

Hanya Islam yang kami sayangi dan kami cintai. Kami membaca kitab-kitab Yahudi dalam bahasa asalnya, kerana ia juga bahasa warisan kami, kami tahu dan selalu tahu bahawa nama Muhammad masih ada di situ. Nama itu masih ada di situ. Nama seseorang yang ditunggu-tunggu ketibaannya sejak Musa menyampaikan berita, tetapi kehadirannya tidak diketahui langsung oleh sebilangan kaum selepas kitab bahasa asal Yahudi telah dialih ke bahasa-bahasa lain.

Kaum Yahadut Mizrah yang kafir tidak akan berhenti menyesatkan orang Islam. Mereka menyesatkan segolongan kaum lain yang tidak tahu membaca Hebrew, menyuruh mereka hanya membaca kitab yang sudah dialih bahasa, yang sudah terpadam nama Muhammad di dalamnya. Kemudian menyuruh mereka menyesatkan golongan yang lain pula.

Di Vatican sana, ada kitab yang diterjemah dengan betul. Ia tidak diterjemah dengan kesilapan yang sama seperti dalam Septuagint. Dalam kitab itu, susunan abjad mem-heth-mem-dhalet (mahamad) dikategorikan sebagai nama seseorang dan ia direkodkan dalam glosari (daftar kata), perkataan itu tidak dikategori sebagai kata nama sifat atau kata nama lain seperti kesilapan yang telah berlaku dalam Septuagint dan terjemahan-terjemahan yang lain, melainkan ia disahkan sebagai sebuah nama milik seseorang. Nama milik Si Penghibur yang dijanjikan kepada umat manusia sebagaimana dikhabarkan oleh Musa kepada kaumnya.

Wahai saudara-saudara ku, saya tahu kamu semua sangat kasih dan sayang kepada Muhammad yang mengajarkan kamu mengenai agama mu dan mengajar kamu supaya mengenal Tuhan mu.

Saya juga bukanlah orang yang layak untuk menyampaikan perihal agama kepada kamu semua kerana saya juga pernah melakukan perkara-perkara yang melampaui batas.

Tetapi ingatlah, andai semua dari kalangan kita beranggapan hanya orang yang cukup ilmu sahaja layak berdakwah, nescaya tidak akan ada seorang pun yang boleh dikatakan sudah layak berdakwah kerana setiap daripada kita tidak akan pernah cukup menguasai ilmu-ilmu Allah sampai bila-bila pun.

Jangan hanya menunggu sudah cukup ilmu baharu mahu berdakwah. Jika ilmu sedikit, cukuplah sekadar berdakwah mengajak kawan-kawan kamu mengunjungi majlis-majlis ilmu agama yang tidak bercampur aduk dengan resam keduniaan. Ajaklah saudara-saudara kita ke arah kebaikan, pergilah bersama-sama mereka, ajaklah mereka, jangan tinggalkan mereka di belakang. Jangan pula berguru dengan internet hingga terkeluar mind-set yang bukan-bukan sehingga menyesatkan.

Kalau mahu menunggu cukup ilmu baharu mahu berdakwah, kita sampai bila-bila pun tidak akan pernah cukup ilmu kerana ilmu Allah sangat luas sehingga tidak cukup ditulis andai seluruh lautan dijadikan dakwat sekalipun. Carilah guru di luar sana, hadirlah ke majlis-majlis ilmu.

Golongan pendakyah agama sesat tidak pernah jemu mengheret saudara-saudara kamu masuk ke dalam agama mereka. Adakah kamu hanya mahu membiarkan ia terus berlaku tanpa kamu melakukan sebarang usaha untuk menyelamatkan saudara-saudara kamu?

Ramadan ini, waktu terbaik untuk melembutkan hati.

Tidak perlu saya tulis lebih panjang untuk menjelaskan kenapa Ramadan ini waktu terbaik untuk melembutkan hati.



Pesan daripada saya kepada saudara-saudara semua, ingatlah satu perkara.


“Memang benar Kiamat sudah dekat, tetapi jangan lupa bahawa kiblat serta pintu taubat itu adalah lebih dekat dan keampunan daripada Maha Penyayang itu sangat lebih dekat.”



SALAM RAMADAN, saya sayang kamu semua.Hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu pada sepanjang bulan berkat ini.


Kalau ada orang Nasrani yang benar-benar ikhlas mencari kebenaran dan mahu berbicara dengan saya di ruang maya ini, silakan. 


-STALKER-


[nota ADMIN: siri cahaya digantung buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu]

17 comments:

  1. Itu olang kata tuhan ata tiga..
    tiga-tiga mau kina ikut..hayyaa..manyak pining loo.
    ata tuhan apak loo,tuhan anak..tuhan maa juga ata..nabucibai itu olang.tuhan pun boley bikin anak kaa..maanyak cibai sama lia punya agama..
    itu macam loo,tuhan mau makan..mau minum..mau kasi masak itu laut,mau pakai itu baju,mau ata lumah..kilita...itu tuhan mau kasi kilija loo mau bikin itu wang mau angkat balang...
    waaa tuhan pun suda silupa sama olang woo.ini apa macam punya cilita.

    ReplyDelete
  2. terima kasih...

    ctmy

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan kpd warga umat terakhir

    terima kasih

    ReplyDelete
  4. Salam ramadhan juga buat Stalker dan seluruh warga Umat Terakhir. satu pencerahan yang menarik. Terima kasih saya ucapkan. Saya pun tak pernah terfikir bahawa wujudnya cara menyesatkan umat islam yang sedemikian. Lagilah tak pernah terfikir yg orang2 kristian tak pernah baca kitab asal mereka yang ditulis dengan bahasa yang asal.

    Semoga penulis dapat terus menyampaikan kebaikan melalui penulisan2 saudara/i. Semoga saya juga dapat terus belajar. Insya-Allah.

    ReplyDelete
  5. Salam warga UT,

    Penulisan yang amat bagus!

    "Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab YANG KAMU SEMBUNYIKAN, dan banyak pula YANG DIBIARKANNYA. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan." - Al-Maa'idah, Ayat 15.

    Sekadar berkongsi,





    .

    ReplyDelete
  6. Salam Mala...Jangan Muzium kan Pusaka kita.

    ReplyDelete
  7. Kezaliman Yahudi yang paling keji ialah memisahkan atau memutuskan hubungan Umat Terakhir dengan Allah dan Rasul. Sebagai Umat terdahulu, kaum Yahudi menyimpan begitu banyak rahsia dan ilmu pengetahuan tentang alam ini. Mereka telah sembunyikan atau selewengkan berbagai realiti dan kebenaran terutama mengenai Nur Muhammad, ketua pemerintah kerajaan Cahaya, yakni KINGDOM OF HEAVEN, Kingdom of God, Kingdom of Jehovah( YHWH) atau di dalam bahasa Hebrew: מלכות השמים‎, Malkuth haShamayim. (Stalker, tentu kamu lebih arif mengenainya). Hakikatnya Baginda disertai para Rasul dan Anbiya’, para malaikat, jin dan roh manusia terpilih dan lain-lain makhluk, mentadbir seluruh alam ini mengikut kehendak Allah Yang Maha Esa lagi Maha Kuasa.
    Kaum Yahudi pernah sangat rapat dengan kerajaan ghaib ini selama ribuan tahun kerana ramai Rasul dan Nabi lahir dikalangan mereka. Mereka pernah mendapat bermacam-macam keistimewaan hasil hubungan ‘diplomatik’ dengan kerajaan langit. Umat-umat terdahulu mendapat sumber ilmu pengetahuan,sumber kekayaan, kemajuan dan teknologi. Ujian nikmat yang akhirnya hancur musnah oleh kekufuran dan penderhakaan yang melampaui batasan. Kaum Yahudi juga menjadi terlalu angkuh dan sombong, merasa superior, sanggup membunuh nabi-nabi yang tidak mahu menurut kehendak hawa nafsu mereka dan akhirnya mereka dilaknat oleh Allah.
    Kaum Yahudi amat berharap Muhammad yang ditunggu-tunggu itu lahir dikalangan mereka. Kitab mereka menceritakan secara terperinci sifat-sifat baginda. Bila Allah tidak mengizinkannya maka mereka merajuk dan menderhaka kepada Tuhan. Justeru segala ‘keistimewaan sudah ditarik balik’, berpindah kepada Umat Muhammad, maka hasad dengki dan dendam kesumat mendorong mereka berusaha untuk memisahkan Umat Terakhir dengan Allah dan Rasul. Yahudi juga sanggup bersekongkol dengan iblis dan syaitan untuk menentang dan menghapuskan kerajaan Islam dibumi. Umat Islam diakhir zaman tidak mencintai dan mengenali sebenar-benarnya Nabi mereka lalu terputus hubungan dengan Nur Muhammad. Umat Islam dikeronyok, disembelih dan dihina ratusan tahun…… Kita menunggu Kebangkitan Islam kali kedua di tangan Imam Mahdi wakil kerajaan langit. Kita menunggu Kerajaan Cahaya kembali bersinar menaungi bumi.

    ReplyDelete
  8. Nulis nggak berdasar...

    Nggak bermakna ....

    penuh tepu-tepu

    yang benar quran itu kalau diterjemahkan ke bahasa lain benar-benar amburadul dilihat dari tata bahasa, kronologis dll ...

    makanya perlu tanda kurung-tanda kurung supaya dapat diartikan sesuai dengan kehendak hati

    faktanya muahmmad sebagai nabi palsu adalah pribadi cabul, ngesek dengan babu, menantu, bahkan yang nggak habis pikir adalah kakek-kakek umur 53 th kok nikah sama anak umur 9 th.

    gila semua yang menjadikan orang kayak gitu dijadikan junjungan.

    tapi waktunya sudah berakhir keburukan akan terungkap...

    pengikutnya akan malu dan berbondong-bondong meninggalkan nabi palsu tersebut...

    ppembantaian akan berakhir ....

    bom bunuh diri akan lenyap

    orang akan saling mengasihi dan meninggalkan setan muhammad

    ReplyDelete
  9. nasrani palsu tak percaya dgn kitabnya sendiri guna logic mudah pun masih terus2an ditipu ini yg payah

    ReplyDelete
  10. Anonymous, 3 August 2012 07:51,

    Saya tahu masalah orang Nasrani seperti kamu. Orang Nasrani seperti kamu sangat suka mendengar cerita-cerita yang tidak dibuktikan kebenarannya.

    Kamu kata Muhammad berkahwin dengan seorang anak berumur 9 tahun, itu juga hanya cerita yang kamu dengar daripada sumber yang direka-reka oleh penganut-penganut agama kamu sendiri.

    Kita ambil dari logik dahulu.

    Kalau kamu sendiri tidak mahu menjadi pengikut Muhammad yang kamu kata bernikah sama anak berumur 9 tahun, maka sama juga dengan orang-orang Arab semasa zaman Muhammad, mereka juga tidak mahu jadi pengikut Muhammad kalau benar Muhammad itu nikah sama anak umur 9 tahun. Tetapi, Muhammad ada lebih 10,000 pengikut semasa dia masih hidup. Orang-orang Arab sedia jadi pengikut Muhammad, kerana apa? Salah satu sebab yang logik ialah Muhammad tidak buat perkara yang tidak masuk akal seperti nikah sama anak umur 9 tahun. Kalau benar Muhammad nikah sama anak umur 9 tahun, sudah tentu tiada siapa pun mahu jadi pengikut Muhammad. Hakikatnya, pengikut Muhammad semasa dia masih hidup ialah lebih 10,000 orang. Jumlah pengikut Muhammad ialah jauh lebih ramai daripada pengikut Jesus yang hanya 14 orang. Kalau benar Muhammad itu buat perkara yang tidak masuk akal, sudah tentu dia tidak ada pengikut. Itu dari segi logik akal. Gunakan akal kamu itu baik-baik.

    Dari segi fakta sejarah, Muhammad pernah melarang Uthman daripada pergi berperang kerana umur Uthman ketika itu baharu 14 tahun (belum akhil baligh dan belum capai umur layak pergi berperang). Tetapi, Muhammad tidak melarang Aishah (Aicha) daripada mengikutnya pergi berperang. Itu bermaksud, umur Aicha adalah lebih tua daripada Uthman dan umur Aicha layak pergi berperang. Tugas perempuan di medan perang ialah merawat lasykar-lasykar yang cedera dan mengangkut air, adakah tugas-tugas berat seperti itu sesuai dilakukan oleh seorang anak umur 9 tahun? Mahu tahu perang apa dan [ada tahun bila? Gunakan akal kamu sekali lagi dan belajarlah sejarah dan banyakkan ilmu sebelum berbicara.

    Sekali lagi saya mahu kamu faham, umat Islam tidak bergantung kepada penterjemahan seperti kamu. Jangan samakan masalah kamu dengan kami. Tanda kurung adalah untuk memperjelaskan maksud bagi sesuatu perkataan iaitu terhadap pengertian apa perkataan itu dirujuk.

    Satu lagi, Islam makin berkembang di Eropah, itu fakta. Fakta itulah yang menyebabkan terjadinya Norway Massacre kerana gelisah melihat Islam berkembang pesat di Eropah.

    Semakin berbondong-bondong manusia masuk ke agama yang dibawa Muhammad. Itulah fakta hari ini.

    ReplyDelete
  11. Anonymous, 3 August 2012 07:51,

    Daripada kamu buat 'red herring' melalui komen kamu itu, adalah lebih baik kamu terangkan ayat ini:

    “hik-khov memthaqq-im , vilkhulov mahamad-im , zehe dudi , vezeh , re-e benevet yerusalim.” - (Song of Solomon 5:16)

    Kerana ayat itu terdapat dalam kitab agama kamu dalam naskah bahasa asalnya. Bahasa Hebrew lama, juga bahasa aku sendiri, tapi aku pasti ia bukan bahasa kamu.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini..saya suka baca blog anda.. (^_^)

    P/S: Mr Indo: Ya kalo loe udah sesat, komennya gak usah nyasar deh.. admin di sini nulis bukan hanya guna akal, ada bukti & dalil yang kukuh lagi nyata..kamu??

    Ada OTAK & AKAL TaPi hati kamu buta.

    ReplyDelete
  13. kepada tuan blog, saya telah ambil maklumat dan link tuan untuk di share di blog saya , harap tuan bersenang hati, JazakaLLAHukhaira'

    from : http://semangkukcawan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. salam sejahtera buat semua terutama kepada tuan rumah,

    pengumuman,blog 9111tanyasamaituhudhud telah diubah ke teratak yang baru,jemput singgah ya...peace..:)

    ReplyDelete
  15. Fakta sejarah bangsa Arab jahiliah kebanyakan membunuh anak2 perempuan sebelum kelahiran Muhammad.Muhammad berjaya mengubah budaya tersebut dan meninggikan taraf perempuan ke tahap yang sepatutnya. Setiap perbuatan Muhammad, Allah jadikan contoh untuk diikuti oleh umat manusia...disebabkan itu rasul dari manusia,bukannya malaikat.agar manusia mampu mengikutinya.jika tak tahu,belajarlah tentang Islam..jangan menghukum sesuatu perkara yang kita jahil tentangnya.Semoga kamu dibimbing ke jalan yang benar,cara hidup yang sesuai dengan fitrah manusia :)

    ~MFR~

    ReplyDelete
  16. Yg terbaik dari yg terbaek ialah usah kita persoal,perbandingkn agama kita dgn agama lain.

    ReplyDelete
  17. 6803man sarawak,

    mcm mana pulak kalau penganut agama lain bandingkan agama Islam dgn agama mereka & hina Islam ikut suka hati mereka. apa peranan kita dalam nak buktikan kebenaran agama Islam?

    yang terbaik ialah usaha berdakwah. kalau kamu tidak mahu berdakwah, jangan halang orang lain untuk berdakwah.

    baca ni

    "Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri, maka mereka tidak beriman." - (Quran, surah al-an'am, ayat 20)

    mcm mana org yahudi & nasrani kenal nabi muhammad mcm mereka kenal anak2 mereka sendiri, sebabnya ialah perihal muhammad sudah dikhabarkan kepada mereka oleh nabi2 mereka sebelum muhammad dilahirkan.

    "Orang-orang yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Muhammad) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui". (al-Baqarah, ayat 146)

    6803man sarawak, tunjukkanlah kebenaran itu kepada mereka. jangan hanya duduk saja.

    mereka perlu disoal supaya mereka dapat menjawab kalau mereka benar ada jawapannya.

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.