AMERIKA
sebagaimana diketahui, memang sedang dikuasai Yahudi Zionis sekular. Ada yang berpendapat
penguasaan Zionis sekular di Amerika adalah dari segi penglibatan
syarikat-syarikat gergasi milik Yahudi dalam ekonomi Amerika, itu bukan jawapan
tepat, tetapi kenyataan itu membantu kita menemui titik kepada satu perkara
penyebab.
Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa penguasaan Yahudi
Zionis sekular di Amerika adalah dari segi penglibatan individu-individu Yahudi
dalam politik Amerika sehingga mempengaruhi dasar-dasar politik dan hubungan
luar Amerika, itu juga bukan jawapan tepat, kenyataan itu juga membantu kita
untuk melihat perkara penyebab utama yang menyumbang ke arah penguasaan Yahudi
Zionis di Amerika.
Penguasaan Yahudi Zionis di Amerika bukan disebabkan oleh
perkara-perkara itu. Bagaimana syarikat-syarikat gergasi milik Yahudi mampu
mencengkam ekonomi Amerika itu ada faktor utama yang mendokongnya. Begitu juga
dengan kemampuan media-media milik Yahudi dalam menguasai penapisan maklumat
awam di Amerika, keadaan itu mampu berlaku disebabkan ada faktor pendokongnya.
Kepesatan pengaruh Yahudi Zionis dalam politik dan
pentadbiran dasar-dasar Amerika juga tidak akan mampu dicapai sekiranya tidak
ada faktor itu, faktor yang mendokong untuk memastikan Yahudi Zionis benar-benar
menguasai Amerika supaya memberi manfaat kepada negara haram Israel.
Pasti sahaja ada tiang-tiang yang mendokong semua kemampuan
Yahudi untuk menguasai Amerika. Tanpa tiang-tiang itu, syarikat-syarikat
gergasi milik Yahudi Zionis tidak akan mampu mempengaruhi ekonomi Amerika,
media-media milik Yahudi juga tidak akan mampu mempengaruhi tapisan maklumat
sebaran am di Amerika, politikus-politikus Yahudi juga tidak akan mampu
mempengaruhi dasar-dasar pentadbiran Amerika, segala-galanya berkaitan kepentingan
Yahudi tidak akan mampu menguasai Amerika sekiranya tidak ada tiang-tiang itu.
Tiang-tiang itu sentiasa memastikan segala-gala yang
berkaitan Yahudi diangkat tinggi dalam dasar-dasar pentadbiran Amerika. Tiang-tiang
itu jugalah yang mengangkat negara haram Israel supaya dapat berdiri di
tengah-tengah dunia Arab di Asia Barat selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Ia umpama tiang Joachim dan tiang Boaz sebagaimana dijadikan
jata pertubuhan-pertubuhan rahsia, konspiratus Freemason dan lain-lain
pertubuhan yang menjalankan operasi rahsia yang berkongsi cita-cita yang sama. Jata berupa tiang bagi setiap
sesuatu yang rahsia untuk menjalankan setiap sesuatu yang tidak ada rahsia.
Tiang-tiang itu pula menggalakkan tiang-tiang lain tumbuh
bersama asalkan tiang-tiang baharu itu juga membawa manusia ke arah
sekularisme. Tiang-tiang itu pula bertindak memperkukuhkan tiang-tiang baharu
supaya setiap tiang itu menjadi bilah-bilah besi penjara kepada manusia yang
terperangkap dalam hawa nafsu mereka.
-----
Tiang-tiang yang
menegakkan liberalisme dan sekularisme
Kemampuan Yahudi Zionis sekular menguasai Amerika mengikut
hawa nafsu mereka adalah berpunca daripada kewujudan tiang-tiang itu dalam
mendokong sekularisme dan liberalisme. Tanpa tiang-tiang itu, sekularisme dan
liberalisme akan mudah runtuh akibat respond
daripada golongan-golongan konservatif yang menolak kedua-dua nilai negatif
tersebut supaya tidak merosakkan nilai moral masyarakat.
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan tiang-tiang itu dan
apakah fungsi-fungsinya? Kita tidak mahu ada yang pening-pening dengan
fakta-fakta yang hanya boleh disusun bersilangan dengan melihat benang-benang
halus, terma-terma atau jargon-jargon yang digunapakai dalam pengkajian
konspirasi kritikal, Umat Terakhir akan cuba menyampaikan dengan terma-terma
yang sesuai dengan tingkat pemahaman semua pembaca yang disayangi.
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendokong
kehendak hawa nafsu Yahudi Zionis sekular adalah tiang-tiang itu. Bagaimana
tiang-tiang itu berfungsi? Sila fahami baik-baik. Kita lihat Amerika terlebih
dahulu, kemudian baharu kita melihat dunia pula.
Yahudi Zionis sekular bergerak secara kolektif dan tersusun.
Mereka menubuhkan NGO-NGO untuk mendokong kepentingan Yahudi di Amerika dan
seluruh dunia. NGO-NGO itu bertindak
memberi tekanan kepada pentadbiran Amerika supaya menjaga kepentingan Yahudi.
Bukan kerana tekanan tauke-tauke Yahudi yang memberi wang kepada kerajaan
Amerika, sebaliknya kerajaan Amerika yang terpaksa memberi wang kepada Yahudi
(negara haram Israel) akibat tekanan NGO-NGO pro-Zionis.
Masyarakat Yahudi
campuran telah beranak-pinak sehingga angka juta-juta di Amerika (Yahadut
Caucasia melalui hubungan darah keturunan Gog Scythia yang berasimilasi dengan
bangsa-bangsa yang tinggal di Padang Ragut Eurasia dan juga bangsa-bangsa
Pergunungan Caucasia sebelum memasuki Eropah dan berhijrah ke Amerika), atas
sebab bilangan mereka itu ramai, maka NGO-NGO yang digerakkan golongan berdarah
Yahudi memainkan peranan mereka untuk memberi tekanan kepada kerajaan Amerika.
Kita lihat dari segi iklim politik Amerika. Setiap kali ada
pilihan raya di negara itu, NGO-NGO pro-Zionis akan melakukan perang saraf (seperti
kempen politik juga) supaya para pengundi Amerika memilih calon-calon yang
menyebelahi kepentingan mereka. Kewujudan NGO-NGO Yahudi sekularis itu pula bukan rahsia dan sedia diketahui kewujudan mereka oleh masyarakat umum, namun mereka menjalankan operasi mengikut kehendak pertubuhan-pertubuhan rahsia. Gerakan mereka dalam perjalanan politik demokrasi Amerika pula amat terang nyata.
NGO-NGO itu akan bekerjasama sesama mereka dalam memastikan
calon-calon pilihan raya yang pro-Zionis menjadi pilihan rakyat Amerika
(walaupun bilangan pengundi di Amerika adalah sedikit kadar peratusannya).
Mereka gigih bekerja dalam memastikan kepentingan mereka terjamin, sedangkan
kita asyik gigih tidur dan bercakaran sesama sendiri.
Manakala dalam dasar-dasar pentadbiran Amerika pula, setiap
dasar yang dijalankan kerajaan Amerika dibuat berdasarkan tekanan-tekanan yang
diterima daripada NGO-NGO pro-Zionis. Kita ambil contoh penguatkuasaan
undang-undang anti-semitik di Amerika, undang-undang itu dibuat selepas
kerajaan Amerika menerima tekanan daripada NGO-NGO Yahudi di sana . Nampak sedikit? Nampak maksud people’s power for the sake of the Jew and
Zionism?
Dalam industri automotif di Amerika pula, syarikat
permotoran General Motor (GM) milik Yahudi berjaya didokong sebagai kenderaan
paling menjadi pilihan rakyat Amerika selepas NGO-NGO Yahudi memainkan peranan
mereka. NGO-NGO Yahudi memainkan peranan mereka supaya setiap kenderaan
keluaran GM menjadi pilihan rakyat Amerika. Bukan kerana Yahudi memiliki GM
sudah bermakna Yahudi telah menguasai indiustri automotif di Amerika dan
sebahagian dunia. Kalau tiada yang membeli kenderaan-kenderaan keluaran GM,
maka GM tidak akan menjadi gergasi automotif di Amerika sana . GM mampu menjadi begitu adalah kerana
ada faktor yang membuatkan rakyat Amerika memilih kenderaan-kenderaan keluaran
GM. Faktor itu adalah wujudnya NGO-NGO Yahudi yang mendokong supaya kepentingan
Yahudi diutamakan.
Kalau melihat politik, ekonomi dan dasar-dasar yang
pro-Zionis, kita tidak akan mampu melihat bagaimana tiang-tiang itu membawa
manusia ke arah liberalisme dan sekularisme. Tiang-tiang itu juga sentiasa
memperkukuhkan tiang-tiang baharu.
NGO-NGO Yahudi
sentiasa bergerak dengan melaungkan slogan-slogan yang dicipta oleh bangsa
mereka. Paling popular ialah hak sama
rata yang menjadi antara penyebab terciptanya istilah anti-semitik yang
memusatkan bangsa Yahudi semata-mata dan meminggirkan keturunan-keturunan
Semitik yang lain terutama bangsa Arab, sebaliknya mereka sentiasa menganggap
bangsa mereka lebih superior melebihi
bangsa-bangsa lain di dunia dan ketinggian kesombongan mereka itu sendiri tidak
sama rata.
Hak sama rata
pula menjadi antara penyebab terciptanya istilah liberalisme yang
perlahan-lahan mengheret bangsa manusia Gentiles
ke arah sekularisme. Bagaimana NGO-NGO Yahudi sekular bekerja untuk menegakkan
sekularisme melalui cara memperkukuhkan tiang-tiang baharu yang lain?
Contoh, golongan
lebian, biseksual, gay dan transgender (LBGT) atau golongan ketagihan seks juga
memperjuangkan hak-hak mereka untuk bebas melakukan kegiatan kotor tanpa
halangan daripada mana-mana pihak. Lalu, golongan ketagihan seks itu menubuhkan
persatuan-persatuan NGO mereka sendiri untuk memperjuangkan hak songsang mereka
itu.
Atas nama hak
sama rata, maka NGO-NGO Yahudi sekular
bertindak menyokong NGO-NGO ketagihan
seks dalam memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai hak-hak mereka. Dalam
masa yang sama, NGO-NGO Yahudi sekular bersama NGO-NGO ketagihan seks memberi
tekanan kepada pemerintah supaya mengiktiraf hak-hak seksualiti mereka. Itulah
yang telah berlaku di negara-negara Eropah.
Gereja-gereja
Nasrani di beberapa buah negara Eropah akhirnya terpaksa akur kepada kehendak
hawa nafsu golongan ketagihan seks akibat daripada usahasama tekanan yang
diberikan oleh NGO-NGO sekularis Yahudi dengan NGO-NGO ketagihan seks. Dalam
kes itu, Jerman sejak tamat Perang Dunia Kedua sehingga hari ini sentiasa
berwaspada dengan NGO-NGO sekularis Yahudi kerana Jerman sentiasa menyedari
akan peranan yang dimainkan oleh NGO-NGO sekularis Yahudi itu dalam mencorakkan
hala tuju dunia melalui jalan slogan hak sama rata dan people’s power.
Daripada memetik
contoh di Amerika, kita sudah pergi ke sedikit contoh di Eropah pula. Sekarang
kita lihat pula dunia yang sudah dipasang dengan modus operandi NGO-NGO
sekularis Yahudi pro-Zionis.
Kekacauan dan
huru-hara yang berlaku di beberapa buah negara di dunia juga didokong oleh
tiang-tiang yang sama. Negara-negara Islam bergolak dan berperang saudara
kerana tergila-gilakan cinta demokrasi, karya agung kisah cinta politik
berdarah yang dikarang dalam bentuk puisi-puisi cinta yang diperindahkan dengan
slogan-slogan yang menyemarakkan resah di jiwa manusia-manusia yang dungu.
NGO-NGO Yahudi
sekular pro-Zionis menyusup masuk ke negara-negara (terutama negara-negara
Islam) di dunia untuk menyemarakkan semangat cinta demokrasi. Dana-dana luar adalah
lebih mudah disuntik melalui gerakan NGO yang bekerjasama dengan golongan
pemberontak pencinta demokrasi politik keduniaan di negara-negara sasaran (rujuk
penjelasan perkara sama dalam artikel Money
Laundering dalam blog ini).
Slogan-slogan bermotif
politik demokrasi yang merenggangkan hubungan umat sehingga mencetus perang
saudara atau percakaran sesama umat, slogan-slogan itu disemarakkan melalui
dokongan NGO-NGO Yahudi sekular yang membantu NGO-NGO bermotif politik di
negara-negara sasaran. Ia adalah modul sama seperti yang dilakukan dalam
taktik politik di Amerika. Kejayaan mengawal politik di Amerika memberi
keyakinan besar kepada NGO-NGO Yahudi untuk melebarkan modus operandi ke serata
dunia.
Menurut laporan risikan yang disebarkan kepada umum di negara-negara
Islam bergolak, gerakan NGO-NGO Yahudi sekular mula menyusup masuk ke negara-negara
Islam sejak lima tahun yang lalu, tempoh yang sangat singkat itu telah memberi
kesan yang besar terhadap segala kekacauan yang berlaku di sudut-sudut dunia. Slogan
demokrasi ditiup oleh pemimpin-pemimpin masyarakat yang bekerjasama dengan
NGO-NGO dari luar untuk menyemarakkan jiwa rakyat yang memberontak supaya
tercipta kekacauan untuk meruntuhkan keamanan sedia ada.
Sesunggunya iblis itu sentiasa membisikan keraguan ke dalam
hati manusia. Akibat slogan-slogan itu yang disulam bersama maklumat yang
bercampur aduk antara yang benar dan palsu, maka keraguan di hati rakyat
berjaya disuburkan untuk melakukan pemberontakan dan kebencian terhadap
kepimpinan sesama umat sedia ada. Akibatnya juga, muncul golongan yang dungu menuntut apa sahaja yang dikatakan sebagai hak-hak mereka tetapi pada masa yang sama menafikan hak-hak orang lain.
Dalam modus operandi global yang digerakkan NGO-NGO Yahudi
sekular untuk menjadikan manusia fokus kepada demokrasi sehingga tercetusnya
huru-hara, berdampingan dengan parti-parti politik tempatan atau
gerakan-gerakan radikal tempatan atau gerakan-gerakan NGO tempatan adalah satu
kemestian bagi NGO-NGO sekularis Yahudi untuk memastikan rancangan mengheret
bangsa manusia ke arah sekular sebagai satu kenyataan.
Parti-parti politik tempatan, kumpulan-kumpulan radikal
tempatan atau golongan-golongan pemberontak tempatan diberi tunjuk ajar berkenaan
taktik-taktik ampuh untuk menggulingkan pemerintah sedia ada. Laporan rasmi di
Mesir dan beberapa negara di Asia Barat (dilaporkan kepada umum, sila rujuk
sumber-sumber laporan rasmi) juga mengesahkan penglibatan NGO-NGO asing seperti
NED dan NDI dalam plot kekacauan yang berlaku di Mesir suatu masa dahulu. Mission Occupy, menduduki Dataran Tahrir
(mercu landmark utama di kawasan tumpuan)
sebagai penggalak tekanan kepada orang ramai untuk memulakan pemberontakan dan
provokasi. Sama juga seperti yang pernah berlaku di China
(1989) yang mana golongan pelajar dan muda-mudi China
berkampung (occupy) di Dataran Tiananmen
untuk memberi tekanan kepada pemerintah China
(sila rujuk sejarah China
moden). Semuanya (mission occupy) bermula
di dataran-dataran awam yang menjadi landmark
sesebuah kawasan. Paten mission occupy yang
sama walau di mana sudut dunia sekali pun.
Apabila misi itu
tercapai (biarpun ada yang terkorban kerana nyawa Gentiles tidak mempunyai apa-apa harga di kaca mata Zionis), maka
langkah seterusnya ialah memastikan nilai-nilai sekular dapat occupy di negara itu sebelum runtuhnya
bangsa itu akhibat mengikut hawa nafsu sekularis Yahudi. Apabila sudah runtuh
segala nilai moral dan akhlak, maka langkah seterusnya akan menyusul.
Semuanya runtuh.
Mesir masih kacau bilau walaupun pemerintahan lama sudah digulingkan, rakyat
juga yang terngadah terhuyung-hayang mencari jalan lurus selepas terhantuk kerana
pemimpin pilihan mereka masih tidak dapat menikmati kuasa pemerintahan
sebagaimana yang diharapkan sebelum terciptanya huru-hara. Pemimpin harapan
mereka belum mendapat kuasa, lebih menderita ialah mereka sendiri kerana
terumbang-ambing dibadai ombak dunia demokrasi tajaan sekularis Yahudi Zionis
melalui NGO-NGO yang sebelum itu pernah mengajar mereka untuk memberontak.
Semuanya runtuh. Rakyat negara China berubah perlahan-lahan
memeluk sekularisme, nilai moral runtuh sama sekali didorong kemajuan dan
pemodenan selepas China mengubah dasar ekonomi kepada polisi ekonomi yang lebih
liberal sebagaimana yang dikehendaki oleh golongan ‘terpelajar’ yang berkampung
di Dataran Tiananmen. Slogan liberal sangat berpengaruh, kesannya ialah runtuh.
Memang China hari ini berubah menjadi negara maju dan progresif, namun kos
melepas (opportunity cost, istilah
ekonomi) yang ditanggung China ialah keruntuhan nilai moral masyarakatnya yang
semakin teruk sebagai bayaran kepada slogan liberal yang dicintai sebilangan
manusia, kos melepas yang sama sebagaimana sedang ditanggung Amerika dan
negara-negara Eropah akibat tangan-tangan yang mendirikan tiang-tiang yang
sama.
NGO-NGO Yahudi sekular sudah sedia wujud di kebanyakan
negara di dunia memainkan mind game untuk meniupkan semangat demokrasi secara psikologi ke arah hak sama rata yang
liberal dan akhirnya menjerumuskan manusia ke kancah sekular tanpa disedari. Mulanya
mereka meniup semangat melalui slogan-slogan untuk memperjuangkan demokrasi,
kemudian atas nama demokrasi kebebasan bersuara maka keluarlah golongan lain
pula untuk bersuara galak menuntut kebebasan masing-masing, semuanya
diliberalkan dan akhirnya semua dipaksa terjerumus ke lembah sekular yang
menyesatkan.
-----
Tiang-tiang itu sedang berdiri di celah-celah kita semua.
Tiang-tiang itu sedaya upaya mahu menongkat ‘langit gelap’ di atas papan catur
supaya ‘langit gelap’ tidak runtuh dan supaya catur dapat terus dimainkan dalam
kecerahan cahaya buatan yang bukan
daripada cahaya yang sebenar (cahaya,
nur yang lurus).
Berdirilah tanpa berpaut pada tiang-tiang itu. Runtuhkanlah
tiang-tiang itu supaya ‘langit gelap’ itu juga turut sama runtuh. Apabila
langit gelap itu runtuh, baharulah kita akan dapat melihat langit yang sebenar dan menikmati cahaya yang sebenar. Apabila
cahaya yang sebenar sudah mula menerangi, maka cahaya buatan tidak akan mempengaruhi apa-apa manfaat lagi.
NGO-NGO Yahudi
sekularis sentiasa memerhatikan peluang apabila kita berselisih dan bersengketa
sesama sendiri, mereka kemudian mendirikan tiang-tiang (bersekongkol dengan
NGO-NGO tempatan yang bermotif mencipta huru-hara) untuk kita supaya kita hanya
mampu berdiri dengan berpaut pada tiang-tiang itu.
Kita tidak perlukan tiang-tiang itu.
Kita tidak perlukan tiang-tiang itu untuk berpaut.
Kita ada
tiang-tiang kita sendiri.
Tegakkanlah
tiang-tiang kita.
Tiang-tiang agama
yang mengajar kita untuk berfikiran waras dan bersatu padu.
-STALKER-
.
Masyaallah. Penjelasan yang begitu baik. Umpama tarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus tepung tak tumpah.
ReplyDeletecahaya-cahaya buatan semakin terang menyeluruh ke segenap pelusok. Cahaya yg sebenar hanya bg mereka yg mahu memikirkan dan berusaha mencari dan melaluinya...
ReplyDeleteoccupy dataran.. mcm pernah dengar. NGO-NGO dua muka, pun mcm pernah dengar.
ReplyDeletesudah nampak.. sudah nampak... sudah nampak wpun digambarkan dlm susunan bahasa yang sangat cermat.. terima kasih..
kalau takde yg berpaut pd tiang2 tu, pasti tiang2 tu akan reput & runtuh dgn sendiri.. terima kasih....
mintak share
kalau kita tengok klcc.. sama je bentuk ngan lambang2 kat gambar atas... kita dah lama dikuasai oleh Illimunati... mereka tidak akan memberi kemerdekaan secara percuma melainkan memastikan kita ikut cara dia org... dan mereka tau "persatuan" itu akan mengekalkan apa yg mereka tinggalkan dr merdeka sampai sekarang. obisilik kat putrajaya.. twintower.. dan undang2 lord reid.. Syirik hukumnya apabila undang2 negara melebihi undang2 Allah.
ReplyDeletefaham... apa yang tersirat dari kata2 anda. berterus teranglah bahawa anda masih mahu melihat dicelah dinding walaupun tersangat nyata wujudnya disekeliling anda. tidak mengapa kalau masih mahu toleh ke belakang, cuma jangan lupa lihat juga kedepan takut nanti tersalah pijak. maaf ye sdr, saya bergurau jer.
Deletetakpe.. terima kasih di atas teguran. tegur menegur amalan yang baik.. terima kasih sekali lagi
Deletesalam..
ReplyDeleteAnon 3 June 7:50,
undang2 apa yg kamu maksudkan hudud?
kita ambil contoh
hukuman untuk pembunuh, ikut hudud - pembunuh dibunuh balas.
seksyen 302 kanun keseksaan, hukuman utk pembunuh ialah mandatori gantung sampai mati.
bukan ke hukum Allah dipraktikkan dalam kanun keseksaan?
bukan semua benda tu terhasil daripada konspirasi... jangan sampai kelahiran kamu ke dunia pun kamu kata akibat hasil konspirasi jugak.. pikir2 la ye..
Assalamu'alaikum anon 3 Jun.
ReplyDeleteHukum-hukum jenayah Islam ada 3:
a. Hukum Hudud
b. Hukum Qisas
c. Hukum Ta'zir
Hukum pembunuh dibunuh balas tu tak termasuk hukum hudud. Tu masuk qisas. Hukum hudud hanya ada untuk 6 kesalahan. Iaitu merompak, mencuri, zina, menuduh zina (qazaf), minum arak dan murtad. Sila baca http://tayibah.com/eIslam/jenayah_Islam.htm untuk penerangan panjang lebar.
Kalau dikatakan hukum Allah dilaksanakan dalam kanun keseksaan (302?) saya amat tidak bersetuju. Islam ni tak boleh ambik separuh separuh. Kena ambik keseluruhamnya. Kalau tak jadila islam liberal. Nak tak nak dah masuk satu jarum yahudi.
Salam..
ReplyDeletemacam mana ya nak hubungi pihak Umat Terakhir, ada tak emel.. mungkin ada yg ingin dikongsi..
staff
Ini adalah benar dan ini adalah pintu kiamat yang sedang terbuka perlahan - lahan, kerana apabila manusia sudah ditakluki sekular seluruhnya, dan nama suci ALLAH dan SELAWAT KERAMAT ke atas junjungan kita ( PEMBAWA RAHMAT SELURUH ALAM ) sudah tidak kedengaran maka akan terbukalah pintu kiamat ....
ReplyDeleteSebenarnya yahudi zionis ini pun bodoh juga, kerana semakin mereka menjauhkan ALLAH dari manusia, maka semakin dekatlah kiamat dan semakin dekatlah hukuman ALLAH kepada mereka termasuk iblis laknat.
لا إله إلا الله محمد رسول الله
ReplyDelete24 Huruf memuji-memuja,
12 malam, 12 siangnya,
Naik turun, tiada keluarnya,
Isra' Mi'raj itulah dia,
Muhammad dan Gua berpisah tiada,
Hadap Baitullah, di Mekah sana,
Hadap Baitulma'mur di atas pula,
Hadap Sirullah, fana'lah semua.