5 May 2012

Kotak tidak berkunci



KEPENTINGAN British dan Amerika terhadap cubaan menguasai Asia Barat pada hari ini tidak pernah berubah sejak Perang Arab-Israel pada 1967 (juga disebut Perang Enam Hari), itu kalau kita lihat daripada sejarah moden. Apabila dilihat daripada sejarah Perang Salib pula, kepentingan itu sebenarnya sudah lama digagaskan England dan sekutu Nasrani mereka dari negara-negara Eropah. Nasrani dengan misi mereka, Yahudi juga dengan misi mereka tersendiri.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”(Quran, al-Baqarah: 120)

Dalam petikan maksud ayat di atas, perkataan Yahudi dan Nasrani disebut secara jelas oleh Allah. Kedua-dua nama kaum itu disebut jelas tanpa panggilan ganti nama ‘Ahli Kitab’ seperti mana dalam kebanyakan ayat yang lain. Yahudi dan Nasrani disebut dalam satu ayat yang sangat jelas supaya kita jelas dengan maksud sebenar ayat itu.

Dalam ayat yang sama, iaitu dalam pecahan kedua, Allah memerintahkan kita supaya sentiasa berkata benar kepada Yahudi dan Nasrani mengenai kebenaran agama Allah. Dalam pecahan ayat ketiga pula, Allah memberi peringatan kepada orang Islam melalui kata wahyu:

“..Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu apa pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Apakah maksud itu wahai saudara semua? Allah tidak akan menolong kita lagi sekiranya kita mengikut kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani. Jadi di sini, perkara yang perlu kita faham ialah kehendak hawa nafsu para sekularis Yahudi dan Nasrani dalam rencah zaman fitnah hari ini. Pengetahuan itu wajar difahami supaya kita tidak akan kerugian dalam mendapatkan pertolongan daripada Allah. Andai kita mengikut kehendak hawa nafsu mereka, kita sudah tentu terlepas daripada pertolongan Allah kerana itu adalah janji-Nya. Sesungguhnya, Dia tidak pernah memungkiri janji.
-------

Sekularis Yahudi dan Nasrani sentiasa bekehendak terhadap orang Islam. Kehendak mereka itu merangkumi semua sudut. Para sekularis Yahudi berkehendak orang Islam lemah dan tunduk, itu cuma salah satu dan kita tidak sebut semuanya. Orang Nasrani pula berkehendak orang Islam masuk ke dalam agama mereka, itu juga cuma salah satu daripada sekian banyak kehendak itu.

“(Tubuh) anda adalah apa yang anda makan, tetapi minda dan mental anda adalah apa yang anda baca, lihat dan terima tanpa berfikir waras.”The Choice, Sheikh Ahmed Deedat, al-Fatihah kepada Almarhum.

Untuk mencapai kehendak mereka, sudah tentulah mereka membuat perancangan yang rapi lagi halus serta licik sehingga sulit untuk dikesan oleh orang-orang yang lemah pemikiran. Mereka menggunakan sekian banyak slogan untuk membakar semangat orang Islam dalam menuntut sesuatu yang orang Islam sendiri tidak fahami mengenai tuntutan itu dengan baik.

Wahai orang Islam, ingatlah amaran Pencipta:

“..Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut KEHENDAK HAWA NAFSU mereka sesudah datangnya  pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Dalam modul tatakerja Amerika untuk mengangkat demokrasi, langkah itu dijalankan dengan licik melalui perangkap minda. Mereka tahu, minda manusia akan menghantar mesej kepada tingkat pemikiran supaya berasa megah apabila slogan-slogan yang memihak kepada isu kemanusiaan diangkat menjadi lebih tinggi daripada segala-galanya.

Slogan-slogan yang enak didengari itu kebanyakannya berbunyi seperti melaungkan keadilan, namun sebenarnya ia tidak. Slogan-slogan itu pula mempunyai pemilihan perkataan yang berfungsi dalam menyemarakkan emosi sebilangan manusia untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak emosi itu sendiri. Di situlah permainan minda bermula, ia bermula dari lubuk emosi yang menyesakkan akal.

Mereka bijak dalam bermain psikologi, kebanyakan daripada kita pula menjadi mangsa psikologi sehingga sebilangan pula bertindak secara psikopatik mengikut kehendak mereka.

Sebelum itu, sila fahami baik-baik.

Ini adalah masterplan yang wajar difahami, setiap yang berlaku di Asia Barat adalah mengikut perancangan dalam pelan induk ini. Ramai sedia tahu perkara ini. Bagi yang tidak tahu, sila ambil tahu.

Cita-cita para sekularis Zionis tidak pernah berubah iaitu keinginan untuk mendirikan Israel Raya (The Greater Israel State) merentasi kawasan-kawasan warisan purba bangsa Semit bermula dari Lembah Sungai Nil hingga Lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

Kawasan-kawasan itu melibatkan sebahagian Syria, sebahagian Turki di sebelah Asia, sebahagian Iraq, sebahagian Arab Saudi, sebahagian Mesir, sebahagian perairan Laut Merah, sebahagian Teluk Parsi dan keseluruhan Palestin.

Lokasi-lokasi yang ditandakan dengan tulisan tebal dalam perenggan di atas adalah kawasan-kawasan yang sudah hampir berjaya dikuasai. Manakala Palestin yang ditulis dengan tulisan tebal merah pula ialah kawasan yang lebih 90 peratus sudah dikuasai. Kawasan yang ditulis dengan huruf sendeng pula ialah lokasi-lokasi sasaran untuk dikuasai dalam pelan-pelan tindakan pada masa terdekat.

Arab Saudi juga termasuk dalam pelan induk ini. Pada tahun 2007, Setiausaha Pertahanan Amerika, Colin Powell pernah mengeluarkan kenyataan ancaman secara terbuka iaitu tidak teragak-agak akan mengebom Mekah (beliau maksudkan Kaabah) sekiranya kumpulan pengganas (yang beliau rujuk kepada umat Islam) berterusan mengancam keselamatan Amerika dan Israel.

Kekacauan yang pernah berlaku di Mesir adalah berdasarkan masterplan ini, ia kerana sebahagian tanah Mesir adalah ‘rizab’ untuk Israel Raya. Tindakan Amerika menceroboh dan menguasai Iraq juga adalah berdasarkan pelan induk ini iaitu Amerika mengambil peluang menguasai sumber minyak Iraq dan Israel mengambil peluang untuk menguasai tanah-tanah Iraq yang menjadi ‘rizab’ untuk mendirikan The Greater Israel. Ini bukan perkara baru, ramai sudah tahu mengenai hal ini.

Dalam situasi semasa, Syria sedang mengalami pergolakan dan tidak ada bangsa lain yang serius membantu menyelesaikan masalah mereka itu melainkan mereka sendiri yang bertungkus lumus mengembalikan kestabilan. Andai orang Syria terus bergolak sesama sendiri, maka tiada bangsa lain yang sudi membantu mereka. Begitu juga dengan kita.

Selain negara-negara yang disebutkan di atas, terdapat beberapa lagi negara yang sedang dan pernah mengalami kekacauan seperti Libya, Tunisia dan Afghanistan (sekadar menyebut beberapa nama buah negara) yang tidak termasuk dalam peta The Greater Israel State. Negara-negara itu bukan negara ‘rizab’ The Greater Israel, tetapi mengapa negara-negara itu turut bergolak?

Ada masterplan yang lain selain daripada pelan induk The Greater Israel iaitu The Greater World State. Bezanya mudah, The Greater Israel adalah untuk orang-orang Yahudi manakala The Greater World adalah untuk dikuasai oleh para elit di kalangan Gentiles atau dari kalangan bangsa-bangsa bukan berdarah Yahudi.

Ia bermaksud dunia akan dibahagikan kepada dua bahagian (tidak lagi disebut benua) iaitu sebahagian milik eksklusif Yahudi dan sebahagian milik para elit Gentiles yang bekerjasama dengan Zionis. The Greater World State juga adalah sebagai bayaran ‘upah’ kepada golongan elit pro-Zionis kerana telah menjayakan The Greater Israel.

Mengikut masterplan dalam usaha mendirikan The Greater World State, bahagian-bahagian dunia dalam The Greater World State akan dikecilkan menjadi wilayah-wilayah. Contohnya, negara India tidak lagi disebut sebagai sebuah negara melainkan hanya dipanggil wilayah. Contoh lain pula seperti Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina dan Singapura mungkin sahaja disatukan dalam satu wilayah yang dinamakan wilayah Asia Tenggara. Ia dilakukan bagi memudahkan pentadbiran.

Jika sebelum ini dikatakan setiap kekacauan yang berlaku di Asia Barat adalah berdasarkan pelan induk The Greater Israel, maka setiap kekacauan yang berlaku di negara-negara yang tidak terlibat dalam rizab tanah The Greater Israel pula adalah tertakluk dalam pelan The Greater World State.
-------

“..Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut KEHENDAK HAWA NAFSU mereka sesudah datangnya  pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Kalau begitu, apakah yang kita faham mengenai kehendak hawa nafsu para sekularis Yahudi dan Nasrani dalam konteks ini? Jika anda menjawab kehendak untuk berkuasa, maka ia hampir betul. Jika anda menjawab kehendak untuk menyesatkan umat Islam, ia juga hampir betul.

Untuk memastikan kehendak mereka itu dipenuhi, maka sudah tentulah mereka perlu melakukan sesuatu. Apa yang mereka perlu lakukan? Lihat kembali petikan maksud sebahagian ayat 120 surah al-Baqarah sebagaimana yang dikepilkan di atas. Fahami ayat itu, maka itulah yang perlu mereka lakukan.

Apa yang mereka perlu lakukan? Mereka perlu memastikan anda mengikut segala kehendak hawa nafsu mereka. Mengapa pula mereka memilih cara itu untuk mencapai cita-cita mereka? Kerana itu adalah cara terbaik dan anda sudah diberi amaran supaya tidak melakukan “kesilapan” yang dilarang itu. Apakah kesilapan yang dilarang itu, JANGAN IKUT KEHENDAK HAWA NAFSU YAHUDI DAN NASRANI. Maka, apa yang perlu Yahudi dan Nasrani lakukan? Mereka hanya perlu membuat anda MENGIKUT KEHENDAK HAWA NAFSU MEREKA.

Manusia sentiasa mahu dilayan secara adil, diberi hak saksama, diberi kebebasan untuk melakukan setiap perkara yang disukai tanpa sebarang halangan dan bermacam-macam lagi perkara yang menyeronokkan. Maka, slogan-slogan dicipta untuk memenuhi tuntutan-tuntutan itu dan dinamakan ia sebagai slogan-slogan kemanusiaan. Human centered slogans, humanitarian, humanism. Berpaksikan manusia semata-mata sehingga mengenepikan perintah Tuhan. Selari dengan itu, slogan-slogan itu kemudian diperjuangkan oleh kelompok-kelompok manusia bagi mencapai tuntutan-tuntutan yang dikehendaki. Sekularis Yahudi dan Nasrani berkehendakkan anda menuntut semua itu.

Jika kehendak-kehendak itu tidak dipenuhi kerana ia bertentangan dengan agama, maka agama pula akan ditentang atau diperlekeh hanya semata-mata mahu menuntut slogan-slogan itu dipenuhi. Maka, ada keadaan yang lebih serius apabila agama diputar belit hanya untuk menjadikan ia selari dengan tuntutan-tuntutan yang tidak masuk akal. Jika ia berlaku maka bersedialah dengan amaran ini: ...maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

The Greater World State dan The Greater Israel State ialah dua gagasan politik dunia. Apabila disebut sebagai gagasan politik dunia, ia juga digerakkan melalui jalan politik. Maka apa pula jalan politik itu, tidak lain dan tidak bukan ialah demokrasi. Yahudi dan Nasrani yang tegar sekular berkehendakkan anda berjuang habis-habisan demi demokrasi. Ia (demokrasi) adalah sebuah janji manis yang kelihatan seolah-olah menjamin kesejahteraan rakyat, untuk menyemarakkan semangat menjunjung demokrasi maka perasaan rakyat perlu dimainkan melalui slogan-slogan rakyat.

Rakyat (the ‘pawns’) wajar dimainkan perasaan mereka melalui slogan-slogan rakyat yang akan menjadikan rakyat berasa megah untuk memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai hak-hak mereka. Slogan-slogan rakyat dimainkan supaya perasaan rakyat dapat dikuasai dan dimainkan bagi menjunjung demokrasi. Ia adalah slogan-slogan rakyat yang mempunyai nafas demokrasi. Jangan cepat menuduh semua slogan rakyat tanpa memahami terma slogan-slogan rakyat yang mempunyai nafas demokrasi.

“Slogan-slogan itu langsung tidak membawa apa-apa erti, selain hanya menjadikan rakyat berasa megah, ia tidak ada apa-apa erti kerana kita yang mencipta slogan itu dan kitalah juga yang menentukan pengertiannya.”The Inside Protocols, Presidents’ Classifieds Book 2, Chapter 3.

Kekacauan di Mesir tercetus kerana rakyat mahukan demokrasi, boleh dikatakan Mesir masih kecoh dan melalui detik anarki dalam beberapa sudut hingga kini. Begitu juga di Libya, rakyat Libya mahukan demokrasi selepas dikatakan hak-hak mereka tidak dipenuhi, hingga kini mereka juga boleh dikatakan hidup dalam suasana mirip anarki.

Demi demokrasi, rakyat yang terbuai dengan slogan-slogan rakyat (people’s slogans) mampu bertindak melampaui batas walaupun tindakan mereka sendiri sebenarnya tidak demokratik. Mereka dengan megah melaungkan demokrasi, walhal cara mereka sendiri tidak demokratik.

Dalam meniti pengertian demokrasi, ia mencakupi banyak elemen manusia termasuk suara majoriti, hak sama rata, hak bersuara dan hak asasi manusia yang diangkat dalam konteks liberalisme iaitu keadilan untuk semua. Secara tidak sedar, keadilan untuk semua itu sebenarnya lebih hampir kepada sekularisme dan humanisme yang mengenepikan perintah-perintah agama.

Apabila hak asasi manusia dan hak bersuara diterjemah dalam pelaksanaan demokrasi yang bertunjangkan liberalisme, maka golongan ketagihan seks (takrif popular masa kini disebut LGBT merujuk kepada lesbianism, gay, biseksual dan transjantina) juga akan menuntut hak-hak mereka dalam erti kata hak asasi manusia dan hak kebebasan yang mereka kata tidak wajar diketepikan masyarakat.

Namun, demokrasi liberal menjanjikan kebebasan untuk semua. Maka, bermati-matianlah golongan ketagihan seks menuntut hak nafsu-nafsi mereka atas nama demokrasi hak kebebasan. Pada masa yang sama, bermati-matianlah golongan pendukung slogan rakyat menuntut apa yang dikatakan hak mereka atas nama demokrasi melalui cara yang tidak demokratik. Atas nama demokrasi, maka golongan ketagihan seks dan golongan pendukung slogan rakyat berjuang bersama-sama berganding bahu demi sebuah demokrasi liberal yang adil untuk semua. Hebat juga slogan itu kerana berjaya mencipta golongan yang sanggup mati dalam usaha memperjuangkannya.

Golongan ketagihan seks juga menuntut kehendak hawa nafsu mereka. Ingat lagi apa amaran-Nya: “..Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut KEHENDAK HAWA NAFSU mereka sesudah datangnya  pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Golongan pendukung demokrasi liberal bermati-matian mendukung demokrasi yang dijadikan alat untuk mendirikan The Greater World State manakala The Greater World State itu adalah kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani. Masih ingat lagi apa amaran-Nya: “..Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut KEHENDAK HAWA NAFSU mereka sesudah datangnya  pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Bagaimana The Greater World State mahu didirikan? Sudah diberitahu, ia pelan induk politik dunia dan sudah tentulah melalui jalan politik demokrasi. Jadi, bagaimana mahu mendirikannya?

Demokrasi mampu mencipta kekalutan kepada bangsa-bangsa manusia apabila mereka berasa tidak puas hati terhadap ketua-ketua mereka disebabkan persepsi-persepsi buruk mengenai ketua-ketua mereka yang disampaikan kepada mereka akibat disebarkan melalui propaganda.

Wujud perkataan baru di sini ialah persepsi dan propaganda. Bagi yang tidak mengetahui apa tujuannya, ketahuilah bahawa kedua-dua perkara tersebut adalah komponen penting dalam konteks kempen politik demokrasi.

“Untuk berperang, kita mesti berkempen supaya dunia memihak kepada kita.”Adolf Hitler, The Fall of Fuhrer.

Walaupun peperangan itu adalah dikatakan berakhirnya demokrasi dan diplomasi, ia sebenarnya masih dalam ruang lingkup demokrasi. Sesebuah negara kuasa besar yang mahu melancarkan perang, akan selalu melakukan kempen supaya langkah mereka (melobi) untuk berperang itu dipersetujui majoriti masyarakat dunia.

Sebelum memutuskan untuk berperang, negara kuasa besar (siapa lagi kalau bukan Amerika dan Israel) biasanya mengibarkan propaganda bagi menyemai persepsi masyarakat dunia bahawa tindakan mereka untuk berperang dengan musuh mereka itu adalah tindakan yang betul dan tidak menjadi kesalahan. Persepsinya yang disemai untuk tumbuh mekar dalam minda masyarakat antarabangsa ialah keselamatan Amerika dan Israel tergugat dan mereka perlu mempertahankan keselamatan mereka sedangkan merekalah yang akan memulakan serangan dan dengan itu merekalah sebenarnya penyerang dan bukan diserang.

Begitu juga dalam konteks pendukung demokrasi yang bermati-matian mahu menegakkan apa yang mereka kata sebagai demokrasi. Propaganda disebarkan untuk meraih sokongan majoriti supaya merestui tindakan mereka dalam memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai hak-hak mereka. Mereka melaungkan demokrasi yang disulam dengan slogan-slogan rakyat sedangkan mereka sendiri berjuang dengan cara yang tidak demokratik, pada masa yang sama mengatakan bahawa pemimpin negara mereka sebagai tidak demokratik. Masalah ini banyak berlaku di negara-negara Afrika.

Macam Amerika dan Israel, mereka kata mahu menjaga keselamatan diri mereka walaupun mereka belum diserang, sedangkan tindakan mereka itu amat tidak selamat kepada orang awam di negara yang mereka mahu serang.

The Greater World State tidak akan mampu didirikan selagi proksi-proksi Amerika dan Israel tidak diangkat sebagai pemimpin di negara-negara sasaran. Dalam perkembangan semasa, negara-negara sasaran lebih banyak melibatkan negara-negara Islam. Ia lebih kepada usaha mewujudkan The Destruction of Islamic States (kejatuhan negara-negara Islam) terlebih dahulu sebelum mewujudkan The Greater World State.

Bagi memastikan ia berlaku, pejuang-pejuang Islam harus diheret dalam periuk demokrasi liberal terlebih dahulu supaya Islam menjadi tidak ubah tarafnya dengan dasar-dasar liberal dengan menjunjung hak kebebasan sama rata melebihi perintah agama. Itulah yang sekularis Yahudi dan Nasrani mahu, itulah kehendak hawa nafsu mereka supaya kita menjadi buta dalam melihat perbezaan.

Mungkin ada yang tidak setuju kalau dikatakan manusia itu sememangnya dibezakan kerana sudah tertaksub dengan slogan hak sama rata. Tidak percaya manusia itu berbeza dan dibezakan?

Ketahuilah, Allah melalui banyak ayat-Nya menjelaskan perbezaan manusia melalui tingkat ketaqwaan seseorang hamba. Manusia itu sendiri tidak sama tarafnya dan dibezakan melalui tingkat ketaqwaan masing-masing. Jadi, mengapa pula mahu manusia di-sama-tarafkan melalui slogan demokrasi rakyat sedangkan manusia itu dibezakan melalui tingkat ketaqwaan mereka? Adakah mahu menunggu Hari Pembezaan baharulah boleh melihat perbezaan itu? Walaupun ia merujuk kepada Hari Pembalasan, ia tetap merujuk kepada pembezaan.

Adakah hak LGBT itu sama tarafnya dengan hak pendukung demokrasi sehingga mereka boleh berjuang bersama-sama dalam erti demokrasi dan membolehkan mereka ‘taram’ sesama sendiri? Kalau di akhirat pun golongan LGBT akan dibezakan dengan golongan yang beriman, adakah mereka perlu disama tarafkan di dunia? Kalau disama tarafkan di dunia, kita juga akan jatuh setaraf dengan mereka di dunia dan akhirat.

Akibat terlalu menjunjung demokrasi, umat Islam sudah terlebih sudu dari kuah apabila menjunjung demokrasi melebihi agama sendiri. Agama melarang bertumpah darah semasa umat, mereka berbuat sebaliknya dengan menumpahkan darah sesama umat atas nama demokrasi. Agama melarang sesama umat bersengkata, mereka berbuat sebaliknya dengan gemar bersengketa atas nama memperjuangkan demokrasi. Kerana apa? Kerana mereka berbuat sesuatu itu mengikut kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani yang mahu melihat umat Islam berbunuhan sesama sendiri.

Lihat Mesir, lihat juga Libya, lihat juga beberapa negara lain yang belum kembali stabil selepas rakyat mereka mencetuskan kekacauan. Apa yang Amerika dan Israel serta bangsa-bangsa lain lakukan, adakah ada bangsa lain yang menghulurkan bantuan apabila terjadi sedemikian, tiada sesiapa pun yang mahu menolong mereka di Libya, Mesir dan lain-lain negara yang pernah berperang saudara.

Sekularis Yahudi dan Nasrani mahu mereka merobohkan negara mereka sendiri kerana Amerika dan Israel tidak sekepala dengan pemimpin mereka. Mahu mengharapkan pertolongan Allah pula? Ingatlah: : “..Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut KEHENDAK HAWA NAFSU mereka (Yahudi dan Nasrani) sesudah datangnya  pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

Malaysia pun tidak terlepas daripada kehendak hawa nafsu Yahudi dan Nasrani. Adakah Amerika dan Israel tidak sekepala dengan Malaysia? Atau, mereka sekepala dengan siapa di Malaysia? Demokrasi rakyat Malaysia? Republik Rakyat Malaysia? Slogan-slogan demokrasi rakyat Malaysia? Kita tidak menyebut nama sesiapa, kita juga tidak menyebut kelompok yang mana. Slogan...slogan...slogan... Slogan itu bukan makanan minda, sebaliknya pengetahuanlah wajar jadi makanan kepada minda.

Andai minda sendiri yang sempit, jangan pula menuduh orang lain berfikiran sempit. Lihatlah realiti dunia (tanggapan sintetik), berfikirlah.

Mereka beri sebuah kotak yang tidak berkunci, di dalamnya terdapat dua ‘hadiah’ yang menjanjikan keadilan untuk semua, mereka berkehendak anda menerima hadiah-hadiah itu selepas anda gagal menemui kedamaian selepas anda berjaya meninggikan demokrasi, hadiah-hadiahnya ialah:

The Greater Israel State
The Greater World State

Umat Terakhir sengaja untuk tidak mahu bercerita dengan terperinci kerana kita mahu anda semua berfikir dan menemui jawapannya sendiri.

[Mahu tanya sikit, apa maksud poster yang ditulis Daulat Tuanku di atas potret Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dengan perkataan REPUBLIK? Memperjuangkan demokrasi untuk mendirikan sebuah republik?]


-LOTUS FEET -


 Nota ADMIN: LOTUS FEET adalah penulis undangan Umat Terakhir.

20 comments:

  1. salam.tuan..saya suka membaca dan mengkaji tentang apa yang diperjuangkan oleh blog tuan.tapi tuan terlalu kemelayuan dan bila melayu tuan terlalu mirip kepada UMNO..saya berbangga menjadi sebahagian dari Melayu Islam yang power sejarahnya.tapi tuan terlalu menyokong Umno.betulkan andai saya silap.Tuduhan poster Agong dengan tulisan republik adalah melulu.saya berada di situ..Tulisan republik itu ditampal dengan stiker Republik.Kami semua x kira melayu dan cina sedar itu adalah provokasi..kami segera buang stiker itu dan bagitau kepada org lain supaya buang stiker itu.Adakah tuan menganggap kami ini tidak mengambil tahu akan hal2 yang tuan bincangkan?Bagus kiranya tuan berada di tengah2..mengutarakan pendapat.Bumi ini bumi kami.Adakah tuan anggap kami akan berdiam diri sekiranya diganggu.tuan silap

    ReplyDelete
  2. maaf bumi ini bukan bumi kamu tapi bumi Allah swt. jangan disebabkan kamu beranggapan bumi ini bumi kamu, kamu pun berbuat sesuka hati ingin merosakkan bumi ni. cth-nya bersih. terlampau banyak kesan negatif drpd positif. keluarlah kita drpd sistem demokrasi yg berniat jahat, mari kita tegakkan sistem khilafah semula! itu shj jalan utk menegakkan negara islam dan hukum2 islam. islam tidak akan bangkit melalui sistem demokrasi. lupakan PAS,PKR,UMNO dan BN. mari bersatu! InshaAllah..wallahu'alam..

    ReplyDelete
  3. anon 4:54am

    1. penyakit demokrasi yang menimpa anda telah terlalu kronik hingga tidak dapat membezakan kebenaran dan kebathilan.

    2. Demokrasi adalah penyakit sosial yang merosakkan agama dan bangsa yang akhirnya membawa manusia menyembah Dajjal bermata satu

    3. Tidak sepatutnya pendokong demokrasi seperti anda marah kepada penyokong UMNO kerana menyokong parti politik adalah amalan demokrasi dan sesiapa sahaja bebas memilih parti yang ia sukai... UMNO ada caranya, PAS ada caranya , PKR ada caranya.... setiap parti politik ada caranta berpolitik...sebagai rakyat anda harus lihat mana yang lebih baik memerentah dan mentadbir... selain itu para pemimpinya mestilah bersih dari segi akhlak dan peribadi... itulah cara sebagai rakyat untuk memilih pemerentah bukan taksub kepada parti atau individu... yang rosak hendaklah ditolak tak kira dari parti mana...

    4. jika anda tidak suka provokasi kenapa anda terlibat dalam provokasi.... bersih adalah provokasi yahudi dan dajjal .... ianya lebih hebat dari provokasi UMNO yang anda benci!...


    5. yang benar hanyalah apa yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah.... dalam perspektif al-Quran tidak perlu wujud parti2 yang bertentangan yang merebut pemerentahanan... bermakna PAS, PKR atau lainya tak perlu wujud... yang perlu hanya SATU "ulil-amri".... jika mengikut sesetengah hadis para penentang ulil-amri yang sah dikira penderhaka, pemberontak dan boleh diperangi....

    ReplyDelete
  4. salam tuan.
    ada dua hal yang perlu di selidiki ialah pasti kan ulamak jahat yang di isyaratkan dlm hadis nabi yak ni ulamak yang berfatwa atas kepentingan politik sedangkan kehidupan nya penuh dgn nafsu haiwan jin dan syaitan(contoh nya bila dia bersabda maka berpecah belah lah umat islam menegak kan ideology masing2 tanpa pengetahuan yag hak). natijah nya banyak lah umat yg di sesatkan nya lantaran hujjah ilmu yang tidak berijmak ulamak dan selalu berkias mencari dalil untuk tujuan yg bathil.

    kedua nya kenalpasti lah siapa2 menganjurkan untuk berketuakan dgn sesaorang yang menganjurkan system ciptaan barat degan meninggalkan kesatuan umat maka orang ini lebih bahaya dari musuh sebenar yakni yahudi dan nasrani walau ia mengaku islam, berjubah ketayap dan pandai pidato.

    menurut pandangan kami akan datang suatu waktu urusan besar untuk melupus kan sepecis jenis ini bagi meletakkan kembali dua kalimah tauhid atas muka bumi ini dgn bantuan dari NYA. bersiap2 lah wahai saudara2 ku yang mengaku islam dan beriman dgn nya. masuk lah dalam jamaah yg satu dari 72 itu dan tinggalkan lah yang lain2 itu kelak kalian akan menyesal kemudian hari.

    ReplyDelete
  5. Salam semua, Terima kasih UT kerana poskan artikel penuh makna seperti ini. Saya percaya hanya yang waras sahaja memahami maksud yang hendak disampaikan. Selebihnya masih terperangkap dalam gua pemikiran terhijab lantaran ketaksuban.

    "Begitu juga dalam konteks pendukung demokrasi yang bermati-matian mahu menegakkan apa yang mereka kata sebagai demokrasi. Propaganda disebarkan untuk meraih sokongan majoriti supaya merestui tindakan mereka dalam memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai hak-hak mereka. Mereka melaungkan demokrasi yang disulam dengan slogan-slogan rakyat sedangkan mereka sendiri berjuang dengan cara yang tidak demokratik, pada masa yang sama mengatakan bahawa pemimpin negara mereka sebagai tidak demokratik. Masalah ini banyak berlaku di negara-negara Afrika."

    Kes ini bukankah telah mula menular ke negara kita?

    Pandangan pengomen juga patut dipuji kerana semakin bijak memahami fakta. Sedikit darinya masih berpaut pada kepentingan. Saya fikir itu tidaklah memudaratkan. Tidak sebagaimana sebahagian rakan kita yang sanggup beraksi lincah dalam arak melalui program Duduk dan Diam itu. Pandangan mengenai ulama yang khianat kepada agama juga saya anggap terbaik dalam memahami masalah yang timbul dewasa ini.

    UMNO atau bukan UMNO tidak timbul, sebaliknya nasib Islam yang wajib dipertimbangkan. Siapa yang merosakkannya? (juga merosakkan ketenteraman dan kedamaian sedia ada). Apa yang mereka cari sehingga sanggup bersekongkol dengan Yahudi dan Nasrani? Jauhilah memikirkan perkara remeh, fokus kepada agenda besar yang sedang ditusuk ke dalam minda kita. Menghalalkan tindakan luar batasan demi memuaskan nafsu (haiwan?). Apa boleh buat kerana Amerika dan Isreal telah memilih untuk mengawal negara ini... -a-

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Tidak ada yg diperkatakan sebagai perjuangan selain berjuang untuk menyelamatkan diri dari api neraka, jangan esok mahu perjuangkan benda yg merepek repek , sekerat jalan tuhan cabut nyawa terus menyesal...

    Tidak kah kita terfikir apa akan terjadi sekiranya kerajaan kita tumbang, disini bukan kita nak berpihak kepada mana mana parti. andaikata kalau kerajaan kita tumbang, nanti para peserta bersih juga akan berpecah dan berlawan antara satu sama lain disebabkan ketidak puasan merebut kerusi iblis yg cuma hanya satu sebagai perdana menteri, masing masing berkhayal di ruang kepala otak untuk memerintah malaysia termasuk orang yg tak ada kena mengena iaitu Lee Kuan Yew...sungguh memalukan kalau kita sebagai rakyat malaysia dan lebih lebih lagi sebagai orang melayu tidak boleh memikir secara halus di dalam perkara sebegini...

    Sedarlah kita semua, ingat nanti kita di padang mahsyar tuhan biarkan kita selama 50 000 tahun berdiri di sana sehinggakan bila ditanya berapa lama kah kita hidup di dunia, salah seorang akan menjawab ianya hanya setengah hari..... MENYESAL nanti semua....so fikir fikir kanlah ya....dek kerana benda merepek yg hanya remeh temeh dan merosak kan negara kita, hancur semuanya...allauhuallam...

    Anis

    ReplyDelete
  7. Tekanan dibuat supaya kerajaan sekarang memilih untuk patuh pada Yahudi. Percaya atau tidak? Kalau mereka tak dapat rotan, akar juga masih berguna.

    PR hanya suka merusuh nak tunjukkan kuasa setelah dihasut Yahudi. Betul kata anon di atas, bila kerajaan hancur, Yahudi akan mengambil alih bila anggota PR berperang sesama sendiri. Jangan terus berkhayal.... Gunakana akal selagi akal itu ada kewarasan walaupun sejengkal..

    ReplyDelete
  8. hmm seorang wanita yang menulis? hehe

    pada pandangan sy, penulis tidak bias pada mana-mana parti, cuma apa yang disampaikan adalah supaya kita sedar permainan utama yang terselindung

    tq

    ReplyDelete
  9. kenapalah bila je UMNO banyak hilang kuasa.. semua blog konspirasi jadi blog politik... kenapa masa berkuasa tak tegak kan Islam dgn betul.. Harunsani pernah bg tau 200,000 org telah murtad tapi pihak berkuasa buat bodoh je... UMNO adalah alat Freemeson.. bukan senang2 je dia org bg merdeka... dia org pastikan mesti ada org yang mengikut jejak langkah dia org.. iaitu UMNO.

    Kalau kita dah merdeka kenapa mesti ikut undang2 lord Reid.. kalau kita merdeka kenapa bendara kita nak kena dapat persetujuan British..

    Memang benar UMNO adalah penyambung nyawa Freemeson di Tanah Melayu.. sbb masih mengekalkan Sultan penjaga agama.. PM penjaga dunia.. Bukankah Dunia dan Agama tak boleh dipisahkan.. KHALIFAH yg menjaga kedua2 nya.. tak percaya.. Mahathir melucutkan kuasa Sultan..

    Nik Aziz pernah bertanya pasal Freemeson ni.. tapi jawapan org UMNO Freemeson tak bahaya. Pasal LGBT bukan susah .. benda ni dah lama.. patut pemerintah tangkap jelah. dah kuasa ada kat tangan. nak buat apa jadikan isu politik... UMNO adalah penyambung nyawa FREEMESON di tanah melayu.

    ReplyDelete
  10. salam anon-anon & pembaca setia blog ini.

    ada suara-suara yang mula bersiul mengenai mengapa blog konspirasi mula 'jadi' blog politik sejak UMNO banyak hilang kuasa. wahai anon, sedarilah bahawa konspirasi itu juga dimainkan dalam mood politik. blog Umat Terakhir tidak pernah jadi blog politik, kita sudah maklumkan dalam posting-posting awal sejak blog ini dibuka semula. kita menyentuh sedikit hal politik kerana konspirasi itu juga berputar dalam persekitaran politik.

    apabila berbicara mengenai perlembagaan yang dikarang British, perlembagaan itu boleh diubah. boleh diubah tetapi memerlukan situasi yang benar-benar selamat untuk mengubahnya supaya menjamin agama dan umat Islam. untuk menjamin keadaan yang selamat, kita wajar memastikan seluruh ahli dewan rakyat itu diduduki oleh wakil-wakil orang Islam supaya setiap keputusan atau pindaan perlembagaan tidak merugikan orang Islam.

    atas sebab itu, umat Islam harus bersatu kalau benar-benar mahu meminda sebarang perkara dalam perlembagaan yang difikirkan tidak menguntungkan umat dan agama Islam. tak perlu pecah belah kerana ia sangat merugikan, apabila berpecah, kuasa tinggal ciput, nak ubah apa-apa pun tak boleh. kalau pindaan itu menguntungkan Islam, raja-raja Melayu pun tak keberatan untuk memperkenan pindaan. selagi perlembagaan itu berasal dari tangan manusia, ia pasti boleh diubah. faham?


    Anonymous 5 May 2012 04:54, boleh terangkan mengapa orang Melayu yang bergambar sambil tersengih memegang poster Yang Dipertuan Agong masih boleh tersenyum tanpa sebarang rasa ragu-ragu dengan poster itu? kalau mahu kata provokasi yang disengajakan, adakah sudah diperiksa dengan pihak yang mengedarkan poster itu, sudah periksa dengan penganjur mengenai siapa pencetak poster itu? kalau belum periksa di bahagian anda, jangan pula menuduh orang di bahagian lain. periksa dulu okey?

    blog ini tidak memihak kepada mana-mana parti politik, pendirian blog ini mudah, kami bukan orang UMNO, bukan juga orang PAS, bukan orang PKR dan tidak ada kepentingan dengan mana-mana parti politik demokrasi. kami bukan orang UMNO, PAS atau PKR.. tapi kami orang Islam. kami juga akan tunggu di akhirat untuk meminta penjelasan daripada pihak-pihak yang memecahbelahkan umat Islam di negara ini, kami akan tunggu di akhirat kalau Allah beri keizinan. kami akan tuntut jawapan kamu semua di akhirat kalau tidak mahu beri jawapan sekarang.

    ReplyDelete
  11. -faisal-

    saya setuju dengan sebahagian daripada artikel diatas..saya juga setuju dengan Anon 7 May 2012 20:51 bahawa semua cerita2 yg memburukkan pembangkang ni adalah kerja2 umno/bn yang nak 'survive' utk 5 tahun lagi sebagai pemerintah malaysia.saya ni 'neutral' sokong pr pun tidak umno pun tidak, tapi saya agak kecewa dgn umno/bn yg memanipulasikan setiap media massa di negara kita ni termasuklah tv,newspaper,internet dll utk kepentingan mereka.cuba tengok berita kat tv ,apa benda yg buruk pasal pembangkang yg mereka tak bagitau? semua ada pengkianat negara lah,pro yahudi lah , pemecah belah rakyat,menggugat agama islam /orang melayu dll.saya jugak tak setuju dengan kebanyakan perkara yg pembangkang buat cthnya: perhimpunan bersih,pas yg brkerjasama dgn dap dan anwar dan lain2 lagi.
    spt mana anon diatas kata tun dr mahathir lah yg menghapuskan kuasa sultan dan yang dipertuan agong dan membenerkan mereka disaman,dibicarakan di mahkamah,dikutuk, dikritik dan sebagainya.pokok pangkal nya kita yg bagi musuh kita peluang utk memperlekehkan raja2 melayu kita.Hakikatnya orang melayu tak boleh 'survive' tanpa raja2 melayu, sebab hanya raja2 melayu sajalah yg boleh menyatupadukan orang2 melayu yg menyokong pelbagai parti politik.
    saya berani mangatakan kalau umno/bn sudi berubah dan tak lagi memanipulasikan semua media massa utk menyebarkan propaganda mereka, saya sedia memberikan sokongan yg tak berbelah bahagi kpd mereka.tapi saya tak yakin hal sedemikian akan berlaku, kita kena faham mana2 parti politik kat malaysia ni selain umno/bn pun akan buat perkara yg sama iaitu memanipulasikan semua media sama ada media kerajaan atau swasta utk kepentingan parti mereka.stesyen tv swasta mcm tv3, dan media swasta yg lain tak ada pilihan mereka kena sokong orang yg 'bagi mereka makan'.Kalau orang to umno/bn maka mereka akan sokong bn/umno, kalau pr berkuasa, maka saya yakin mereka jugak akan sokong mana2 pemerintah yg berkuasa pada masa tersebut.inilah konspirasinya, tak dak pihak/parti yg bleh dipercayai, semua tamakkan kuasa dunia dan tak mau laksanakan perintah ALLAH S.W.T .

    so just wait and see what would happen....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..

    Sekali lagi... hampir menjadi kenyataan.. UMNO adalah penyambung hayat FREEMESON... FELDA akan di list kat bursa saham.. maka.. yg akan memonopoli saham ini adalah zionist.. mereka akan memastikan MAKANAN dibawah kekuasaan Zionist..

    satu persatu kita gadaikan... akidah dah tergadai dr awal.. undang2 Allah masih tak tertegak masih dgn Lord Reid.. dan hukumnya adalah Syirik.. Singapura sudah, pulau batu putih sudah, Johor sudah, air sudah, tanah KTM sudah.. kewargenegaraan sudah... hiburan pun sudah.. akhlak sudah.. cuma tinggal bala saje belum.. tungguuuuuuu

    ReplyDelete
  13. salam semua....

    seronok sudah menang sorak kampung tergadai sudah.....

    nakkuasai politik punya pasal, negara sudah tergadai, serupa saja mana2 partai....

    Semoga semua tersadar dan kembalikan kekuasaan Melayu, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.... takkira Umno mahupun Pas, politik hanya utk dunia... sama2 berpolitik ttp kekalkan kepentingan Melayu....

    ReplyDelete
  14. setuju dengan Anonymous5 May 2012 05:30.

    Bersatulah kembali bangsaku dibawah panji Islam ini sebelum terlewat. Tegakkan semula syiarNYA dibumi ini. Tegakkanlah Sunnah Nabi secepat mungkin. Ulama bersuaralah kamu terhadap perkara yang benar.

    ReplyDelete
  15. merujuk gambar di atas.

    bermula di Turki,berakhir di Syiria/Jordan.

    Time Line?

    secara peribadi, geng UMNO lebih mudah didekati dan diberi faham berbanding geng PAS.

    semoga kita dijauhkan dari Demokrasi yang gila. Selamatkan seramai mungkin dengan berkat Doa dan Rahmat Allah. insyaAllah.

    ReplyDelete
  16. Salam

    Dalam kaedah perubatan tradisional, penyakit pada manusia boleh kepada 3 bentuk;
    Pertama: Penyakit Jasad - ini semua sudah sedia maklum.
    Kedua: Penyakit Hati - Hati sihat ialah hati yang cenderung pada kebaikan dan kebenaran, manakala hati yang sakit ialah hati yang cenderung pada keburukan dan kejahatan.
    Ketiga: Penyakit Akal - Ini yang paling sukar dikesan oleh diri. Akal yang sakit secara mudahnya ialah ketika seseorang itu percaya bahawa dia berada diatas landasan yang benar sedangkan realitinya dia berada diatas jalan kebatilan.

    Realiti masa kini, penyakit Jasad, Hati juga Akal sangat berleluasa dalam masyarakat kita. Mampukah masyarakat kita yang sakit ini melawan serangan musuh?

    Benar masa semakin suntuk. Namun, adakah kita jelas tentang 'masa' yang kita selalu sebut-sebut? Mungkin bukan seperti yang kita jangkakan.

    Wallahu aklam

    Sirih

    ReplyDelete
  17. lupakan hal politik buat seketika, mari kita renung2kan..

    didalam dunia yang serba moden dgn penduduk dunia yg semakin bertmbah serta teknologi2 digital yang serba canggih ini terlintas difikiran saya untuk memikirkan persoalan ini..

    kenapa dunia ISLAM ini di cop pengganas? kenapa asal ada konflik sahaja, mesti berkaitan dengan Islam ataupun negara Islam?? terdahulu di Libya, Tunisia, Afghanistan, Iraq, Iran, Pakistan, Mesir, Syria, Indonesia (Ambon), Filipina (mindanao), Myanmar (Rakhine) dan konflik sepanjang hayat bagi saya Palestin.

    selaku orang muslim yang yang tinggal di Malaysia kita setiap hari didedahkan dengan berita2 sedih berkait dengan konflik saudara seagama kita ini dan jarang kita dengar konflik antara agama2 lain cth seperti budha dan kristian, hindu dan budha berperang dan sebagainya..apakah kesilapan kita sebagai MUSLIM? adakah benar kata mereka kita ini pengganas?? bahkan jika dinegara barat, ada pernyataan mengatakan bahawa jika tiada muslim dimuka bumi ini, dunia akan aman dan damai?? adakah benar begitu?? dimanakah silapnya kita sebagai MUSLIM??

    adakah semua ini kerana KUASA? HARTA? (bersambung)....

    ReplyDelete
  18. orang tamak duit sokong BN.

    orang tak ada akal dan bodoh sokong PR.

    End of the story, Malaysia kena gadai jugak akhirnya. Cepat atau lewat saja kalau sudah orang Melayu asyik bergaduh sesama sendiri. Umpama adik-beradik melayu bergaduh merebut perempuan, emak sendiri dijual untuk dibuat pelacur samseng cina.

    dengar sajalah nasihat blog ni.. jangan buat pandai sbb anda pembaca memang bodoh pun. kalau tak, anda tak ke sini untuk membaca. hua hua hua.

    p/s : saya pun bodoh jugak. Tapi saya tak sebodoh penyokong fanatik PR. :D

    ReplyDelete
  19. Ini semua ilusi
    bertelingkah kerana berbeza pilihan hati..
    Ini semua ilusi
    percaya kepada taburan janji-janji..
    Ini semua ilusi
    ini baik itu buruk untuk menyenangkan hati sendiri..

    INI SEMUA REALITI
    mempersendakan agama TANPA DISEDARI..
    INI SEMUA REALITI
    menggunakan sistem perundangan buatan makhluk TANPA DISEDARI..
    SEMEMANGNYA ADALAH REALITI
    empat buah Kitabullah diturunkan tapi sistem buatan manusia juga DIGUNAKAN HARI-HARI..

    ~KITA SEMUA DAH LAMA JADI BODOH... ;-)

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.