23 Oct 2011

Wang Perang

Meminimakan Kos Perang:
Plan B ke arah New Politics of the New World Order


SEJARAH penglibatan perang yang pernah disertai Amerika, negara-negara Eropah dan Israel dalam siri-siri peperangan dalam sejarah moden menunjukkan penglibatan nilai kos yang tinggi. Ia melibatkan kos ketenteraan, jentera peperangan, senjata, peluru, perubatan dan bermacam lagi sehingga mencecah billion dollar.

Kos penglibatan Amerika dalam siri peperangan di Afghanistan dan Iraq sedekad lalu telah membawa kesan kejatuhan ekonomi Amerika. Walaupun Amerika mengalami masalah dalam pengurusan dana ekonomi semasa era G.W Bush, negara itu tetap mempunyai rizab untuk tabung perang meskipun mengaku ekonomi mereka agak tenat.

Mata wang Pound Sterling juga terjejas sejak Britain di bawah pentadbiran Tony Blair pada ketika itu menyertai Amerika dalam Perang Teluk 2 di Iraq. Israel juga mengalami masalah ekonomi sejak bersama Amerika meniup trompet perang di negara-negara Islam di wilayah Asia Barat. Perang memberi kesan kejatuhan ekonomi terhadap negara-negara terbabit seperti yang dilaporkan dalam media-media Barat.

Akibat kejatuhan ekonomi, kos sara hidup di Amerika, Eropah dan Israel telah meningkat sehingga lapan kali ganda. Ia lantas membawa kepada rungutan penduduk di negara-negara terbabit akibat peningkatan kos hidup dan aset-aset terutama perumahan.

Perkembangan itu memaksa kerajaan negara-negara berkenaan memikirkan sesuatu untuk terus menjayakan ‘design’ perang dan pada masa yang sama berusaha mengurangkan kos perang untuk memulihkan ekonomi masing-masing bagi meredakan kemarahan rakyat mereka.

Silla fahami perenggan ini. Amerika, Israel dan Eropah serta sekutu-sekutu mereka (Gog & Magog) nampaknya berjaya belajar sesuatu daripada keadaan yang menghimpit itu iaitu kemarahan rakyat mereka sendiri. Mereka berusaha meredakan kemarahan rakyat bagi membolehkan mereka kekal berkuasa dalam politik masing-masing untuk meneruskan agenda tradisi yang dikongsi.

Mereka harus berusaha memulihkan ekonomi supaya memuaskan hati rakyat dan meneruskan kekuasaan dalam politik negara masing-masing. Ia harus dilakukan dengan meminimakan kos perang selepas belajar daripada keadaan yang menghimpit itu.

Bagi negara-negara itu, perang harus diteruskan tetapi dengan cara yang baru. Cara yang baru itu pula diperolehi selepas mereka belajar daripada keadaan yang menghimpit mereka selama terlibat dalam perang akidah berwajah baru sejak permulaan abad ke-21.

Rancangan baru kemudian digembleng melibatkan beberapa badan perisik negara-negara terlibat. Ia disuntik pula dengan modal daripada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang berstatus NGO sedunia. Rancangan itu sedang berjalan kini, kemarahan rakyat adalah ramuan paling penting untuk menjatuhkan negara-negara musuh selepas mereka belajar sesuatu daripada keadaan itu. Dalam menjayakan rancangan itu, proksi-proksi (proksi sesuai dinamakan sebagai tali barut dalam konteks ini) mereka di negara-negara musuh digerakkan mengikut plan yang telah diarcakan.

Terdapat beberapa elemen penting dalam menjayakan rancangan itu, ia berupa cocktail yang mempunyai campuran racun-racun berbisa seperti politik mazhab demokrasi, kemarahan rakyat, parti politik liberal, pemikiran liberalisme, sentimen kaum, sentimen agama, pemikiran taksub dan paling penting iaitu proksi yang bijak berperanan sebagai bartender yang membancuh ramuan cocktail itu untuk diminum oleh rakyat-rakyat yang sedang dahaga sesuatu yang mereka katakan sebagai pembaharuan mengikut definisi yang hanya mereka fahami mengikut istilah new politics of the new world.

Bukan kita yang memberi istilah new politics itu, tetapi mereka sendiri yang memperkenalkan istilah itu kepada kita sejak semua itu bermula dalam rentak yang sangat terang. Pada masa yang sama, istilah itu sedang bergerak ke arah New World Order (NWO) jika diamati mengikut kaedah follow the evidence (mencari jawapan berpandukan petunjuk melalui bukti-bukti berketerangan yang ditinggalkan suspek dalam kes-kes jenayah).
-----

Amerika dan sekutu terutama Britain sudah banyak berhabis wang semasa menyerang Afghanistan dan Iraq selain terpaksa membayar 'ufti' kepada Israel pada setiap tahun. Israel juga sudah banyak berhabis wang semasa menyerang Palestin, Lubnan dan beberapa wilayah Arab di rantau sebelah sana.

Kini, mereka sudah tiada banyak wang dan pada masa yang sama ekonomi mereka juga terumbang-ambing sebagaimana dilaporkan beberapa wartawan media antarabangsa yang kredibel bersungguh-sungguh mengkaji gerak-geri keputusan WEP (warfare-economy-politics) Amerika dan Israel serta sekutu-sekutu mereka dalam pentas dunia.

Mengikut kepada perancangan mereka berdasarkan sebahagian dokumen-dokumen perang yang terlepas ke tangan pihak luar, terdapat lebih 10 buah negara Islam (kebanyakan melibatkan negara Arab) yang dimasukkan ke dalam senarai yang senasib dengan Afghanistan dan Iraq. Ia termasuklah Lubnan, Syria, Jordan dan beberapa negara Arab yang sedang dan akan bergolak selepas ini.

Negara-negara Islam di benua Afrika pula melibatkan Mesir dan Libya yang telah dihancurkan oleh kemarahan rakyat negara itu sendiri walaupun wujud perbezaan senario ‘trigger’ bagi kes bagi kedua-kedua negara itu.

Kes di Mesir dan Libya dijayakan atas motif yang sama iaitu mengheret negara Islam ke kancah huru-hara yang tiada jaminan untuk pulih semula dalam tempoh singkat, namun terdapat perbezaan dari segi punca ia tercetus.

Isu ini harus direnung tajam ke arah motif, bukan punca ia tercetus. Jika merenung ke arah punca yang dijadikan asas kepada keseluruhan penilaian terhadap peristiwa, maka seseorang pemerhati itu sudah melakukan kesilapan dalam memahami persoalan mengapa peristiwa itu tercetus. Memang punca adalah penyebab, tetapi motif adalah lebih besar daripada penyebab.

Hari ini, negara-negara Islam menghadapi ancaman bentuk baru yang mana Barat menjadikan rakyat-rakyat di negara Arab sebagai alat untuk mencapai niat jahat mereka. Syria menjadi huru-hara, sebelum itu Libya sehingga Muammar Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri, Mesir pula masih belum reda walaupun Hosni Mubarak sudah tertangkap oleh rakyatnya, begitu juga dengan negara-negara Arab yang lain kini menghadapi ancaman gelombang baru.

Negara-negara Arab yang terlibat masih belum reda kekecohannya meskipun puak revolusi telah berjaya menggulingkan dan membunuh pemimpin-pemimpin mereka yang mereka anggap sebagai jahat. Bagi kes Mesir, Hosni Mubarak yang dikenali sebagai proksi Israel juga telah dijatuhkan oleh perancangan Israel sendiri apabila mereka sedar ‘aura’ pemerintahan Mubarak sudah tidak gah lagi di kalangan rakyat Mesir sendiri.

Kegoyahan kedudukan Mubarak di mata rakyat Mesir menjadi liabiliti kepada Israel dan liabiliti itu harus disingkirkan bagi menyelamatkan Israel sendiri. Demi mengukuhkan kedudukan, Israel sanggup berbuat apa sahaja termasuk menghukum proksi sendiri yang sekian lama memainkan peranan penting kepada perluasan wilayah haram Israel sejak 30 tahun lalu.

Dalam kes Muammar Gaddafi di Libya, Barat dan sekutu mereka terbukti sudah lama menyimpan dendam terhadap Gaddafi. Ketegasan setiap kenyataan pedih yang dilontarkan Gaddafi terhadap Amerika dan sekutu di pentas-pentas ucapan dunia menjadikan Barat menyimpan dendam untuk membunuh Gaddafi.
Nama Gaddafi yang terkandung dalam senarai wajib dibunuh oleh Barat dilaksanakan juga walaupun Barat mengalami masalah ekonomi dan kewangan dalam melancarkan perang. Kos perang harus dikurangkan dengan menjadikan rakyat negara-negara Islam sebagai senjata untuk menggulingkan pemimpin mereka sendiri.

Segala jasa Gaddafi dalam memakmurkan pertanian di kawasan-kawasan tandus dengan memajukan pengairan menggunakan wang hasil petroleum negara itu dilupakan bulat-bulat oleh rakyatnya sendiri hanya kerana sudah termakan hasutan Barat untuk menegakkan demokrasi di Libya. Begitu juga dengan jasa-jasa lain yang turut dilupakan hanya kerana sentimen kemarahan di kalangan rakyat Libya yang disemai oleh Barat. Segalanya atas nama racun demokrasi.

Gaddafi bukan sejahat seperti yang ditulis oleh media propaganda Barat, namun Gaddafi berjaya dibunuh oleh kumpulan minoriti yang sudah termakan hasutan Barat dan kumpulan minoriti yang tidak menyukainya (rujuk artikel Majority Wipe Out).

Sejak tahun 2009, Biro Siasatan Persekutuan Amerika (FBI) dan Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) masing-masing bergerak dalam satu projek besar untuk melemahkan negara Islam menggunakan modus operandi (MO) gelombang baru. Ia bukan satu projek baru, tetapi satu projek yang diperkemaskan dengan taktik-taktik terbaru setelah mereka belajar daripada keadaan kemarahan rakyat mereka sendiri di Amerika dan negara-negara sekutu mereka.

Gelombang baru itu menggariskan beberapa elemen penting dalam menentukan keberhasilannya. Elemen paling utama ialah mengaktifkan proksi di negara-negara Islam untuk mencipta huru-hara bagi menggulingkan kerajaan yang memerintah dengan harapan proksi itu akan dinaikkan menjadi boneka di negara terbabit.

Ia diteruskan dengan peranan proksi menyemai kemarahan rakyat dengan suntikan pemikiran paranoia terhadap kerajaan yang sedang memerintah. Suntikan-suntikan pemikiran itu berlegar dalam ruang lingkup sentimen agama (seperti di Mesir), sentimen perkauman (seperti di beberapa negara di benua Afrika), fahaman liberal dalam segenap hal termasuk agama dan perkauman yang diperkemaskan melalui pertubuhan-pertubuhan bersifat atau bermotif politik pembaharuan, kononnya dikatakan sebagai pembaharuan.
--

Sila fahami baik-baik

Melalui sumber-sumber di peringkat antarabangsa yang telah sampai ke meja Umat Terakhir sejak Disember 2009, Ketua Institut Latihan FBI yang dikenali dengan codename Thorpe dilaporkan telah mengadakan beberapa kali siri latihan dan ceramah terhadap ejen-ejen perisik FBI di beberapa lokasi sekitar Washington, Hawaii, Afrika Selatan dan Australia sejak Februari 2009 sehingga 2011 kini.

Dalam sesi latihan itu, Thorpe menegaskan satu MO penting dalam melemahkan politik di negara-negara Islam. Thorpe dalam ceramahnya juga mengumumkan FBI akan mula menghantar ejen-ejen ke beberapa buah negara Islam untuk mencipta huru-hara. Ia dilakukan bagi menjimatkan kos ketenteraan yang tinggi sekiranya Amerika terlibat secara terus dalam peperangan terhadap negara-negara Islam sebagaimana di Afghanistan dan Iraq sebelum itu.

Ejen-ejen ditugaskan di negara-negara Islam dengan memantau pergerakan proksi masing-masing dan cuba ‘memerangkap’ proksi supaya tunduk akur kepada motif FBI untuk mencipta huru-hara. Proksi sedaya upaya diperangkap dengan pelbagai bukti kesalahan yang dilakukan oleh sang-sang proksi. Apabila proksi itu enggan patuh, maka bukti itu akan disebarkan bagi menjatuhkan proksi itu dalam situasi politik negara itu sebagaimana yang terjadi ke atas Hosni Mubarak.

Proksi itu pula tidak semestinya pemimpin tertinggi sesebuah negara Islam, ia juga melibatkan para pemimpin parti-parti politik demokrasi berhaluan kiri di negara-negara berkenaan. Oleh yang demikian, proksi-proksi ini akan diberi arahan supaya mencipta huru-hara dalam negara terbabit. Sekiranya gagal mengikut arahan FBI, proksi itu akan dipadamkan karier politiknya dan pemadaman karier itu juga memberi kesan yang sama iaitu huru-hara apabila pengikut taksub sang proksi itu melakukan perbuatan ekstrem dan ganas untuk mempertahankan pemimpin mereka itu (pemimpin politik yang menjadi proksi Amerika). Walaupun apa yang terjadi iaitu sama ada proksi itu akur atau patuh, ia memberi kesan yang sama iaitu huru-hara dalam sesebuah negara. Bezanya cuma proksi lain akan dilantik menerajui sesebuah negara selepas huru-hara sekiranya proksi sebelum itu enggan patuh. Janji untuk memulihkan keadaan selepas huru-hara juga kebanyakan dusta semata sebagaimana di Mesir, Iraq dan Afghanistan yang masih kacau bilau sehingga hari ini.

Namun, ada satu elemen berbahaya yang diserapkan Thorpe melalui ceramahnya terhadap ejen-ejen FBI. Elemen yang sangat berbahaya terhadap akidah umat Islam di negara-negara sasaran.

Thorpe menegaskan, Islam menjadi agama yang sangat pantas berkembang di Amerika dan Eropah sejak tahun 2001. Menurut Thorpe, ia berlaku disebabkan umat Islam berjaya mempengaruhi kepercayaan rakyat Amerika dan Eropah melalui keterangan al-Quran dan Hadis berhubung jawapan kepada masalah-masalah yang dihadapi manusia sejagat.

Perkembangan itu membimbangkan Amerika dan Eropah disebabkan sindrom Islamophobia mengikut istilah yang mereka cipta sendiri. Ia pada asalnya untuk menyekat perkembangan Islam di Barat dengan meranapkan negara-negara Islam tempat asal imigran Muslim yang berhijrah ke Eropah dan Amerika. Ia seperti menghapuskan anai-anai bermula daripada menghapuskan sarangnya. Ia hanya kerana mereka takut Islam merampas negara mereka apabila semakin ramai memeluk Islam di sana.

Lalu melalui rekod rakaman suara yang sampai ke meja Umat Terakhir, Thorpe berkata: “The Qoran dan Hadeeth must be stopped and destroyed from every Muslim’s mindset. You as federal agents, must use your taskmen (proksi-proksi) to terminate these two things (Quran dan Hadis) form their own people (orang Islam).”

Terjemahan: “al-Quran dan Hadis harus dihentikan dan dimusnahkan daripada pemikiran orang Islam. Kamu semua sebagai ejen persekutuan harus memperguna proksi-proksi untuk memusnahkan dua perkara ini (Quran dan Hadis) daripada orang-orang (pengikut) mereka sendiri.”

Dalam salinan rakaman yang lain pula, Thorpe berkata (selepas diterjemah): “Pastikan pendukung demokrasi di negara-negara itu mengangkat demokrasi menjadi lebih tinggi daripada Islam kerana itu menjamin berlakunya huru-hara. Gunakan segala kemudahan teknikal (?) untuk mengelirukan pemikiran mereka terhadap agama mereka sendiri (Islam). Seboleh-bolehnya cuba masukkan kekeliruan (?) dalam parti demokrasi yang Islamik supaya kucar-kacir dan mengikut syarat kita kalau mereka mahu pulih (daripada kucar-kacir politik).”

Itu yang sedang dilakukan FBI, bagaimana pula dengan CIA. Melalui maklumat yang diterima, ejen-ejen CIA juga giat menyusup masuk ke negara-negara Islam untuk mencipta huru-hara. Kedua-dua CIA dan FBI berlumba-lumba sesama mereka untuk menjayakan misi tersebut. Malah, kedua-dua agensi itu juga sering bersaing dalam apa juga misi yang ditugaskan kepada mereka. Kedua-dua egensi itu sangat gigih menjayakan misi mereka untuk meranapkan negara-negara Islam pada ketika umat Islam sedang gigih bersengketa dan berpecah hanya kerana umpan kuasa demokrasi.

Racun prasangka terhadap pemerintah menjadi inti utama yang dibawa masuk oleh ejen-ejen CIA ke dalam pemikiran rakyat di negara-negara Islam. Prasangka itu kemudian disemai melalui peranan yang dimainkan oleh parti-parti politik demokrasi. Plan-plan ekstrem direncanakan untuk menimbulkan huru-hara bagi mengguling kerajaan dan pemerintah sedia ada. CIA lebih banyak bermain dalam konteks demokrasi manakala FBI pula lebih cenderung kepada misi menjadikan demokrasi jauh lebih penting daripada Islam dalam benak pemikiran hamba-hamba demokrasi yang bebal.

Usaha menjadi demokrasi menjadi lebih tinggi daripada Islam tampak berjaya selepas kita melihat situasi di beberapa buah negara Islam yang bergolak. Kitab suci al-Quran yang memerintahkan umat Islam patuh kepada pemimpin selagi pemimpin itu beragama Islam juga semakin ditolak oleh umat Islam sendiri hanya kerana lebih mementingkan demokrasi melebihi kepatuhan terhadap perintah Allah dalam al-Quran.

Demokrasi menjadi senjata paling teguh pada ketika Amerika dan sekutu sudah ketiadaan banyak wang untuk membiayai kos peperangan. Demokrasi menjadi racun paling berbisa pada ketika rakyat di negara-negara Islam sudah termakan propaganda New Politics yang menghampiri motif NWO.

Huru-hara di Mesir belum nampak tanda-tanda reda, Libya juga sedang memasuki fasa yang sama, Afghanistan dan Iraq sudah lama dibiarkan tidak stabil sejak Amerika dan sekutu menceroboh masuk secara langsung, semua negara Islam yang berjaya diranapkan masih belum stabil dan itulah motif mereka. Motifnya adalah untuk memastikan negara-negara Islam berada dalam keadaan tidak stabil tanpa pemerintahan yang sempurna untuk jangka masa yang lama.

Dikhuatiri, Amerika akan menawarkan ubat ‘sintetik’ berbahaya kepada negara-negara Islam yang menjadi tidak stabil selepas revolusi itu iaitu menawarkan supaya memilih untuk menjadi stabil di bawah pentadbiran seorang ketua tunggal. Ia menghampiri maksud NWO. Siapakah ketua tunggal itu? Atau adakah negara-negara Islam yang diruntuhkan oleh rakyat mereka sendiri itu akan dikumpulkan menjadi satu kesatuan negara yang berada di bawah panji Amerika? Maka, tercetuslah sesuatu yang Allah murka iaitu umat Islam diperintah oleh kaum kafir di negara sendiri.
---

Bahana meminimakan kos perang itu sedang berjangkit ke beberapa buah negara Islam di rantau Arab dan tidak mustahil akan menjangkiti Asia Tenggara di sebelah sini. Bibit-bibit huru-hara sudah kelihatan apabila wujud beberapa individu yang cuba mengheret rakyat ke kancah rusuhan. Adakah mereka itu proksi? Seseorang yang waras dan sihat akalnya harus berfikir sendiri untuk melihat dengan mata hati yang ada sisa-sisa kesucian.

Petanda untuk melihat dengan mata hati juga mudah. Lihat kedudukan Islam yang diperjuangkan oleh mana-mana pihak yang mengaku memperjuangkan Islam dan lihat sejauh manakah Islam diperjuangkan melalui setiap tindak-tanduk mereka itu. Adakah tindak-tanduk itu selari dengan perintah Allah atau selari dengan kehendak FBI dan CIA untuk menimbulkan huru-hara.

Kita tahu siapakah orang yang bekerja untuk FBI dan CIA. Kita tahu siapakah orang yang pernah bertemu dengan pihak CIA di Amerika untuk mendapatkan dana politik. Kita tahu siapakah orang-orang yang CIA berjumpa di sini pada ketika kita memasuki ruang gendang perang politik dunia baru. Kita juga tahu siapakah yang menjahanamkan perjuangan Islam di negara ini dengan menggunakan racun demokrasi terhadap pemimpin-pemimpinnya. Wajarkah disebut nama-nama itu sedangkan banyak maklumat kredibel yang bersepah di atas meja Umat Terakhir ini sejak beberapa tahun lalu?
---

Kunci untuk menggagalkan usaha jahat itu ialah dengan bersatu padu sebagai umat Islam, meletakkan Islam lebih tinggi daripada demokrasi yang banyak bermain twist, bijak memahami setiap perintah Allah serta taat kepada setiap perintah-Nya.

Kamu semua hidup dalam suasana demokrasi tetapi jangan pula jadi hamba demokrasi. Jangan pula jadi ‘wang perang’ untuk keuntungan Amerika dan sekutu pada ketika mereka kehabisan banyak wang dalam membiayai kos perang sebelum ini.

Allah telah turunkan banyak petunjuk, maka lihatlah petunjuk-petunjuk itu dengan hati yang tenang dan fikiran yang waras terhadap setiap kebenaran yang ditunjukkan-Nya. Jangan mengharapkan kesempurnaan daripada sesama manusia, sebaliknya berusahalah bantu-membantu sesama manusia yang sama agama dengan kamu untuk mencapai apa yang kamu semua impikan tanpa perlu bermusuh-musuhan.

Janganlah menjadi seperti anai-anai, jangan pula menjadi seperti kuman parasit yang memusnahkan sang perumah sehingga perumah itu mati, dan parasit itu juga akhirnya mati selepas perumah itu mati.


Jangan jadi ‘wang perang’ untuk keuntungan Yakjuj dan Makjuj.



-ADMIN-

16 comments:

  1. salam

    mereka hadir melalui program kerjasama/latihan dlm gov dan pertahanan. ia bertujuan mencari kekuatan dan kelemahan sambil kumpul data mengenainya.via NGO mereka bertindak sebagai pemberi dana dalam usaha tertentu yang mempunyai maksud tersirat.

    dimalaysia mereka menggunakan taktik yang sama dua parti majoriti melayu dicucuk dan para pemimpinya amat lalai, hanya pandai janji,spin sesuatu isu tidak dinafikan ade yang baik. tidak lupa juga pada para bloger yg mudah forward sesuatu isu tanpa penilaian teliti.tuan juga bole lihat bagaimana ramai yang suke sebarkan sesuatu tanpa selidik maklumat yg diterima terutama di FB

    BERSIH adalah satu alat terang dan nyata, ratio kaum yg menyertainya adalah majoriti melayu dan kaum lain teramat kecil dan pemimpin hanya reti muncul pembakar semangat sekali sekala :)

    mereka juga melakukan provokasi hubungan melayu malaysia & indonesia.. di brunai setakat ini masih mampu bertahan cume usaha memisahkan sistem beraja tetap berjalan, cume mereka perlu membina ekonomi islam lebih kuat supaya tidak terjerat.

    amat berharap gov malaysia tingkatkan ekonomi cara islam barulah rakyat akan selesa,maka barulah nak cerita hal hal yang lain

    tq

    ReplyDelete
  2. salam saudara OrgOrg,

    Memang. Ia juga menyusup halus melalui latihan pertahanan antara negara-negara sasaran yang diadakan bersama dengan pihak ketenteraan Amerika bagi mendapatkan maklumat ketenteraan serta lokasi-lokasi strategik pertahanan sesebuah negara.

    Melalui politik pula, semangat demokrasi dimainkan habis-habisan dengan seruan ke arah menggantikan pemerintahan sedia ada kepada pemerintahan baru. Sama ada pemerintahan sedia ada itu baik atau tidak baik, ia bukan persoalannya. Namun, sentimen kebencian terhadap pemerintahan sedia ada dipupuk bagi mencetuskan huru-hara untuk mewujudkan keadaan tidak stabil.

    Motifnya ialah untuk mewujudkan keadaan tidak stabil yang jauh lebih buruk daripada keadaan sebelum itu.

    Benar juga pandangan saudara mengenai sikap sesetengah orang yang suka mempercayai bulat-bulat terhadap apa yang disebarkan melalui facebook tanpa menyelidik terlebih dahulu.

    Bahkan, di facebook juga terdapat sebaran bahan bacaan berupa pandangan berhubung agama Islam yang mengelirukan selain gagal tampil dengan dalil-dalil yang kukuh untuk menyokong pendapat dalam bahan-bahan agama di facebook itu.

    Kesannya, masyarakat Islam mula keliru mengenai agama Islam sehingga gagal membezakan dalil sebenar dengan dalil rekaan (berbentuk pendapat bertaraf pendapat manusia seperti dalam sesetengah artikel di facebook) dan FBI sekali lagi menang dalam hal ini apabila orang Islam lebih percaya kepada pendapat bertaraf pendapat manusia melebihi perintah dalam al-Quran. Ia bagaimanapun hanya sebahagian contoh daripada sekian banyak situasi lain.

    Berkenaan hubungan Malaysia-Indonesia, kita di Umat Terakhir sedang menunggu maklumat daripada rakan yang baru pulang membuat tugasan khas di sana. Kita beri masa kepada rakan itu untuk berehat dahulu sebelum memulakan tulisannya.

    -Jangan jadi hamba demokrasi-

    STALKER

    ^_^

    ReplyDelete
  3. mntak pndpt admin tntng gov ambil penasihat APCO?

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Harap ramai yang sedar tentang pergolakan yang berlaku sekarang dan kaitannya dengan perancangan zion.

    Tiada mana-mana kerajaan pada masa ini yang tidak terlepas dari permainan mereka cuma perbezaannya sikit atau banyak. APCO dinilai sebagai syarikat antarabangsa berpusat di USA. Semua tahu itu. Isunya hanya berlegar dalam sanggahan untuk mempersalahkan kerajaan kerana ia dimiliki Yahudi.

    Lynas juga dikatakan milik Yahudi. Maka untuk bergerak mencapai teknologi terkini, mahu tidak mahu terpaksa menerima beberapa pilihan.

    Tapi kita harus ingat, kita hanya boleh minimakan perkaitan dengan syarikat Yahudi bukan menolak semuanya. Jika kita menafikannya terus, kita bakal bermusuhan secara langsung dan menjadi target utama.

    Persoalan Dajjal, THH (mason, jesuits dan illuminati), zion dan Israel harus diperhatikan dengan teliti dan tidak secara terpisah. InsyaAllah sesiapa yang mempunyai akal akan dapat menghidu perancangan mereka dan dapat melihat melalui perspektif yang jernih.

    Tiada manusia yang terlepas dari kesilapan, namun seberat manakah kesilapan itu dilakukan. Tahukah anda dalam parti PAS juga ada wakil mereka? Kenapa ada gerakan liberalisasi dalam PAS? Andai PAS memerintah negara, mampukah mereka terselamat dari ancaman Yahudi?

    Fikir dengan tenang bukan dihasut rasa jengkel dan benci.

    ReplyDelete
  5. ada dak artikel yg lama2 dr blog ni?dah delete ka ada simpan kt tempat len?kt mana leh baca?

    ReplyDelete
  6. salam

    terima kasih STALKER, indonesia adalah target utama dan kesan rantaian akan ke malaysia, brunai akan terhimpit, apa2 pun saya tunggu ulasan saudara
    ***
    orang selalu sgt salah faham mengenai yahudi, pada saya tidak salah APCO itu, mereka sekadar perunding tapi apa yang penting pihak gov perlu teliti dan nilai supaya idea mereka dpt disesuaikan dgn dasar negara dan rakyat.agen2 dorg amat licik menjalakan kerja2 rahsia, nak tak nak mesti mereka akan terselit

    kekuatan sekarang ada pada mereka, jika kita bijaksana, kite gunakan kekuatan mereka utk tentang kembali bukan mengasingkan diri, lihat saja libya ;) BN = pil biru PR= pil merah.Biru kesanya lambat & merah kesan amat cepat pilihla mana yang anda suka (dah mcm cerita matrix lak hehe)

    ReplyDelete
  7. salam OrgOrg,

    Yahudi dan Zionis sebenarnya tidak kuat dan kekuatan itu tidak ada pada mereka. Mereka adalah kumpulan yang takut kepada kebenaran. Siapa kata mereka kuat. Mereka hanya bijak memaksa kita berfikir seolah-olah mereka kuat sedangkan realitinya mereka tidak sekuat mana.
    ---

    Anon 24 October 2011 13:53,

    Jangan terlalu mudah dibuai dengan isu APCO. Jika mahu lihat siapa sebenarnya yang mengambil Yahudi sebagai kawan, maka lihatlah kepada keseluruhan 'cerita'. Bukan hanya melihat cerita APCO semata-mata dengan menolak cerita-cerita lain yang lebih jelas mengenai tindak-tanduk seseorang itu yang rapat dengan Yahudi Zionis.
    ---

    Anon 24 October 2011 18:04,

    Maaf, kita tidak lagi menyiar semula artikel-artikel lama kerana pernah dituduh menciplak daripada blog lain yang turut menyiarkan artikel Umat Terakhir. Kita pernah menyiarkan semula artikel lama dalam blog edisi kedua selepas edisi pertama ditutup. Malangnya disebabkan ada blog lain yang menyiarkan artikel-artikel edisi pertama itu tanpa menyatakan sumber asal iaitu diambil (copy paste) daripada Umat Terakhir, maka kami dituduh menciplak hasil tulisan blog lain hanya kerana menyiarkan semula artikel-artikel lama kami dalam edisi kedua.

    Sekiranya saudara/saudari mahu membaca artikel-artikel lama Umat Terakhir, sila rujuk di blog Abatasa yang merupakan rakan sekutu rasmi blog ini yang menyiarkan artikel-artikel Umat Terakhir walaupun tidak semua artikel.

    Saya dan beberapa penulis Umat Terakhir juga ada menulis beberapa artikel di blog Abatasa dan beberapa blog lain sekiranya saudara/saudari mengenali gaya penulisan Umat Terakhir. Artikel-artikel yang ditulis di blog lain itu pula tidak pernah disiarkan di blog ini atas dasar menghormati eksklusiviti dan profesionalisme penerbitan walaupun penulis-penulis itu adalah penulis tetap di Umat Terakhir. Kita tidak pernah ambil kisah akan semua itu.

    Menulis adalah kerja kami setiap hari. Menghadap pelbagai maklumat dari seluruh negara dan sekitar dunia juga adalah kerja kami setiap hari.

    -STALKER-

    ReplyDelete
  8. Kita sebagai umat Islam,patutkah kita berterusan BERSETONGKOL dgn pemerintah yang MENGHALALKAN JUDI dan ARAK ? membiarkan rakyat terumbang ambing dengan MAKSIAT dan DOSA tanpa ada usaha yang bersungguh dan jitu utk menyekat umat Islam menjauhi perkara maksiat? Lihat saja pusat2 hiburan malam,pusat urut dsb...ADAKAH kita mahu umat berterusan bersubahat dengan MAKSIAT?Bukankah itu juga PROTOKOL ZIONIS agar umat Islam seluruhnya redha dengan cara hidup acuan barat ini dan mengikutnya lambat laun..ini juga dinamakan WORLD NEW ORDER !!!
    Sedangkan dalam Islam sendiri mengajar umatnya untuk berjihad menentang kezaliman,menolak pemimpin yang korup seandainya semua teguran rakyat tidak dipeduli...??? Dimana penilaian admin tentang agama ni ??? Memang betul,tak semua orang perfect,tapi kita sebagai rakyat boleh memilih mana2 pemimpin yg kita rasakan boleh dan mungkin lebih baik memimpin dimasa depan..soal ketenteraman dan keamanan adalah ketentuan dari Allah..kenapa kita perlu paranoid tentangnya ? Kita umat yang berada di AKHIR ZAMAN...fahamilah zaman ini memang akan kucar akhirnya..itu JANJI Allah..cuma yang menjadi penentu..lambat atau cepatnya...HIDUP HANYA SEKALI..AKHIRAT ADALAH ABADI,JADI JANGANLAH KITA MENJADI UMAT YANG SANGGUP BERSETONGKOL DENGAN KEZALIMAN,KEMUNGKARAN DEMI KERANA MAHU MEMPERTAHANKAN KEBAHAGIAN DUNIA YANG SEMENTARA DENGAN MEMBUANG HUKUM-HUKUM ALLAH DAN CARA HIDUP SEBENAR SEBAGAI MUSLIM DEMI KEJAYAAN DIAKHIRAT KELAK...

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Anon 26 October 2011 11:59,

    Di bahagian perenggan mana pula saya suruh umat Islam bersekongkol (bukan bersetongkol ye) dengan orang yang menghalalkan judi dan arak?

    Sila baca semua artikel Umat Terakhir dari edisi pertama hingga edisi ketiga untuk kamu faham pendirian blog ini terhadap Islam yang dicintai.

    Apa pula pertimbangan kamu yang mengatakan kita di sini tidak berbuat sesuatu untuk menyelamatkan akhlak umat di negara ini? Kami di sini tidak penah bercerita berkompang mengenai apa yang kami buat di luar sana.

    Kamu mengaku jihad itu wajib. Tapi pernahkah kamu berfikir sejauh mana kamu serius berjihad demi agama melebihi politik kepartian? Nada kamu lebih condong ke arah politik kepartian.

    Saya petik kata-kata kamu:

    "Dimana penilaian admin tentang agama ni ???"

    Saya tanya semula: adakah saya memperkecilkan Islam sedangkan nada saya lebih cenderung ke arah mengajak kita semua kembali mengikut perintah-Nya? Saya tidak membuat penilaian buruk mengenai agama, sebaliknya saya mengajak kita semua menilai sejauh mana kit aikhlas terhadap Allah melebihi politik. Sila baca semua artikel di blog ini untuk faham pendirian blog ini. Jangan hanya tahu sembur orang lain sahaja.


    Saya petik lagi:

    "Memang betul,tak semua orang perfect..."

    Saya jawab: Kamu juga setuju semua orang tidak sempurna, tetapi kenapa tetap menafikan kebenaran itu dengan alasan-alasan di bawah ini.

    "...tapi kita sebagai rakyat boleh memilih mana2 pemimpin yg kita rasakan boleh dan mungkin lebih baik memimpin dimasa depan.."

    Jangan spin dengan pendapat-pendapat politik bertaraf pendapat manusia, okay? Kita cakap soal perintah Allah supaya umat bersatu, soal keselamatan umat dan agama Islam, bukan cakap soal politik.

    Atas sebab manusia tidak sempurna itulah dikatakan nikmat wahai saudaraku Anon... nikmat supaya kita bersatu dan saling lengkap melengkapi sebagai umat terakhir untuk menuju ke jalan Allah... Ingat ayat Allah.. "Nikmat Allah yang manakah yang kamu nafikan?"

    Saya mahu petik lagi:

    "Kita umat yang berada di AKHIR ZAMAN...fahamilah zaman ini memang akan kucar akhirnya..itu JANJI Allah..cuma yang menjadi penentu.."

    Saya tanya kamu semula: Adakah kamu berpegang kepada janji Allah yang memerintahkan kita supaya mengekalkan tali saudara sesama mukmin? Kalau kita tidak bersatu, memanglah akan jadi kucar-kacir wahai Anon...

    Saya nak tanya kamu lagi, adakah nada kamu itu diredhai Allah dengan 'menyembur' pihak yang tidak kamu persetujui tanpa berusaha lengkap melengkapi sesama muslim?

    Bermuhasabahlah diri..

    kalau kamu benar-benar berjuang untuk Islam tetapi tutup mata terhadap isu kalimah Allah semata-mata termakan pendapat bertaraf pendapat manusia, sila jawab permintaan DRIFTER untuk tunjukkan ayat perintah itu, itu pun kalau kamu sokong kalimah Allah digunapakai di premis ibadat Nasrani seperti dipejam mata oleh beberapa parti politik di negara ini.

    Macam kenal gaya ayat kamu itu.


    ^_^

    Saya tak marah kamu.

    ReplyDelete
  10. zombi2 politik mcm biasa akan melalak tak tentu pasal kalau parti diorg kena cuit sikit.

    anon, ko tu dah overdose politik parti la.jgn nak spin2 twist2 kat sini... aku masak sgt dgn perangai org taksub parti mcm ko tu.

    perjuangan parti takkan ke mana yopp...

    ReplyDelete
  11. terima kasih abg STALKER
    adakalanya saya terkena gak jerangkap samar maklumlah saya tidak mahir terang pjg lebar
    maksud kekuatan pd saya yakni kemahiran, btl mereka akan mencipta kebergantungan, utk keluar kite perlu bersatu .

    hidup hanya sekali?
    hidup alam Roh, Alam Dunia, Alam barzah, Alam akhirat bukan ke kita sentiasa hidup? cume DIA wujudkan kitaran supaya kita senang faham, Mati tu mcm reset kejap utk masuk setiap tingkat alam cipatan DIA

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum .
    Memang sgt menrik post2 comment yg sy bace di sni . gaya penulisnnya jgk memg dri penulis2 yg b'pendidikn tinggi :D hm , bgi PENDAPAT sy yg bru b'usia 19thun ni .he3 Khalifh atau pemimpin Islam should learn " Economic From Islamic Perspective" dn fahami ayat2 yg tersirt di dlm al-Quran .. b4 memerinth negara Malaysia ( negara yg bkn totally Islam ) ni .kaedh2 ekonomi Islam ini lebih m'jurus kpd kerohanian dn materialiti secara seimbg kpd rakyt .. lebih m'bntu antare 1 sma laen :D

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Siapa Saya 25 November 2011 13:40,

    Maaf, baru tengok komen kamu. Terima kasih atas komen itu. Kalau dapat tulis ejaan tiap perkataan dengan ejaan yang lengkap bukan ke lebih bagus.. ^_^

    Maaf kalau tersinggung, tetapi sebetulnya penulis-penulis blog ini kurang pandai membaca bahasa bercampur aduk & bahasa yang kurang sempurna ejaan. Para panel penulis blog ini juga tersinggung kalau bahasa ibunda mereka tidak dihormati.

    Harap teguran ini diterima dengan baik.

    ReplyDelete
  14. Siapa sangka rahsia yang selama ini tidak disedari tiba2 terkambus keluar. rahsia asal keturunan, rahsia sejarah melayu yg digelapkan, rahsia perancangan yang tersembunyi. Stalker, Lodgekeeper, Srikandi dan Hamka-Kereta Mayat. Allah SWT temukan ilmu dan pengetahuan tuan puan pada saya dalam proses saya mencari sejarah keturunan keluarga saya. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. apa pendapat korang tentang blog ini.

    http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.sg/2012/01/untold-history-tabung-emas-rahsia-raja.html

    ReplyDelete

PERHATIAN!!!

Pembaca diminta supaya mengguna bahasa yang sopan dan penuh santun dalam ruang komen. Sila guna bahasa bersopan santun walaupun anda tidak bersetuju dengan mana-mana artikel di sini. Sila jadi orang yang matang dalam menyuarakan sesuatu komen terhadap sesuatu perkara. Komen-komen yang menggunakan bahasa kesat akan dibuang walaupun ia bermaklumat atau sarat dengan isi kritis. Bahasa keras dan bahasa kesat adalah dua perkara yang berbeza. Harap maklum.