New World Order Gelombang Kedua
KETIKA sebelum
atau pra-Perang Dunia Kedua (pre-WW2), beberapa pemimpin dunia termasuk
diktator Fuhrer Nazi Jerman, Adolf Hitler pernah mengucapkan hasrat membina New
World Order (NWO) sejak tahun 1938. Malah, pada Perang Dunia Pertama juga,
slogan NWO juga pernah beberapa kali disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin dari
jenis warmonger atau petualang
perang.
Pada ketika WW2 berlangsung pula, kuasa (keupayaan)
ketenteraan Amerika dibawa masuk ke dalam ujian besar dan apabila Amerika lulus
ujian itu, maka ia diberi kuasa veto disebabkan kekuasaannya dalam ketenteraan.
Kuasa veto itu diberi selepas entiti
Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN) ditubuhkan.
Kemudian pada
tahun 1991, Presiden Amerika pada ketika itu, George H.Bush sekali lagi
mengulangi kata-kata Hitler untuk mendirikan NWO iaitu pada ketika Amerika
bersama sekutu memerangi Iraq dalam Perang Teluk 1.
Gelombang pertama
NWO bermula sejak pra-WW2 atau lebih awal sejak pra-WW1 atau jauh lebih awal
daripada itu. Ia digerakkan dengan taktik licik dengan mengheret beberapa
negara di dunia untuk dihumban ke dalam suasana peperangan.
Situasi perang
pula menyebabkan setiap manusia terlalu sibuk untuk menjaga dirinya sendiri
serta seluruh keluarga mereka daripada bahaya peluru sesat atau sebagainya.
Ketegangan antarabangsa yang dicipta sejak tahun 1939 akhirnya meletus apabila
WW2 meledak dalam pentas dunia.
Dengan meledaknya
WW2, manusia telah ‘disibukkan’ dengan perang sehingga lalai terhadap satu
perkara besar yang lain. Pada ketika manusia sibuk untuk menjaga keluarga dan
diri sendiri daripada bahaya perang, dan pada ketika manusia sibuk memerdekakan
negara masing-masing daripada kolonial Barat, pada ketika itu jugalah entiti
tersembunyi menggerakkan segala usaha mereka untuk mendapatkan Palestin.
Akhirnya pada 14
Mei 1948, iaitu beberapa tahun selepas berakhirnya WW2, gerakan Zionis dan
sekutunya berjaya menceroboh masuk ke Palestin untuk membuka negara haram
dengan menzalimi penduduk Arab di Palestin. Semua itu berlaku selepas hampir
semua manusia di dunia ini dipaksa untuk sibuk (dilalaikan) dengan WW2 dan
disibukkan lagi dengan membina semula negara masing-masing selepas tamat WW2.
Itulah perkara besar yang digerakkan mereka pada kita dipaksa untuk sibuk.
Berdirinya negara
haram Zionis di bumi Palestin, dan termaktubnya Amerika sebagai kuasa besar
yang lulus ujian WW2, maka NWO telah pun bermula dalam gerak kerja gelombang
yang pertama. Bermula 1948 hingga hari ini, gelombang pertama (yang banyak
peringkat) itu masih berjalan dan anda semua sedang hidup dalam NWO tanpa anda
sedari.
Jangan bermimpi
dengan mengatakan NWO akan dilaksanakan, walhal sebaliknya anda sudah pun hidup
dalam NWO kerana ia sedang rancak dilaksanakan. Mari kita bercerita sedikit
mengenai apa yang berlaku di permukaan (sahaja) supaya ada yang sudi faham.
Setelah tamat
WW2, Amerika dan Britain mula melaungkan
slogan keamanan supaya dunia tidak lagi terheret dalam kancah perang besar yang
mendatangkan kemusnahan global. Pada ketika itu, bermula 1945 hingga 1970,
idea-idea keamanan mula dipromosi ke
peringkat antarabangsa secara konsisten.
Fahaman liberal,
hak asasi manusia, hak sama rata dan lain-lain fahaman human-centric diserap masuk ke dalam minda manusia. Ia dilaksanakan
dengan resipi yang cukup mudah, murah tetapi sangat menguntungkan dari segi
ekonomi dan perang saraf iaitu melalui promosi budaya jalanan berorientasi
hiburan.
Perkembangan
budaya hippies (kemuncak pada 1960
hingga 1979) adalah contoh paling mudah dan paling dekat. Hippies bermula sebaik sahaja tamat WW2.
Sebelum dan semasa WW2, situasi tegang di Eropah dan Amerika menyebabkan
manusia hidup dalam keadaan tidak bebas kerana terdedah kepada risiko
peperangan.
Namun setelah tamat WW2, mereka akhirnya menikmati kebebasan
dan mahu mengajak manusia hidup aman tanpa peperangan supaya dapat melakukan
apa sahaja yang dimahukan tanpa perlu takut-takut lagi kepada risiko berperang.
Ketika itulah,
fahaman liberal dimasukkan secara besar-besaran ke dalam minda setiap manusia.
Apabila liberal dimasukkan, fahaman hak sama rata dan hak asasi manusia yang
melampaui batas akan masuk dengan sendirinya tanpa perlu disumbat-sumbat lagi
ke dalam lubang telinga yang bersambung ke otak.
Sewaktu budaya hippies dalam tahun-tahun kemuncaknya,
lelaki dan wanita bebas mandi berbogel bersama-sama di sungai-sungai dan itu
yang mereka katakan sebagai kebebasan hak asasi manusia yang menyeronokkan dan
patut dinikmati oleh semua manusia yang mencintai keamanan kerana tiada lagi
peperangan. Tiada peperangan itu membawa maksud mereka bebas melakukan apa
sahaja yang mereka suka.
Jadi, apa maksud
NWO yang sebenarnya? Apa yang dimaksudkan dengan ‘order’ yang satu itu? Apakah new
order of the world itu?
NWO terlaksana
sebaik sahaja fahaman liberal diterima oleh manusia. Liberal yang macam mana
wahai tuan-tuan, puan-puan, dato-dato, datin-datin, pakcik-pakcik,
makcik-makcik, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua? Liberal
yang macam mana?
Liberal yang
menolak semua kewarasan dengan memusatkan semua kehendak manusia sehingga
menyisihkan batas-batas. Liberal yang mengheret manusia ke dalam kancah
sekular. Walau ikut arah mana sekali pun liberalism itu berjalan, ia akan
membawa manusia ke arah sekular. Walau sesedap mana pun slogan itu dibunyikan,
ia tetap mengheret manusia ke arah sekular.
-----
Mitt Romney, nama
yang sedang meningkat naik di persada politik Amerika dan dijangka akan
menamatkan mandat yang sedang disandang Barrack Obama bagi jawatan Presiden.
Obama diperlihatkan oleh media-media pro-Zionis di Amerika
sebagai presiden yang tidak efisien dalam menyelesaikan konflik dunia. Walaupun
dalam sesetengah isu yang mana Obama dilihat terpaksa memenangkan Israel
(termasuk menghadiahkan peluru berpandu dan kelengkapan perang kepada Israel
pada setiap tahun), namun ia tetap memberi persepsi negatif dari kalangan ‘kumpulan penentu kerusi presiden’ yang
dikawal kelompok Zionis Amerika setelah mereka mengambil kira isu-isu yang
lain.
Kumpulan penentu kerusi presiden pula ialah terdiri daripada
pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai keanggotaan di kalangan para pengundi,
keanggotaan mereka pula mampu mempengaruhi keputusan majoriti secara demokrasi.
Kumpulan-kumpulan itulah yang akan
menjadi penentu kepada keputusan sesebuah pilihanraya presiden di Amerika. Jika
dikatakan keputusan pilihanraya di Amerika dirancang oleh kelompok tertentu,
maka ia benar. (rujuk artikel; The Pillars).
Pertalian Romney dengan Zionis adalah sangat rapat. Lebih
rapat daripada George W.Bush, lebih rapat daripada Roosevelt ,
lebih rapat daripada presiden-presiden Amerika yang sebelum ini. Bloodline Romney adalah antara yang paling tulen di
kalangan keturunan-keturunan yang dipercayai Zionis sejak zaman berzaman.
Kemenangan Romney
untuk duduk di bilik utama White House
(The Temple) adalah sudah dijangka berdasarkan perkembangan semasa di Amerika
sekiranya anda meneliti ‘permainan-permainan’ yang telah dan sedang dimainkan
oleh kumpulan-kumpulan penentu kerusi presiden. Imej jahat Amerika sudah di-friendly-kan sedikit dengan meletakkan
Obama buat seketika sebelum digantikan dengan orang yang ‘sepatutnya’ iaitu
orang yang memenuhi citarasa nafsu buas Zionis.
Apabila Romney
menduduki kerusi Presiden, maka penggalnya yang bermula pada tahun berikutnya
akan menyaksikan perubahan besar dalam persekitaran politik dunia. Romney bijak
memainkan ‘working-class environment’
(rujuk artikel: Working Class Environment)
dan juga bijak memanipulasi setiap faktor yang akan mempengaruhi kumpulan
penentu.
Sementara
sumber-sumber yang lain pula memaklumkan bahawa negara haram Israel akan
melakukan sesuatu yang lebih melampau apabila Romney menduduki kerusi presiden
di Amerika.
Manakala
proksi-proksi Zionis dan Amerika di seluruh dunia akan digerakkan dengan cara
yang agresif untuk membawa NWO masuk ke gelombang kedua.
Gelombang kedua
ialah perubahan besar di mana penduduk dunia bukan hanya dikuasai secara mind-control yang berjenama liberalism
dan sekularism semata-mata, tetapi ia adalah perubahan yang akan mengheret
dasar-dasar beberapa negara sasaran supaya dasar-dasar itu menepati kehendak
Zionis dan Amerika tanpa mereka perlu melakukan penjajahan secara fizikal. Kata
lainnya, dijajah secara polisi atau dasar.
Kita sememangnya
sedia tahu bahawa liberalism dan hak sama rata serta hak asasi manusia diangkat
tinggi oleh sebilangan kumpulan yang bergerak dalam modus politik. Politik
menjadi platform yang ampuh dalam mengangkat liberalism dan fahaman-fahaman
iringan yang bergerak bersama dengannya.
Kelompok-kelompok
yang mengangkat hak liberal ini pula sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja
yang boleh menjayakan cita-cita mereka. Kalau kampung sebelah sini ada lebih
separuh kumpulan liberalis, dan kampung sebelah sana pula ada kurang separuh
kumpulan liberalis, maka mereka sanggup berjuang bersama-sama menjadikan dua
kampung mereka itu sebagai satu kampung yang baharu kalau dengan cara itu
sahaja yang mampu menjadikan semua orang di kedua-dua kampung itu dapat
menjalani hidup liberal sebagaimana yang mereka mahu.
Namun,
pelaksanaan NWO dalam konteks liberalism dan sekularism itu sudah lama
berlangsung dalam gelombang pertama. Manakala gelombang kedua pula ialah satu
perubahan besar yang anda tidak akan dapat menyangka. The-right-man (bukan The-Man) yang akan melaksanakan
gelombang kedua itu adalah Romney (andai mesej yang diterima ini menjadi
kenyataan).
-----
Gerakan-gerakan bawah tanah dalam kerajaan Amerika (ia juga
masalah yang ditanggung presiden) melangkaui banyak urusan yang mempengaruhi
perkembangan dunia. Senjata dan
kelengkapan perang sentiasa dibekalkan ke Asia Barat dan negara-negara Arab
untuk mencipta ketegangan.
Dalam masa yang
sama, dana-dana kewangan (termasuk dana perang) juga dibawa masuk secara laundered (rujuk artikel: Money Laundering) ke negara-negara
sasaran yang ingin ditegangkan. Gerakan-gerakan bawah tanah ini pula digerakan
oleh kumpulan-kumpulan yang tidak terikat dengan keputusan kerajaan Amerika,
kata lainnya ia digerakkan oleh kumpulan-kumpulan yang mempunyai misi
tersendiri iaitu misi yang terpisah daripada keputusan kerajaan Amerika
sendiri.
Gerakan-gerakan
ini juga menjadi faktor kepada gelombang kedua NWO. Iaitu antaranya ialah untuk
mengangkat proksi-proksi menjadi pemimpin di negara-negara sasaran sebagaimana
yang anda semua sedia maklum supaya menerima pakai polisi-polisi yang mendukung
NWO secara lebih efektif, iaitu lebih hampir kepada taklukan fizikal walaupun
tidak kelihatan seperti ditakluk secara fizikal.
Gelombang kedua
akan memperlihatkan situasi yang lebih agresif di kalangan proksi di seluruh
dunia untuk membina rejim mereka. Rejim-rejim yang berpaksi kepada nafsu
Amerika dan Zionis itu pula akan merombak segala dasar supaya lebih bersifat human-centrism.
----
Perkembangan
dunia pada masa kini memperlihatkan satu per satu negara mengalami konflik
dalaman yang dipengaruhi faktor politik. Terma lain, pergolakan politik.
Agensi berita Fox
News sejak Mac hingga Ogos melaporkan, beberapa pertubuhan yang bergerak secara
global telah disahkan menjadi penyalur dana kepada gerakan-gerakan politik di
negara-negara Arab bagi menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan baharu yang
lebih mendatangkan keuntungan kepada kumpulan pemberontak yang menerima fahaman
liberal sebagaimana yang dikongsi sesama mereka.
Dalam laporan
yang lain pula, diperincikan bahawa setiap negara Arab yang berjaya diubah kerusi
politik akan dipusatkan kepada satu autoriti baharu bagi menstrukturkan semula
negara-negara berkenaan. Penstrukturan itu pula akan memberi ruang kepada
Israel supaya diterima baik oleh negara-negara Arab yang disusun semula itu,
jadi apa tandanya dan bila ia akan dilaksanakan?
Romney (dijangka)
naik ke kerusi presiden dan dia adalah nama yang kerap disebut dalam Mesyuarat
Kabinet Israel sebagai orang yang paling dipercayai untuk memberi jaminan
kepada kestabilan Israel di rantau sebelah sana.
Maka, sudah pasti
ada proksi-proksi Israel di Amerika yang menggerakkan rancangan untuk
mempengaruhi kumpulan penentu supaya menjamin kemenangan Romney. Kumpulan
penentu itu pula digerakkan oleh golongan Zionis dan sebilangan pula adalah
golongan yang memperjuangkan hak liberalism human-centric.
Romney sesudah
menang pilihanraya sudah semestinya menggalas harapan Israel untuk menguruskan
kepentingan Zionis di Asia Barat.
Kepentingan
Israel di Asia Barat bukan hanya melibatkan negara-negara Arab di rantau sebelah
sana semata-mata, malah ia melibatkan seluruh dunia Islam di lain-lain benua
termasuk di rantau Afrika, sebahagian Eropah dan Asia sebelah sini.
Bagi menjamin
kepentingan Israel di Asia Barat, maka negara-negara Islam wajar dijamin tunduk
melalui proksi-proksi yang dipercayai. Ia sebagaimana polisi Mesir terhadap
Israel yang berubah sejak Hosni Mubarak menduduki kerusi presiden, ia boleh
dikatakan sebagai eksperimen awal yang dilakukan Israel dengan menjadikan
Mubarak sebagai prototaip. Eksperimen yang sangat berjaya dengan jangka hayat
yang sangat lama dalam menjamin kepentingan Israel.
Dalam gelombang
kedua ini, setiap kelemahan prototaip terdahulu akan diperbaiki. Proksi-proksi
dibekalkan dengan pengetahuan pentadbiran licik yang lebih berkesan bagi tidak
mengulangi kesilapan prototaip terdahulu.
Prototaip
terdahulu memang melakukan kerja menjamin kepentingan Israel, namun terdapat
kesilapan-kesilapan yang dilakukan sehingga menimbulkan ketegangan. Biarpun
berlaku ketegangan (Arab Spring) yang
memberi ancaman kepada prototaip-prototaip, ia sebaliknya dijadikan peluang untuk
mencipta kuasa kepada proksi-proksi baharu. Ia adalah menukar ancaman kepada
peluang. Menjadikan ancaman itu sebagai peluang.
Semangat Arab Spring digunapakai oleh
proksi-proksi untuk mencipta ketegangan baharu di negara-negara berbeza, dana
pula diperolehi daripada pertubuhan-pertubuhan yang berfungsi sebagai the pillars. Sekiranya berjaya,
proksi-proksi itu akan diangkat menjadi ketua dan mengubah setiap polisi yang
tidak menguntungkan Israel dan Zionis.
Tidak perlu
diperinci dengan lebih mendalam kerana perkara sedemikian sudah sedia maklum
oleh kebanyakan orang yang mengikuti perkembangan dunia. Bagaimanapun,
taktik-taktik sedemikian hanya sebagai mukadimah kepada gelombang kedua.
Dunia tidak
kiamat pada penghujung 2012.
Tetapi, adakah
anda tahu apa yang akan berlaku kepada dunia pada tahun 2013?
Sesungguhnya,
kami di sini tidak ada perkataan yang sesuai untuk menjadikan anda sebagai
orang-orang yang faham dengan setiap yang akan berlaku pada masa itu.
Yang perlu anda ketahui
ialah...
-DRIFTER-
.
... --> Hippies --> .... --> Flash Mob --> Gangnam Style --> ?
ReplyDeletekalau dia nak kuasai secara fizikal, dah lama kita dijajah tanpa banyak soal.
tapi kenape negara2 ni dimerdekakan? diteruskan penjajahan secara tak langsung?
Motif mereka? objektif utama?
kekayaan material atau penguasaan Jiwa?
sejarah membuktikan islam x dapat dikalahkan melalui peperangan so musuh Allah mengubah taktik dgn cara serangan mental/minda .....tanpa disedari sedikit demi sedikit umat islam semakin hancur
ReplyDeletemereka mendahului dlm pelbagai aspek...tp umat islam malaysia khasnya disuap dgn cerita2 tahyul dn asmaradana yg x brrkesudahan....dn movie 300(three hundreds) adalah peristiwa benar yg terjadi sprt yg tertulis dlm hadith nabi berhubung peperangan ant tentera islam dn tentera Rome....tp mlgnya...siapa yg terbitkn movie2 sebegini?????
ReplyDeleteKalau dilihat kepada 'sinus wave' peralihan kuasa dunia.. Penggiliran antara timur dan barat,
ReplyDeletetinggal lagi satu kuasa bangsa yang belum merasa title adi kuasa itu.....dari segi bacaan sudutnya,bangsa ini sedang meningkat naik.
.....Kebangkitan dari bumi belahan Timur...........
Siapa?
Lu tunggu laa..yahudi cap ayam...tunggulah hari lu kena cincang.
Motif mereka utk menjejak dan menghapus Muhammad B Abdullah sebagaimana yg telah di lakukan oleh Dajal Laknatullah sewaktu Nabi Muhammad di lahirkan... kebangkitan di sebelah Timur tidak dapat di duga oleh akal fikiran dan ianya sedang bangkit malah ianya juga akan di tentang oleh bangsanya sendiri....
ReplyDeletePesanan ikhlas dari adik2 tiri kamu wahai bangsa yahudi@israel...
Deletekiralah baki detik masa kamu dengan rasa ngeri
dan resah..saat kepala kamu bercerai dari
badan sudah terlalu hampir.....
*yahudi israel bacul cap ayam!
salam semua.
ReplyDeletesemua pembaca,
tolong jangan guna bahasa kesat.
orang Islam yang sebenar tiada masa untuk mencarut atau mencaci maki orang lain.
Islam tidak memandang bangsa.
Allah tidak memandang bangsa.
jadi, apa hal pula mahu menghina bangsa lain walau Yahudi sekali pun.
tolong jadi orang berjiwa besar.
_WAQQAS
Salam
ReplyDeleteTerima kasih saudara _WAQQAS untuk peringatan
Dalam kita bersemangat menjunjung ISLAM kita terlalai bahawa sikap tingkahlaku malah kata-kata kita memijak ISLAM
Manusia menilai pada ZAHIR, yakni sikap tingkahlaku kata-kata
ALLAH menilai pada BATIN, yakni hati qalbu niat
ZAHIR dan BATIN adalah seiring
Wahai pejuang-pejuang di jalan ALLAH
pelihara dan perbaiki ZAHIR dan BATIN mu
moga ALLAH menerima sebagai pejuangNYA
NuR
Salam buat lu sumer,
ReplyDeleteTahniah gua ucapkan jika...
Emak lu beranakkan lu,dgn title lu anak sah taraf.
Lu jumpa dan kenal dgn bapak lu.
Lu dibesarkan dengan cukup sempurna bukan dikaki lima.
Lu ada keluarga bahgia.
Adik tiri lu tak jadi full time 'doktor'.
Masa lampau lu penuh dgn hari2 gembira.
Emak lu ada masa kenalkan lu pd agama .
Lu tak perlu bergadai nyawa untuk dapat sesuap nasik.
Emak lu cukup bg lu makan..besarkan lu dgn duit 'bersih'.
Lu clear dr abang adik.
Lu tak pernah bermain di'lorong hanyir'.
Tapi kalau lu dh merasa.........................
Lu tau ini kisah hasil kerja sapa?
Sdara gua diluar sana mati dan syahid..sgt mudah jalan hidup
dia org.Tapi bg mereka yg kisah hidup mcm gua??
Bukan mudah untuk kuar dr 'lubang hanyir'... gua comfirm kalau lu tau mesti lu hina punya.
Malu lu nak ngaku sdare.........Blum kena kat kluarga lu! Gua hrp tidak.
Gua mtak tlg sama lu.. citer skit apa itu 'Bacul'?
Lu bukak kamus dewan beb.
N gua mintak satu,lu org jgn hina "cap ayam"...gua bukan maki hamun beb...gua cume gurau beb.
"cap ayam" pernah jadi menu lazat rezqi gua satu masa dulu gua ada sentimentol sama itu brg.
Pecahkan skit 'tempurung kepala' lu org beb.
Tak sume org senang beb.
Lu tak de peluang nak tempuh,cukup kalau lu sekadar kongsi rasa.
Gua mtak maap pd lu tuan rumah..
Cuma kalau 'isi rumah' lu sudah tiptop,syukur....tapi pandang2 laa pd jiran sebelah...mana tau,tak da orang yg ajarkan syahadat.
Sorry bro,gua cao.
salam kembali.
ReplyDeletesaudara di atas.
carilah diri mu rata-rata..
kerana ia akan jadikan diri mu lebih baik.
kamu tidak tahu kesusahan kami
dan kamu tidak perlu tahu kesusahan kami.
-DRIFTER-
Jerusalem
bersabarlah seluas alam semesta
ReplyDeletestruktur masyarakat itu sendiri banyak sangat lapisannya
dalam sesebuah keluarga pun, adakalanya nasib setiap adik-beradik itu pun ditaqdirkan berbeza2
dalam dunia material yg amat mencengkam ini, adakalanya harta/pangkat/kekayaan itu telah menjadi hijab diantara lapisan2 tadi
yg dibawah amat mengharapkan agar yg diatas memahami keadaan mereka tetapi yg diatas sering pula asyik melihat apakah yg boleh dilakukan lagi utk mereka naik ke lapisan lebih tinggi dlm struktur masyarakat tadi
maka akhirnya...ada manusia2 yg akan berkata seperti.....macamana aku nak nasihati abang/kakak agar berlebih-kurang sahaja dlm hal2 siapa kena biayai ibu-baba, sedangkan mereka adalah org2 berpangkat dan berpelajran tinggi - doktor, phd, ustaz dll, sedangkan aku spm pun tak lepas, makan pun berkais2 pagi dan petang seumpama ayam
maaf andai terkasar bahasa