24 Nov 2011

Skim Wang Perang: Money Laundering


MELALUI laporan tertutup daripada kumpulan ‘hidden good hands’ melibatkan para penganalis dana perbankan dunia sejak tahun 1990 hingga 2010, dikesan terdapat beberapa nama individu dari negara-negara sekitar Asia, Asia Barat dan Asia Timur menerima dana daripada organisasi yang tidak diketahui. Maklumat ‘classified’ yang berupa data aktiviti akaun bank itu dilonggokkan di atas Meja Konspirasi pihak Umat Terakhir secara berkala sejak tahun 2006.

Kali ini, maklumat itu akan dikongsi bersama semua pembaca blog ini. Walaupun begitu, maklumat-maklumat itu hanya diberikan secara keseluruhan dan bersifat umum yang tidak terperinci. Kita juga tidak akan menyebut nama-nama mereka, anda sendiri harus menyelidik sendiri siapa mereka itu. Anda harus tahu jawapan itu dengan usaha sendiri.

Ia hanya sebagai maklumat asas kepada anda semua bahawa terdapat beberapa individu di Asia Tenggara juga terlibat dalam Skim Dana Rahsia ini dan bagaimana cara mereka bekerja untuk ‘tuan-tuan besar’ mereka dalam konteks yang telah ditugaskan kepada mereka. Anda juga mungkin secara tidak sengaja pernah, akan atau sedang bekerja untuk mereka.

Kita buka file ini dan bahagian yang dibuka ini pula adalah sebahagian daripada mukadimah laporan tertutup shareholders bank-bank utama dunia yang diterima Umat Terakhir.
-----
WAR BUCKS SCHEMES: PROXIES ACCOUNTS

Perkara ini ada kaitan dengan perjalanan ekonomi dunia. Namun begitu, kita tidak akan melihat dari sudut ekonomi secara skala mikro atau makro, kita hanya melihat kepada perbelanjaan akaun-akaun perang yang disalur oleh kelompok rahsia kepada proksi-proksi mereka bagi menjalankan kempen Orde Dunia Baru terhadap rakyat-rakyat yang naif dalam sesebuah negara sang proksi.

Terdapat beberapa cara bagi sang proksi mendapat dana daripada ‘tuan-tuan’ mereka. Pertama, dana disalurkan secara terus ke dalam akaun bank sang proksi. Kedua, proksi memasukkan wang sendiri ke dalam bank-bank milik ‘tuan-tuan’ mereka dan dana perang dimasukkan sebagai ‘dividen’ kepada pelaburan dalam bank itu. Sebelum diterangkan secara sedikit terang, kita fahami dahulu beberapa perkara asas.

Untuk memahami keadaan ini dengan memasuki lorong-lorong penjelasan, anda harus belajar terma-terma ‘wang’ dalam dunia mafia profesional yang pintar (bukan mafia bodoh yang tidak belajar undang-undang dan perbankan).

Terma pertama yang harus difahami ialah MONEY LAUNDERING iaitu cara untuk menjadikan wang haram sebagai wang tidak haram secara teknikal (bukan secara hukum agama). Sebagai contoh, Ali memproses serta menjual dadah sintetik dan mahu menyimpan jutaan nilai wang tersebut dengan selamat tanpa dikesan polis. Jika Ali menyimpan wang itu dalam bank, Ali akan mudah tertangkap kerana kebodohan dan kegopohannya dalam menguruskan wang haram kerana pihak pengutip cukai akan segera mengesan keanehan Ali yang tiba-tiba mempunyai banyak wang tanpa alasan kukuh.

Apa yang Ali perlu lakukan ialah Money Laundering sebagai contohnya dengan membuka sebuah bengkel kenderaan yang kononnya membaiki kereta vintage klasik dan kereta mewah. Bengkel itu hanya bertindak sebagai ‘wayang gambar’ dan tidaklah begitu menguntungkan. Tetapi Ali bijak mengupah akauntan dan peguam yang pandai memutar belit akaun perniagaan dengan memasukkan rekod seolah-olah bisnes bengkel itu memberi untung yang banyak menggunakan resit-resit palsu. Pada masa yang sama juga, Ali membuka bisnes-bisnes lain yang juga berfungsi sebagai wayang gambar.

Kemudian, wang hasil jual dadah itu dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bank dengan selamat. Apabila pihak pengutip cukai mahu menyiasat punca kekayaan Ali, maka Ali boleh tunjukkan kepada mereka bahawa dia mempunyai banyak bisnes dan rekod akauntannya sebagai bukti manakala peguamnya pula sebagai jurucakap. Walhal, bisnes Ali tidaklah menguntungkan melainkan dia hanya kaya kerana menjual dadah. Wang haram hasil jual dadah itu menjadi tidak haram secara teknikal. Itulah sebahagian kecil contoh Money Laundering. Faham?

Jadi, bagaimana taktik dan teknik Money Laundering digunapakai dalam akaun-akaun proksi? Sila fahami baik-baik.

Akaun yang dimasukkan dana perang secara terus ke akaun-akaun proksi biasanya didaftarkan atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ia diisytiharkan sebagai menerima sumbangan daripada pihak-pihak ketiga di peringkat antarabangsa. Apabila diisytihar sebagai menerima sumbangan, maka ia menjadi kurang relevan untuk dipersoalkan dan terlepas daripada pertikaian perundangan.

Menggunakan dana yang disalurkan itu, NGO-NGO terlibat sebagai ‘organisasi proksi’ akan menjalankan agenda-agenda orde yang ditugaskan kepada mereka. Mengenai agenda-agenda orde itu pula, sudah diterangkan dalam artikel sebelum ini iaitu untuk mencipta huru-hara. Sebahagian daripada agenda itu juga pernah dan sedang dijalankan di negara kita. Ada agenda yang lebih besar menanti kamu semua, berhati-hati.

Namun, ada yang lebih halus iaitu wang milik proksi yang dimasukkan ke dalam bank-bank milik ‘tuan-tuan’ mereka sebagai pelaburan yang memberi ‘banyak untung’. Persoalan bagaimana proksi itu mendapat banyak wang sebelum dimasukkan ke dalam bank ‘tuan’ mereka adalah satu sisi yang lain tetapi saling bersangkutan dalam meniti kefahaman mengenai perkara ini.

Pada sekitar tahun 1996 hingga 1998, sebanyak lebih USD$1 bilion dimasukkan ke dalam akaun proksi-proksi di sekitar Asia Tenggara. Sepanjang tahun 2001 hingga 2008 pula, lebih USD$200 bilion di masukkan ke dalam akaun proksi-proksi di Asia Tenggara dan Asia Barat. Ia adalah dana perang ‘war sale’ bagi meminimumkan kos Amerika dan Eropah sepanjang penglibatan mereka dalam menanggung perbelanjaan kos peperangan dunia baru untuk mencipta ‘fire sale’.

Jadi, apakah itu ‘war sale’ dan ‘fire sale’?

War sale menghampiri (bukan secara tepat) maksud situasi mewujudkan lebih banyak peperangan dengan menterbalikkan kos menjadi untung. Ia seperti mengeluarkan sejumlah kos untuk mencipta peperangan atau huru-hara yang memungkinkan campur tangan Amerika dan sekutu dengan bantuan proksi, pada masa yang sama menjual senjata bagi mencipta keuntungan berbentuk wang dan keuntungan berbentuk politik dominasi tanpa sempadan. Lihat seperti di Libya baru-baru ini di mana puak-puak dungu bertuhankan demokrasi yang minoriti berjaya menyapu bersih puak majoriti yang taat kepada pemerintah dalam skim Majority Wipe Out.
 
Fire sale pula ialah konspirasi yang dikendalikan proksi bagi mencipta huru-hara dalam sesebuah peta (negara, bandar atau kampung) melalui medium-medium fitnah ke arah perpecahan masyarakat (rakyat) dalam sesebuah peta tadi. Dalam erti kata lain, fire sale juga berperanan dalam mencipta situasi panik. Apabila berlaku panik, keadaan huru-hara akan tercipta. Panik adalah picu senapang (gun trigger) berwarna perak kepada fire sale.

Jadi apa pula picu fire sale yang berwarna emas itu? Picu itu ialah demokrasi. Rakyat yang dikuasai pemikirannya oleh sang proksi akan mudah diperalatkan untuk memperjuangkan demokrasi mazhab dunia baru dan politik baru sehingga berani bertindak secara agresif, malah radikal terhadap pemerintahan sedia ada.

Semua itu digerakkan dan dijayakan menggunakan dana-dana yang disalurkan kepada sang proksi-proksi di seluruh dunia. Dana yang digunakan sebagai wang kempen politik, wang tanggungan kos pilihanraya dan sebagainya itu bermotif menghasut pemikiran pengikut-pengikut taksub untuk bertindak radikal sekiranya Plan A ke arah new politics of the new world secara pilihanraya demokrasi gagal, proksi akan segera beralih kepada Plan B yang radikal menggunakan dana yang disalurkan. Bagaimana gerakan radikal bertopengkan liberalisme itu dijalankan, ia termasuk dalam skim yang lain pula.

Kembali kepada akaun proksi di bank-bank milik ‘tuan-tuan’ mereka. Melalui kepilan file yang diprolehi juga, kebanyakan bank yang menjadi pilihan kepada proksi ialah bank-bank di negara haram Israel dan Switzerland. Akaun-akaun milik proksi kebanyakannya pula dibuka sejak sekitar tahun 1990 hingga 1999 di Israel manakala di Switzerland pula sekitar 1996 hingga 2000.

Mengapa bank-bank di Israel dan Switzerland menjadi pilihan pada ketika itu, ia mempunyai kaitan dengan hubungan diplomasi antara negara-negara dunia dengan Israel pada dekad tersebut dan juga status eksklusiviti dan kerahsiaan data pemilik akaun di bank-bank Swiss. Pemilik akaun bank di Switzerland dijamin kerahsiaan mereka daripada mendapat pendedahan umum, dalam erti kata lain pula, jumlah wang dan butiran akaun yang disimpan di bank-bank Swiss tidak akan diketahui oleh sesiapa kecuali sang pemilik akaun itu dan pihak bank sahaja.

Mengenai pemilihan bank di Israel pula, kebanyakan negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel pada sekitar dekad 1990-an. Melalui situasi itu, wujud kerahsiaan eksklusif antara hubungan Israel dengan proksi-proksinya dari negara-negara yang tidak mengiktiraf penubuhannya.

Sebagai contoh, bapa Ali iaitu Abu tidak mempunyai hubungan persahabatan dengan Husin, malah Abu memusuhi Husin sehingga tidak pernah masuk ke kawasan rumah Husin walaupun untuk mengintip. Namun, Ali dan Husin mempunyai ‘urusan’ yang tidak diketahui oleh Abu. Disebabkan kawasan rumah Husin selamat daripada kehadiran Abu, maka Ali menjadikan rumah Husin sebagai makmal memproses dadah.

Abu tidak pernah tahu bahawa Ali dan Husin mempunyai hubungan jenayah. Begitulah eksklusiviti yang dimiliki oleh kawasan sekitar rumah Husin terhadap Ali dan Husin yang bebas daripada pengetahuan Abu. 

Begitu juga eksklusifnya situasi ‘proposal kontrak bisnes perang’ yang dimiliki Israel dengan para proksi daripada terlepas ke pengetahuan penduduk sebahagian dunia. Maka dengan itu bank-bank di Israel dipilih dan bagi ‘menikmati dividen’ sebagai pulangan besar daripada ‘pelaburan’ menguntungkan itu. Wang? Masalah? Inilah masalahnya apabila fokus kepada keduniaan.

Apa kepentingan untuk mengetahui kewujudan akaun proksi-proksi yang mendapat dana dari ‘tuan-tuan’ mereka itu? Kepentingannya ialah untuk mengetahui kewujudan hubungan antara seseorang proksi dengan tuan-tuan mereka. Kewujudan akaun-akaun itu menunjukkan wujudnya hubungan proksi. Paling penting ialah mengetahui apa agenda yang dibelanjakan oleh proksi itu menggunakan dana yang diberikan sebagai ‘keuntungan terhadap pelaburan’ itu.
----------

WAR STOCK EXCHANGE

Peperangan, huru-hara dan kerajaan dunia baru yang mahu dicipta itu memerlukan banyak modal. Modal yang cukup besar tetapi sangat berbaloi sekiranya jerat mengena sasaran. Dalam konteks ini, rakyat minoriti adalah sasaran. Tidak perlu rakyat majoriti untuk merampas sesebuah negara sekiranya jumlah minoriti yang sedikit juga sudah mampu menggerakkan radikalisme demokrasi baru.

Rakyat minoriti yang pro-demokrasi dunia baru adalah salah satu pegangan ‘saham’ paling berharga dalam skim Pertukaran Saham Perang, ia adalah istilah yang digunapakai secara rasmi dalam kajian konspirasi perang. Dalam situasi semasa yang melanda Asia Barat, skim yang menjadikan rakyat minoriti sebagai saham perang digunapakai secara ekstrem melalui slogan kebebasan hak asasi manusia untuk liberalisme dan demokrasi.

Pengetahuan mengenai ilmu ‘saham-saham radikal’ dan juga ‘teknik membersihkan wang kotor’ seperti dalam istilah-istilah operasi mafia-mafia dan kartel-kartel profesional sangat berguna untuk memahami permainan proksi dengan tuan-tuan mereka walaupun ‘tuan-tuan’ mereka itu lebih besar daripada ketua-ketua mafia dan kartel kerana mempunyai pengaruh dominasi politik. Malah, sebilangan ketua mafia dan ketua kartel juga termasuk dalam golongan ‘tuan-tuan’ kepada sang proksi-proksi bajingan. Maka tidak hairanlah cara operasi proksi dengan tuan-tuan mereka itu ada persamaan dengan cara mafia dan kartel beroperasi dalam dunia jenayah.

Asia Barat mengalami impak yang berat dalam menghadapi ‘kebangkitan’ puak minoriti dalam menentang pemerintahan sedia ada, sama juga dengan beberapa buah negara di Afrika. Perang saudara cuba dicipta bagi mewujudkan huru-hara, yang menderita pula bukan orang politik atau orang-orang kaya yang elit, tetapi rakyat miskin dan sederhana yang telah rosak pemikiran disebabkan racun politik sehinga bertikam senjata sesama sendiri.

Bagaimana impak kebangkitan itu dicetus dan dicipta, sudah tentu melalui akaun-akaun sang proksi yang giat berkempen menggunakan dana perang bagi menyemai kebencian terhadap pemerintah mereka yang sah.
Kalau mahu tahu lebih mengenai akaun-akaun wang proksi, cubalah tanya proksi-proksi itu. Itu pun kalau mereka memilih untuk tidak berdiam diri dan mahu memberi jawapan cerdik sebagai penjelasan yang masuk akal kepada kamu semua. Mereka lebih tahu daripada saya kerana itu adalah akaun mereka. Mereka merancang secara tersusun untuk mencipta dunia baru, kamu semua adalah buah-buah catur dan saya juga dari papan catur yang sama.

Persoalannya, anda sedang dalam kelompok buah catur putih atau buah catur hitam atau menjadi sang pemain catur?

---------
Sekadar santai: Rasa seperti mahu ketawa memikirkan sikap seorang blogger yang pernah menjadikan blog Umat Terakhir sebagai asas penulisan di blognya sendiri apabila pada beberapa bulan lalu mengumumkan kepada pembacanya bahawa blognya itu dibina hasil inspirasi daripada blog Umat Terakhir. Namun, apabila blog Umat Terakhir ini kembali ke ruang maya dan menempelak parti-parti politik termasuk parti politik kesayangan blogger itu, ‘tagline’ yang mengatakan blognya diinspirasikan daripada blog Umat Terakhir pun tiba-tiba hilang. Apa-apa pun, kami di Umat Terakhir tidak pernah ambil pusing akan semua itu. Kami adalah kawan anda semua yang rela dimusuhi demi melihat kawannya kembali menjadi waras. Pesanan kami terang lagi jelas, jangan jadi hamba demokrasi.

Fahami maksud kata-kata ini baik-baik:
"Kebatilan yang tersusun (kerana musuh bersatu senyap sesama mereka) akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun (kerana umat gagal bersatu)."Saidina Ali been Abi Talib.


ADMIN
-THE STALKER-

11 Nov 2011

TWIST: REDUNDANT


APABILA diletakkan dua bahan berbeza iaitu racun yg dilabel ‘poison’ dan makanan yang dilabel ‘nasi’, maka sudah pasti semua orang akan memilih makanan daripada dua pilihan itu. Racun akan ditolak kerana memang sudah sedia maklum bahawa racun itu sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan maut jika memasuki tubuh.

Nasi pula akan dipilih kerana faedahnya sangat besar kepada tubuh. Nasi juga dipilih kerana sudah jelas antara dua perkara tersebut iaitu nasi adalah lebih baik daripada racun. Racun ditolak kerana sudah jelas ia bahaya. Mudah sebab kedua-duanya itu jelas. Cukup mudah untuk buat pilihan sekiranya sudah terang lagi nyata mengenai sesuatu perkara itu.

Bahaya itu ditolak dengan cara tidak memilih racun. Faedah pula diambil dengan cara memilih nasi. Namun, adalah sangat berbahaya apabila kedua-dua itu bercampur baur dalam satu campuran. Nasi bercampur dengan racun, cukup bahaya.

Sekarang, kita beri pula tiga pilihan sebagai tambahan kepada dua jenis pilihan yang awal tadi. Sebentar tadi kita ada sebotol racun dengan sepinggan nasi, sekarang kita tambah sepinggan lagi nasi yang sudah dicampur racun. Jadi, sekarang ini kita ada sebotol racun, sepinggan nasi yang selamat dimakan dan sepinggan lagi nasi yang beracun.

Kamu semua pusing sila ke belakang sebentar dan jangan sesekali melihat pingan-pingan itu. Kita akan tambah satu lagi pinggan nasi, kali ini kita tambah sepinggan nasi yang sudah agak basi dan kurang selamat untuk dimakan. Sekarang pusing semula dan lihat ke arah ketiga-tiga pinggan itu. Nasi yang agak basi itu walaupun sudah kurang selamat untuk dimakan, ia bagaimanapun kelihatan seperti masih elok untuk dijamah.

Di atas meja sekarang ada tiga objek iaitu sebotol racun, sepinggan nasi beracun dan dua pinggan nasi. Jangan bimbang, kita tidak menyuruh anda semua makan nasi yang beracun atau basi. Kita hanya mahu anda semua makan nasi yang selamat untuk dimakan, yang halal lagi selamat dan suci. Racun itu tidak perlu, maka kita buang racun itu jauh-jauh.

Sebelum makan, anda semua harus tempuhi cabaran ini. Jika mampu fokus, anda dan kamu semua akan dapat makan nasi yang selamat untuk dimakan. Tetapi sekiranya lalai dan tidak fokus, anda mungkin akan termakan nasi basi atau nasi beracun. Kalau termakan nasi basi, anda masih boleh hidup tetapi sedikit mudarat. Dan sekiranya termakan nasi beracun, ia boleh membawa maut andai lambat mendapatkan penawar.

Mari kita mulakan cabaran ini. Cabaran ini adalah cabaran yang berbentuk permainan. Kenapa pula kena main satu permainan wahai Admin? Hidup ini bukankah sebuah hiburan kepada mereka yang lalai, permainan itu bukankah juga sebuah hiburan. Anda akan lalai sekiranya menganggap ia sebagai permainan, tetapi akan kekal fokus andai menganggapnya sebagai tujuan berhidup.

Ingat, tersalah langkah maut padahnya. Permainan yang mudah ini pun bermula, ia seperti bermain teka kedudukan sekeping syiling di bawah tiga cawan. Dalam permainan ini, tiga pinggan nasi itu disusun sebaris.

Kemudian ia akan digerakkan secara perlahan-lahan dan kemudian semakin laju. Apabila gerakan itu dihentikan dan kedudukan pinggan kembali dalam satu baris, kamu perlu memilih pinggan mana yang berisi nasi yang selamat untuk dimakan. Tersalah pinggan akan menyebabkan maut dan mudarat.

Sekarang saya perkenalkan nasi-nasi itu kepada kamu semua. Di sebelah kanan saya ialah nasi yang basi, di sebelah kiri pula ialah nasi beracun, manakala di tengah pula nasi yang selamat dimakan. Jangan pula tuduh saya tidak pernah menunjukkan nasi mana yang selamat dimakan kepada kamu semua sekiranya kamu termakan nasi beracun nanti.

Saya sudah tunjuk nasi mana yang selamat, mana yang basi dan mana yang ada racun. Kita isi dengan racun arsenik, kalau keracunan sedikit pun boleh bawa maut dan tiada harapan untuk terus hidup, sungguh ajaib kalau tidak mati-mati walaupun selepas diracun dengan arsenik. Sekarang saya gerakkan pinggan-pinggan itu semua, pusing-pusing-pusing-alih-alih-alih, semakin laju, laju, alih-alih-alih-pusing-pusing, semakin laju dan sangat laju, alih-alih-pusing-pusing-pusing.

Sudah lebih sejam, masih belum berhenti pinggan-pinggan itu digerakkan. Mata anda sudah letih? Saya tak peduli kalau mata kamu sudah letih kerana saya masih seronok spin-spin dan twist-twist pinggan itu. Masih lagi dialih-alih dan dipusing-pusing kedudukannya menggantikan kedudukan masing-masing. Terus dipusing-pusing, spin-spin-spin-spin, twist-twist-twist-twist, alih-alih-alih, pusing-pusing, dan……… berhenti.

Permainan hidup dan mati ini belum berakhir. Ingat lagi pinggan mana yang diisi nasi selamat? Sekarang pilih nasi kamu. Tersalah nasi, maut padahnya. Kalau sedikit bernasib baik, cuma akan termakan nasi basi. Sekarang PILIH.
----------

Kunci utama untuk kekal hidup dalam permainan ini ialah FOKUS. Tumpuan sepenuh perhatian haruslah difokuskan terhadap nasi yang selamat dimakan sebaik sahaja nasi yang selamat itu ditunjukkan kepada anda.

Jangan pandang nasi basi apabila ia ditunjukkan kepada anda. Begitu juga dengan nasi beracun apabila ia ditunjukkan kepada anda sebelum permainan dimulakan. Jangan pandang perkara yang tidak perlu. Hanya terus fokus kepada nasi yang selamat dimakan. Lupakan yang lain, lupakan nasi mana yang basi dan nasi mana yang beracun. Hanya fokus kepada nasi yang selamat.

Begitu juga apabila pinggan-pinggan itu mula digerakkan, mata harus tegar memerhati pinggan yang selamat. Jangan sesekali memandang pinggan-pinggan lain yang tercemar kerana ia tidak perlu. Walau selaju dan sepantas mana sekalipun pinggan-pinggan itu dialih, di-spin, di-twist atau dipusing, mata anda haruslah rapat mengekori pinggan yang selamat. FOKUS.

Kegagalan untuk fokus akan membawa kesan yang sangat buruk kepada diri. Sudah belajar sesuatu daripada permainan ini? Fokus adalah suatu perkara yang penting dalam membantu kita melihat sesuatu perkara atau isu dengan cermat, waras dan bijak. Kalau sudah dapat belajar sesuatu, kita teruskan kepada pelajaran lain.
-------

Terdapat beberapa elemen pelajaran dalam permainan tadi. Pertama, kewarasan kita dalam menilai mana satu perkara bahaya dan mana satu perkara selamat. Tanpa perlu diajar, semua orang yang sudah akhil baligh dan mumaiyyiz sedia tahu racun itu bahaya dan perlu dibuang jauh-jauh.

Kedua, perkara yang baik (nasi yang selamat) sudah ditunjukkan kepada kamu semua. Perkara yang bahaya juga sudah ditunjukkan. Ketiga, perkara yang selamat itu akan bertukar menjadi tidak selamat apabila ia bercampur dengan perkara yang tidak selamat.

Keempat, akan sentiasa ada perkara yang kurang selamat (nasi basi) sekiranya wujud perkara selamat dan tidak selamat. Kelima, semua perkara itu (selamat, kurang selamat dan tidak selamat) akan mula kelihatan mengelirukan apabila ia dibalik-balikkan.

Keenam, hanya dengan fokus akan menjadikan kita kekal dapat melihat dan kemudiannya memilih perkara yang mampu menyelamatkan kita. Ketujuh, gagal fokus akan memusnahkan diri sekiranya lambat mencari penawar bagi racun itu tadi sekiranya termakan nasi beracun.

Kelapan, kesilapan membuat pilihan juga akan memusnahkan diri sendiri. Kesembilan, sikap alpa juga mengundang lebih banyak kesilapan. Kesepuluh, jangan pernah letih dalam melihat kebenaran (walaupun sudah lama keliru selama sejam dalam permainan itu) meskipun semua perkara ditunggang terbalik dengan pantas.

Andai gagal, kita akan menjadi mangsa yang dimangsakan sebanyak berkali-kali tanpa belas kasihan oleh orang yang berlumba-lumba mahu mempergunakan kita untuk kepentingan mereka sendiri. Jadi, apa kaitannya dengan situasi kita sekarang?
--------

TWISTED REDUNDANT INFORMATIONS
Maklumat yang diterbalikkan secara bertindih-tindih

Penawar untuk terselamat daripada menjadi mangsa Twisted Redundant Informations (TRI) juga ialah FOKUS. Kita di Umat Terakhir tidak berminat untuk mengupas perkara ini dalam sudut politik meskipun ia ada kaitan dengan putar belit maklumat secara bertindih-tindih. Tambahan pula, kita di sini bukanlah sebuah blog politik undian.

Namun, apabila ia bersangkut paut dengan memutar belit perihal agama sehingga memecah belahkan umat Islam, maka ia harus dikupas dari sudut itu supaya umat tidak lagi dikelirukan antara pertalian signifikan tanggungjawab menjunjung agama dengan tanggungjawab mendukung negara.

Menjunjung agama dan mendukung negara sememangnya berjalan seiring supaya umat Islam yang menghuni sesebuah negara itu terbela secara sepatutnya. Untuk memahami fokus sebenar, kita harus balik kepada al-Quran dan mematuhi segala perintah Allah yang terkandung di dalamnya.

Di dalam al-Quran, Allah memerintahkan supaya umat Islam bersatu sebagai satu kesatuan ummah yang gagah. Perintah itu adalah satu perintah yang diulang dalam banyak ayat, dan ulangan-ulangan ayat perintah sedemikian mengisyaratkan bahawa perintah itu adalah satu perintah yang dituntut oleh Allah. Tiada alasan untuk umat Islam tidak bersatu kerana perintah itu sudah terang lagi nyata.

Perintah. Faham maksud perintah? Apa itu perintah? Adakah kita sedang turut perintah atau ingkar perintah? Perintah siapa yang kita ikut sebenarnya sekarang ini? Perintah Allah atau perintah pemimpin politik yang kita ikut?

Malangnya, mengapa mesti ada pemimpin politik yang meracun pemikiran supaya seorang Muslim membenci saudara Muslim sama akidah yang lain? Allah memerintahkan supaya kita menyayangi saudara sama akidah, Nabi Muhammad juga berpesan supaya kita menyayangi saudara sesama Islam, TETAPI MENGAPA MESTI ADA PEMIMPIN POLITIK YANG MEMERINTAHKAN SEORANG MUSLIM MEMBENCI SAUDARA MUSLIM YANG LAIN? Lebih malang, perintah sang politikus itu dipatuhi pula oleh pengikut taksub yang dungu dan tidak kenal perintah Allah? Akibatnya, umat Islam berpecah belah kerana gagal patuh perintah Allah.

Tidak perlu sebut lain-lain perintah, kita fokus kepada perintah ini dahulu. Perintah yang sebelum ini iaitu perintah supaya tidak menyekutukan Allah dalam apa keadaan sekalipun termasuk membenarkan Allah disekutukan meskipun dengan perkataan ‘lantaklah’.. itu juga salah satu daripada antara perintah yang tidak dipatuhi dengan serius. Fikirkan, berkata ‘uh’ tanda ingkar juga sudah dihukum menderhaka kepada ibu bapa dan dijanjikan balasan neraka, ini apakan pula berkata ‘lantaklah’ atau ‘biarlah’ terhadap Allah yang disekutukan.

Itu dari sudut sebuah parti politik yang berkompang mengenai Islam tetapi tidak patuh perintah Allah supaya bersatu. Mungkin selepas ini akan ada puak-puak daripada kalangan pendukung parti itu akan menyembur pula blog ini dengan kata-kata kurang manis sambil memperlihatkan akhlak yang buruk. Jika mahu sembur, silakan. Tapi, jangan sembur sambil twist ke arah sudut lain, kita fokus kepada perintah Allah supaya umat Islam bersatu. Jangan pula sembur ke langit, takut jadi mangsa graviti.

Fokus kita ialah kepada perintah itu iaitu bersatu dan menyayangi saudara sesama Muslim. Itulah nasi yang selamat dimakan dalam konteks ini. Nasi yang selamat itu dirujuk kepada perintah Allah supaya bersatu dalam konteks ini. Nasi basi dan nasi beracun, tidak perlu kita pandang.

Ada satu lagi puak, juga ingkar perintah Allah. Tidak patuh kepada perintah supaya memilih jalan yang benar apabila jalan itu sudah ditunjukkan. Perintah supaya jangan berlebih-lebih dan melampaui batas serta mengikut jalan yang benar, perintah itu juga disodok dengan selamba oleh puak ini. Kesannya, akhlak umat tunggang langgang, budaya hiburan bercambah, anak orang Islam semakin buta terhadap agama, masih memilih yang haram meskipun yang halal sudah ada depan mata.

Puak ini pun sama, tidak perlu juga disebut lain-lain perintah yang turut dilanggar dengan selamba.
Akibat daripada perbuatan ingkar perintah Allah, maka akan runtuhlah sesuatu tamadun. Itu sudah terang lagi nyata. Kota Sadum dan Amura (Sodom & Gomorrah) runtuh kerana ingkar, Jerusalem runtuh dan dibakar kerana ingkar, semua dihukum kerana ingkar.

Adakah kita dihukum kerana tidak bersatu? Adakah kita dihukum kerana telah menjadi lalai terhadap keduniaan? Ya, kita sedang dihukum dan hukuman itu belum berakhir sehinggalah kita kehilangan segala-galanya termasuk kehilangan Islam. Apabila hukuman itu berakhir, Allah berhak merampas segala-galanya daripada kita termasuk berhak merampas Islam dan iman daripada hati kita semua.

Saya takut dengan hukuman itu. Takut Allah merampas nikmat Islam daripada saya, takut Allah merampas nikmat iman dari dalam diri saya, takut Allah merampas nikmat Islam dan iman daripada kita semua. Saya mengaku saya takut, takut kepada Allah, atas dasar itu saya bercakap begini. Jika kamu semua tidak takut sebagaimana takutnya saya kepada balasan Allah, saya tidak mampu berbuat apa-apa selain hanya mampu menyeru kamu semua kembali mentaati perintah Allah. Taatilah perintah itu. Kembalilah taat.

Kita sedang dihukum di saat kita sedang berpecah belah, bertelagah sehingga sulit untuk bertaut bersatu hanya kerana ‘akidah politik’. Perintah Allah diketepikan menjadi lebih rendah daripada ‘akidah politik’. Akidah politik diangkat tinggi, lebih tinggi daripada perintah Allah.

Seperti yang diberitahu sebelum ini, kita tidak bercakap mengenai politik dan tidak berminat untuk bercakap mengenai politik. Tetapi apabila ia melibatkan maruah agama dan perintah Allah, maka saya sebagai orang Islam perlu bercakap sesuatu mengenai segala perintah-Nya. Perintah-perintah yang diibaratkan seperti nasi yang selamat dimakan dalam konteks pemahaman ini.
-------

Perkembangan semasa dalam situasi negara memperlihatkan banyak pertindihan maklumat. Maklumat yang bertindih menimbulkan kekeliruan, itu memang benar dari sudut bidang penyaringan maklumat. Namun, ia bukan satu masalah besar kerana maklumat itu masih boleh disaring dengan mudah (bagi kumpulan profesional yang bijak bekerja menyaring maklumat) melalui teknik-teknik membezakan keterangan (keterangan yang berketerangan dan bukti berketerangan) seperti dalam disiplin profesional komunikasi massa yang praktikal.

Menjadi kekusutan (belum sampai peringkat buntu) ialah apabila maklumat itu diputar belit setiap kali berlaku pertindihan bagi setiap maklumat baru. Setiap keterangan daripada individu atau setiap maklumat yang sampai kepada umum akan diputar belit sehingga mengelirukan orang ramai untuk memahami isu sebenar. Apabila kekusutan itu cuba dileraikan dengan mengeluarkan keterangan baru sebagai penerangan untuk mencerahkan kekusutan yang awal itu tadi, maka keterangan baru itu juga akan diputar belit sekali lagi.

Proses itu akan berterusan pada setiap kali keterangan berketerangan yang baru cuba disampaikan kepada orang awam.

Ia seperti mengikat ikatan simpul mati terhadap setiap urat mee yang dimasukkan seurat demi seurat ke dalam pinggan. Apabila semakin banyak mee dimasukkan dan disimpul mati dalam pinggan, setiap urat mee itu pula akan diikat simpul mati sesama mee itu tadi. Jika 100 urat mee dimasukkan ke dalam pinggan, setiap urat mee itu diikat simpul mati dan semua 100 urat mee yang telah diikat simpul mati itu pula akan diikat sekaligus.

Apabila mee itu mahu dirungkaikan, maka akan ada mee yang terputus-putus (rujuk keterangan yang terputus-putus) semasa cuba dirungkaikan. Apabila ada yang terputus-putus (berjaya diputuskan oleh pihak lain dengan menggunakan tangan musuh sendiri untuk memutuskannya), maka wujudlah kekeliruan kompleks.

Mangsa dalam keadaan ini yang mati tercekik akibat tertelan mee yang tersimpul berketul-ketul ialah orang awam seperti anda semua, bukan saya. Bukan juga orang politik, tetapi anda semua yang taksub bangga menjadi mangsa politikus.

Ingat, untuk selamat dalam keadaan ini ialah FOKUS. Fokus terhadap isu sebenar, bukan fokus terhadap ikatan simpul mati yang mengkaburkan sesuatu isu. Paling utama, FOKUS TERHADAP PERINTAH ALLAH. Itulah jalan paling selamat.

Saya tidak mahu cakap lebih. Fikir dan taatlah.


Ingat... PERINTAH.
Ingat… FOKUS.
Ingat… JANGAN TERMAKAN MAKANAN BERACUN.
Ingat… JANGAN TERMAKAN MAKANAN BASI.
Saya takut kepada Allah. Tidakkah kamu semua juga takut seperti saya?


-ADMIN-

8 Nov 2011

TENAGA: Belajar dari orang Jepun

Makluman dari ADMIN: Atas sebab masalah teknikal, siri TENAGA yang sepatutnya disiarkan secara tertutup di link SHAHi terpaksa disiarkan di blog ini. Namun, penyampaian dalam blog ini telah disaring dan ditapis mengikut kesesuaian umum. Kepada para pembaca jemputan di link khas, pihak Umat Terakhir memohon maaf kerana shahi tidak dapat menulis di link beliau sendiri atas sebab masalah teknikal yang dihadapi, harap maklum dan harap maaf.

-------------------------------------------------------------------


KIRA-KIRA beberapa lama dahulu iaitu sebelum saya melangkah ke alam pekerjaan profesional, saya diberi peluang untuk melangkahkan kaki ke Jepun. Dalam masa yang sama, cuba mempelajari sesuatu daripada orang Jepun yang terkenal dengan seni perangnya.

Seni perang yang lebih halus daripada seni perang orang China yang selalu dibanggakan oleh sebilangan manusia di dunia. Jika dibandingkan dengan seni perang orang China, seni perang orang Jepun adalah jauh lebih halus.

Ketika sebelum melangkah kaki ke Jepun, saya memang sudah biasa bermain pedang Jepun ketika membesar dengan seorang saudara sedarah daging dengan saya selepas mendapat tunjuk ajar daripada guru yang berasal dari Jepun.

Kedatangan saya ke Jepun menjadi pengalaman pertama dalam memahami apa sebenarnya TENAGA yang tersimpan dalam diri. Tenaga yang membuatkan tubuh sentiasa bersedia dalam situasi yang tidak disangka-sangka.

Untuk bercerita mengenai TENAGA ini kepada semua pembaca yang saya hormati, saya terpaksa memulakannya dengan seni perang orang Jepun kerana daripada seni itulah saya memahami tenaga. Saya tidak mempunyai cara lain untuk menceritakannya melainkan terpaksa memulakannya dengan perkara ini.

Semasa dilatih secara intensif daripada seorang guru (guru paling tua kepada guru saya di Malaysia) ketika berada di Jepun, saya dihadapkan ke sebuah dojo (pusat latihan seseorang pengamal seni mempertahankan diri Jepun yang dibuka kepada orang ramai untuk menguji kehebatan masing-masing dengan cara melawat ke dojo itu untuk mencabar gurunya). Ia adalah sebuah dojo yang mempunyai tiga gelanggang iaitu gelanggang lantai buluh, lantai kayu dan lantai tanah.

Saya diberi pilihan untuk memilih gelanggang dan memilih untuk menguji kecekapan di perkarangan dojo (gelanggang tanah). Apabila diberi kebenaran memegang pedang, pertarungan bagi menguji kecekapan pun bermula.

Tiba-tiba, guru Jepun itu melempar pasir ke muka saya sehingga tidak dapat melihat. Guru Jepun itu kemudian berkata:

“Hey Malay boy, can you see the blade while your eyes shut?”

Sebelum pertarungan ujian kecekapan bermula, saya sudah pun tewas kerana tidak dapat melihat musuh selepas mata kepedihan akibat pasir yang dilempar guru Jepun itu.

“This is not about I cheat by throwing sand onto your face, it is about your failure to predict your enemy.” kata guru Jepun itu lagi.

Kemudian, guru Jepun itu mengambil telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang dengan bercakap bahasa mereka dan kemudian berbahasa Inggeris pula. Dia bercakap dengan guru saya di Malaysia dan ibu bapa saya di sana. Dia kemudian berkata kepada saya:

“You have to stay here until I permit you to leave,” tegasnya.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan kamu semua mengenai apa yang telah saya pelajari semasa diberi peluang tinggal di Jepun selama beberapa tahun. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak tahu bagaimana cara untuk memulakan cerita mengenai tenaga melainkan memulakannya dengan bercerita mengenai seni perang orang Jepun.

Saya sampaikan semua ini dengan seringkas yang boleh supaya saudara Muslim dapat memanfaatkan pengetahuan ini.

--------------------------

DALAM bidang seni mempertahankan diri bagi masyarakat Jepun, terdapat pelbagai jenis disiplin mempertahankan diri. Manakala dalam kebanyakan seni mempertahankan diri dalam masyarakat Jepun, kebanyakannya ada menyelitkan ilmu pertarungan menggunakan pedang Jepun terutama Katana.

Apabila seseorang mempelajari kendo atau kenjutsu, seseorang akan tetap didedahkan dengan cara bertarung menggunakan Katana. Namun, teknik pertarungan Katana dalam apa jua seni mempertahankan diri masyarakat Jepun akan tetap mempunyai perbezaan dari segi disiplin gerak langkah, disiplin tahap waspada dan disiplin jarak dengan musuh.

Terdapat satu sisi yang meletakkan seni pertarungan Katana di tempat paling tinggi dalam masyarakat itu. Ia adalah sisi yang menyelitkan falsafah ilmu perang. Apabila seseorang menguasai teknik pertarungan Katana, dia belum pasti benar-benar cukup bagus untuk menghadapi musuh melainkan dia memahami Iaido.

Iaido secara teknikalnya adalah seni mempertahankan diri dan ilmu perang yang sulit untuk dijelaskan, lebih halus daripada ilmu perang China seperti dalam karya-karya Sun Tzu dan sebagainya. Ia tidak mempunyai sebarang teori melainkan hanya falsafah-falsafah dalam ilmu perang.

Seseorang juga tidak memerlukan guru untuk mempelajari Iaido, syaratnya hanyalah memahami falsafah-falsafah perangnya selain tahu cara berperang menggunakan segala jenis senjata termasuk pedang-pedang ‘elit’ Jepun seperti Katana, Wakizashi dan Tanto. Iaido adalah seni perang yang sangat halus dan tertinggi bagi orang Jepun. Seorang pahlawan Jepun tidak akan lengkap sekiranya tidak menguasai pemikiran perang Iaido.

-----

IAIDO: Seni mengharmonikan diri terhadap kekalutan medan perang.

Untuk memahami Iaido, pertama sekali ialah keperluan menyisihkan segala jenis sogokan pemikiran yang boleh melemahkan kewarasan. Juga tidak diperlukan kartun-kartun hikayat Naruto atau hikayat Samurai Showdown atau sebagainya untuk memahami Iaido. Kartun-kartun itu juga adalah sogokan pemikiran yang menjauhkan kewarasan daripada falsafah perang Iaido.

Tujuan artikel ini pula bukan untuk mengajar seni perang pedang Katana menggunakan Iaido kepada anda semua. Sebaliknya, sila fahami baik-baik falsafah yang terkandung dalam Iaido dalam menghadapi sogokan pemikiran yang menjauhkan akal daripada kewarasan. Selain itu, ada ‘perkara paling besar’ yang berkali ganda ebih elit daripada Iaido yang perlu anda fahami.

Istilah Iaido yang diperkenalkan pada 1930-an adalah istilah baru kepada Battojutse, manakala Battojutse pula adalah falsafah klasik seni perang Jepun sejak abad ke-15. Dari segi ‘roots’ falsafahnya pula masih terdapat elemen-elemen yang sama walaupun Iaido bertindak memperbaharui Battojutse. Dalam bahasa lainnya, Battojutse pada hari ini adalah Iaido yang asal. Dari segi maksud istilah, Iaido bermaksud seni mengharmonikan diri terhadap kekalutan di medan perang.

---


Pelajaran Satu lawan Satu

Pelajaran Pertama: Iaido bermula ketika pedang dikeluarkan daripada sarungnya.

Dalam pertarungan pedang Jepun, kepahlawanan seseorang perlu diperlihatkan sebaik sahaja berhadapan dengan musuh. Pedang perlu dikeluarkan daripada sarung dengan cara yang sangat berhati-hati, tidak teraba-raba mencari hulu pedang ketika mata merenung tajam ke arah mata sang musuh. Setiap gerakan tangan adalah tepat.

Semasa pedang ditarik keluar pula, ia perlu dipastikan tidak menghasilkan bunyi ‘ketap’ bagi menunjukkan kepada musuh bahawa tangan anda sangat cekap mengawal pedang meskipun ketika ditarik keluar daripada sarungnya yang sedikit ketat kerana Katana akan terkunci kemas apabila dimasukkan ke dalam sarung.

Tangan juga tidak banyak bergerak ketika Katana ditarik keluar, melainkan hanya tangan kanan dan ibu jari kiri yang bergerak sedikit (kurang daripada seinci pergerakan) ketika menarik keluar pedang. Ketika pedang ditarik keluar juga, mata musuh akan memerhati terhadap cara pedang itu ditarik keluar kerana Iaido yang berbahaya bermula dari situ.


Pelajaran Kedua: Pastikan musuh tidak dapat melihat saiz dan kepanjangan pedang.

Ia juga berkait rapat dengan cara pedang ditarik keluar. Kedudukan pedang semasa ditarik keluar perlu dipastikan berada pada garis lurus selari dengan arah penglihatan musuh. Ia seperti meletakkan pembaris pada garis selari dengan mata, yang kelihatan hanya pembaris yang leper, tetapi bukan kepanjangannya.

Musuh kebiasaannya akan segera mencuri pandang ke arah pedang ketika ia ditarik keluar daripada sarung. Ketika musuh mengalihkan mata ke arah pedang, seorang pahlawan perlu memandang tepat ke arah mata musuhnya meskipun musuhnya itu sedang mengalih pandangannya ke arah pedang.

Pahlawan yang bijak ialah pahlawan yang hanya menarik keluar pedang sehingga paras longgar sahaja dan bukan ditarik keluar keseluruhan pedang. Pedang yang ditarik longgar hanya sebagai persediaan sekiranya musuh tiba-tiba menyerang. Dalam keadaan tertentu, pedang adakalanya ditarik keluar sepenuhnya daripada sarung, tetapi kepanjangan saiz pedang itu tetap tidak diperlihatkan kepada musuh walaupun mata pedang itu dihala ke arah musuh.


Pelajaran Ketiga: Jangan pamerkan apa-apa perasaan, bertenang adalah kuncinya.

Paling penting sebelum memulakan pertarungan ialah tidak menunjukkan sebarang perasaan kepada musuh. Meskipun seorang pahlawan itu yakin akan dapat menewaskan musuhnya dengan mudah, dia sewajarnya tidak mempamerkan keyakinannya itu.

Adapun seorang pahlawan itu risau dan bimbang kerana musuh itu seperti dapat membaca setiap pergerakannya, perasaan risau dan bimbang itu juga tidak wajar dipamerkan kepada musuh.

Musuh harus direnung tanpa sebarang perasaan, tetapi bukan bermaksud musuh itu harus ditentang tanpa hati dan perasaan. Musuh harus dihormati, dalam Iaido musuh juga bukan semata-mata untuk dibunuh, sebaliknya musuh yang dihormati itu sebaiknya ditewaskan supaya dia kemudiannya menghormati seseorang pahlawan sebagaimana pahlawan itu menghormati musuhnya sebelum pertarungan.

Namun, perasaan hormat itu juga harus disembunyikan sehinggalah selesai pertarungan. Jangan biarkan sebarang perasaan itu terpamer sepertimana air yang bocor keluar melalui lubang pada baldi kayu. Perasaan bukan untuk dipamerkan.


Falsafah Pelajaran Satu hingga Tiga: Misteri itu sangat menakutkan bagi orang yang tidak memahami kemisterian musuhnya.

Kecekapan tangan mendapatkan hulu pedang dan ditarik keluar dari sarungnya tanpa memperlihatkan saiz kepanjangannya oleh seorang pahlawan yang tidak mempamerkan sebarang perasaan, akan menimbulkan banyak tanda tanya kepada sang musuh. Musuh akan diserang dengan pelbagai misteri mengenai pahlawan itu meskipun pertarungan belum bermula.

Saiz pedang masih samar-samar walaupun pedang sudah ditarik keluar dan dihala ke arah musuh. Ia menimbulkan misteri.

Pahlawan yang kelihatan tidak ada sebarang perasaan ketika berhadapan dengan musuhnya, ia juga menimbulkan misteri.

Iaido bukanlah seni perang yang memusatkan 100 peratus kemahiran fizikal dalam menghadapi musuh, ia sebenarnya lebih daripada itu. Ia menggabungkan tahap kecerdikan seseorang pahlawan dalam menghadapi musuhnya.

Apabila kecerdikan itu terpancar kepada musuh dalam ‘presentation’ yang penuh misteri, musuh mudah tergugat dan menggelabah. Langkah pertama orang misteri adalah langkah yang memaksa musuhnya berhati-hati.


Pelajaran Keempat: Orang yang memulakan serangan adalah orang yang akan kalah.

Dalam disiplin kebanyakan seni pertarungan pedang Jepun, orang yang memulakan serangan akan terdedah kepada pelbagai bahaya termasuk tangan akan dipotong oleh pedang musuh. Serangan yang cuai akan menyebabkan tangan, kaki atau juga kepala akan dipotong dengan mudah oleh musuh.

Apabila berhadapan dengan pedang (terutama Katana), seseorang pahlawan perlu mengelak daripada disentuh oleh pedang musuh. Katana ialah pedang paling keras dan paling tajam dalam teknologi perang tradisional orang Jepun. Ia adalah pedang yang mampu memotong besi.


Pelajaran Kelima: Menghormati ruang adalah serangan yang paling berbahaya.

Apabila diserang, seseorang pahlawan harus bijak menghormati setiap ruang yang dia ada untuk bergerak. Pergerakan itu pula bukan sekadar bergerak untuk mengelak, sebaliknya ia adalah pergerakan yang disusuli serangan balas.

Ruang dihormati bukan hanya sekadar bergerak mengisi tubuh di dalam ruang itu untuk mengelak, tetapi juga mengisi ruang itu untuk memanfaatkannya dengan melakukan serangan balas.

Pada ketika ruang itu dimanfaatkan, anggota badan musuh mungkin sudah dipotong dengan hanya bergerak sekali.


Falsafah Pelajaran Keempat dan Kelima: Bayaran untuk sikap gelojoh seorang pahlawan adalah darahnya sendiri yang membanjiri sungai.

Tidak perlu diterangkan mengapa sikap gelojoh hanya menanti nyawa sebagai bayarannya. Terburu-buru mengatur serangan hanya akan mendatangkan bahaya kepada diri sekiranya terlupa ‘mengawal’ setiap ruang yang terdedah.


Pelajaran Keenam: Sentiasa perhatikan mata pedang musuh walaupun mata sudah dibutakan (dicungkil) oleh musuh.

Walaupun pedang hanya sebagai alat untuk mengalihkan tumpuan terhadap serangan-serangan musuh, sikap berhati-hati terhadap bahaya pedang itu tetap tidak wajar diketepikan. Berusaha memerhati setiap arah pedang musuh digerakkan, kegagalan memerhati pedang akan membawa kesan yang tidak terhitung.


Pelajaran Ketujuh: Jangan asyik berhati-hati dengan pedang musuh kerana ia hanyalah senjata cantik untuk mengalih tumpuan.

Sebaliknya, tetap memerhatikan setiap pergerakan kaki dan tangan musuh yang sentiasa cuba mencari ruang untuk menumbuk atau menendang. Ketika mata asyik memberi perhatian kepada pedang, kaki dan tangan musuh akan terus berusaha mencari ruang untuk menumbangkan lawan.

Falsafah Pelajaran Keenam dan Ketujuh: Bayaran untuk kecuaian seorang pahlawan juga adalah darahnya sendiri.

Kecuaian memerhati dan berhati-hati terhadap setiap pergerakan musuh hanya akan membawa padah kepada seseorang pahlawan. Bayaran untuk kecuaian juga adalah nyawa yang melayang meskipun seseorang pahlawan itu bertarung dengan penuh kemanusiaan.

-----------
Pelajaran di medan perang

Pelajaran Kelapan: Dunia adalah tempat paling bahaya kepada pahlawan.

Persekitaran di medan perang sangat berbahaya bagi pahlawan yang tidak peka. Anak panah sentiasa melayang ke sana sini, pisau belati juga melayang ke sana ke sini mencari mangsa, tombak dan peluru meriam juga tidak kurang bahayanya.


Pelajaran Kesembilan: Gunakan telinga untuk kekal bernafas dalam dunia.

Sensitif terhadap persekitaran di medan perang dengan menggunakan segala deria yang ada untuk mengesan bahaya yang datang.


Pelajaran Kesepuluh: Jangan bunuh orang yang tidak melihat kamu.

Perkara yang membezakan antara pahlawan dengan binatang ialah perbuatan menerkam. Haiwan menerkam ketika mata mangsanya mengerlip ke arah lain. Bertarunglah dengan cara bermaruah ketika musuh bersedia menghadapi kamu.


Falsafah Pelajaran Kelapan hingga Kesepuluh: Pahlawan yang tidak mati dalam pertempuran adalah perwira yang hebat, pahlawan yang tidak membunuh adalah jauh lebih hebat.

Matlamat perang ialah membunuh musuh untuk mencapai kemenangan. Pahlawan yang sebenar ialah pahlawan yang menang tanpa membunuh, iaitu pahlawan yang berjaya meraih penghormatan daripada musuh-musuhnya yang dibenarkan hidup.

------------

Demikian sebahagian daripada Iaido yang menjadi ilmu falsafah perang paling tinggi dalam masyarakat Jepun. Ia adalah seni menghadapi musuh, seni meraih penghormatan daripada musuh selepas musuh itu ditundukkkan dengan penuh kebijaksanaan.

Sebelum seseorang memahami Iaido, adalah perlu untuk mengetahui sekurang-kurangnya satu gaya perang. Tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu hanya tahu gaya tempur silat gayung dari masyarakat Melayu sahaja, Iaido tidak hanya berkisar mengenai gaya perang orang Jepun semata-mata.

Iaido tidak mengajar cara atau teknik berlawan menggunakan senjata. Iaido juga tidak mengajar cara bertempur kerana tidak memerlukan rakan ‘sparring’ sebagaimana seni mempertahankan diri yang lain. Tiada guru yang boleh mengajar Iaido kerana ia tidak mempunyai teori atau kaedah praktikal, sebaliknya seseorang pahlawan itu yang perlu mengajar dirinya sendiri selepas dia memahami falsafah perang Iaido.

Seseorang pahlawan harus mampu mendengar seluruh bunyi-bunyian di alam sekelilingnya termasuk mendengar daun kering yang gugur ke bumi. Harus bijak membezakan bunyi deruan kekuatan angin, wajar bijak membezakan cahaya matahari dengan cahaya perisai perang yang terpantul.

Malah, juga wajar bijak membezakan bunyi lompatan ikan di air dengan bunyi-bunyi pergerakan dari air yang lainnya termasuk pergerakan manusia yang berjalan dalam air. Harus juga tahu membezakan bau manusia dengan bau binatang. Semua itu perlu sebelum mempelajari Iaido. Diperlukan selama bertahun-tahun sebelum menepati syarat mempelajari seni perang itu.

Rumusan daripada syarat-syarat itu ialah, seseorang pahlawan harus sensitif terhadap persekitarannya. Bagaimana cara untuk menjadi lebih sensitif terhadap persekitaran? Hormatilah seluruh isi langit dan bumi kerana mereka juga adalah mahluk ciptaan Allah. Taraf makhluk dan hamba Allah itu juga adalah setaraf dengan manusia, kita semua adalah hamba dan makhluk ciptaan-Nya.

‘Berbicaralah’ dengan makhluk-makhluk itu semua supaya kamu dapat mengenali ‘sifat’ dan ‘perangai’ mereka. Apabila mereka berkata-kata dan memberitahu ada bahaya, kamu akan lebih mudah memahami amaran-amaran yang diisyaratkan daripada mereka. Bukannya bercakap dengan pokok dan batu seperti orang gila, tetapi memahami setiap ‘perkara yang tidak semulajadi’ berlaku kepada mereka (alam sekitar).

Cuba angkat senjata ketika angin bertiup, dengarlah deruan angin yang melintasi mata pedang. Itulah bunyinya ketika musuh menghunuskan pedangnya untuk membunuh mangsanya ketika mangsa itu tidak menyedarinya. Dengarkan ‘lagu-lagu’ yang didendangkan oleh pedang, kamu akan tahu bahawa ada ‘besi tajam’ yang sedang berbicara dengan kamu.

----

“Now, can you see the blade?”

-----

Seluruh isi alam mengandungi tenaga dan semua pembaca yang sentiasa mengikuti blog Umat Terakhir sedia tahu mengenai perkara ini. Namun, ketahuilah bahawa tenaga-tenaga itu sentiasa berbicara dengan anda semua. Pelajarilah cara untuk berbicara dengan mereka pula.

Fahami setiap gelombang bunyi yang bertebaran bebas di langit raya. Dengan itu, kamu akan mampu mendengar suara walaupun ia adalah suara milik seorang wanita yang berbisik di dalam hatinya. Ataupun suara milik seorang pemimpin yang berpura-pura.

Ikhlas saya katakan, orang Islam dan orang beriman yang sentiasa membiasakan diri dengan berzikir akan lebih mudah memahami perkara ini berbanding orang Jepun sendiri. Apabila hati tenang mengingati Allah, maka dunia akan tiba-tiba terasa ‘senyap’ daripada segala kekalutan yang ada. Inilah perkara yang jauh lebih besar berbanding Iaido, paling besar daripada segala-galanya.

Jiwa akan lebih mudah fokus dan mata akan tetap mampu melihat apa yang berlaku meskipun mata dipejam. Muncul warna-warna yang membantu penglihatan semasa mata dipejam ketika hati dalam keadaan tenang.

Meskipun kamu memejamkan mata di hadapan orang ramai, warna-warna itu akan membantu penglihatan dengan mempamerkan ‘kelibat’ orang-orang yang melintas di hadapan kamu. Warna-warna itu akan membentuk kelibat-kelibat setiap objek yang melintasi ruang di hadapan kamu.

Warna-warna itu tidak akan berupaya membentuk kelibat-kelibat semua itu sekiranya minda tidak mampu memproses perbezaan bunyi dan gelombang yang berada di sekitar kawasan itu pada masa itu. Gelombang dan bunyi-bunyi di sekeliling akan membantu warna-warna itu menyusun bentuk kelibat mengikut ‘identiti’ objek itu masing-masing.

------

“Now, can you see the blade while your eyes shut?”

“Yes.. attack me if you dare.”

-----

Ia bukan hanya ilmu falsafah yang membantu diri dalam peperangan fizikal, malah ia juga membantu dalam menghadapi persekitaran mencabar hari ini. Ia juga adalah falsafah yang sama digunakan sang musuh untuk melalaikan kamu semua. It is an art within philosophy.

Jika musuh ada pedang, kamu juga perlu ada pedang atau senjata lain yang lebih hebat daripada pedang.

Belajarlah sesuatu daripada Iaido. Kita bukan bermaksud untuk mengagungkan budaya orang Jepun, tetapi tidak salah sekiranya kita belajar sesuatu daripada mereka kerana ilmu itu semuanya milik Allah. Tuntutlah ilmu kerana Allah. Nescaya akan memperolehi keberkatan, kemudahan dan petunjuk-Nya.



END OF LESSON No.1


Bonda dan ayahanda,

Terima kasih kerana menghantar saya ke Jepun


-UMAT TERAKHIR-